Sabtu, 12 Mac 2011

MENILAI SEJARAH

Nuqaib Al-Attas pernah menulis dengan menyatakan bahawa menilai sejarah itu seperti kita melihat perempuan yang cantik. Dari jauh, perempuan itu dilihat cantik, dengan keputihan kulitnya, kemerahan pipinya dan keikalan rambutnya. Tetapi, apabila pipi perempuan yang putih kemerah-merahan itu dilihat dengan kanta, maka kelihatanlah banyak kekotoran, jerawat, kekerutuan kulit dan banyak lagi. ketika itu, kecantikan sebenar perempuan baru terbongkar, bahawa ia dilihat sahaja cantik, tapi sebenarnya ia tidaklah begitu cantik.

Begitujuga kita mendengar lagu P. Ramlie yang memuji seorang gadis cantik dari filem penarik beca. Watak azizah yang dibintangi oleh Seniwati Saadiah dipuji dan dipuja oleh amran yang diwatakkan oleh P. Ramlie yang masih muda.

Dalam frust, Amran mengalunkan lirik lagu yang memuji azizah yang dinilai sebagai cantik. "engkau laksana bulan", ungkaran lirik lagu tersebut.

Mungkin kita mendengar, kita menilai betapa cantiknya azizah kerana dinilai seperti bulan. Tetapi, tanpa kita sedari bahawa kajian ahli falak yang mempunyai teleskop yang hebat telah membuktikan secara dekat bahawa bulan itu tidak cantik, sebaliknya berlubang-lubang, berkerutu dan banyak lagi kehodohannya. Ternyata, penilaian cantiknya bulan itu bukan kerana sebenarnya cantik, tetapi dinilai cantik hanya dari sudut dimensi yang dinilai oleh manusia.

Maka begitujuga sejarah. Keindahan perjuangan seseorang yang terungkap dalam sejarah, hanya dinilai dari dimensi penulis sejarah terbabit. Tetapi, jika dilihat dari dimensi yang lain, mungkin keindahan perjuangannya itu tidak kelihatan lagi.

Dalam keadaan inilah, tidak hairan wujud ilmu kritikan sejarah. Satu sejarah yang terungkap, akan dikritik oleh ahli sejarah lain. Namun, adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan bahawa penulisan sejarah itu, kadangkala ditulis dengan kepentingan agenda yang mahu dibawa oleh penulis. Malahan, kritikan sejarah berlaku, juga kerana kepentingan agenda pengkritik.

Jika keadaan ini berlaku, kita terpaksa terima hakikat bahawa sejarah tidak boleh dijadikan sandaran dalam meneruskan usaha dan tindakan untuk masa akan datang. Tetapi, sejarah hendaklah dijadikan sebagai pengajaran dan sikap berhati-hati dalam usaha kita mencipta sejarah.

Sedihnya, umat Islam pada hari ini tidak berani mencipta sejarah, tetapi lebih suka belajar dari sejarah. Ekoran itu, umat Islam mundur kerana kejumudan pemikiran mereka yang tertakluk dengan sejarah, tanpa keberanian mencipta sejarah.

Sekian

Wallahu 'Alam.

Kopitiam Bangi
12 Mac 2011 * 11.55 Malam

MASLAHAH BERTEMBUNG DENGAN NAS? [2]

Apabila disebut hukum haram yang teristinbat dari nas, sudah pasti ia mempunyai kemudharatan. begitujuga, jika ia adalah halal, pasti ia mengandungi kemaslahatan. Adapun jika perkara yang haram itu adalah maslahah, diyakini bahawa maslahah itu kecil, jika mahu dibandingkan dengan kemudharatan. Begitulah sebaliknya.

Imam Al-Baidhawi ada berkata dalam kitab syarh minhaj, "perkara yang diharamkan syarak, maka ia adalah keburukkan. Sekiranya tidak [tidak haram, iaitu halal], maka ia adalah kebaikan.."

Isu yang timbul adalah, wujudnya pendapat yang mengatakan bahawa nas dan maslahah boleh bertembung. Bagi memastikan keadaan ini, kita perlu memerhatikan kepada beberapa perkara.

Pertama;

Percanggahan nas dan maslahah itu, dari sudut zuruf [konteks]. Sama ada, dari sudut masa atau tempat. Dan percanggahan itu berlaku, antara nas yang bersifat tasyrik, dan pengadaptasian bersifat tanfiz.

