Sabtu, 29 Mei 2010

PAS perlu gerakan basmi serangan pemikiran


tulisan : Mohd Arif Juhani Ab Rahman

Fenomena politik baru di Malaysia ketika ini amat menilai kematangan PAS dalam menangani pelbagai isu baru yang pelbagai bentuk dan kompleks untuk dihuraikan.

Contohnya, perubahan agenda PAS daripada negara Islam kepada negara berkebajikan menjadi antara bola tanggung yang digunakan oleh musuh politik untuk menunjukkan betapa PAS begitu gila untuk berkuasa sehingga melupakan prinsip awal yang menjadi perjuangan mereka.

Terkini, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sekali lagi menuntut kematangan PAS dalam menjawab pelbagai isu yang bukan bersifat remeh. Walaupun kalah dalam pilihan raya itu namun terdapat isu yang masih memerlukan perhatian untuk ditangani.

Seperti dijangka Zaid dipalitkan dengan krisis moral justeru amalan mengambil minuman beralkohol suatu ketika dahulu. Beliau sudah mengaku bahawa beliau sudah bertaubat dan tiada siapa yang wajar mempersoalkan lagi adakah benar dia sudah bertaubat atau hanya kerana agenda politik semata-mata justeru taubat seorang hamba hanya layak dinilai oleh Allah sahaja.

Namun persoalan yang lebih besar daripada krisis moral ini ialah isu aliran liberal yang dianut oleh Zaid dan pengakuan ini menjadi lebih jelas dalam buku beliau yang berjudul ‘Saya Pun Melayu’.

Zaid tidak sekadar hanya mengaku bahawa beliau seorang yang liberal bahkan beliau turut menyokong agar sekular menjadi amalan perlembagaan sesebuah negara moden justeru untuk memastikan hak minoriti terbela dan beliau turut mewajarkan tindakan saman terhadap kerajaaan negeri Kelantan berikutan isu hudud dan qisas yang cuba dijadikan hukuman dalam perundangan negeri Kelantan.

Maka, tidakkah kenyataan ini begitu bertentangan dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS yang meyakini bahawa Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang syumul dan adil bahkan penolakan PAS terhadap Umno adalah berikutan parti itu mengamalkan politik sekular.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menutup mulut dan kebebasan menyuarakan pendapat namun penulis melihat bahawa hampir tidak kelihatan suara-suara dalam PAS yang secara jelas cuba membetulkan pemikiran Zaid yang tersasar begini secara terbuka.

Kita khuatir idea begini akan mempengaruhi sekian ramai pembaca dan apabila idea begini sudah mengukuh dalam minda rakyat Malaysia maka PAS melalui jalan yang berliku untuk menjernihkan kembali kekeliruan pemikiran yang berlegar di sekitar masyarakat.

Pendekatan Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini seharusnya tidak semata-mata mengenai kesungguhan dan komitmen PR dan PAS untuk menguasai kerajaan pusat seperti yang sudah dirangka tetapi lebih jauh lagi ialah PAS sendiri perlu menggunakan kesempatan yang wujud untuk menguasai dan mempengaruhi pemikiran rakan politik dalam PR.

Mereka perlu meyakini bahawa Islam sebagai sebuah bentuk pemerintahan yang memberikan keadilan yang hakiki, namun hal ini hampir tidak berlaku bahkan permuafakatan PR lebih banyak disasarkan untuk menghentam Umno-BN dengan secukupnya untuk melonggarkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan mereka sejak sekian lama.

Tidaklah cukup untuk PAS sekadar bergembira apabila rakan-rakan bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah politik atau keinginan untuk mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam amalan bernegara bahkan PAS perlu mengembleng tenaga dakwah dalam rangka yang lebih jauh daripada yang telah dilakukan.

Tambahan pula dengan pelbagai isu sosial yang berlaku dalam kalangan belia yang menatijahkan peningkatan kadar pembuangan sekaligus pembunuhan bayi yang cukup melemaskan kita untuk memikirkan berkenaan hal ini.

Andai benar Islam semakin diterima oleh penyokong dan pimpinan PR dan menjadi dominan dalam PR maka komitmen untuk menegakkan syariat Allah melalui perundangan Islam seperti Hudud dan Qisas harus menjadi agenda bersama dalam PR mulai detik ini.

Demi mencapai agenda kemurniaan dalam negara melalui landasan Islam, PAS perlu segera mewujudkan sebuah gerakan yang mempunyai dua fungsi iaitu pertama untuk menjawab segala isu serangan pemikiran yang cuba disebarkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan agenda kemurniaan Islam.

Isu-isu seperti perundangan keluarga Islam, keperluan menerapkan amalan sekular dalam pemerintahan negara, hak kebebasan bersuara dan sebagainya menjadi antara agenda musuh-musuh Islam yang cuba melunturkan keyakinan terhadap Islam lalu menganut fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Kedua berfungsi untuk menawarkan keharmonian hidup beragama dengan kempen-kempen berterusan yang mengandungi idea-idea Islam sebagai sebuah agama sejagat yang amat menghormati dan mengiktiraf penganut agama lain di dunia.

sumber : Malaysiakini

p/s : tidak semua kandungan artikle ini penulis bersetuju, namun ia bagus dijadikan pencetus untuk kita berfikir tentang beberapa perkara penting yang wajib dilakukan; sama ada buat masa sekarang, ataupun di masa akan datang.

