Sabtu, 7 November 2009

CADANGAN : SEMUA AHLI PAS LAYAK MENGUNDI DALAM PEMILIHAN


CADANGAN : SEMUA AHLI PAS LAYAK MENGUNDI DALAM PEMILIHAN

Perubahan? Satu kalimah yang agak sukar untuk dilaksanakan. Itulah hakikat dalam kehidupan manusia. perkara ini diakui sendiri oleh ilmu pengurusan, juga al-Quran.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا

Maksudnya;
Apabila diberitahu kepada mereka, “ikutlah akan perkara yang Allah turunkan”

“kami akan ikut apa yang telah dilakikan oleh bapa-bapa kami” jawab mereka.

(Surah Al-Baqarah : 170)

Merujuk kepada sebab turun ayat ini, ia menceritakan tentang seruan Nabi SAW kepada orang-orang Bani Israel yang berpegang teguh dengan ajaran Yahudi. Ketika kedatangan Nabi SAW, baginda menyeru mereka kepada Islam, dengan meninggalkan semangat kebangsaaan Bani Israel (yahudi) sehingga tidak mahu menerima Nabi Muhammad yang berbangsa arab.

Mereka tetap tidak mahu terima kenabian Muhammad ekoran baginda berbangsa arab. Mereka menjawab;

نتبع ما وجدنا عليه آباءنا ، فهم كانوا خير منا ، وأعلم منا

Maksudnya;
“Kami ikut apa yang kami dapati dari bapa-bapa kami. ini kerana, mereka lebih baik dari kami dan lebih mengetahui dari kami” (At-Tafsir Al-Kabir : 3/17)

Jika direnung sedalam-dalamnya, kita akan faham bahawa ayat ini, menunjukkan tentang kewujudan manusia yang takut dengan perubahan. Mereka takut untuk berubah, kerena mereka terasa termakan budi dengan bapa-bapa mereka terdahulu. Ekoran, mereka merasakan bapa-bapa mereka terdahulu lebih baik dan lebih mengetahui daripada mereka.

PERUBAHAN DALAM ISLAM

Perubahan yang dituntut dalam Islam adalah, daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik. Daripada kesesatan kepada hidayah, kepada kejumudan kepada keterbukaan, daripada ketakutan kepada keberanian. Juga, daripada tidak diterima rakyat, kepada penerimaan rakyat. Daripada tidak berhikmah, kepada berhikmah. Islam tidak mengiktiraf, perubahan dari baik kepada buruk, hidayah kepada kesesatan dan sebagainya.

PAS kini berada dalam satu keadaan yang amat menyedihkan, apabila dimaklumkan dari kajian ahli akademik; Dr Abu Hasan Hasbullah bahawa golongan muda tidak menerima PAS. Juga sokongan rakyat terhadap PAS sedang menurun.

Perubahan yang berlaku di awal kemenangan pakatan rakyat pada 8 mac, amat membanggakan kepada PAS, kerana rata-rata mereka menerima PAS. Pun begitu, menyedihkan selepas dari itu, apabila wujud sebilangan pemimpin PAS yang melakukan onar yang sudah diketahui umum, yang tidak boleh dinafikan lagi, menyebabkan semakin hari, kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin menurun.

Keadaan yang menimpa ini, dinafikan sebilangan pihak dalaman PAS. Justeru, Apabila wujud kritikan dan hentaman dari pihak yang lain, pasti akan melahirkan makian dan kemarahan dari satu pihak yang lain pula.

Ulikan dan dodoian bernama wala’, menyebabkan ramai dalaman PAS yang diam, tidak berani berkata-kata, kerana bimbang mengganggu PAS yang sedang lena tidur. Pun begitu, Dr Abdul Aziz Bari telah mencampak bantal ke muka PAS yang sedang terlena, kemudian disambung pula oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, menyebabkan PAS mula sedar dalam ulikan mimpi.

Makanya, berlaku satu seminar Khas yang membongkarkan satu perkara yang sering ditutup oleh PAS, iaitu apabila Dr Abu Hasan Hasbullah mendatangkan angka kajian tentang persepsi rakyat terhadap PAS.

Angka kajian ini, perlu dilakukan perubahan oleh PAS. Daripada persepsi buruk terhadap PAS, kepada persepsi baik. Daripada persepsi yang baik, kepada persepsi yang lebih baik.

Dari sudut undi melayu, apa yang PAS kejarkan sudah tidak dapat. Kerana, tindakan ’berkhalwat’ dengan umno sudah mensangsikan kemampuan PAS dalam menubuhkan negara, sebaliknya mereka lebih meletakkan keyakinan kepada UMNO. Adapun undi cina dan india, apa yang PAS kendongkan, dibimbangi keciciran. Ini kerana, mereka sangsi dengan keikhlasan PAS dalam memberikan keadilan kepada mereka.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti PAS akan ditolak oleh rakyat dalam PRU akan datang. Inilah yang membimbangkan. Kebimbangan ini, bukan sekadar terpalit kepada PAS, bahkan ia akan terpalit sama kepada kawan-kawan daripada Pakatan Rakyat. Ini kerana, keberadaan PAS menyebabkan keberadaan PKR dan DAP. Begitulah sebaliknya. Justeru, jangan disebabkan perbalahan rumah tangga kita, menyebabkan rumah tangga orang lain turut sama runtuh.

PAS DAN PERUBAHAN

Dalam seminar Khas semalam, ada dua pihak yang hadir; pihak dalam dewan yang terdiri dari kalangan perwakilan, dan pihak di luar dewan, terdiri dari kalangan ahli-ahli biasa.

Secara peribadi, aku hadir sebagai ahli yang berada diluar dewan. Apabila ucapan yang disampaikan oleh Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hasan Hasbullah yang menyebut tentang kelemahan yang sedang menimpa PAS kini, juga kritikan terbuka terhadap pimpinan-pimpinan tertentu, pasti akan kelihatan pihak diluar dewan bertepuk tangan dan bertakbir.

Keadaan ini berbeda ketika pihak yang mempertahankan pemimpin PAS tertentu menyampaikan hujjah. Yang menepuk dan bertakbir, hanya golongan yang minoriti. Inilah keadaan diluar dewan, terdiri dari kalangan ahli biasa yang sedang memerhatikan perjalanan seminar menerusi Television yang disediakan.

Dalam perkembangan ini, mungkin pihak ahli bawahan sudah boleh diberikan ruang untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan PAS diperingkat atasan.

Jika UMNO dan PKR, mereka sudah melakukan perubahan dengan memberikan hak mengundi dalam menentukan pimpinan Parti mereka kepada ahli bawahan, mengapa tidak PAS melakukan tindakan yang sama?

Jika UMNO dan PKR sudah berani menggubal perlembagaan parti mereka untuk membenarkan semua ahli-ahlinya mengundi dalam menentukan kepimpinan parti mereka, mengapa keadaan yang sama juga tidak dilakukan oleh PAS?

Bahkan, konsep memberikan kelayakkan kepada ahli bawahan mengundi adalah amat bertepatan dengan kehendak Nas hadis, seperti sabda Nabi SAW;

فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنْ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Syaitan bersama dengan orang yang seorang diri, dan berjauhan dengan orang yang berdua” (At-Tarmizi : 2091)

Begitujuga, Nabi SAW menyuruh mengikut golongan yang disebut sebagai ”as-Sawad al-’Azam” atau diterjemah sebagai himpunan manusia yang ramai. seperti sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Umatku tidak akan berhimpun atas kesesatan. Apabila kamu melihat perselisihan, maka hendaklah kamu merujuk kepada ”as-sawad al-’Azam”” (Ibnu Majah : 3940)

Dari segi kebaikan yang lain pula, jika PAS berani membuka kelayakan mengundi dalam menentukan kepimpinan tertinggi PAS, sedikit sebanyak PAS dapat meng’update’kan balik keahlian PAS mengikut data yang sebenar. Tindakan ini, sudah pasti akan melahirkan penyusunan daftar keahlian yang lebih tersusun dan rapi. Disamping, pemilihan yang berlaku sudah pasti melahirkan puas hati dari kalangan ahli-ahli bawahan, juga terselamat dari gejala lobi yang tidak sehat dalam parti.

Tidak ada apa yang ditakutkan dengan perubahan ini. kerana, ia benar-benar memberikan hak kepada semua ahli yang menjadi tenaga kerja PAS dalam memenangkan PAS dalam sebarang Pilihanraya.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 November 2009 * 1:26 petang

SEMINAR KHAS : PAS CIPTA SEJARAH BARU


SEMINAR KHAS : PAS CIPTA SEJARAH BARU

Kejadian dalam seminar Khas anjuran PAS semalam amat menarik. Dalam sejarah, PAS telah mencetuskan satu penyelesaian krisis yang amat unik, malahan tidak pernah dilakukan oleh banyak parti-parti politik di negara, iaitu menerusi perbincangan intelek.

Dijemput dua tokoh ahli akademik; Dr Abdul Aziz bari dan Dr Abu Hasan Hasbullah, ternyata memberikan input baik untuk PAS muhasabah diri dalam menghadapi gelombang rakyat dalam PRU akan datang.

Tidak dinafikan, wujud kritikan balas dari sebilangan kecil perwakilan terhadap Dr Abdul Aziz Bari ekoran tindakan Dr Abdul Aziz yang mengkritik Presiden PAS dalam akhbar Sinar Harian dan Malaysiakini. Tetapi, jika dihayati dan diperhatikan balik, kritikan yang mereka lakukan itu, lebih kepada emosi dan tidak tertumpu sangat kepada isi dan kandungan yang dimaksudkan oleh Dr Abdul Aziz dalam artikle-artikle beliau, bahkan hanya sekadar minta ’bukti tuduhan’, adab mengkritik, dan kononnya Dr Aziz Bari menghina ulama, kerana kononnya menghina Presiden PAS. Ia amat terbukti, dengan ucapan Ustaz Abu Bakar Chik dari Negeri Terengganu.

Memandangkan seminar ini melibatkan perbincangan Politik, sudah pasti sudah memadai apabila Dr Abdul Aziz Bari menjawab bahawa ini bukan tuduhan yang memerlukan bukti, walhal apa yang dilakukan itu adalah penilaian prestasi Presiden PAS yang dilihat menerusi Persepsi rakyat; cumanya, CARA dilontarkan oleh Dr Abdul Aziz Bari sahaja mungkin menyentuh perasaan sebilangan perwakilan.

Persoalan menghina ulama kerana, presiden PAS adalah ulama, selayaknya tidak berbangkit. Ini kerana, hakikat dalam dunia politik, tidak lepas dari dimaki. Ia sama seperti orang yang masuk dalam dunia penulisan alam maya, berblog. Jika tidak mahu dimaki, maka jangan masuk dalam dunia berblog. Begitulah juga dalam melibatkan dengan dunia berpolitik.

Bahkan, jika dibaca buku-buku yang menceritakan tentang ’media politik’, pasti akan jumpa satu kaedah dalam mendapatkan pengaruh rakyat dengan cara merelakan diri untuk dimaki. Ekoran itu, tidak hairan kita dapat melihat ramai ahli-ahli politik dunia yang hebat-hebat, sengaja melakukan tindakan yang kontroversi, yang menyebabkan mereka dimaki pada peringkat awal, tetapi mendapat keuntungan politik yang hebat selepas daripada itu. (mungkin akan diulas panjang dalam artikle yang lain).

Justeru, Presiden PAS dimaki dan dipuji adalah perkara biasa dalam dunia politik. Malahan, ia merupakan satu perkara pahit yang wajib ditelan dalam usaha hendak menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang boleh membawa gelombang kebangkitan rakyat. Kalau tidak mahu ulama di maki, maka jangan dilantik ulama sebagai presiden PAS.

Pun begitu, persoalan yang ditimbulkan pula, apakah menilai prestasi presiden itu dinamakan sebagai menghina presiden?

