Sabtu, 22 Januari 2011

[PRK TENANG] ISU UMNO MAINKAN? [2]

Seharian berada di Tenang. bertemu dan 'merisik' khabar tentang isu-isu yang sedang dibicarakan di sana. secara kesimpulan, antara perkara yang kami dapati bahawa isu yang sudah UMNO mainkan secara sulit, khususnya di kawasan felda adalah seperti berikut;

YB DAP MASUK MASJID

antara isu yang sedang dimainkan secara sulit oleh BN [dengan maksud, ia tidak hebah-hebahkan dalam bentuk risalah, banner dll] adalah, kononnya PAS menggadaikan prisip dengan membiarkan YB DAP masuk masjid sewenang-wenangnya.

Walhal, UMNO lupa bahawa Nabi SAW mengizinkan kepada Sumamah bin Ussal yang ketika itu belum beragama Islam masuk ke dalam masjid. alasan UMNO, YB DAP itu tidak mandi jinabah. Mungkin pihak UMNO tak belajar fiqh taharah, bahawa orang bukan islam mandi jinabah pun tidak sah.

RAJA-RAJA MELAYU

didakwa oleh UMNO bahawa PAS tidak serius mempertahankan raja-raja melayu. Mungkin UMNO lupa bahawa raja-raja melayu kehilangan taring pun berpunca dari tindakan pimpinan UMNO sendiri, iaitu Tun Dr Mahathir.

sekadar itu laporan...

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Jumaat, 21 Januari 2011

[PRK TENANG] ISU MAINAN UMNO?

Keadaan di tenang, agak tenang. Pukul 8 pagi, mungkin ada solat hajat. Isu-isu yang bakal dimainkan adalah seperti berikut;

BARANG NAIK [minyak naik]

kenaikan harga barang, dijangka memberi kesan kepada pengundi di tenang. terutama pengundi-pengundi berbangsa cina.

isu kenaikan harga barang, berpunca dari kenaikan harga minyak. ada beberapa fakta tentang kenaikan harga minyak yang berkaitan dengan kenyataan pimpinan UMNO yang dahulu pernah berjanji bahawa tidak menaikan harga minyak, antaranya kenyataan Ismail sabri dan Syafie Afdhal.

HARGA GETAH TIDAK KEKAL

pengundi-pengundi di felda dilihat seperti menyokong BN, dengan alasan kenaikan harga getah yang banyak menguntungkan mereka. Mereka tidak sedar, bahawa harga getah tidak kekal, malahan bakal jatuh di waktu yang lain. dan lagi, mereka tidak sedar bahawa hanya sekali kenaikan harga getah, sedangkan kenaikan harga barang sudah naik

RASUAH

isu rasuah adalah isu yang dilihat memberi kesan kepada semua pengundi di tenang. Isu rasuah ini, amat sensitif bagi pengundi semua bangsa.

BUKU JINGGA

janji 100 hari PR yang termaktub dalam buku jingga itu, amat memberi pengharapan kepada rakyat. ia benar-benar menggerunkan Najib dan sekutu-sekutunya.

sekian

wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Tenang
22 januari 2011 * 6:37 pagi

Rabu, 19 Januari 2011

MUSLIM BANTU BUAT GEREJA?

Dalam sebuah negara Islam, non Muslim diberikan hak beribadat dan mengamalkan agama mereka. Lantaran itu, sebarang perkara yang berkaitan dengan peribadatan mereka, hendaklah kerajaan islam berikan kepada mereka.

Ulama sepakat menyatakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja syiar agama mereka dalam tempat ibadat mereka. Adapun di luar tempat ibadat, ulama berselisih dalam hal ini. Sebilangan ulama membenarkan mereka menzahirkan syiar mereka di luar tempat ibadat. Ulama yang membenarkan itu adalah Al-Kasani dengan katanya:

فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ

Maksudnya:
“Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja Yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi” (Badai As-Sanai: 15/240).

Timbul persoalan, berkenaan dengan pembinaan rumah ibadat bagi non Muslim itu, dilakukan pembinaan tersebut dibantu oleh orang islam. perkara ini menjadi perdebatan ulama, sejak dahulu sehingga kini.

