Sabtu, 14 Februari 2009

MENJAWAB “SIS” DALAM ISU ”MUSAWAH” : SIRI 2

HINDAR GEJALA ROGOL DENGAN WANITA BERHIJAB???

Banyak kejadian rogol, zina, khalwat dan sebagainya berpunca dari wanita. Pun begitu, ada dakwaan mengatakan ianya bermula dari pihak lelaki yang dianggap sebagai bernafsu buas.

Bagi menjawab soalan ini, kita perlu tanya balik, mengapa nafsu lelaki menjadi buas????

Memahami konsep inilah, tidak hairan Allah memulakan “perempuan berzina” berbanding “lelaki berzina” dalam ayat berkaitan hukuman yang perlu dikenakan kepada penzina.

Firman Allah;

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ

Maksudnya;
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka hendaklah disebat setiap satu dari kedua-duanya dengan seratus sebatan”

(Surah An-Nur : 2)

Hikmat Allah memulakan “perempuan berzina” berbanding “lelaki berzina” kerana, perempuan merupakan penyebab utama terjadinya gejala zina, disebabkan ciptaannya yang mudah mengiurkan, juga mampu menarik perhatian syahwat. Ekoran dari itulah, islam mewajibkan wanita menutup aurat; berhijab.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya;
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

(Surah Al-Ahzab : 59)

Dalam islam, hijab ini tidak dikhususkan kepada penutupan aurat semata-mata, iaitu penutupan aurat bagi seluruh badan melainkan muka dan tangan.

Bahkan, yang dimaksudkan dengan berhijab dalam islam adalah berhijab dari sudut pakaian, perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat individu.

Jika ada seseorang perempuan yang berpakaian yang disifatkan sebagai menutup aurat, tetapi masih lagi berperilaku yang mengghairahkan; bercakap dengan suara yang mengghairahkan, maka itu masih lagi dikira sebagai tidak berhijab.

Jika difikirkan lagi, sekiranya dua orang perempuan berjalan; seorang berpakaian seksi dan seorang lagi berhijab. Dari sudut tabiinya, yang mana agaknya mudah terdedah dengan zina atau rogol???

Sudah pasti kita akan menjawab, dari sudut tabiinya, wanita yang berpakaian seksi lagi mudah terdedah dengan zina atau rogol.

INGAUAN DAN JAWAPAN:

SATU:

Ada kejadian zina dan rogol ini melibatkan kepada perempuan yang menutup aurat???

JAWAPAN:

Tidak dinafikan ada kejadian yang melibatkan zina dan rogol terjadi kepada wanita yang menutup aurat.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, menutup aurat bukan satu-satunya yang dimaksudkan dengan berhijab, bahkan berhijab itu merangkumi kepada perkara lain, seperti perilaku, budi pekerti dan sebagainya.

Oleh itu, sekiranya perempuan yang menutup aurat, tetapi dalam masa yang sama dia masih lagi tidak menjaga perilakunya sebagai wanita yang menutup aurat, maka itu masih lagi diketagorikan sebagai orang yang tidak berhijab lagi.

Bahkan, jika dikaji dari sudut psikologi pula, kita akan dapati kehendak seks lelaki dan perempuan amat berbeza. Iaitu, kehendak seks lelaki terjadi dengan penglihatan mata. adapun kehendak seks perempuan terjadi dengan “ucapan-ucapan romantic”.

Nah !! difahami dari inilah, jika wanita yang menutup aurat masih lagi terjebak dengan zina atau rogol, itu merupakan antara terkesan dengan “ucapan-ucapan romantic” lelaki ganas.

KEDUA:

Ramai perempuan itu sudah berhijab dengan sebaiknya, tapi masih lagi terdedah kepada mangsa rogol???

JAWAPAN:

1- Kejadian seperti ini adalah “jarang-jarang” sekali berlaku. Perkara yang jarang-jarang berlaku ini tidak boleh dihukumkan semuanya berlaku sedemikian.

Mana mungkin kita mengatakan 5 ribu orang pelajar tidak pandai membaca dengan hanya mewawancarakan seorang pelajar sahaja.

2- Perlu difahami, kehadiran syahwat buas itu tidak sama tempat dilepaskan syahwat.

Kadangkala, apabila seseorang lelaki melihat wanita yang membuka aurat, menyebabkan nafsu syahwatnya menjadi buas. Bagi melepaskan hendak nafsu syahwatnya, kadangkala ia tidak dilepaskan kepada perempuan yang membuka aurat itu, bahkan dipendam kehendak syahwatnya itu.

Memandangkan dia tidak dapat menahan kehendak syahwatnya lagi, maka dia akan bertindak merogol sesiapa sahaja yang dapat dilepaskan syahwatnya, tidak kira orang tua, kanak-kanak, malahan terhadap perempuan yang berhijab.

Dari ini nyata kepada kita, perempuan yang berhijab itu menjadi mangsa rogol lelaki yang bersyahwat buas adalah disebabkan kesalahan tidak berhijab oleh perempuan yang lain. Menunjukkan, kewajipan hijab adalah kewajipan sejagat.

PENUTUP

Berhijab merupakan cara untuk mengatasi masalah gejala rogol. Gejala rogol yang berleluasa pada hari ini, adalah bersebab hukum Islam yang menyuruh menutup aurat; berhijab tidak dijadikan sebagai amalan.

Dalam hal ini, dinukilkan sedikit ungkapan tok guru nik abdul aziz dengan katanya;

“kalau kita tak nak bagi kain kita basah, maka jangan terjun dalam sungai. Kalau kita terjun juga, lalu kain kita basah, kita tidak boleh marah, sebab kesilapan itu pada diri kita, bukan pada undang-undang alam. Begitujuga untuk mengatasi masalah rogol. Caranya, kena tutup aurat”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Febuari 2009 * 3:51 petang.








MENJAWAB “SIS” DALAM ISU ”MUSAWAH” : SIRI 1

MENJAWAB SIS DALAM ISU ”MUSAWAH” : SIRI 1

Sisters in islam (SIS) menganjurkan program yang membincangkan isu Musawah atau keadilan dan kesamarataan jantina dalam keluarga Islam.

Program tersebut dilihat akan melahirkan kesan negatif, menyebabkan sebilangan NGO Islam mengadakan bantahan, termasuk PUMPP dan Pemuda PAS.

Dari artikle ini, merupakan jawapan terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan isu ”Musawah” atau kesamarataan jantian dalam kekeluargaan islam yang ditimbulkan oleh SIS ini, dan mudah-mudahan menjadi satu jawapan terhadap kekeliruan yang ditimbulkan oleh SIS ini.

POLIGAMI

Poligami atau difahami umum dikalangan orang melayu sebagai seorang lelaki mempunyai lebih seorang isteri.

Seorang lelaki mempunyai lebih seorang isteri adalah dibenarkan. Adapun seorang perempuan mempunyai lebih seorang suami adalah dilarang.

Jika dikaji dalam kitab-kitab suci, hanya Al-Quran sahaja menyuruh seorang lelaki mempunyai seorang isteri. Ini kerana, keizinan berkahwin lebih dari seorang isteri diasaskan kepada ”adil”.

Firman Allah:

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Maksudnya;
”maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja”

(Surah An-Nisa’ : 3)

Dalam Islam, poligami bagi lelaki yang mahu mempunyai isteri lebih dari satu itu adalah mengikut kadar bilangan yang terhad; iaitu dibataskan kepada empat sahaja.

Ini menunjukkan bahawa, perkahwinan berpoligami ini meletakkan asas ”adil” yang mengikut fitrah lelaki. Ini kerana, jika lebih dari kadar empat isteri yang diperisterikan oleh seorang lelaki, pasti lelaki itu tidak mampu lagi untuk memberikan hak keadilan.

Secara logiknya pula, seorang kanak-kanak perempuan mempunyai perlindungan penyakit lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Ekoran dari itulah, didapati terdapat kematian di kalangan lelaki amat tinggi berbanding perempuan.

Berdasarkan purata pula, didapati lebih ramai lelaki terkorban berbanding perempuan; didapati ramai lelaki terlibat kemalangan berbanding lelaki. Ini menunjukkan, jangka hayat wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi, di zaman kini, ramai perempuan masuk universiti berbanding lelaki yang masuk Pusat Serenti.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, didapati wanita melebihi bilangan dari lelaki di sana sebanyak 7.8 juta. Jika keadaan ini berlaku, lalu hanya dibenarkan lelaki tidak berpoligami, pasti ramai perempuan yang tidak akan berkahwin.

Apabila ramai perempuan yang tidak berkahwin, kemana agaknya nafsu seks perempuan itu mahu disalurkan?? Sudah pasti, mereka akan terlibat dengan berbagai-bagai gejala tidak sihat, seperti menjadi perempuan jalang, terlibat seks sejenis (lesbian atau pengkid) dan sebagainya.

Oleh itu, penyelesaian bagi gejala tidak sihat ini adalah dengan mengizinkan poligami; seorang lelaki berkahwin dengan lebih seorang isteri.

Bahkan, ianya akan wujud usaha hendak menjaga maruah kaum perempuan dari terlibat dengan gejala songsang yang menyalahi fitrah manusiawi.

KENAPA LELAKI SAHAJA??

Penciptaan Allah terhadap lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi jika dirujuk dari sudut keupayaan dan tanggungjawab, pasti tidak akan ada kesamaan.

Ini kerana, penciptaan Allah sudah menentukan bahawa lelaki tidak boleh melahirkan anak, tetapi ianya diberikan khusus kepada perempuan; Allah menentukan anak menyusu dari ibu, tidak ada anak menyusu dengan bapa.

