Ia merupakan Sejarah dalam hidupku, apabila bertemu-mata dan sepentas berforum dengan seorang tokoh ulama di Malaysia yang pernah menjadi Timbalan Presiden PAS (dulu : timbalan Yang DiPertua), dan kini berada dalam UMNO, iaitu Dato’ Haji Nakhaie bin Haji Ahmad. Forum berkisar tajuk “Perkembangan Islam di Malaysia abad ke 21: reality, Cabaran dan harapan” anjuran Masjid As-Salam, Puchong perdana.
Forum yang mengambil masa sejam setengah yang dipengerusikan oleh Nazir Masjid, Haji Yasin Muhammad itu, banyak perkara baru yang aku pelajari. Lebih bersemangat lagi, apabila Haji Yasin Muhammad menjadi Moderator dengan gaya yang amat mengkagumkan dalam melontarkan soalan-soalan berkaitan Islam.
Waima beliau tidak mempunyai pendidikan Islam secara formal, tetapi cara beliau melontar soalan-soalan tentang islam, menyebabkan kita ‘berasa’ hendak memanggil beliau dengan panggilan ‘Ustaz”.
Walaubagaimana pun, dalam forum itu, mempunyai 3 sessi; sessi Muqaddimah, sessi menjawab soalan-soalan ‘cepu-emas’ moderator, dan soalan ‘cepu-cemas’ dari hadhirin.
SESSI MUQADDIMAH
Dato’ Haji Nakhaie memulakan pemanasan pentas dalam mengupas tentang tajuk “perkembangan islam di Malaysia abad ke-21; Realiti, cabaran dan harapan” dengan mengemukakan pandangannya.
Mendengar lontaran pandangan oleh Dato’ Haji Nakhaie, aku menafsirkan bahawa Dato’ lebih menekankan tentang masyarakat majmuk di Malaysia, ekoran itu perlaksanaan Islam agak kurang mampu bertapak di Malaysia dengan jayanya.
Disampng itu juga, Dato’ ada mengulas tentang pertembungan yang berlaku di kalangan umat islam (aka : melayu) di Malaysia sendiri, seperti pertembungan dalam perkara mazhab, khilafiyyah dan sebagainya, disamping menunjukkan contoh beberapa buah Negara umat Islam yang terjadi pertembungan seperti ini, seperti Pakistan.
Mendengar sahaja Dato’ Nakhaie menyebut Pakistan, aku agak tersenyum. Ini kerana, mengenangkan Negara itu adalah Negara tempat terawal aku mengenali ilmu-ilmu islam.
Pun begitu, Kemudian daripada itu, pemikiranku terimbau dengan perbalahan mazhab di Pakistan, sehingga di zaman aku belajar di sana, aku dapat melihat bagaimana tiga orang guru hadis yang terkenal di Karachi, Pakistan, iaitu Maulana Nizamuddin, Maulana Yusuf ludhyanwi dan Maulana Sanaullah yang mati dibunuh ekoran pertembungan mazhab.
Apabila sampai giliranku, aku mengupas tajuk forum itu dari dua sisi, iaitu dengan (1) mengungkap sejarah Islam di alam melayu, kemudian (2) mengemukakan Islam di alam Malaysia.
Dalam kupasanku tentang islam di alam melayu, aku kemukakan beberapa fakta sejarah tentang kemasukan Islam dan kejayaan perlaksanaan Islam di tanah melayu.
Antara kupasanku tentang Islam di alam melayu, aku mengemukakan beberapa pembuktian, seperti penggunaan kalimah Melaka yang berasal dari kalimah arab, iaitu ‘Malqa’ yang bermakna ‘tempat pertemuan’ pedagang arab dan India dalam menyebarkan Islam di tanah melayu.
Begitujuga, pertemuan batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu; tercatit di batu tersebut tentang seorang raja yang memerintah bernama Mandalika, dan di batu bersurat itu juga ada menyatakan bahawa hukum hudud, qisas dan Ta’zir terlaksana, tanpa memilih bulu; iaitu hukuman itu akan dikenakan juga kepada pemerintah sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan jenayah syariah.
Kupasanku tentang islam di alam Malaysia pula, aku menyatakan bahawa sudah sampai masanya kita meneropong dan menilik cara dakwah nabi SAW yang berjaya membina kerajaan islam di Madinah yang lebih mempunyai masyarakat majmuk berbanding di Malaysia.
Kemajmukan masyarakat di Madinah dahulu, bukan sekadar mempunyai kepelbagaian kabilah bangsa arab, bahkan terdapat tiga kabilah yahudi; iaitu Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.
Justeru, kejayaan itu perlu dicontohi dari Nabi SAW. persoalannya, bagaimana cara Nabi SAW lakukan itu?
Jawapanku itu, dengan Aku mengemukakan firman Allah SWT;
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Maksudnya;
“Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Ahli Kitab, marilah kepada perkataan yang sama (titik kesamaan)”
(Surah Al-Imran : 64)
SESSI SOALAN ’CEPU-EMAS’ MODERATOR
Bersambung.....
p/s : minta maaf, terlalu letih kerana keluar dari rumah semenjak subuh, pukul 11:30 malam baru sampai ke rumah. Sebab itu, tidak dapat hendak siapkan atikle ini untuk malam ini.
sekian
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 April 2010 * 1:12 pagi