PEMIMPIN MESTI ADA ‘PETA PERANCANGAN’


[1]

Pemimpin yang hebat mempunyai wawasannya tersendiri. Apabila dia memegang sesuatu tampuk pemerintahan, hendaklah sudah wujud plan dan perancangan untuk mencapai sesuatu wawasan tersebut.

Pemimpin yang tidak mempunyai ‘plan’ dalam otak mereka, tidak akan dilihat hebat. Malah, tidak mustahil kepimpinannya penuh dengan kelembapan dan seterusnya akan ditolak oleh rakyat, ekoran tidak berjaya hendak mengatasi perlumbaan dalam merebut pengaruh.

Apabila seseorang pemimpin itu sudah mempunyai ‘plan’ dalam otak mereka, strategi perlaksanaan terserah kepada orang keliling mereka. jika bijak orang kelilingnya, maka berjayalah dia mengotakan ‘plan’nya. Sekiranya orang kelilingnya tidak bijak, tidak mustahil pemimpin itu akan menjadi beban kepada sesuatu pertubuhan, mahupun kerajaan yang dipimpinnya.

Disamping seseorang pemimpin itu mempunyai perancangan masa depan, diperlukan juga kepadanya mempunyai penasihat-penasihat yang boleh berkongsi pandangan dan memberi pendapat-pendapat yang bernas dalam mengelolakan sesuatu organisasi agar dilihat relevan setiap masa.

Mustahil seseorang pemimpin itu mampu berfikir sendirian, tanpa mereka mempunyai penasihat dan ‘orang yang boleh bertukar pandangan’ yang dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

Justeru, penasihat yang bijak amat diperlukan oleh seseorang pemimpin bagi melahirkan kejayaan dan ke’relevan’an terhadap pimpinannya.

[2]

Jika diperhatikan, dunia mengetahui bahawa antara pemerintahan yang hebat adalah di zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab. Kehebatan Umar, disebabkan beliau mempunyai ‘plan’ dalam mengemukakan agenda kerajaan perintahannya, disamping dia mempunyai penasihat [orang kelilingnya] yang bijak.

Dalam kitab al-Mughni karangan Ibnu Quddamah, didatangkan satu kisah Umar bersama dengan seorang penasihatnya yang bernama Kaab bin Suwar. Suatu hari, ketika mereka berdua sedang berbual-bual, seorang perempuan muda telah datang.

“wahai Amir Al-Mukminin, Aku tidak pernah mendapati seorang lelaki yang cukup baik melainkan suamiku. Demi Allah, sepanjang malam dia menunaikan solat, dan bersentiasa berpuasa pada siang hari” Perempuan muda itu berkata kepada Umar.

Mendengar apa yang diucapkan perempuan itu, menyebabkan Umar memuji suami perempuan terbabit. Pujian yang diberikan umar itu, menyebabkan perempuan itu merasa malu dan terus berlalu pergi.

Keadaan itu diperasankan oleh penasihat Khalifah, Kaab bin Suwar.

”Wahai Amir Al-Mukminin, sebenarnya kedatangan perempuan itu adalah untuk melaporkan sesuatu perkara kepada kamu” ujar Kaab.

Umar terkejut, kerana tidak perasan tentang maksud kedatangan perempuan muda itu. Umar bertanya Kaab, ”apa sebenarnya yang mahu dilaporkan oleh perempuan itu wahai kaab?”

”itu adalah perempuan muda, sudah pasti dia menyatakan bahawa suaminya sentiasa tidak bersamanya, ekoran sepanjang malam menunaikan solat, dan berpuasa disepanjang siang hari”

Mendengar penjelasan Kaab itu, baru Umar perasan, lalu meminta agar perempuan itu dipanggil untuk berjumpa dengan Umar.

Apabila perempuan itu sudah berada di hadapan Umar, beliau bertanya, ”Wahai perempuan, apakah kamu datang tadi ingin melaporkan tentang suami kamu yang meninggalkan tempat tidurnya bersama kamu?”

”benar wahai Amir Al-Mukminin. Sesungguhnya aku adalah seorang perempuan muda. Aku memerlukan, sepertimana perlunya perempuan-perempuan yang lain”

Mendengar itu, Umar terus mengarahkan agar suami perempuan itu datang mengadap. Apabila suaminya berada di hadapan Umar, beliau telah menyuruh Kaab supaya menjatuhkan hukuman.

Diperingkat awal, Kaab menolak untuk menjatuhkan hukum, namun setelah Umar berkata, “aku minta kamu berhukum terhadap suami perempuan ini, kerana kamu memahami tentang apa yang aku tidak memahaminya”

Keizinan Umar itu, menyebabkan Kaab membenarkan kepada suami perempuan itu berpuasa dan solat malam selama tiga hari, dan melarang kedua-dua ibadat itu pada malam yang keempatnya.

Umar bertanya, bagaimana Kaab menjatuhkan hukuman sebegitu. mendengar soalan Umar itu, Kaab terus berkata bahawa beliau berhujjah dengan merujuk kepada firman Allah SWT yang berbunyi;

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ


Maksudnya;
“Kahwinilah apa yang baik bagi kamu dari perempuan itu dua, tiga dan empat”

(Surah An-Nisa’ : 3)

Seakan-akan suami perempuan itu beristeri empat, dan ketiga-tiga malam dia beribadat itu seperti malam bersama tiga isteri, dan malam keempat itu sebagai malam giliran untuk isterinya.