Bahkan, jika seseorang lelaki mempunyai isteri lebih dari satu, anak-anak yang dilahirkan akan mudah mengenali ibubapanya. ini kerana, jika perempuan kononnya dibenarkan berkahwin lebih dari satu, pasti anak hanya mampu mengenali ibunya, tetapi kesamaran dalam mengenali bapanya yang sebenar. Jika ini berlaku, sudah pasti akan rosak sistem kekeluargaan.

Secara tabiinya pula, kecenderungan lelaki untuk berpoligami lebih kuat berbanding kecenderungan perempuan berpoligami.

Begitujuga, seorang suami mudah untuk menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa Isteri. Ini kerana, jika seorang perempuan mempunyai suami lebih dari satu, pasti perempuan itu tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri, lebih-lebih lagi dalam masalah kitaran haid dan bersalin.

Bahkan menurut kajian kedoktoran, didapati perempuan yang mempunyai banyak pasangan seks mudah dijangkiti penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual kepada lelaki yang lain. Keadaan ini tidak berlaku terhadap lelaki yang mempunyai isteri yang lebih dari satu.

Oleh itu, nyata dan jelas kepada kita, bahawa Allah maha bijaksana dalam mengurus kehidupan manusia; lebih-lebih lagi manusia itu sendiri merupakan makhluknya yang diciptakan-Nya demi melihat kebahagiaan yang hakiki.

Sekian

Wallahu ’Alam

p/s : artikle selanjutnya - insya Allah - adalah berkenaan dengan Hijab bagi perempuan, tidak bagi lelaki. Kenapa??

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
14 Febuari 2009 * 5:07 petang.

HIKAM TOK GURU : SIRI 8

HIKAM TOK GURU : SIRI 8

Tok Guru Nik Abdul Aziz ada berkata;

“Islam yang satu ini sesuai di semua tempat dan zaman, sepertimana kita kata di semua zaman dan tempat memerlukan matahari yang satu””

HURAIAN

Islam adalah agama yang satu, tidak ada agama yang benar melainkan Islam yang dibawa oleh nabi SAW menerusi Al-Quran dan Hadis. Islam adalah agama yang isi kandungannya wajib diamalkan; sama ada diamalkan pada diri individu, mahupun dari sudut yang lebih luas, iaitu pemerintahan.

Islam mengajar manusia tentang kehidupan; bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar perkara. Ianya bertepatan dengan fitrah manusiawi, yang tidak boleh dinafikan lagi.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Rum : 30)

Memandangkan islam adalah agama fitrah; sudah pasti bersesuaian dengan naluri manusia, pasti ianya amat bersesuaian dilaksanakan di mana-mana tempat, mahupun di mana-mana masa. Bermaksud, menafikan Islam membawa erti menafikan fitrah manusia.

Masalah yang menimpa umat kini adalah, apabila ada manusia yang menafikan islam sebagai jalan hidup. Ianya ditolak disebabkan tidak memuaskan nafsu yang jahat mereka yang buas.

Ekoran dari itulah, berbagai-bagai “cakap-cakap” yang menggambarkan penghinaan yang telah diberikan terhadap islam, seperti mendakwa Islam tidak sesuai di zaman ini, tetapi relevan di zaman unta sahaja; islam adalah agama kuno dan berbagai-bagai lagi dakwaan yang tidak berasaskan kepada ilmu.

Jika diperhatikan secara mendalam, pasti kita akan jumpa kebenaran Islam ini. bahkan, jika diperhatikan dari sudut sains pun, kita akan dapati sudah banyak penemuan-penemuan Sains yang membuktikan kebenaran sumber islam; Al-Quran dan As-Sunnah.

Ini dimisalkan seperti satu penemuan yang dilakukan oleh sebilangan pengkaji-pengkaji Sains barat berkenaan dengan pendengaran dan penglihatan bayi semasa berada dalam kandungan.

Menurut kajian seorang pakar psikologi daripada Universiti Keel, Dr Stephen Evans, membuktikan janin dalam rahim mempunyai kemampuan mendengar dan mengingat suara apabila mencapai umur 20 minggu (5 bulan).

Adapun berkaitan dengan penglihatan pula, bayi yang sempurna dilahirkan sahaja akan dapat melihat dengan sempurna. Pun begitu, mengikut Reg Furlough dalam article How the science of Sound helps Your Unborn and Newborn Baby menyatakan bahawa janin mempunyai keupayaan untuk melihat dalam rahim semasa berumur 7 bulan (28 minggu)
[1].

Memahami dari kajian sains barat ini, sebenarnya telah membenarkan kandungan Al-Quran yang mendahulukan menyebut pendengaran berbanding penglihatan.

Firman Allah;

وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Maksudnya;
“Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur”

(Surah Sajdah : 9)

Begitujuga penemuan sains yang mengatakan bahawa Jantung merupakan asas bagi kekuatan jasad. Bermaksud, jika jantung lemah, maka segala anggota jasad turut menjadi lemah.

Menurut kajian, didapati jantung mampu berdenyut sebanyak 70 denyutan dalam satu minit atau sekitar 100, 000 denyutan dalam satu hari untuk mengepam 5 liter darah dalam setiap detik, atau 7, 200 liter darah dalam satu hari melalui jaringan rumit yang terdiri dari pembuluh nadi, urat-urat dan saluran darah yang panjangnya mencapai ribuan Kilometer. Jaringan ini berfungsi menyalurkan dan mengalirkan darah bersih kepada setiap celah kehidupan di dalam tubuh dan sekaligus membuang darah kotor.

Sudah menjadi pengetahuan umum, apabila jantung baik, pasti perjalanan darah akan jadi baik dan setiap sel hidup di dalam tubuh pun akan mendapat bahagian darah yang membawa zat-zat makanan dan oksigen. Dengan oksigen, pembakaran zat-zat makanan menjadi sempurna dan menghasilkan energi dan kekuatan
[2].

Penemuan sains ini, sebenarnya telah membenarkan kemukjizatan Nabi Muhammad SAW yang berkata;

وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya;
“Sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad; apabila buruk daging itu, maka buruk seluruh jasad; ketahuilah, ia adalah hati (jantung)
[3]

Dengan hujjah-hujjah yang dikemukakan inilah, membuktikan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sesuatu yang fitrah; sesuai dengan kehidupan manusia yang sudah pasti ianya memberikan kebahagiaan kepada manusia seluruhnya.

Pun begitu, amat menyedihkan, apabila ada manusia mendakwa bahawa Islam itu relevan untuk di zaman-zaman tertentu dan untuk tempat-tempat tertentu sahaja, menunjukkan islam ini telah dijahili kandungannya mengikut kefahaman yang sebenar. Semuanya berpunca dari tidak mendalami Al-Quran dan As-Sunnah dari sudut konsepnya yang sebenar.

Justeru itu, sekiranya manusia itu memahami Islam Al-Quran dan As-Sunnah mengikut konsepnya yang sebenar, pasti mereka akan menerima Islam sebagai agama yang terlaksana di mana tempat dan zaman pun sepertimana mereka mengakui bahawa di mana zaman dan tempat pun mereka berada, bahawa yang menerangi mereka adalah matahari yang satu.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 Febuari 2009 * 3:42 petang.



[1] Quran Saintifik : m.s 128.
[2] Penemuan Sains dalam Sunah : 1/62.
[3] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 50

Jumaat, 13 Februari 2009

GERAK KHAS EDISI BARU : “MAKLUK HALUS DITAHAN POLIS”

Utusan Meloya hari ini melaporkan;

SATU:

”PULAU PINANG 13 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo ditahan oleh polis ekoran tindakannya cuba menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh di kediamannya di Jalan Kebun Bunga hari ini”

”Beliau bersama tiga Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan pemandunya ditahan di Taman Belia di sini pada pukul 3.15 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan dibebaskan sejurus keterangan mereka diambil. Tiga yang lain ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud dan Ketua Pemuda UMNO Kulim Bandar Baru, Mohd. Mustaffa Kamal Sheikh Ismail.”

KOMEN:

Buat demo musim pemilihan ini, ada udang disebalik mee ker??? Jangan bimbang, orang akan pilih kamu jadi ketua Pemuda UMNO punya....

DUA:

”Difahamkan, Mohd. Khir sebelum itu menyertai sekumpulan lebih 500 orang pada perhimpunan aman di Jalan Kebun Bunga untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Karpal yang mahu menyaman Sultan Perak” ”

KOMEN:

Aik, serah memorandum bantahan kepada Karpal yang mahu menyaman Sultan Perak???... kenapa tak serah memorandum kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) yang menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Ja’afar (kini Almarhum)??? Kenapa tak saman Tun Dr Mahathir yang telah melucutkan kekebalan raja-raja melayu dalam 80 an dahulu????

TIGA:

”Bagaimanapun perhimpunan tersebut terpaksa dibatalkan dan dileraikan oleh polis pada pukul 2.45 petang kerana tidak mendapat permit.

KOMEN:

Tak dapat permit??? Sejak bila UMNO pandai langgar undang-undang ni??? Bukankah sebelum ini, UMNO selalu cakap, nak demo kena ikut undang-undang... ambil permit... sampai KJ kata, orang demo tak dapat permit itu adalah beruk-beruk di jalan raya... hahahaha. Nampaknya kita sudah jumpa beruk spisis baru.. beruk yang tak makan pisang, tapi makan tempe.....