Adapun persoalan akhlak mengkritik yang ditimbulkan, adalah satu perkara yang tidak relevan dikemukakan, jika PAS mahu menjadi sebuah parti yang diterima rakyat. Hakikatnya, apabila rakyat mengkritik PAS, menunjukkan PAS disayangi dan diharapkan oleh rakyat. Makanya, ia perlu diterima secara positif demi mencapai keuntungan politik di masa akan datang. Cumanya, cara kritikan itu sahaja berbeda.

Persoalan cara kritikan itu, terpulang kepada keadaan dan strategi. Jika kritikan tertutup dilakukan, mungkin ia tidak melahirkan kesan dan inpak yang besar dalam melakukan perubahan. Tetapi, apabila dilakukan dengan cara terbuka, ia melahirkan ’kujat’ dari sebilangan besar ahli-ahli, seterusnya mereka tersedar untuk bangun dalam melakukan perubahan yang lebih cemerlang terhadap kepimpinan yang ada.

Harapan dari seminar semalam, mudah-mudahan melahirkan tindakan yang lebih gagah dan berhikmah dalam menghadapi PRU akan datang. Terutama dalam usaha hendak menjatuhkan UMNO/BN, seterusnya menjadi pemerintah yang mampu memberikan hak keadilan kepada rakyat, sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 November 2009 * 12:14 tengahari





PAK LAH SAYANGKAN UMNO


PAK LAH SAYANGKAN UMNO

Pak Lah Badawi, bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum Najib. Dia jatuh dari takhta, kerana tekanan dalaman partinya, juga rakyat Malaysia. Semuanya berpunca, dia kaki tidur dan lembab. Semua orang UMNO tahu kelembapan beliau. Semua letak tanggapan, kalau Pak Lah tidak letak jawatan, pasti UMNO akan terkubur di masa akan datang.

Mahathir hentam Pak Lah. Dari dalam UMNO, Mahathir tidak kesampaian menyampaikan hasrat. Beliau keluar UMNO, untuk nyatakan protes terhadap pak Lah. Ternyata, protes Mahathir menjadi, kerana ramai ahli UMNO berkepala Mahathir, berbanding berkepala Pak Lah.

Ada pengkagum-pengkagum Pak Lah kata, ”Mahathir Nyanyok”. Pun begitu, ternyata Pak Lah adalah kenser parah bagi UMNO. ahli-ahli UMNO bawahan akui apa yang disebut oleh Mahathir, waima kalimah ”mahathir Nyanyok” disebut oleh orang besar UMNO. Hanya perwakilan-perwakilan UMNO tertentu sahaja, pertahankan Pak Lah. Perwakilan yang tidak fikirkan UMNO, tetapi yang fikirkan ”sayang pak Lah”

Pak Lah cucu ulama, Pak Lah Mr Clean, Pak Lah bersih, Pak Lah itu, Pak Lah ini dan banyak lagi pujian ala-ampu kedengaran. Tetapi, desakan ahli-ahli bawahan UMNO, termasuk Najib sendiri, menyebabkan pak Lah sedar kelemahan diri.

Pak Lah tahu, dia beban parti. Makanya, dia mengundur diri secara terhormat, menyerahkan kepimpinan parti dan negara kepada Najib Tun Razak.

Pak Lah ternyata disayangi oleh ahli UMNO selepas mengundurkan diri dari kepimpinan. Maka kedengaran cakap-cakap orang UMNO, ”Pak Lah tak penting diri, menantu dan Kroni, tetapi Pak Lah sayangkan UMNO”.

UMNO sepatutnya bersyukur sebab dapat seorang pemimpin seperti Pak Lah. Kerana, kalau Pak Lah masih kekal dalam UMNO sekarang, sudah pasti UMNO sudah semakin tenat.

Adapun orang PAS pula, patut marah dan benci kepada Pak Lah yang letak jawatan. Kerana, perletakkan jawatan beliau itu, menyebabkan Islam semakin hari semakin jauh dari rakyat Malaysia. Jika beliau terus dengan jawatan, sudah pasti rakyat semakin hari semakin sayangkan islam, semakin hari semakin meninggalkan kezaliman dan penindasan, dan sudah pasti Rakyat akan meninggalkan UMNO, seterusnya memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang..

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 November 2009 * 11:19 pagi


Jumaat, 6 November 2009

ESOK DR ABDUL AZIZ BARI KENA ‘BOO’??

ESOK DR ABDUL AZIZ BARI KENA ‘BOO’??

Sehari sebelum seminar berlaku, Dr Abdul Aziz Bari melancarkan serangan yang agak dahsyat terhadap Presiden PAS. Serangan itu, menyebabkan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Din tantawi meloncat kemarahan.

Dengan terang, Ustaz Din tantawi memberi lebel baru kepada Dr Abdul Aziz Bari, iaitu Egen UMNO, sepertimana Ustaz Idris Ahmad memberi lebel yang sama kepada Ustaz Mazlie Malik dalam isu Ummah Centric dahulu.

Esok seminar akan berlangsung. Dr Abdul Aziz bari yang merupakan ahli akademik dari UIA adalah antara tetamu jemputan yang diminta memberi pandangan terhadap PAS. Tidak ketinggalan, dijemput sama Dr Abu Hasan Hasbullah, yang merupakan salah seorang Ahli Akademik yang agak kehadapan dalam mendepankan pandangan-pandangan politik.

Tidak diketahui, apa yang akan terjadi esok. Kita sedang menanti dan menunggu. Apakah Dr Abdul Aziz Bari akan di ‘boo’? tidak sabar menunggu.

Pun begitu, tulisan dalam blog Ustaz Din Tantawi yang terbaru, sudah cukup untuk menggambarkan apa yang akan terjadi esok.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B),Sg Buloh
7 November 2009 * 2:28 pagi

KUKUHKAN JEMAAH DENGAN ISLAM


KUKUHKAN JEMAAH DENGAN ISLAM

Islam agama rahmat. Cumanya, ramai yang tidak faham. Apabila mereka tidak faham, mereka tolak Islam. Islam tidak dijadikan agama pegangan hidup.

Persoalannya, mengapa mereka tolak islam? jawabnya adalah, kadang-kala berpunca dari sikap dan tindakan orang islam sendiri. orang islam yang tidak bercakap islam dalam bentuk yang luas, tetapi bercakap atas bentuk sentiment yang dicipta.

Di Malaysia, Islam disinonimkan dengan melayu. Menyebabkan, ada pihak yang memandangkan selain melayu seperti bukan Islam. Apabila orang bukan melayu lihat, sudah pasti mereka tidak mahu masuk islam. Inilah kesempitan yang diwujudkan.

Kesempitan yang sengaja diwujudkan ini, antara penyebabnya adalah sentiment; sama ada sentiment itu berbentuk perkauman, ataupun kepartian dan kejemaahan.

Kadang-kala dengan semangat kepartian tertentu, Islam disempitkan. Dilihat halal disudut jemaah, maka ia halal disisi islam. Walhal yang sepatutnya adalah, halal disudut Islam, baru ia halal disisi jemaah. Begitulah juga pada sudut kepartian dan perkauman.

Kelakarnya, apabila wujud dari kalangan manusia yang menyebut pentingnya menjaga jemaah, sedangkan mereka sedang melahirkan persepsi buruk terhadap islam. Mereka bercakap, perlu perkukuhkan jemaah, sedangkan mereka sedang meruntuhkan persepsi baik yang wujud pada islam.

Bukankah kewujudan jemaah islam, dengan tujuan mahu dilaksanakan islam dalam sesebuah negara? Apabila jemaah islam telah terlibat dalam demokrasi berpilihanraya, makanya suara rakyat perlu dibina.

Persepsi buruk terhadap islam, perlu dibuang. Itulah tugas jemaah islam yang terlibat dalam politik demokrasi berpilihanraya. Jika tidak dilayan persepsi, maka lebih baik masuk tabligh, atau jemaah al-arqam.

Di Malaysia, persepsi buruk terhadap islam di mata-mata Non Muslim sudah berlaku sejak sekian lama. Mujurlah, dalam PRU ke-12, segala persepsi ini berjaya dihakiskan oleh PAS.

Pun begitu, sedih menimpa apabila wujud sebilangan pemimpin PAS yang berjuang islam tetapi memperkatakan hal melayu. Mereka bercakap tentang melayu, sedangkan melayu sudah disinonimkan dengan UMNO.

Apabila isu melayu sudah masuk kedalam parti Islam, sudah pasti akan wujud percanggahan; antara mahukan islam pure, dengan yang mahukan islam bercampur melayu.

Justeru, jika mahu selesaikan percanggahan yang melahirkan perpecahan, hendaklah kembali kepada maqasid disebalik penubuhan jemaah islam; iaitu mahu mengembalikan manusia kepada Islam dalam bentuk yang luas, tanpa merujuk kepada unsur bangsa; khususnya melayu..

Jika ini tidak diselesaikan, sudah pasti percanggahan ini akan terus berlaku. Bermakna, percanggahan tidak akan berlaku, jika unsur melayu ini berjaya diluputkan.

Justeru, marilah bersama-sama meluputkan unsur perkauman melayu dalam PAS. Sudah pasti, cara perlaksanaannya dengan kembali maqasid yang wujud dalam islam, unsur keadilan yang wujud dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 November 2009 * 5:45 petang



Khamis, 5 November 2009

PENJELASAN BALIK TERHADAP POLITIKBANJAR


PENJELASAN BALIK TERHADAP POLITIKBANJAR

Dalam penjelasan terhadap article ‘menjawab tohmahan alBakistani dan Tulang besi’ oleh politikbanjar, dikomen seperti berikut;

PERTAMA;

Untuk pengetahuan pembaca, e-mail yang diberikan oleh sayuti itu, lalu dipublishkan dalam blog Al-Bakistani, tidak ditokok-tambah sedikit pun, sebaliknya ia adalah pure e-mail saudara sayuti 100 %.

Justeru, dakwaan mengatakan wujud tokok-tambah terhadap kandungan e-mail sayuti merupakan satu andaian meleset, tersasar dari keadaan yang sebenar. Lebih parah, dibimbangi andaian itu dilahirkan menerusi blog untuk melahirkan tuduhan.

Jika mahu kepastian, sila rujuk Saudara Sayuti sendiri.

KEDUA:

Saudara Sayuti memberi e-mail tersebut, setelah beliau membaca sendiri article Politikbanjar. Apa yang dapat difahami dari perasaan Sayuti, beliau amat terkesan dengan lebel ‘munafiq’ yang diberikan. Ekoran itu, beliau berasa terpaksa untuk menjawab kandungan tuduhan tersebut, disamping meminjam tapak blog Al-Bakistani untuk menyampaikan hasrat hatinya untuk mengelak kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh Saudara Al-Banjari.

KETIGA;

Difahami dari kandungan artikle kedua politikbanjar ini, ternyata saudara Al-Banjari terpaksa akur, bahawa beliau menyerang sayuti pada artikle pertama dalam fakta yang salah.

Dalam artikle pertama, Beliau mengatakan bahawa tidak wujud sama sekali hentaman Dr Hasan Ali terhadap Tan Sri Khalid, juga kerajaan pakatan Rakyat dalam rakaman dalam pertemuan antara sebilangan pimpinan PAS dengan blogger – termasuk blogger UMNO- walhal, hentaman itu tidak wujud dalam rakaman dalam pertemuan dengan blogger, tetapi wujud dalam pertemuan Hasan Ali dengan pemuda PAS Selangor, yang Saudara Sayuti juga hadir dalam pertemuan tersebut.

Memandangkan tersalah fakta, menyebabkan Al-Banjari terus menyerang Saudara Sayuti. Bukan sekadar menyerang, tetapi siap memberi lebel ‘munafiq’ kepada beliau.

