Jumaat, 4 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (9)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (9)

Sesampai kami di Jalan Rakan, kami terus meluru ke arah tempat diberi tanda oleh Zul. Sesampai di situ, kami melihat sekitarnya, mencari-cari tanda-tanda yang dimaklumkan oleh Zul tadi.

”itu Banner warna hijau” aku berkata kepada abang ali dan Haji Rahman sambil tanganku mengisyaratkan kepada satu banner, ”kita pergi dekat sikit, kita tengok apa tulisan yang ada kat situ” sambungku lagi.

Setelah dekat, tulisan yang tercatit disitu adalah, ’kelas pengajian komputer’.

”ha.. memang betul, banner ni” sekali lagi aku bersuara.

Abang Ali terus memberhentikan kereta estimanya di tepi jalan. Aku turun dari kereta bersama haji rahman; memerhatikan petanda-petanda yang lain.

Abang Ali terus parkingkan keretanya pada salah satu tapak parking yang ada pada sudut dari bangunan tersebut.

Semasa abang ali sedang parking kereta, aku yang sedang memerhatikan sekitar kawasan itu. Aku nampak sebuah tokong cina warna merah, dan sebuah papan tanda.

Sedang mencari tanda-tanda yang lain, aku terlihat sebuah papan tanda yang tertulis ”pusat memancing SP 2”, bukan ”pusat welding SP 2”.

”tulisan tu, Pusat memancing SP 2. Zul bagitau, pusat welding” kataku kepada Haji Rahman yang berada disebelahku.

”mungkin pusat Memancing kot. Mana tau, tersalah baca, sebab jauh sangat dia tengok tak clear kot” Kata Haji Rahman bernas.

”betul juga” jawabku ringkas sambil melemparkan senyuman kepada Haji Rahman.

Aku melihat ke arah Abang Ali yang sedang datang ke arah kami.

”ustaz tengok tu, ada kayu-kayu banyak yang dihimpunkan tu” Abang Ali memaklumkan kepadaku ketika sudah hampir dengan kami, sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah satu sudut yang ada kayu-kayu terhimpun.

”ya.. betul.. maknanya, kita berada di tempat dia dah ni” jawabku, “cumanya, kita masih sangsi, bangunan yang mana satu ni” tambahku lagi.

”cuba Ustaz telefon budak tu” Haji Rahman memberi cadangan.

Aku terus ambil Hp, kemudian terus mencari nama aini. Aku terus mendail no telefon Aini.

”Aini! Awak masih dalam rumah tu lagi ker?” soalku.

”ye ustaz.. Aini dalam rumah ni” jawab Aini cemas.

”ermm....ada sapa-sapa tak dalam rumah tu?”

”tak ada.. Aini sorang jer ni”

”Ok bagus... sekarang ni, Aini boleh tengok kat luar tak? Sebab kami dah ada kat luar rumah tu dah” aku memberi makluman.

”susah la ustaz.. cermin ni kena tutup dengan papan.. hanya ada lubang kecil jer, boleh tengok” jawab Aini.

”ok tak per... ustaz tengah berdiri di depan salah satu bangunan ni, Cuba Aini tengok, Aini nampak ustaz tak.. kami nak confirmkan sahaja, Aini berada di bangunan mana satu” aku memberi cadangan kepada Aini.

”jap ustaz..er er...” jawab Aini, sambil kedengaran bunyi aini sedang memanjat sesuatu.

Aku berdiri di hadapan salah satu bangunan yang kami yakin, bahawa Aini berada dalam bangunan itu. Hujan rintis-rintis mulai turun.

”nampak ustaz” tiba-tiba suara Aini kedengaran menerusi corong telefonku.

”apakah tempat ustaz berdiri ini, tepat dengan bangunan yang Aini.....” tiba-tiba telefon terputus.

”apa hal pula ni?” hatiku berkata.

Aku cuba telefon Aini, tak dapat. dicuba kali kedua dan ketiga, tetap hampa.

Aku mula merasa agak susah hati. Putus asa pun ada.