EMPAT:

”Sebanyak 15 bas yang membawa penyokong kumpulan itu turut disekat daripada mendekati kediaman Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu”

KOMEN :

Oiiittt.. demo naik Bas tu.... bestnya naik bas, mesti ada aircond.. berapa puluh ringgit sorang dapat ???? koman-koman Rm 5 juta sorang.. kalau kurang RM5 juta, tak padan nak masuk Neraka sebab ikut UMNO….

LIMA:

”Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lebih 300 anggota dan pegawai polis termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di hadapan rumah Karpal dan sekitarnya”.

”Polis turut mengadakan sekatan di kedua-dua arah di Jalan Kebun Bunga menuju ke rumah Karpal”

KOMEN:

300 orang FRU jaga rumah Karpal ??? siap ada polis jaga semua lorong masuk rumah karpal lagi..... untung karpal... tak pasal-pasal dapat security guard tanpa diberi gaji... hebat la karpal... tabik spring la kat you........





ENAM:

”Mohd. Khir pada sidang akhbar berkata, kereta yang dinaiki beliau bersama tiga ketua pemuda bahagian ditahan oleh polis semasa perjalanan pulang selepas berhimpun dan kemudian diminta bersurai oleh polis.”

KOMEN:

Khir Toyo buat sidang Akhbar??? Hebatnya dia... sempat lagi buat sidang Akhbar... masa bila ditahan, masa bila buat sidang Akhbar??? Yang menarik tu, siap possing dengan polis tu... terrer betul Khir Toyo ni.. caya la toyooo… tabik cangkuk …..

THE END :

Sekian sudah rancangan Gerak Khas arahan Yusup Sontorian, diterbitkan oleh Utusan Meloya Sdn Bhd….

Sekian

Wallahu ‘Alam

p/s : Tak ada ke, gambar Possing maut di Sheraton Hotel, Subang Jaya bersama "boss kapal hijau Selangor"??? kalau dapat yang lepas raya haji, lagi baik.... fresh sikit...


- Sri indah (B), Sg Buloh
14 Febuari 2009 * 1 :26 petang.


FIKIR ATAU SEMANGAT???

Tok Guru Nik Abdul Aziz, Ulama yang berfikiran jauh

FIKIR ATAU SEMANGAT???

Selepas menunaikan solat subuh, sebelum memulakan kuliah subuh yang ingin disampaikan, aku sempat juga meneliti satu bab dalam sebuah buku yang bertajuk “pembuktian Sains dalam Sunnah” terjemahan dari buku “Al-I’jaz Al-Ilmi fi As-Sunnah An-Nabawiyyah” karangan Dr Zaghlul An-Najjar. Sedang meniliti buku tersebut, menyebabkan aku berfikir tentang konsep kefahaman nas.

Aku dapat merasakan, pembacaanku terhadap ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi sebelum aku membaca buku Ahmad Wahib tidak sama seperti aku membaca nas-nas Islam ini di masa sekarang.

Sebelum ini, aku tidak didedahkan langsung dengan berfikir disebalik nas, pun begitu, setelah aku dicadangkan membaca buku “pergolakkan pemikiran islam”, tulisan Ahmad Wahib, menyebabkan aku merasakan ada sesuatu perkara ajaib berlaku dalam pemikiranku, lebih-lebih lagi ketika meneliti nas-nas Islam; Al-Quran dan As-Sunnah.

Sejak membaca buku “pergolakkan pemikiran islam”, Aku mula minat membaca buku tokoh-tokoh pemikir yang hebat, seperti Sayed Nuqib Al-Attas, pemikiran Plato yang membezakan dengan pemikiran Prozac, pemikiran bapak Natsir dari Indonesia, pemikiran Ibnu Rushd yang bercanggah dengan pemikiran Imam Al-Ghazali dan sekarang pula aku sedang meniliti kitab Al-Muwafaqat yang membahaskan cara pemikiran Al-Imam As-Syatibi dalam membahaskan konsep maslahah dan mafsadah dalam memahami maqasid Syariah.

Tidak ketinggalan juga, aku membaca buku sejarah hidup beberapa tokoh pejuang, seperti perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmi, perjuangan Dato’ Onn, perjuangan Abdullah CD, Rashid Maidin, dan buku yang bertajuk “gerakan kiri melayu”.

Disamping itu juga, memandangkan aku bekerja sebagai editor syariah bagi syarikat Anbakri Publika yang mengumpul semua hasil karya Tok guru NIk Abdul Aziz; setelah aku meneliti karya-karya Tok Guru, aku dapat merasakan ada sesuatu yang baru yang dapat aku belajar dari pemikiran beliau itu. Aku kagum dengan beliau, kerana cara beliau berfikir agak susah untuk dicari setara beliau dengan ulama-ulama yang lain.

Hasil dari membaca buku-buku ini, aku mula merasakan betapa jahilnya aku tentang Al-Quran dan As-Sunnah yang sering kita lihat dari sudut Nas zahirnya sahaja, tanpa kita merujuk kepada kandungan tersirat disebalik yang tersurat itu.

Aku mula membelek-belek balik buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang telah aku khatamkan sejak sekian lama, seperti buku yang bertajuk Fiqh Awlawiyyat dan Fiqh Aqalliyyat.

Aku mula merasa kagum dengan pemikiran Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam mengeluarkan khulasah perbincangan konsep maslahat dan Mafsadah yang diulas secara lebar oleh Al-Imam As-Syatibi, sedangkan sebelum ini aku sudah khatam membaca buku-buku Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, tetapi sebelum ini, pembacaan itu sekadar pembacaan dari sudut nas yang zahir sahaja, tetapi tidak dirasakan kandungan tersirat disebalik yang tersurat tersebut.

Setelah selesai menyampaikan kuliah muslimat di salah sebuah surau di DUN Paya Jaras, dalam perjalanan pulang, aku memasang CD ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dalam kupasan Tok Guru nik Abdul Aziz tentang tersebarnya fahaman secular di Mesir, beliau ada mengungkapkan tentang perbezaan ilmu yang dicapai dengan “berfikir” dan ilmu yang dicapai dengan “semangat”.

Aku mula terfikir tentang dua konsep ilmu yang diulas oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz itu, menyebabkan aku secara peribadi berpendapat, bahawa, kelemahan ilmuan kini, apabila mereka memahami Islam dari sudut “semangat” tanpa melibatkan “berfikir”.

Dengan itu juga, baru aku faham, mengapa aku kini membaca Al-Quran dan As-Sunnah tidak seperti dahulu; dirasakan ada dua keadaan yang berbeza.

Sekian

Wallahu ‘Alam

p/s : sekadar meluahkan perasaan.

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 Febuari 2009 * 11:19 pagi.



BERTEMANKAN SAHABAT NABI : SIRI 3

ABDULLAH BIN OMAR

Abdullah bin Omar adalah anak kepada Omar bin Al-Khattab yang sangat masyhur dalam sejarah islam. Abdullah adalah adik beradik seibu sebapa dengan Hafsah yang merupakan isteri Nabi SAW. Ibunya bernama Zainah binti Maz’un, yang merupakan isteri kepada Saidina Omar bin Al-Khattab.

Beliau telah memeluk islam sebelum beliau aqil baligh lagi. Beliau merupakan antara sahabat nabi yang sangat-sangat mahu mencontohi nabi SAW, sehinggakan menurut satu riwayat daripada Musa bin Dahqan yang menyatakan bahawa Abdullah memakai pakaian yang singkat setengah betis sepertimana nabi SAW memakai pakaian singkat setengah betis.

Begitujuga, satu riwayat daripada Ibnu Sairin bahawa Abdullah Omar memakai cincin yang termaktub di cincinnya “Abdullah bin Omar” sepertimana cincin Nabi SAW yang termaktub “Muhammad Rasulullah”

Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Aslam yang menceritakan bahawa beliau mengkuningkan rambutnya sehingga warna kuning itu terkena pada pakaiannya dengan tujuan mahu mencontohi nabi SAW yang mengkuningkan rambutnya.

Beliau mempunyai rambut yang panjang sehingga mencecahi bahu. Ini pun dengan tujuan mahu mencontohi Nabi SAW yang berambut panjang.

Mengikut satu riwayat menyatakan bahawa Abdullah bin Omar juga antara sahabat yang hadir dalam peperangan badar Al-kubra, tetapi riwayat ini ditolak kerana Abdullah sendiri pernah berkata bahawa ketika berlakunya peperangan Uhud, umurnya baru mencecah 14 tahun. Beliau minta izin dari nabi untuk terlibat sama dalam peperangan uhud tersebut, tetapi tidak diizinkan oleh nabi SAW.

Jikalau beliau tidak diizinkan oleh nabi SAW untuk hadir dalam peperangan uhud disebabkan umurnya yang masih muda, pasti nabi tidak akan izinkan beliau terlibat dalam peperangan badar yang kejadiannya lebih awal berbanding peperangan uhud.

Beliau tidak pernah meninggal solat malam dalam kehidupan beliau melainkan sedikit. Punca jadi begitu adalah, beliau satu malam bermimpi jumpa dengan dua orang yang diagaknya sebagai malaikat. Dua orang itu telah membawanya ke neraka. Dilihat neraka itu dari lubang yang bulat seperti bulatnya telaga, dan dalam seperti dalamnya telaga. Beliau menjenguk melihat dalam neraka itu, dan beliau melihat manusia didalamnya dan beliau menyatakan bahawa beliau amat kenal wajah-wajah mereka itu.

