Jumaat, 1 Oktober 2010

Tentera Malaysia di Afghanistan : Mengapa ramai yg tak tahu?


Heran den, ramai orang kita tak perasan bahawa Malaysia dah letak Askar Melayu kat Afghanistan tolong Amerika dan tentera bersekutu yang lain bunuh orang Islam.

1] Bulan Julai 2010, Malaysia bersetuju hantar tentera membantu tentera berikat bunuh orang awam Afganistan dan Taleban atas arahan Amerika Laknatullah. Memang la dalam news PM Najib kata kita hanya menghantar pegawai perubatan (Army medical team) tapi hakikat sebaliknya kita tak tahu. PM Najib dah banyak tipu den bai. Korang den tak tahu.

2] Paling yg den heran, Yb-yb samada dari kerajaan dan pembangkang tak bising pun tentang isu ini. Apo dah jadi? Sobab banyak makan lomang kot.

3] Banyak persoalan bermain difikiran den. Mengapa Amerika nak sangat hapuskan Taleban/Mujahidin? Korang mungkin jawab sobab nak bunuh Osama kerana Osama bertanggungjawab dalam peristiwa 9/11. Hehehe kono tipu la korang dengan CNN. Orang Amerika sendiri percayo ia adolah perbuatan orang dalam.

4] Antara alasan lain, Kapitalis Amerika dan Britan mahu menguasai laluan minyak di utara Afghanistan. Betul, tapi alasan utama mereka menyerang negara itu ialah diorng percaya tentara Taleban/Mujahidin adalah tentera Imam Mahdi. Ha Ha Ha den dongar korang ketawo. Tapi Dajjal Al-Masih tengah serius nak hapuskan Taleban melalui Amerika dan Zionis. Den bukan cakap bohong ni bai.

5] Situasi peperangan di Afghanistan sengaja digolapkan oleh CNN dan BBC. Tentera bersekutu atau Tentera Ahzab sedang mengalami kekalahan. Macam mano Obama boleh luluskan puluhan ribu askar baru-baru ini? Takkan suko-suko kot.

6] Member den ado bagitahu den dalam bulan poso yg lopeh bahawa Taleban dah kuasai banyak kawasan di Afghanistan. Dio cakap peperangan hebat berlaku antara Tentera Ahzab dan Taleban sedang hangat berlaku dan ribuan tentera Amerika mati. Den tak bertanyo mano dio dapek news tu. Den pulak tak mencari dalam internet sobab time tu kempen bersamo-samo kenkawan yg lain nak bebaskan Abg Sudin dari Kem Kamunting.

7] Den nak tanyo, adokah public bersetuju dengan misi tentera Malaysia di Afghanistan? Kos diorng ditanggung oleh duit cukai rakyat Malaysia. Membazir bai. Den harap Yb-yb Pakatan Rakyat tolong tanyokan pada PM Najib pada sesi terakhir Sidang Parlimen Dewan Rakyat yang bermulo pado 11 Okt hingga 15 Dis 2010. Yb-yb tolong balun Najib atas isu ini. Tolong tanyo kek Najib, Kenapa Malaysia wajib menjadi Anjing Amerika?

8] Tahun 2001-2003, Taleban digulingkan oleh Tentera Ahzab/Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Amerika, Britain, India, Iran, Rusia, Pakatan Utara, Australia dlll. Bilo Taleban bangkit, Obama ajak banyak negara lain join sekali lawan Taleban. Malaysia dengan senyuman rela hati bersamo Obama membunuh saudara muslim mereka di Afghanistan. Ulama’ Mudo UMNO pun tersenyum samo.

9] Untuk info, Tentera Amerika dan Tentera Ahzab banyak bunuh orang awam dari tentera Taleban. Diorg cakap Taleban sengajo menggunokan org awan sebagai perisai. CNN bohong bai.

10] Mungkin la Tentera Malaysia tak terlibat dekat war zone sobab news ckp Malaysia just hantar army medical team. Cubo korang bayangkan, maso bulan poso aritu selepas Tentera Ahzab ni berperang dgn Taleban dalam 1 operasi, 8 org Tentera Amerika cedera parah tapi taknak mampos. Doktor Tentera Malaysia dengan senyuman merawat mereka. Walhal diorg baru balik membunuh orang awan dan Taleban iaitu saudara muslim kita.

11] Den bukan ostad, tapi den percaya isu ini membabitkan akidah kita sbg umat Islam. Negara kita adalah negara muslim tetapi membantu tentera kuffar/tentera ahzab memerangi muslim yg lain di Afghanistan. Agak-agak di mano akidah kito selopeh ni bai?

___________________________________________________________________________

Malaysia makes first deployment to Afghanistan

(AFP) – Jul 14, 2010

KUALA LUMPUR — Malaysia will make its first military deployment to Afghanistan Thursday, sending a unit of medical personnel as ties with the United States deepen.

The Malaysian military will join New Zealand medics based in Bamiyan province, defence ministry spokesman Lieutenant Colonel Salawati Yahaya told AFP.

The deployment comes at the request of the Afghan government, and follows a warming of previously frosty ties between the United States and mainly-Muslim Malaysia.

Salawati said 12 personnel will leave Thursday and the remaining 28 in the 40-member contingent will depart in September for a nine-month tour of duty.

"They will provide medical and dental services to the locals," she said.

New Zealand has been responsible for the Bamiyan region since 2003.

In an April meeting between Malaysian Prime Minister Najib Razak and US President Barack Obama, the two leaders agreed to cooperate on key security issues to create a stronger relationship.

Najib has said that Malaysia is also prepared to train Afghanistan's police, military personnel and civilian administrators.

Malaysia is currently the 18th largest trading partner of the United States, with approximately 34 billion dollars in two-way trade in 2009.

http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5h_1OpN5OVsVna11AcasrXkj9GVxg

News yg berkaitan :

1] http://www.onepakistan.com/news/world/53251-Malaysia-makes-first-deployment-Afghanistan.html

2] http://www.thejakartapost.com/news/2010/07/15/malaysia-makes-1st-military-afghanistan-deployment.html

3] http://www.paktribune.com/news/index.shtml?229639

4] http://pakobserver.net/201007/16/detailnews.asp?id=41753

5] http://news.smh.com.au/breaking-news-world/malaysia-makes-first-afghan-deployment-20100715-10c58.html

6] http://wfol.tv/stop-nato/4674-first-malaysian-troops-to-afghanistan.html

7] http://www.bt.com.bn/news-asia/2010/07/16/malaysia-makes-first-military-deployment-afghanistan

sumber : sila klik

Khamis, 30 September 2010

MAHATHIR ARAH MUKHRIZ 'SERANG SARAF' TERHADAP KULI?

utusan meroyan melaporkan;

"SEREMBAN 30 Sept. - Pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merupakan satu pilihan yang tepat.

Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tokoh politik itu mampu menggalas tugas tersebut dengan baik kerana beliau mempunyai pengaruh yang sangat kuat di kalangan penduduk di Galas, Kelantan.

"Pelantikan itu tepat sekali, maklumlah Gua Musang itu adalah tempatnya dan beliau mempunyai pengaruh besar di kawasan itu.

KOMEN:

Mukriz anak kesayangan dan terlalu menyayangi Mahathir. Mahathir musuh Kuli dalam UMNO sejak sekian lama.

boleh dikatakan, Mukhriz adalah orang yang terawal bersuara perlantikan kuli sebagai 'ketua perang BN' untuk PRK DUN Galas. Ia merupakan bukti yang paling kukuh bahawa Slogan yang bergema dalam hati kecil mereka, "hapuskan kuli dari UMNO".

sekian

HUDUD – ISLAMIC HUMAN RIGHT : KOMEN PERTEMBUNGAN DIN TANTAWI DAN RPK

Ketua pemuda PAS Pusat, ustaz Din tantawi mengeluarkan satu artikle dalam blognya tentang cadangan dalam menyelesaikan masalah pembunuhan Sosilawati dengan merujuk kepada surah Al-Isra’ ayat 33, iaitu keluarga lebih layak mengepalai kes Sosilawati berbanding Hakim. [dari sudut pengolahan ayat dan gaya bahasa, dirasakan tulisan itu bukan tulisan ustaz Din tantawi]

Kemudian, artikle itu dibalas oleh Raja Petra Kamaruddin [RPK] dalam bahasa Inggeris. Aku seorang yang ‘buta bahasa Inggeris’, tidak dapat mengulas lebih awal tentang artikle itu, sebaliknya terpaksa meminta sebilangan kawan agar dapat memberikan kepadaku point-point penting dari artikle tulisan RPK.

Setelah membaca beberapa point dari tulisan RPK itu, aku merasakan isu yang dikemukakan oleh RPK ada relevannya, dan perlu dilakukan penjelasan yang lebih padu terhadap kesamaran yang bermain dalam pemikiran RPK.

Justeru, artikle yang dikemukakan ini, sebagai merungkai sedikit jawapan, juga sebagai membuka ruang wacana dalam menghilangkan kekusutan dalam isu yang dibincangkan itu. [maaf kalau ia lebih mengkusutkan lagi]

Dalam artikle kali ini, dibincangkan pada dua perkara, iaitu [1] hubungan hudud dengan non Muslim, dan [2] PAS dan hudud.