Tiba-tiba, hpku berbunyi, menandakan satu sms telah masuk dalam inbox hpku.

{btry lemah} kandungan sms daripada Aini.

“alamak… time-time macam ni la, dia nak lemah” aku mengeluh keletihan.

“sabar-sabar, ini ujian kot.. “ hatiku berkata-kata.

Aku terus berjumpa dengan Abang Ali dan Haji Rahman yang sedang berteduh di bawah beranda kedai tersebut.

“kenapa ustaz?” Abang Ali bertanya.

“beteri hp dia lemah la pula..” jawabku

“la.... kenapa jadi macam tu pula... suruh dia cas la” kata Haji Rahman.

Aku terus menaip sms, {Aini cas telefon tu la.. ke Aini tak ada alat cas ?} terus aku send kepada nombor Aini.

Aku tunggu, smsku tidak dibalas-balas. Aku sudah keletihan, maklumlah tidur sikit sahaja semalam. Selepas solat subuh, sampai pukul 7 pagi. Aku bersandar di salah sebuah tiang di bangunan itu. Berfikir, apa tindakan yang sepatutnya perlu aku lakukan.

”baik aku telefon Ika. Mana tau, dia ada maklumat ke, apa ker ?” hatiku berkata.

Aku terus mendail nombor ika. ...

Bersambung....


Al-Bakistani



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Disember 2009 * 1:13 petang

BUAT ZALIM TU KERJA ISLAM KER?


BUAT ZALIM TU KERJA ISLAM KER?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin – Al malikul sembab - buat kenyataan sebagai respon terhadap niat tok guru nak doa ‘biar pecah perut’ dengan katanya;

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.” (sila klik)

Nampaknya, kebodohan pimpinan UMNO semakin teserlah dengan isu ”doa celaka” terhadap UMNO/BN ini.

Muhyiddin Yasin ni boleh kata, tindakan berdoa untuk UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keislaman. Apakah tindakan buat kezaliman – tidak memberi hak royalti - kepada rakyat kelantan itu sebagai ajaran islam?

Masa UMNO/BN tak bagi hak royalti, tak bercakap pasal Islam. tapi bila berdoa celaka kat dorang, baru nak cakap soal cermin islam.

Dasar sesat UMNO ni. Pemimpin macam ni, boleh ahli-ahli UMNO sayang.. memang dasar budusss... tahap gaban.


Sekian

p/s : sambungan kisah ”apakah ini kehidupan?” akan bersambung. Harap pembaca yang berminat bersabar..

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buluh
5 Disember 2009 * 12:21 Tengahari

Rabu, 2 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (8)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (8)

5 minit kemudian, aku mendailkan balik hpku. Kali ini dailan telefon berbunyi, tetapi Aini tidak angkat. Pemikiranku berputar-putar, berfikir apa yang terjadi pada aini pada kali ini.

Aku mencuba lagi buat kali kedua. Nasibnya tetap sama. Dicuba kali ketiga, keadaan yang sama juga berlaku. Dicuba pada kali ke empat, ternyata menghampakan.

”dia tak angkat telefon la” kataku kepada Abang Ali dan Haji rahman.

Mereka berdua diam, tidak memberi respon dari kataku itu.

Tidak lama kemudian, aku terus mendail lagi. Kali ini, tidak menghampakan. Aini ternyata mengangkat telefonnya.

”Aini !!.. macam mana?” soalku.

”dorang ada kat ruang tamu lagi. Dorang dok makan. Aini ada dalam bilik ni ha” jawab aini.

”Aini !!.. tak leh ke tengok kawasan tu, biar kami dapat agak aini di kawasan mana” aku memberitahu dengan nada mendesak.

”Aini takut la ustaz..” kata Aini dengan nada yang menggusarkan hati.

”aduh... Aini kena tenang.. beranikan diri.. jengok di luar, tengok apa-apa tanda pun yang boleh kami tahu Aini berada di mana” aku memberi semangat.

”baik ustaz...”

