Sabtu, 12 Jun 2010

’BUDAYA POLITIK MEDIA’ DALAM PRU AKAN DATANG?


[1]

Secara peribadi, Aku melihat, kelahiran blogger-blogger pro-PR ini ada beberapa faktor, antaranya adalah;

Pertama, kerana kebencian mereka terhadap kerajaan UMNO/BN. Justeru, sebarang tindakan yang mereka lihat boleh mengalahkan UMNO/BN, pasti mereka akan menyerang. Golongan ini, sama ada mereka ini mempunyai parti, ataupun mereka tidak mempunyai parti.

Kedua, kerana faktor parti yang mereka dokong. Keberadaan mereka, kerana mahukan parti-parti yang mereka dokong itu menang dalam sebarang Pilihanraya.

Ketiga, kerana mereka amat membenci kezaliman dan kebobrokan. Tidak kira siapa sahaja yang melakukan kezaliman, pasti mereka akan menyerang. Sama ada pihak kerajaan BN, mahupun PR.

[2]

Secara peribadi, aku tidak mengetahui bahawa aku menjadi blogger dari kalangan yang mana. Seingat-ingat, aku mula berblog kerana kebencianku terlalu meluap-luap terhadap UMNO/BN dan pro-UMNO/BN.

Ketika itu, aku sering didoktrinkan bahawa JIM dan ABIM berusaha hendak mengUMNOkan PAS. Ekoran itu, seranganku terhadap fikrah JIM dan ABIM amat ketara. Aku juga sering menulis, mengkritik Dr Asri. Ia adalah kerana, beliau mempunyai hubungan rapat dengan Shahidan Kasim.

Namun begitu, keadaan dahulu sudah bertukar. Dilihat, siapa pula yang menyerang UMNO, dan siapa pula yang nampak berlembut dengan UMNO.

[3]

Aku membenci UMNO kerana faktor-faktor berikut, [a] UMNO mencandukan Islam demi kepentingan perut-perut pemimpin mereka, [b] UMNO menghalang perkembangan Islam, [c] UMNO merupakan punca non Muslim semakin jauh dengan Islam.

Kebencianku kepada UMNO bermula, apabila aku melihat bapaku yang ketika berada dalam UMNO, yang mana beliau sanggup menyebut, ”Kalau Islam memerintah, Malaysia akan mundur”. Aku berasa betapa susahnya untuk menukar fikrah sesat itu, yang akhirnya aku berjaya menukarnya dan kini bapaku sudah menjadi seorang yang berkeahlian PAS.

Mengenangkan segala kenangan silam ini, aku agak tidak dapat memaafkan UMNO. padaku, UMNO wajar dihapuskan terlebih dahulu, baru PAS berjaya laksanakan Islam di Malaysia.

Hujjahku adalah, kejayaan Nabi SAW membina kerajaan Islam adalah di madinah. Iaitu, dengan meninggalkan Makkah yang dipenuhi dengan semangat perkauman sempit. Kemudian, kemudian berjaya membina kerajaan Islam di Madinah yang cara berfikir mereka amat jauh berbeda dengan cara berfikir orang makkah.

Dengan perkataan lain, Nabi SAW meluputkan keberadaan rakyat Makkah yang perkauman dalam kawasan dakwah Nabi SAW terlebih dahulu, dengan memulakan usaha pembinaan kerajaan secara berkesan di Madinah. Kemudian, baru membina gelombang untuk menguasai Makkah.

Yang kalau hendak dibandingkan keadaan politik kini, usaha perkukuhkan PR sehingga berjaya memerintah Malaysia dengan menyerang habis-habisan agar UMNO jatuh. Setelah UMNO jatuh, baru berfikir bagaimana hendak melakukan dakwah terhadap UMNO.

[4]

Ternyata, usaha kearah itu semakin menjadi, waima tidak tertunai seratus peratus. Ia dapat dilihat selepas dari tsunami politik 2008 yang lalu.

PRU ke-12 memberi sejarah besar dalam senario politik kini. Asas kejayaannya, berjaya mengurangkan sokongan terhadap kerajaan, seterusnya sokongan itu diberikan kepada parti x-kerajaan; seperti PAS, PKR dan DAP.

Sokongan kepada PAS, PKR dan DAP, ada beberapa sebab. Antaranya adalah, [a] sememangnya memang mereka hendak mengundi PAS, PKR dan DAP,[b] undi protes terhadap kerajaan BN, dengan memberi undi kepada PAS, PKR dan DAP, dan [c] pengundi BN protes, dengan tidak keluar mengundi langung.

Keadaan ini berlaku dengan berbagai-bagai punca. Boleh dikatakan bahawa punca utamanya adalah, dengan kenaikan harga barang dan kelemahan kepimpinan Pak Lah Badawi yang melahirkan kritikan pedas dari bekas PM, Mahathir Muhammad.

Ketika itu, perkembangan media baru sedang meningkat. Blog-blog yang anti-BN berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Semuanya memfokuskan serangan terhadap BN, dengan berbagai-bagai cara dan gaya serangan.

Keputusannya ternyata memberangsangkan, iaitu dengan keputusan PRU ke-12, yang membariskan beberapa negeri dibawah pemerintahan BN berjaya dirampas. Ia melahirkan penubuhan kerajaan pakatan Rakyat.

[5]

Keberadaan blogger-blogger anti-BN membuatkan BN kecut. Makanya, isu blogger menjadi fokus penting dalam perbincangan BN dalam post morterm mereka.

Pemimpin BN – khususnya UMNO – mula merasakan keadaan mereka tergugat dengan kewujudan blogger. Maka, kedengaran usaha-usaha mewujudkan blogger pro-kerajaan – sehingga dibayar – bagi melawan balas terhadap serangan blogger-blogger anti-BN ini.

Nampaknya, BN mula berhati-hati selepas dari itu. ungkapan menyerang blogger yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sebelum PRU ke 12, sudah mula dihentikan, malahan kelihatan pimpinan UMNO lebih berhati-hati dalam melakukan serangan terhadap blogger ini.

[6]

Kebimbanganku kini adalah, pada PAS. Dilihat perjalanan Muktamar pada kali ini sudah ada unsur mengetepikan blogger-blogger, termasuk kenyataan beberapa pimpinan tertinggi yang dilihat agak menyerang blogger.

Mungkin ada benarnya kenyataan pimpinan tersebut, tetapi cara serangan yang dikemukakan oleh para pemimpin itu memperlihatkan pimpinan PAS tertentu, tanpa disedari sedang memperbanyakkan serangan-serangan yang dilakukan terhadap PAS.

Apabila keadaan ini berlaku, ia mungkin akan menghasilkan natijah yang buruk kepada PAS, terutama dalam berhadapan dalam PRU akan datang.

[7]

Perlu diingat, kajian telah dilakukan. Ternyata, ramai pengkaji-pengkaji melihat bahawa budaya politik di masa akan datang akan berubah dalam bentuk yang cukup jauh dengan apa yang berlaku ini.

Mungkin sekarang kita memperkatakan tentang kekuatan parti sebagai sumber kekuatan untuk menang dalam PRU. Dengan maksud, seseorang calon itu boleh menang, disebabkan calon itu datang dari parti tertentu. Tetapi, di masa akan datang kemenangan itu bukan lagi kerana faktor sesebuah parti, tetapi faktor seseorang tokoh.

Apabila kita menelaah ini, tidak hairan kita melihat bahawa Najib Tun Razak kini, agak kurang melakukan kempen pembinaan imej baik terhadap UMNO, sebaliknya kempen Najib kini adalah untuk membina imej dirinya supaya diterima rakyat.

Dan yang paling ketara perlu diperhatikan adalah, PRU akan datang, kemungkinan budaya politik Malaysia adalah kejayaan mengelolakan media. Dengan maksud, ”sekiranya kamu disukai media, pasti kamu akan menang”.

