Sabtu, 20 Jun 2009

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH – KERAJAAN PERPADUAN??

kepimpinan Ulama ala Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ternyata kejayaannya. Tapi sedih, ia tidak dicontohi oleh ulama-ulama yang lain.


PERJANJIAN HUDAIBIYYAH – KERAJAAN PERPADUAN??

Seorang kawan dari negeri Pahang telefon. Bertanya pendapatku dengan katanya, kerajaan perpaduan ini adalah sama seperti perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Aku menjawab, ”mengapa tak kata, Kerajaan pakatan rakyat itu sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah”.

”betul juga” katanya ringkas.

Sesampai di rumah. Melayari internet, aku membaca ada ulasan yang menyebut, bahawa kerajaan perpaduan ini sama seperti kandungan “piagam madinah”.

Yang lebih mengkelakarkan, ada pihak tertentu mengkiaskan kerajaan perpaduan ini sama seperti pertemuan Musa AS dengan Firaun seperti yang diceritakan oleh Allah dari surah Taha.

Amat pelik cara hujjah itu.

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Dalam sirah Nabi SAW, terdapat satu sejarah besar yang dinamakan sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah. Dalam perjanjian tersebut, terdapat sedikit kekacauan di kalangan para sahabat dalam menerima kandungan perjanjian yang dilakukan di antara team Islam dengan team kafir Quraish.

Pertentangan dari kalangan sahabat terhadap kandungan perjanjian itu adalah disebabakn tidak setuju dengan tindakan Nabi SAW yang dilihat agak toleransi dalam menulis surat perjanjian, sehingga sampai satu tahap terpaksa memadamkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”muhammad Rasulullah”.

Apa yang boleh dipelajari dari sirah Nabi SAW ini, kita akan memahami bahawa tujuan Nabi SAW bertindak sedemikian adalah untuk mendapat maslahah yang lebih besar di sebalik perjanjian tersebut, walaupun dilihat dari satu sudut seakan-akan menggadaikan beberapa perkara dalam islam.

Apa yang lebih pasti, walaupun Nabi SAW mengugurkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”Muhammad Rasulullah” ternyata musuh terpedaya dengan tindakan Nabi SAW itu dengan menerima kandungan perjanjian tersebut. Apabila mereka menerima, 10 tahun kemudiannya Islam telah mendapat kemenangan yang gilang gemilang dengan kejadian sejarah fath makkah.

Nyatanya, kandungan perjanjian itu dilihat seperti perangkap yang di pasang oleh Nabi SAW dalam menguasai musuh Islam ketika itu.

Keadaan ini agak berbeda dengan Kerajaan perpaduan. Ini kerana, dengan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh pimpinan PAS, juga disokong oleh pimpinan PAS yang lain pula, dilihat seakan-akan ”perangkap makan tuan”.

Dalam keadaan mempertahankan kerajaan perpaduan ini, dilihat ahli PAS sudah tidak berpaduan lagi, disamping lebih 60 peratus Non Muslim yang sebelum ini menyokong PAS sudah sangsi dan mula menolak PAS.

Begitujuga, keraguan dari sahabat-sahabat dalam pakatan juga semakin terserlah.

Bermakna, kerajaan perpaduan ini bukanlah mendapat keuntungan untuk kemenangan Islam, tetapi memberi kerugian yang amat besar terhadap kemenangan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dalam kerajaan Pakatan Rakyat pula, keuntungan dakwah islamiyyah itu amat terserlah, sepertimana keuntungan dakwah Islamiyyah yang dikecapi dalam perjanjian al-hudaibiyyah.

Masakan tidak, kita dapati ketika Pakatan Rakyat dibina, kepercayaan non Muslim terhadap PAS amat ketara dilihat menerusi sokongan mereka. Begitujuga, sokongan orang melayu terhadap PAS semakin hari semakin terserlah.

Pun begitu, menyedihkan sokongan itu kembali berkurangan disebabkan idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan tanpa diadakan perbincangan yang lebih mendalam di kalangan parti PAS, juga dikalangan kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.

PIAGAM MADINAH

Jika kita merenung dalam kandungan piagam madinah, kita akan dapati bagaimana konsep pemerintahan Islam yang dilakukan oleh Nabi SAW berjaya menyatukan semua bangsa dan agama dalam sebuah negara.

Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana orang yahudi dan nasrani bisa duduk dalam kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. malah, yang lebih membanggakan lagi, apabila kerajaan Islam yang dikepalai oleh Nabi SAW itu mendapat sokongan dan dokongan dari kalangan non Muslim sehingga sampai satu tahap, ada sebilangan non muslim sanggup berjumpa dengan Nabi SAW semata-mata mahu meminta izin untuk memberikan bantuan tenaga dalam mengalahkan musuh-musuh Islam dalam sesuatu peperangan.

Keadaan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang diideakan. Ini kerana, dalam piagam Madinah, ketoleransian itu wujud dengan ditabalkan Nabi Muhammad SAW itu sebagai ketua kerajaan, sedangkan keadaan ini tidak berlaku dalam kerajaan perpaduan.

Begitujuga, piagam madinah mengandungi maksud bahawa non muslim bisa duduk dalam kerajaan Islam pimpinan Nabi, dengan sama-sama berusaha hendak membantu Nabi SAW dalam membangunkan kerajaan. semua ini bersebab, kepercayaan mereka terhadap Nabi SAW itu semakin hari semakin bertambah.