”ustaz telefon lepas ni.. dalam 5 minit lagi kot. Tapi, Aini kena angkat telefon tau” aku memberi ingatan.

”ok...” jawab aini dengan nada seperti orang yang berputus asa. Aku terus mematikan hpku.

5 MINIT KEMUDIAN

Aku menelefon lagi, Aini mengangkat.

”Aini nampak, kat sini ada bangunan kotor, himpunan kayu, ada tokong cina. Pastu, ada lori” Aini memberi tanda-tanda menerusi talian telefon.

”dia nampak himpunan kayu, tokong cina dengan lori” aku memberitahu kepada Abang Ali.

”lagi?..” aku bertanya lagi kepada Aini.

”em...arrr... Aini ada nampak satu banner, tapi Aini tak nampak tulisannya. Spek mata Aini tak ada ni...” Aini bercakap tergesa-gesa.

”tanya dia, ada nampak tak sebarang tulisan” tiba-tiba kedengaran suara Abang Ali.

”haa.. Aini ada nampak tak sebarang tulisan kat kawasan tu” Aku pula bertanya dengan soalan abang ali itu kepada Aini.

”tak ada pun.” jawab Aini ringkas.

”ok.. nanti ustaz telefon lagi..” aku terus mematikan telefon.

Abang Ali terus meluru ke arah satu bangunan deretan rumah kedai. Kami terlihat satu himpunan kayu dan tokong cina, juga kelihatan sebuah lori. Pun begitu, kami masih sangsi lagi. Apakah tempat itu betul atau tidak?

Kami berhenti dihadapan salah sebuah rumah kedai. Kami nampak, ada alamat no 13 A. Cumanya, kami masih sangsi, kerana di hadapan bangunan tersebut ada papan tanda majlis perbandaran, denda RM 1000 jika buang sampah merata-rata.

”kalau kat sini, takkan Aini boleh tak nampak papan tanda ini” abang ali bersuara, ”lagi pun, papan tanda ni besar.. mustahil dia tak nampak” sambung Abang Ali lagi.

”itu yang ana rasa pelik tu” jawabku ringkas.

”mungkin bukan kawasan ini kot” tiba-tiba Haji Rahman bersuara.

Abang Ali terus memandu ke arah luar bangunan tersebut. Kemudian, masuk balik ke kawasan tersebut.

Kelihatan ada beberapa orang lelaki, dijangka berbangsa bangladesh sedang naik turun pada sebuah pintu di bangunan kedai tersebut.

”budak-budak lelaki tu, orang melayu ke, bangladesh” hatiku bersoalan.

Aku terus mendail nama Aini.

”hello.. budak-budak tu, budak melayu ke, budak bangladesh?” tanyaku kepada Aini.

”melayu...” jawab Aini

”Aini ada nampak tak tanda-tanda lain.. kami keliru lagi ni” aku memberitahu

”jap...” senyap sekejap..” dorang dah keluar dah, tapi ada kat bawah rumah ni” jawab Aini, ”dorang bawa kereta wira warna putih” sambung Aini lagi.

”dorang ada kat situ lagi ker?” tanyaku

”yee.. dorang ada kat sini.. tapi Aini takut la nak jengok, sebab bimbang dorang nampak Aini” jawab Aini dengan nada ketakutan.

”aini nampak banner tadi, ada tulisan apa-apa tak?” soalku.

”jap, Aini kena panjat dulu” Aini menjawab, ”Aini tak berapa nampak.. Kelas er...er... Pembaikian Komputer” sambung Aini lagi.

”ok cantik. nanti ustaz cari dulu.. kalau apa-apa hal, ustaz akan telefon balik” kataku.

”ok ustaz... tapi ustaz tolong Aini tau” kata Aini..

”insya Allah... Aini pun kena tolong ustaz sama” jawabku ringkas, sambil mematikan telefon.

Kami pun mencari-cari rumah yang dimaksudkan oleh Aini itu, tetapi tidak ketemui juga. Kami nampak banner warna hijau yang tertulis ’kelas pembelajaran komputer’. Dirasakan salah, kerana Aini memaklumkan banner itu tertulis ’kelas pembaikan komputer’.