KEEMPAT;

”siapa yang makan cili, maka dia yang terasa pedas?” Ujar politikbanjar.

Ini bukan soal pepatah tersebut, tetapi yang pastinya, dalam artikle pertama politikbanjar, terbukti beliau telah menyerang sayuti. Memang tidak diungkap namanya secara jelas, tetapi beliau mengungkapkan beberapa jawatan-jawatan yang dipegangnya, menyebabkan ternyata ia dituju kepada Sayuti

Seperti beliau menyebut, ’hirarki yg agak tinggi dalam saf Pemuda PAS Selangor’, ’Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Selangor’ dan ’budak Shah Alam’. Dalam PAS selangor, apabila disebut jawatan-jawatan ini, sudah pasti akan merujuk kepada Sayuti.

KELIMA;

dicadangkan kepada Al-Banjari terus menghubungi saudara Sayuti menerusi e-mail, ataupun menerusi telefon untuk melakukan pencerahan balik dalam isu ini.

Bukankah sebelum ini, Albanjari sendiri selalu berhubung dengan Saudara Sayuti, bukan sekadar menerusi SMS, malahan pernah mendengar suara beliau menerusi telefon. Menunjukkan, Albanjari ada mempunyai nombor telefon Saudara Sayuti sendiri.

sekian

p/s : peliknya, mengapa ada yang takut jika rakaman itu sampai ke tangan Tuan guru Nik Abdul Aziz? Bukankah Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah pimpinan tertinggi dalam PAS? apa yang mereka takutkan sebenarnya??

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 November 2009 * 3:35 petang

JUMUD MENYULAMI JAIS


JUMUD MENYULAMI JAIS

Orang bukan islam dilarang masuk ke Masjid? Itu yang menjadi problem dari kalangan umat Islam kini. Pemikiran jumud menjadi sulaman, menyebabkan non Muslim semakin hari semakin jauh dari Islam.

Pemikiran jumud sebegini akan menjadi semakin rumit, apabila pemikiran sebegini didokong oleh pejabat-pejabat agama Islam – khususnya JAIS. Ini kerana, ia bisa menjadikan dakwah islamiyyah sering terbantut dalam menghasilkan kejayaan.

Ada pula orang politik, perjuangan melayu dicanang setiap hari. Yang lebih bangsat, apabila perjuangan melayu itu dilaung oleh pemimpin gerakan islam.

Apa ada pada perjuangan melayu? satu sen pun tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Perjuangan yang bernilai di sisi Allah, adalah menyeru kepada ketaqwaan, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya, tidak kira untuk melayu, india, cina, singh, arab dan seterusnya.

Islam diperjuang, bukan untuk menjadi kepunyaan orang islam sahaja, malahan islam ini hendaklah disebar-luaskan kepada semua manusia. Amat bodoh bagi orang islam, apabila dia mahu membataskan islam sekadar kepada orang melayu sahaja, walhal islam perlu disebar-luaskan, melepasi bangsa selain melayu.

Tidak perlu merujuk atau meniru UMNO – Laknatullah alaih- yang sedia gila dan bangang dalam mengenali islam. Mereka mempunyai ulama, tetapi ulama mereka seperti keldai yang menanggung kitab.

Larangan orang bukan Islam masuk ke masjid yang dilakukan oleh JAIS, amat tersasar dari maqasid hidayah yang dikehendaki oleh islam. Mengapa dibandingkan orang bukan islam dengan perempuan haid, walhal kedua-dua keadaan tersebut amat jauh jika mahu dibandingkan.

Dikatakan, wujud hadis yang menyebut;

فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ


Maksudnya;
”aku tidak halalkan masjid untuk perempuan yang berhaid dan orang berjunub” (Abu Daud : 201)

Apa yang perlu dijelaskan, dalam hadis ini, terdapat seorang perawi yang bernama Al-Aflat bin Khalifah (dikenali juga dengan nama Fulait bin Khalifah). Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam Kitab ’At-Taharah’, juga ulama-ulama hadis yang lain Aflat adalah ’seorang yang lemah’. Adapun Imam Ibnu Abi Hatim dalam kitab ’al-Jarh Wa At-Ta’dil’ mengatakan bahawa beliau seorang yang ’majhul’.

Justeru hadis tersebut tidak boleh dijadikan hujjah untuk mencegah orang haid dan berjunub dari masuk ke Masjid. Jika diandaikan hadis ini sahih sekalipun, larangan tersebut bukan bersifat haram, sebaliknya bersifat makruh.

Makanya, dari sudut perempuan haid dan manusia berjunub pun, ada perdebatan ulama. Inikan pula, jika mahu dibandingkan dengan orang bukan islam yang masuk ke dalam masjid.

Sekian

p/s : Dr Asri ceramah tak ada tauliah, ditangkap. Orang bukan islam masuk ke dalam Masjid pula ditegah. Sebenarnya, apa kerja JAIS?? Menyebarkan Islam, atau menjauhkan manusia dari Islam?

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 November 2009 * 3:00 petang



ALLAH TIDAK HAIRAN DENGAN HARTA DAN RAKYAT KAMU”


“ALLAH TIDAK HAIRAN DENGAN HARTA DAN RAKYAT KAMU”

Kebijaksanaan Nabi SAW dalam mainan politik, menyebabkan nabi SAW berjaya menguasai Makkah tanpa berlaku pertumpahan darah. Perkara ini amat jelas berlaku dalam sejarah pembukaan kota Makkah (baca : Fath Makkah).

Setelah Nabi SAW berjaya menguasai Makkah, rupa-rupanya kejayaan tersebut menggentarkan sebilangan pemimpin-pemimpin di dua tamadun utama di zaman nabi; Rom dan Farsi.

Rom ketika itu, adalah sebuah kerajaan yang dikuasai oleh orang yang beragama kristian, sedangkan Farsi pula sebuah kerajaan yang dikuasai oleh orang yang beragama majusi.

Di Kerajaan Rom dibawah kepimpinan kristian, ada seorang pembesarnya bernama Abu Harisah bin ’Alqamah. Ketika berita Nabi SAW bersama para sahabat berjaya menguasai Makkah sampai kepada pengetahuan Rom dan Farsi, Abu Harisan telah bercakap dengan adiknya, ”Aku tahu bahawa ajaran Muhammad itu adalah benar. Kadang-kala Aku terfikir, untuk menganut ajaran Muhammad itu”

Adik Abu Harisah itu mendengar sambil menganggukkan kepalanya sahaja.

”cumanya, aku bimbang. Jika Aku menganut ajaran Muhammad, kemudian kerajaan ini akan berada di bawah pemerintahan Muhammad. Apakah ketika itu, aku mendapat harta dan rakyatku?” sambung Abu Harisah bin ’Alqamah.

Ekoran beliau bercakap sedemikian, menyebabkan Allah SWT turun ayat yang berbunyi;

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَأُولَئِكَ هُمْ وَقُودُ النَّارِ

Maksudnya;
“Orang-orang kafir itu tidak terkaya terhadap mereka oleh harta dan anak-pinak (rakyat) mereka terhadap Allah sedikit pun. Mereka adalah bahan bakar api neraka”

(Surah Al-‘Imran : 10)

KEBENARAN TERSERLAH SEBAB BIJAKSANA BERPOLITIK

Kisah yang dinukilkan ini, memperlihatkan kepada kita betapa kebenaran sampai satu masa pasti akan teserlah. Sudah diketahui umum, Nabi SAW mula berdakwah di Makkah, tetapi dakwahnya itu ditolak oleh sebilangan besar pembesar-pembesar Makkah, termasuk bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab.

Nabi SAW terpaksa beralah di Makkah, iaitu berhijrah meninggalkan Makkah menuju ke Madinah demi kemaslahatan dakwah islamiyyah, waima hati kecilnya terlalu sayang tanah tempat kelahirannya. Pun begitu, demi dakwah dan menunaikan perintah Allah, waima hati kecil terlalu sedih meninggalkan makkah, maka perjuangan dakwah di madinah tetap dilakukan.

Di Madinah, Nabi SAW banyak melakukan ’reform’ dalam pemerintahan. Nabi SAW menggubal perlembagaan madinah, membina masjid, wujudkan perdamaian antara penduduk Islam dan yahudi dan banyak lagi. Semua ini, menyebabkan Islam semakin hari semakin tersebar, seterusnya ramailah yang memeluk islam, tidak kira mereka yang berbangsa arab, mahupun yang beragama yahudi.

Kebijaksanaan Nabi SAW dalam berpolitik semakin terserlah, iaitu dengan satu sejarah besar di dalam islam yang disebut sebagai sejarah perjanjian al-Hudaibiyyah (Sulh Al-Hudaibiyyah). Dalam isi perjanjian tersebut, banyak dilihat seperti merugikan umat Islam, tetapi ternyata memberi keuntungan besar kepada Umat Islam 10 tahun kemudian dari itu. (sila klik)

Apa yang dapat dilihat, kebijaksanaan berpolitik Nabi SAW dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah, menyebabkan Nabi SAW berjaya menguasai Makkah.

Kejayaan ini, menyebabkan dunia ketika itu melihat Islam dan Nabi Muhammad SAW. mereka mengkaji dan meneliti keberadaan Nabi Muhammad, menyebabkan mereka menerima Islam.

Di zaman Omar bin Al-Khattab, dapat dilihat bagaimana Islam sudah berjaya tersebar sampai ke satu pertiga dunia. Semuanya bersebab, kebijaksanaan NabiSAW dalam berpolitik. Waima mereka tidak melihat nabi, tetapi mereka berjaya menerima Islam ekoran mengetahui Nabi SAW dari berita-berita yang kedengaran lantaran mainan Politik yang maha bijak yang dilakukan oleh Nabi SAW.

KUFUR KERANA HARTA DAN PANGKAT

Manusia menjadi kufur mempunyai sebab yang banyak. cumanya, dari ayat ke 10 dari surah Al-Imran, Allah menyatakan bahawa ada dua sebab besar manusia tidak menerima Islam; kerana harta dan rakyat.

Dalam Al-Quran sendiri, kita akan berjumpa banyak kisah-kisah yang dinukilkan oleh Allah menceritakan tentang tokoh-tokoh besar yang menjadi kufur, seperti Firaun, Namrud, dan sebagainya. boleh dikatakan, kekekufuran mereka berakibatkan dua faktor penting ini.

Dibaca perjalanan hidup Abu Talib, kita juga dapati bahawa beliau kekal dengan kekufuran sehingga kematian, adalah bersebab rakyat; kerana bimbang rakyatnya mengetahui bahawa dia menganut ajaran anak saudaranya sendiri.

Ada sebilangan ulama tafsir mengatakan, ayat ke 10, surah Al-Imran ini diturunkan juga berkenaan dengan orang yang tidak mahu pergi berjihad. ia menggambarkan, kerana harta dan anak-pinak, ada dari kalangan manusia tidak mahu berjihad.

BAHAN BAKAR API NERAKA

Ketika api dinyalakan, sudah pasti memerlukan bahan nyalaan api. Antara api dan nyalaan api, sudah pasti nyalaan api lebih panas.

Begitujuga neraka. Dalam neraka, bahan bakar api neraka ini tidak sepertimana bahan bakar api dunia. Bahan bakar api di dunia, memerlukan kayu, minyak, getah dan sebagainya, sedangkan api neraka, bahan bakarnya adalah manusia yang kufur kepada Allah SWT.

Menurut Imam Al-Fakhr Ar-Razi, bahan bakar adalah azab yang paling hebat; ia merupakan azab yang paling akhir; yang wujud dalam neraka.

Allah SWT menyatakan dari surah Al-Imran ayat ke 10 ini, betapa orang yang kufurkan ayat-ayat Allah disebabkan harta dan rakyatnya, bahawa mereka akan mendapat azab yang maha hebat ini; sebagai bahan bakar api neraka.