PERBINCANGAN

Perdebatan itu adalah seperti berikut;

MEMBOLEHKAN

Dr Yusuf Al-Qaradhawi memandang, harus bagi orang islam bersama-sama orang bukan islam membina rumah ibadat mereka.

Dalam lamanweb islamonline, dinyatakan;

هناك اختلاف في أقوال الفقهاء حول مشاركة المسلم في بناء إحدى دور العبادة لغير المسلمين, مثل: معبد للهندوس أو كنيسة للنصارى، ونحن نرى السماح للنصارى بإقامة كنيسة في قطر، وهو من حقِ ولي الأمر؛ بناءً على فقه السياسة الشرعية التي تقوم على رعاية مقاصد الشرع, ومصالح الخلق, وتوازن بين المصالح بعضها وبعض, والمفاسد بعضها وبعض, والمصالح والمفاسد إذا تعارضتا

Maksudnya;
"di sana ada perbedaan pendapat Fuqaha' sekitar isu orang-orang islam bersama-sama membina salah satu ruang ibadat bagi orang bukan islam, seperti tempat ibadat hindu atau geraja bagi nasrani [kristian]. Kami [Qaradhawi] memandang ia sebagai harus bagi nasrani untuk membina gereja di Qatar, dan ia adalah hak bagi pemerintah. Semua ini terasaskan kepada fiqh Siyasah Syariiyyah yang ia tertakluk kepada pengakuan terhadap Maqasid Syariah dan maslahah makhluk, menimbang antara maslahah setengah dengan setengah yang lain, dan mafsadah setengah dengan setengah yang lain, maslahah dan mafsadah apabila bertembung"

Fatwa Qaradhawi ini, merujuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh Imam Abu hanifah, waima pendapat itu disanggahi oleh ulama-ulama lain, seperti sahibain [Abu Yusuf dan Muhammad], As-Syafie, Hambali dan Maliki .

Dalam kitab Bahr Ar-raeq menyatakan;

ولو استأجر ـ أي الذمي ـ المسلم ليبني له بيعة أو كنيسة جاز ويطيب له الأجر

Maksudnya;
"Sekiranya memberi upah – oleh zimmi – kepada orang islam untuk membina gereja, maka ia adalah harus dan upah itu adalah baik baginya" [8/23]

Dalam Hasyiah Ibni 'Abidin;

ولو آجر نفسه ليعمل في الكنيسة ويعمرها لا بأس به لأنه لا معصية في عين العمل

Maksudnya;
"Sekiranya mengupahkan dirinya supaya bekerja [membina] gereja, maka itu tidak mengapa. Ini kerana, tiada maksiat pada kerja itu" [6/931]

TIDAK MEMBOLEHKAN

Ben baz, seorang ulama dari Saudi Arabia menyatakan larangan tersebut. Ini dikukuhkan lagi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah daimah [Saudi Arabia].

Kata mereka;

وأجمع العلماء - رحمهم الله تعالى - على أن بناء المعابد الكفرية ومنها : الكنائس في جزيرة العرب أشد إثماً وأعظم جرماً ، للأحاديث الصحيحة الصريحة بخصوص النهي عن اجتماع دينين في جزيرة العرب ، منها قول النبي : "لا يجتمع دينان في جزيرة العرب" . رواه الإمام مالك وغيره وأصله في الصحيحين "

Maksudnya;
"Ulama sepakat atas bahawa membina tempat ibadat orang kafir, seperti gereja di semenanjung arab adalah dosa yang dahsyat dan jenayah yang hebat. Ia berasaskan kepada hadis-hadis saheh yang secara nyata yang menegah secara khusus berkenaan berhimpun dua agama dalam semenanjung arab. Antaranya adalah sabda nabi SAW, "tidak boleh berhimpun dua agama dalam semenanjung arab" [hadis riwayat malik dan lainnya. Asalnya dalam dua buah kita sahih]" [no : 21413 pada 1/4/1421]

Dalam fatwa ini, membina itu juga sudah salah, makanya orang islam membantu membina, maka terlebih salah.