Mendengar penjelasan Kaab yang merupakan penasihat Umar, menyebabkan Umar berkata, “hukuman kamu ini, lebih aku kagum berbanding firasat kamu terhadap perempuan tadi
[1]

[3]

Sepertimana yang kita tahu, Umar adalah seorang tokoh pemimpin politik yang cukup hebat. Disamping kezuhudan, di zaman beliaulah, banyak ijtihad-ijtihad baru yang dikemukakan oleh beliau.

Dengan kebijaksanaan berpolitik itu, menyebabkan pemerintahan Islam tersebar luas; bukan sekadar di sekitar arab, tetapi sudah menjangkaui diluar dari batasan arab.

Apa yang kita dapati, Umar bukan sekadar seorang yang bijak, malah beliau seorang pemimpin yang mempunyai penasihat-penasihat yang hebat. Ini menyebabkan, beliau sentiasa dilihat sebagai seorang pemimpin yang relevan di zaman beliau, malahan di zaman kini.

Sekian

Wallahu ‘Alam


- Sri Indah (b) Sg Buloh
30 Mei 2010 * 12:06 Pagi







[1] m/s 11/397.

SYUKUR ALLAH SWT PELIHARA PAS

Wawancara akhbar Operasi dengan Ustaz Hasan Syukri ketika menjadi Naib Presiden PAS dan Senator keluaran April 2001


[1]

Malaysiakini melaporkan;

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian” (sila klik)

Membaca berita ini, hati kecilku terus bersyukur kehadrat ilahi. Antara sebab utamanya adalah, sudah kelihatan bahawa dakwah PAS semakin diterima oleh orang bukan Islam. Dari sudut yang lain pula, bersyukur kerana dikala UMNO mempertahankan judi, PAS tetap tidak sebumbung dengan UMNO.

Tidak dinafikan, memang wujud sebilangan menafikan usaha gabung antara PAS dengan UMNO ini, tetapi penafian itu ternyata tidak berpijak kepada fakta dan kenyataan. Ini terbukti, dengan kenyataan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS yang lalu; yang bertempat di Shah Alam.

Iaitu, Ustaz Ahmad AWang yang ketika itu adalah Naib Presiden PAS menyatakan seperti berikut;

“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.” (sila Klik)

Namun, bersyukur kepada Allah. walau ada usaha ke arah tindakan yang tidak bertamadun itu, ternyata Allah SWT lebih menyayangi PAS, menyebabkan usaha tersebut tidak berjaya.

Tidak dapat dibayangkan, bagaimana keadaan PAS dikala UMNO sedang mempertahankan judi, jika usaha gabung PAS dan UMNO ini berjaya dikala itu. keadaan ini, menyebabkan aku teringat beberapa kenyataan pimpinan PAS, seperti Ustaz Idris Ahmad sering berkata, “Insya Allah, Allah akan jaga PAS”.

[2]

Sejarah telah membuktikan bahawa PAS ditolak rakyat apabila bergabung dengan UMNO. tetapi, apabila PAS kekal menentang UMNO, sokongan terhadap PAS semakin hari semakin memberangsangkan. Ini terbukti dengan keadaan kini.

Mari kita meninjau sejarah. Iaitu menurut satu wawancara akhbar Operasi keluaran April 2001 bersama Ustaz Hasan Syukri dalam tajuk “imbas kembali rundingan PAS-UMNO”, Ustaz Hasan Syukri ketika itu merupakan Naib Presiden PAS merangkap Senator ada menyebut dalam wawancara itu seperti berikut;

“Bagi saya, stail Tun Razak berlainan. Beliau tidak menghebohkan dalam akhbar tentang kesediaan beliau berbincang dengan PAS. Kebanyakkan rundingan dijalankan tidak didedahkan kepada umum, malah beliau sendiri suka dilakukan secara senyap”

Dengan rundingan secara senyap itu berlaku, menyebabkan PAS dan Perikatan [UMNO] berjaya digabungkan. Namun, gabungan itu tidak melahirkan kemaslahatan kepada PAS, sebaliknya kemudharatan yang besar yang tertimpa.

Jika kita membaca sejarah Dato’ Asri dalam buku “memoir Politik asri” pula, kita dapat melihat bagaimana usaha gabung antara PAS dengan UMNO pada Januari 1973, mengakhirkan penolakan rakyat terhadap PAS dalam tahun 1978 begitu teruk sekali.

Lantaran itu, bermulanya penolakan secara serius terhadap kepimpinan Asri sehingga dalam muktamar PAS ke 28, bertarikh Oktober 1982, kedengaran ungkapan “marakbar asri” yang memberi maksud “pergi mampus Asri” dalam bahasa Farsi
[1].

Begitujuga, ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ada mencoretkan satu artikle dalam harakah cetak dalam dua hingga tiga bulan lepas, tentang bagaimana penolakan terhadap sebilangan pimpinan PAS yang satu ketika dahulu adalah orang yang hebat, tetapi setelah masuk UMNO, mereka ditinggalkan oleh rakyat sedemikian rupa. Antara contoh yang didatangkan adalah, Dato’ Nakhaie Haji Ahmad.

Namun, sejarah sebegini tidak berulang kembali kepada PAS selepas PRU ke-12, waima usaha ke arah itu berlaku. Semuanya bersebab, penjagaan yang Allah berikan kepada PAS, lantaran PAS tidak bersekongkol dengan puak-puak zalim.