Minta berlindung kita dengan Allah, daripada azab yang maha hebat ini.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 november 2009 * 7:29 pagi






SEMUA SUMPAH ADALAH AMALAN MUNAFIQ?


SEMUA SUMPAH ADALAH AMALAN MUNAFIQ?

Dalam kitab Fiqh Manhaji, Sumpah (arab : Aiman) bermaksud, ”menyebut salah satu nama-Nama Allah, ataupun salah satu dari sifat-sifat Allah dengan tujuan untuk mengukuhkan sesuatu kata-kata yang dianggap tidak kukuh”.

Sumpah yang diambil kira adalah sumpah yang tidak mengandungi maksud lagha, seperti kebiasaan sumpah yang digunakan dalam percakapan. Dalam kebiasaan bangsa arab, apabila mereka bercakap, kalimah ‘Wallahi’ menjadi kebiasaan. Ekoran itu, Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ

Maksudnya;
“Allah tidak akan mengambil kira terhadap kamu terhadap lagha pada sumpah-sumpah kamu. Tetapi, yang Allah ambil kira terhadap kamu akan apa yang kamu ikatkan dengan sumpah”

(Surah al-Maidah : 89)

Maksud dengan “lagha dalam sumpah” yang merujuk kepada ayat ini adalah, sepertimana yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa, ayat ini diturunkan mengenai percakapan kebiasaan seperti menyebut kalimah “tidak, demi Allah”, “Ya, Demi Allah” (al-Bukhari : 6286)

Dalam hadis yang lain pula, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW menafsirkan ayat ini dengan sabda Nabi SAW, “Sumpah yang dimaksudkan itu adalah kata-kata seseorang lelaki di rumahnya; Tidak, demi Allah, dan Ya, demi Allah” (Abu Daud : 3254)

Begitujuga, maksud ayat ini dirujuk kepada perkataan yang tidak sabit kebenarannya, seperti seseorang berkata, “demi Allah, saya pasti tidak akan mati”, ataupun perkataan yang tidak perlu disumpah pun, sememangnya berlaku, seperti seseorang itu berkata, “demi Allah, matahari pasti akan timbul”.

LARANGAN BERSUMPAH

Disamping sumpah digunakan untuk menguatkan perkataan, ada beberapa keadaan sumpah dilarang sama sekali. Antaranya adalah, sumpah dengan tujuan untuk membenarkan sesuatu yang sememangnya salah. Seperti, seseorang pencuri mahu menafikan tindakannya yang mencuri, lalu untuk dipercayakan kepada orang, menyebabkan dia bersumpah.

Begitujuga, terlarang daripada menggunakan nama Allah dalam bersumpah untuk melariskan jualan dan perniagaan dengan wujudnya unsure penipuan. Tindakan sebegini adalah haram, kerana tindakan sumpah tersebut mengandungi maksud mempermain-mainkan nama Allah SWT.

Sabda Nabi SAW, “Sumpah itu menghapuskan nilaian barang dan melenyapkan keberkatan” (Al-Bukhari : 1981)

Begitujuga, dilarang bersumpah dengan tujuan tidak mahu melakukan amalan-amalan yang baik, seperti seseorang itu bersumpah untuk tidak mahu bercakap dengan ibunya, bersumpah untuk tidak mahu menunaikan solat dan sebagainya. larangan itu merujuk kepada firman Allah SWT;

وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ

Maksudnya;
“jangan kamu jadikan sumpah kamu sebagai penghalang daripada kamu melakukan kebaikan, ketaqwaan dan melakukan islah diantara manusia”

(Surah Al-Baqarah : 224)

Adapun jika seseorang itu dituduh dengan sesuatu tuduhan yang tersasar dari hakikat sebenar, lalu mahu mempertahankan diri, ketika itu, bersumpah adalah dituntut. Hal ini, bersandarkan kepada kaedah yang menyebut;

البينة علي المدعى و اليمين على من انكر

Maksudnya;
“keterangan / bukti terhadap tuduhan, dan sumpah atas mereka yang mengingkari (terhadap tuduhan)”

Justeru, perlu difahami dengan ilmu islam yang benar – tidak tersasar disebabkan sentiment dan kebodohan, dengan mendakwa bahawa semua sumpah itu adalah dilarang, dengan mendakwa ia adalah amalan orang munafiq. Bahkan, apa yang diketahui, dalam beberapa keadaan, sumpah adalah perkara yang dituntut, terutama dalam menerangkan sesuatu kebenaran.

Apa yang hendak dinyatakan, sumpah juga merupakan salah satu perkara yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW, seperti satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda;

فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا

Maksudnya;
“Demi Allah, Allah tidak akan jemu hingga kamu sendiri merasa jemu” (Al-Bukhari : 43)

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 november 2009 * 7:38 malam




Rabu, 4 November 2009

AL-KISAH RAKAMAN : MENJAWAB TUDUHAN BLOG POLITIKBANJAR


AL-KISAH RAKAMAN : MENJAWAB TUDUHAN BLOG POLITIKBANJAR

Memandangkan lebel munafiq adalah sesuatu yang berat disisi Islam, menyebabkan aku telah menghubungi saudara Sayuti yang dilebelkan ”munafiq” oleh blog politikbanjar. Ketika itu, beliau berada di padang, Indonesia, mengetuai Misi kemanusian PAS di sana.

Pada peringkat awal, beliau tidak menjawab panggilanku, menyebabkan aku menghubungi beliau menerusi SMS. Beliau merespon SMSku itu, kemudian berjanji akan menjawab segala tuduhan yang tidak bermoral tersebut menerusi E-Mail

Makanya,di sini, dipaparkan e-mail Saudara Sayuti seperti berikut;

Kronologi isu rakaman I & II…


Tulisan saya ini merujuk kepada;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/siapa-munafik-haraki-di-dalam-pas.html

Satu artikel dlm ’politikbanjar’ bertajuk: Siapa Munafik Haraki di dalam PAS?

Tulisan tersebut merujuk kepada diri saya, dan saya mendapat maklum melalui pelbagai SMS dari sahabat-sahabat PAS dan juga AJK saya. Ketika itu saya masih berada di Indonesia mengetuai Delegasi Khas Bantuan Kemanusiaan PAS di Sumatera Barat. Saya tidak mampu mengakses internet ketika di sana, namun saya telah terlebih dahulu kaji kronologi berdasarkan maklumat yg ada pada saya.

Rakaman I
· Kepunyaan sendiri, dah lama disimpan. Saya tidak mahu bicarakan tentangnya.

Rakaman II
· Rakaman Ustaz Reza MRK di rumah Dato’ Dr Hasan Ali, bersama Ustaz Nasharuddin, Roslan SMS, Yamin, Zainuddin, dan ramai bloggers termasuk bloggers UMNO


Saya terbaca dlm blog albanjari;

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pertemuan-sulung-bloggers-dengan-dato.html,

Isu dinyatakan tentang pertemuan di rumah Hasan Ali, dimaklumkan anjuran Lajnah Penerangan BPPNS dgn tetamu khas Ustaz Nasharuddin, dan dihadiri ramai bloggers termasuk bloggers UMNO. Dalam internet ditulis pelbagai perkara yg tidak sepatutnya dimaklumkan pd umum apatah lagi pd UMNO.


28 okt 2009 (Rabu)

Pagi

Dalam kesempatan utk berbincangn dgn TGNA berkenaan rakaman I, TGNA memberitahu melalui Pembantu beliau kebiasaannya TGNA bila sampai di KL tidak mahu diganggu, mahukan ketenangan dan tak mahu merunsingkan fikirin utk hadapi Mesyuarat Khas pada malam kelak. Apa2 hal pun akan dimaklumkan semula, jika perlu.

Tengahari

12.26 PM Call Albanjari
· Dimaklum dia sangat kenali saya, Anak Perak... Saya minta maaf tak berapa ingat!
· Ttg ucapan, Albanjari sendiri tidak hadir, MRK hadir, dia rakam. Sebahagian dah ditulis oleh bloggers. Katanya banyak menceritakan hal dalaman parti. Albanjari hairan mengapa ada yg hadir itu bloggers UMNO sedangkan menceritakan beberapa hal dalaman parti.
· Albanjari kata dah dapat rakaman itu, DVD di courier terus. Albanjari dah dengar sendiri. Rakaman itu sangat serious...! Bahaya kalau disalahgunakan oleh UMNO.
· Saya minta satu salinan. Boleh. Tlg bagi alamat segera. Satu copy akan dikirim pd YB Nizar petang itu, sebab Nizar akan ke Mesyuarat Khas malam nanti. Saya kata saya sangat setuju agar diberikan pd pimpinan PAS untuk mereka membuat keputusan di dalam Mesyuarat Khas malam nanti dengan penuh hujjah.
· Esok akan post pada saya, dalam bentuk DVD besar file, sila SMS alamat segera.

12.32 PM SMS alamat kepada Albanjari

03.02 PM Call dari Pejabat TGNA
· TGNA maklumkan; confirmed TGNA mahu dengar rakaman DHA.
· TGNA minta utk dengar sendiri rakaman bloggers, setelah baca di internet.
· Saya maklum saya tidak ada rakaman bloggers tetapi saya akan usahakan melalui Albanjari yang berada di Perak sebab beliau ada copy. Saya akan usahakan untuk dapatkan segera sebelum TGNA sampai KL.

Call Albanjari banyak kali tidak dapat. SMS tidak berjawab. Hp seolahnya dimatikan.

03.10 PM SMS pd Pembantu TGNA no hp Albanjari minta utk beliau hubungi terus
· Saya maklum dah hubungi banyak kali call dan SMS tetapi tak dapat
· Janji akan usahakan terus

03.16 PM Call PAS Perak minta usahakan bantuan.

03.18 PM SMS dari Pembantu TGNA
· TGNA nak dengar juga ucapan DHA, minta dibawa juga ke rumah Kelantan, Jalan Stonor, petang ini segera.
· Minta tolong hubungi juga Albanjari untuk cuba dapatkan rakaman bloggers, minta dibawakan sekali dengan rakaman DHA utk TGNA dengar keduanya.
· TGNA anggap kandungan ucapan bersama bloggers sangat serious.

03.22 PM Call dari Pembantu TGNA
· Saya janji akan usahakan mendapatkannya, bahkan jika perlu utk di hantar dengan kereta dari Perak
· TGNA dah nak ke airport
· Jumpa di Rumah Kelantan, 6.45pm
· Maklum TGNA tentang tentang kerahsiaan, amaran oleh DHA utk tidak bocorkan. TGNA minta untuk dengar sendiri, itu bukan suatu rahsia jamaah yg perlu disimpan, apatah lagi jika tidak benar dan merosakkan jamaah. Yakin ini menolong jamaah.

05.32 PM Call dari PAS Perak
· Dapat jejaki Albanjari di rumah, tidak ON hp...
· Dapat bercakap dgn Albanjari, dan terangkan tujuan panggil dan permintaan TGNA
· Albanjari sangat setuju untuk serahkan pd TGNA.
· Pengakuan; sebenarnya Albanjari sendiri belum dengar, hanya dengar melalui telefon, dan master copy sebenarnya masih berada di tangan Penolong Editor, Ustaz Reza MRK, berada di Seri Kembangan, dia rakam dan Albanjari akan minta diserahkan tanpa masalah.

05.40 PM SMS ke Pembantu TGNA
· Maklumkan dah dapat berhubung semula dgn Albanjari.
· Janji akan sampai 6.30pm di Masjid Syakirin, dengan kedua rakaman, seperti dijanjikan oleh Albanjari.

Beberapa kali call Ustaz Reza MRK tak dapat, engaged dengan Albanjari.