Fatwa ini, sealiran dengan fatwa mazhab As-Syafie, Hanbali, Maliki dan dua orang ulama aliran hanafi [sahibain : Imam Abu Yusuf dan Muhammad]

Dalam hasyiah Al-Qalyubi menyatakan;


ولا يجوز بذل مال فيه لغير ضرورة ومثله أيضا استئجار كافر مسلما لبناء نحو كنيسة

Maksudnya;
"tidak harus menghabiskan harta padanya, [kerana] ia tiada keperluan. Seumpamanya juga, memberi upah oleh kafir terhadap orang islam bagi membina seumpama gereja"

Dalam Hasyiah As-Syibrumulaisi;


لا يصح استئجار ذمي مسلماً لبناء كنيسة لحرمة بنائها

Maksudnya;
"tidak sah memberi upah oleh Zimmi terhadap orang islam bagi pembinaan gereja, kerana pengharaman membinanya"

Al-Imam As-Subki menyatakan;

بناء الكنيسة حرام بالإجماع وكذا ترميمها وكذلك قال الفقهاء لو وصى ببناء كنيسة ؛ فالوصية باطلة ، لأن بناء الكنيسة معصية ، وكذا ترميمها ، ولا فرق بين أن يكون الموصي مسلماً أو كافراً ، وكذا لو وقف على كنيسة كان الوقف باطلاً مسلماً كان الواقف أو كافراً، فبناؤها وإعادتها وترميمها معصية مسلماً كان الفاعل لذلك أو كافراً ، هذا شرع النّبي

Maksudnya;
"Bina Gereja adalah haram secara ijmak. Begitujuga, membaikinya. Fuqaha' menyatakan bahawa, wasiat membina gereja adalah batal, kerana membina gereja adalah maksiat, begitujuga membaikinya. Tidak kira, sama ada pemberi wasiat itu muslim atau kafir. Begitujuga, waqaf membina gereja adalah batal, sama ada pewaqaf itu muslim atau kafir. Membina dan mengulangi dan membaiki gereja adalah maksiat, sama ada yang melakukan itu Muslim atau kafir. Ini adalah syarak nabi SAW"

Dan banyak lagi perkataan ulama-ulama yang mengatakan haram tindakan membina dan membaiki gereja yang dilakukan oleh orang islam.

DALIL-DALIL

PIHAK YANG KATA BOLEH

Dalil-dalil mereka yang membenarkan itu adalah seperti berikut;

Pertama:

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

[Al-Mumtahanah : 8]

Dalam ayat ini, Allah SWT tidak melarang orang Islam dari berbuat baik terhadap orang bukan Islam. malahan, dari ayat lain pula, Allah SWT menyuruh melakukan Bantu membantu atas asas berbuat baik ini.

Firman Allah;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى

Maksudnya;
"Bantu membantulah kamu atas berbuat baik dan ketaqwaan".

[Al-Maidah : 2]

Kedua:

Islam menjaga rumah-rumah ibadat non Muslim dan meraikan syiar agama mereka. Malahan, Al-Quran menyatakan bahawa dibenarkan perang bagi menjaga kebebasan beribadat ini.

Firman Allah;

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِير * الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Maksudnya;
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu * (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah." Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa"

[Al-Haj : 39-40]

Ketiga;

Nabi SAW menyuruh kita menjaga hak non Muslim, dan tidak boleh menzalimi mereka. malahan Nabi SAW sendiri mengakui bahawa Nabi SAW berbelah pihak kepada non Muslim, jika mereka dizalimi oleh orang islam.

Sabda Nabi SAW;

أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
"ketahuilah, barangsiapa yang melakukan kezaliman kepada non Muslim [yang ada perjanjian] atau mengkurangkan [haknya] atau memberi tekanan kepadanya yang luar dari kemampuannya atau mengambil sesuatu darinya tanpa cara baik, maka aku berhujjah dari pihaknya pada hari akhirat kelak"

[Abu daud : 2654]

Keempat:

Umar bin Al-Khattab telah memberi keamanan kepada Ahli Iliya', menunjukkan kebebasan beragama dan penghormatan terhadap rumah ibadat dan peribadatan mereka.