Keadaan ini tidka berlaku dalam kerajaan perpaduan. Ini kerana, semenjak idea ini ditimbulkan, kesangsian non muslim terhadap PAS semakin hari semakin ketara. Bukan sekadar kesangsian, malah penolakan secara terang-terangan dari pihak mereka juga amat kelihatan.

NABI MUSA JUMPA FIRAUN

Ada pula pihak tertentu berhujjah dengan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang arahan Allah agar Musa berjumpa dengan Firaun.

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua (musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia adalah taghut (melampaui batas) * maka katakanlah kepadanya dengan perkataan yang lembut, mudah-mudahan dia akan ambil peringatan dan bisa menjadi takut”

(Surah Taha : 44)

Perlu diingat, pertemuan Musa dan Harun dengan Firaun, bukannya mahu membina kerajaan, tetapi berjumpa dengan firaun untuk menyampaikan satu hasrat dari Allah bahawa Firaun itu adalah taghut.

PENUTUP

Jika mahu dilihat dari sudut dakwah Islamiyyah, bersama-sama dengan kerajaan pakatan rakyat lebih banyak memberi keuntungan, berbanding melahirkan idea kerajaan perpaduan.

Di kala Non Muslim sudah semakin hari semakin hampir dengan Islam, inilah masanya kita berusaha dengan seagrasifan yang mungkin untuk memahamkan Islam kepada mereka.

Bukan bermakna, dakwah kepada UMNO itu tidak penting, malah ia adalah sesuatu yang penting. Pentingnya itu, bukan dengan bergabung kerajaan dengan “PARTI UMNO”, tetapi cukup sekadar dengan “individu-individu UMNO” sahaja.

Orang tua-tua dulu ada menyebut;

”jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”

Justeru, aku amat menyokong kenyataan tok guru nik abdul aziz dalam akhbar;

“Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 Jun 2009 * 1:30 petang


IJTIHAD ADAPTASI


IJTIHAD ADAPTASI

MUQADDIMAH

Syariah islamiyyah datang untuk memberi petunjuk kepada kehidupan manusia dari semua sudut, sama ada dari sudut pemikiran, mahupun dari sudut amalan dan berbagai lagi.

Memandangkan isu kehidupan manusia itu sentiasa berpanjangan, menyebabkan Islam telah meletakkan satu asas dalam kehidupan beragama yang disebut sebagai ijtihad.

Ijtihad didefinisikan oleh Al-Manawi adalah seperti berikut;

“menghabiskan oleh faqih segala keluasannya demi untuk menghasilkan zan terhadap hukum syarak
[1]

Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi menerusi kitab ‘Al-Fatawa Al-Maasarah’, beliau menyatakan ijtihad itu berlaku dengan beberapa sebab, iaitu seperti berikut
[2];

a) perkara yang tiada nas;
b) Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai tafsiran yang pelbagai;
c) Terdapat percanggahan antara dua nas.

PEMBAHAGIAN IJTIHAD

Dalam Islam, ijtihad itu terbahagi kepada dua, iaitu;

a) Al-Ijtihad fi Al-Fahm
b) Al-Ijtihad Fi Attatbiq (At-Tanzil).

AL-IJTIHAD FI AL-FAHM

Makna “Al-Ijtihad Fi Al-Fahm” adalah;

“menzahirkan seruan syarak melalui ungkapan ilahi (pembuat syariat), sama ada berbentuk suruhan, ataupun larangan
[3]

Ijtihad jenis ini adalah ijtihad dalam memahami nas. Orang yang layak untuk berijtihad dalam bentuk ini memerlukan syarat-syarat mujtahid, iaitu seperti yang dinyatakan oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam kitab ‘Usul Al-Fiqh Al-Islami’ adalah seperti berikut
[4];

a) berkepakaran dalam tiga bidang ilmu;
a. Al-Quran.
b. As-Sunnah.
c. Perkara yang telah diijmakkan.
b) Berkepakaran dalam ilmu usul fiqh.
c) Berkepakaran dalam ilmu bahasa arab.

AL-IJTIHAD FI AT-TATBIQ (AT-TANZIL)

Ijtihad bentuk ini adalah ijtihad dalam mengadabtasikan sesuatu hukum syarak terhadap sesuatu realiti secara amali dengan tidak melanggar batasan yang ditetapkan oleh syarak.

Berijtihad dalam bentuk ”Al-Ijtihad fi At-Tatbiq”, syaratnya tidak seperti syarat-syarat yang terkandung dalam ”Al-Ijtihad fi Al-Fahm”.

Dalam al-ijtihad fi at-tatbiqi, hendaklah orang yang hendak berijtihad itu berkemahiran perlara-perkara berikut;

a) realiti sesuatu tempat.
b) Hukum-hukum yang difahaminya, sama ada menerusi terus dari nas, atau dari menerusi ijtihad-ijtihad ulama yang terlahir dari al-ijtihad fi al-fahm.
c) Mempunyai kemahiran mentatbiqkan (baca : adaptasi) sesuatu ijtihad ulama, atau sesuatu nas terhadap realiti tersebut.

PERKARA PENTING DALAM AL-IJTIHAD FI AT-TATBIQ

Dalam usaha mahu mengadaptasikan sesuatu hukum syarak terhadap sesuatu realiti, memerlukan perkara-perkara berikut;

a) Memastikan / Tahqiq Manatat At-Tatbiq.
b) Memahami maqasid yang terkandung disebalik hukum syarak.
c) Memastikan resiko terhadap perlaksanaan hukum.