Kami mencari-cari lagi, sehingga di luar dari kawasan Jalan Rakan itu. Sedang kami mencari-cari, tiba-tiba HP ku berbunyi. Dilihat, termaktub nama ‘Zul’.

“Assalamualaikum..” aku memulakan bicara.

“waalaikumsalam..”jawab zul, “macam mana?” tanya zul ringkas

“dok cari lagi ni haa..”.. jawabku

“macam ni. hang cari ada himpunan kayu, pastu ada tokong cina, dan kemudian ada banner tertulis ‘kelas pembelajaran komputer’. Banner tu, warna hijau. Lagi, ada papan tanda tulis ‘pusat welding sp 2’” makluman yang diberikan oleh Zul agak terperinci.

Apabila zul menyebut banner warna hijau, aku terus teringat tentang satu banner yang kami tengok tadi. Banner yang tertulis ‘kelas pembelajaran komputer’.

Aku catit semua tanda-tanda yang Zul berikan

“ok.. aku cuba dulu” kataku..

“ok...” jawab zul ringkas, dan aku terus mematikan hpku.

”Zul bagi kita 4 tanda, satu, himpunan kayu, dua, tokong cina, tiga, banner tertulis ’pusat pembelajaran komputer’, empat, papan tanda tertulis ’pusat welding sp 2’” aku membaca kandungan maklumat yang diberikan oleh zul kepada Abang Ali dan haji Rahman.

Abang Ali dan Hari Rahman berdiam sahaja.

”ana yakin tempat tadi.. tempat yang kita nampak banner hijau tadi. Pastu, ana rasa ana perasan papan tanda yang tulis ’pusat welding’” sambungku lagi.

Abang Ali terus menuju ke arah rumah kedai yang kami jumpa tadi, iaitu di rumah kedai yang didasarkan kepada tanda-tanda yang diberikan oleh zul, yang kami rasa kami sudah lalu dikawasan itu tadi.

Bersambung....


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Disember 2009 * 3:59 pagi

KAMI SOKONG TOK GURU !!


Selasa, 1 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (7)

APAKAH INI KEHIDUPAN? (7)

Aku tahu, Abang Aminuddin telefon itu, untuk memastikan jadual kuliahku di tapak pasar Malam Paya Jaras. Aku tidak bersedia untuk memberi jawapan, terutama dalam keadaan yang begitu gamat sekali.

“Hello..” aku mengangkat dan menjawab panggilan Abang Aminuddin.

Tetapi, tidak sempat abang Aminuddin berkata sesuatu pun, aku berkata, “Abang, telefon semula.. ana ada urusan penting sikit la”

“ok..ok ustaz,… minta maaf ganggu” jawab Abang Aminuddin ringkas, seraya aku terus memutuskan hubungan telefon.

Kereta estima Abang Ali meluncur laju menuju ke arah Jalan Rakan, Taman Rakan. Pun begitu, dalam perjalanan, berlaku sedikit jem. Perjalanan agak perlahan.

Hatiku berdebar-debar, apabila aku melihat jam tangan sudah mencecah 12:26 tengahari.

”tadi Doktor Ika bagitau, Aini bagitau kat dia, yang budak-budak tu akan balik ke rumah dorang pukul 12. sekarang dah dekat pukul 12 setengah. Mesti, budak-budak tu ada kat rumah tu kot” Aku berbicara sambil melihat Abang Ali yang sedang memandu.

”kalau kita dapat tangkap dengan budak-budak tu sekali, itu lagi senang” jawab abang ali berani.

Aku tersenyum dengan jawapan Abang Ali yang sudah terkenal dengan keberanian dalam bertindak, terutama dalam perkara yang berkaitan dengan agama.

Keberanian Abang Ali ini, agak iras dengan keberanian Khalid bin Al-Walid dalam melawan musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah SAW. Itu yang aku fikirkan tentang Abang Ali sejak beliau bercerita tentang beberapa tindakannya dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar di sekitar Cheras dalam dua tiga bulan yang lepas.