Amir Mukminin itu telah memberikan non Muslim keamanan pada diri non Muslim, gereja-gereja mereka, salib-salib mereka. Malahan Umar melarang dari membinasakan mereka, gereja dan salib-salib mereka" [At-tabari : 3/609]

Pada zaman Khalid bin Al-Walid, sabah itu itu pernan berkata kepada Ahl 'Anat yang beragama kristian dengan katanya;

ولهم أن يضربوا نواقيسهم في أي ساعة شاءوا من ليل أو نهار، إلا في أوقات الصلاة، وأن يخرجوا الصلبان في أيام عيدهم

Maksudnya;
"Bagi mempunyai hak untuk memukul loceng-loceng mereka pada mana-mana waktu yang mereka mahu, amalam atau siang, kecuali pada waktu-waktu solat [orang Islam]. Mereka boleh mengeluarkan salib-salib pada hari-hari perayaan mereka" [Al-Kharaj Abu Yusuf : 146]

PIHAK YANG KATA TAK BOLEH

Adapun hujjah dari pihak yang mengatakan tidak boleh orang islam membantu non Muslim membina geraja adalah seperti berikut;

Pertama;

Firman Allah;

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
"Jangan kamu Bantu membantu atas dosa dan permusuhan"

[Al-Maidah : 2]

Ayat ini, Allah SWT menyatakan tidak boleh Bantu membantu dalam melakukan dosa. Peribadatan selain Allah merupakan maksiat, justeru membantu non Muslim membina gereja adalah maksiat. Makanya, ia adalah haram dan terlarang.

Dijawab, bahawa membantu membina gereja tidak dikira sebagai maksiat. Ini kerana, tidak dikatakan sebagai kerajaan Islam melakukan maksiat, jika kerajaan memberikan kebenaran kepada non Muslim itu membina rumah ibadat mereka, seperti yang telah dilakukan oleh para sahabat [merujuk kepada Umar bin Al-Khattab dan Khalid bin Al-Walid].

Kedua;

Firman Allah;

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya;
"Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih"

[As-Syura : 21]

Membantu membina gereja adalah tindakan yang menggambarkan perkongsian dengan sembahan selain Allah SWT. Sudah pasti, ia boleh membawa kepada kekufuran [atau murtad].

Firman Allah SWT;

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Maksudnya;
"bagi kamu, agama kamu. Bagiku, agamaku"

[Al-Kafirun : 6]

Dijawab, bahawa membantu membina gereja itu, bukan bermaksud perkongsian agama, tetapi ia adalah memberi bantuan kepadanya atas asas kemanusiaan. Ia sama seperti fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi memfatwakan keizinan mengucap tahniah dengan kehadiran perayaan agama lain dengan alasan kemanusiaan. Pun begitu, Qaradhawi melarang ucapan itu sekiranya dengan keredhaan hati terhadap agama tersebut. [Al-Fatawa Al-Maasarah : 3/672]

Maka begitujuga dalam membantu non Muslim membina gereja. sekiranya ia sekadar untuk membantu non Muslim atas asas kemanusiaan dan menjaga hubungan baik dengan mereka, tanpa perasaan hati redha terhadap agama mereka, maka ia tidaklah satu perkara yang salah dan dilarang oleh syarak.

SIKAP KITA KEPADA KHILAF

Melihat kepada ulasan di atas, tidak dinafikan bahawa perbincangan tentang isu ini merupakan perkara yang di khilafkan di kalangan ulama.

Khilaf yang berlaku selayaknya dihadapi dengan toleransi dan tidak perlu berlaku perbalahan dan berkeras mempertahankan pendapat masing-masing.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan sebegini, sebolehnya, kita perlu mengelak diri dari melakukan perkara yang boleh jatuh kepada haram, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan aqidah, walaupun ianya sesuatu yang khilaf.