PERTAMA : HUBUNGAN HUDUD DENGAN NON MUSLIM

Islam bukan sekadar peribadatan sahaja, malahan ia meliputi dalam segala aspek kehidupan. Lantaran, islam tidak terfokus kepada perkara kerohanian, malahan Islam mempunyai semua sistem kehidupan; bermula dari bangun tidur hingga tidur balik; bermula dari masuk bilik air, sehingga dalam perkara yang melibatkan pemerintahan negara.

Hudud, Qisas dan ta’zir merupakan aspek penting yang wujud dalam islam. Ia merupakan undang-undang berdasarkan kepada ketetapan Allah, agar manusia berada dalam keamanan dan kebahagian. Namun, ia sudah lama ditinggalkan, lantaran ia agak susah untuk diterima balik apabila dicadangkan.

Jika direnung kepada zaman kegemilangan islam, iaitu di zaman Nabi SAW. Perkara sebegini tidak pernah mendatangkan sebarang masalah. Walau rakyat Madinah di awal pemerintahan Nabi SAW yang masuk islam tidak sampai 35 peratus, tetapi kebijaksanaan Nabi SAW dalam mengawal kerajaan terbukti melahirkan kejayaan yang cukup gemilang. Non Muslim redha dengan kerajaan nabi SAW, malahan sanggup mempertahankan kerajaan tersebut.

Kejayaan Nabi SAW ini menjadi dilema bagi dunia islam kini. Jika dahulu, Nabi SAW berjaya melaksanakan Islam tanpa sebarang kesusahan [jika wujud pun, ia berjaya dihadapi dengan baik], tetapi perlaksanaan islam menjadi satu dilema yang cukup membimbangkan bagi dunia Islam kini. Malaysia adalah antara negara yang berada dalam dilema ini. Ia semua berpunca dari kurang perbincangan dari pihak yang mengenali Islam dengan pihak yang sedang mencari-cari kebenaran Islam. Jika wujud pun golongan Islam, penerangan yang mereka sampaikan tidak berhikmah, tidak berstrategi dan tidak mempunyai perancangan. Lantaran, ia ditolak mentah.

HUDUD DAN NON MUSLIM

Islam menitik beratkan keadilan dan melawan kezaliman. Dr Yusuf Al-Qaradhawi mendefinisikan keadilan itu adalah, ‘memberikan hak kepada yang berhak’. Dengan maksud, penafian hak merupakan unsur kezaliman yang wajib ditentang.

Non Muslim yang berada dibawah kerajaan islam, adalah haram dizalimi dan dikhianati. Darah mereka, sama mahal dengan harga darah orang islam. Lantaran itulah, tidak boleh dibunuh mereka sewenang-wenangnya, melainkan dalam perkara yang hak. Keadaan ini, sama seperti tertimpa kepada orang islam juga.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh orang bukan islam, maka dia tidak akan dapat mengecapi bauan Syurga, waima bauannya tercapai daripada perjalanan selama 40 tahun sekalipun”

[Al-Bukhari : 2930]

Masakan darah, hati dan perasaan mereka juga wajib dipelihara. Sabda Nabi SAW;

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menzalimi orang bukan islam, atau mengkurangkan haknya, atau menanggungkan sesuatu luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan tidak cara yang baik, maka aku akan jadi penghujjahnya [non muslim] di akhirat kelak”

[Abu Daud : 2654]

Dan banyak lagi hadis-hadis yang menggambarkan penjagaan yang islam berikan kepada non Muslim yang berada dalam sesebuah kerajaan islam.

JINAYAH : ANTARA MUSLIM DAN NON MUSLIM

Sesuatu peruntukan undang-undang jinayah, hendaklah mempunyai dua unsur, iaitu Radi’ah dan Zajirah. Maksud Radi’ah adalah, mencegah pelaku jenayah dari mengulangi jenayah. Dan maksud Zajirah adalah, mencegah orang lain dari melakukan jenayah yang sama. [Dirasah Fiqh As-Syafie : 2/23]

Asas pencegahan dalam jinayah syariiyyah adalah berdasarkan kepada firman Allah;

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
“Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka hendaklah kamu potong tangan mereka, sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, sebagai PENCEGAHAN dari Allah. Dan Allah adalah tuhan yang maha gagah, lagi maha bijaksana”

[Al-Maidah : 38]

Kesalahan ini, tidak sekadar berlaku pada orang islam sahaja, malahan ada juga non Muslim juga melakukan sesuatu kesalahan. Kadangkala kesalahan itu melibatkan antara mereka dengan orang islam. Seperti, pembunuhan, kecurian dan sebagainya.

Jika diandaikan tertubuh sebuah negara Islam, undang-undang islam [hudud, qisas dan ta’zir] yang digezet, tidak sekadar terlaksana kepada orang islam sahaja, malahan terlaksana juga terhadap orang bukan islam. Adapun dalam perkara yang melibatkan kepada keagamaan mereka, seperti nikah kahwin, cerai talaq dan sebagainya, sama sekali kerajaan islam tidak boleh masuk campur dalam hal itu.

Firman Allah;

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
“Apabila mereka [non muslim] datang kepada kamu, maka hendaklah kamu berhukum diantara mereka, atau kamu berpaling dari mereka. Sekiranya kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak memberi kemudharatan kepada kamu sedikitpun. Dan jika kamu berhukum, maka hendaklah kamu berhukum diantara mereka secara adil. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melakukan keadilan”

[Al-Maidah : 42]

Ataupun, jika sememangnya [bukan dicipta, tetapi termaktub dalam kitab suci mereka] bahawa dalam agama mereka mempunyai undang-undang bunuh tersendiri [sebagai contoh], lalu mereka meminta keizinan dari pihak kerajaan Islam untuk beramal dengan cara yang termaktub dalam agama mereka, maka sebagai kerajaan islam, hak itu hendaklah diberikan kepada mereka.

Sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
“Berikanlah kepada setiap orang yang berhak, akan haknya”

[Al-Bukhari : 1832]

Juga disandarkan kepada hadis, daripada Jabir bin Abdillah katanya;

جَاءَتْ الْيَهُودُ بِرَجُلٍ وَامْرَأَةٍ مِنْهُمْ زَنَيَا فَقَالَ ائْتُونِي بِأَعْلَمِ رَجُلَيْنِ مِنْكُمْ فَأَتَوْهُ بِابْنَيْ صُورِيَا فَنَشَدَهُمَا كَيْفَ تَجِدَانِ أَمْرَ هَذَيْنِ فِي التَّوْرَاةِ قَالَا نَجِدُ فِي التَّوْرَاةِ إِذَا شَهِدَ أَرْبَعَةٌ أَنَّهُمْ رَأَوْا ذَكَرَهُ فِي فَرْجِهَا مِثْلَ الْمِيلِ فِي الْمُكْحُلَةِ رُجِمَا قَالَ فَمَا يَمْنَعُكُمَا أَنْ تَرْجُمُوهُمَا قَالَا ذَهَبَ سُلْطَانُنَا فَكَرِهْنَا الْقَتْلَ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالشُّهُودِ فَجَاءُوا بِأَرْبَعَةٍ فَشَهِدُوا أَنَّهُمْ رَأَوْا ذَكَرَهُ فِي فَرْجِهَا مِثْلَ الْمِيلِ فِي الْمُكْحُلَةِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجْمِهِمَا

Maksudnya;
“Seorang lelaki yahudi telah bawa seorang lelaki dan seorang perempuan dari kalangan mereka yang berzina. Lalu Rasulullah SAW menyatakan, ‘datangkan kepadaku seorang dari dua orang yang paling alim dikalangan kamu’ lalu, mereka datangkan kepada nabi SAW Ibnu Suriya [Ahbar yahudi] lalu nabi SAW menceritakan kepada mereka berdua [zina antara lelaki dan perempuan yahudi] dengan berkata, ‘apa yang kamu dapati urusan dua orang ini dalam kitab taurat?’ mereka berdua menjawab, ‘kami dapati dalam taurat, apabila bersaksi empat orang bahawa mereka melihat zakatnya masuk ke dalam farajnya seperti kayu masuk ke dalam botol celak, maka kedua-duanya hendaklah direjam. Berkata Nabi, ‘apakah yang menghalang kamu dari melaksanakan hukuman rejam kepada kedua-duanya ini?’ mereka berdua berkata, ‘pemimpin kami halang dari kami membunuh’. Lalu Rasulullah SAW memanggil untuk bersaksi, lalu mereka pun datangkan empat orang saksi yang mereka zakarnya masuk ke dalam faraj seperti kayu celak masuk ke dalam farajnya. Lalu Rasulullah SAW menyuruh merejam terhadap kedua-duanya”

[Abu Daud : 3862]

Hadis ini membuktikan bahawa, sekiranya non Muslim mempunyai undang-undang mereka tersendiri, sama ada dalam perkara bunuh, zina, dan sebagainya, maka mereka dibenarkan menggunakan undang-undang yang wujud dalam agama mereka, ataupun mereka juga diberi peluang untuk menggunakan undang-undang islam.