MEMAHAMI TAHQIQ MANATAT AT-TATBIQ

As-Syanqiti menyatakan, Al-Manat bermaksud ’illat yang terkandung dalam hukum
[5]. Ulama usul fiqh menyebut, ’Illat merupakan salah satu rukun qiyas. Ia bermaksud, sesuatu sebab yang wujud didalam hukum asal untuk dilampaukan kepada hukum furu’.

Dalam memahami ’illat terhadap sesuatu hukum asal, ia boleh difahami menerusi dua keadaan iaitu seperti berikut;

a) menerusi sebutan nas secara nyata.
b) Menerusi ijtihad ulama.

Dalam ”al-ijtihad fi at-tatbiq”, sesuatu hukum furuk yang hendak diqiyaskan hukum asal, hendaklah mempunyai ’illat yang sememangnya wujud dalam hukum asal tersebut.

Ia diumpamakan seperti pengharaman tuak yang diqiaskan dengan arak, kerana kedua-duanya mempunyai unsur mabuk yang merupakan ’illat terhadap pengharaman arak.

MEMAHAMI MAQASID

Setiap perkara yang diwahyukan oleh Allah, tidak dapat tidak mempunyai maqasid. Ar-Raisuni mendefinisikan maqasid adalah;

”matlamat yang terkandung dalam syariat dengan tujuan untuk melaksanakan maslahah hamba
[6]

Maqasid dalam Islam itu adalah seperti berikut
[7];

a) Dharuriyyat;
b) Hajiyyat;
c) Tahsinat.

DHARURIYYAT

Dharuriyat bermaksud sesuatu yang tidak boleh tanpanya. Ia bersifat menjaga lima perkara penting, iaitu seperti berikut;

a) Menjaga agama; sebab itu, disyariatkan jihad.
b) Menjaga nyawa; sebab itu, disyariatkan hukum bunuh balas terhadap pembunuh.
c) Menjaga keturunan; disebabkan itu, diharamkan zina.
d) Menjaga akal; disebabkan itu, diharamkan arak.
e) Menjaga harta; disebbakan itu, diharamkan mencuri dan hukuman hudud dikenakan kepada pencuri.

HAJIYAT

Adapun Hajiyyat adalah sesuatu yang ketiadaannya, kita masih lagi boleh hidup, tetapi dengan ketiadaannya itu boleh membawa kepayahan dan kesusahan.

Ia mempunyai kaitan dengan lima perkara dharuriyyat, tetapi tidak bermaksud sebagai perkara asasi. Malah, ia sekadar menggambarkan kemudahan dalam Islam yang merupakan kecantikan dalam Islam itu sendiri.

Ekoran itulah, dalam Islam mewujudkan satu perbincangan yang dinamakan sebagai rukhsah.

TAHSINAT

Tahsinat pula adalah sesuatu yang menghiasi dan mencantikan lagi kehidupan. Ia dikenali juga sebagai kamaliyat. Tanpanya, ia tidak mewujudkan sebarang kepayahan.

Antara contoh dalam Islam adalah, seperti kepentingan mencari kufu’ dalam perkahwinan, adab-adab pergaulan suami dan isteri dan sebagainya.

TIMBANGAN MASLAHAH

Dari tiga perkara ini, hendaklah didahulukan Dharuriyyat berbanding Hajiyat dan tahsinat. Begitujuga, hendaklah mendahulukan hajiyat berbanding tahsinat.

Ekoran itulah, jika dibaca dalam sirah, didapati Saidina Omar pernah memberhentikan seketika perlaksanaan hudud terhadap pencuri di masa pemerintahan beliau ditimpa kemarau yang menyebabkan ramai yang kelaparan.

Saidina Omar bertindak sedemikian kerana beliau melihat pertembungan antara mudharat kelaparan dengan mudharat mencuri. Ini kerana, dalam neraca muwazanat, menjaga nyawa itu lebih diutamakan berbanding menjaga harta.

Begitujuga, tindakan Nabi SAW yang agak toleransi dalam menerima syarat-syarat dalam sejarah perjanjian al-hudaibiyyah. Seperti tindakan Nabi SAW menggugurkan tulisan “bismillah” dalam surat perjanjian tersebut
[8].

MEMASTIKAN RESIKO

Sesuatu perlaksanaan hukum, hendaklah dilihat juga resiko disebalik perlaksanaan tersebut. Ini bertujuan, untuk tidak melahirkan mudharat yang lebih besar disebalik perlaksaaan hukum.

Ini dirujuk kepada pemerintahan Omar Abdul Aziz, yang mana, kita dapati beliau merupakan seorang khalifah islam yang baik dan berjaya. Beliau berjaya menegakkan keadilan, menyebarkan kebaikan dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, beliau sendiri tidak berjaya melaksanakan semua yang dikehendaki oleh islam, seperti menghidupkan peranan syura yang menjadi asas pemerintahan islam dan tidak berjaya mengeluarkan pemerintahan khalifah dari ruang kuasa keluarga Bani Umayyah
[9].