Ini membenarkan firman Allah;

فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“Maka Tuhan mewahyukan kepada mereka: "Kami pasti akan membinasakan orang- orang yang zalim itu”

(Surah Ibrahim : 13)

Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”

(surah Hud : 113)

[3]

Tidak dapat dibayangkan, apa keadaan PAS jika PAS bergabung dengan UMNO, lalu didapati UMNO mengambil sikap pertahankan judi. Kemungkinan, keadaan akan menjadi kecamuk.

Mana mungkin PAS redha dengan keputusan kerajaan BN/UMNO dalam isu judi ini. malah, sejarah juga telah membuktikan bahawa ulama-ulama yang keluar dari UMNO, lalu menubuhkan PAS dahulu adalah berpunca dari sikap ‘keras kepala’ UMNO dalam isu judi juga, iaitu “loteri Kebajikan”.

Namun, keadaan itu tidak berlaku kini. Semuanya bersebab, janji Allah yang dinyatakan oleh Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ

Maksudnya;
”Sentiasa ada satu puak daripada kalangan umatku, yang menzahirkan atas kebenaran. Orang yang menyalahi mereka, tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka
[2]

Marilah kita berdoa kepada Allah, agar PAS sentiasa mendapat penjagaan dari Allah; terus menerus tidak bertindak dan terdetik pun untuk bersama dengan puak-puak yang zalim.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Mei 2010 * 5:41 petang


[1] M.s 107.
[2] Muslim : 3544.

Jumaat, 28 Mei 2010

MALAYSIA MUFLIS 2019 - DATO' MAHFUZ OMAR


"Malaysia akan bankrap [pada tahun] 2019 jika UMNO/BN terus berkuasa. Ayoh bangkit bankrap dan mufliskan UMNO/BN dalam Pilihanraya [Umum] ke-13 bagi selamatkan Malaysia dari bankrap" kata Dato' Mahfuz dalam Facebook beliau

BELAJAR DARI TARIQ BIN ZIYAD


[1]

Jika dibaca sejarah perjuangan Tariq bin Ziyad, didapati perjuangan membuka Andalusia [kini : sepanyol] adalah berpunca dari dendam rakyat Andalusia kepada pemerintah mereka yang bernama Roderiga yang berbangsa Gotik. Roderiga adalah seorang pemerintah yang terlalu zalim terhadap rakyatnya.

Ekoran dari kebencian rakyat itu, menyebabkan salah seorang dari panglima perang kepada Roderiga yang bernama Julian beragama kristian, telah berjumpa dengan wakil Khalifah Islam
[1] di Afrika bernama Musa bin Nusair bagi menggulingkan kerajaan Andalusia.

Pertemuan antara Julian dan Musa bin Nusair itu melahirkan satu keputusan bahawa tentera Islam akan pergi menyerang pemerintah Andalusia demi memberikan keadilan kepada rakyatnya, waima rakyat Andalusia tidak beragama Islam.

Pihak Musa bin Nusair pun bermesyuarat, yang akhirnya melahirkan satu keputusan bahawa Tariq bin Ziyad perlu dilantik menjadi panglima perang dalam menggulingkan Roderiga, Walaupun dari sudut salsilah Tariq bin Ziyad, beliau adalah seorang budak suruhan dan dari bangsa Barbar yang bukan dari keturunan arab.

Maka bermulalah permusafiran Tariq bin Ziyad ke Andalusia yang ditunjuk jalankan oleh seorang yang bukan beragama islam, iaitu Panglima Julian.

[2]


Jika diperhatikan dalam sejarah perjuangan tariq bin Ziyad dalam menguasai Andalusia [sepanyol], didapati serangan bersenjata yang dilancarkan hanya beberapa kali sahaja. Adapun yang lain, penguasaan terhadap sesuatu daerah di Andalusia, semuanya disebabkan dakwah Islamiyyah yang disampaikan oleh Tariq bin Ziyad; dengan menceritakan islam dalam bentuk yang sebenar, disamping akhlak Islam yang ditunjukkan oleh tentera Islam kepada masyarakat Andalusia.

Apabila serangan mematikan kekuasaan Roderiga sudah berjaya, menyebabkan kekuasaan itu hendak disambung oleh salah seorang Panglima Rideriga yang bernama Goted.

Ceuta yang menjadi tempat terletakkanya istana roderiga telah berjaya di kuasai oleh tentera Islam, menyebabkan Goted telah lari keluar dari Ceuta dan berlindung dibawah daerah andalusia yang lain.

Di sana, Goted menyusun strategi bagi mengalahkan tentera Islam, tetapi ternyata gagal, apabila rakyat mereka dari daerah lain agak tidak mahu menerima mereka disebabkan mereka amat terkenal sebagai pemerintah yang terlalu zalim.

Keadaan menjadi lebih menggerunkan lagi kepada Goted, apabila masuknya tentera Islam ke dearah-daerah dibawah kekuasaan Andalusia, menyebabkan ramai rakyat andalusia memeluk Islam ekoran melihat akhlak Islam yang ditunjukkan oleh Tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad, juga penerangan Islam yang dilakukan secara serius oleh Tariq bin Ziyad sendiri.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan sebelum Tariq bin Ziyad meninggalkan sesuatu daerah, Tariq mengarahkan tenteranya mengajar ilmu peperangan kepada sesuatu daerah yang telah diislamkan, agar mereka dapat menyelamatkan diri dikala datang tentera goted untuk menyerang mereka.