Kisah mimpi itu, beliau ceritakan kepada Hafsah, lalu diceritakan oleh Hafsah kepada Nabi SAW. Mendengar cerita itu, Baginda SAW pun berkata;

نعم الرجل عبد الله لو كان يصلي من الليل

Maksudnya;
“Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah, jika beliau menunaikan solat malam”

Sejak dari itu, beliau tidak pernah lagi meninggalkan solat malam melainkan sedikit sahaja.

Diceritakan suatu hari bahawa Nabi SAW menyebut bahawa Abu Bakar, Omar dan Osman sebagai ahli syurga. Mendengar itu, menyebabkan Abdullah minta agar beliau didoakan oleh Nabi SAW sebagai ahli syurga.

Mendengar pemintaan Abdullah, menyebabkan nabi SAW terus berkata;

أنت مع أبيك

Maksudnya;
”Kamu bersama bapa kamu (iaitu Omar bin Al-Khattab)”

Beliau amat zuhud sehinggakan pernah disebut oleh Abdullah bin Mas’ud dengan katanya;

إن من أملك شباب قريش لنفسه عن الدنيا عبد الله بن عمر

Maksudnya;
”Sesungguhnya anak muda dari kalangan Quraish yang paling mampu memiliki dirinya daripada terpedaya dengan dunia adalah Abdullah bin Omar”

Beliau pernah ditawarkan menjadi qadhi di zaman pemerintahan Osman bin Affan menjadi Khalifah, tetapi jawatan itu ditolak beliau. Saidina Osman mendesak juga, tetapi tetap ditolak oleh beliau. Tindakan Abdullah itu menyebabkan Osman berkata, apakah kamu tidak mentaati perintahku sebagai Khalifah??

Mendengar itu, menyebabkan Abdullah berkata;

Aku tidak melanggar ketaatanku terhadap kamu, cumanya aku mengetahui bahawa Qadhi itu seperti yang disebut oleh nabi adalah;

الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ قَاضِيَانِ فِي النَّارِ وَقَاضٍ فِي الْجَنَّةِ رَجُلٌ قَضَى بِغَيْرِ الْحَقِّ فَعَلِمَ ذَاكَ فَذَاكَ فِي النَّارِ وَقَاضٍ لَا يَعْلَمُ فَأَهْلَكَ حُقُوقَ النَّاسِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَقَاضٍ قَضَى بِالْحَقِّ فَذَلِكَ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya;
”Qadhi itu ada tiga; dua dalam neraka dan satu dalam syurga. Lelaki (Qadhi) yang berhukum tanpa hak dalam keadaan mengetahuinya, maka ia dalam neraka; Qadhi yang berhukum dalam keadaan dia tidak mengetahui, lalu dia telah membinasakan hak manusia, maka dia dalam neraka; qadhi yang berhukum dengan kebenaran, maka dia dalam syurga
[1]

Kerinduan beliau terhadap Nabi selepas kewafatan nabi amat memberi kesan kepada kehidupan beliau, sehingga beberapa riwayat menyatakan bahawa dikala Abdullah menyebut nama Nabi SAW, pasti mata beliau akan menitiskan air mata.

Hartanya banyak dihabiskan untuk memerdekakan hamba, sehingga menurut riwayat daripada Nafi’ berkata, bahawa Abdullah bin Omar telah berjaya memerdekakan lebih 1000 orang hamba sewaktu hayat hidupnya.

Menurut anaknya yang bernama Salim, bahawa bapanya, iaitu Abdullah bin Omar meninggal dunia di Makkah, dikebumikan di Fakh, perkuburan Muhajirin pada tahun 74 hijriyyah ketika berumur 84 tahun.

Ada riwayat menyatakan, jenazah beliau dikebumikan di Zu Tuwa.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Febuari 2009 * 9:49 malam

[1] Sunan At-Tirmizi : 1244.

Khamis, 12 Februari 2009

WALA’ KEPADA SULTAN ???

WALA’ KEPADA SULTAN ???

Mengikut aqidah orang melayu, Sultan tidak boleh diderhakai. Wajib memberikan wala’ kepada mereka, walau apa jua keadaan pun. Itulah aqidah orang melayu yang berpegang sejak sekian lama.

Tapi yang peliknya, orang melayu tidak pula merasakan bersalah jika ada orang yang mempermainkan sultan; mempergunakan sultan; mencabut “taring” sultan.

Menunjukkan, sebenarnya orang melayu bukan memberikan wala’ kepada sultan, tetapi mereka memberikan wala’ kepada orang yang berkuasa.

Memandangkan dahulukala sultan berkuasa, maka mereka pun memberi wala’ kepada sultan, tetapi kini, taring sultan telah di tarik oleh Mahathir, presiden UMNO merangkap perdana Menteri, dilihat dalam hal ini, bukan Sultan lagi yang diberikan wala’, bahkan kepada UMNO.

Ekoran dari itulah, mereka tidak marah kepada UMNO yang mempergunakan Sultan demi kepentingan parti mereka; mempermain-mainkan Sultan demi kepentingan parti mereka.

Bahkan, dalam keadaan orang melayu berfikir sedemikianlah, UMNO mengambil kesempatan untuk menyelamatkan keadaan parti mereka dengan berselindung disebalik tabir sultan.

Dari itulah, kita akan lihat banner-banner yang berbunyi “daulat tuanku”, “kita tentang penderhaka Sultan” dan berbagai-bagai lagi kalimah mengampu sultan demi menyembunyikan kejahatan UMNO laknatullah alaih.

Sesungguhnya ketaatan yang wajar diberikan kepada manusia itu, tidak sama seperti ketaatan yang wajib diberikan kepada Allah dan juga Rasul-Nya. Memberikan ketaatan kepada Allah dan Rasul itu bersifat mutlaq, adapun ketaatan kita terhadap manusia; termasuk Sultan adalah tertakluk kepada asas dan hujjah-hujjah yang realistic.

Ini kerana, kita disuruh wala’ kepada Allah dan rasul secara terus, adapun kepada selain Allah dan Rasul, ketaatan itu tidak boleh dilakukan secara “taqlid buta”.

Diceritakan dalam hadis sahih; riwayat Al-Bukhari dan Muslim bahawa ketika Nabi SAW melantik seorang lelaki Ansar menjadi ketua kepada sebilangan tentera. Dalam perjalanan, lelaki ansar itu telah menyuruh tentera-tenteranya menghimpunkan kayu api. Setelah menghimpunkan kayu, lalu dibakarkan kayu-kayu itu.

Setelah kayu itu telah dinyalakan apinya; api juga semakin membesar, disuruhnya semua tentera-tentera itu terjun kedalam api tersebut.

Semua tentera mahu terjun ke dalam api itu atas asas memberikan wala’ kepada ketua yang dilantik oleh Nabi SAW. tetapi, seorang tentera merasakan sangsi terhadap arahan tersebut, meminta agar para tentera menangguhkan ketaatan mereka itu dengan bertanya terlebih dahulu kepada Nabi SAW.

Apabila mereka bertanya kepada Nabi SAW, baginda terus menjawab;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu terjum ke dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja
[1]

Nah !! dari hadis ini menjadi bukti kepada kita bahawa ketaatan kepada yang lain dari Allah dan Rasulullah tidak boleh dilakukan secara ”taqlid buta”, bahkan sebelum dilakukan ketaatan, hendaklah dipastikan terlebih dahulu disebalik arahan tersebut, sama ada ianya boleh disifatkan sebagai realistik atau tidak; menghasilkan mudharat atau tidak dan sebagainya.

Persoalannya, bagaimana mahu mengetahui sesuatu arahan itu disifatkan sebagai mudharat atau tidak???

Kalau dalam kes perak, kedaulatan undang-undang adalah sesuatu yang penting. Apabila undang-undang sudah tidak berdaulat, pasti kezaliman akan berleluasa di masa akan datang.

Ini kerana, apabila undang-undang sudah dipermainkan, bermakna penyelewengan semestinya berlaku. Justeru itulah, orang yang memegang undang-undang, bila-bila masa sahaja boleh dipergunakan demi untuk menjaga individu-individu tertentu. Apabila keadaan ini berlaku, tidak mustahil gejala rasuah akan berleluasa.

Inilah kemudharatan disebalik memberi wala’ kepada arahan yang menyanggahi undang-undang.

Dari sini, kita dapat membuat satu kesimpulan (baca :Dhawabit) :

“Ketaatan kepada Allah dan Rasul bersifat mutlaq, tetapi ketaatan kepada selain kedua-dua-Nya adalah bersifat muqayyad”

Sekian

Wallahu ’Alam

p/s : mungkin boleh difikirkan maksud wala’ mengikut konsep gerakan Islam pula.


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg buloh
13 Febuari 2009 * 12:10 tengahari






[1] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.

Rabu, 11 Februari 2009

TEKANAN PAKATAN RAKYAT, DALAM DAN LUAR

TEKANAN PAKATAN RAKYAT, DALAM DAN LUAR

Selepas ”kejatuhan” yang tidak sah berlaku di perak, tekanan yang menimpa Pakatan rakyat semakin menjadi-jadi. Tekanan itu, sama ada dari dalam mahupun dari luar.

Lebih-lebih lagi, diberitakan bahawa 4 orang ADUN PKR di selangor juga yang sudah hilang dilarikan oleh hantu; tidak tahu entah kemana pergi mereka itu???

Tekanan dari luar adalah tekanan UMNO (Untuk Manusia No Otak) parti jijik dan kotor, bersama dengan komponen BN (Babi Najis), adapun tekanan dalam pula antara parti; PAS, PKR dan DAP.

Semakin rumit, apabila Presiden DAP, Karpal Singh mencadangkan agar Pak Syaikh Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dari mengepalai Pakatan Rakyat, tetapi ”dilegakan” balik oleh Setiausaha DAP sendiri, iaitu Lim Guan Eng (insya Allah, akan datang Omar Lim guan Eng).