06.08 PM Call Ustaz Reza MRK
· Berjaya komunikasi pertama kali dengan Ustaz Reza MRK.
· Sanggup datang berjumpa, dia kenal saya apabila kenalkan diri sebagai Pengarah Pilihanraya Pemuda Selangor
· Disebabkan itu arahan TGNA, Ustaz Reza MRK kata dia pasti akan sampai juga dengan motorsikal, walau ada anak kecil di rumah, dan isteri masih belum pulang kerja. Tidak perlu naik taxi seperti cadangan saya.
· Setuju saya tunggu di Masjid Syakirin, KLCC, tidak tahu rumah Kelantan.
· Akan sampai sebelum 6.30pm, confirm ke? Ya confirm akan sampai sebelum 6.30pm.
· Minta hadir dgn kerelaan, TGNA hanya mahu dengar suara rakaman dan nak tahu apa yg berlaku. Ustaz Reza MRK maklum dia pasti hadir sbb arahan Mursyidul ’Am.
· Pertanyaan Ustaz Reza MRK; akan berjumpa sendiri TGNA tanpa orang lain? Saya kata memang boleh, dan Ustaz Reza MRK tidak keberatan untuk saya sertai sekali.
· Ini adalah komunikasi terakhir yg berjaya dengan Ustaz Reza MRK, Penolong Editor ’politikbanjar’

06.20 PM Call Ustaz Reza MRK
· Semua call dan SMS tidak berjaya. Hp dimatikan. Berlarutan sehinggalah tengah malam.
· Beberapa kali call Albanjari, dimaklum confirm Ustaz Reza MRK pasti akan hadir, dia jenis berpegang padan janji. Minta tunggu juga. Saya terus tunggu, ualang alik ke rumah Kelantan.

07.13 PM SMS ke Ustaz Reza MRK
· Sudah lama sangat saya tunggu di Masjid Syakirin KLCC, tapi masih tidak datang dan panggilan hp gagal. Minta telefon semula segera.

07.22 PM SMS kepada keduanya; Ustaz Reza MRK dan Albanjari
· TGNA masih menunggu, dah lama sangat dah.

08.15 PM SMS ke Albanjari dan Ustaz Reza MRK
· “Ustaz Ridha, TG telah beransur ke Pejabat Agung. Lama dia nantikan enta, ana hubungi hp enta tak dapat”


29 Okt 2009 (KHAMIS)

07.23 AM Call Ustaz Reza MRK
· Dapat masuki panggilan, tetapi tidak berjawab. Banyak kali panggil. Maklum pada Albanjari, Albanjari maklum dia akan hubungi Ustaz Reza MRK untuk tahu apa masalahnya. Sila tunggu hingga dihubungi semula.

09.25 AM Call Albanjari, setelah terima missed call.
· Albanjari maklum perkara yg berlaku di PAS Selangor sangat serious. PAS kena buat tindakan segera untuk singkirkan Hasan Ali dengan apa jua cara sekali pun.
· Albanjari maklum; dia akan minta pasukan 20 hingga 30 bloggers yg dikenali, yg bersama kita utk melakukan satu tindakan khusus utk menjatuhkan Hasan Ali melalui serangan internet.
· Albanjari sendiri akan pastikan mereka mendapat maklumat yg tepat tentang siapa sebenarnya Hasan Ali, dan bahaya Hasan Ali kepada Pakatan Rakyat Selangor, dan kepada PAS.
· Saya beritahu Albanjari, saya setuju agar kebenaran isu Hasan Ali dinyatakan pada ahli. Ahli akan ragu kalau tiada tindakan diambil.
· Saya maklumkan tentang rakaman yg diberikan kepada kedua TG Haji Hadi, dan TG Nik Aziz.
· Saya maklumkan TGNA sangat sedih dan menggeleng kepala tatkala mendengar rakaman I yang saya perdengarkan tersebut, dan hinggalah suatu ketika TGNA kata tidak mahu mendengarnya dah. Minta dimatikan.

09.42 AM SMS ke Albanjari (baca; kepada Albanjari sahaja, tertutup, hasil perbualan akhir)
· Kandungan;
Sekadar maklum enta; ana istikharah bbrp hari utk serah pimpinan harian pusat dan bbrp yg hadir mesy khas smlm satu rakaman yg sgt serious ttg hasutan DHA utk PAS bersikap x adil thadap PR Slgor, dan timbulkan fitnah pd MB Slgor+PR. Kedua TG amat terkejut!
Dan seterusnya TGNA minta nak dgr sendiri apa rakaman yg enta buat di rumah DHA...Sila maklum jika enta decide x jadi beri rakaman itu utk ana maklumkan pd TGNA. Sekadar mbebaskan ana dari amanah. Jzklh.

· Tiada jawapan diterima
· Saya menghubungi Pembantu TGNA menyatakan kegagalan saya, dan saya meminta maaf pada TGNA atas janji yang saya gagal laksanakan.



perkara asas untuk direnungi;

1. Tuduhan munafiq pada saya, sangat serious! Balasan munafiq masuk neraka akhie!
2. Tuduhan TGNA tidak meminta rakaman, tetapi sayalah yg mereka-reka cerita, tanpa beliau bertanya sendiri pada saya sekali pun?
3. Janji utk datang jam 6.30pm, utk diserahkan sendiri pd TGNA, menjadikan TGNA menunggu lama sehinggalah beliau beransur terus ke Mesyuarat Khas bila Ustaz Reza MRK tidak tiba, gagal dihubungi. Apa pula hukum bermungkir janji?
4. Mengapa perlu di kongsi SMS saya pada pihak yg tidak berkaitan, Albanjari kepada Ustaz Reza MRK, yg pasti tidak mengetahui apa jua rentetan komunikasi sebelum itu.
5. Mengapa semua panggilan telefon @ SMS tidak dijawab?
6. Mengapa perlu dihukum pada dunia melalui blog@internet.


Ikhwah; kebenaran perlu saya nyatakan.

Wallahi, wabillahi, Watallahi, apa yg dilaporkan benar, dan saya sudah sebaik mungkin menyelidiki semua fakta, tarikh dan masa seperti yg disebut demi untuk Islam dan pejuangannya.


Wallahu’alam.
assayuti / 3 November 2009

Selasa, 3 November 2009

SENANGNYA LANGGAR TAHALUF ?


SENANGNYA LANGGAR TAHALUF ?

Tahaluf Siyasi berasaskan kepada kaedah fiqh, “melakukan mudharat yang kecil, demi menyelamatkan dari berlakunya mudharat yang lebih besar”. Atas asas ini, tahaluf diguna pakai.

Dalam tahaluf, sudah pasti akan wujud banyak ‘kerugian’, ia sama seperti ‘kerugian’ dalam perjanjian yang dimetraikan sendiri oleh Nabi SAW dalam sejarah Sulh Al-Hudaibiyyah (perjanjian Al-Hudaibiyyah). Pun begitu, ramalan politik nabi SAW amat cekap dan bijak, rupa-rupanya kerugian itu bersifat sementara, sedangkan keuntungannya terbukti 10 tahun selepas itu.

Membaca sirah, kita akan dapati bahawa, waima dilihat banyak kerugian yang Islam dapat dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah, ternyata Nabi SAW akur dengan kandungan perjanjian tersebut. Dari pihak Nabi SAW, tidak pernah dilakukan sebarang tindakan yang mengganggu-gugat kesetiaan pada perjanjian tersebut, waima mendapat tentangan kecil dari sebilangan para sahabat.

Dalam kandungan perjanjian tersebut, ada satu perjanjian yang menyebut seperti berikut;

“jika orang dari pihak Quraish meninggalkan Mekah tanpa izin pemimpinnya dan memeluk Islam, serta bergabung dengan kaum Muslimin, maka hendaklah Muhammad mengembalikannya kepada kaum Quraish. Namun, apabila seseorang muslim bergabung dengan kaum Quraish, tidak ada kewajipan kaum Quraish untuk mengembalikan kepada kaum Muslimin”.

Ternyata, terdapat seorang lelaki Quraish yang bernama Abu Basir yang telah memeluk islam dan sedang berlindung dibawah kerajaan Madinah. menyebabkan, datang dua orang Quraish Mekah; Al-Azhar dan Al-Akhnas bin Syuraiqh As-saqafi, berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

“Wahai Muhammad, Abu Basir bersama dengan kamu. Dia seorang lelaki Quraish yang berlindung dibawah kerajaan kamu, maka hendaklah kamu serahkannya kepada kami atas dasar perjanjian yang telah kita metraikan dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah” Al-Azhar bersuara ganas.

Nabi SAW memanggil Abu Basir, dan meminta agar beliau mengikut dua orang lelaki Quraish tersebut pulang ke Mekah.

“Wahai Rasulullah, apakah Tuan akan menyerahkan saya kepada mereka? Apakah tuan tidak bimbang bahawa mereka akan memurtadkan saya” Abu Basir bersuara sayu.

Nabi SAW melihat wajah Abu Basir dengan sayu, tetapi mengenangkan perjanjian yang telah dimetrai, Nabi SAW hanya mampu berkata, ”Wahai Abu Basir, Saya yakin Allah SWT akan memberi keselamatan kepada kamu”

Abu Basir terpaksa akur dengan keputusan Nabi SAW itu, sehingga ada sebilangan para sahabat berjumpa dengan Nabi SAW memujuk untuk mengekalkan Abu basir berlindung dibawah kerajaan Madinah.

”Saya Yakin Allah SWT akan memberi cara keselamatan kepada Abu Basir”, itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh nabi SAW dihadapan para sahabat, menyebabkan mereka akur.

TAAT DENGAN JANJI

Perjanjian Al-Hudaiyyah, semua mengetahuinya betapa kerugian dalam perjanjian itu wujud dari pihak islam. Tetapi, memandangkan kebijaksanaan Nabi SAW dalam berpolitik, Nabi SAW tidak pernah melanggari janji tersebut, disamping mengambil banyak kesempatan dari perjanjian tersebut untuk menyampaikan islam kepada rakyat Mekah.

Apa yang terjadi, waima perjanjian itu dimetraikan di kala para sahabat melihat kerugian, ternyata ia memberi keuntungan yang lebih besar selepas dari itu; iaitu dengan kejayaan islam menguasai Mekah 10 tahun kemudiannya.

Perkara ini ditekankan sendiri oleh Allah SWT menerusi firman-Nya;

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Maksudnya;
” Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon[1399], maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”

(Surah Al-Fath : 18)

Kejayaan yang gilang-gemilang ini, semuanya berpunca dari beberapa perkara, antaranya adalah, (1) perpegang teguh dengan janji, yang memperlihatkan kepada seluruh dunia, bahawa Nabi SAW adalah seorang yang baik, dan taat dengan perjanjian, (2) Nabi SAW bijak menggunakan ruang yang ada dalam menyampaikan islam kepada rakyat Mekah dikala perjanjian sedang dilakukan.

Apabila Nabi SAW perpegang teguh dengan perjajian tersebut, sudah pasti imej Nabi SAW akan dilihat bersih oleh dunia tanpa ragu. Ekoran itu, segala ajaran Nabi SAW yang menyeru manusia kepada Islam, akan mudah diterima pakai oleh sesiapa yang mendengarnya.

PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah dimetraikan. Keberadaan PAS, PKR dan DAP menjadikan wujud kebersamaan dalam gerak-kerja. Bukan sekadar gerak-kerja menumbangkan kerajaan zalim, UMNO/BN, tetapi kebersamaan dalam menubuhkan kerajaan, khususnya di Selangor.

Segala perkara yang hendak diputuskan, hendaklah menerusi Pakatan Rakyat. PAS terpaksa akur dengan beberapa perkara yang tidak mampu dilaksanakan lagi, disebabkan tertakluk dengan kandungan kebersamaan PAS bersama PKR dan DAP.