Pastinya, Situasi malaysia kini sedang menuju ke arah itu, menyebabkan ada sebilangan menyatakan bahawa budaya politik di masa akan datang adalah ’budaya politik media’.

Mengupas isu ini, teringat kepada Dr Abu Hasan Hasbullah yang pernah menyebut, ”Abad ini adalah abad persepsi. Kini, persepsi adalah informasi. Orang yang tolak persepsi adalah primitif”.

Ini yang menjadi kebimbanganku terhadap PAS dalam PRU akan datang. Iaitu, setelah melihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebilangan pimpinan tertinggi PAS terhadap media baru ini.

Padaku, Al-Quran dilihat mukjizat di zaman Nabi kerana ia dikagumi dari unsur sasteranya yang menjangkaui syair, kerana syair di kala itu menjadi perkara yang diminati oleh rakyat arab. Unta Nabi Saleh dilihat sebagai mukjizat, kerana unta itu digunakan oleh rakyat ramai untuk menarik kincir air untuk kegunaan rakyat. Keadaan ini menyebabkan golongan kapitalis tergugat, kerana mereka adalah golongan yang mendominasi kincir air.

Dan kini, ‘mukjizat’ adalah kebijaksanaan dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan media. Seseorang pemimpin politik yang ’terer’ keluar kenyataan politik, dan juga berjaya berinteraksi dengan media dalam bentuk yang baik, tidak hairan ia adalah golongan yang berjaya menggerunkan musuh.

secara peribadi aku menilai, karpal singh digeruni UMNO/BN, waima kemampuannya hanya sebelah tangan dan kepalanya sahaja. Tetapi, kita tidak digeruni UMNO/BN, waima semua anggota kita selamat.

Mengapa?

Jawapanku adalah, bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan, dan cukup pandai berinteraksi dengan media.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
13 Jun 2010 * 12:29 pagi

Jumaat, 11 Jun 2010

DEWAN PENYOKONG PAS – NABI BUAT KERAJAAN DI MADINAH

[1]

Dalam PRU di Hulu Selangor dan di Sibu, kita dapat saksikan satu magic dalam sejarah politik Malaysia; iaitu PAS dilihat disokong secara serius oleh non Muslim yang berbangsa cina dan india, tetapi majority melayu menyokong musuh tradisi PAS, iaitu UMNO/BN.

Perkara ini, diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapan perasmian tiga dewan dalam muktamar baru-baru ini. (sila klik)

[2]

Mengenangkan keadaan ini berlaku, mengingatkan aku ketika berforum dengan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad di Masjid Puchong Perdana dalam dua hingga tiga bulan yang lepas.

Tidak dinafikan, dalam perbualan kami di luar forum, didapati Ustaz Nakhaie sudah mengakui bahawa beliau agak frust dengan UMNO, tetapi dalam forum, kami dilihat ada bercanggah pendapat dalam beberapa isu.

Antara isu yang kami dilihat bercanggah adalah, dalam isu kejayaan perlaksanaan Islam di Malaysia. BN ternyata tidak menubuhkan kerajaan Islam. Alasan yang diberikan oleh Ustaz Nakhaie ketika itu adalah, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.

Bagi mematahkan hujjah itu, aku mengemukakan hujjah bahawa diawal kejayaan nabi SAW menubuhkan kerajaan Islam adalah di Madinah, iaitu sebuah kerajaan yang rakyatnya terdiri dari kalangan Nasrani, yahudi, musyrikin, munafiqin dan Muslimin. Ini membuktikan bahawa Madinah adalah Negara yang rakyatnya adalah masyarakat majmuk.

Adapun di Makkah, semua rakyatnya adalah Arab, malahan kabilah yang memerintah adalah kabilan yang satu keturunan dengan Nabi SAW, iaitu Quraish. Pun begitu, Nabi SAW tidak berjaya melaksanakan islam di Makkah, malahan mendapat penolakan kuat dari rakyat Qurash sehingga Nabi SAW terpaksa berhijrah ke Madinah.

[3]

Jika diperhatikan ini, kita dapat membuktikan bahawa Malaysia yang mempunyai potensi yang cukup besar dalam usaha hendak menubuhkan kerajaan Islam. ini kerana, rakyat Malaysia terbukti berbilang kaum, bangsa dan agama, atau disebut sebagai masyarakat majmuk.

Kini, dilihat PAS sudah mula diterima oleh masyarakat selain melayu dan non Muslim. Makanya, dengan rasminya PAS telah menubuhkan sebuah dewan yang sebaris dengan dewan-dewan yang lain, iaitu dewan perhimpunan penyokong PAS.

Perkembangan ini menarik, dan sudah pasti ia memberi satu gambaran bahawa kejayaan ke arah penubuhan kerajaan Islam sudah semakin hampir. Namun, ia tidak akan berjaya jika ia tidak dilakukan dengan kebijaksanaan.

Teringat perkataan Abang mat Sabu yang pernah berkata, ”Kalau non Muslim sudah tidak takut dengan PAS, dan orang melayu sudah tidak takut dengan DAP; maka itulah petanda UMNO nak bungkus”

Sekian

Baca sama:
Usul cadangan – bentang laporan kewangan harakah dalam muktamar

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg Buloh
12 Jun 2010 * 2:08 petang

BUKAN DENDAM, TAPI PENGAJARAN - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

"Ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit UMNO dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata," demikianlah yang disifatkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat ketika mengungkit pengalaman kerjasama antara PAS dengan UMNO-BN.

"Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua di dalam menongkah perjuangan," kata Nik Aziz.

PAS sebagai parti politik pernah menawan Kelantan dan Terengganu dalam PRU pada tahun 1959, kemudian menyambut huluran tangan Allahyarham Abdul Razak, Perdana Menteri pada tahun 1973 untuk menyertai BN. Bagaimanapun, kerjasama yang bermatlamatkan perpaduan ini berakhir dengan perpechan dalam PAS, dengan munculnya Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa, kata Nik Aziz.

Nik Aziz berkata sedemikian dalam ucapan perasmian serentak Muktamar Tahunan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, semalam.

Alternatif kepada BN dalam PRU 13

Nik Aziz kemudian mengulas bagaimana PAS menjalin kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional (Parti Keadilan Rakyat kemudiannya) untuk membentuk Barisan Alternatif pada PRU tahun 1999, dan mencapai muafakat "satu lawan satu" dalam PRU tahun 2008, yang berakhir dengan kemenangan kepada pembangkang.

"Strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan BN yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara. Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya," ulasnya.

"Atas alasan inilah, kita mahu menjadi alternatif kepada BN bagi menghadapi pilihanraya umum nanti. Pilihanraya tidak berlaku empat atau lima tahun sekali. Bagi orang yang beragama, pilihanraya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah," tambahnya.

Eratkan hubungan dengan DAP-PKR

"Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita. Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan UMNO pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat good governence iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab."

Nik Aziz cukup optimis dengan masa depan PR, "Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir."

"Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru. Memahami realiti semua, maka PAS mestilah bersedia menunjukkan kehebatan dan kehebatan PAS itu adalah sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mengasingkan agama dan politik, mempertahankan al-Quran dan Sunnah Nabi serta sentiasa berusaha ke arah penyatuan umat. Dr Yusuf al-Qaradawi selalu menggunakan istilah asolah al-Islam wa hadathah al-siyasah."

PAS perlu lebih cergas meraih sokongan Melayu

Nik Aziz turut mengulas perkembangan terkini senario politik tanah air, yang menyaksikan kecenderungan pengundi bukan Melayu kepada PR, dan Melayu kepada BN di sebaliknya.

"PRU12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana BN telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu. Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu."