Pernah anak beliau bertanya tentang lambatnya beliau melaksanakan urusan pemerintahan islam ini. Mendengar soalan anaknya itu, beliau menjawab;

لا تعجل يا بني، فإن الله ذم الخمر في القرآن مرتين، وحرمها في الثالثة، وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة، فيدفعوه جملة، ويكون من ذا فتنة

Maksudnya;
“Jangan kamu terburu-buru wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali. Dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang menanggung kebenaran secara keseluruhannya, lalu mereka menolak seluruhnya dan menimpa fitnah
[10]

Juga dirujuk kepada hadis Aisyah yang pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang kedudukan kaabah yang tidak betul dengan tempat yang sebenar, ekoran pembinaan semula selepas keruntuhan kaabah akibat banjir. Aisyah menyatakan, mengapa Baginda Nabi SAW tidak dibetulkan kaabah itu pada tempat yang sebenar setelah Islam telah berjaya menguasai Makkah.

Baginda SAW menjawab;

لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

Maksudnya;
”kalaulah tidak kerana umat kamu baru meninggalkan kekufuran, sudah pasti aku lakukannya
[11]

Juga tindakan nabi SAW melarang para sahabat yang mahu mencegah seorang badwi yang sedang kencing dalam masjid. Tindakan Nabi SAW melarang itu adalah kerana, dibimbangi air kencing akan bertebaran dalam masjid, menyebabkan air kencing itu yang sepatutnya berada di satu tempat, tetapi menjadi banyak tempat yang sudah pasti menjadi masalah untuk mensucikannya.

Dalam memahami resiko tersebut, hendaklah didalami beberapa perkara. Seperti Fiqh Muwazanat, fiqh Awlawiyyat, Fiqh Waqi, Fiqh At-tadarruj, Fiqh Manat Al-Ahkam, Fiqh Maqasid dan sebagainya, yang tidak cukup di ulas dalam ruangan ringkas ini.

PENUTUP

Sabda Nabi SAW;

إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

Maksudnya;
”Apabila berhukum seorang hakim, lalu dia berijtihad dan benar ijtihadnya, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berhukum, lalu berijtihad dan salah ijtihadnya, maka baginya satu pahala sahaja
[12]

Sekian

P/s : kertas kerja ini akan dibentangkan di wacana ilmu anjuran IKD (institut kajian dasar) di Jalan terawi pada 21 jun 2009.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg Buloh
20 Jun 2009 * 9:52 malam



[1] Al-Mukjam Al-Mustalahat wa Al-Alfaz Al-Fiqhiyyah : 1/ 65.
[2] Al-Fatawa Al-Maasarah : 2/649.
[3] Fi Al-Ijtihad At-Tanzili : 19.
[4] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/496-497.
[5] Nasyr Al-Bunud ‘Ala Maraqi As-Su’ud : 2/171.
[6] Fi Al-Ijtihad At-Tanzili : 74.
[7] Dhawabit Al-Maslahah Fi As-Syariah Al-Islamiyyah : 365-370.
[8] Kerajaan Pakatan Rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyyah : 52.
[9] Fatawa Muasarah : 3/432
[10] Al-Muwafaqat : 2/148
[11] Muwatta’ : 710.
[12] Sunan Abi Daud : 3103.

Jumaat, 19 Jun 2009

5 SOALAN UNTUK PENDOKONG UG

5 SOALAN UNTUK PENDOKONG UG

PERTAMA:

Jika benar kerajaan perpaduan ini bukan gabung dengan UMNO, mengapa tidak dibincangkan diperingkat PAS dan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum dilontarkan dalam media???

Ini kerana, disebabkan ia tidak dibincangkan dalam PAS dan Pakatan Rakyat, menyebabkan sebilangan pimpinan PAS sendiri menolak idea ini, malah PKR dan DAP pun tidak tahu menahu dalam hal ini.

Malah, bila di tanya kepada pimpinan PAS yang menyokong Idea ini, mereka pun tidak mengetahui bentuk sebenar bagi kerajaan perpaduan, yang menyebabkan mereka hanya menyebut, sila rujuk presiden.

KEDUA:

Ramai tertanya-tanya, kenapa pendokong kuat idea Kerajaan perpaduan ini adalah Nasha yang dikaitkan dengan Task Force 2010, juga mempunyai sejarah hitam dengan berita pertemuan balik tabir dengan Pak Lah yang dinafikan diperingkat awal, lalu diakui selepas itu???

KETIGA:

Orang sudah mendedahkan tentang task Force dan Wan Abu Bakar yang dikaitkan dengan Nasha. Apabila ditanya, nasha tidak bersuara dengan tuduhan ini. Persoalannya, kenapa Nasha senyap dan sengap???? Masakan mahu saman, penafian pun tidak kedengaran??

KEEMPAT:

Dikala Kerajaan Perpaduan telah membuktikan kekalutan di kalangan ahli parti, malah menjadi keraguan PKR dan DAP terhadap PAS, mengapa ia tetap dibicarakan juga sehingga melahirkan kekacauan yang semakin teruk???

KELIMA:

Walaupun telah ditegur oleh Mursyidul Am agar diam dari berbicara tentang kerajaan perpaduan, juga disaran oleh Mustafa Ali dengan teguran yang sama, malah Nasha sendiri menerima saranan Mustafa Ali itu, mengapa Nasha tetap sambut dikala PM menyambut baik idea kerajaan perpaduan????

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 Jun 2009 * 4:08 petang

Rabu, 17 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN BOLEH HANCURKAN PAS DAN PR


KERAJAAN PERPADUAN BOLEH HANCURKAN PAS DAN PR

Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.

Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.

Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.

Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.

Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.

TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.

Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.

Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.

Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?

Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor. -dango mamamat

Dari;
http://greenboc.blogspot.com/2009/06/pas-umno-kerajaan-perpaduan-boleh.html

Selasa, 16 Jun 2009

APA SUDAH JADI, APA YANG NAK JADI???

Tangisan yang melahirkan tsunami politik PRU ke 12 sudah tidak bernilai lagi bagi mereka yang "cakap berbelit-belit"

APA SUDAH JADI, APA YANG NAK JADI???

9 Jun 2009 : harakahdaily;

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan”

Hari ini; 16 Jun 2009 : Mstar ;

“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang”

Hari ini : 16 Jun 2009 : Mstar;

“KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional”

“Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar Negara”

KOMEN:

Macam mana ni pimpinan PAS oi ??? mana satu yang korang nak???

Kerajaan perpaduan tidak dibincangkan lagi dengan masak. Bukan keputusan mesyuarat pun.

Tengoklah respon rakyat sama. Kita menang kerana rakyat undi. Jangan khianati rakyat.

Kalau PAS kalah teruk lepas ini, nampaknya kita sudah ada jawapan yang boleh diberikan kepada media…Diharapkan, PAS masih kekal menang…

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
16 Jun 2009 * 5:48 petang






JANGAN PERCAYA DENGAN NAJIB !!!


JANGAN PERCAYA DENGAN NAJIB !!!

Mstar melaporkan;

“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat Pas ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang
[1]

KOMEN:

Isu kerajaan perpaduan sudah berjaya memecah belahkan antara ahli-ahli PAS. ini kerana, ia melibatkan dengan UMNO.

Pada hari ini, Najib telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh melahirnya satu provokasi baru untuk menambah lagi kekacauan dalaman PAS.

Di kala Presiden PAS dan timbalannya telah mendengar “pandangan” Mustafa Ali agar diam dalam isu ini, menampakkan kepada BN betapa isu ini amat memberi kesan buruk kepada PAS, juga sesame Pakatan Rakyat.

Makanya, kenyataan Najib pada hari ini perlu dilihat dari sudut “berhati-hati”, kerana ia akan melahirkan masalah pada PAS untuk menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.

Perlu diingat, ini adalah musim rakyat membenci UMNO/BN. Sebab itu, sebarang perkara yang berkaitan dengan UMNO/BN, ia bisa melahirkan masalah kepada parti dari sudut kacamata rakyat.

Jangan terperangkap dengan seruan musuh, kerana ia memberi mudharat yang besar kepada parti Islam, malah terhadap Islam itu sendiri.

Orang ada menyebut, kalau mahu menyerang musuh, pastikan serangan dilakukan di lapangan yang kita selesa. Apabila musuh tidak masuk lapangan kita, lakukan segala kebijaksanaan yang ada agar musuh masuk dalam lapangan kita.

Kaedah inilah yang sedang digunakan oleh Najib untuk merosakan PAS, juga antara parti-parti dalam pakatan rakyat.

Sebelum kita menimpa sebarang sakit, maka lebih baik kita mencegah diri dari menyambut seruan ini. Pepatah arab ada menyebut;

الوقاية خير من العلاج

Maksudnya;
“mencegah itu lebih baik dari mengubat”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota Damansara.
16 Jun 2009 * 4:37 petang



[1] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/16/mstar_berita/20090616121506&sec=mstar_berita

Isnin, 15 Jun 2009

ISU SIS : DIALOG LEBIH BAIK DARI HARAMKAN

Fasl Al-maqal atau dalam bahasa melayunya diterjemah dengan "makalah penentu tentang Syariah dengan falsafah" karya Ibnu Rushd; seorang tokoh ulama falsafah Islam yang menjadi rujukan ahli falsafah barat dan islam

DIALOG LEBIH BAIK DARI HARAMKAN

SIS mahu diharamkan. Ramai yang memberi pandangan antara relevan atau tidak relevan dengan tindakan tersebut.

Padaku, Islam bukan agama menghukum, tetapi Ia adalah agama hujjah. Justeru, mengharamkan SIS tidak menyelesaikan masalah, tetapi tidnakan yang betul adalah, berhujjah dengan mereka dengan sebaik-baiknya.

Jika kita merujuk kepada nas-nas syarak, sama ada dari Al-Quran dan As-Sunnah, kita akan dapati, yang wujudnya adalah arahan dilakukan dialog dengan golongan yang disifatkan sebagai sesat tersebut, bukannya terus mengharamkan mereka.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah !! datangkan bukti-bukti kamu, jika kamu orang-orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)


MENGHARAMKAN GERAKAN SESAT??

Jika kita membaca kitab yang bertajuk ”Al-Imamah Al-’Uzma ’Ind Ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah”, kita akan dapati As-Syaikh Abdullah bin Omar Ad-Damiji mengulas tentang berhadapan dengan puak-puak yang disifatkan sebagai sesat, atau ahli bidaah.

Dalam perbahasan dibawah tajuk “menjaga agama”, beliau menyifatkan antara tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut; (a) menyebarkan dakwah, sama ada dengan tulisan dan lidah. (b) menolak sebarang kesamaran, Bidaah dan segala amalan-amalan batil. (c) menjaga keamanan Negara dengan penubuhan angkatan tentera dan sebagainya
[1].