Apa yang menarik dari kisah Tariq bin Ziyad, sebelum Tariq bin Ziyad menguasai sesuatu daerah, beliau tidak terus masuk ke daerah-daerah tersebut, tetapi terlebih dahulu berhenti bermalam di sempadan daerah. Kemudiannya, beliau akan menghantar wakilnya yang bernama Julian, iaitu seorang yang tidak beragama Islam agar mempengaruhi rakyat dalam daerah tersebut bagi menggambarkan kehadiran tentera Islam bukanlah mahu berperang, tetapi hanyalah mahu memberikan keadilan kepada manusia sejagat.

Disebabkan Julian seorang yang bijak berkata-kata, menyebabkan rata-rata rakyat terpedaya dengan kata-katanya, dan apabila tentera Islam pimpinan Tariq bin Ziyad masuk, ternyata kata-kata Julian itu benar, menyebabkan ramai rakyat dalam daerah-daerah di Andalusia tertarik dengan Islam dan akhirnya memeluk Islam dan mereka mengislamkan daerah-daerah yang mereka duduki itu.

[3]

Meneliti kisah ini, kita dapat melihat beberapa watak-watak dari kisah Tariq bin Ziyad ini dapat diberikan perhatian dalam usaha hendak mengislamkan negara yang tercinta ini, iaitu Malaysia.

Mungkin tidak keterlaluan, jika watak Julian ini boleh diletakkan kepada PKR, kerana golongan ini adalah golongan yang merupakan jambatan antara kita dari PAS untuk berjumpa dengan Non Muslim, sama ada dari PKR sendiri atau dari DAP dalam menyampaikan Islam.

Apabila dilihat, sokongan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu, bukanlah kerana mereka mengerti dan memahami Islam, tetapi lebih kepada mereka benci dengan BN yang terlalu zalim. Keadaan ini agak sama berlaku dalam kerajaan Andalusia pimpinan Roderiga, yang menyebabkan salah seorang panglima roderiga sendiri, iaitu julian yang telah berjumpa dengan Musa bin Nusair untuk menggulingkan kerajaan Andalusia pimpinan Roderiga ekoran kezaliman yang telah dilakukan.

Cumanya, disebalik kebencian rakyat terhadap BN ini, PAS yang memegang watak sebagai Tariq bin Ziyad, sewajibnya mengambil sikap mengambil segala peluang yang ada dalam menyampaikan Islam, menunjukkan akhlak-akhlak islam kepada rakyat, agar mereka akan memilih Islam bahkan memeluk Islam.

Sekian

Wallahu ’alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] sg Buloh
29 Mei 2010 * 2:15 pagi



[1] Nama khalifah Islam pada masa itu adalah khalifah Walid bin Abdul Malik

POLITIK DALAM MASJID

azan dilakukan di masjid. dalam azan ada lafaz "Hayya ala as-solah" dan "Hayya ala al-falah". Lafaz Hayya ala solah, menyeru kepada ibadat, dan hayya ala al-falah menyeru kepada kemaslahatan hidup. ini sudah politik.


[1]

Politik dalam bahasa arab disebut sebagai siyasah. Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, makna siyasah adalah “mentadbir sesuatu berdasarkan kepada maslahat
[1]

Dalam setiap kehidupan manusia, tidak lepas dari mentadbir. Hatta, kita hidup sendirian pun ada unsure tadbir [politik].

Jika kita seorang diri, kita berpolitik dengan nafsu dan syaitan yang sering menganggu kita. Jika kita dalam rumah tangga, kita berpolitik dengan anak dan isteri kita.

Dua orang anak yang bergaduh. Untuk mendiamkan kedua-duanya, perlu ada kebijaksanaan politik dalam menyelesaikannya. Orang yang berpoligami, ketika para isterinya bergaduh, politik amat perlu untuk menyelesaikannya.

Islam hadir mengajar manusia politik; mengajar manusia untuk memastikan manusia berada dalam kemaslahatan. Kemaslahatan tercapai dengan naqli ilahi [al-quran dan as-sunnah], dan kesejahteraan aqli.

Justeru, masjid adalah tempat yang paling baik untuk memahamkan manusia tentang perkara ini. jika melarang manusia bercakap politik dalam masjid, samalah seperti melarang kita bercakap untuk memahamkan manusia tentang konsep naqli ilahi dan kesejahteraaan aqli.

Makanya, tidak dapat tidak, politik dalam masjid adalah perlu. Ia tidak boleh dipisahkan. Memisahkan politik dari masjid, sama seperti orang melarang buang besar di jamban.

[2]

Politik kepartian?

Menubuhkan kerajaan islam adalah wajib. Tetapi, ia tidak mampu untuk menubuhkan melainkan dengan terlibat dalam Pilihanraya, maka terlibat dalam pilihanraya itu adalah wajib.

Hendak terlibat dalam Pilihanraya tidak boleh, melainkan dengan menubuhkan parti, maka menubuhkan parti adalah wajib.

Ini berasaskan kepada kaedah;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara yang wajib melainkan dengan melakukan’nya’, maka membuat’nya’ itu adalah wajib”

[3]

Dalam Negara demokrasi berpilihanraya, memahamkan rakyat agar menerima sesuatu parti adalah satu keperluan. Tanpa kefahaman rakyat terhadap dasar dan perjuangan sesuatu parti, maka parti tersebut tidak akan menang.

Didapati bahawa ada parti A yang berusaha memperjuangkan islam, maka memahamkan dasar perjuangan parti tersebut adalah wajib.

Ia tidak dapat diberi kefahaman, melainkan dengan bercakap dalam masjid dan dimana-mana pun, maka hukum bercakap itu adalah wajib.