Beliau berkata, "Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius. PAS sebagai alternatif kepada UMNO perlu bergerak dengan lebih cergas di dalam meraih sokongan pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan 'Ketuanan Melayu' yang merupakan dongengan pemimpin UMNO."

Nik Aziz sempat mengungkit isu royalti minyak, "Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. Projek-projek pembangunan daripada Pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup."

Selain menyasarkan pengundi Melayu, Nik Aziz turut berharap agar PAS meningkatkan usaha untuk memperkenalkan Islam kepada golongan Non-muslim, yang digelar sebagai "saudara kita".

Islam bukan milik bangsa Melayu

"Sudah sampai masanya untuk kita lebih serius mewajahkan semula Islam yang telah disolek dengan buruk oleh UMNO. Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa Islam bukan milik bangsa Melayu. Bahkan sejarah menyebut kaum Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam sebelum bangsa Melayu sendiri di benua masing-masing sebelum bangsa Melayu sendiri menerima Islam kira-kira 500 ratus tahun dahulu."

Menyentuh usaha PAS untuk mendampingi bukan muslim, Nik Aziz berkata, "Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah di atas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (ringkasnya Dewan Penyokong PAS). Dewan Penyokong ini adalah pemimpin dan ahlinya terdiri daripada rakan-rakan kita Non-muslim yang sedia berjuang bersama kita."

"Ini merupakan satu langkah ke hadapan yang telah diambil ke arah mendekatkan perjuangan PAS kepada golongan bukan Islam (Non-muslim). Alhamdulillah, saya melihat fobia terhadap PAS sudah terhapus di kalangan orang-orang bukan Islam."

"PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Non-muslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus."

"Saya optimis, jika masyarakat Non-muslim berjaya memahami Islam yang sebenar, InsyaAllah pisau-pisau perkauman yang sekarang galak diasah oleh BN akan tumpul dengan sendiri dan akan memakan tuannya."

Sepakat Putrajaya

"Bertolak daripada gagasan menghadapi pilihanraya umum ke-13, ke arah menjadikan PAS sebagai peneraju politik negara, maka PAS hendaklah menguasai politik Melayu Muslim dan sekaligus mendapat kepercayaan pengundi bukan Melayu-Non Muslim. Melihat kepada sambutan rakyat sejak pilihan raya umum 2008 dan 11 pilihan raya kecil, dapat dikatakan bahawa telah berlaku tsunami politik kalangan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina."

"Terbaru, atas nama Pakatan Rakyat kita berjaya merampas parlimen Sibu dari Barisan Nasional. Ia adalah bukti peningkatan keyakinan rakyat terhadap pendekatan politik baru Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN."

"Justeru, kita yakin mood rakyat sekarang adalah bersama Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pendekatan politik kebendaan 'beli undi' dan sekular Barisan Nasional. Atas prinsip politik Pakatan Rakyat yang mula diterima ini, maka PAS hendaklah bersama dengan mood rakyat."

*Tulisan ini disedut dan disunting daripada teks ucapan perasmian al-Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, semalam

baca sama:
cadangan usul - bentang laporan kewangan harakah dalam muktamar

PAS PERLU ADA GAGASAN EKONOMI ALTERNATIF UNTUK KE PUTRAJAYA

[1]

Aku tidak tahu, apakah cadangan gagasan ekonomi dilihat penting oleh perwakilan PAS atau tidak. ini kerana, bermula dari muktamar dewan-dewan, tidak kedengaran langsung sebarang ucapan pun yang menekankan agar PAS menyediakan gagasan ekonomi Islam dalam membuktikan PAS mampu memerintah Malaysia; merampas Putrajaya.

Yang pastinya, baru-baru ini, malaysiakini melaporkan;

“Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010” (Sila Klik)

Dari berita ini, kelihatan bahawa negara kita dalam keadaan bahaya. Apabila keadaan ini berlaku, ia amat memberi kebimbangan kepada rakyat Malaysia.

[2]

Aku dimaklumkan [tidak diketahui kebenarannya], bahawa DAP sudah berjaya menyiapkan gagasan ekonomi mereka. Apabila bertanya tentang PKR, dimaklumkan bahawa PKR belum lagi berjaya menyiapkan gagasan ekonominya tersendiri.

Adapun PAS, ia sealiran dengan PKR. Iaitu, belum ada lagi sebarang gagasan ekonomi alternatif dalam melayakkan PAS untuk menguasai Putrajaya.

Namun, seorang pemimpin muda PAS yang agak terkenal, juga berjawatan dalam AJK PAS Pusat, secara peribadinya [tanpa arahan parti] telah menyediakan satu kertas kerja gagasan ekonomi bagi membuktikan kemampuan Islam memerintah Malaysia di kala merampas putrajaya.

Dalam kertas kerja itu, dikupas beberapa teori ekonomi yang berasaskan kepada kajian ekonomi Islam, dari sudut kemasukan dana kerajaan, dan bagaimana perbelanjaan yang dilakukan secara berhemah.

Menarik dari kertas kerja itu adalah, didapati dengan keuntungan petronas yang ada, ia dapat menampung banyak keperluan negara.

Justeru, dengan teori ekonomi yang diulas dalam kertas kerja itu, mampu memberi royalti minyak kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak sebanyak 15% hingga kepada 20%, disamping mampu memberi wang ehsan kepada negeri-negeri yang tidak mempunyai minyak.

Keadaan ini berbeda dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN. Ini kerana, kerajaan BN bukan sekadar memberi kadar royalti yang sedikit, iaitu sebanyak 5%, malahan lebih teruk dari itu, apabila negeri-negeri yang mempunyai minyak dinafikan hak royalti dengan digantikan dengan bayaran wang ehsan. Contohnya, sudah berlaku pada kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah dahulu.

[3]

Padaku, ekonomi adalah satu perkara yang cukup penting untuk dibentangkan kepada rakyat bagi menarik pengaruh rakyat agar mengundi sesebuah parti.

Dilihat dalam PRU lepas, konsep negara berkebajikan yang dicadangkan oleh Barisan Alternatif [PAS dan PKR], berjaya menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk beralih undi; daripada BN kepada PAS, PKR dan DAP. Ia adalah bersebab, faktor kebajikan yang sudah pasti berkait rapat dengan ekonomi.

Jika dibaca dalam kitab Hujjatullah Al-Balighah, karangan Shah Waliyullah Ad-dahlawi, dinyatakan bahawa sesebuah negara itu akan didokong oleh rakyat, sekiranya kerajaan itu menjaga tiga perkara, iaitu [a] tempat berlindung, [b] pakai, dan [3] makan.

Pastinya, dalam fiqh islam, ketiga-tiga perkara ini dibincangkan dalam fiqh muamalat, yang sudah pasti ia adalah berkait dengan ekonomi.

Padaku, jika PAS mahu menguasai Putrajaya. Disamping kekuatan pertalian dengan Allah, mengemukakan model ekonomi Islam merupakan faktor penting bagi membuktikan rakyat mempercayai PAS untuk memerintah di malaysia.

Kalau tidak percaya, cuba baca sejarah Umrah Al-Qada’ yang dilakukan oleh Nabi SAW. Waima kafir Quraish membenarkan kepada Nabi SAW melakukan Umrah selama 3 hari sahaja di Makkah, iaitu setahun selepas Sulh Al-Hudabiyyah, tetapi dalam jangka masa 3 hari itulah, nabi SAW berjaya memberikan satu model kebajikan di mata-mata rakyat Makkah, sehingga Nabi SAW berjaya menguasai Makkah selepas daripada itu.