Adapun jika tidak terdapat dalam agama mereka terhadap sesuatu undang-undang kesalahan jenayah, maka hendaklah mereka kembali kepada mahkamah utama kerajaan islam, iaitu kembali kepada undang-undang islam. Itupun, selama tidak menyentuh iktiqad, dan kebebasan beragama mereka. [Al-Aqalliyyat Ghair Al-Musallamah fi Al-Mujtama’ Al-Islami : 418]

NON MUSLIM BUNUH MUSLIM

Dalam Al-Quran, apabila berlaku bunuh membunuh antara manusia, maka hukumnya adalah Qisas, iaitu bunuh balas. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى

Maksudnya;
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu bahawa kamu melaksanakan qisas [balas] pada pembunuhan; merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan”

[Al-Baqarah : 178]

Timbul masalah, sekiranya bunuh membunuh itu berlaku antara muslim dengan non muslim. Dalam hal ini, ulama dalam mazhab empat berbincang secara terperinci.

Menurut Jumhur Ulama, antara mereka adalah Syafie dan Ahmad bin hanbal, bahawa tidak boleh dibunuh balas terhadap orang islam yang membunuh orang bukan islam, tetapi berlaku bunuh balas pada sebaliknya. Mereka berpegang kepada sabda nabi SAW;

وَلَا يُقْتَلُ مُسْلِمٌ بِكَافِرٍ

Maksudnya;
“Tidak dibunuh orang Islam dengan sebab [bunuh] orang kafir”

[Al-bukhari : 108]

Pendapat ini, menyalahi pendapat Hanafi, al-laisi dan sealiran dengan mereka. Ini kerana, pada mereka orang Islam yang membunuh orang bukan islam juga tetap dihukum bunuh balas, sepertimana bunuh balas terhadap orang bukan islam yang membunuh orang islam.

Dalil mereka adalah, umum nas Al-Quran dari surah Al-baqarah ayat 178, dan kesamaan mereka dengan orang islam dari sudut penjagaan harta dan nyawa mereka dalam sesebuah kerajaan islam [dalam mazhab hanafi, nas yang mutawatir tidak boleh dikhususkan dengan nas yang zanni].

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh Imam Syafie dan Ahmad, Imam hanafi tidak menolaknya, sebaliknya ditafsirkan maksudnya kepada kafir harbi yang membunuh orang islam, bukan kafir Zimmi [Ahkam Al-Quran karangan Al-Jassas : 1/140-144]

KEDUA : PAS DAN HUDUD?

PAS memperjuangkan Islam, lantaran undang-undang islam adalah antara perkara yang diperjuangkan agar terlaksana. Namun, perlaksanaan itu masih terbantut dan terbatas.

Pada pandangan peribadiku, terbantut ini mungkin berfaktorkan dua, [1] dari pihak luaran PAS, dan [2] dari pihak PAS sendiri.

PIHAK LUARAN PAS

Tidak dinafikan, luaran PAS merupakan antara faktor terbantut perlaksanaan undang-undang islam yang dicita-citakan PAS. Ia adalah bersebab beberapa faktor, iaitu;

Pertama;

UMNO yang sering menjadikan undang-undang islam sebagai isu untuk melaga-lagakan antara PAS dengan parti-parti yang berbeda idealogi. Walau UMNO mendakwa bahawa ahli parti mereka beragama islam, tetapi Islam pada mereka sekadar mainan dan gula-gula dalam mempertahankan kerusi.

Kedua;

Kurang jelas tentang islam. Ini berlaku, bukan sekadar di kalangan orang bukan islam sahaja, malahan berlaku dikalangan orang islam sendiri.

DARI PIHAK PAS SENDIRI

Antara faktor terbantutnya kejayaan dari sudut pihak PAS sendiri adalah seperti berikut;

Pertama;

Cadangan yang dibuat oleh PAS tidak dimulakan dengan perbincangan ilmiah di semua peringkat terlebih dahulu, sama ada secara wacana, seminar atau sebagainya. Ia dimainkan dalam bentuk media yang mudah dipropagandakan oleh pihak musuh. Jika ada wacana ilmiyyah pun, ia sekadar dikalangan orang-orang PAS sahaja.

Kedua;

Usaha perlaksanaan islam tidak dimulakan dengan perancangan yang berstrategi dan mempunyai jadual plan tindakan. Seperti meletakkan target dalam masa setahun, undang-undang zina berjaya diberi kefahaman kepada rakyat [muslim dan non Muslim], kemudian pada tahun kedua melakukan referendum rakyat dalam menuntut perlaksanaan undang-undang zina atau sebagainya.

Saidina Ali pernah berkata, “kebenaran yang tidak bersistem akan dikalahkan dengan kebatilan yang bersistem”

Ketiga;

Cara cadangan dilontarkan tidak menggunakan bahasa dan cara orang malaysia. Dilihat cara lontaran, lebih kepada style dan cara rakyat saudi, mesir, pakistan, Afghanistan dan sebagainya.

Tidak ada salahnya, cara melontarkan itu dengan tidak menggunakan nama hudud, tetapi mengggunakan istilah ‘Islamic Human Right’ [cadangan sahaja], ataupun menggunakan apa-apa istilah yang menarik minat rakyat malaysia [sama ada muslim atau non Muslim] tertarik untuk menggunakan undang-undang islam ini.

Di zaman umar bin Al-Khattab dahulu, beliau pernah menukarkan kalimah “jizyah” kepada kalimah “zakat” terhadap bayaran yang dilakukan oleh Yahudi Bani tughlub [ada baca : Bani Taghlab], walhal orang bukan islam tidak dikenakan bayaran zakat pun. [As-Siyasah As-Syariiyyah Fi Dau’ Nusus As-Syariah wa Maqasidiha : 146-147]

Keempat:

Setelah cadangan dilontarkan, tidak terdapat perbincangan secara ilmiyyah dengan tokoh-tokoh politik dalam Pakatan Rakyat yang menolak undang-undang hudud, seperti tidak mengadakan program wacana hukum hudud, yang membariskan pembentang dari pihak PAS, lalu dijemput sama pihak yang tidak bersetuju seperti Karpal Sighn atau Raja Petra Kamaruddin sendiri untuk melakukan komentar terhadap isu yang dibangkitkan, serta dibuka soal jawab.

Keadaan ini lebih sistematik dan sesuai dengan ruh Al-Quran, yang mana Allah SWT ada berfirman;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah, datangkan hujjah-hujjah kamu, jika kamu adalah orang yang benar”

[Al-Baqarah : 111]

Kelima :

Walau sudah lebih 50 tahun PAS berdakwah dalam wadah politik kepartian, sehingga kini PAS tidak mempunyai kader-kader dakwah dari sudut kebijaksanaan berhujjah dan mempunyai kemampuan mengemukakan Islam dalam bentuk yang bijaksana. Selayaknya, PAS sudah ada kader-kader dakwahnya yang bukan sekadar berani hadir demonstrasi, tetapi kader-kader dakwah yang berani berhadapan dalam bentuk intelektual.

KESIMPULAN

Dalam isu hudud, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai isu yang tidak berkesudahan. Jika PAS hendak melaksanakan hudud, sewajibnya PAS berfikir terlebih dahulu untuk mendapat suara majoriti dalam parlimen. Ini kerana, mengenangkan malaysia yang mengamal sistem demokrasi, sesuatu undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan kecuali mendapat sokongan majoriti dalam parlimen.

Namun, ia tidak mustahil bahawa hukum hudud ini boleh dilaksanakan dalam keadaan PAS tidak ada suara majoriti dalam parlimen, kerana dalam sistem demokrasi, ia terdapat unsur referendum rakyat. Lantaran, jika PAS ingin melaksanakan juga hudud, waima dalam keadaan PAS tidak mendapat suara majoriti dalam parlimen, PAS hendaklah mengadakan ‘projek mega’ dalam memahamkan rakyat tentang hudud, sehingga rakyat sendiri mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang tersebut.

Tindakan berkata, “rakyat yang tak faham, jangan bercakap tentang hudud” adalah satu tindakan yang salah [pandangan peribadi]. Ini kerana, rakyat adalah orang yang dilaksanakan hukum hudud kepada mereka. Jika melarang mereka dari bercakap atas alasan tidak faham, ia adalah satu tindakan yang salah. Sebaiknya, apabila rakyat yang tidak faham bersuara, tugas parti islam adalah menerangkan kepada mereka dengan segala kebijaksanaan yang mungkin, agar mereka dapat faham dan mengenali keindahan islam dalam bentuk yang sebenar.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
1 Oktober 2010 * 5:45 pagi

YAHUDI APCO NASIHATKAN UMNO BUNUH 'POLITIK KULI'?

Rahsia Allah, siapa yang tahu. Itulah hakikat setiap perkara yang terjadi, pasti ia mengandungi hikmah dan kebijaksanaan.

Isu minyak kelantan sedang 'gelegak'. Semakin membuak apabila Kerajaan kelantan pimpinan PAS telah mengambil sikap menyaman pihak Petronas dan kerajaan malaysia atas penafian hak royalti minyak Rakyat kelantan.

tengku Razaleigh sendiri telah bersuara. menyatakan kesedian untuk menjadi saksi dalam menentukan hak rakyat kelantan dalam mahkamah nanti. Keadaan ini, cukup menggerunkan UMNO.