Apa yang penting difikirkan, Nabi SAW menjaga perjanjian yang dimetraikan. Maka keadaan yang sama juga perlu PAS lakukan dalam pakatan Rakyat. Ia bertujuan, untuk melahirkan imej bersih PAS di mata-mata kawan-kawan Pakatan Rakyat yang lain, seterusnya mereka akan tertarik hati dengan PAS, dan mudah menerima pandangan dari PAS, sepertimana orang Mekah mudah menerima dakwah Nabi SAW setelah imej bersih nabi dilihat dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Pun begitu, direnung sedalam-dalamnya, keadaan yang sepatutnya berlaku ini tidak pernah terjadi kepada PAS dalam Pakatan Rakyat. Yang wujudnya, PAS adalah parti yang sering membuat onar. Ini amat terbukti berlaku, di Selangor.

Semua ini terjadi, kerana tidak menghayati sirah perjanjian Al-Hudaibiyyah dengan sedalam-dalamnya. Ekoran itu, tahaluf siyasi akan didebatkan secara mendalam ketika hendak melawan UMNO/BN, tetapi tidak pernah didebatkan secara terperinci tentang pengkhianatan janji setelah tahaluf dimetraikan dengar PKR dan DAP. Inilah hakikat PAS selangor kini..

Mungkin kita tidak sedar, pengkhianatan terhadapan janji ini sebenarnya telah memberi impak buruk non Muslim terhadap PAS, yang sudah pasti Islam juga mendapat kesan sampingannya.

Wahai Pas Selangor, kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah agar keburukan tidak tergambar pada Islam dimata-mata rakyat ekoran perbuatan kamu !!

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 november 2009 * 1:58 petang

MALAYSIA PERLU MESRA MAZHAB


MALAYSIA PERLU MESRA MAZHAB

Semasa belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan, Aku terlalu mengkagumi Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman. Ketika itu, aku beranggapan, beliau adalah orang yang paling alim di Malaysia.

Setelah berangkat ke Pakistan, aku melihat ramai ulama-ulama yang hebat di sana. Maulana Salimullah Khan, seorang tokoh ulama hadis Pakistan yang amat mengkagumkan. Mengajar kitab Sahih al-Bukhari, tanpa membuka kitab; semua sanad dan matan hadis dalam Al-Bukhari sudah dihafal oleh beliau dengan begitu lancar sekali.

Beliau menghafal al-Quran, selama 30 hari sahaja. Kecerdasan minda beliau dalam menghafal al-Quran, agak susah hendak diketemui di zaman kini. Beliau disayangi gurunya, Maulana Husin Ahmad al-Madani, yang merupakan guru kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ketika belajar di Darul ulum Deoband, India dahulu.

Di Malaysia, mazhab yang menjadi bahan pengajian asasi adalah merujuk kepada Mazhab As-Syafie. Justeru, ketika sampai Pakistan, agak terkejut juga kerana di sana beramal dengan mazhab hanafi.

Diperingkat awal kehidupanku di pakistan, kejanggalan dalam amalan mazhab hanafi agak berlaku. Masakan tidak, setiap hari di Malaysia menunaikan solat subuh dengan membaca qunut, tiba-tiba di Pakistan, qunut subuh tidak pernah dilakukan, sebaliknya cara qunut dalam solat witir pun, terlalu berbeda dengan cara qunut dalam mazhab Syafie.

Empat tahun berada di Pakistan, maka empat tahun itulah tidak membaca qunut dalam setiap solat subuh. Sama ada di Jamiah ahnaf (deobandi), mahupun di Jamiah Salafiyyah.

Apa yang dapat dipelajari, di Pakistan juga terdapat ulama yang hebat, ternyata amalan bermazhab mereka amat berbeda dengan cara amalan ulama di Malaysia. bukan mahu mempelekeh, tetapi hakikat yang perlu dilihat. Waima Malaysia terdapat ulama yang alim dalam mazhab As-Syafie, tetapi ulama di Negara luar Malaysia, lebih jauh hebat dan alim berbanding dengan ulama-ulama di Malaysia, terutama di Negara-negara arab.

Di Mesir sebagai contoh, kepakaran ulama-ulama di sana dalam bidang mazhab empat, malahan lebih amat mengkagumkan. Berpegang dengan mazhab cara mereka, tidak seperti berpegang mazhab cara ulama di Malaysia. mereka mendebatkan sesuatu pendapat ulama mazhab, bukan sekadar menukilkan dari rujukan kitab tertentu sahaja, malahan mereka mampu mengemukakan hujjjah-hujjah iman-iman tertentu, disamping mereka mampu menukilkan kaedah mengeluarkan hukum yang digunakan oleh seseorang ulama mazhab.

Inilah kehebatan ulama di Negara arab, jauh lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan ulama di Malaysia.

KHILAF MAZHAB

Khilaf dikalangan mazhab, merupakan satu keistimewaan. Ia merupakan satu keizinan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah nabi SAW yang mengakui tindakan dua pihak dari kalangan sahabat; yang kedua-dua pihak itu berbeda pendapat dalam memahami sabdaan nabi SAW.

Tindakan Nabi SAW itu, membuktikan bahawa, betapa Islam adalah agama yang membenarkan perbedaan pendapat ulama. Dan seharusnya, perbedaan itu perlu mempunyai unsure toleransi, atas asas kedua-dua pendapat itu beralaskan kepada hujjah yang diterima oleh Nas syarak yang muktabar.

Di Malaysia, perbincangan tentang khilaf fuqaha’ atau ulama-ulama mazhab ini agar baru, dan sewajarnya diterapkan. Mengongkong pemikiran dengan satu mazhab sahaja, adalah tindakan yang amat tidak bagus, sebaliknya bisa melahirkan masalah di masa akan datang, terutama di kala ini, Malaysia sudah mempunyai kepelbagaian cara mendapat didikan agama.

Orang Malaysia kini, mereka bukan sekadar menuntut ilmu di Fatani, atau di pondok-pondok sahaja, bahkan sekarang sudah ramai rakyat Malaysia yang menyambung belajar di luar Negara, terutama di tanah arab; seperti Mesir, Jordan, Syria, arab Saudi dan tidak ketinggalan juga di bumi Khurasan, seperti Pakistan dan India.

Kepelbagaian tempat menuntut ilmu ini, menyebabakn lahirnya kepelbagaian dalam mendapat ilmu, disamping kepelbagaian kaedah istinbat (mengeluarkan) hukum menerusi al-Quran dan As-Sunnah, juga menerusi pegangan sesuatu mazhab. Apa yang dapat dinilai, keadaan yang berlaku ini meruipakan sesuatu yang sihat, dan wajar dijadikan ruang terbaik untuk umat mula membuka minda dalam menerima pandangan selain Mazhab As-Syafie.

Mengapa harus membataskan pegangan fiqh itu kepada mazhab As-syafie, walhal Imam As-Syafie sendiri menuntut ilmu dari imam-imam mazhab yang lain, seperti Imam Malik, juga anak murid Imam Hanafi, iaitu Imam Abu Yusuf.

Jika difahami ini, sudah pasti kita akan dapat menilai, bahawa Imam As-syafie seorang yang mempunyai minda yang terbuka, dengan bersedia menerima pandangan ulama selain aliran dan kaedahnya sendiri dalam mengeluarkan hukum. lantaran itu, beliau tidak janggal menuntut ilmu dari ulama yang tidak sealiran.

PEMIKIRAN ‘ORANG LAIN’

Jika kita berjumpa dengan rakyat Malaysia, waima rakyat yang berada atas pagar, pasti mereka akan mendapat lebel. Orang PAS, apabila berjumpa dengan orang yang mengambil sikap berkecuali, pasti orang tersebut akan dilebelkan sebagai orang UMNO. begitujuga, Orang UMNO terhadap orang berkecuali terhadap mereka.

Begitujuga, rakyat Malaysia bermazhab. Apabila mereka mengamalkan mazhab As-syafie, berjumpa dengan orang yang bermazhab selain Syafie, pasti akan mendapat lebel wahabi, waima orang tersebut bermazhab Hanafi, Hanbali atau Maliki.

Inilah nilai pemikiran orang Malaysia dalam bermazhab, dan sewajarnya pemikiran ini wajar dilemparkan jauh-jauh, tidak layak menjadi pemikiran rakyat Malaysia. pemikiran sebegini, akan melahirkan kekolotan dalam berfikir, seterusnya menangguh kemajuan dalam berfikir.

Justeru, umat Islam di Malaysia perlu mempunyai pemikiran yang terbuka dalam semua perkara, terutama dalam perkara yang melibatkan khilaf mazhab. Tidak ada salahnya, jika wujud di Malaysia manusia yang mengamalkan mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki atau apa jenis mazhab pun, selain dari Syafie. Jika wujud juga agamawan yang memaksa juga agar perpegang dengan mazhab As-syafie sahaja, menunjukkan tahap pemikiran agamawan tersebut terlalu mundur, dan seterusnya tidak akan menghasilkan kemajuan dalam berfikir, terutama dalam perkara agama.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 november 2009 * 2:56 pagi

APA NASIB PR DALAM PRU KE-13?


APA NASIB PR DALAM PRU KE-13?

Hampir pilihanraya ke-12 dahulu, berbagai-bagai provokasi yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap PAS, kerana PAS bergabung dengan PKR dan DAP. Ketika itu, bersembur-sembur ulasan dari mulut para penceramah PAS, malahan para ustaz yang mempertahankan keizinan duduk berjuang bersama PKR dan DAP dalam menjatuhkan UMNO/BN dengan menggunakan kaedah tahaluf Siyasi.

Makanya, bergabunglah antara PAS, PKR dan DAP; bersatu teguh melawan UMNO/BN. Ternyata, bersatu teguh, bercerai roboh; PAS, PKR dan DAP berjaya menubuhkan negeri di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, sedangkan PAS pertahankan kemenangan di kelantan. Adapun UMNO/BN pula, berada dalam malu yang teramat sangat, dengan kejatuhan negeri-negeri dibawah kepimpinan mereka.

Ketika rakyat bergembira menyambut kemenangan PR dalam beberapa buah negeri yang dimenangi, terdengar sayup-sayup usaha penubuhan kerajaan campuran; membariskan pergabungan PAS-UMNO.

Tidak dapat dibayangkan, bagaimana perasaan kawan-kawan PKR dan DAP apabila mengetahui kebenaran cerita ini. Mereka sudah banyak menderma dalam ‘tabung jihad’ yang sering PAS lancarkan dalam setiap ceramah politik; demi melihat kejatuhan UMNO/BN, tiba-tiba kedengaran wujudnya usaha memberi nafas baru kepada UMNO/BN, sudah pasti ia akan membarakan hati dan perasaan kawan-kawan dari PKR dan DAP terhadap PAS.

Mujur, ada sebilangan pimpinan dalam PAS, termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mempertahankan Pakatan Rakyat. Ia merupakan ubat mujarab bagi mengubat hati kawan-kawan dari pakatan Rakyat yang sudah terluka dikala mendengar usaha pergabungan PAS-UMNO ini.

ERA PAK LAH – NAJIB

Pak Lah dengan watak perlahan ala penyu yang berlabuh di pantai Terengganu, ternyata kelihatan lembab. Kelemahannya itu dilihat sebilangan besar ahli-ahli UMNO, menyebabkan beliau berjaya dilemparkan keluar dari daerah kepimpinan UMNO. Makanya, naik pula Najib Tun Razak sebagai kepimpinan utama UMNO. Beliau kelihatan bersahaja, tetapi banyak tindakan beliau agak kurang berjaya disangkal.

Di era Najib mengambil tampuk pemerintahan UMNO, kedengaran kenyataan-kenyataan dari sebilangan pimpinan PAS Pusat tentang berita-berita angin yang tersebar di era Pak Lah dahulu. Jika di era Pak Lah, penafian wujudnya usaha pergabungan sering terjadi, tetapi pengakuan bahawa wujudnya usaha pergabungan di zaman Pak Lah itu, dengan terpanculnya pengakuan tersebut menerusi mulut pimpinan PAS tertentu di era Najib.