Dari dalaman PAS juga berbunyi, kononnya kejadian sebegini berpunca dari tindakan Pak Syaikh Anwar Ibrahim, yang mencanang ’lompat parti’ untuk menubuhkan kerajaan sejak 16 september yang tak menjadi. (kena tanya balik, kenapa tidak jadi??)

Dari pihak PKR pula, kelam kabut ini berlaku bukan sekadar pada ahli bawahan, tetapi lebih memeningkan ianya menimpa kepada pihak ADUN-ADUN mereka sendiri yang sedang melompat parti.

Dari sudut strategi, dalam keadaan sekarang, tuduh menuduh dan buruk memburuk sesama parti dalam Pakatan Rakyat ini tidak seharusnya berlaku.

Bak kata orang tua-tua terdahulu, masa sedang berlawan bola, jangan disebabkan kemuncup yang melekat pada seluar kita itu menjadi penghalang untuk kita score gol. Tetapi fokus utama sekarang adalah, bersatu antara anggota pasukan dalam usaha mendapat score gol, dan kemuncup itu dibuang selepas selesai perlawanan berlangsung.

Dalam hal ini, kita kena lihat bagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menerusi sirah.

Ketika meletusnya peperangan Badar Al-Kubra, bilangan tentera islam tidak ramai. pihak kafir Qurasyh bertindak menyerang kesatuan umat Islam itu dengan mengutuskan sekeping surat kepada ”boneka” mereka dikalangan umat Islam yang bernama Abdullah bin Ubai bin salul, si bapa munafiq.

Dalam surat tersebut, orang kafir quraish menjanjikan berbagai-bagai kelebihan kepada Abdullah bin Ubai sehingga menawarkan jawatan ”Perdana Menteri” Madinah, itupun setelah dia berhasil memecah belahkan kesatuan umat Islam di Madinah, lalu Islam kalah dalam peperangan tersebut.

Mengenangkan keuntungan dunia yang ditawarkan itu, menyebabkan Abdullah bin Ubai telah berjumpa dengan kabilah Aus dan Khazraj yang telah berjaya dipersaudarakan oleh Nabi SAW, lalu dibangkitkan semangat nasionalis masing-masing, disamping mengingatkan balik punca berbalahan mereka sejak sekian lama.

Saraf yang dimainkan oleh Abdullah hampir berjaya, menyebabkan Baginda SAW datang berjumpa dengan dua kabilah besar ini, lalu menaikkan semangat persaudaraan, disamping menyebut tentang kesatuan madinah dan menimbulkan semangat patriotik Madinah.

Jika diperhatikan kepada tindakan nabi SAW, kita dapat belajar sesuatu dari apa yang ditimbulkan oleh Nabi SAW.

Tindakan nabi SAW menaikkan semangat persaudaraan adalah dengan tujuan mahu menunjukkan bahawa semua rakyat madinah mempunyai hubungan adik beradik. Dan adapun menaikkan semangat patriotik madinah, kerana tidak mahu semangat orang-orang kafir yang tinggal di Madinah merasa tawar hati untuk turut sama membantu umat Islam menghadapi quraish yang mahu menyerang Madinah.

Jika ketika itu baginda Saw menaikkan semangat islam, pasti para pemuja berhala di Madinah tidak mahu bergabung dengan tentera Islam, bahkan tidak mustahil, mereka akan bergabung dengan kafir Quraish dalam mengalahkan tentera islam.

Jelasnya, tindakan nabi SAW ketika itu, nabi tidak menimbulkan semangat menyelamatkan Islam, tetapi menimbulkan semangat menyelamatkan Madinah.

Oleh yang demikian, mungkin kita perlu belajar dari sirah nabi SAW ini dalam menghadapi kemelut dalaman; antara parti-parti dalam pakatan rakyat, agar permainan yang sedang dilakukan oleh UMNO dan BN tidak akan menjadi.

Di kala ini, kita perlu menaikkan kejahatan UMNO yang merosakkan agama kita, merosakan persaudaraaan antara bangsa dikalangan kita, mencabut taring raja melayu kita, membangsatkan bangsa kita.

Juga perlu dibangkitkan, penyelewengan harta rakyat berbilion-bilion ringgit, yang semua ini menyebabkan kita sudah menjadi rakyat yang susah dari semua sudut kehidupan.

Yang penting perlu difikirkan sekarang adalah, UMNO/BN mahu merampas kerajaan dari tangan kita. Apabila mereka rampas, pasti mereka akan ”membabikan” kita; juga ”menganjingkan” kita.

Justeru itu, hindarkan perbezaan antara kita, tetapi carilah titik kesamaan antara kita demi untuk mempertahankan kerajaan yang berada ditangan kita ini.

Ingatlah firman Allah;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
”Katakanlah (Wahai Muhammad). Wahai ahli kitab, marilah kepada titik persamaan antara kami dan antara kamu”

(surah Al-Imran : 64)


Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 :1:02 petang.


MEMAHAMI PERJUANGAN SALAFI DAN KHALAF

MEMAHAMI PERJUANGAN SALAFI DAN KHALAF

Golongan yang mendakwa sebagai salafiyyah pada asalnya adalah dari kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Imam Ahmad bin Hanbal, atau dikenali sebagai “hanabilah”.

Mereka adalah penerus kepada perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal yang sedang menghadapi kesesatan golongan muktazilah yang telah menyebarkan kesesatannya kepada masyarakat umum.

Dari itu, golongan hanabilah mula membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid yang turut menyentuh mengenai “ayat mutasyabihat”. Hasil dari perbincangan tersebut, maka lahirlah pegangan yang disandarkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mewakili perbincangan beliau. Pun begitu, wujud juga pertikaian sesama hanabilah sendiri dalam kontek penyandarannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
[1]

Kemudian dari itu, lahirnya Imam Abu Al-Hasan Al-Ashari dan pengikutnya yang digelar sebagai “Asyaa’iarah” selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Pendekatan Imam Abu Hasan Al-Asyari adalah pendekatan yang disebut “mutakallimin” untuk mempertahankan aqidah ahl al-sunnah wa al-jamaah dalam menghadapi muktazilah. Namun, konsep dan pandangan asyaariyyah itu tidak dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan pendekatan generasi awalan dari kalangan yang mendakwa pengikut Imam Ahmad bin Hanbal
[2].

Para ashaairah mengisytiharkan bahawa mereka mempertahankan akidah islam dengan perantaraan ilmu kalam atau pendekatan logic akal dan menganggap sebagai kesinambungan daripada generasi salaf. Lantas mereka menggelarkan diri mereka sebagai khalaf sebagai perbezaan terhadap mereka yang sebelumnya. Berikutan itu, gelaran salafi mula digunakan sebagai lawan kepada gelaran khalaf.
[3]

Pertelingkahan yang sengit di antara salafiyyah hanabilah dan ashaairah tercetus disebabkan kemunculan pendirian salaf semasa teguhnya kedudukan ashaairah dalam mendominasi bentuk pegangan tauhid umat Islam sejak sekian lama. Kemunculan ketika itu seolah-olah mencabar pengaruh ashairah sehingga masing-masing mendakwa sebagai mewakili pegangan sebenar generasi salaf.
[4]

SIAPAKAH MUSUH SALAFI DAN KHALAF YANG SEBENAR?

Dari sejarah yang dinukilkan ini, difahami bahawa, kelahiran aliran salafi dan khalaf bukanlah satu sebab yang menyebabkan boleh dilebelkan khalaf itu sesat atau salaf itu betul, begituga sebaliknya.

Tetapi kelahiran kedua-dua aliran ini mempunyai satu matlamat, iaitu untuk menghadapi golongan muktazilah yang sedang berusaha kuat untuk menyesatkan umat Islam di zaman tersebut.

Golongan salafiyyah mendakwa bahawa mereka mempunyai manhaj tersendiri dalam menghadapi muktazilah, begitujuga berlaku kepada golongan ashaairah.

Ini di umpamakan seperti seseorang yang berada di Kuala Lumpur; yang hendak ke kota bharu, samada hendak melalui jalan Gua Musang atau menggunakan laluan Jalan Kuala terengganu. Kedua-dua laluan tersebut sampai ke Kota Bharu, tetapi berbezanya hanya pada sudut lambat atau cepat sahaja.

Maka begitulah halnya terhadap mereka yang bergelar dengan salafiyyah dan asyairah.

APAKAH PERJUANGAN SALAFIYYAH YANG SEBENAR DI MALAYSIA?

Memahami dari ulasan ini, difahami bahawa perjuangan golongan yang mendakwa salafi yang menyerang golongan khalaf; khalaf menyerang salafi di Negara ini merupakan satu dakwaan yang berkonsepkan jenayah ilmu.

Ini kerana, jika dilihat kepada fitnah yang menimpa umat Islam di Malaysia kini, difahami bahawa, UMNO merupakan muktazilah moden yang sedang beruasaha menanam syirik didalam hati umat Islam di Negara ini.

Menanam fahaman bahawa undang-undang Islam tidak layak dilaksanakan disebabkan masyarakat majmuk, kilang arak tidak boleh di tutup kerana memungkinkan kemunduran ekonomi Negara dan berbagai lagi merupakan fahaman muktazilah moden yang telah dipelopori oleh UMNO dan Barisan Nasional di Negara ini.

Maka dengan demikian, jika dilihat kepada perjuangan golongan salafiyyah dan asyairah dalam ulasan di atas, didapati bahawa perjuangan mereka adalah menghadapi golongan muktazilah.