Kaedah fiqh ada menyebut;

“Keluar daripada khilaf adalah digalakan” [Perbahasan kaedah-kaedah Fiqh, karangan Ust Abd latif Muda dan Ustz Rosmawati Ali : m/s 366]

Maksudnya, sekiranya pendapat A mengatakan haram dan pendapat B mengatakan harus, maka sebaik-baiknya kita memakai pendapat B. walaubagaimanapun, kemungkinan disebalik menggunakan pendapat B itu boleh merugikan dari beberapa sudut, maka gunakan kepandaian dan kecerdikan kita untuk meraikan keadaan tersebut.

Misalnya, dalam isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan Hindu. Mengucapkannya adalah khilaf dikalangan ulama, maka lebih baik tidak mengucapkannya dari mengucapkannya, kerana dibimbangi jatuh kepada pendapat yang mengatakan haram.

Tetapi, didalam masa yang sama, dibimbangi berlaku jurang antara non muslim dan muslim dalam melaksanakan tugasan dakwah, maka berusahalah sedaya upaya atau kecerdikan kita dalam keadaan tersebut, seperti kita menjawab “terima kasih” atau “ok” atau sebagainya, ketika kawan kita dari non muslim itu mengucapkan kepada kita “happy depavalli”.

Disamping itu juga, jika kemaslahatan dakwah lebih mendapat keuntungan dengan menyebut “Happy Depavalli”, maka tidak ada salahnya kita mengambil pendapat ulama yang membenarkan ucapan tahniah dengan kehadiran perayaan mereka.

Maka demikianlah dalam isu yang dibahas dalam article ini.

PENUTUP

Tidak dinafikan, Isu ini adalah isu yang agak rumit. Terutama, perkara ini agak ganjil dibicarakan di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam, yang kurang didedahkan unsure toleransi dan hormat-menghormati terhadap sesame manusia; antara muslim dan non Muslim.

Tidak dinafikan, disana ada fatwa yang agak melarang, seperti fatwa Ibnu Taimiyyah, As-Subki, dan sebagainya. Tetapi, ia tidak boleh dinafikan bahawa di sana terdapat fatwa-fatwa ulama yang agak toleransi, seperti Qaradhawi dan seangkatan dengannya. Mungkin kerana factor pergaulan dan pengkajian lapangan yang ditempuhi dan dihayati sendiri oleh individu-individu fuqaha' itu sendiri, penyebab fatwa mereka tidak sama antara satu dengan yang lain.

Dengan kehadiran article ini, ia bukan sesuatu yang pasti. Malahan ia terbuka kepada wacana dan kritikan yang bernas. Mudah-mudahan ia melahirkan kesimpulan yang baik, dalam memastikan islam terlaksana di Malaysia dengan berhikmah, iaitu Islam diterima non Muslim [walau mereka tidak memeluk islam pun, tetapi untuk melahirkan tanggapan mereka bahawa Islam agama yang baik dan agama yang indah, maka itu sudah boleh dibanggakan].

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Jejantas Sg Buloh
19 Januari 2010 * 5:06 petang

Selasa, 18 Januari 2011

JEMPUTAN CERAMAH


DIJEMPUT SEMUA HADIR...

Isnin, 17 Januari 2011

APAKAH ISYARAT DISEBALIK KENYATAAN DR ASRI INI?


gambar saya di Tunisia 2009..tahniah rakyat Tunisia yang telah berjaya menjaya me'nyah'kan rejim mereka yang zalim dan menindas..Tunisia memang cantik..malangnya ia dikuasai oleh seorang diktator..alhamdulillah, dia telah dihalau keluar..semoga hak dan keadilan menyinari juga dunia Islam yang lain..kezaliman adalah pun...ca kemunduran dan kejumudan- FB Dr Asri [MAZA] - klik

"PROJEK LANGGAR ANWAR"

pukul 10.30 pg tadi, kami [team blogger]ada projek langgar anwar Ibrahim di pjb PKR tropicana.. Harap, sebarang perkara yg tidak diingini tidak berlaku.