Sekian

baca sama:
cadangan usul - bentang laporan kewangan harakah dalam muktamar

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
12 Jun 2010 * 12:44 petang

MAKLUMAN FORUM

PUBLIC INTELLECTUAL FORUM (1): METAPHYSIC AND COSMOPOLITANISM Organized by Institut Kajian Dasar & Konrad Adenauer Stiftung

VENUE: Annex Gallery, Central Market, Kuala Lumpur

DATE: 13 June 2010, SUNDAY

PROGRAM:

4.00 pm : Registration

4.15 pm : Welcoming Speech by Khalid Jaafar
Executive Director, Institut Kajian Dasar (IKD)

4.30 pm : Book Launching “Metafizik & Kosmopolitanisme”
by YB Amirudin Shari
State Assembly for Batu Caves

4.45 pm : Forum: “Metafizik & Kosmopolitanisme”:

1. Eddin Khoo
Founder-Executive Director of Pusaka Foundation

2. Edry Faizal Eddy Yusof
Research Fellow, Islamic Renaissance Front

3. Siti Aishah Shaik Ismail
Ketua Srikandi Malaysia

4. Wan Ji bin Wan Hussin
Editor Syariah, Kemilau Publika

Moderator: Hasmi Hashim

RAMAI PEKERJA HARAKAH SOKONG PENDEDAHAN LEPAS

[1]

Sebelum menunaikan solat jumaat tadi, seorang wartawan harakah telefon. Dia banyak bercakap tentang pendedahan seorang pekerja di Harakah, yang e-mailnya telah aku paparkan dalam blog lepas.

Cara wartawan itu bercakap, ternyata dia menyokong penuh segala pendedahan aku itu. aku tidak berkata apa-apa, kecuali hanya mampu berkata, ”Allah kata dalam Al-Quran, ’jangan campur kebenaran dengan kebatilan. Dan jangan kamu sembunyikan kebenaran dalam keadaan kamu tahu”

Kemudiannya pula, dalam pukul 4 petang, aku melayari internet. Didapati, ada satu e-mail dari seseorang yang mendakwa dirinya sebagai kakitangan pentadbiran harakah [Aku agak kurang faham sangat tentang apa yang dinamakan sebagai pentadbiran harakah ini].

[2]

Di sini, dipaparkan e-mailnya seperti berikut;

Assalamualaikum Ustaz.

Sengaja saya hantar e-mail ini untuk mengucap tahniah terhadap cadangan dan pendedahan ustaz tentang harakah dalam entry lepas sehingga pihak harakah telah mengadakan mesyuarat tergempar.

Untuk makluman ustaz, saya salah seorang kakitangan pentadbiran harakah. Apa yang Ustaz tulis memang betul. Tapi, kalau ditanya kepada geng Sharlinie, tentu mereka akan kata semua ini 100% salah.

Sebenarnya kami pun sudah lama nak mendedahkan isu 2 akaun harakah ini. Kami bukan takut pada Sharlinie seperti geng bilik berita bisik-bisikkan.

So, geng bilik berita tak perlulah depan cakap lain, belakang kata lain. Better u all semua fokus tingkatkan prestasi berita-berita Harakah. Sampai bila nak harapkan Tuan Haji Lutfi?

Tahukah ustaz, kami sudah lama ingin mendedahkan perkara ini tetapi tidak ada tempat untuk kami luahkan. Tapi, bila ustaz dedah dalam blog, saya terpanggil untuk mengucap tahniah

[3]

Sebelum ini, berbagai makian yang aku terima disebabkan aku publish e-mail seorang pekerja harakah, sehingga ada yang kata aku ini kafir dan murtad.

Agak-agaklah, berapa ramai lagi akan mengatakan aku kafir dan murtad disebabkan aku bagi tapak blog untuk sebilangan pekerja harakah hendak meluahkan ketidak-puas-hati mereka terhadap pengurusan harakah, terutama dengan publish e-mail ini.

Khamis, 10 Jun 2010

HINDARKAN PAS DARI ’ULAMA TAKFIRI’ SEPERTI ‘AHBASH’

Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, ”Ahbash adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan, wajib menjauhkan diri dari mereka. mereka adalah jemaah fitnah, mereka berfatwa mengikut hawa nafsu”

[1]

Dalam beberapa tahun yang lepas, Malaysia digegarkan dengan kehadiran satu puak yang disebut sebagai Ahbasy. Puak Ahbasyh ini adalah satu puak yang merujuk kepada pengikut kepada seorang alim dari negeri Habsyah; daripada satu kawasan yang bernama Harar.

Orang alim yang dimaksudkan itu bernama Abdullah bin Muhammad As-Syaibi Al-‘Anbari. Beliau mula mengembangkan fahaman beliau di Lubnan. Dan ramai pengikut ajaran ini, sehingga terdapat juga anak-anak muridnya di Malaysia.

Mereka mendakwa bahawa mereka berakidah dengan mengikut ‘Turuq’ Abu Hasan Al-‘Asyari, fiqh mereka merujuk kepada mazhab Syafie, dan amalan tarikat mereka merujuk kepada tarikat Ar-Rifaiyyah.

Berkenaan dengan pegangan akidah, fiqh dan tasawwuf mereka, tidaklah menjadi perdebatan. Tetapi, yang timbul masalahnya adalah, apabila mereka adalah golongan yang mudah mengkafirkan beberapa tokoh ulama, seperti mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan juga Muhammad bin Abdul wahab.

Tidak ketinggalan yang dikafirkan beliau adalah Dr Yusuf Al-Qaradhawi, sehingga Dr Yusuf Al-Qaradhawi terpaksa menjawab tuduhan melampau beliau itu menerusi kitab “fatawa Muasarah ”

[2]

Pemikiran ala-Ahbasy ini, merupakan pemikiran yang diasaskan kepada sikap ”melampaui batas”. Walhal, dalam islam, sikap ”melampau batas” ini tidak diterima, malahan ditolak.

Firman Allah;

وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
“Jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Baqarah : 190)

Begitujuga hadis, bahawa Nabi SAW bersabda;

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ , هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ , هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

Maksudnya;
“binasalah golongan yang melampaui batas, binasalah golongan yang melampaui batas, binasalah golongan yang melampaui batas ”

Pemikiran sebegini tidak sepatutnya wujud dalam budaya rakyat Malaysia. tidak kira mereka itu adalah golongan bawahan, mahupun mereka bergelar ulama sekalipun. Ini kerana, pemikiran yang berasaskan kepada melampaui batas ini sebenarnya merujuk kepada kehendak hawa Nafsu, dendam dan emosi, bukan pemikiran yang berasaskan kepada hujjah dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam Islam, kebenaran hanya merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa merujuk kepada dua sumber ini – sama ada berbentuk zahir nas, mahupun khafiy nas – semuanya merupakan hujjah yang wajar ditolak, bahkan tidak diterima langsung dalam Islam, lebih-lebih lagi berhukum itu berasaskan kepada hawa nafsu, dendam dan emosi.

[3]

Tidak dinafikan keilmuan dan ke’ulama’an As-Syaikh Abdullah itu, tetapi ke’ulama’an seseorang ulama itu bukan lesen untuk dia mengkafirkan mereka yang tidak sealiran dengannya. Terutama, mengkafirkan itu berlaku dalam perkara yang disebut sebagai khilafiyyah.

Dalam hadis, Nabi SAW ada bersabda;


وَمَنْ قَذَفَ مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang menuduh kepada orang mukmin dengan kufur, maka dia seperti membunuhnya ”

Juga hadis, bahawa Nabi SAW bersabda;

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا
Maksudnya;
“Apabila seorang lelaki telah mengkafirkan saudaranya, maka akan kembali (kekufuran) itu kepada salah seorang daripada kedua-duanya ”

Kembali kekufuran kepada pentakfir itu, tidak sekadar berlaku kepada mereka yang jahil. Bahkan ia boleh terkena kepada mereka yang alim juga. Iaitu, apabila mengkafirkan itu dilakukan kepada yang tidak sepatutnya.

