Ucapan Fathul Bari dalam persidangan UMNO, sudah pasti memperlihatkan kegembiraan bagi orang-orang UMNO. Dari pihak PAS pula, ramai yang murung dan marah, tetapi tidak dapat membalas balik hujjah, disebabkan hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh Fathul Bari itu diambil terus dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Dari gaya ucapan dan cadangan yang dilontarkan oleh fathul bari itu, tidak mustahil Fathul Bari bakal [bahkan mungkin juga] ditabalkan seseorang yang berjawatan besar dalam UMNO, disamping tidak mustahil juga, cadangan penubuhan majlis Ulama UMNO juga akan dilaksanakan. Sukar untuk menilai keadaan PAS ketika itu. Apakah ramai yang gelabah, atau masih ‘maintain’ seperti sedia kala?
Pernah Dr Asri mengambil sikap yang agak menyerang PAS sebelum ini [sebelum sejarah 8 mac 2008], kelihatan ramai pimpinan PAS yang agak gelabah. Terutama, mereka dari golongan ‘agamawan’. Ustaz Idris Ahmad yang kini Ketua Penerangan PAS, pernah menyatakan keluhan kebimbangan bernada ‘gelabah’ terhadap berita, kononnya ketika itu Dr Asri sedang menyenaraikan nas-nas hadis untuk membuktikan PAS ini sebagai Khawarij.
Aku tidak pasti reaksi bagi ustaz-ustaz dan agamawan-agamawan bawahan tentang berita ini, tetapi jika agamawan yang berada diperingkat atasan pun sudah gelabah, sukar untuk menilai keadaan yang dibawah pula.
Ekoran itu, sepertimana yang aku pernah tulis dalam tiga tahun lepas, bahawa sudah sampai masanya PAS tidak lagi menggunakan slogan ‘kepimpinan ulama’, tetapi yang lebih tepat bagi berhadapan dengan UMNO, PAS perlu menggunakan slogan ‘kepimpinan bertaqwa’. Ini kerana, Jika disebut kalimah ulama, Imam Al-Ghazali pernah membahagikan ulama itu terbahagi kepada dua; ulama as-su’ dan ulama al-akhirat, iaitu ulama jahat dan ulama yang mementingkan akhirat. Justeru, penggunakaan kepimpinan bertaqwa, sudah pasti melahirkan satu persepsi yang berbeda terhadap pengistilah penggunaan Ulama yang digunakan oleh UMNO dan PAS.
Walaubagaimana pun, dari artikle ini ingin diberi komentar ringkas beberapa perkara tentang apa yang diungkapkan oleh fathul Bari dalam ucapan beliau dalam persidangan UMNO semalam. Ia adalah seperti berikut;
Pertama:
Tentang isu teguran terhadap pemerintah, telah aku kupas dalam artikle yang lalu, iaitu dalam artikle yang bertajuk, “MENJAWAB TULISAN ULAMA MUDA UMNO DALAM ISU ‘MISI MUNAJAT ROYALTI"[sila klik]
Di sana, telah diberi kupasan panjang lebar, dan disertakan hujjah balas terhadap apa yang telah diungkapkan oleh Fathul Bari.
Namun, secara umumnya ingin dinyatakan disini, Fathul bari mengulas hadis tanpa melihat kepada maqasid dan kaedah usul fiqh yang tepat, disamping mengungkap perkataan-perkataan ulama-ulama tanpa merujuk kepada ‘tarikh tasyrik’. Justeru, dalam mengadaptasikan sesuatu fatwa tanpa mengetahui tarikh tasyrik adalah satu perkara yang salah.