sesampai di Tropicana, kami disambut oleh Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. kemudian kami dijemput menunggu di sebuah bilik tetamu. pertemuan itu meriah dengan kehadiran Setiausaha Akhbar dan beberapa orang pembantu Anwar Ibrahim. Dan pertemuan itu amat santai dan kelihatan sangat mesra sehingga ada gelak dan ketawa. Antara isi perkara yang kami sempat "langgar" dan dijawab adalah seperti berikut [yang sempat aku catit];

pertama;

dijawab ttg lamanweb anwaribrahimdotcom....ulasan tentang lamanweb itu, tidak lebih sekadar Fitnah. Didakwa oleh sebilangan kami bahawa lamanweb itu adalah dari BTN [biro tata negara].. entah betul atau tidak, diserahkan kepada Allah.

tajuk ini, agak panjang juga dijawab.

kedua;


tuduhan liwat, nampaknya anwar yakin dia akan menang dalam mahkamah.

ketiga;

Isu Ummi hafilda, dakwaan bahawa Anwar ada menyebut bahawa isu ini adalah isu nyamuk, sebenarnya bukan ungkapan Anwar Ibrahim, tetapi ungkapan salah seorang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

keempat:

pihak anwar sanggup bekerjasama dgn para blogger, walau untuk menegur dan menghentam beliau.. setiausaha akhbar beliau ambil email kami, untuk menghentam dan memberi pandangan kpd beliau..

kelima:

isu interlok...didakwa bahawa ramai yang pelik. knp ia jadi isu, sbb novel tu tak best langsung..

PENUTUP

Di akhir pertemuan, semua pihak menyeru agar blogger2 PR yg rasa diketepikan supaya bersama2 beliau menyerang UMNO dan BN.

pertemuan kami Selesai... kami dilayan hampir sejam.. Alhamdulillah.

sekian

wallahu 'Alam










Ahad, 16 Januari 2011

KEBIJAKAN AJAIB PEMIMPIN PENTING DALAM POLITIK SAINGAN

Dua tokoh ini, kenyataan mereka direspek kawan, digeruni lawan.


[1]

Politik Malaysia pada hari ini, mempunyai dua sudut, iaitu berhadapan dengan lawan, dan berhadapan dengan kawan. Jika berlawan, caranya adalah menggunakan segala kekuatan yang ada menjatuhkan pihak lawan. Adapun dengan kawan, perlu mengambil sikap berlumba-lumba mempamerkan yang terbaik, tanpa mengkhianati dan melakukan kezaliman terhadap mereka.

Dalam menandingi kawan, perlu kepada kebijakan ajaib. Iaitu, kebijakan dari pihak individu pemimpin dalam melihat waqie, disamping dapat melakukan ramalan atau Tawaqqu’ terhadap apa yang bakal berlaku di masa depan. Dengan itu, dilakukan tindakan-tindakan yang mampu melahirkan kejayaan yang pasti memberi keuntungan kepada Islam.

Dalam sejarah PAS, kebijakan ajaib ini wujud pada diri ustaz Fadzil Noor. Saat pemimpin PAS “menghentam rapat” terhadap Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dalam UMNO, Ustaz Fadzil Noor telah melakukan tindakan yang cukup tidak popular, iaitu menziarahi Anwar Ibrahim. Walau dipersoal oleh sebilangan pemimpin PAS ketika itu, ternyata Ustaz Fadzil Noor mempunyai kebijakan ajaib, yang mana dengan tindakan Ustaz Fadzil Noor ketika itu menyebabkan sokongan terhadap PAS meningkat secara mendadak, sehingga PAS bukan sekadar berjaya mempertahankan pemerintahannya di Kelantan, tetapi telah melebarkan kekuasaan di terengganu.

[2]

Dalam politik berlawan [PAS lawan UMNO], kebijakan ajaib ini adalah sangat penting. Tetapi, ia bertambah penting dalam politik berkawan [PAS dengan PKR dan DAP]. Dalam politik berlawan, ia tidak berapa rumit. Tetapi politik kawan, ia perlu mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian rakyat umum dalam memberi keyakinan kepada kita berbanding kepada rakan-rakan [bukan bermakna mengkhianati, tetapi berlumba-lumba dengan rakan-rakan dalam memastikan rakyat lebih meyakini kita]

Tidak dinafikan, kebijakan ajaib ini, secara hukum asalnya [atau : Al-hukm Lizatih], ia tidak wajib. Tetapi, dari sudut hukum lighairihnya, ia adalah satu perkara yang wajib. Ini kerana, kaedah fiqh ada menyebut;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“Tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka melakukannya itu adalah wajib”

Memastikan PAS mendominasi atau lebih diyakini berbanding PKR dan DAP adalah wajib. Lalu, ia tidak boleh tercapai kecuali kebijakan ajaib pemimpin, maka mempamerkan pemimpin yang ada kebijakan ajaib ini adalah wajib. Wajibnya itu, bukan bersifat lizatih, tetapi bersifat lighairih.