Contohnya perlaksanaan hudud. Secara tasyriknya, kewajipan hudud yang termaktub dalam nas, membuktikan ia memberi kemaslahatan kepada manusia. Namun, dari sudut tanfiznya, perlaksanaan itu memungkinkan penolakan terhadap hudud. Ia bukan bermakna, hudud itu tidak memberi kemaslahatan kepada manusia, tetapi hukum hudud itu memungkinkan ditolak rakyat. Antara faktornya adalah, kejahilan dan ketidak-kefahaman mereka terhadap hudud.

Jadi, dalam hal ini, kelihatan wujud pertembungan antara nas dan maslahah, tetapi sebenarnya ia tidak bercanggah. Ini kerana, ia berada dalam dua kelas yang berbeda.

Kedua;

Nas yang bercanggah dengan maslahah yang tidak dikukuhkan oleh nas. Setiap nas itu mesti mempunyai maslahah. Tetapi, didapati wujud maslahah yang lain yang menyanggahi nas.

Dalam keadaan sebegini, nas hendaklah didahulukan berbanding maslahah. Ini kerana, kemaslahatan yang wujud dalam nas adalah bersifat pasti, cuma ia mungkin tidak difahami oleh manusia sahaja. Adapun maslahah yang wujud tanpa dokongan nas, ia adalah maslahah yang dikhayalkan oleh manusia sahaja [maslahah mauhumah : maslahah yang tidak berbentuk pasti].

Ketiga;

Nas dan maslahah dilihat bertembung, dalam keadaan maslahah tersebut dikukuhkan dengan nas-nas yang lain.

apabila keadaan ini berlaku, maslahah tidak terus didahulukan dari nas, sebaliknya hendaklah dilakukan beberapa tindakan, iaitu seperti berikut;

A- hendaklah dihimpukan antara nas dan maslahah tersebut.
B- jika tidak dapat dihimpun juga, malahan tetap berlaku mu'aradhah, atau pertentangan, maka hendaklah nas itu dianggap umum yang maslahah itu merupakan khususnya, atau dianggap mutlaq pada nas dan maslahah dianggap sebagai muqayyadnya dan seterusnya.

Secara umumnya, agak mustahil jika ada dakwaan yang mengatakan dari sudut tasyrik bahawa berlaku pertembungan nas dan maslahah. Jika ada yang menyatakan dakwaan sedemikian juga, ia akan melahirkan "tasalsul", iaitu maslahah menafikan maslahah. Ini kerana, setiap nas mesti mempunyai maslahah.

Sekian..

Wallahu 'Alam.

Jumaat, 11 Mac 2011

MASLAHAH BERTEMBUNG DENGAN NAS? [1]

kandungan nas itu, hendaklah dilihat dari 2 sudut, iaitu tasyrik dan tanfiz. Dari sudut pensyariatan [tasyrik], islam ini telah sempurna.

"Hari ini, telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan atas kamu nikmatku, dan Aku redha Islam sebagai agama [cara hidup]" Ungkapan kalamullah dalam Al-Quran.

Kesempurnaan Islam itu, apabila mahu diadaptasikan [tanfiz/tatbiq/tanzil], ia tidak semestinya perlu dilakukan secara gopoh. Dengan erti kata lain, ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya ia perlu diperhatikan terlebih dahulu, apakah dengan perlaksanaan segera itu, melahirkan kemudharatan atau tidak. Sekiranya melaksanaan dengan segera itu boleh melahirkan mudharat, maka hendaklah di tangguhkan terlebih dahulu. Namun begitu, menangguhkan tersebut bukan bermakna ia ditinggalkan terus, sebaliknya wajib melakukan usaha-usaha kearah kejayaan perlaksanaan tersebut.

Dalil bagi perkara ini adalah banyak. Antaranya adalah dalam hadis, dinyatakan bahawa Aisyah pernah bertanya kepada Nabi berkenaan dengan baginda tidak mengalihkan tapak kaabah yang tidak berada tepat pada tempatnya. pertanyaan aisyah itu, dijawab oleh Nabi dengan kata baginda SAW, "kalaulah tidak kaum kamu baru sahaja meninggalkan kekufuran, pasti aku telah melakukannya".

Begitujuga, anak umar bin abdul aziz bernama Abdul Malik telah bertanya kepada bapanya, tentang keadaan bapanya yang mempunyai kuasa pemerintahan bahawa tidak melaksanakan segala kandungan Islam. Mendengar pertanyaan anaknya itu, Umar bin abdul aziz menjawab, "jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran [Islam] kepada manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total. Maka itu merupakan fitnah".

Sesungguhnya perlaksanaan islam [tanfiz/tatbiq/tanzil] secara bertahap-tahap ini merupakan perkara yang sesuai dengan fitrah. Mana mungkin seorang bayi yang baru lahir dilahirkan terus pandai berbicara, bermain basikal dan sebagainya. Sebaliknya, hendaklah dilakukan secara bertahap-tahap.