Justeru, berhati-hatilah kita dari budaya ahbash ini. Bahkan, ia tidak relevan sama sekali wujud dalam PAS, kerana PAS bukanlah parti yang ditugaskan untuk mengkafirkan orang yang tidak sepatutnya, tetapi tugas PAS adalah untuk memberi model keadilan Islam kepada rakyat; tidak kira terhadap Muslim, mahupun terhadap Non Muslim.

Di dapati, sedikit sebanyak pemikiran ala ahbash ini wujud dalam PAS, maka itu wajib dihindari. Bahkan, jika wujud golongan yang membawa pemikiran ala ahbash ini, golongan itu patut dilakukan sebarang tindakan agar ia tidak berleluasa. Ini kerana, keberadaan mereka itu mencacatkan sesebuah gerakan Islam, kerana cara mereka terkeluar dari ciri-ciri gerakan Islam yang bentuknya dirujuk dari Al-Quran dan As-sunnah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
11 Jun 2010 * 1:13 Pagi

LUPAKAH KITA KEPADA USTAZ HASAN SYUKRI?

Mungkin kita tidak lupa lagi dengan Ustaz Hassan Shukri. Seorang tokoh yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS.

Beliau amat mudah untuk bersua-muka. Jika kita ke Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar; tepat dengan masa dan ketikanya, pasti kita akan terlihat seorang lelaki tua yang kadangkala memakai baju pagoda dan berkain pelekat sedang menyapu sampah.

Bagi mereka yang tidak pernah mengenali beliau, pasti akan mengatakan bahawa beliau adalah ”siak” Taman Melewar, tetapi jangan tersilap, bahawa beliau pernah berada di jawatan yang cukup tinggi dalam parti Islam Se-Malaysia [PAS].

Jika mahu mengetahui sejarah PAS secara terperinci, berjumpalah dengan beliau. Beliau boleh nyatakan sejarah itu sekali dengan tarikh dan hari, nama beserta bin dan tempat kejadian tanpa membuka sebarang buku nota atau catatan.

Cukup pakar tentang perlembagaan PAS, malahan pernah menjadi tetamu kerajaan Brunai untuk memberi nasihat dalam usaha menubuhkan perlembagaan Kerajaan Brunei.

Mungkin kita lupa, bahawa jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang beliau ketika itu, dicabar oleh seorang yang sedang menjawat Setiausaha Agong PAS. usah diceritakan, bagaimana cara beliau diusahakan agar berundur, kerana ia amat menyedihkan. Pasal gambar beliau tidak dibubuh pada banner dalam muktamar? Tidak ada siapa pun yang membangkitkannya sehingga hari ini. Al-Maklumlah, siapa yang mengelolakan muktamar PAS ketika itu?

Ternyata beliau jatuh dari jawatan tersebut. Sejak kejatuhan beliau dari jawatan tertinggi parti itu, nama beliau semakin kurang disebut dan semakin hilang dari ingatan sebilangan besar ahli parti, menyebabkan, hanya sebilangan kecil sahaja mengenali beliau kini.

Namun, beliau seorang yang amat ikhlas dan jujur dalam kerja Islam. Walau pernah duduk dijawatan tertinggi parti, beliau tetap berkhidmat dengan Parti. Tidak percaya? Siapakah yang menjaga kebersihan Taman Melewar? Selain nama Abang Mat Zain yang disebut, siapa lagi jika bukan nama Ustaz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS.

Sekian

baca sama:
tiada gambar nasha di muktamar PAS (malaysiakini)

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
11 Jun 2010 * 12:16 pagi

Rabu, 9 Jun 2010

PENGURUSAN HARAKAH ZALIM !!

"Cikgu Pa adalah orang yang lebih banyak mengetahui tentang keadaan di harakah" Ujar salah seorang pekerja di Harakah

Cadangan usul, agar laporan kewangan harakah dibentangkan dalam muktamar yang aku tulis dalam artikle semalam mendapat respon dari beberapa orang pekerja di harakah. Membaca respon itu, ternyata, ia menggambarkan betapa peritnya bekerja di bawah sebuah akhbar parti Islam itu.

Kalau Tantawi berucap di Muktamar PAS pada hari ini, mengatakan "perlunya kemurnian perjuangan, dan memaknakan kemenangan", sepatutnya perkara ini perlu diambil perhatian oleh ketua Pemuda PAS itu.

Secara Fitrahnya, Islam menang bermula dari kekuatan dalaman sesebuah parti, baru berjaya menguasai dan mengalahkan Musuh. Ustaz Yahya Osman pernah berkata, "Laksanakan Islam dalam jemaah kamu, sebelum kamu melaksanakan Islam dalam negara kamu". Dengan perkataan lain, jika dalaman PAS pun wujud kezaliman, sampai kiamat pun PAS tidak akan menang.

Dari e-mail-e-mail yang aku dapat, banyak maklumat yang telah diberikan kepadaku. Ada sebilangan mendakwa, wujud double Akaun [akaun yang diaudit dan akauan yang tidak diaudit] melibatkan 'orang besar', juga ada nama dalam politik. Insya Allah, perkara itu akan didedah dalam artikle mendatang, dan kali ini, didedahkan satu keluhan salah seorang dari mereka seperti berikut [tanpa edit];

***

Salam Ustaz Wan Ji,

Ana salah seorang anak murid ustaz di sebuah surau yang ustaz sering hadir menyampaikan kuliah.

Ana juga salah seorang ahli jemaah dalam parti namun tidaklah memegang sebarang jawatan (hanya ahli biasa).

Ana juga adalah kakitangan Harakah yang telah lebih 6 tahun berkhidmat dan merasai pelbagai perit maung (daripada bawah - wartawan; sehingga atas - editor).

Untuk makluman ustaz, amat bagus dan baik serta wajar usul yang ustaz kemukakan dalam blog ustaz. Mencadangkan agar laporan kewangan Harakah dibentangkan dalam muktamar sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua, lebih-lebih lagi kami yang berhempas pulas siang dan malam untuk memastikan ahli dan pendokong PAS mengikuti dengan dekat segala perkembangan parti.

Namun, saya pasti dan rakan-rakan seperjuangan saya di sini (Harakah) juga yakin 200 peratus bahawa usul dan cadangan Ustaz hanya akan dialu-alukan dan kemudiannya hilang ditelan zaman.

Sebenarnya Ustaz, terlalu banyak yang sedang berlaku di Harakah. Bukan ingin memfitnah, jauh sekali untuk menjatuhkan nama syarikat, tetapi terlalu sayang dengan Harakah dan parti. Kami di sini sentiasa tertekan ustaz.

Usahlah bercakap pasal gaji yang menciput. Benar kata ustaz tentang RM1,600.00. Tetapi tahukah ada juga wartawan (wartawan baru) kalau masuk kerja nilai yang ustaz sebut itu tidak tepat malah jauh lagi rendah.

Perjuangan untuk mendapat 'basic pay' telah lama berlaku namun, semua disapu di bawah permaidani Harakah. Tahukah ustaz, betapa kini jika bertugas di luar kawasan pihak pengurusan amat berkira?

Misalnya, dalam muktamar kali ini, cuba bilang berapakah keseluruhan tenaga daripada Harakah cetak (bukan Harakahdaily) di benarkan untuk di bawa ke Kelantan?

Tahukah Ustaz, permohonan wartawan daripada Perlis, Kedah untuk mengikuti bertugas (baca: mengalami pengalaman dan memajukan diri) ditolak mentah-mentah oleh pengurusan. Dan senario (senarai wartawan dicantas untuk bertugas di muktamar) seringkali ditolak oleh pengurusan atas alasan sudah ada wartawan negeri, tidak perlu dan membazir.