"wah ini bahaya, nanti orang tolak kita" bisik hati UMNO dan Pro UMNO.

"kita kena pancung mereka yang tidak sealiran dengan UMNO dan tidak sealiran dengan pro UMNO. Jika tidak, pengaruh kita akan berkurangan" Ujar UMNO dan Pro UMNO di surau-surau, masjid-masjid, malahan di pejabat-pejabat kerajaan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 mei 2010 * 8:56 malam



[1] As-Siyasah As-Syariyyah : 29.

Khamis, 27 Mei 2010

DEBAT DR BURHANUDDIN AL-HELMI DENGAN MOKHTARUDDIN LASSO

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin memprovoke.

Provoke mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun.

[sila baca buku ”Dr Burhanuddin : putera setia melayu raya” karangan Ahmad Boastamam]

VOLKSWAGEN "KERETA RAKYAT"

Membaca Akhbar Sinar Harian ini, terpaku satu maklumat baru yang agak menarik; iaitu kereta yang aku sejak kecil didoktrinkan nama kereta katak. Kereta Volkswegan adalah satu kereta yang reka-bentuknya adalah diideakan oleh Hitler, seorang yang dikatakan sebagai tokoh Diktator Jerman. Makna valkswegan itu adalah kereta rakyat.

Menarik untuk berkongsi bersama
[klik gambar untuk besarkan]

Rabu, 26 Mei 2010

“LALAT DALAM GELAS”

Dalam kesebukkan Bandar kuala Lumpur. Kereta yang banyak berlaluan pergi dan datang. Hon sekali sekala berbunyi, mengkecamukkan lagi suasana. Keadaan itu, sungguh memberikan satu gambaran kekusutan, jauh dari segala kedamaian.

Warga kota yang sudah terbiasa dengan keadaan itu, ia tidak mendatangkan sebarang kekusutan. Tetapi, bagi warga kampung dibesarkan di kawasan pendalaman, sudah pasti keadaan ini menyebabkan jiwa agak tidak selesa.

Dalam keadaan begitu kesebukkan, seorang pemuda baru datang dari kampung pendalaman sampai di perhentian Bas Pudu Raya. Turunnya dia dari Bas, kelihatan kesibukan yang sungguh menyempitkan hati dan jiwa.

”masya Allah, sebuknya Kuala lumpur ini” hati Meor berbisikan sendirian, kerana mengenangkan keadaan Kuala Lumpur yang begitu sesak sekali.

Di Kampung, Meor seorang anak muda kampung yang cukup dikenali amat berakhlak. Ramai anak muda kampung yang lepak, tetapi tempat lempak Meor adalah masjid dan surau. Dikala anak muda kampung berseronok dengan mainan gitar di tepi jalan, tetapi keseronokkan Meor adalah dengan kuliah agama dan ceramah.

Kedatangannya ke Kuala Lumpur adalah, untuk mencari sumber kehidupan. Di kampung, sumber kewangannya amat tertekan. Mungkin kerana faktor peluang pekerjaan yang tidak memberikan satu kepuasan.

”ke mana aku nak pergi ni?” hatinya bersoal yang menantikan jawapan dari apa yang dilihat oleh matanya.

dia melihat ke kanan dan ke kiri. Susah hendak dia mengambil keputusan terhadap hatinya. Tiba-tiba, seorang ibu mendukung seorang anak kecil datang. Kelihatan ibu dan anaknya begitu comot sekali. Kulitnya memberi gambaran dia berbangsa India. Namun, dia bertudung.

”Saya lapar.. saya lapar.. saya lapar” kata ibu itu sambil tangannya mengisyarat kemulut, seperti orang yang sedang makan.

Meor memahami maksud ibu itu. dia meminta sedikit bantuan kewangan. Lalu, Meor menyeluk duit dalam poketnya, dikeluarkan duit sebanyak RM 5 dan terus memberi kepada ibu yang kelihatan miskin itu.

”La Hau la wala Quwwata Illa billah” ucap bibir Meor perlahan tanpa dirancang dan diniatkan.

Meor masih tidak tahu keputusan hidupnya untuk hari itu. sedang dia berfikir, terasa tekaknya haus.

”emm. Baik aku cari kedai makan dulu, pekena segelas dua air, lega sikit” bisik Meor.

Dia terus menuju ke arah sebuah restoran mamak berhampiran dengan jejantas Pudu Raya. Disebelah restoran itu, ada sebuah kedai 7 elevan, dan sebelahnya pula ada kedai KFC.

Dia duduk sahaja di salah sebuah kerusi dalam kedai itu, datang seorang lelaki berbangsa India, tetapi memakai kopiah.

”mau minum apa?” soal lelaki india itu.

”kasi saya teh O ais” pinta Meor.

”Makan?”

”tak pa..” Meor melemparkan senyuman.

Tidak lama kemudian, teh o ais pun sampai. Lelaki india tadi letak air di mejanya, terus berlalu pergi.

Apabila Meor hendak minum, kelihatan seekor lalat ada dalam airnya.

“adus.. macam mana lalat ni ada dalam air ni?” mulutnya menuturkan kata yang tidak didengari oleh sesiapapun, melainkan dirinya sahaja.

Dia teringat kuliah Ustaz Kamarul yang mengajar kitab mustika hadis di kampungnya. Ustaz Kamarul ada mengupas bahawa kalau lalat jatuh dalam air, jangan terus dibuang lalat itu, sebaliknya celup lalat itu agar ditenggelamkan satu sayapnya lagi, kerana sayap lalat itu, satunya racun dan satunya penawar.