Adapun kesalahan Fathul Bari dari sudut mengulas nas hadis tanpa merujuk kepada maqasid dan usul fiqh, dipesan agar membaca kitab Usul Fiqh Islami karangan Dr Wahbah Az-Zuhaili yang pernah berkata;
تفسر النصوص القرءان و السنة بحسب العرف القائم حين ورودها و لا يلتفت لتبدل الأعراف
Maksudnya;
“Nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah ditafsirkan berdasarkan kepada uruf ketika waridnya, tanpa perpaling [bertukar] dengan sebab bertukar-tukarnya uruf”
[Usul Al-Fiqh Al-Islami : 2/851]
Dari itulah, lahirnya perbincangan yang disebut sebagai maqasid. Maqasid adalah perkara yang tidak berubah, tetapi perubahan itu berlaku berdasarkan wasilah. Wasilah bersifat berubah.
Para ulama usul menyebut;
يغتفر في الوسائل ما لا يغتفر في المقاصد
Maksudnya;
“Dimaafkan pada perkara yang bersifat wasail, tetapi tidak dimaafkan pada perkara yang bersifat maqasid”
[Al-Aqmar Al-Mudi’ah : 235]
Dalam hadis, dinyatakan bahawa menegur pimpinan tidak boleh dilakukan secara terbuka. Ia mengandungi maqasid bimbang melahirkan kemudharatan yang lebih besar, iaitu kemungkinan pemerintah bertindak lebih ganas kerana tidak dapat menerima teguran. Namun, bagaimana pula jika tidak menegur secara terbuka boleh lahir kemudharatan yang lebih besar? Ekoran itu, hadis tersebut hendaklah dilihat dari sudut maqasidnya, bukan dari zahir nas semata-mata.
Kedua:
Pembangkang dilihat sebagai menghukum, bukan memberi nasihat. Itu dakwaan Fathul bari yang kelihatan menasihati PAS, waima sebelum ini dia mendakwa masuk ke dalam UMNO kerana hendak menasihat UMNO, tetapi hakikat sebaliknya kini.
Secara asasnya, Nasihat ini bertujuan untuk memberhentikan seseorang itu dari melakukan kesalahan atau maksiat. Terkandung didalamnya makna dakwah dan sebagainya. Berdakwah ini, disuruh oleh Allah SWT secara berhikmah.
Firman Allah;
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
Maksudnya;
“serulah ke jalan tuhan kamu dengan hikmah [kebijaksanaan]”
[An-Nahl : 125]
Di mana salahkan berhukum ketika menyeru manusia kepada Islam. Ia adalah satu satu strategi dakwah yang berhikmah juga. Malahan, jika direnung dalam Al-Quran, Allah SWT mengupas tentang kedegilan bani Israel, boleh dikatakan banyak Allah SWT berhukum kepada mereka dengan pelbagai lebel yang diberikan, seperti lebel tidak beriman, kafir, munafiq dan fasiq.
Contohnya adalah seperti firman Allah;
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Sebilangan dari manusia itu, mereka berkata, Kami beriman dengan Allah dan hari akhirat, [tetapi sebenarnya] MEREKA TIDAK BERIMAN”
[al-baqarah : 8]
Dalam ayat ini, Allah SWT berhukum terhadap orang-orang munafiq dengan menyatakan bahawa mereka tidak beriman. Mengapa Allah menyatakan sedemikian? Kerana, Allah SWT mahu mencampak perasaan gerun dalam hati orang munafiq, agar meninggalkan kemunafikan mereka.
Begitujuga, Firman Allah;
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ * أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ * وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آَمِنُوا كَمَا آَمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آَمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya;
“Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." * Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah ORANG-ORANG YANG MEMBUAT KEROSAKAN [MUFSIDUN], tetapi mereka tidak sadar * Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah ORANG-ORANG BODOH [AS-SUFAHA’]; tetapi mereka tidak tahu”
[al-baqarah : 11-13]
Dalam pengajian Ilmu tafsir, Allah SWT boleh menggunakan perkataan ‘orang-orang yang melahirkan kerosakan’ dan ‘orang-orang yang bodoh’ itu dalam menggunakan ‘feil’ atau kata perbuatan. Tetapi sengaja Allah SWT menggunakan Isim atau kata nama. Ia sudah pasti mempunyai balaghahnya tersendiri.