Memandangkan ia adalah perkara fitrah, dan Islam itu juga adalah agama fitrah, maka tidak hairan dalam surah al-Furqan ayat 32, Allah SWT ada berfirman, "berkata orang kafir, kenapa Al-Quran itu tidak diturunkan sekaligus? Begitulah agar kami memperteguhkan hatimu [Muhammad] dengannya dan kami membacanya secara tartil [beransur-anur, perlahan dan benar]"

Jadi, di sini kita dapat dibedakan antara tasyrik dan tanfiz.

Bersambung...

Wallahu 'Alam

Khamis, 10 Mac 2011

KUALITI DAN PERCUMA

Dalam kehidupan ini, kualiti adalah perkara penting. Orang yang berkualiti, akan dinilai mulia di mata-mata manusia, juga dari pandangan tuhan. Orang yang berkualiti adalah orang yang berinovasi, orang yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Dalam al-Quran, Allah memperkenalkan orang yang berkualiti ini dengan pelbagai nama. Antaranya, muhisinin, muttaqin, mukminin dan banyak lagi. Yang pastinya, kualiti adalah perkara yang cukup ditekankan oleh Islam.

pendidikan percuma atau tidak, ia bukan soal penting. Yang paling penting adalah, apakah pendidikan yang dapat diberikan kepada rakyat malaysia itu berkualiti atau tidak.

Secara fitrah, sesuatu yang berkualiti tidak akan tercapai kecuali melaksanakan beberapa tindakan. Antara yang paling asas adalah saingan. Apabila wujud saingan, maka wujud inovasi. Ini kerana, orang yang bersaing, pasti akan melakukan penciptaan atau tindakan yang dapat melebihi orang yang dia bersaing.

Seorang pengeluar handphone Nokia, pasti akan sentiasa mengeluarkan produk2 yang terkini dan unik, disamping dapat memberikan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Keadaan ini berlaku kerana, ia terpaksa bersaing dengan beberapa syarikat handphone yang lain seperti soni aricson, toshiba, blackberry dan sebagainya.

Secara umumnya, Islam memandang saingan ini satu perkara yang dilihat secara positif. "berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan", kata Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 148

masakan Allah menolak, jika sesuatu itu boleh melahirkan keuntungan kepada umat itu sendiri. ekoran itu, ia amat dipentingkan dalam Islam.

kualiti pula, ia boleh tercapai sama ada secara percuma atau tidak. Tetapi, sekiranya dengan percuma, maka ia melahirkan kualiti, maka itu adalah yang terbaik. tidak ada faedahnya kita mendapat pendidikan percuma, jika ia tidak mendatangkan kualiti.

Mengikut kebiasaannya, manusia amat terikat kepada nilai kebendaan. Dengan asas kebendaan itu, menyebabkan mereka akan memberikan produk yang terbaik bagi memastikan nilai kebendaan itu sentiasa mereka tercapai.

kehendak kebendaan ini diasuh oleh islam dengan nilai kebajikan. Ekoran itu, Islam mewajibkan zakat dan sedekah. Orang yang bersedekah bermakna orang itu mempunyai nilai-nilai kebajikan pada dirinya. Orang yang kedekut, sudah kelihatan nilai kebendaan telah menguasai dirinya.

Nilai ini tidak salah dari sudut hukum, tetapi salah dari sudut etika. Tetapi, jika nilai kebendaan itu sudah sampai tahap menafikan hak manusia lain, maka ia bukan isu etika lagi, tetapi ia sudah jadi perbincangan hukum, malahan ia wajib ditentang dan di lawan.

Dalam Islam, diklasifikasikan sebagai melanggar hukum bagi mereka yang tidak melakukan sedekah yang wajib [disebut sebagai zakat]. Keberadaan mereka ini, bukan sekadar salah, malahan ia boleh ditentang.

Jadi, nilai-nilai kebajikan ini wajar dipupuk, malahan ia dituntut oleh Islam akan dipupuk. Sekiranya nilai kebajikan ini berjaya dipupuk, tidak mustahil percuma dan kualiti akan tercapai. Tetapi jika sebaliknya, kemungkinan kualiti boleh tercapai, tetapi bukan dengan percuma, sebaliknya berbayar.

Sekian..

Wallahu 'Alam.

PERUBAHAN SEKULAR DI TURKI

Jika dilihat bentuk sekular yang menjahanamkan pemerintahan Osmaniyyah turki, ia adalah sekular yg anti agama. Sekular bentuk mustafa kamal art-tartuk ini, ternyata zalim dan menindas.