Kuasa tuhan menjangkaui segala-galanya, apabila satu DUN yang berada di bawah parlimen Gua Musang yang merupakan Kuli adalah MPnya, iaitu DUN Galas terpaksa diadakan Pilihanraya kecil. Ia bersebab, kematian ADUNnya ekoran sakit barah yang dihadapi sejak sekian lama.

peliknya, sehari selepas berita kematian ADUN Galas, pihak BN sudah mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang menjadi 'Ketua Perang' bagi PRK yang bakal dihadapi tidak lama ini. Kuli telah terlantik, dan kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan presiden BN, Muhyidin Yasin.

Jika difikir sekali, sudah pasti keputusan menetapkan Kuli sebagai "ketua perang BN' bagi DUN Galas adalah satu perkara yang ganjil, dan tertimbul banyak persoalan. Ini kerana, secara yakinnya, mesti isu royalti minyak menjadi isu penting dan maha panas yang bakal dimainkan oleh PAS, dan PR. Di kala ini pula, Kuli adalah wakil rakyat berkulit UMNO/BN yang tidak sealiran dengan keputusan UMNO/BN, iaitu terlalu kuat mempertahankan hak rakyat kelantan itu.

Justeru, keputusan penetapan Kuli sebagai 'ketua perang' adalah perkara yang cukup mempunyai motif dan agenda yang tersusun. Apakah ia adalah hasil nasihat APCO yang dibayar RM 77 Juta oleh kerajaan barisan nasional setahun?

Jika inilah keadaan yang berlaku, dilihat ada beberapa faktor tindakan BN meletakkan Kuli sebagai kepala perang. Antaranya, [1] mungkin mahu menutup mulit Kuli dari bersuara lagi dalam isu royalti minyak, atau, [2] mahu membunuh 'politik Kuli', sekiranya dia berusaha memenangkan calon BN, disebabkan kelantangan beliau dalam mempertahankan hak royalti Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, [kuli akan dilihat lidah bercabang, kerana memenangkan calon BN, walhal dalam isu royalti berbelah pihak kepada PAS kelantan] atau [3] membunuh 'politik Kuli' dalam BN, jika diandaikan Kuli tetap juga mempertahankan hak royalti minyak kelantan di kala PRK sedang terjadi [BN akan berkata, Kuli sedang berusaha menangkan calon PAS, bukan calon BN], atau banyak lagi andaian-andaian disebalik motif BN melantik Kuli sebagai 'ketua perang'.

Yang pastinya, dimaklumkan bahawa Kuli sudah menerima tawaran untuk menjadi 'ketua perang', tetapi kita tidak tahu apa perancangan kuli selepas ini.

Jika Kuli tetap mempertahankan Royalti minyak kelantan, waima dia menjadi Ketua Perang BN, Kuli akan menjadi hero oleh rakyat kelantan, waima tidak dilihat hero dikalangan pimpinan BN.

Jika kuli menarik diri dari menjadi ketua perang BN, disebabkan mahu mempertahankan hak royalti minyak rakyat Kelantan, Kuli tetap dikira sebagai Hero disisi rakyat Kelantan, waima tidak dilihat bacul disisi pimpinan BN.

Mustahil Kuli dalam usia senja ini, masih lagi mahu dilihat hero oleh pimpinan BN. Tidakkah dia bercita-cita dilihat sebagai negarawan? Sudah pasti, hero disisi rakyat adalah petanda sebenar untuk dilihat sebgaai negarawan.

"Ambo Tuo doh, fikir sama kekubur etek" Menurut cerita, begitulah perkataan Kuli dikala orang bertanya, kenapa Kuli terlalu pertahankan hak royalti kelantan. Benarkah kuli bercakap sebegini, Allah sahaja maha mengetahui.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
30 September 2010 * 9:10 malam

Rabu, 29 September 2010

PM MAKAN DUIT HARAM?

Masya Allah. tingginya hasil kutipan. Perniagaan yang menguntungkan. Malaysia Darul Kasino. Tapi Siapa kaya dengan keuntungan ini?


Najib ni, bukan Perdana Menteri Monggolia? ops... Macam mana orang Monggolia boleh kaya, dapat hasil dari Malaysia?



Apakan daya kan???

Selasa, 28 September 2010

MENJAWAB TULISAN ULAMA MUDA UMNO DALAM ISU ‘MISI MUNAJAT ROYALTI’

Semasa sebilangan ulama-ulama muda terjun dalam dunia politik kepartian, secara peribadi Saya meletakkan ‘sangka baik’ yang terlalu tinggi terhadap mereka. Pada Saya, mereka mungkin ikhlas untuk ‘baiki’ UMNO dari dalam, terutama di kala ini BN yang dikepalai UMNO adalah pemerintah Malaysia.

Sangkaan baik itu sekadar persepsi, yang tidak berpijak kepada hakikat sebenar. Namun, persepsi itu sudah meleset pada hari ini, iaitu apabila ketua mereka, Ustaz Fathul bari telah menulis artikle yang tersiar dalam lamanweb Malaysiakini, tentang komentar beliau terhadap isu rombongan 40 orang ulama kelantan ke Mekah untuk berdoa supaya hak rakyat Kelantan dikembalikan.

Artikle itu, merupakan satu bukti, bahawa keberadaan mereka dalam UMNO bukan untuk membaiki pemerintah seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sebaliknya untuk menyerang tindakan parti yang tidak sealiran dengan UMNO.

Dari artikle itu, terdapat beberapa perkara yang dibahaskan, yang ia memperlihatkan ‘serangan saraf’ terhadap keputusan menghantar 40 orang ulama kelantan ke Mekah, untuk berdoa agar hak royalti minyak kelantan dipulangkan. Justeru, kehadiran artikle ini bagi menjawab apa yang diutarakan oleh Ulama Muda UMNO tersebut.

Dalam artikle ini, perbahasannya tertumpu kepada kandungan artikle yang ditulis oleh Ulama Muda UMNO tersebut, iaitu [1] Menegur pemerintah, [2] Hantar ulama ke mekah.

PERTAMA: MENEGUR PEMERINTAH

Jika di zaman dahulu; iaitu di zaman pemerintahan khalifah. Seseorang khalifah itu dilantik berdasarkan kepada pemilihan yang dilakukan oleh golongan yang disebut sebagai Ahl Hilli wa Al-Aqdi (terjemahan : kumpulan cerdik pandai, berpengalaman dan bertaqwa); mereka adalah golongan orang-orang yang soleh; bertaqwa; yang layak berijtihad dan sebagainya. Dalam istilah lain, Ahli Al-hilli wa Al-Aqdi disebut ”majlis Syura”.

Orang yang dipilih menjadi khalifah pula, hendaklah menepati ciri-ciri khalifah yang telah ditetapkan oleh Syarak. Seperti seseorang yang bertaqwa, lelaki, mampu berijtihad, mempunyai firasat yang tinggi dan sebagainya. [Al-Imamah Al-Uzma : m.s 233]

Adapun sekarang, perlantikan seseorang penguasa tidak berasaskan kepada perlantikan yang berlaku pada khalifah. Oleh sebab itu, dalam asas inilah perbincangan ini perlu diperhalusi; seharusnya dilihat dari perbezaan antara kedua-duanya.

Keadaan ini berasaskan kepada kaedah;

الحكم علي شيئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“gambaran terhadap sesuatu itu adalah satu furu’ daripada hukum”

Bermakna, sesuatu nas itu tidak boleh terus ditatbiqkan atau direalisasikan kepada sesuatu benda yang hendak dihukumkan, melainkan perlu difahami terlebih bentuk benda yang diberikan hukum tersebut.

Dengan erti kata lain, sebelum hendak meletakkan hukum ketaatan kepada seseorang pemimpin [Perdana Menteri] itu digunakan dengan nas-nas yang merujuk kepada ketaatan kepada khalifah, maka bentuk penguasa perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Juga, ulasan tersebut, hendaklah dirujuk kepada maqasid disebalik ketaatan yang dimaksudkan dalam nas.

DI MALAYSIA

Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sesebuah kerajaan, pemerintah itu terletak kepada mana-mana parti yang mempunyai kerusi majoriti. Lantaran, Malaysia UMNO/BN sebagai pemerintah, kerana kerusi mereka lebih majoriti berbanding parti-parti lain.

Dalam demokrasi, ada hak mengkritik dan bersuara. Perkara ini tidak menyalahi syarak, malahan ia dibenarkan.

Sabda Nabi SAW;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
“Maka sesungguhnya bagi orang yang ada hak, maka hendaklah diberikan hak dia bersuara [menulis dan sebagainya]”

[Al-Bukhari : 2141]

Adapun dalam tulisan ulama muda UMNO, didapati banyak ulasan dinukilkan dari lajnah tetap dari negara saudi. Walhal, umum mengetahui bahawa Saudi bukanlah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sebaliknya mengamalkan sistem beraja.

Justeru, merujuk kepada fatwa arab saudi dalam mengkritik tindakan beberapa parti yang melawan UMNO, merupakan cara yang salah. Ia sama seperti buku panduan lori digunakan bagi mengadaptasikan kepada kereta. Walau kedua-dua kenderaan ini berinjen, tetapi cara pengadaptasian ini dikira sebagai salah dan tidak tepat.