Teringat kandungan ceramah ustaz Kamarul itu, menyebabkan Meor terus mencelupkan lalat itu, lalu dibuangnya. Dia pun minum teh O ais dengan lahapnya. Dia kepuasan. Setelah habis minum, dia pun mahu berlalu pergi.

Dia pergi ke meja kaunter. Sambil dia hulur duit sebanyak RM 10 kepada kaunter itu, dia pun bagitahu kepada kaunter itu, ”eh mamak. Tadi saya punya air ada lalat sekor tau”

Mamak kaunter itu kelihatan bersungguh-sungguh kira duit baki yang hendak diberikan kepada Meor. Sambil menghulur baki duitnya, Mamak kaunter itu berkata, ”biasa la.. kalau mau ada kambing dalam itu gelas, bayarannya bukan satu ringgit la..”

Terkejut Meor mendengar jawapan mamak itu. Dia pun membalas kepada mamak itu, ”eh.. pelik sungguh betul Kuala Lumpur ni.. baru aku tahu, rupa-rupanya teh o ais di KL ni bubuh lalat ye”

”sorry la mamak, aku baru sampai dari kampung, aku tak faham lagi hidup di KL ni” sambung Meor lagi.

”Mamak, ko memang asal KL ke?”

”tak.. aku asal Negeri Sembilan, pernah duduk kelantan. Tapi sekarang duduk kat KL”

Meor mengangguk-anggukkan kepalanya.

”ok la.. mamak ako pergi dulu..”

Sejak dari itu, apabila Meor masuk kedai makan di sekitar Kuala Lumpur. Apabila dia masuk ke kedai makan, kalau dia nak minum teh O Ais, mesti dia akan cakap.

”bagi saya air teh o ais, tapi tanpa lalat ye”

Kesian Meor ditipu oleh mamak Negeri Sembilan, yang pernah duduk di Kelantan, dan kini tinggal di Kuala Lumpur itu. Siapa la agaknya mamak yang nakal itu?

Sekian

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Mei 2010 * 12:09 Tengahari




DPP PUSAT "CABUT GIGI SALAH"

Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi. (sila klik)

Kenapa diajak PERKASA berdebat pula?

logiknya, PERKASA bukan Parti Politik, ia sekadar NGO. Jika Pemuda PAS Pusat ajak PERKASA debat, Dewan Pemuda PAS telah membesarkan PERKASA secara tidak langsung; menaik tarafkan PERKASA setara Parti politik.

Akhirnya, Malaysiakini melaporkan berita berikut;


Pautan
Berikutan itu, beliau [Ibrahim Ali] menyifatkan Dewan Pemuda PAS dan mereka yang berkenaan sebagai 'buta tuli' dan hendak mencari modal untuk menghentam PERKASA apabila mencabarnya berdebat mengenai lesen judi bola itu. (sila Klik)

kan dah nampak macam dewan pemuda PAS ni tak cerdik dalam isu ini. Adalah lebih baik, jika Ustaz Tantawi [peribadi, bukan atas nama dewan] mencabar Ahli parlimen Kota Belud, Abdur Rahman Dahlan yang merupakan pemimpin UMNO untuk berdebat, kerana beliau ada mengeluarkan kenyataan pertahan keputusan kerajaan atas pemberian judi ini. (sila Klik)

"Doktor pakar macam mana pun, jika dia cabut gigi salah, dia tetap dikira sebagai salah"

"Puasa ini memang dapat pahala, lebih-lebih lagi dapat kekang hawa nafsu. tapi kalau kita berpuasa pada 1 syawal, puasa itu tetap dikira salah"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg buloh
26 Mei 2010 * 5:56 petang





Selasa, 25 Mei 2010

BARAT MULA KAJI HASAN AL-BANNA

Dari facebook Pak Khalid jaafar "Baru pulang dari makan malam di rumah duta Jerman meraikan sarjana-sarjana Jerman yang menyertai International Seminar on Germany and Islamic Culture. Turut hadir adalah penulis biografi pertama Hassan al-Banna dalam bahasa Barat" (sila Klik)

Ini perkembangan baik. Nampaknya, barat sudah mula mengkaji seorang tokoh Islam yang hebat dan Unik ini, Imam Hasan Al-Banna.

sekian

TEGUR PEMIMPIN SOLAT DAN PEMIMPIN LUAR SOLAT


[1]

Dalam 5 hingga 6 tahun lalu, ada seorang imam kematian Isteri. Imam itu terlalu sayang kepada Isterinya, sehingga kematian itu menyebabkan dia menangis setiap hari; mengambil masa hampir seminggu.

Satu hari, dia ke surau untuk menunaikan solat asar berjemaah. Para jemaah menolak dia menjadi imam, tetapi dia menolak. Mungkin kerana faktor pemikirannya masih lagi; teringat-ingat kepada Isterinya yang tersayang itu, menyebabkan dia menolak. Namun, dia terpaksa menjadi imam juga pada hari itu, kerana dipaksa oleh jemaah.

Memang solatnya hari itu tidak khusyuk. Dia telah menunaikan solat asar sebanyak 5 rakaat. Selesai solat, ada sebilangan makmum bertanya, ”kenapa imam solat sampai lima rakaat?”

”la... kenapa korang tak tegur.. Saya tersilap la tu” kata imam itu.