Beginikah mentaliti pengurusan? Inginkan kualiti pemberitaan, tetapi keperluan dalam prasarana untuk bertugas (menempatkan wartawan di muktamar) seringkali di'reject'.

Ini belum pula keperluan untuk bertugas di luar seperti wartawan di KL perlu ke Klang (cover dan buat liputan majlis PAS), bayaran tol tidak akan dikira! Rasional pengurusan, mileage RM0.50 sudah lumayan! Pelik, pertama kali kami mendengar istilah rasionalisasi sedemikian. Agaknya, pengurusan akan beranggapan, kalau dibayar tol, wartawan akan jadi jutawan segera! Hebat!

Itu hanyalah contoh-contoh 'ciput' wahai ustaz, masih banyak yang boleh diceritakan. Namun, yang pasti, budaya 'kuku besi' di bawah pengurusan kini mula dirasai.

KES 1: Pernah seorang kakitangan teknikal (layout) menyampaikan keluhan kepada Tuan Guru Presiden, Ustaz Hadi tentang daifnya peralatan komputer di Harakah dalam satu majlis ramah mesra Harakah dengan pimpinan. Apa yang berlaku? Seorang AJK PAS Pusat, yang menduduki ALP Harakah merenung tajam kepada staf tersebut dan selepas perjumpaan tersebut, beliau berkata, "nanti kau!"

KES 11: Seorang staf perempuan di pemasaran mengkritik pimpinan Harakah dalaml satu seminar Harakah beberapa tahun lalu, akibatnya; staf tersebut sedar-sedar dah berhenti. Apabila rakan-rakank bertanya," dia dah berhenti!" Betulkah dia berhenti atau berlaku sebaliknya?

KES III: Seorang staf kanan didapati bersalah kerana menyiarkan tulisan seorang penulis yang kontroversi (ramai yang tahu kot, agak popular beberapa tahun lalu) dan telah dihukum. Sebagai hukuman, beliau menjadi Ketua Unit Baru dengan dikekalkan gaji dan kemudahan lama. Setelah gagal unit baru yang diketuainya, beliau diberi pula Unit lain. Juga gagal lagi dan kini mengetuai Unit akhbar PAS secara online. Untuk makluman, sebelum ini beberapa projek beliau seperti "Satu Keluarga Satu Harakah" telah gagal. Projek berita Harakah secara online sehingga membuat bilik kalis bunyi dan belian kamera beribu ringgit juga gagal. Projek TV PAS dengan dana berjuta ringgit juga bungkus dan diserapkan kakitangannya ke unit online akhbar Harakah. Dan sebelum ini, pernah didakwa di mahkamah akibat menerbit artikel yang didakwa memfitnah semasa Harakah di bawah Dato' Hishamuddin Yahya. Begitu banyak yang berlaku, staf ini masih disimpan? Masih di beri keistimewaan dan berleluasa? Unsur KRONISME?

Kasihan kami yang marhaen di sini ustaz. Kalau sebelum ini, pernah kami mengadu kepada Mantan Ketua Pemuda, namun suara beliau hanya 1 berbanding taiko-taiko dan veteran pemimpin yang berada dalam ALP. Apa yang mampu kami lalkukan Ustaz?

Eloklah apa yang ustaz cadangkan itu. Dedahkan biar telus. Namun, awas taiko-taiko dalam Harakah buka calang ustaz. Banyak muslihatnya.

Harap tulisan ini dapat perhatian ustaz. Kalau baik, dapat disiarkan mana-mana blog yang sering dibaca oleh ahli parti. Paling kurang, suara marhaen kami didengari walau secara bergaung!

Wassalam.

p.s: kalau disoal siasat siapa penghantar nota luahan ini, hamba mohon dirahsiakan kerana bimbang dengan nasib anak-anak dan isteri-isteri!

CADANGAN USUL – BENTANG LAPORAN KEWANGAN HARAKAH DALAM MUKTAMAR

[1]

Keadaan kewangan Negara membimbangkan. PM kelihatan terdesak, sehingga terpaksa memperkenalkan GST kepada rakyat, bagi menyelamatkan Negara dari muflis, sepertimana berlaku di Iceland dan Greece.

Persoalannya adalah, kemana perginya hasil mahsul Negara? Petronas merupakan sumber kewangan Negara yang tidak pernah rugi, malahan sentiasa untung.

Dr Rosli, bekas PJ PAS Negeri Sembilan, merupakan seorang yang berkepakaran dalam bidang ekonomi [sehingga dijemput untuk menubuhkan bank Islam di Bangladesh] pernah menyatakan bahawa minyak keluaran Malaysia adalah minyak yang terbaik di dunia. Ini kerana, belerang yang ada dalam minyak di Malaysia amat berkurangan, tidak sepertimana minyak-minyak di Negara luar.

Dimaklumkan juga, rakyat Malaysia menggunakan minyak dari Negara arab; yang mempunyai kadar belerang yang banyak, sedangkan minyak keluaran Negara akan dijual ke luar. Keadaan ini menyebabkan Negara mendapat hasil penjualan minyak yang amat tinggi.

Dengan kadar keuntungan yang begitu tinggi, kemana perginya hasil mahsul Negara? Sehingga terpaksa memperkenalkan GST kepada rakyat, demi menyelamatkan Negara daripada bankrap dan muflis.

Sudah pasti, ia berpunca dari banyak keraguan dalam pengurusan kewangan petronas, seperti pembaziran dan ketirisan.

[2]

Sebelum PR ditubuhkan, malahan sebelum berlaku PRU ke 12 yang lalu; antara isu yang banyak dibangkitkan adalah isu kenaikan harga minyak, disamping perkembangan ‘Ma’asy’ atau kehidupan rakyat yang dilihat semakin hari semakin membebankan.

Melihat keadaan itu, boleh dikatakan semua ahli parlimen Barisan Alternatif [termasuk PAS] mendesak agar segala laporan kewangan petronas dibentang dalam Parlimen, agar ia telus dari sebarang ketirisan dan pembaziran. Namun, desakan itu tidak dilayan oleh kerajaan BN dengan seribu satu alasan yang tidak munasabah.

Didapati, sekiranya laporan kewangan ini berjaya dibentang dan dibahas dalam parlimen, sudah pasti penyelewengan, sama ada berbentuk ketirisan dan pembaziran tidak akan berlaku. Lantaran itu, kewangan Negara akan terselamat, seterusnya dapat menampung keperluan rakyat yang dilihat sering tertekan.

[3]

Kalau ahli Parlimen PAS boleh mendesak agar laporan kewangan Petronas dapat dibentang dalam parlimen untuk memastikan ketelusannya. Mengapa tidak, perkara yang sama juga berlaku kepada Harakah, yang merupakan akhbar kepunyaan PAS secara rasmi.

Jika dirujuk kepada wartawan-wartawan yang bekerja di Harakah, gaji mereka tidak semewah seperti mereka yang bekerja di akhbar yang lain. Dimaklumkan, wartawan harakahdaily, gaji mereka sebulan sebanyak RM 1600, sedangkan gaji wartawan di malaysianinsider mencecah RM3600 sebulan.

Jika dilihat pada sumber kemasukan Harakah, didapati ia lebih memberangsangkan berbanding Malaysianinsider. Ini kerana, Malaysianinsider sekadar akhbar internet, sedangkan harakah, bukan sekadar akhbar internet, bahkan lebih dari itu, iaitu apabila ia melibatkan kepada akhbar harakah cetak.

Justeru, bagi memastikan keadaan sebenar kewangan harakah, dicadangkan agar ada sebilangan perwakilan dari mana-mana negeri mengusulkan agar laporan kewangan harakah ini dibentang dan dibahas dalam Muktamar PAS, supaya ia telus, dan dilihat sebagai telus.