JALAN RAKAN

Kami sampai di Jalan Rakan, Taman Rakan. Di situ terdapat kawasan perumahan. Kami sampai di jalan rakan 2. Kelihatan kawasan perumahan yang terurus. Sedangkan, di sebelah kawasan perumahan Jalan rakan 2 itu, terdapat kawasan perumahan yang lain, tetapi rumah-rumahnya agak usang dan tidak terurus.

”kawasan ini kot yang dimaksudkan oleh Aini” cetusan hati kecilku.

”tapi, tak ada himpunan kayu-kayu pun” hatiku berkata-kata lagi, sambil terfikir dengan apa yang Aini bagitahu, bahawa dia nampak himpunan kayu-kayu di tempat yang dia dikurung itu.

Abang Ali memandu kereta ke kawasan itu. kemudian, pusing balik. Keluar dari kawasan tersebut.

”mengikut pada cerita Aini yang dia bagitau kat Doktor Ika, rumah tu bukan rumah macam ni. Ia rumah kedai” aku memberitahu kepada Abang Ali.

Sambil berpaling ke arahku, Abang Ali menjawab, ”maknanya, ini bukan kawasannya. Mungkin kawasan lain”

Ketika itu, kereta sedang meluncur laju menuju ke arah lain.

”kita nak ke mana ni abang ali?” tanyaku.

”kita jumpa ngan haji rahman. Dia ada dah kat sana. Kita pergi jumpa dia dulu” jawab abang ali.

Aku mengangguk setuju.

Dalam perjalanan, kelihatan di sebelah kiri jalan sebuah masjid yang dalam projek pembinaan. Di hadapan sikit, ternampak deretan rumah kedai. Aku mengagak kawasan itu. tetapi, keyakinanku hanya 40% sahaja.

Berjumpa dengan Haji Rahman. Beliau menaiki motor yang menjadi kebiasaannya menunggang untuk berulang alik ke masjid.

”haji parking motor tu. Naik kereta sama dengan kami” kata abang ali kepada Haji Rahman.

”ok... aku parking kat kedai tu” balas haji rahman sambil mengisyaratkan tangannya ke arah sebuah kedai runcit.

Setelah parking motor, Haji Rahman terus naik kereta bersama dengan kami. Kami terus meluncur mencari alamat yang dimaksudkan. Tetapi, hampa kerana tidak berjumpa dengan tempat tersebut.

Aku mengambil hpku, dan mendail nama Aini.

”hello Aini,... Aini ada tak nampak apa-apa tanda yang kami boleh tahu, Aini berada di kawasan mana?” tanyaku.

”susah sikit la Ustaz.. dorang ada kat rumah ni ha.. saya duduk dalam bilik ni.. saya takut la ustaz..” jawab Aini dengan suara ketakutan..

”aduhh..... awatlah hang buat suara lagu tu... tak pasal-pasal, aku pula rasa tak tenang. ” hatiku berkata-kata.

”tenang Aini... rilex... dalam 5 minit lagi, ustaz akan telefon Aini lagi. Tapi, Aini chek tengok.. cari apa-apa petanda yang kami boleh agak, aini duduk di mana. Ok?” aku memberi cadangan kepada Aini.

“emm... ustaz selamatkan Aini cepatla.. Aini takut ni” jawab aini..

”ye la.. Kami akan selamatkan Aini cepat, tapi kami tak tahu Aini kat mana.. kami nak tolong Aini dah ni.. tapi, Aini kena tolong kami juga” jawabku sambil memberi semangat.

”emm.. baiklah ustaz” jawab Aini ringkas.

Aku mematikan hpku. Aku melihat Haji Rahman yang duduk di bahagian belakang, sambil aku berkata, ”Kita tengok 5 minit lagi”

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Disember 2009 * 12:42 Tengahari.