Keadaan sedemikian menyalahi dengan tindakan yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa salafi dan juga khalaf di Negara ini. Ini kerana, dalam dakwaan mereka sebagai salafi mahupun khalaf, tetapi dalam masa yang sama, mereka boleh bersekongkol dengan golongan muktazilah moden ini.

Oleh itu, jika benar mereka memperjuangankan method atau aliran perjuangan Salafi, juga khalaf, pasti mereka akan menyerang segala fahaman yang berasaskan kepada pemikiran muktazilah, tidak kira apa namanya sekalipun, lebih-lebih lagi mereka yang bernama UMNO.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 * 7:58 pagi.



[1] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 20.
[2] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 22.
[3] Salaf dan Khalaf : hakikat dan Implikasinya : m/s 4.
[4] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah fi As-siyasah wa al-‘aqaid wa tarikh al-mazahib al-fiqhiyyah : m/s 177.


WAHABI DAN KRISTIAN : MANA LAGI BAHAYA???

WAHABI DAN KRISTIAN : MANA LAGI BAHAYA???

Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Nak dikatakan bodoh, yang buat kerja ni mufti. Mungkin mufti cap ayam kot.

Mana tidaknya. 7 Febuari 2009 baru-baru ini, aku ada menulis luahan hatiku tentang seorang anak muda yang hampir 2 tahun masuk Islam, lalu disebabkan kerenah birokrasi, menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa hak pun dari wang zakat, walaupun satu sen.

Tekanan demi tekanan ekoran kekurangan wang, dia telah pergi tidur di rumah salah seorang paderi di Petaling jaya semata-mata nak dapatkan bantuan kewangan bagi menyambung pengajiannya di peringkat lebih tinggi.

Itu kejadian yang berlaku pada 7 Febuari, sehinggakan pada malam itu, aku tidak berjaya melelapkan mata disebabkan memikirkan masalah anak muda yang dibimbangi murtad; masuk kristian.

Hari ini, aku mendapat maklumat bahawa pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 9 Febuari baru-baru ini mengadakan satu mesyuarat yang membincangkan masalah tersebarnya fahaman wahabi di Malaysia.

Mesyuarat yang dihadiri sebilangan besar ulama-ulama di Selangor, mahupun diluar selangor, seperti Mufti Selangor, Dr Osman Muhammady, Dato’ Saleh Ahmad dan sebagainya.

Mesyuarat yang melahirkan satu keputusan, pihak MAIS akan menubuhkan satu NGO bagi menghadapi pergerakan Wahabi di Selangor.

Kadang-kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang sedang difikirkan dalam benak ulama-ulama ni dalam memajukan islam di selangor, mahupun di Malaysia.

Isu wahabi adalah isu lama. Isu yang didebatkan selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Bahkan, jika diperhatikan kepada ulama-ulama terdahulu, mereka tidaklah menjadikan isu ini sebagai sebagai sesuatu yang serius sehingga mengabaikan masalah yang lebih penting.

Yang berlaku kini, didebatkan isu wahabi, sampai diabaikan peranan MAIS dalam pengurusan Zakat sehinggakan ramai golongan Muallaf jadi murtad. Membiarkan si miskin terus dengan kemiskinan.

Apakah mereka mengkaji atau tidak, dimanakah bermulanya sejarah wahabi ini??? apakah mereka mengkaji dimanakan bermulanya berdebatan antara Salafi dan wajabi??? apakah mereka boleh membeza antara Salafi dan Wahabi??? Apakah mereka boleh membezakan isu yang didebatkan oleh wahabi, apakah dari sudut Aqidah atau dari sudut Syariah??? Apakah mereka tahu, dimanakah keutamaan umat Islam kini, menyerang wahabi atau menyelamatkan aqidah umat Islam yang sudah semakin hari berminat dengan Kristian????

Dok tengok cara berfikirnya ulama-ulama ini, aku terus meletakkan satu persepsi, bahawa itu sebablah islam tidak maju di Malaysia. Itu sebab ramai umat Islam yang murtad, keluar dari agama. Itu sebab ramai anak muda yang jadi sesat.

Benarlah kata Abdul Qadir Al-Audah, umat Islam kini ditimpa penyakit kronik yang agak susah untuk diubati, iaitu penyakit ”kelemahan ulamaknya, kejahilan umatnya”.

Terpulanglah kamu wahai ulama yang mempunyai kuasa.... kalau orang murtad, kamulah yang bertanggungjawab menanggung dosa-dosa mereka. Sebab, mereka murtad kerana kelemahan kamu dalam memanfaatkan akal-akal kamu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 * 12:03 pagi.







SALAHKAH USTAZ MASUK DAP????

SALAHKAH USTAZ MASUK DAP????

Dulu aku ada terbaca tulisan Prof Sayed Nuqib Al-Attas. Aku kagum dengan lontaran idea beliau, yang boleh disifatkan sebagai ‘berfikiran jauh’.

Beliau ada menyebut tentang isu Palestine. Beliau menyatakan, permusuhan Israel dengan umat Islam akan berkekalan sampai kiamat. Ini dibuktikan dengan hadis yang menyebut bahawa semua makhluk benda akan bercakap di akhir zaman nanti; memberitahu kepada umat Islam ketika itu agar membunuh orang-orang yahudi yang menyorok di belakangnya, melainkan pokok gharqad. Oleh itu, isu pemusuhan antara yahudi dan Islam tetap akan berpanjangan sampai kiamat.

Cumanya, yang perlu difikirkan sekarang, bukan hendak meluputkan yahudi dari muka bumi Allah ini, ini kerana, Nabi SAW sendiri menyebut bahawa mereka tidak akan luput hingga hari kiamat, tetapi yang paling penting; yang perlu difikirkan adalah, bagaimana hendak mengalahkan yahudi, agar mereka menjadi bangsa yang terbangsat atas muka bumi Allah di mata-mata umat manusia???

Beliau mencadangkan agar orang islam sendiri perlu bertindak seperti yahudi bertindak merosakan umat Islam, iaitu dengan masuk kedalam yahudi, mendalami ajaran mereka, kemudian merosakkan mereka dari sudut keilmuan.

Padaku, pandangan ini amat bagus untuk difikirkan bagi melancarkan serangan terhadap yahudi, juga mana-mana pihak yang menyerang islam.

Kita masuk ke dalam mereka, bukan untuk membersihkan mereka, tetapi kita masuk ke dalam mereka dengan tujuan untuk merosakan mereka.

Pada pandangan peribadiku, pandangan ini tidak bercanggah dengan islam. ini kerana, serangan yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam kini, bukanlah diseriuskan pada sudut ketenteraan dan pembunuhan, tetapi serangan yang dilakukan oleh yahudi secara serius adalah dari sudut keilmuan.

Ekoran dari itulah, mereka mencadangkan berbagai-bagai fahaman , lalu fahaman ini diterima oleh Umat Islam sendiri, seperti fahaman Sosialis, Kapitalis, nasionalis, pragmatis dan sebagianya.

Apabila umat Islam menerima fahaman-fahaman ini, pasti umat Islam tidak akan bersatu lagi, maka disitulah bermulanya kelemahan umat Islam. apabila umat Islam sudah lemah, maka mereka pun melancarakan serangan persenjataan terhadap Umat Islam sehingga umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa pun.

Oleh itu, bagi menyerang balik serangan keilmuan ini, tidak ada salahnya kita menyerang mereka dengan keilmuan juga. Hal ini disandarkan kepada Firman Allah SWT;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Begitujuga, jika kita rujuk kepada sirah nabi SAW pula, antara peperangan yang Islam mencapai kemenangan adalah peperangan Ahzab, walaupun bilangan tentera musuh ketika itu amat ramai berbanding bilangan tentera Islam.

Tidak dinafikan peperangan itu menghasilkan kemenangan dari pihak Islam ekoran pertolongan Allah SWT, tetapi adalah sesuatu yang silap jika dinafikan strategi Nabi SAW dalam usaha hendak memenangkan tentera Islam.

Antara tindakan Nabi SAW dalam mengalahkan musuh ketika itu adalah, berusaha memecah belahkan kesatuan musuh dengan melantik Nuaim bin Mas’ud yang tidak diketahui keislamannya oleh musuh.

Dengan kebijaksanaan yang wujud pada Nuaim, menyebabkan musuh kucar kacir; pecah belah yang akhirnya tentera Islam berjaya melahirkan kemenangan yang gilang gemilang.

Atas dasar strategi inilah, aku kadang-kadang terfikir sendirian dalam usaha hendak mengislamkan kawan-kawan kita dari DAP. Apakah cara yang paling baik; yang perlu dilakukan dalam mengasilkan natijah yang baik dalam usaha hendak mendaulatkan islam di Malaysia di masa akan datang.

Aku melihat, ramai agamawan yang “takharruj” dari luar Negara, bahkan dari dalam Negara. Kepulangan mereka selalunya kurang dimanfaatkan untuk kemenangan Islam, bahkan apabila mereka pulang, mereka hanya “bekerja kerajaan”, “mengajar di sekolah” dan sebagainya. kalau wujud pun mereka yang terlibat dengan dunia dakwah, mereka lebih menumpukan kepada ceramah dan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.

Adapun dari sudut dakwah yang lebih mencabar, agak kurang ianya dilakukan, walaupun sememangnya ianya wujud dengan bilangan yang amat sedikit.