Bagi mereka yang berfikir di luar kerangka sentiment, pasti agak terkejut kecil apabila mendengar pengakuan, “ia tutup sekarang, kerana sekarang bukan era Pak Lah lagi”. Difahami, kenyataan sebegini membawa maksud, di era Pak Lah, usaha tersebut sudah pasti berlaku. Persoalannya, mengapa ketika di era Pak Lah dahulu, ia di nafikan sekeras-kerasnya?

Nampaknya, tidak berpegang dengan prinsip perjanjian yang ditekankan oleh islam telah menjadi rencah politik sebilangan kecil pemimpin PAS tertentu. Jika keadaan ini berlaku, tidak diketahui, apa nasib PAS dalam PRU akan datang.

PKR DAN DAP PUN ADA SAHAM

Apabila PAS menimpa masalah, sebenarnya ia mengugatkan sama kepada parti-parti PR yang lain. Keberadaan PAS, PKR dan DAP adalah saling kuat mengkuatkan. Tanpa salah satu dari tiga buah parti ini, kerajaan PR tidak berjaya ditubuhkan, seterusnya kerajaan UMNO/BN tidak boleh diruntuhkan.

Ada sebilangan manusia, mereka melihat amat sinis dengan usaha penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat. Jika kita terpaksa berfikir secara lembab pun, mungkin kita bercakap bahawa tidak bersetuju PR untuk membina kerajaan, tetapi yang perlu kita fikirkan juga adalah, apakah kita masih mahu melihat UMNO/BN kekal memerintah?

Tidak dinafikan, penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat memang tidak menjadikan islam sebagai asas. Pun begitu, banyak maqasid Islam berjaya dilaksanakan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

Juga perlu diingat, dengan menolak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat, seakan-akann kita rela UMNO/BN menjadi pemerintah lagi? Bukankah, dengan tidak bersedia menubuhkan kerajaan pakatan Rakyat, menyebabkan UMNO/BN akan berleluasa dalam melakukan penyelewengan dalam negara? Bukankah, dengan menolak penubuhan kerajaaan pakatan Rakyat, menyebabkan rasuah, wang rakyat di selewengkan, kecelaruan SPR, Media, kehakiman dan sebagainya akan terus berlaku?

Bukankah, dengan membiarkan semua ini berlaku, merupakan satu perkara yang terlarang dalam islam? bukankah, sebarang kemungkaran yang berlaku, hendaklah ditegah semampu-mampu yang boleh?

Sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
”Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditukar dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” (Sahih Muslim : 70)

Dalam mensyarah hadis ini, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan”(syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim: 1/131)

Tidak dinafikan, memang dalam kerajaan pakatan Rakyat, PAS tidak mampu haramkan arak secara mutlak, haramkan judi secara mutlak dan sebagainya. Pun begitu, tidak membenarkan PR memerintah, seakan-akan reda dengan kemungkaran – seperti penyelewengan harta rakyat, kecelaruan spr, media, kehakiman dan sebagainya – yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Pun begitu, dengan kebersamaan PAS dengan pakatan Rakyat, PAS mempunyai ruang yang cukup luas, untuk adakan kempen bahaya arak dan judi, seterusnya memberi cadangan dalam kerajaan untuk gubal peraturan dan undang-undang tentang arak dan judi. Gunakan kesempatan yang ada ini, untuk dijadikan sebagai tindakan awalan dalam usaha hendak melupuskan arak dan judi di Selangor.

Justeru, kebersamaan dalam menjatuhkan UMNO/BN adalah perlu. Disamping itu, sertakan usaha yang gigih dalam memahamkan kawan-kawan dari PKR dan DAP tentang dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. jika ini berjaya dilaksanakan, sudah pasti, di suatu masa nanti, islam akan berjaya dilaksanakan di malaysia.

Makanya, sudah sampai masanya, kita perlu berkongsi pandangan dan kekuatan secara serius dengan kawan-kawan pakatan rakyat dalam menjatuhkan UMNO/BN, bukannya wujud kerjasama dengan UMNO. ini kerana, dalam sebarang Pilihanraya pun, sama ada kecil ataupun besar, PAS akan bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam melawan UMNO/BN, bukannya PAS bersama dengan UMNO/BN untuk melawan DAP ataupun PKR.

Lainlah, kalau kita nak minta tolong UMNO dalam PRU akan datang??

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 november 2009 * 1:20 pagi


TUNGGU BERITA RAKAMAN

Sebentar tadi, Orang yang dituduh oleh seorang blogger UG, al-Banjari sebagai "munafiq haraki" telah menelefonku. Beliau baru sahaja sampai dari permusafiran, mengetuai misi khas PAS ke bumi bekas tanah ulamak, Padang, Indonesia.

Banyak perkara yang kami berbicara tentang apa yang bangkitkan oleh al-banjari dalam isu rakaman yang melibatkan hasan ali yang memburukkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor.

setelah mendengar ulasan beliau, aku merasakan perkara yang diulas beliau perlu diketahui umum, terutama al-banjari telah melakukan serangan terhadap beliau, yang boleh disifatkan tidak bermoral. justeru, beliau telah bersedia hendak menjawab menerusi e-mail. Makanya, sekarang aku menunggu penjelasan beliau sendiri menerusi e-mail, dan akan dipaparkan dalam ruang blog ini - insya Allah -

sekian

Wallahu 'Alam

al-Bakistani

Isnin, 2 November 2009

RAKAMAN ITU ADA DUA!!

Jangan salah anggap. Rakaman dalam isu Hasan Ali ini, bukan satu, sebaliknya ada dua rakaman; (1) Rakaman ucapan Hasan Ali di hadapan pemuda PAS Selangor, dan (2) Rakaman pertemuan Hasan Ali, Roslan SMS dan Nasaruddin Mat Isa dengan Blogger UMNO.

Diberitakan, Rakaman ucapan Hasan Ali di hadapan pemuda PAS negeri suda didengari oleh tiga tokoh politik dalam PAS; salah seorangnya adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dalam rakaman tersebut, ada ucapan ala BTN dalam memburukkan Pakatan Rakyat.

perlu diingat, rakaman pertemuan Hasan Ali dengan blogger tidak sama dengan rakaman yang seorang ahli majlis shah alam berikan kepada
Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

sekian

Ahad, 1 November 2009

DOKTRIN BENCI WAHABI?


DOKTRIN BENCI WAHABI?

Doktrin benci wahabi sering kedengaran sejak sekian lama. Wahabi disinonimkan dengan gerakan dakwah Muhammad bin Abdul Wahab. Dakwaan gerakan ini tidak bermazhab, merupakan satu tuduhan melulu; yang tidak berlandaskan perdebatan ilmu.

Muhammad bin Abdul Wahab sendiri pernah mengakui bahawa beliau bermazhab Hanbali. Jika ini berlaku, bagaimana tuduhan tidak bermazhab dilemparkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab?

Hakikatnya, pertembungan yang berlaku hanyalah, dakwaan sahaja. satu pihak mendakwa, mereka sebenarnya ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah. Satu pihak yang lain pula, mendakwa bahawa mereka sebenarnya ahl as-sunnah wa al-jamaah, disamping menafikan satu pihak yang lain.

SALAFI DAN KHALAF

Jika membaca balik sejarah kelahiran istilah salafi dan Khalaf, mungkin kita agak memahaminya. Apa yang ingin diulas, golongan yang mendakwa sebagai salafi pada asalnya adalah dari kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Imam Ahmad bin Hanbal, atau dikenali sebagai “hanabilah”.

Mereka adalah penerus kepada perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal yang berhadapan kesesatan golongan muktazilah yang telah menyebarkan kesesatannya kepada masyarakat umum.

Dari itu, golongan hanabilah mula membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid yang turut menyentuh mengenai “ayat mutasyabihat”. Hasil dari perbincangan tersebut, maka lahirlah pegangan yang disandarkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mewakili perbincangan beliau. Seterusnya, ia telah menimbulkan pertikaian sesame hanabilah sendiri dalam kontek penyandarannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
[1]

Kemudian dari itu, lahir pula Imam Abu Al-Hasan Al-Ashari dan pengikutnya yang digelar sebagai “Ashaa’irah”. Kelahiran mereka adalah selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal yang membawa pendekatan mutakallimin untuk mempertahankan aqidah ahl al-sunnah wa al-jamaah dalam menghadapi muktazilah. Namun, konsep dan pandangan asaariyyah itu tidak dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan pendekatan generasi awalan dari kalangan yang mendakwa pengikut Imam Ahmad bin Hanbal
[2].

Para ashaairah mengisytiharkan bahawa mereka mempertahankan akidah islam dengan perantaraan ilmu kalam atau pendekatan logic akal dan menganggap sebagai kesinambungan daripada generasi salaf. Lantas mereka menggelarkan diri mereka sebagai khalaf sebagai perbedaan terhadap mereka yang sebelumnya. Berikutan itu, gelaran salaf mula digunakan sebagai lawan kepada gelaran khalaf.
[3]

Pertelingkahan yang sengit di antara salafiyyah hanabilah dan ashaairah tercetus disebabkan kemunculan pendirian salaf semasa teguhnya kedudukan ashaairah dalam mendominasi bentuk pegangan tauhid umat Islam sejak sekian lama. Kemunculan ketika itu seolah-olah mencabar pengaruh ashairah sehingga masing-masing mendakwa sebagai mewakili pegangan sebenar generasi salaf.
[4]

Apa yang dapat difahami dari kupasan ringkas ini, hakikat sebenar perbedaan ini berlaku, ekoran dari cara dan kaedah mereka berhadapan dengan muktazilah sahaja. Puak yang didakwa salafi, menggunakan method Hanabilah dalam berhadapan dengan Muktazilah, adapun Khalaf menggunakan method Asha’irah dalam berhadapan dengan Muktazilah.

Kedua-dua method ini, sebenarnya mempunyai satu matlamat, iaitu berhadapan dengan muktazilah. Ia sama seperti mahu ke kelantan, sama ada menggunakan laluan Kuala terengganu, ataupun menggunakan laluan Gua Musang.

METHOD HANABILAH DAN ASYA’IRAH

Method hanabilah dalam berhadapan dengan Muktazilah, lebih kepada berhujjah terus dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Adapun Asyairah, method menghadapi muktazilah dengan cara mengemukakan hujjah aqli terlebih dahulu, kemudian mengkuatkannya dengan merujuk kepada kandungan al-Quran dan as-Sunnah.

Ia sama seperti kita memahamkan non Muslim dengan islam dengan terus merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, ataupun dengan cara mengemukakan pembuktian sains terlebih dahulu, baru dikemukakan dokongan al-Quran dan as-Sunnah.

Jika difikirkan, di manakah salah antara dua kaedah ini? yang menjadi perbalahannya adalah, apabila tidak memahami hakikat khilaf bermethod sahaja.

JAIS DAN WAHABI

Wahabi adalah satu gerakan yang sebenarnya merujuk kepada gerakan dakwah yang disambung dari Imam Ibnu Taimiyyah, sedangkan Imam Ibnu taimiyyah sendiri adalah seorang tokoh ulama yang menyambung perjuangan Hanabilah.

Tidak dinafikan, JAIS amat negatif terhadap perkembangan gerakan dakwah Wahabi ini. ini lebih menjadi rumit, apabila ia sudah melibatkan luar dari isu asas, iaitu seperti masuknya isu Tahlil Arwah, Talqin mayat, Qunut Subuh dan sebagainya.

Keberadaan sebilangan ustaz-ustaz yang amat membenci Wahabi di dalam JAIS, menyebabkan pertembungan ini sering berlaku, dan tidak terhenti-henti sehingga sekarang. walhal, perkara ini boleh diselesaikan dengan kaedah toleransi yang sememangnya wujud dalam fiqh islami.