Kebijakan ajaib ini, mempunyai dua sudut, iaitu;

1- kebijakan ajaib itu datang dari diri pemimpin itu sendiri.
2- Kebijakan ajaib itu datang dari penasihat-penasihat yang bijak.

[3]

KEBIJAKAN AJAIB PADA DIRI PEMIMPIN SENDIRI

Dalam Al-Quran, Allah SWT ada mempamerkan kisah Talut dan Jalut. Dalam kisah itu, kita akan dapati bagaimana Allah SWT mempamerkan kepentingan kebijakan ajaib ini bagi seseorang pemimpin.

Firman Allah;

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya”
[Al-Baqarah : 247]

Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan kehebatan yang ada pada Talut itu dua perkara, iaitu;

1- Keluasan ilmu [kebijakan ajaib]
2- Kekuatan tubuh badan.

Dalam menafsirkan makna “bastah fi Al-Ilm” atau diterjemah sebagai “kelebihan lapangan ilmu” atau diterjemah sebagai “kebijakan ajaib”, Imam Ibnu Kathir menafsirkannya sebagai, “Ia lebih mempunyai pengetahuan dari kalangan kamu [orang ramai], lebih cerdik, lebih berkemampuan dalam menjangka masa depan dari kalangan kamu. Juga mempunyai kekuatan pengetahuan tentang peperangan” [Ibnu Kathir : 1/666]

Ibnu Asyur pula menafsirkan maksud dengan “kebijakan ajaib” menerusi ayat ini dengan katanya, “ia adalah perkara yang sangat perlu dalam politik atau dalam mentadbir urusan umat. Iaitu, ia mampu kembali kepada pandangan yang tepat dan kekuatan tubuh badan. [ini kerana] dengan pandangan [yang tepat] itu dapat memberi banyak kemaslahatan kepada umat, walau dalam waktu yang sempit sekalipun, atau dikala sukar mendapat keputusan dari pihak yang diminta pandangan atau dikala berlaku perselisihan dalam ahli-ahli mesyuarat. Dengan kekuatan pula, ia mampu melahirkan kekukuhan dalam keyakinan tentera [petugas dan ahli bawahan]” [Tanwir wa Tahrir : 2/405]

[4]

Nabi SAW juga mempunyai kebijakan ajaib ini. ekoran itu, tidak hairan kita akan dapati bahawa Rasulullah SAW diterima menjadi “PM Madinah” dikala baginda sampai di yasrib, walhal sebelum itu sudah ada kempen dan lobi yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul.

Begitujuga, nabi SAW ada memaklumkan kepada Aisyah bahawa Kaabah itu tidak berada pada tapaknya yang tepat. Namun, setelah fath Makkah, nabi SAW masih tidak meletakkan tapaknya itu pada tempatnya yang tepat juga. Tindakan Nabi SAW itu, ditanya oleh Aisyah, menyebabkan Nabi SAW menjawab;

لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

Maksudnya;
“Jika tidak kaum kamu baru meninggalkan kekufuran, pasti aku sudah lakukannya”

[Muwatta’ : 710]

Dari hadis ini, kita dapat lihat kebijakan ajaib yang ada pada nabi SAW adalah, baginda SAW dapat mengagak atau “Tawaqqu’” dalam menjangkakan sesuatu yang buruk yang bakal berlaku, seperti perpecahan di kalangan umat makkah, menyebabkan nabi SAW tidak meletakkan binaan kaabah itu pada tapaknya yang tepat.