Dalam membahaskan isu menolak sebarang kesamaran, bidaah dan segala amalan-amalan batil, dinyatakan bahawa antara tindakan yang perlu dilakukan adalah (a) mengajar, (b) mengemukakan hujjah terhadap mereka (c) dikenakan hukuman ta’zir terhadap mereka jika mereka berdegil
[2].

Apabila kita perhatikan kepada huraian As-Syaikh Abdullah Ad-Damiji, kita akan didapati, nukilan dalil yang dikemukakan oleh beliau lebih kepada merujuk terhadap tindakan para sahabat, bukannya merujuk kepada Nas secara qatii, mahupun zanni.

Apabila ini disandarkan kepada amalan para sahabat, bermakna, tindakan tersebut perlu dilihat dari sudut siyasah Syariiyyah, iaitu apakah tindakan tersebut melahirkan maslahah atau mudharat.

BAGAIMANA PULA SIS??

Jika kita perhatikan kepada pergerakan SIS, golongan ini ramai terdiri dari kalangan orang yang disifatkan sebagai golongan cerdik pandai. Program-program anjuran mereka selalunya bersifat intelek, dan dihadiri ramai golongan pemikir-pemikir.

Apabila mereka berhujjah, mereka akan kemukakan logic, disamping kadang-kala merujuk juga kepada nas dan perkataan sebilangan ulama yang boleh menyokong hujjah ‘aqli mereka.

Secara peribadi, aku ada juga menghadiri majlis anjuran mereka. aku dapati, banyak program-program anjuran mereka tidak ada dari wakil PAS yang hadir melainkan beberapa kali sahaja.

Apabila keadaan ini berlaku, nyatanya tindakan mahu mengharamkan SIS ini adalah tindakan yang tidak bijak, malah tindakan yang tepat adalah, pihak PAS perlu menghantar wakil untuk bersama-sama berdialog dengan mereka, dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang bernas, sama ada dari hujjah Naqli, hujjah ‘Aqli dan Hujjah ‘Atifi.

Di zaman para sahabat dahulu, di kala berhadapan dengan golongan sesat, para sahabat tidak terus menyerang dan mengharamkan pergerakan mereka. Bahkan, tindakan para sahabat adalah menghantar orang-orang yang bijak berpidato, berhujjah dan pandai mengemukakan argument dalam menghadapi mereka.

Keadaan ini pernah dilakukan oleh ‘Ali bin Abi Talib di kala menjadi Khalifah. Yang mana, beliau telah menghantar Abdullah bin Abbas supaya berhujjah dan berdebat dengan puak-puak khawarij.

Sekiranya mereka masih tetap bertahan dengan kesesatan mereka dalam keadaan mereka sememangnya tidak mempunyai hujjah, bahkan terus mempertahakan sentiment kesesatan mereka, barulah tindakan keras akan digunakan.

Keadaan ini tidak pernah berlaku oleh PAS dalam menghadapi SIS, tetapi yang sering kedengaran adalah, serangan berbentuk ”output” dari kalangan penceramah PAS di masjid dan surau.

Jika keadaan ini berlaku, ia tidak menyelesaikan masalah. Malah, dengan tindakan mengharamkan SIS ini bisa melahirkan mudharat yang lebih besar, iaitu mereka akan mendapat simpati dari kalangan rakyat, juga mereka yang asalnya tidak dikenali, mula dikenali disebabkan serangan yang PAS lakukan terhadap mereka. Bahkan, jika mereka berjaya juga diharamkan, menyebabkan mereka bertindak lebih agrasif dengan menggunakan atas nama badan-badan yang lain pula.

KESIMPULAN

Padaku, tindakan PAS mahu mendesak untuk mengharamkan SIS adalah tindakan yang kurang tepat, tetapi tindakan yang paling baik adalah PAS perlu menghantar wakilnya untuk sama terlibat dengan majlis dan program mereka dalam mengemukakan hujjah.

Tindakan sebegini adalah tindakan yang bersesuaian dengan Nas Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 111, juga tindakan ini merujuk kepada amalan Ali bin Abi Talib yang menghantar Abdullah bin Abbas untuk berdebat dengan Khawarij di zaman beliau.

Secara peribadi, aku menyeru agar ulama-ulama PAS perlu berani dalam menghadapi golongan ini dengan bersedia mengemukakan hujjah-hujjah bernas, bukannya melakukan desakan untuk diharamkan SIS ini, atau menghentam mereka sekadar di masjid dan surau sahaja.

Tidak ada gunanya ulama kita menyebut ”kepimpinan Ulama”, sedangkan perkara sebegini pun ulama PAS tidak mampu berhadapan.

Kita tidak perlu bertindak seperti UMNO yang akan meng”ISA”kan sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka, dikala tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan.

Sekian

p/s : Roslan SMS menulis dalam blog beliau tentang beberapa buku yang dipandang sinis oleh beliau, seperti buku ”makalah penentu tentang hubungan antara syariah dengan falsafah”. Dicadangkan, Saudara Roslan tidak terus ”menghentam” buku-buku yang disebut beliau melainkan setelah beliau membaca, memahami dan mendalami maksud buku-buku tersebut. Secara peribadi, aku sudah membaca buku ”Makalah penentu hubungan antara syariah dengan Falsafah” ini dari versi melayu, juga dari versi arab karangan Ibnu Rushd yang bertajuk ”Fasl Al-Maqal”. Jika mereka yang tidak memahami falsafah Ibnu Rushd, pasti akan mengatakan buku itu sesat, tetapi jika mereka memahami maksud Ibnu Rushd, pasti mereka akan mengatakan buku itu mempunyai nilai yang berharga dalam dunia keilmuan.... justeru, kita tidak perlu jadi jumud dalam menilai sesuatu buku tanpa dibaca dan difahami terlebih dahulu...