CADANGAN : BUAT DOA PERDANA ’LAKNAT NAJIB’


CADANGAN : BUAT DOA PERDANA ’LAKNAT NAJIB’

Puak-puak UMNO buat demonstrasi di kelate, menuntut Tok Guru tarik balik hasrat hendak mendoakan kebinasaan terhadap Najib kerana tidak memberikan hak rayalti minyak kelate, kemudian digantikan dengan Wang ehsan.

Kerana doa, UMNO sanggup berdemonstrasi. Mengapa takut dengan doa? Jika benar Tok Guru salah, sudah pasti doa itu tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapi, puak-puak UMNO – laknatullah alaih – ini berdemo, terbukti bahawa mereka takut dengan doa Tok Guru.

Apa yang pasti, doa orang yang dizalimi tidak ditolak oleh Allah SWT. Sabda Nabi SAW;

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Maksudnya;
“takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi, kerana tiada di antaranya dan di antara Allah sebarang penghalang” (Al-Bukhari : 1401)

Kelantan adalah negeri yang dizalimi. Rakyat kelantan mempunyai hak yang telah di nafikan oleh Kerajaan pusat; iaitu hak royalti. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Inilah penafian hak.

Dalam Islam, penafian hak merupakan kezaliman. Justeru, tidak hairan kerajaan pusat amat takut dengan hasrat tok guru yang mahu mendoakan kebinasaan terhadap kezaliman yang kerajaan pusat lakukan terhadap kerajaan Negeri.

Yang pastinya, kita dapat lihat bagaimana ketakutan puak-puak UMNO dengan doa tok guru nik Abdul Aziz ini, sehingga mereka terpaksa berdemonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Tuan Guru itu.

Dicadangkan kepada Tuan Guru, supaya mengadakan solat hajat perdana. Dalam solat hajat tersebut, semua rakyat kelantan berdoa secara beramai-ramai untuk kebinasaan Najib Tun Razak terhadap penafian hak yang telah dilakukan terhadap rakyat kelantan.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Disember 2009 * 11:23 pagi

Isnin, 30 November 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (6)

APAKAH INI KEHIDUPAN? (6)

Aku dan abang Ali bergegas naik ke rumah tersebut. kami naik, dengan niat hendak memecahkan pintu yang menghalang Aini keluar.

Setelah naik, kami dapati pintu pagar besinya dikunci dengan mangga yang agak besar. Dalam rumah itu, kami nampak 5 buah bilik. kami agak terkejut, kerana keadaan rumah itu tenang.

“Aini terkurung dalam bilik kot?” soalan terpancul dalam pemikiranku, “mungkin antara 5 buah bilik ini, Aini terperangkap kat salah satu bilik ini kot” pemikiranku mengagak. Tidak diketahui betul atau sebaliknya.

Aku mendail telefon untuk menhubungi Aini.

”Hello.. Aini di bilik mana? Kami dah dalam rumah dah ni. Tapi kami tak tahu Aini duduk dalam bilik yang mana satu?” soalku

”Mangga ni terkunci. Susah nak keluar la Ustaz..” kata Aini cemas.

“cuba Aini ketuk pintu kuat-kuat, kami nak dengar bunyi pintu yang mana jer” aku memberi cadangan.

Kedengaran bunyi ketukan pintu menerusi telefon. Tetapi, kami tidak kedengaran sebarang suara ketukan pun dalam rumah tersebut. Ternyata, kami tersalah rumah untuk menyelamatkan Aini.

”Kita salah rumah la Abang Ali. Bukan rumah ni.. mungkin rumah lain kot?” aku membetulkan keadaan kesilapan yang kami sedang lakukan.

”kalau macam tu, kita kena turun” Abang Ali membalas ringkas.

”kita salah rumah la Aini.. nanti ustaz Telefon balik” Aku memaklumkan kepada Aini menerusi telefon yang masih online.

”ye ustaz...” jawab Aini. Dan aku terus mematikan hpku.

Kami terus bergegas turun. Kemudian terus menuju ke kerata estima Abang Ali.

Dalam kereta, kami berbincang panjang.