[5]

Dalam sirah Sulh Al-Hudabiyyah [Perjanjian Hudaibiyyah], nabi SAW didatangi beberapa orang wakil Quraish untuk berunding dengan Nabi SAW. Baginda SAW amat bijak, dengan melihat kepada wakil yang dihantar pun sudah cukup untuk Nabi SAW memastikan tujuan kedatangan mereka dengan tujuan apa.

Sehinggakan, apabila nabi SAW melihat sahaja Suhail bin Amr datang untuk berunding, nabi SAW terus berkata, “Para pembesar Quraish sudah bersedia untuk berdamai, kerana itulah mereka melantik suhail sebagai perunding”.

Dan lagi, dalam perjanjian Hudaibiyyah juga, kita dapat melihat bagaimana kebijakan ajaib itu pada Nabi SAW, apabila Nabi SAW berjaya memberi keyakinan kepada para sahabat yang tidak bersetuju dengan isi kandungan perjanjian yang dilihat ‘berat sebelah’, tetapi mengandungi maksud yang banyak menguntungkan kepada islam selepas dari itu.

[6]

KEBIJAKAN AJAIB DARI PENASIHAT

Umar bin Al-Khattab seorang khalifah yang tidak dinafikan mempunyai kebijakan ajaib ini. ini terbukti, bahawa beliau banyak melakukan ijtihad-ijtihad baru yang ternyata memberi banyak keuntungan kepada Islam.

Namun, beliau juga mempunyai kelemahan-kelemahan sebagai manusia biasa. Ekoran itu, beliau mempunyai penasihat-penasihat yang hebat, yang dapat membantu beliau dalam menajamkan lagi kebijakan ajaib yang ada pada diri beliau.

Diceritakan dalam satu atsar, bahawa seorang perempuan muda telah datang berjumpa dengan Umar yang ketika itu, Kaab bin Sur sedang duduk bersama dengannya.

Perempuan itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, aku tidak melihat seorang pun lelaki yang lebih baik daripada suamiku. Demi Allah, malamnya sentiasa qiyamullail, dan siangnya sentiasa berpuas”.

Mendengar perkataan perempuan itu, Umar memuji suaminya itu. Perempuan itu merasa malu dan terus pulang dengan wajah yang hampa.

Melihat keadaan itu, Kaab berkata kepada Umar, ”Wahai Amirul Mu’minin, apakah tuan tidak mengira masalah perempuan itu terhadap suaminya?

Umar berkata, “apa sebenarnya? Lalu berkata (kaab), sesungguhnya perempuan itu datang untuk membuat laporan kepada kamu. Apabila suaminya sentiasa dengan ibadat, bilakah masanya suaminya meluangkan masa untuknya (dengan jimak)?”

Mendengar kata-kata kaab, Umar menyuruh suami perempuan itu dipanggil. Ketika suami itu berada di hadapan Umar, Kaab diminta agar menjatuhkan hukuman terhadap suami tersebut.

Kaab terus berkata, ”Sesungguhnya aku melihat, seakan-akan lelaki ini mempunyai tiga orang isteri. Dan isterinya (yang datang) itu adalah isteri yang keempat. Maka aku hukumkan kepadanya, tiga hari dan tiga malam merupakan hari dia beribadat (puasa dan qiyamullail), dan bagi isterinya adalah hari yang keempat pada siang dan malamnya”

Umar bertanya, bagaimana kamu berhukum ini? Kaab menjawab, aku berdalilkan firman Allah SWT;

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

”maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat”

(Surah An-nisa’ : 3)

Mendengar ini, Umar terus berkata; ”Demi Allah, pandangan kamu dalam perkara pertama adalah bersangatan aku kagum berbanding satu lagi. Pergilah kamu menjadi qadi kepada penduduk Basrah” [Al-Mughni : 16/53 – 54]

[7]

Nyata, kebijakan ajaib ini perlu bagi seseorang pemimpin dalam politik saingan. Tanpanya, ia akan menyebabkan kelembapan sesuatu gerakan, seterusnya gerakan itu sentiasa didominasi, bukan mendominasi. Keadaan ini sudah pasti, adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
17 januari 2011 * 3:03 petang