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 Jun 2009 * 2:00 pagi




[1] Al-Imamah Al-‘Uzma : m.s 80-89.
[2] Ibid : m.s 82.

Ahad, 14 Jun 2009

JANGAN TERPERANGKAP !!


JANGAN TERPERANGKAP !!

KISAH PERTAMA:

Peperangan badar Al-Kubra melahirkan kemenangan gilang gemilang. Harta ghanimah yang terhasil dari peperangan dibahagikan dikalangan tentera islam ketika itu.

Dalam pembahagian yang diberikan dikalangan tentera Islam, menyebabkan ada sebilangan rakyat Madinah yang masih kufur merasa cemburu. Dengan itu, menyebabkan mereka mula masuk islam dengan niat untuk mendapatkan harta ghanimah.

Golongan ini masuk islam bukan keikhlasan mereka terhadap Islam, tetapi keinginan mereka terhadap harta ghanimah. Mereka inilah yang disebut golongan munafiq.

Keadaan ini disedari oleh Abu Sufyan yang merupakan perdana Menteri makkah, juga Khalid bin Al-Walid yang berjawatan Menteri Pertahanan makkah.

Melihat ketidak puas hatinya sebilangan golongan di Madinah disebalik pembahagian harta ghaminah itu, menyebabkan Abu Sufyan dan Khalid Al-Walid telah melakukan provokasi untuk berlakunya peperangan kedua selepas peperangan badar Al-Kubra, bagi menuntut maruah dalam kekalahan mereka dalam peperangan badar yang lalu.

Provokasi demi provokasi yang dilakukan, menyebabkan berlakunya peperangan uhud. Dalam peperangan tersebut, Khalid Al-Walid telah menyusun satu tipu daya yang berkait dengan harta rampasan perang.

Khalid Al-Walid sedar kekecohan kecil berlaku di Madinah selepas peperangan badar Al-Kubra disebabkan harta rampasan perang (baca: harta ghanimah). Ini kerana, mereka yang layak menerima harta rampasan perang adalah mereka yang terlibat dalam peperangan.

Justeru, dengan isu “harta ghanimah” ini dijadikan sebagai sasaran penting dalam melemahkan tentera Islam dalam peperangan uhud.

Makanya, Khalid Al-Walid yang merupakan komandor dalam peperangan uhud telah mengarahkan tentera kuffar agar menyerang tentera Islam dibawah bukit uhud. Serangan yang dilakukan itu, bukanlah untuk serangan sebenar, bahkan ia sekadar tipu daya sahaja.

Serangan yang dilakukan dibawah bukit uhud itu, dilakukan untuk melahirkan “perasaan kuat” oleh tentera Islam. Justeru, , dikala perang sedang kecamuk, tentera Kuffar memperlihatkan seperti lemah, dan lari meninggalkan kawasan tersebut dengan ditnggalkan sama “harta” yang banyak dengan harapan pasukan pemanah Islam yang berada di atas bukit uhud akan turun meninggalkan posisi di atas bukit yang merupakan asas kekuatan tentera islam.

Ternyata “tipu daya” khalid Al-Walid berjaya, menyebabkan ramai pasukan pemanah tentera Islam telah turun dari bukit uhud untuk mendapatkan harta ghanimah, dan dikala itulah tentera Kuffar yang dikepalai Khalid Al-Walid menyerang bukit uhud dan seterusnya menguasainya.

Dengan kejayaan menguasai bukit uhud itu, menyebabkan tentera Kuffar diisytiharkan menang dalam pepernagan tersebut, dan tentera Islam kecundang.

KISAH KEDUA:

Semasa Sultan Muhammad Al-Fateh berumur 16 tahun. Sultan Murad telah bercuti dan meninggalkan pemerintahannya kepada anaknya yang berumur 16 tahun itu.

Golongan kristian di kota Konstentinopel berfikir untuk mendapatkan kerajaan pimpinan Sultan Murad yang kini berada di tangan anaknya yang umur muda belia itu. Pada mereka, dengan umur sultan muhammad Al-Fateh yang baru 16 tahun, sudah pasti dia bisa diperdayakan dengan harta dan perempuan.

Makanya, raja kristian telah menghantar beberapa menterinya berjumpa Sultan Muhammad Al-Fateh dengan dibawa bersama harta yang banyak, dan perempuan yang cantik-cantik.

Ketika berada dihadapan Sultan Muhammad Al-Fateh, baginda bertanya tentang harta dan perempuan yang dibawa bersama. Mereka menjawab bahawa harta dan perempuan itu merupakan hadiah kepada baginda.

Sultan Muhammad Al-Fateh sedar dengan tujuan jahat puak-puak kristian dari Kota Konstentinopel itu. Mereka mahu memperdaya baginda sultan dengan harta dan perempuan ini, dan seterusnya mendapat ruang yang penting untuk menguasai kerajaan pimpinannya.

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh menolak segala hadiah-hadiah yang merupakan “tipu daya” itu. Dengan penolakan tersebut, raja kristian sudah berangapan bahawa usaha hendak mendapatkan kerajaan pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh adalah mustahil, malah melahirkan kekalahan kristian dalam mempertahankan Kota Konstentinopel di masa akan datang.