Yang lebih menyedihkan lagi, apabila usaha dakwah ini sepatutnya dilakukan oleh golongan agamawan ini telah diabaikan mereka, bahkan yang dilihat golongan yang bukan agamawan yang lebih agrasif dalam bertindak menyampaikan seruan Allah SWT itu secara berkesan dan efektif.

Melihat kepada tindakan nabi SAW yang melantik Nuaim bin Mas’ud sebagai orang yang dapat memecah belahkan kesatuan kuffar dalam peperangan Azhab; juga melihat kepada idea yang dikemukan oleh Sayed Nuqib Al-Attas untuk merosakan kesatuan Yahudi dari dalam, mengapakah kita tidak berfikir sama untuk menghantar agamawan kita agar masuk ke dalam DAP, untuk menyampaikan dakwah dalam parti tersebut.

Jika agamawan ini masuk ke dalam DAP, lalu dilantik memegang jawatan-jawatan parti yang besar-besar, pasti dalam usaha hendak melaksanakan islam di Malaysia di masa akan datang tidak menghasilkan sesuatu yang susah.

Sekian

Wallahu ‘Alam



Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Febuari 2009 * 10:40 malam

Selasa, 10 Februari 2009

“PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA” : BERSALAHKAN IR NIZAR???

“PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA” : BERSALAHKAN IR NIZAR???

Penguasa adalah manusia yang tidak sekali-kali boleh disifatkan sebagai ma’sum. Kesilapan yang dilakukan oleh penguasa, kadangkala melibatkan kepada perkara haram, justeru itu wajar diberikan teguran yang lebih berhikmah.

Kadang-kala juga, ada kesilapan yang dibuat itu melibatkan kepada perundangan; yang apabila ianya tidak dihormati, pasti akan membawa kemudharatan yang lebih besar.

Keadaan inilah yang sedang menimpa di Perak, rentetan dari kejadian “pemecatan” jawatan MB Ir Nizar, lalu digantikan dengan seorang MB “jadian”, Dr Zamry.

Article ini ingin mengulas sedikit sebanyak tentang sikap kita terhadap pihak penguasa, dengan dikemukakan hujjah bagi menepis sebilangan pihak yang mengatakan penguasa wajib diberikan ketaatan tanpa berbelah bahagi, dan tindakan Ir Nizar itu kononnya bercanggah dengan syariah islam.

TAAT PENGUASA???

Memandangkan penguasa adalah manusia yang pasti akan melakukan kesilapan, maka sudah pasti tidak semua arahan atau perintahnya perlu diberikan ketaatan, bahkan arahan yang wajib diterima pakai dan ditaati selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariah, juga tidak membawa mudharat yang lebih besar.

Bahkan jika diperhatikan kepada sirah nabi dan para sahabat, didapati banyak hadis-hadis dan atsar yang membuktikan bahawa tidak semua arahan penguasa itu wajib diberikan ketaatan. Bahkan, dalam keadaan tertentu sahaja, wajar diberikan ketaatan, iaitu sekiranya tidak melibatkan kepada percanggahan dengan syariah; juga menghasilkan natijah mudharat yang lebih besar.

ASAS PERBINCANGAN

Jika di zaman dahulu; iaitu di zaman pemerintahan khalifah. Seseorang khalifah itu dilantik berdasarkan kepada pemilihan yang dilakukan oleh golongan yang disebut sebagai Ahl Hilli wa Al-Aqdi (terjemahan : kumpulan cerdik pandai, berpengalaman dan bertaqwa); mereka adalah golongan orang-orang yang soleh; bertaqwa; yang layak berijtihad dan sebagainya. Dalam istilah lain, Ahli Al-hilli wa Al-Aqdi disebut ”majlis Syura”.

Orang yang dipilih menjadi khalifah pula, hendaklah menepati ciri-ciri khalifah yang telah ditetapkan oleh Syarak. Seperti seseorang yang bertaqwa, lelaki, mampu berijtihad, mempunyai firasat yang tinggi dan sebagainya
[1].

Adapun sekarang, perlantikan seseorang penguasa tidak berasaskan kepada perlantikan yang berlaku pada khalifah. Oleh sebab itu, dalam asas inilah perbincangan ini perlu diperhalusi; seharusnya dilihat dari perbezaan antara kedua-duanya.

Keadaan ini berasaskan kepada kaedah;

الحكم علي شيئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“gambaran terhadap sesuatu itu adalah satu furu’ daripada hukum”

Bermakna, sesuatu nas itu tidak boleh terus ditatbiqkan atau direalisasikan kepada sesuatu benda yang hendak dihukumkan, melainkan perlu difahami terlebih bentuk benda yang diberikan hukum tersebut.

Dengan erti kata lain, sebelum hendak meletakkan hukum ketaatan kepada raja itu digunakan dengan nas-nas yang merujuk kepada ketaatan kepada khalifah, maka bentuk penguasa perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Juga, ulasan tersebut, hendaklah dirujuk kepada maqasid disebalik ketaatan yang dimaksudkan dalam nas.

SISTEM BERAJA

Sistem beraja terdahulu, raja mempunyai kuasa mutlak. Bermakna, raja tidak terikat dengan mana-mana undang-undang, bahkan ia boleh melakukan apa-apa tindakan pun mengikut kehendaknya.

Jika sebarang kehendak raja yang dilakukan itu mengandungi maksiat, maka sebagai rakyat hendaklah menegur pemerintah mengikut kadar kemaslahatan yang mampu, disamping tidak menatijahkan mudharat yang lebih besar.

Adapun kini, raja di Malaysia disebut sebagai raja berperlembagaan. Oleh itu, raja di Malaysia ini tidaklah mempunyai kuasa mutlak seperti raja-raja dahulu kala. Iaitu, raja juga perlu mentaati undang-undang, justeru itu, jika raja melanggar undang-undang, maka raja juga boleh digelar sebagai bersalah.

Dengan ini, apabila raja di zaman kini melakukan sesuatu kesalahan yang boleh disifatkan sebagai melanggar undang-undang; maka sebagai rakyat yang melihat kesalahan tersebut wajar memberikan teguran yang berhikmat kepada pihak raja, bahkan sebarang arahan yang bercanggah dengan undang-undang tersebut adalah tidak wajar diberikan ketaatan.

Jika rakyat tidak bertindak sedemikian, bermakna rakyat itu adalah rakyat yang redha dengan rajanya yang melakukan kesalahan; sedangkan sesuatu kesalahan tidak layak diberikan ketaatan.

Hujjah-hujjah yang menyatakan kewajipan rakyat bertindak sedemikian adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Firman Allah;

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya;
”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia; kamu menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran”

(Al-Imran : 110)

Juga sabda Nabi SAW;

من رَأَى مِنْكُمْ
مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”
[2]

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada segala kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan
[3]

ISTIDLAL

Apabila menyebut “ingkar” (atau : tidak taat), menunjukkan perkara tersebut adalah perkara yang boleh yang melibatkan mungkar, dan sudah pasti bukan perkara ma’ruf. Antara perkara yang boleh disifatkan sebagai mungkar adalah, sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Apabila seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, pasti ianya merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang”. Justeru itu, tidak selayaknya diberikan ketaatan terhadap arahan tersebut.

Merujuk kepada ulasan di atas, kita akan fahami bahawa tidak semua arahan itu perlu diberikan ketaatan, bahkan dalam keadaan tertentu, arahan itu tidak wajar diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran (baca : amar ma’ruf dan Nahi Mungkar).

KEDUA:

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah
melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(Surah Taha: 43-44)

ISTIDLAL:

Ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa sebarang tindakan dari pihak penguasa yang bertindak “tagha”, maka hendaklah ianya tidak ditaati, bahkan hendaklah dilakukan teguran berhikmat kepada penguasa tersebut.

Kalimah “tagha” adalah kalimah arab yang diterjemah sebagai ‘melampaui batas”. Dalam kitab Lisan Al-Arab, kalimah Tagha itu ditafsirkan sebagai “melampaui kadar yang sepatutnya
[4]

Imam Ibnu Kathir, menafsirkan maksud “melampai batas” ini dengan “melakukan kejahatan, biadap, angkuh terhadap Allah, bahkan melakukan maksiat terhadap Allah
[5]

Maqasid disebalik “tagha” adalah, melakukan kezaliman. Ini kerana, semua yang disebut sebagai zalim, maka itu adalah perkara yang melampaui batas; melampai kadar yang sepatutnya. Antaranya adalah, melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

KETIGA:

Para sahabat terdahulu bertindak menegur penguasa yang melakukan kesalahan secara terang-terangan. Antaranya adalah seperti berikut;

Said Al-Musayyab:

Merupakan ulama tabiin yang alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.

Dari ini, membuktikan kepada kita bahawa, walaupun Said Al-Musayyib sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulam salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh.

Imam Ahmad bin Hanbal:

Menolak serta menyatakan keburukan pegangan (baca : fahaman) khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh.

Nyata disini, Imam Ahmad bin Hanbal tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar atas tindakan pemerintah pada masa itu.

Imam Nawawi:

Sultan Zahir Bebrus yang memerintah Kerajaan memalik mesir telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam An-Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa agar supaya arahan sultan Zahir itu tidak ditaati.

ISTIDLAL:

Dari ini, jelas bahawa golongan ulama salaf soleh tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka secara membabi buta (atau : taqlid buta), bahkan jika penguasa melakukan arahan yang mengandungi kesilapan, pasti mereka akan bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, bahkan bertindak akan menegur dan seterusnya melawan, walaupun mereka terpaksa ditangkap oleh penguasa sekalipun.