MENGKRITIK PEMIMPIN YANG ZALIM

Sesuatu kezaliman, tidak boleh didiamkan. Sesuatu kezaliman, wajib diusahakan semampu boleh agar ia terhapus. Menghapuskan kezaliman merupakan tuntutan Ilahi. Malahan, meredhai dengan kezaliman merupakan tindakan yang salah, malahan tindakan itu merupakan punca penerimaan kemurkaan dari Allah SWT

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, pasti kamu akan disambar oleh neraka”

[surah Hud : 113]

Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku haramkan zalim berlaku atas diriku. Aku jadikannya sebagai haram sesama kamu. Makanya, jangan kamu melakukan kezaliman sesama kamu”

[Muslim : 4674]

Menghentikan kezaliman adalah tuntutan Islam. Ia disandarkan kepada sabda Nabi SAW;

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا

Maksudnya;
“Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi”

Lalu seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Aku boleh tolong sekiranya dia dizalimi. Bagaimana pula jika dia menzalimi?”

Jawab Nabi SAW;

تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya;
“Kamu mencegahnya dari melakukan kezaliman. Maka itu adalah cara menolongnya”

[Al-Bukhari : 6438]

Usaha dalam menghentikan kezaliman ini hendaklah dilakukan secara berhikmah. Iaitu, sehingga terbukti kezaliman itu berjaya dihentikan.

Firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya;
“Serulah kepada jalan Tuhan kamu dengan Hikmah dan peringatan yang baik. Berdebatlah dengan mereka, dengan cara yang paling baik”

[Surah An-Nahl : 125]

Kalimah ‘Al-Hikmah’ dalam firman Allah ini, ia bukan bermakna dengan perkataan lembut sahaja, malahan segala tindakan yang boleh menyebabkan manusia menerima jalan Allah dikira sebagai hikmah [kebijaksanaan]. Lantaran, apabila sesebuah pemerintah menafikan hak rakyat, maka itu sudah dikira sebagai zalim.

Sabda nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
“Berikan setiap yang mempunyai hak akan haknya”

[Al-Bukhari : 5674]

Dalam usaha hendak menghentikan kezaliman pemerintah, maka sebagai rakyat hendaklah menegur pemerintah mengikut kadar kemaslahatan yang mampu, disamping tidak menatijahkan mudharat yang lebih besar. Ataupun, jika terpaksa melakukan tindakan yang mendatangkan mudharat, maka dibenarkan melakukan mudharat yang kecil, supaya dapat mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar.

Ini bersandarkan kepada kaedah fiqh;

إرتكاب أخف الضررين

Maksudnya;
“melakukan mudharat yang paling ringan berbanding mudharat yang lebih besar”.

Kaedah ini, disandarkan banyak nas. Antaranya adalah, firman Allah SWT;

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Diwajibkan kepada kamu supaya berperang, walhal ia adalah perkara yang kamu tidak sukai. Kadangkala perkara yang kamu tidak suka itu, ia adalah baik bagi kamu. Kadangkala kamu suka sesuatu itu, ia adalah buruk bagi kamu. Dan Allah mengetahui dalam keadaan kamu tidak mengetahui”

[Surah Al-Baqarah : 216]

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan kewajibkan perang, walhal perang itu terdapat banyak kemudharatan, seperti pembunuhan dan kematian. Namun begitu, tidak terlibat dalam peperangan itu mempunyai mudharat yang lebih besar, iaitu melibatkan bahaya pada sesuatu negara Islam dan umatnya. Lantaran itu, Allah SWT mewajibkan berperang berasaskan kepada ayat ini, waima terdapat kemudharatan kecil jika berlaku peperangan.

Begitujuga dengan beberapa hadis Nabi SAW, seperti sabda Nabi SAW;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya;
“Tidak ada kemudharatan dan memudharatkan [orang lain]”

[Muwatta’ : 1234]

Justeru, difahami bahawa pemerintah yang zalim, hendaklah dilakukan tindakan agar kezaliman tersebut akan terhapus. Sebagai rakyat, tugas itu adalah perlu, malahan menjadi tuntutan Islam.

Hujjah-hujjah yang menyatakan kewajipan rakyat bertindak sedemikian adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Firman Allah;

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya;
”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia; kamu menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran”

(Al-Imran : 110)

Juga sabda Nabi SAW;

من رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”

[Saheh muslim : 49]

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada segala kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan”

[Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131]

ISTIDLAL

Apabila menyebut “ingkar” (atau : tidak taat), menunjukkan perkara tersebut adalah perkara yang boleh yang melibatkan mungkar, dan sudah pasti bukan perkara ma’ruf. Antara perkara yang boleh disifatkan sebagai mungkar adalah, sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Apabila seseorang penguasa melakukan penafian hak terhadap rakyat, , pasti ianya merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar. Justeru itu, tidak selayaknya diberikan ketaatan terhadap pemerintah tersebut.

Merujuk kepada ulasan di atas, kita akan fahami bahawa tidak semua arahan itu perlu diberikan ketaatan, bahkan dalam keadaan tertentu, arahan itu tidak wajar diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran (baca : amar ma’ruf dan Nahi Mungkar).

KEDUA:

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah
melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(Surah Taha: 43-44)

ISTIDLAL:

Ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa sebarang tindakan dari pihak penguasa yang bertindak “tagha”, maka hendaklah ia tidak ditaati, bahkan hendaklah dilakukan teguran berhikmat kepada penguasa tersebut.

Kalimah “tagha” adalah kalimah arab yang diterjemah sebagai ‘melampaui batas”. Dalam kitab Lisan Al-Arab, kalimah Tagha itu ditafsirkan sebagai “melampaui kadar yang sepatutnya” [Lisan Al-Arab : 7/15]

Imam Ibnu Kathir, menafsirkan maksud “melampai batas” ini dengan “melakukan kejahatan, biadap, angkuh terhadap Allah, bahkan melakukan maksiat terhadap Allah” [Ibnu Kathir : 5/294]

Maqasid disebalik “tagha” adalah, melakukan kezaliman. Ini kerana, semua yang disebut sebagai zalim, maka itu adalah perkara yang melampaui batas; melampaui kadar yang sepatutnya. Antaranya adalah, penafian hak terhadap rakyat dibawahnya.

KETIGA:

Para sahabat terdahulu bertindak menegur penguasa yang melakukan kesalahan secara terang-terangan. Antaranya adalah seperti berikut;

Said Al-Musayyab:

Merupakan ulama tabiin yang alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.

Dari ini, membuktikan kepada kita bahawa, walaupun Said Al-Musayyib sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulam salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh.

Imam Ahmad bin Hanbal:

Menolak serta menyatakan keburukan pegangan (baca : fahaman) khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh.

Nyata disini, Imam Ahmad bin Hanbal tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar atas tindakan pemerintah pada masa itu.

Imam Nawawi:

Sultan Zahir Bebrus yang memerintah Kerajaan memalik mesir telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam An-Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa agar supaya arahan sultan Zahir itu tidak ditaati.

ISTIDLAL:

Dari ini, jelas bahawa golongan ulama salaf soleh tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka secara membabi buta (atau : taqlid buta), bahkan jika penguasa melakukan arahan yang mengandungi kesilapan, pasti mereka akan bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, bahkan bertindak akan menegur dan seterusnya melawan, walaupun mereka terpaksa ditangkap oleh penguasa sekalipun.

ISYKAL DAN JAWAPAN:

PERTAMA:

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

(Surah An-Nisa’ : 59)

Ayat ini dengan nyata dan jelas mewajibkan kepada rakyat memberi ketaatan kepada ulil Amri (baca : penguasa) walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

JAWAPAN:

Ketaatan kepada Allah adalah mutlaq. Begitujuga ketaatan kepada Rasul yang merupakan utusan Allah. Adapun ketaatan kepada penguasa, tertakluk kepada ketaatan penguasa itu dengan Allah dan rasul. Tanpa ketaatan penguasa kepada Allah dan Rasul, maka ketaatan kepada penguasa itu adalah tidak wajib, bahkan wajib diderhakai.

Ini disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja”

[Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840]

KEDUA:

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu”

[Musnad Ahmad : 8596]

Dari sini menjadi dalil bahawa ketaatan kepada penguasa itu adalah perkara penting, bahkan wajib diberikan kepadanya dalam apa jua keadaan, walaupun dalam perkara yang merupakan kepentingan diri penguasa (arab : أثرة) sendiri.

Justeru itu, menderhaka terhadap penguasa merupakan perkara yang haram.

JAWAPAN:

Ulasan ini dijawab dengan dua jawapan; ianya seperti berikut;

Pertama:

Secara asas, ketaatan terhadap penguasa itu adalah selagi mana penguasa itu memberi arahan yang tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. Sekiranya arahan yang berasaskan kepada Allah dan Rasul itu dilakukan, maka wajib atas rakyat mentaatinya, sama ada arahan itu disukai atau tidak; mudah dilaksanakan atau tidak.

Adapun arahan yang dilakukan itu tidak berasaskan kepada kehendak Allah dan Rasul, maka arahan itu tidak boleh ditaati, walaupun ia disukai oleh rakyat.

Kedua:

Dalam hadis ini menyebut, ketaatan itu hendaklah diberikan kepada penguasa, walaupun dalam perkara yang melibatkan kepentingan peribadi penguasa???