Perkembangan pemikiran sekular mustafa kamal art-tarturk itu, ternyata tidak disetujui oleh rakyat turki, menyebabkan dalam pilihanraya, Turki telah berjaya dikuasai oleh islamic group atas nama parti refah, sebuah parti Islam di sana, sepertimana PAS di Malaysia.

Namun begitu, refah tidak lama. Mereka digulingkan oleh tentera disebabkan "sorohah" atau terlalu jelas usaha mereka hendak menjadikan turki negara yang mengamalkan Islam, dalam keadaan perlembagaan turki menekankan dasar sekular yang bercanggah dengan Islam.

kejatuhan parti refah, melahirkan berlaku pertembungan dalaman parti Islam itu, sehingga beberapa pemimpin mereka telah mengambil sikap keluar dan menubuhkan sebuah parti baru bernama AKP.

Ternyata, gaya dan pendekatan AKP yang dipimpin oleh Erdogan dan Abdullah Gul itu mendapat tempat dalam hati rakyat turki, menyebabkan mereka menjadi pemerintah selepas dari itu.

secara zahirnya, mereka mengakui sebagai sebuah parti yang mempertahankan dasar negara yang sekular, tetapi secara tidak sedar didapati sekular anti agama di turki sudah bertukar kepada tidak anti agama. Perempuan Islam sudah dibenarkan memakai tudung, tidak seperti sebelum ini. Azan sudah mula boleh dilaungkan dalam bahasa arab, tidak seperti azan di zaman mustafa kamal art-tarturk dan banyak lagi.

apabila ditanya tentang semangat perjuangannya, Erdogan secara terang-terangan mengatakan bahawa beliau mendokong sekular. Tetapi disebalik perkataannya itu, banyak ruang-ruangan kefahaman rakyat terhadap Islam semakin terserlah.

Mungkin ini satu fasa yang pertama, tidak tahu lagi apa akan terjadi pada fasa kedua dan ketiga nanti.

Sekian

Wallahu 'Alam.

Rabu, 9 Mac 2011

TAK SEMUA SEKULAR ANTI AGAMA?

Dalam pandangan uruf rakyat Malaysia, sekular ini dimasyhurkan sebagai "agama suku, politik suku". Dengan maksud, urusan keagamaan itu tidak boleh dicampur adukkan dengan urusan kehidupan, lebih-lebih lagi dalam pemerintahan.

Sekular itu sendiri mempunyai pelbagai aliran. Ada yang anti agama, dan ada yang tidak anti agama.

Sekular aliran mustafa kamal art-tarturk adalah sekular yang anti agama. Ekoran itu, Turki di era mustafa kamal, tidak dibenarkan azan dalam bahasa turki, wanita islam dilarang memakai tudung dan banyak lagi.

Tidak dinafikan bahawa ada aliran sekular yang tidak anti-agama. Sekular di Amerika, mereka tidak seperti di turki waktu era mustafa kamal art-tarturk.

Malahan, pada tahun 1970, J gordon melton menemui sekitar 800 kelompok keagamaan di amerika [dlm ensiklopedia of amerika religion]. Pada tahun 1994, bahawa ditemui pertambahan sebagai 200 agama lagi.

Ekoran dari itu, tidak hairan didapati bahawa rakyat amerika boleh dikatakan rata2 menganggap bahawa mereka adalah bangsa yang paling religius. Ekoran itu, negara mereka terpaksa mengadakan pengisytiharan antara negara dan agama. [lihat buku membedah islam di barat : 21]

Jadi, pemisahan agama di sana, bukan kerana mereka anti-agama, tapi tidak dapat menentukan agama mana yang dapat menjadi dasar agama dalam pemerintahan.

namun begitu, memandangkan rata-rata rakyat amerika beragama kristian, maka dijadikan upacara sumpah mereka dengan menjunjung bible.

Dari sudut sejarah. Menurut alwi shihab dalam buku "membedah islam di barat", dinyatakan bahawa agama yg ada di amerika sebelum kedatangan eropa, adalah agama yg bercorak kebudayaan beragam dan kompleks, yg menekankan kepada upacara2 ritual-seremonial yg menyerupai kepercayaan animisme. Ia digelar oleh sam D. Gill sbgi agama primitif.

Secara sejarah, agama katolik roma adalah agama pertama yg diperkenalkan oleh eropa kpd amerika. Tetapi, Kemudiannya, kristen protestan lebih diminati oleh rata2 rakyat amerika.

Jadi, kelihatan bahawa sekular di amerika bukan sekular yang anti agama, sebaliknya wujud beberapa unsur agama dalam pemerintahan di amerika.

* komentar dari baca buku "membedah islam dibarat" tulisan Alwi Shihab

Sekian

Wallahu 'Alam.