Dirasakan, Cikgu Mustafa Ali yang merupakan Pengerusi Lembaga Harakah yang berada dalam jawatan itu sejak sekian lama bersifat professional, terbuka dan sememangnya bersedia untuk menerima usul sebegini. Ia tidak ada lain, melainkan mahu memberi satu gambaran, betapa PAS mempunyai ketelusan dalam mengurus kewangan yang melibatkan organisasi atau badan dalam parti sendiri.

Bahkan jika ini boleh berlaku, ia boleh menjadi model dan bukti kepada rakyat, bahawa PAS mampu mengelola sumber kewangan dalam bentuk yang telus dikala memerintah Malaysia nanti.- Insya Allah..

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
10 Jun 2010 * 1:38 pagi.

Selasa, 8 Jun 2010

TAHNIAH, BLOGGER DAPAT SEKADAR 'PAS PEMERHATI' SAHAJA

[1]

Dzulfikar Masyhur [wartawan harakahdaily] melaporkan;

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

“Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi. (sila baca lagi)

[2]

Persoalannya;

pertama;
Masalah sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini? Bahkan, sebelum ini, keterbukaan PAS dalam media amat mendapat pujian dari rakyat Malaysia. Namun, kes terpencil ini berlaku pada kali ini. kenapa takut sangat dengan blogger selepas tsunami politik 2008, walhal PKR dan DAP tidak takut pun? Orang yang takut ini, selalunya ada yang tak kena. Apa yang tak kena pada PAS sebenarnya sehingga takut sebegini?

kedua;
Ustaz Idris kata, menghalang media buat lipuran tentang pemilihan hanya UMNO saja.. Jadi, siapa pula pimpinan PAS berusaha hendak menghalang media buat liputan seperti UMNO ini?

Tahniah Ustaz Idris, kerana menyampaikan suara blogger-blogger yang sejak sekian lama membantu PAS... Di harap, jangan disebabkan tindakan PAS pada kali ini, menyebabkan ramai blogger-blogger yang dahulunya membantu PAS, tetapi menyerang PAS dalam PRU akan datang...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
9 Jun 2010 * 12:18 Tengahari

JADILAH MEDIA UMNO, MUKTAMAR AKAN BAGI RUANG

[1]

Petang tadi, seorang kawan yang merupakan blogger dari negeri kelantan ada telefon. Dia memaklumkan dengan katanya, ”Siang tadi aku pergi ke PUTIK untuk dapatkan Pas Media, tapi hampa... kata pihak urusetia yang bertugas - pihak PAS tak sediakan Pas Media untuk blogger”

Dengan maksud, para blogger tidak diberi ruang untuk muktamar PAS pada kali ini. Keadaan ini berbeda sepertimana berlaku dalam kongres PKR baru-baru ini, yang juga dilakukan di Kelantan.

Memelikkan lagi, pihak muktamar PAS pada kali ini memberikan ruang terbuka kepada utusan untuk melaporkan sebarang perjalanan muktamar pada kali ini, disamping diberikan layanan istimewa. (sila Klik)

Sebentar tadi, ada pula seorang sahabat yang bekerja dengan PAS, yang dia juga berada di Kelantan menghantar SMS. Kandungan SMSnya adalah seperti berikut;

“Akhbar Utusan sejak dulu, sebelum ini dan sekarang masih berterusan cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan pimpinan PAS. Mingguan Malaysia beberapa minggu ini memberi focus kepad Muktamar PAS dari sudut amat negatuf. Sejak dulu lagi, anjuran boikot utusan telah dilancarkan. Bagi memberi sedikit ‘tamparan’ kepada akhbar utusan, sewajarnya akhbar tersebut tidak diberi ruang kepada muktamar kali ini. Layanan istimewa tidak seharusnya seperti yang diterima oleh akhbar-akhbar lain [walaupun teruk, tapi tidak seterus utusan]. TQ, sekadar cadangan rakyat Marhaen”

[2]

sila baca laporan Utusan Meroyan seperti berikut;

Utusan Malaysia bebas buat liputan muktamar

KOTA BHARU 7 Jun – Wartawan Utusan Malaysia tidak akan dihalang untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ke-56 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini mulai Rabu ini.

Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana wakil media bagi menjalankan tugas mereka.

“Kita parti yang matang,” katanya ketika ditanya sama ada wartawan Utusan Malaysia akan dihalang membuat liputan sebagaimana yang berlaku semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.(sila Klik)

[3]

Nampaknya, belum lagi bergabung dengan UMNO, sudah ada sifat-sifat UMNO. Geng anti-UG, dihalang habis-habisan daripada terlibat program-program parti, waima geng anti-UG itu orang PAS sekalipun.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan program jemaah di peringkat Universiti, puak-puak UG sedang memburukkan pimpinan PAS dan aktivis-aktivis PAS yang anti-UG.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan pada 26 Mei 2010 baru-baru ini, ada pertemuan sulit antara seorang pimpinan PAS dengan Mufti Perak, Mufti Harussani di *** ****, Jalan A****, Kuala Lumpur. [gambar pun ada. Sampai masa dan ketika, akan didedah gambar itu]

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan ada seorang pimpinan PAS dari negeri Selangor berbalas-balas SMS dengan Noh Omar yang merupakan seorang pimpinan UMNO Selangor. Dalam SMS itu, pimpinan PAS terbabit mengeluh bahawa sebilangan besar ahli PAS di DUNnya menolaknya. Persoalannya, kenapa mengeluh kepada Pimpinan UMNO? [transkrip sms itu pun ada. Sampai masa dan ketika, ia akan didedahkan]

[4]

Pesanan kepada pimpinan PAS yang sedang asyik menipu ahli-ahli PAS bawahan, jangan menganggap ahli-ahli PAS ini bodoh. Perlu diingat, ahli PAS bukan sedikit, sebaliknya terlalu ramai, sehingga menjangkau bilangan jutaan orang.

Justeru, sebarang pertemuan sulit yang dilakukan di hotel-hotel dan di mana-mana sekalipun, pasti akan ada ahli-ahli PAS yang terserampak, dan merakamkan segala perkara yang sempat mereka rakam.

Ahli-ahli PAS yang terserempak itu, bukan ahli-ahli PAS biasa, bahkan kadangkala mereka adalah pimpinan PAS di peringat cawangan-cawangan, malahan diperingkat kawasan.

Pesanan, cukuplah usaha hendak membodohkan ahli-ahli PAS yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan PAS [bukan semua, tapi sebilangan].

[5]

Teringat kata seorang pimpinan PKR di Terengganu, "kalau PAS nak gabung dengan UMNO, PKR ada harapan nak jadi Menteri besar di Terengganu"

Ungkapan ini pelik, tetapi memberi seribu satu makna.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
9 Jun 2010 * 2;45 Pagi

Ahad, 6 Jun 2010

ERDOGAN - CERDIK DAN BERANI

[1]

"Anda selalu bercakap mengenai demokrasi, tetapi tidak pernah membenarkan HAMAS memerintah. Demokrasi jenis apakah ini? Saya tidak fikir HAMAS sebuah pertubuhan pengganas. Mereka pejuang yang mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin" - Ucapan Tayyib Erdogan (PM Turki) di Konya, Turki 6 Jun 2010

"Merenung ucapan t...ersebut, saya teringat..... pada 30 Mei 2006, KERAJAAN MALAYSIA tidak mengizinkan kehadiran Menteri Luar Palestin (Dr Mahmoud Zahar - HAMAS) untuk mengikuti Persidangan NAM di Kuala Lumpur kerana desakan dari Amerika. Sedangkan waktu itu, HAMAS telah memenangi pilihan raya & menjadi kerajaan secara sah.
Lihat seterusnya.. " Tulis Saifuddin Ibrahim dari Kelate di Facebooknya.