Perlu diingat, maksud dengan ”الأثرة” atau diterjemah sebagai “kepentingan diri” penguasa adalah, dengan melebihkannya atau memberi penghormatan lebih kepada penguasa tersebut berbanding orang lain. Ia bukan bermaksud membiarkan penguasa melakukan penyelewengan demi keuntungan peribadinya, seperti bertindak mengambil harta rakyat dengan sesuka hati; membiarkan penguasa melanggar undang-undang dan sebagainya. [Hasyiyah As-Sindi : 5/459]

Bermaksud, apabila penguasa bertindak mengikut wewenang dirinya, sehingga melakukan kezaliman, melanggari undang-undang atau sebagainya, maka tindakan penguasa itu tidak boleh diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran.

KETIGA :

Mendedahkan kesalahan pemimpin di khalayak ramai adalah salah, kerana ia dikira sebagai mengumpat yang diharamkan. Ini ditambahi lagi, sabda Nabi SAW yang bermaksud;

“Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)

JAWAPAN:

Jawapan terhadap isykal ini adalah seperti berikut;

Pertama;

Setiap nas, ia mempunyai maqasidnya tersendiri. Menurut Imam At-Tufi, setiap nas yang mengandungi suruhan, maka ia terkandung kemaslahatan yang besar. Sebaliknya jika wujud larangan syarak, maka ia terkandung kemudharatan yang besar. [Risalah fi Ri’ayah Maslahah : 23-27 dan Kitab As-Siyasah As-Syariiyyah fi Dau’ Nusus As-Syari’ah wa Maqasidiha [qaradhawi] : 267-268]

Penyataan Imam At-Tufi ini dikuatkan lagi dengan perkataan Imam Al-Baidhawi yang menyebut dalam kitabnya dengan berkata;

ما نهي عنه شرعا فقبيح و إلا فحسن

Maksudnya;
“perkara yang ditegah syarak, maka itu adalah buruk. Sekiranya tidak (iaitu tidak ditegah, iaitu dibenarkan untuk dilakukan), maka itu adalah baik” [At-Tahqiq Al-Ma’mul li Minhaj Al-Usul ‘Ala Al-Minhaj : 92]

Imam As-Syatibi kata;

المعلوم من الشريعة، أنها شرعت لمصالح العباد، فالتكليف كله، إما لدرء مفسدة، وإما لجلب مصلحة

Maksudnya;
“Perkara yang diketahui dalam syariat bahawa perkara yang disyariatkan, adalah maslahah bagi hamba. Maka, taklif itu, semuanya sama ada menolak mafsadah, ataupun menarik maslahah” [Al-Muwafakat : 1/199]


Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut;

فلم يحل سبحانه إلا طيبا , و لم يحرم إلا خبثا

Maksudnya;
“Allah tidak akan halalkan, melainkan mesti ada kebaikan. Tidak haramkan sesuatu, melainkan mesti ada keburukan” [Al-Halal Wa Al-Haram fi Al-Islam : 28]

Justeru, larangan dari hadis riwayat ahmad yang dikemukakan di atas, hendaklah dilihat dari sudut maqasidnya. Nabi SAW menyuruh menarik tangan pemimpin, lalu diberi nasihat secara rahsia, kerana kebimbangan melahirkan mudharat yang besar. Adapun jika diberikan nasihat secara rahsia, tetap juga mendatangkan mudharat yang lebih besar, ketika itu tidak menjadi salah melakukan pendedahan kesalahan pemimpin dikhalayak ramai.

Keadaan ini sama seperti yang dilakukan oleh ulama-ulama Hadis yang mengumpat kepada sebilangan perawi hadis, malahan mencela mereka dengan pelbagai gelaran negatif, waima mengumpat dan mencela itu pada asalnya adalah diharamkan.

Kedua :

Dalam pengajian ilmu Hadis, akan ketemu satu ilmu yang bernama Ilmu Jarh wa Ta’dil atau terjemahan melayunya dikenali sebagai ilmu “menerangkan kecacatan perawi (maki) dan meninjau adil perawi (Puji)”.

Ilmu ini sebenarnya sebahagian dari ilmu “rijal Al-Hadis” yang lebih membicarakan berkenaan sejarah hidup para perawi hadis-hadis nabi SAW. Ilmu ini adalah antara ilmu yang penting dipelajari. Kerana, ia bertujuan untuk memastikan sesuatu hadis itu tidak dicemari oleh unsur-unsur yang merosakan disamping dapat memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.

Ilmu ini diasaskan kepada firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”

(Surah Al-Hujurat : 6)

ILMU MENGUMPAT

Jika diperhatikan kepada ilmu ini, seakan-akan kelihatan bahawa ilmu ini mempunyai unsur-unsur mengumpat, sedangkan mengumpat merupakan antara amalan-amalan yang diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya;
“dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya”

(Surah Al-Hujurat : 12)

Walaubagaimanapun, tidak semua mengumpat itu diharamkan oleh Allah, bahkan dalam beberapa keadaan, mengumpat itu diizinkan, seperti melakukan umpatan oleh isteri yang didera suaminya di hadapan Qadhi dan sebagainya.

Begitujuga, pernah berlaku di zaman nabi tentang satu umpatan yang telah dilakukan oleh sebilangan sahabat dihadapan nabi SAW, yang ianya menjadi dalil bahawa, tidak semua umpat itu diharamkan oleh Allah. bahkan disana ada beberapa bentuk umpat yang diizinkan oleh Allah berdasarkan kepada sebab-sebab tertentu.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dan Muslim, bahawa hadis ini daripada Aisyah R.Ha, sesungguhnya Hindun bin Utbah berkata;

إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِينِي مَا يَكْفِينِي وَوَلَدِي إِلَّا مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وَهُوَ لَا يَعْلَمُ فَقَالَ خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW, Sesungguhnya Abu Sufyan merupakan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi kepadaku belanja yang memadai bagiku dan anakku melainkan dengan cara aku mengambil darinya dalam keadaan dia tidak mengetahui. Lalu bersabda Nabi SAW; ambillah kadar yang memadai untuk dirimu dan anakmu dengan makruf”

[Al-Bukhari : 4945]

Menurut Imam An-Nawawi, hadis ini menjadi dalil bahawa dibenarkan menceritakan perkara yang dibenci oleh seseorang (mengumpat) dengan tujuan untuk mendapatkan fatwa dan sebagainya. [Syarh An-Nawawi : 12/7]

Imam An-Nawawi juga menyatakan, dari hadis ini menandakan bahawa harus mengumpat dengan menyebut nama individu yang bermasalah dalam tujuan untuk mendapatkan fatwa. [Syarh An-Nawawi : 12/142]

Maka dengan ulasan ini menyebabkan lahirlah ramai tokoh-tokoh ulama hadis yang melakukan amalan “mengumpat” terhadap sebilangan perawi-perawi hadis dengan tujuan untuk menyelamatkan kandungan hadis dari dimasuki unsure-unsur kerosakan disamping untuk memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.

Antara misalnya adalah seperti yang telah dilakukan oleh Imam Ibnu hazm Az-Zahiri yang telah mengumpat terhadap Abdul Malik bin Al-Walid bin Ma’dan dalam memastikan kandungan surat yang di tulis oleh Omar bin Al-Khattab terhadap Abu Musa Al-‘Asyari. [Manhaj Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : 40]

Begitujuga, Abdul Malik bin Al-Walid bin Ma’dan juga diumpat oleh Abu Hatim yang berkata, “Abdul Malik adalah orang yang lemah dalam meriwayatkan hadis”, juga diumpat oleh Ibnu Hibban yang berkata, “Abdul Malik adalah orang yang suka membolak balik sanad dan riwayatnya tidak boleh dijadikan hujjah” dan banyak lagi. [Manhaj Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : 44]

Pun begitu, jika diperhatikan kepada ulama-ulama yang lain pula, ada sebilangan mereka memuji riwayat Abdul Malik bin Al-Walid, disamping dia diburukkan oleh sebilangan ulama yang lain.

Antara ulama yang memuji riwayatnya adalah seperti Ibnu Al-Qayyim didalam kitabnya “A’lam Al-Muwaqiin. [‘Alam Al-Mauqi’in : 1/100] dan juga Abdul Malik bin Habib yang merupakan pakar fiqh di Andalusia disamping mahir dalam bidang sejarah dan sastera yang bermazhab maliki dan sebagainya. [Manhaj Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : 45]

Difahami dari ini, tidak menjadi satu kesalahan bagi mana-mana parti yang mendedahkan penyelewengan pemimpin terhadap harta rakyat. Ini kerana, dengan tidak mendedahkan itu, ia akan melahirkan mudharat yang lebih besar.

KEDUA : ISU MINYAK KELANTAN DAN ‘MISI 40 ULAMA KE MEKAH’

Dalam perkara ini, diulas seperti berikut;

PERTAMA:


Makkah adalah tempat kelahiran Nabi SAW. Ia dikasihi Nabi SAW, sehinggakan Baginda SAW pernah berkata kepada Makkah;

مَا أَطْيَبَكِ مِنْ بَلَدٍ وَأَحَبَّكِ إِلَيَّ وَلَوْلَا أَنَّ قَوْمِي أَخْرَجُونِي مِنْكِ مَا سَكَنْتُ غَيْرَكِ

Maksudnya;
“tidak ada yang lebih baik menandingimu [wahai makkah] berbanding negeri-negeri lain, dan terlebih aku sayangimu [wahai makkah]. Kalaulah tidak kerana kaumku mengeluarkanku daripadamu, pasti aku tidak akan tinggal di negeri selainmu”

[at-tarmizi : 3861]

Di Makkah, terdapat masjid haram, dan di Madinah terdapat Masjid Nabi SAW [masjid nabawi]. Kedua-dua masjid ini, digalakkan bermusafir kepadanya.