Ternyata, sangkaan puak-puak kristian itu tepat.

MORAL DARI DUA KISAH INI

a) kekalahan tentera Islam dalam peperangan uhud disebabkan kurangnya kekuatan jati diri dari kalangan tentera islam di kala itu. Ekoran itu, disebabkan harta rampasan perang (baca : ghanimah), mereka terpedaya yang akhirnya melahirkan kekalahan dalam peperangan.

b) Kemenangan tentera islam dalam usaha menguasai Kota Konstentinopel adalah disebabkan kekuatan jati diri yang wujud pada Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya. Ekoran itu, walaupun diberikan hadiah harta yang banyak dan perempuan yang cantik-cantik, mereka tidak termakan tipu daya itu dan seterusnya bukan sekadar berjaya mempertahankan kerajaan yang ada, malah berjaya menguasai kerajaan musuh.

REALITI KITA PULA:

a) Sedarkah kita, semasa muktamar PAS tahun lepas; di ipoh. Ramai intelligen BN memakai pas pemerhati dan turut sama dalam mengikuti Muktamar??

b) Sedarkah kita, dikala perwakilan PAS sebulat suara menerima muzakarah/muqabalah dengan UMNO, menyebabkan mereka ”menarik nafas” gembira kerana pada mereka, serangan saraf mereka menerusi sudah berjaya diperingkat awal ??? ini kerana, dengan muqabalah, mereka akan menggunakan ruang ini untuk menusup masuk untuk menjatuhkan PAS di masa akan datang.

c) Sedarkan kita, setelah persetujuan muktamar tersebut terhadap muzakarah/muqabalah itu, menyebabkan mereka mula menyusun strategi untuk memperdayakan sebilangan pimpinan PAS tertentu dengan kemewahan ??

d) Sedarkah kita, ternyata strategi mereka yang mahu memperdayakan sebilangan pimpinan PAS tertentu dengan kemewahan itu berjaya ???

e) Sedarkah kita, mereka mengikuti juga persidangan Muktamar PAS di Shah Alam baru-baru ini ???

f) Sedarkah kita, mereka amat gembira dengan berita ….. (ada lagi, tidak boleh didedahkan, dibimbangi lahir pelbagai spekulasi jahat)

g) ….
h) …..

MUNGKIN KITA AKAN SOAL

Takkan salah nak muzakarah/muqabalah, sedangkan ia diizinkan dalam Islam ???

Jawapan ;

Memang tidak salah. Tetapi perlu berhati-hati, kerana dibimbangi ia adalah perangkap.

Keadaan ini, sama sahaja seperti tidak salahnya makan harta ghanimah, malah ia memang menjadi hak bagi mereka yang terlibat dalam peperangan. Pun begitu, didapati antara punca kekalahan tentera islam ketika itu adalah disebabkan ‘harta ghanimah’ yang dihalalkan dalam Islam.

Isu kita sekarang bukan salah atau tidak, tetapi apakah ia perangkap atau tidak ??

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Jun 2009 * 8:35 pagi





UMNO LAGI SIAL DARI PKM

pertama:


kedua:



ketiga:



keempat:


PKS JATUH, KENAPA??


PKS JATUH, KENAPA??

PKS (parti Keadilan sejahtera) menang di Indonesia. kemenangannya menyebabkan banyak gerakan Islam mahu mencontohinya. Tidak ketinggalan, sebilangan pimpinan PAS mengkaguminya ketika itu.

Kini parti itu kalah teruk, jatuh tersungkur. Berita kejatuhan parti itu di Indonesia tidak diketahui puncanya melainkan mereka yang duduk dalam majlis “muhasabah” PKS sendiri.

Seorang kawan berjawatan Ketua Pemuda PAS di salah sebuah kawasan di Selangor telah menelefonku. Beliau menyatakan, beliau baru sahaja pulang dari Indonesia; menjalani salah satu sesi lawatan dan ziarah terhadap pimpinan-pimpinan PKS di Indonesia.

Antara bahan rencah yang berjaya dijadikan pengajaran bersama. Beliau menyatakan, menurut “muhasabah” PKS, didapati kejatuhan mereka yang teruk di Indonesia bersebabkan tindakan pimpinan tertinggi PKS yang tidak lagi melihat mood rakyat Indonesia yang terlalu membenci kepada suharto.

Keadaan ini berlaku, apabila pimpinan tertinggi mereka yang dahulunya terlalu mengkritik dan menghentam suharto, lalu setelah berkuasa mereka memuji-muji Suharto.




Melihat keadaan itu, menyebabkan rakyat bawahan marah, yang akhirnya telah “menghukum” PKS sehingga jatuh tersembam di bumi Indonesia.

Apakah keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia disaat rakyat sedang membenci UMNO yang telah didontrinkan oleh kita sendiri???

Ya !! memang kebencian kita terhadap UMNO tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita berdakwah; mengajak orang UMNO kepada Islam, tetapi perlu diingat, Orang UMNO perlu didakwah, tapi Parti UMNO wajib diluputkan dari muka bumi Allah, sepertimana Musa meluputkan ajaran Firaun di bumi Mesir…

Sekian

p/s : jikalau PAS kalah teruk dalam pilihanraya ke 13 nanti, jangan disalahkan kepada rakyat yang kononnya kurang membaca buku-buku politik.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Jun 2009 * 2:14 pagi