[2]

Perbualan Telefon Menteri Luar Turki dengan Menteri Pertahanan Israel

Rakyat Turki dihebohkan perbualan melalui telefon antara Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkaitan kes penyerangan Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

Akhbar Turki, Habertürk ...Edisi Sabtu (5 Jun) mendedahkan transkrip perbualan tersebut. Berikut petikannya:

BARAK : Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentera kami cedera oleh pisau. Para aktivis merebut senjata daripada tentera kami.

DAVUTOGLU : Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kamu telah melakukan kejahatan antarabangsa. Kamu harus segera menghantar mangsa dibunuh dan cedera kepada Turki.

BARAK : Apakah kamu menghendaki mangsa cedera?

DAVUTOGLU : Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan mencederakan orang awam tidak mungkin mampu mengubatinya. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

BARAK: Kami bergerak atas dasar kepungan yang harus dikuatkuasakan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

DAVUTOGLU : Apakah mangsa yang mati itu adalah musuh?

BARAK : Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak memiliki masalah dengan Gaza.

DAVUTOGLU : Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembak roket kepada kamu? Bagaimana boleh kamu membunuh rakyat awam itu? Turki bukan seperti mana-mana negara. Turki mempunyai kuasa besar yang boleh menjaga warganya.

BARAK : Kami sangat menghormati Turki sampai peringkat tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

DAVUTOGLU : Penghormatan macam apa yang anda maksud? Kamu telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang memperlekeh kehormatan bangsa kami. Kamu telah sesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, red). Penduduk negeri kami juga, bagi kami selaku kerajaan sangat penting. Kamu harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat.
Lihat seterusnya..

sumber : saifuddin Ibrahim [FB]

UMNO - MELAYU HARBI

Dalam sebuah kerajaan Islam, orang bukan Islam itu ada dua istilah yang diberi, [1] Zimmi, dan [2] harbi.

Dua istilah ini wujud, apabila wujud jizyah. Adapun di Malaysia, unsur jizyah ini tidak wujud, justeru, istilah zimmi dan harbi tidak pernah timbul di Malaysia.

Namun, dari sudut bahasa arab, Harbi bermakna 'perang'. Apabila ada golongan yang menyerang Islam, maka golongan itu disebut sebagai 'Harbi'. Sama ada, serang itu menggunakan senjata, mata pena atau bentuk ceramah. Apabila menyebut 'serang Islam', pasti ia berusaha agar Islam tidak berkembang, bahkan berusaha untuk mengurangkan pengaruh Islam di mata-mata rakyat.

Budaya politik Malaysia selepas 8 Mac 2008 amat unik sekali. Dilihat DAP sudah mula menyokong banyak dasar-dasar Islam, sedangkan yang mempertikaikan dasar-dasar Islam itu adalah UMNO. Keberadaan ulama-ulama terompah kayu dan ulama-ulama kepala lutut dari UMNO, banyak menyokong usaha halalkan yang haram, haramkan yang halal yang dilakukan oleh UMNO.

Perkembangan DAP menyokong banyak dasar-dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, menjadi gerun oleh UMNO. Makanya, dilakukan berbagai-bagai serangan terhadap DAP dan juga PAS. Adapun terhadap PKR, cukup sekadar mereka menyerang peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan berbagai-bagai dakwaan moral.

Antara serangan yang dilakukan oleh UMNO terhadap DAP dan PAS adalah, melebelkan bahawa PAS berkawan dengan Kafir Harbi [DAP], walaupun DAP sudah semakin hari semakin menerima Islam.

Yang pastinya, kerana pangkat, takhta dan kekufuran, UMNO sanggup melakukan serangan bagi menjauhkan DAP dan PAS, kerana penerimaan DAP terhadap Islam amat memberi bahaya kepada UMNO, dengan sokongan rakyat bangsa cina dan india terhadap PAS.

Dengan serangan UMNO terhadap Islam ini, membuktikan bahawa di malaysia UMNO adalah MELAYU HARBI di Malaysia yang wajib dihapuskan atas muka bumi Allah ini.

"Hancurkan melayu harbi adalah kewajipan"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] sg Buloh
7 Jun 2010 * 1:35 Petang

ISLAM TANPA PENGANUT

[1]

“Di barat, aku melihat Islam tanpa penganut”, lebih kurang begitu ungkapan Said Nursi, seorang ulama, malahan tokoh pemikir Islam yang terkenal yang berasal dari Negara Turki.

Ungkapa Said Nursi itu, mungkin berlaku pada zamannya, tetapi ia tidak boleh ditolak di zaman kini, kerana hakikatnya memang berlaku.

Diberitakan dari sahabat-sahabat yang pernah mendapat pendidikan di barat, mereka menyatakan bahawa banyak perkara yang diamalkan di barat, sememangnya wujud dalam ajaran islam. cumanya, amalan tersebut tidak dilebelkan dengan nama Islam sahaja.

Namun, apabila sampai di tanah arab pula, waima Islam, Nabi Muhammad dan Al-Quran itu berbahasa arab sekalipun, tetapi amalan Islam amat sedikit diamalkan. Jika wujud pun, hanya islam dari sudut peribadatan, tetapi tidak dari sudut yang lain.

[2]

Eropah pernah berhadapan dengan zaman kegelapan. Namun, kegelapan itu berjaya dihapuskan dengan pemikiran pencerahan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh berani pada zaman itu.

Asal pemikiran pencerahan adalah keberanian dalam menyatakan pandangan, waima dilihat berbeda dari golongan gereja. Waima mendapat lebel Kafir, melawan paderi dan sebagainya, tetapi usaha pencerahan tetap dilakukan, yang menyebabkan golongan gereja ini akhirnya menyembah bumi.

Ramai pengkaji berpendapat, idea pencerahan itu bukan bermula dari Amanual Kant, William Harvey, Spanoza dan sebagainya, tetapi ia adalah pengaruh dari kesan budaya keilmuan di Baitul Hikmah, Baghdad yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun Ar-Rashid.

Selepas kejatuhan golongan gereja, ketika itu bermula zaman cerah yang menyebabkan eropah semakin pesat dengan dunia keilmuan dan kemajuan. Akhirnya, banyak pengamalan Islam wujud di barat, tetapi sedih pencerahan yang mereka lakukan itu, tidak diserapkan unsur tauhid dan aqidah.

Jadinya, unsur ketelusan, akauntabiliti, integriti dan transperant mereka, benar-benar menyerupai Islam, tetapi zina, minum arak dan sebagainya berleluasa dalam masyarakat, menyebabkan meraka jatuh dari sudut itu.

[3]

Mendengar cerita teman-teman yang pernah menuntut di barat, terasa dalam hati untuk melihat sendiri. tetapi, apabila berbual, mereka yang pernah menuntut di sana sendiri bagitahu, “tak payah pergi sana kalau nak tengok, di Malaysia pun sudah ada seperti itu”

Sukar untuk memahami maksudnya itu. Namun, apabila ditanya, mereka menjawab, ”Anta tengok DAP yang tidak islam sudah la syaikh.. mereka semua tu bukannya Islam pun, tapi Ketelusan, akauntabiliti, transperant, open minded, boleh dikritik dan sebagainya wujud dalam parti mereka… tetapi, pada parti yang ramai orang islam ni, baik UMNO ke namanya, PAS ke namanya, PKR ke namanya, ada ke macam tu?”

Apabila kawan itu berkata sedemikian, agak berkerut juga dahiku. Tapi, jawapan kawanku itu menyebabkan aku teringat balik ungkapan Said Nursi yang menyebut, “di barat, aku melihat Islam tanpa penganut”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
7 Jun 2010 * 2:49 Pagi