Sabda Nabi SAW;

وَلَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَى وَمَسْجِدِي

Maksudnya;
“Janganlah kamu bersungguh-sungguh bermusafir, kecuali kepada tiga masjid, [1] masjidil haram, [2] masjidil aqsa, dan [3] masjid aku [masjid nabawi]”

[Al-Bukhari : 1122]

Jika difikirkan balik, tidaklah Nabi SAW menyuruh agar menziarahi ketiga-tiga masjid ini, kecuali ia terdapat kelebihan pahala disisi Allah SWT.

Dan lagi, Nabi SAW ada menyatakan kelebihan menunaikan solat dalam masjidil-haram dan masjid Nabawi.

Sabda nabi SAW;

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ أَوْ كَأَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ مِنْ الْمَسَاجِدِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya;
“solat dalam masjid aku [masjid nabawi di Madinah] ini lebih baik daripada seribu kali solat atau seperti seribu solat di masjid lain, kecuali di masjidil haram”

[Muslim : 2472]

Di Makkah pula, terdapat beberapa tempat yang diriwayatkan hadis bahawa Baginda SAW berdoa di situ. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin As-Saib berkata, dia dengar di antara Ar-Rukn Al-Yamani dan Al-Hajr Al-Aswad bahawa nabi SAW berdoa;

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya;
“Wahai tuhan kamu, berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik, dan di akhirat pun baik. Dan selamatkan kami dari Neraka”

[Musnad Ahmad : 14852]

Juga hadis Jabir bin Abdillah, dia berkata, bahawa Rasulullah SAW semasa sedang menaiki bukit sofa, nabi SAW membaca firman Allah;

إِنَّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Safa dan Marwah daripada syiar-syiar Allah”

Apabila sampai di atas bukit sofa, dan kelihatan Kaabah, nabi SAW pun mengucapkan kalimah tauhid dan bertakbir dan membaca;


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Kemudian, nabi SAW berdoa diantara itu dan berkata seperti itu sebanyak tiga kali, kemudian turun dan menuju ke marwah”

[Muslim : 2137]

Melihat kepada ini, sudah pasti tindakan itu adalah amalan soleh. Jika tidak, masakan nabi SAW melakukan demikian.

Dan lagi, bagi memustajabkan doa, Islam membenarkan kepada orang yang berdoa agar bertawassul. Menurut As-Syaikh Albani, tawassul yang disepakati atas kebenarannya ada tiga, iaitu [1] tawassul dengan nama Allah, [2] tawassul dengan orang yang masih hidup, dan [3] tawassul dengan amalan baik yang dilakukan sendiri. [At-Tawassul : 32]

Justeru, kepergian 40 orang ulama Kelantan ke Mekkah untuk berdoa agar diberikan hak royalty minyak, merupakan salah satu tawassul yang dibenarkan oleh syarak, malahan ia adalah satu cara untuk memustajabkan doa.

KEDUA:

Kelantan mempunyai hak royalty minyak. Ini termaktub dalam buku Jabatan Perangkaan Malaysia, yang dikeluarkan pada tahun 2007. Pada muka surat 187, di jadual 5.3, menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah, [1] Sarawak, [2] Kelantan, [3] Sabah, dan [4] Terengganu.

Lalu, berlaku perjanjian antara petronas dengan kerajaan negeri kelantan yang melayakkan kelantan mendapat hak royalti adalah, bertarikh 9 mei 1975. Wakil dari kelantan dalam menandatangani perjanjian itu adalah Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Muhammad Nasir dan wakil Petronas yang diwakili oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Kandungan perjanjian itu adalah, “Petronas perlu memberi bayaran tunai kepada kerajaan negeri kelantan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petrolium yang didapati dan diperolehi di kelantan dan dijual oleh petronas atau egen-egen atau kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan”

Pun begitu, ia dinafikan oleh kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN dengan dakwaan mereka bahawa, Akta Petroleum 1974 hendaklah dibaca bersekali dengan Ordinan Darurat dalam menafsirkan mengenai isu royalti minyak.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut, sedangkan telaga minyak di Kelantan terletak 150 batu nautika dari perairan.

Manakala bagi kerajaan Kelantan royalti minyak adalah hak mereka. Mereka juga mendakwa bahawa Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada 1979. [sila baca disini ]

Peliknya, dengan alasan ‘ordinan darurat’, Kerajaan Pusat hendak membayar juga kepada rakyat Kelantan dengan nama ‘wang ehsan’, yang sumber wang ehsan itu diambil dari hasil telaga minyak yang sama. Perkara ini diakui sendiri oleh Timbalan menteri Kewangan, Dato’ Awang Awek dalam akhbar sinar harian.

Memandangkan keadaan ini, menyebabkan kerajaan Kelantan telah bertindak membawa perkara ini ke Mahkamah. Tindakan kerajaan Kelantan itu, mendapat sokongan dari banyak badan-badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dalam berhadapan dengan isu minyak ini, seperti Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), iaitu sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 50 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).

Bagi memastikan kemenangan berbelah pihak kepada Kerajaan Kelantan, pihak badan-badan bukan kerajaan ini telah menganjurkan banyak program “tuntutan Royalti Minyak Kelantan”. Antaranya adalah, “misi munajat royalty” yang menghantar 40 orang ulama-ulama pondok di sekitar Kelantan untuk bermunajat di sana. Ia bertujuan, agar kemenangan dalam perbicaraan mahkamah nanti berbelah pihak kepada kerajaan Kelantan yang dizalimi oleh kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN.

KETIGA:

40 orang ulama kelantan yang mahu dihantar ke Mekah, tidak terlibat sedikitpun dari wang kerajaan negeri kelantan. Sebaliknya, ia adalah hasil kutipan derma yang sedang diusahakan. Tindakan ini tidak bercanggah dengan syarak.

Ia tidak sama seperti bayaran Kerajaan Pusat kepada syarikat yahudi, APCO sebanyak RM77 Juta setahun, kerana bayaran itu sememangnya dari kewangan kerajaan. Peliknya, ulama UMNO tidak pernah menulis perkara ini.

KESIMPULAN

Di zaman Saidina Ali terdahulu, terdapat satu firqah yang terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah yang dinamakan sebagai Al-Khawarij. Mereka menyerang Saidina Ali dalam perkara yang tidak sebenar sehingga sanggup mengkafirkan Ali.

Mereka sering mengungkapkan slogan yang berbunyi, “Bahawa tiada hokum kecuali hokum Allah”, walhal pemerintahan Ali bin Talib telah melaksanakan hokum Allah. Disamping itu juga, mereka membaca beberapa ayat Al-Quran bagi mengukuhkan perkataan mereka.

Keadaan ini berlanjutan, sehingga Saidina Ali menyebut satu perkataan yang cukup mendalam maksudnya, iaitu;

كلمات الحق و أريد بها باطل

Maksudnya;
“kalimah itu benar, tetapi dikehendakinya adalah kebatilan”

Makanya dilihat, tulisan Ulama Muda UMNO itu menggambarkan seakan-akan benar apa yang telah dikatakan oleh Saidina Ali. Lantaran itu, tidak hairan apabila ada NGO-NGO di Kelantan sedang berusaha mengutip derma [tanpa terlibat sedikit pun duit kerajaan] dalam misi munajat royalty, tetapi mereka diam membisu dengan perbelanjaan wang kerajaan Malaysia [bukan kutipan derma, tetapi duit kerajaan, iaitu duit rakyat Malaysia] yang membayar kepada satu syarikat yahudi bernama APCO sehingga mencapai RM 77 juta setahun.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
29 September 2010 * 4:09 pagi

Isnin, 27 September 2010

FAHAM ISLAM : DHPP LEBIH FAHAM BERBANDING PEMUDA UMNO KELANTAN

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang tidak dapat berfikir dengan baik ketika mengulas isu sebuah syarikat yang dikatakan mahu menderma RM4 Bilion kepada Kerajaan Negeri.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Anuar Safian seharusnya menyedari sumbangan yang dibuat oleh I’da World Group itu hanya berbentuk replika yang tiada nilai.

“Ketua Pemuda UMNO nak cabar saya, cabar apa bendanya, dia tak fikir orang (syarikat) itu bukan bagi duit, bagi replika (cek), nak kata saya terima duit apa,” katanya kepada pemberita rumahnya di Pulau Melaka, semalam.

Anuar dalam satu kenyataan kelmarin, meminta Nik Aziz menyaman malu atau apa jua saman yang bersesuaian dengan fakta yang ada berkaitan isu derma RM4 bilion.

Menurutnya, saman itu penting untuk membuktikan bahawa Nik Aziz tidak tahu menahu dan tiada dimaklumkan mengenai pelaburan dan wang yang didakwa diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Nik Aziz dalam nada sinis meminta Anuar supaya menghadiri khusus berkaitan undang-undang Islam yang ingin dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong Pas.