Dalam ayat ini, Allah SWT menceritakan teguran dan nasihat yang hendaklah diberikan kepada orang-orang munafiq. Tetapi, setelah diberi teguran, mereka tetap memberikan jawapan, Allah SWT telah berhukum terhadap orang-orang munafiq itu dengan diberikan mereka beberapa lebel, seperti lebel ‘Mufsidun’ [orang-orang yang melakukan kerosakan] dan ‘Sufaha’” [melayu : orang-orang bodoh].
Ketiga:
Tentang mengumpat telah dikupas dalam artikle yang lepas. Adapun tentang menggunakan ungkapan yang ditafsirkan sebagai mencela, ia tidak dinafikan adalah terlarang.
Sabda Nabi SAW;
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
Maksudnya;
“mencela orang muslim itu adalah fasiq, dan membunuh mereka adalah kufur”
[Al-Bukhari : 5584]
Dalam hadis ini, ia mengandungi maksud larangan dari melakukan celaan. Tetapi, dari sudut bahasa, kalimah ‘Sibab’, ia memberi makna ‘Mubalagah’, iaitu berkali-kali mencela, sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi dirinya. Perkara ini dibahas oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam lamanweb beliau. [Sila Klik]. Justeru, larangan dalam hadis ini adalah, larangan mencela berbentuk sentiasa, sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi seseorang.
Adapun dari sudut yang lain, hadis ini bersifat umum. Dalam keadaan tertentu, ia boleh ditakhsiskan dengan beberapa nas yang lain, seperti satu hadis bahawa Nabi SAW pernah didatangi oleh seseorang lelaki [dalam Al-Muntaqa, dinyatakan lelaki itu bernama ‘Uyaynah bin Hisn Al-Fazzari] ke rumah baginda. Melihat lelaki tersebut, nabi SAW berkata sehingga Aisyah merasa terkejut, iaitu berkata Nabi SAW;
بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ وَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ
Maksudnya;
“[dia adalah] sejahat-jahat keturunan” [terjemahan dalam dialek kelantan, baso bako jahat]
[Al-Bukhari : 5572]
Dari perkataan ini, kita akan dapati bahawa ia adalah perkataan celaan. Ini menandangkan, dalam beberapa keadaan celaan itu dibenarkan. [dalam semua mazhab, sama ada Syafie, Hanafie, Maliki dan hambali, Nas ahad boleh ditakhsiskan dengan nas yang ahad juga. Adapun khilaf adalah, apakah nas ahad boleh mentakhsiskan nas mutawatir. Imam hanafi mengatakan tidak boleh, tetapi boleh dalam mazhab selain hanafi : lihat Mabahis Usuliyyah Fi Taqsimat Al-Alfaz : 141-145]
Memahami keadaan ini, tidak hairan kita akan mendengar celaan sebilangan ulama hadis kepada sebilangan perawi-perawi hadis dengan pelbagai gelaran negatif, seperti dajjal, kazzab dan sebagainya. [Dajjal dan Kazzal boleh diterjemahkan sebagai ‘kaki penipu’]
Contohnya, Imam Ahmad [bin Hanbal] dan Ad-Daruqutni ada melebelkan ‘Kazzab’ kepada seorang perawi yang bernama Muhammad bin Ziyad, kerana telah memalsukan hadis yang kononnya Nabi SAW ada bersabda;
صنفان من أمتي إذا صلحا صلح الناس : الأمراء و الفقهاء
Maksudnya;
“Dua jenis manusia dari kalangan umatku, apabila mereka baik, maka baiklah manusia; Pemerintah dan orang-orang alim”
[Silsilah Daifah : 1/93]
Kalau dalam memalsukan satu dan dua hadis pun, sudah mendapat gelaran yang mengandungi celaan. Bagaimana pula UMNO yang sudah sekian lama memalsukan islam?