Tidak dinafikan, tahlil arwah, talqin mayat dan seumpamanya, sememangnya tidak wujud dalam mazhab as-Syafie, tetapi ia tidak bermakna, ia tidak wujud pada pendapat-pendapat ulama-ulama yang lain.

Makanya, apa yang hendak ditekankan disini adalah, pertembungan tentang salafi dan Khalaf atau Wahabi dan Asy’ari merupakan pertembungan yang tidak menguntung Islam sama sekali, kerana ia boleh diselesaikan dengan kaedah yang menyebut, ’kita bertoleransi dalam perkara yang dikhilafkan oleh ulama, dan bersatu teguh dalam mempertahankan perkara yang disepakati’.

Sebaliknya, jika tetap pertembungan ini diteruskan juga, ia hanya berjaya melahirkan polimik yang tidak berkesudahan, yang sudah pasti akan menyebabkan non Muslim akan berjauhan dari islam, dan seterusnya melambatkan kemenangan islam.

Yang paling penting bagi kita di Malaysia kini adalah, fokuskan kepada menyerang Muktazilah moden. Yang jika di Malaysia, Muktazilah moden itu adalah UMNO – Laknatullah alaih.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 november 2009 * 2:00 petang



[1] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 20.
[2] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 22.
[3] Salaf dan Khalaf : hakikat dan Implikasinya : m/s 4.
[4] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah fi As-siyasah wa al-‘aqaid wa tarikh al-mazahib al-fiqhiyyah : m/s 177.

TEMAN DAN RAKYAT !


TEMAN DAN RAKYAT !

Suara ramai, maka ia adalah golongan yang menang. Maka itulah asas pemikiran demokrasi. Masuk dalam demokrasi, sudah pasti mahukan suara majority.

Demokrasi bukan sistem Islam, tetapi ijtihad baru membenarkan gerakan islam melibatkan diri dengan demokrasi. Lebih-lebih lagi, apabila wujud banyak titik persamaan antara Islam dan demokrasi, disamping kehadiran gerakan islam, dapat meng’edit’, dan mengubah banyak perkara yang wujud dalam demokrasi, agar disesuaikan dengan Islam.

Gerakan Islam melibatkan diri dengan demokrasi, bukan bermakna ‘beriman’ dengannya, tetapi sekadar ‘memperalatkannya’ dalam usaha hendak menyampaikan Islam kepada masyarakat dengan cara yang lebih luas dan lebih berkesan.

Tanpa melibatkan dengan demokrasi, banyak kemungkaran tidak dapat dihindar. Lebih-lebih lagi, jika kemungkaran itu dilakukan oleh pihak pemerintah. Rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan sebagainya, agak sukar untuk dikurangkan tanpa melibatkan diri dengan demokrasi.

Apabila ada ahli parlimen atau ADUN dari sesuatu gerakan islam yang menang dalam pilihanraya yang menjadi nadi sistem demokrasi, sudah pasti, sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh ahli parlimen dan ADUN dari kerajaan, dapat ditegur dan dihentam dihadapannya. Justeru itu, tidak hairan ada ulama-ulama yang membenarkan demokrasi menyebut bahawa dengan penglibatan dengan sistem ini, ia amat sesuai dengan kehendak sabda Nabi Saw;

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ أَوْ أَمِيرٍ جَائِرٍ


Maksudnya;
“jihad yang afdhal ada (bercakap) kalimah adil di sisi pemerintah yang zalim” (Abu Daud : 3781)


SUARA RAMAI

Menangnya sesuatu pasukan, memerlukan kepada suara majority. Tanpa suara majority, usah bicara soal kemenangan. Itulah hakikat demokrasi.

Suara rakyat perlu dipungut. Majoriti rakyat memberi undi, bermakna sesuatu pasukan itu adalah pasukan yang menang. Apabila gerakan islam terlibat dalam demokrasi, maka suara majoriti ini perlu diusahakan. Apabila menang gerakan islam, banyak perkara yang boleh dilaksanakan.

Jika tidak dapat melaksanakan islam secara menyeluruh, maka laksanakan sekadar yang mampu. Kaedah fiqh ada menyebut, ”tidak ditinggalkan semua, jika tidak mendapat semua”.

Apabila mencapai kemenangan, tidak semestinya semua perkara yang menjadi cita-cita Islam dilaksanakan terus, sebaliknya berhikmat dalam perlaksanaan perlu dilakukan. Perlaksanaan Islam seperti yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz amat perlu dipelajari. Waima memerintah secara solid, banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan beliau.

Abdul Malik, yang merupakan anak beliau bertanya, ”mengapa tidak dilaksanakan semua perkara Islam, walhal kita sudah emmerintah”. Umar bin Abdul Aziz hanya menjawab, ”Jangan kamu gopoh wahai anakku, sesungguhnya Allah cela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, kemudian haramkannya pada kali yang ketiga”

”Aku bimbang, jika aku laksanakan kebenaran kepada manusia secara total, bimbangnya mereka menolak kebenaran itu secara tolak”
sambung Umar bin Abdul Aziz lagi.

PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat bukan medan penubuhan negara Islam. tetapi, penubuhan Pakatan Rakyat telah memberi ruang yang terbuka kearah penubuhan negara Islam yang di cita-citakan oleh PAS.

Konsep keadilan, kebebasan berfikir, berwacana, menyerang kezaliman, lawan penindasan dan sebagainya, merupakan asas kerajaan Pakatan Rakyat, bahkan ia amat dituntut dalam Islam. kebersamaan PAS dengan Pakatan Rakyat, sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran bahawa PAS mendapat laluan mudah dalam menyampaikan islam kepada rakyat.

Dalam pakatan Rakyat, PAS tidak perlu gopoh hendak melaksanakan semua hukum-hukum Islam, sebaliknya mulakan penerangan secara berkesan dan berstrategi kepada rakyat, agar di masa akan datang, Islam akan diterima oleh rakyat.

Disamping itu, cadangkan perlaksanaan Islam sekadar yang mampu; secara berhikmat, yang tidak melahirkan masalah dan pertembungan antara parti-parti pakatan Rakyat. Jika mereka menerima, maka itu satu kemenangan besar dalam usaha perlaskanaan islam, tetapi jika ditolak, ia merupakan permulaan bagi kemenangan dalam usaha perlaksanaan Islam di masa akan datang.

Jika Umar bin Abdul Aziz yang memerintah secara solid pun, tidak dapat melaksanakan segala perkara yang wujud dalam Islam, inikan pula keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat yang bercampur dengan parti-parti yang berbeda idealogi politik. Inilah yang wajar difikirkan.

TEMAN PAKATAN

PAS, PKR dan DAP sudah menjadi kawan atas nama Pakatan Rakyat. Hubungan sesama Pakatan Rakyat perlu dierat dan dikukuhkan. Sebarang percanggahan antara ketiga-tiga parti, perlu diselesaikan secara baik dan bijaksana. Jika tidak, dibimbangi melahirkan keuntungan kepada UMNO/BN yang sudah sedia dikenali parti zalim dan menindas.

Perbedaan antara ketiga-tiga parti, dari sudut pendekatan, idealogi dan sebagainya adalah perkara biasa. Jika wujud persamaan, sudah pasti tidak wujud kepelbagaian parti. Pun begitu, dalam ketiga-tiga parti ini, wujud banyak unsur kesamaan. Unsur kesamaan inilah yang perlu dikehadapankan, dalam usaha hendak mewujudkan kerjasama yang erat, dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional, disamping menghapuskan kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan dalam negara.

Mewujudkan kesangsian antara parti, amat perlu dihindari. Jika ia diwujudkan juga, seakan-akan mahu pertembungan parti berlaku, dan seterusnya akan memberi keuntungan kepada UMNO/BN.

RAKYAT MELIHAT

Setelah Pakatan Rakyat memerintah, rakyat sentiasa melihat. Apakah keberadaan Pakatan Rakyat ini, memberi keuntungan kepada mereka, atau sebaliknya.

Kewujudan rakyat, samalah seperti seseorang yang masuk ke kedai makan. Apabila seseorang masuk sesebuah kedai makan, dia tidak akan fikir segala masalah yang menimpa tuan kedai. Yang dia mahu hanyalah, dia dapat apa yang dia inginkan. Justeru, apabila wujud masalah pada sesebuah kedai makan, seperti bergaduh antara suami isteri yang merupakan tuan kedai itu dan sebagainya, pasti orang tidak akan masuk ke kedai tersebut, kerana malas hendak serabutkan fikiran mereka tentang kedai tersebut.

Begitujuga rakyat yang melihat Pakatan Rakyat. Apabila memerintah, sering bertembung dan berlaku percaggahan, akan menyebabkan rakyat malas hendak berfikir. Bahkan, tidak mustahil mereka akan meluat.

Pada rakyat, mereka mahukan apa yang mereka hendak. Itu tujuan mereka mengundi dalam Pilihanraya.

Justeru, pertembungan antara Pakatan Rakyat jangan sering diwujudkan, sebaliknya wujudkan kebersamaan dalam bekerja untuk memuaskan hati rakyat bawahan. ini kerana, berpuas hatinya rakyat pada Pakatan Rakyat pada kali ini, menandakan rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

IDEALOGI

Setiap parti, mempunyai idealogi parti masing-masing. Mereka mempunyai prinsip yang pelbagai. Sekadar mahu mempertahankan prinsip perjuangan, merupakan satu pemikiran yang tidak kehadapan. Sebaliknya, pemikiran yang kehadapan adalah, prinsip perjuangan perlu diusahakan agar diterima pakai oleh rakyat.

PAS dalam Pakatan Rakyat perlu berfikiran kehadapan agar prinsip perjuangannya diterima oleh rakyat, malahan teman-teman dari Pakatan Rakyat.

Cuma, yang paling penting difikirkan adalah, apakah cara yang paling baik dalam mengkehadapankan prinsip tersebut, disamping ia diterima oleh rakyat?

Apa yang dapat dilihat, prinsip perjuangan PAS dan DAP amat bercanggah. Tetapi, dengan Pakatan Rakyat, kedua-dua parti ini boleh duduk semeja.

Kemampuan duduk semeja ini, perlu diambil ruang untuk memahamkan mereka tentang islam, agar mereka akan dapat merasakan bahawa konsep keadilan islam itu, sebenarnya boleh diterima oleh mereka, tanpa syak wa sangka.

Sedihnya sekarang, ruang seperti ini tidak diambil peluang oleh PAS secara serius, melainkan sedikit sahaja pimpinannya yang melakukannya. Dilihat, yang serius dalam memahamkan DAP tentang prinsip PAS ini adalah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Kaedah berkeras dalam pertahankan prinsip, merupakan tindakan yang tidak bijak ketika berada dalam Pakatan Rakyat. Ia sekadar dapat melahirkan pertembungan antara parti-parti Pakatan Rakyat sahaja, yang sudah pasti memberi keuntungan besar kepada UMNO/BN sahaja.

Justeru, amat relevan sangat, apabila PAS berkali-kali menekankan keputusan akan bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Makanya, jika mana-mana YB PAS melakukan tindakan yang menganggung-gugat kekukuhan Pakatan Rakyat perlu diambil tindakan, tidak kira YB PAS itu bernama Hasan Ali, ataupun bernama Husam Musa.

Sekian

p/s : sila lihat dialog ini;

”Nak lantik timbalan Exco, lepas tu nak bagi gaji sebanyak RM 1,500” kata seorang YB UMNO dengan nada memerli kepada YB PAS dalam satu sessi dewan undangan Negeri (sidang DUN).

Seorang YB PAS bangun dengan bersahaja sambil berkata, ”kalau ada YB UMNO nak sangat RM 1,500 itu pun boleh, tapi syarat mesti jadi ahli PAS dulu la” jawab YB PAS tersebut sambil senyum sinis

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 November 2009 * 12;21 tengahari