”kalau ikut alamat yang Doktor Ika bagi kat ana tu, Jalan Rakan 2, Taman Cheras. Tapi semalam, ana ngan Ustaz Zul tu dah jumpa. Tapi bukan Taman Cheras, tapi Taman rakan” aku memberi gambaran sebenar.

”mungkin kat sana kot. Mungkin Jalan Rakan, Taman Rakan. Bukan Taman Cheras” Abang Ali memberi satu jangkaan.

”emm... tak tahu la abang… ana pun tengah sangsi ni” jawabku...

Aku ambil hp, terus mendail nombor telefon Aini.

”Aini, nampaknya kami salah tempat tuju dah ni.. kami sampai tempat yang tak betul... kami sangsi tempat sebenar yang Aini berada ni.. Aini boleh bagitau kat ustaz tak, aini nampak apa-apa tak kat kawasan itu” aku berbicara menerusi Telefon.

”jap ustaz...” kedengaran suara Aini yang seperti putus asa, ”nampak bangunan kotor, pastu banyak kayu-kayu” sambung Aini lagi.

”ada tak sebarang tulisan kat situ.. nama kedai ke, hapa ker?” soalku.

”emm... tak ada apa-apa pun ustaz.. Aini nampak bangunan kotor dengan kayu-kayu bertimbun jer” jawab Aini.

”ok.. nanti ustaz telefon Aini balik” jawabku

“baik ustaz..” Aini Membalas sambil aku menekan butang merah; memutuskan hubungan telefon.

Aku melihat muka Abang Ali. Tergambar wajah ketenangan.

”Macam mana ustaz?” soal abang Ali.

Aku menggarukan kepalaku. Bukan kerana gatal, tetapi kerana kekeliruan.

”budak Aini tu cakap, kat kawasan tu ada bangunan kotor. Pastu, banyak kayu-kayu” aku memberi respon dari soalan Abang Ali.

”emm... kalau macam tu, ini bukan kawasan dia ni.. mungkin tempat lain kot” abang ali membalas responku.

”abang Ali nampak macam mana?” soalku.

“mungkin kat Jalan Rakan, taman Rakan kot” Abang ali memberi andaian, ”nanti ana tanya Haji Rahman. dia selalu pergi memancing kat Taman Rakan.. mungkin dia tahu kawasan tu kot” jawab abang ali memberi cadangan.

Aku tidak membalas, sekadar mengangguk sahaja, tanda setuju.

Abang Ali terus menelefon Haji rahman. Banyak yang dibicarakan. Tidak diketahui, apa yang sedang dibicarakan antara Abang Ali dengan Haji Rahman itu. sekadar yang aku faham, perbicaraaan mereka berdua tentang Jalan Rakan di Taman Rakan sahaja.

”haji rahman kata, kita jumpa dia kat sana” Abang Ali memaklumkan kepadaku sambil mematikan hpnya.

”ok.. ”jawabku ringkas. Sambil itu, abang ali dengan segera memandu ke arah tempat yang dijanji bertemu di jalan Rakan.

”haji rahman tu, sakit jantung.. dia cakap, kalau bab nak selesaikan masalah benda-benda macam ni, sakit jantung dia boleh hilang” Abang Ali bercerita.

Aku hanya ketawa kecil.

sedang kereta meluru ke arah Jalan Rakan, tiba-tiba hpku berbunyi. Kelihatan satu nama Aminuddin termaktub. aku berfikir, apakah aku hendak angkat atau tidak. Pemikiranku tidak terfokus untuk menjawab. Aku sangsi, nak angkat atau tidak...

bersambung....

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 disember 2009 * 3:22 pagi




Ahad, 29 November 2009

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!

Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.

Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.

Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?

Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;

PERTAMA;

Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Maksudnya;
"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"

(Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:

Firman Allah;

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"

(Surah Hud : 18)

KETIGA;

Firman Allah;

أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya;
"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"

(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:

Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;

Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;

اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;

Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL

Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"

Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"

Jawab nabi,
"berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani



- legend hotel, Kuala Lumpur
30 November 2009 * 1:57 pagi