“Saya nak ketua pemuda supaya buat permohonan dalam khusus ini, faham mengenai undang-undang Islam supaya beliau faham dan malu sikit kepada mereka (orang bukan Islam),” katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, pihaknya belum merancang untuk menyaman Ida World Group yang menimbulkan kontroversi kerana mahu memberikan RM4 bilion yang dikatakan menjejaskan imej Kerajaan Pas Kelantan. -SK

PRK DUN GALAS : UMNO BAKAL BUAT?

ADUN Galas, meninggal dunia di Kampung Baru. Didoakan, agar beliau digolongkan dari kalangan orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Namun, jangan dilupa, DUN Galas bakal berhadapan dengan Pilihanraya kecil.

ISU YANG BAKAL UMNO MAINKAN

Secara ringkas, dianggarkan beberapa isu yang bakal dimainkan oleh UMNO dalam PRK itu.

ia adalah seperti berikut;

pertama : isu cek 4bilion

Mungkin mereka akan menyebarkan gambar pemberian cek itu dengan cara mengangkat banner atau papantanda. Walau isu ini tidak benar, tetapi sengaja UMNO lakukan demikian untuk melahirkan PERSEPSI.

kedua: kelantan kononnya mundur

ini adalah isu turun temurun yang sejak dahulu lagi dimainkan oleh UMNO.

ketiga: hak melayu kononnya terhakis.

isu ini, akan di'sub'kan kepada PERKASA. UMNO akan jadi penyokong sahaja terhadap isu ini.

ISU KEBIMBANGAN UMNO

pertama : 1 Malaysia - 1 Israel

Rakyat kelantan adalah rakyat yang mempunyai sensitif agama yang cukup kuat. Israel bukan isu bangsa disisi rakyat kelantan, tetapi ia adalah isu agama.

kedua : UMNO tak bagi DAP faham islam

alasannya mungkin sama. Rakyat kelantan mempunyai kehendak islam tersebar. kerana majoriti mereka amat hormat kepada Islam. walau mereka tidak beramal dengan islam, tetapi mereka tidak mahu anak bini mereka, malahan orang lain meninggalkan islam.

ketiga : minyak kelantan

isu royalti minyak adalah isu hak rakyat kelantan. Ia diperkukuhkan lagi dengan sokongan tengku razaligh terhadap hak rakyat kelantan itu.

Jika UMNO menyatakan royalti ditukar kepada wang ehsan, ia hanya mengembirakan ketua-ketua bahagian UMNO dan yang berkepentingan dengan ketua bahagian itu sahaja. adapun secara majoriti rakyat kelantan, isu wang ehsan yang bakal dimainkan oleh UMNO akan makan tuan.

UMNO KENA INGAT

pun begitu, UMNO kena ingat bahawa rakyat kelantan mempunyai pendirian yang unik. antaranya;

pertama : melayu perkara kedua

Jika UMNO bermain isu melayu sebagai isu asasi, ia adalah satu kesilapan yang cukup besar. Ini kerana, pada rakyat kelantan, perkara yang paling penting pada mereka adalah islam. Adapun melayu, ia adalah perkara kedua.

kedua : politik mereka seperti politik orang cina

Politik orang cina adalah silent Killer. Mereka membunuh sesuatu parti, bukan dengan cara mempamerkan, tetapi mereka mempamerkan sesuatu yang lain, tetapi yang tersembunyi dalam hati mereka adalah sesuatu yang lain.

ekoran itu, UMNO jangan syok sendiri apabila ada rakyat kelantang yang memegang bendera UMNO/BN, maka itu menandakan mereka bakal mengundi UMNO/BN.

ketiga: mereka sangat jaga hak atas nama rakyat kelantan

isu penafian hak royalti yang bertukar kepada wang ehsan, adalah isu yang amat memberi kesan pada sentimen rakyat kelantan. Ia adalah bom yang paling kuat dalam membinasakan sokongan rakyat kelantan terhadap UMNO.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
27 September 2010 * 6:09 petang

Ahad, 26 September 2010

SERENGAN MAHATHIR TERHADAP 1MALAYSIA NAJIB?



[klik gambar untuk besarkan]

Nampaknya kuota MIC, MCA, Gerakan dan UMNO dalam pembahagian kerusi untuk PRU akan datang menjadi perbincangan panas dalam BN. Najib mengungkap 1Malaysia. Mahathir pula bersama PERKASA, mempertahankan melayu. Apa kesudahan terhadap kuota kerusi itu?

tunggu dan lihat !!!

PEMILIHAN PKR : SOKONG SIAPA?

[1]

Semua ahli layak mengundi. Amalan ini, sudah diamalkan oleh PKR, tetapi belum lagi oleh PAS. Apakah PAS berani melakukan perubahan seperti itu? Jika diharapkan kepada keberanian, susah hendak menilai. Tetapi, jika terdapat desakan demi desakan, ia tidak mustahil sampai satu ketika, semua ahli PAS layak mengundi akan terlaksana dalam pemilihan PAS.

Secara demokrasi, ia merupakan satu perkara yang sihat. Jika hanya segelintir sahaja boleh mengundi [perwakilan sahaja], ia mudah dipengaruhi dari pemimpin yang malas dan jumud. Tetapi, jika semua ahli layak mengundi, ia adalah satu perkara yang bahaya bagi pemimpin yang malas dan jumud itu. Justeru, pemimpin yang cerdik dan rajin, pasti akan mendapat tempat dalam sesuatu pemilihan.

Secara peribadi aku melihat, sekiranya budaya demokrasi sihat ini diamalkan dalam PAS juga, tidak mustahil PAS dapat mendominasi PR, dan seterusnya melayakkan PAS mengepalai Pakatan rakyat dalam menguasai Putrajaya. Namun, jika budaya ‘perwakilan sahaja layak mengundi’ dikekalkan, usaha untuk PAS mendominasi PR agak susah berlaku, malahan tidak salah mungkin jika dikatakan mustahil ia berlaku.

Namun, tidak dinafikan bahawa jika keadaan semua ahli layak mengundi ini, pasti terdapat sedikit sebanyak kekacauan. Mungkin sabotaj dari pihak musuh, atau desakan dan bentuk ugutan dari sebilangan pihak. Difikir secara rasional, tindakan melihat sedikit perkara negatif lalu menafikan banyak perkara yang positif, adalah perkara yang ditolak oleh akal yang sihat, malahan tertolak dari sudut syariat.

Mana mungkin disebabkan ramai orang dilanggar kereta, maka kita semua hendak haramkan penggunaan kereta. Tetapi, tindakan yang paling tepat adalah, meletakkan undang-undang yang ketat, atau peraturan yang kemas bagi mengelakkan berlaku perkara negatif terhadap sesuatu sistem yang dicipta dan digubal. Maka begitujuga sistem demokrasi yang melayakkan semua ahli mengundi dalam sesuatu pemilihan parti. Tidak dinafikan, memang terdapat sedikit gambaran negatif, tetapi ia tidak wajar dijadikan sebagai alasan untuk menolak sistem yang sememangnya terdapat banyak perkara positif berbanding negatif. Jika ditolak juga, ia adalah perkara yang terkeluar dari neraca berfikir secara rasional, malahan secara Islam.

[2]

Dalam kes PKR yang sedang sebuk berlaku pemilihan dalam parti mereka, kita dapati budaya demokrasi sihat ini sudah mula merempuh masuk dalam jiwa ahli-ahli mereka. Kempen-kempen dilakukan dengan begitu meriah sekali, disamping tidak dinafikan bahawa terdapat sedikit kekacauan.

Di dapati, jawatan presiden tidaklah sehangat mana. Tetapi, apabila meneropong kepada jawatan Timbalan Presiden, didapati kerusi itu agak panas dibicarakan oleh media massa.

Secara peribadi, aku menilai PKR ini hidup berfaktorkan Anwar Ibrahim. Tanpa Anwar Ibrahim, susah hendak menilai kemeriahan PKR seperti yang berlaku pada hari ini. Apabila keadaan ini berlaku, ia merupakan satu kebimbangan. Iaitu, jika diandaikan Anwar Ibrahim masuk penjara, atau terpaksa ke luar negara atas arahan mahkamah dengan beberapa pentuduhan yang sedang dihadapi, tidak mustahil musim gerhana bagi PKR akan menimpa. Keadaan ini sudah terjadi, semasa Anwar Ibrahim sedang merengkok dalam sangkar besi di Sungai Buloh yang lalu.

Justeru, merenggangkan PKR dari Anwar adalah perlu. Dengan maksud, PKR perlu berdiri sendiri, tanpa berharap kepada individu yang bernama Anwar Ibrahim. Ia bukan bermakna PKR akan mati tanpa Anwar Ibrahim, tetapi tidak mustahil PKR akan berada dalam tahap yang terlalu lemah, tanpa Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, PKR perlu mempunyai tokoh yang mampu merentasi parti, sepertimana rentasan parti yang dilakukan Anwar Ibrahim. Jika pimpinan-pimpinan yang terlantik nanti, masih lagi bergantung dibawah ketiak Anwar Ibrahim, ia merupakan satu gambaran kebimbangan terhadap keteguhan sebuah parti yang bernama PKR untuk masa akan datang.

Sekian

p/s : aku yakin, orang PKR berfikiran terbuka. Ekoran itu, aku memberi komen sebegini.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
27 September 2010 * 7:23 pagi