Keempat:
Fathul bari menyebut tentang umat pertengahan [Al-Wasatiyyah]. Lalu dibacakan satu firman Allah SWT;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
Maksudnya;
“Begitulah kami jadikan kamu umat yang pertengahan, supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia”
[Al-Baqarah : 143]
Peliknya, tidak dibaca sambungan ayat yang berbunyi;
وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Maksudnya;
“dan Rasul itu menjadi saksi terhadap kamu”
Konsep ummah pertengahan ini, bukan dengan perkauman melayu seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Tetapi, umat pertengahan adalah melaksanakan keadilan yang berasaskan kepada Islam [bukan berasaskan melayu]. Maksud keadilan yang berasaskan islam adalah seperti yang didefinisikan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menerusi hadis bahawa nabi SAW bersabda;
فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Maksudnya;
“berikanlah hak itu kepada orang yang mempunyai hak”
[Al-Bukhari : 1832]
Jika mahu mendapat penyaksian dari manusia [mungkin dimaksudkan fathul bari itu adalah orang melayu], tidak hairan Fathul bari mengupas bahawa menjadi umat pertengahan ini dengan membaca sekerat ayat sahaja. Tetapi, jika dibaca lanjutan ayat, pasti jelas bahawa konsep umat pertengahan adalah, apa yang telah diperjuangkan oleh nabi SAW.
Kelima:
Fathul bari kelihatan mempertahankan Rosmah dengan mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri itu tidak menjadi penganjur, tetapi sekadar penaung dalam program Islamic Fashion Festival.
Mungkin kita selayaknya berfikir tentang hukum seorang suami yang merupakan penaung terhadap isterinya; yang merelakan isterinya membuka aurat di khalayak ramai. Apakah hukum yang hendak diberikan kepada suami tersebut?
Yang yang paling penting wajib difikirkan tentang konsep ‘Amar Ma’ruf dan nahi mungkar’. Seseorang isteri yang membuka aurat di khalayak ramai adalah perbuatan yang haram tanpa khilaf. Sebagai suami yang mempunyai kuasa, sudah pasti wajib suami itu menyuruh isterinya menutup aurat. Tindakan seseorang suami membiarkan isterinya membuka aurat di khalayak adalah tindakan yang salah, malahan berdosa. Inikan pula jika suami itu merelakan isterinya membuka aurat di khalayak.
Maka begitulah tentang rosmah yang menjadi penaung kepada program Islamic Fashion Festival yang didakwa bahawa dia bukan penganjurnya. [masalahnya sekarang, Rosmah pun tidak menutup aurat]
PENUTUP
Fathul Bari kena ingat, saidina Ali melaksanakan islam. Dasar pemeritahannya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Keadaan ini berbeda dengan UMNO yang menjadikan islam sebagai alat sahaja, bukan dasar.
Jika benar pemerintahan Malaysia mahu dibandingkan dengan pemerintahan saidina Ali, mengapa sehingga kini undang-undang islam tidak terlaksana di Malaysia? Jika tidak sempurna lagi perlaksanaan undang-undang islam dalam negara, makanya apa pula usaha ke arah kesempurnaan yang telah dilakukan oleh UMNO?
Sebab itu, ramai yang berbicara tentang Khawarij yang tidak menjadi pemerintah yang menyerang kerajaan saidina Ali, tetapi ramai tidak pernah terfikir tentang Khawarij, apabila menjadi pemerintah. Ini kerana, definisi Khawarij bukan sebagai gerakan yang tidak menjadi kerajaan atau tidak, tetapi khawarij adalah gerakan yang tidak rela dengan hukum Islam yang terlaksana, tetapi mengungkap ungkapan syariah untuk membenarkan tindakan mereka.
Ekoran itu, tidak hairan Saidina Ali pernah berkata kepada Khawarij;
كلمته الحق و أريد بها باطل
Maksudnya;
“Perkataannya adalah benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan”
Khawarij di zaman Ali, mereka tidak memerintah. Khawarij di zaman sekarang, mereka memerintah. Bagaimana pula UMNO ada ulama?
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
24 Oktober 2010 * 9:58 pagi