ISYKAL DAN JAWAPAN:

PERTAMA:

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

(Surah An-Nisa’ : 59)

Ayat ini dengan nyata dan jelas mewajibkan kepada rakyat memberi ketaatan kepada ulil Amri (baca : penguasa) walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

JAWAPAN:

Ketaatan kepada Allah adalah mutlaq. Begitujuga ketaatan kepada Rasul yang merupakan utusan Allah. Adapun ketaatan kepada penguasa, tertakluk kepada ketaatan penguasa itu dengan Allah dan rasul. Tanpa ketaatan penguasa kepada Allah dan Rasul, maka ketaatan kepada penguasa itu adalah tidak wajib, bahkan wajib diderhakai.

Ini disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja
[6]

KEDUA:

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu
[7]

Dari sini menjadi dalil bahawa ketaatan kepada penguasa itu adalah perkara penting, bahkan wajib diberikan kepadanya dalam apa jua keadaan, walaupun dalam perkara yang merupakan kepentingan diri penguasa (arab : أثرة) sendiri.

Justeru itu, menderhaka terhadap penguasa merupakan perkara yang haram.

JAWAPAN:

Ulasan ini dijawab dengan dua jawapan; ianya seperti berikut;

1- Secara asas, ketaatan terhadap penguasa itu adalah selagi mana penguasa itu memberi arahan yang tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. Sekiranya arahan yang berasaskan kepada Allah dan Rasul itu dilakukan, maka wajib atas rakyat mentaatinya, sama ada arahan itu disukai atau tidak; mudah dilaksanakan atau tidak.

Adapun arahan yang dilakukan itu tidak berasaskan kepada kehendak Allah dan Rasul, maka arahan itu tidak boleh ditaati, walaupun ianya disukai oleh rakyat.

2- Dalam hadis ini menyebut, ketaatan itu hendaklah diberikan kepada penguasa, walaupun dalam perkara yang melibatkan kepentingan peribadi penguasa???

Perlu diingat, maksud dengan ”الأثرة” atau diterjemah sebagai “kepentingan diri” penguasa adalah, dengan melebihkannya atau memberi penghormatan lebih kepada penguasa tersebut berbanding orang lain. Ianya bukan bermaksud membiarkan penguasa melakukan penyelewengan demi keuntungan peribadinya, seperti bertindak mengambil harta rakyat dengan sesuka hati; membiarkan penguasa melanggar undang-undang dan sebagainya
[8].

Bermaksud, apabila penguasa bertindak mengikut wewenang dirinya, sehingga melakukan kezaliman, melanggari undang-undang atau sebagainya, maka tindakan penguasa itu tidak boleh diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran.

BEBERAPA IGAUAN DAN JAWAPAN

PERTAMA:

Tindakan Ir Nizar yang tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar setelah diarahkan oleh Sultan merupakan tindakan yang tidak wajar, bahkan melahirkan hilangnya ”respek” rakyat terhadap MB. Oleh itu, tindakan sedemikian adalah tidak wajar sama sekali.

JAWAPAN:

Sebagai raja melayu di Malaysia kini, raja tertakluk dengan perundangan yang diluluskan sendiri oleh raja tersebut.

Di Perak wujud perlembagaan negerinya tersendiri. Dalam perlembagaan tersebut menyatakan, seseorang Menteri Besar itu tidak berlaku perletakkan jawatan melainkan berlakunya tiga perkara, iaitu;

a) Pembubaran DUN;
b) Perletakkan jawatan dengan rela hati;
c) Undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Dari ini, nyata bahawa tindakan sultan yang mengarahkan Ir Nizar meletakkan jawatan MB adalah tindakan yang tidak tepat, lebih-lebih lagi dengan baginda Sultan melantik Menteri Besar baru tanpa sahnya perletakkan jawatan Ir Nizar sebagai MB terlebih dahulu.

Keadaan ini semakin rumit, apabila tindakan sultan itu menyanggahi perlembagaan Negeri Perak yang diluluskan sendiri oleh baginda sultan. Menunjukkan, tindakan itu menggambarkan tidak wujudnya “kedaulatan undang-undang”.

Apabila sesuatu undang-undang itu tidak mempunyai kedaulatan, pasti di masa akan datang, kemudharatan yang lebih buruk akan berlaku dan seterusnya merosakan sistem perundangan dan pemerintahan sesebuah negeri itu sendiri.

Keadaan ini adalah haram, kerana Nabi SAW ada bersabda;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya;
”tidak ada mudharat pada diri sendiri dan tidak ada mudharat kepada orang lain
[9]

Dalam keadaan ini, ”hilang respek” rakyat kepada MB tidak akan berlaku, bahkan ”hilang respek” itu akan berlaku terhadap Sultan yang boleh disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang.

Adapun jika wujud ”hilang respek” itu juga kepada Ir Nizar, itu sekadar permainan politik songsang dari pihak UMNO, bukan dari sudut hakikat kebenaran.

KEDUA:

Tindakan Ir Nizar yang tidak mahu meletakkan jawatan MB itu merupakan tindakan pihak yang disebut dalam Islam sebagai Bughah.

JAWAPAN:

Jika dirujuk dari kitab-kitab fiqh, bughah itu didefinisikan sebagai;

هُمْ مُخَالِفُو الْإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الِانْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ وَمُطَاعٍ فِيهِمْ

Maksudnya;
“Mereka (bughah) adalah golongan yang menyalahi imam dengan keluar atasnya, dan meninggalkan ketaatan atau mencegah diri dari melakukan kewajipan yang wajib dilakukan oleh mereka; dengan syarat mereka mempunyai ketenteraan dan mempunyai ta’wil dan mereka ada orang yang ditaati
[10]

Dari definisi ini difahami, sesuatu kelompok yang mahu digelarkan sebagai bughah adalah mereka yang keluar dari ketaatan imam dengan syarat-syarat berikut;

1) mereka tidak menunaikan kewajipan kerajaan yang wajib mereka lakukan seperti membayar zakat.
2) Mereka mempunyai gerakan bersenjata.
3) Mereka mempunyai ta’wil sendiri.
4) Mereka ada imam yang ditaati.

Dari definisi ini, difahami bahawa maqasid disebalik bughah adalah menentang Imam dengan tujuan untuk menggulingkan Imam tersebut.

Adapun dalam isu Ir Nizar, tidak timbul isu mahu guling sultan atau tidak, bahkan yang wujud adalah Ir Nizar mahu mempertahankan kedaulatan Undang-undang yang diluluskan oleh pihak sultan sendiri.

KETIGA:

Tindakkan Ir Nizar itu menunjukkan sudah tidak wujud lagi “ketuanan melayu” yang sultan merupakan tonggak utamanya.

JAWAPAN:

tidak timbul isu ketuanan melayu atau tidak dalam isu ini. Ini kerana, isu yang sepatutnya dibincangkan adalah, apakah tindakan tersebut bersesuaian dengan peruntukan undang-undang atau tidak.

Jika sesuatu tindakan yang kononnya berasaskan ketuanan melayu, lalu sanggup melakukan tindakan yang menyalahi dengan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan, maka ini menggambarkan tindakan yang zalim. Sedangkan, dalam islam mempertahankan kezaliman dengan menjadikan bangsa sebagai asas merupakan tindakan assobiyyah yang diharamkan oleh islam.

Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah
[11]

Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Munawi menafsirkan maksud Assobiyyah adalah;

أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“Iaitu mereka yang menyeru manusia agar berhimpun atas Assobiyyah, iaitu memberi bantuan terhadap orang zalim
[12]

KESIMPULAN

Dari segala ulasan ringkas ini, dapat disimpulkan bahawa tindakan Ir Nizar yang mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar di Perak merupakan tindakan yang bersesuaian dengan kehendak Syarak.

Bahkan tindakan melantik Menteri besar baru adalah tindakan yang bercanggah dengan roh islam, lebih-lebih lagi berdasarkan peruntungan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh Baginda Sultan.

Dalam isu ini, sepatutnya pihak Sultan perlu berterima kasih dengan Ir Nizar kerana memberikan ruang kepada pihak sultan membetulkan kesilapan yang dilihat melanggar peruntukan undang-undang Perlembagaan negeri perak.

Oleh itu, tidak timbul langsung, apakah Ir Nizar itu menderhaka atau tidak. Jika ucapannya yang menyebut “patik memohon sembah derhaka” yang dijadikan isu, maka hendaklah diperhatikan dahulu disebalik ucapan tersebut.

Ini kerana, ucapan tersebut diungkapkan dalam majlis istiadat sultan, yang merujuk kepada tidak bersetuju dengan keputusan Baginda Sultan yang bertindak menyalahi peruntukan undang-undang, bukannya merujuk mahu menyerang sultan.

Oleh itu, nyata kepada kita, dalam isu ini, Ir Nizar tidak bersalah, bahkan tindakan Ir Nizar itu patut diberikan pujian kerana bertindak mahu menyelamatkan Sultan dari melanggar undang-undang yang telah diluluskan oleh Baginda Sultan sendiri.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
11 Febuari 2009 * 1:19 pagi.





[1] Al-Imamah Al-Uzma : m.s 233
[2] Saheh muslim : (1/69) hadis no : 49.
[3] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131
[4] Lisan Al-Arab : 7/15
[5] Ibnu Kathir : 5/294.
[6] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.
[7] Musnad Ahmad : 8596.
[8] Hasyiyah As-Sindi : 5/459
[9] Muwatta’ : 1234.
[10] Hasyiah Qalyubi wa Al-‘Umairah : 15/80.
[11] Sunan Abi Daud : 4457.
[12] Aun Al-Ma’bud : 11/161.