”Eh.. saya tegur dah tadi.. Saya baca Subhanallah tadi” kata makmum yang bertanya tadi.

”eh yer ke... kenapa saya tak dengar langsung tadi?” soal imam itu lagi.

”ermm... Saya tegur Sirr [perlahan]” kata makmum tadi.

”tegur sirr, macam mana saya nak dengar?” bentak imam itu.

”ermm.... kan solat Asar ni sirr, jadinya saya pun tegur sirr la” kata makmum tadi.

[2]

Dalam solat, dilarang bercakap, ia boleh membatalkan solat. Begitujuga, dilarang juga bagi makmum baca dengan kuat, sehingga boleh mengganggu makmum-makmum yang lain. perbuatan tersebut boleh dikatakan haram, bahkan ada sebilangan ulama syafeiiyyah mengatakan ia tidak haram, tetapi makruh, kerana tidak mempunyai adab di dalam solat.

Namun, apabila imam sudah melakukan kesilapan. Hendaklah imam itu ditegur. Teguran tersebut, hendaklah dengan menyebut ”subhanallah” bagi orang lelaki, dan ”tasfiq” atau tepuk bagi orang perempuan.

Sabda Nabi SAW;

التسبيح للرجال والتصفيق للنساء

Maksudnya;
”Tasbih bagi orang lelaki, dan tepuk bagi orang perempuan
[1]

Menegur imam dengan membaca subhanallah, hendaklah dengan suara yang berbunyi, waima didengari oleh makmum-makmum yang lain. walau asal membaca kuat sehingga kedengaran kepada makmum lain, adalah dilarang [sebilangan kata haram, sebilangan ulama syafiiyyah kata makruh], namun dalam keadaan tertentu ia tidak menjadi haram, malahan dituntut.

[Dalam kitab منية المصلى, Syaikh Daud bin Abdillah Al-Fatani ada menyebut, sekiranya setelah ditegur imam itu beberapa kali, tetapi imam itu tetap kekal dengan kesalahan[seperti tambah rakaat], maka wajib kepada orang yang dibelakang imam mengambil tanggungjawab sebagai imam, dan imam yang asal, sudah tidak lagi dikira sebagai imam].

Tindakan menegur imam secara sirr seperti kisah benar di atas, adalah satu tindakan yang tidak cerdik, malahan jika dikatakan tindakan makmum itu sebagai beradab, sudah pasti orang yang mengatakan itu tidak faham konsep adab dalam kaedah syariah sebenar.

[3]

Maqasid disebalik teguran terhadap imam itu adalah, supaya imam itu membetulkan kesalahannya, walau terpaksa bersuara sehingga kedengaran kepada makmum, yang boleh menyebabkan seluruh orang yang berada di situ dengar; sama ada mereka yang solat sekali, ataupun yang tidak solat, tetapi hadir di tempat solat tersebut.

Imam tidak perlu malu, jika dia sememangnya salah. Yang patut imam itu malu adalah, apabila dia pertahankan kesalahannya, walhal terbukti dia sememangnya bersalah.

Jika imam bersifat sedemikian, ini menandangkan imam itu tidak beradab; iaitu tidak beradab dalam berhadapan dengan kebenaran. Begitujuga, orang yang sudah tahu imam itu bersalah, lalu turut sama mempertahankan imam yang bersalah itu, dia juga turut dikatakan sebagai orang yang tidak beradab.

Bukan sekadar tidak beradab, malahan perbuatan mempertahankan kesalahan imam adalah satu dosa; malahan nabi SAW tidak mengaku umat.

Sabda Nabi SAW;

سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

Maksudnya;
”selepasku akan ada pemerintah. Barangsiapa yang berada dibawahnya, lalu membenarkan mereka terhadap penipuan mereka, dan membantu mereka atas kezaliman mereka, maka dia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangannya
[2]

[4]

Imam solat dan imam menjadi pemimpin, tidak ada kesamaan dalam beberapa perkara, tetapi mempunyai banyak kesamaan dalam banyak perkara yang lain.

Maqasid di sebalik teguran adalah, agar imam itu berhenti dari melakukan sesuatu kesalahan. Sekiranya masih kekal dengan kesalahan, menandakan imam itu sendiri tidak beradab. Apabila dia kekal sebagai tidak beradab, makanya tidak ada salahnya ditegur secara terbuka.

Tindakan ini, dilakukan oleh sahabat nabi; Ubbadah bin Somit. Dalam kitab ”Siyar Al-’Alam Wa An-nubala’” ada menyatakan bahawa, beliau adalah seorang sahabat ansor yang antara terawal memeluk Islam dari kalangan orang Madinah. Beliau berasal dari kalangan Khazraj, dan salah seorang naqib pada malam perjanjian Aqabah yang pertama.

Muhammad bin Kaab Al-Qurazi berkata;

جمع القرآن في زمن النبي صلى الله عليه وسلم خمسة من الانصار: معاذ، وعبادة، وأبي، وأبو أيوب، وأبو الدرداء

Maksudnya;
“lima orang Ansar yang menghimpunkan Al-Quran pada Zaman Nabi SAW, iaitu Muaz, Ubbadah, Ubai, Abu Ayub dan Abu Darda’
[3]

Diceritakan juga bahawa, Beliau antara manusia yang tidak suka pemimpin diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam.

Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut, didapati terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu naik di atas mimbar dan mencampakkan tanah tadi ke muka si khatib tersebut.

Tindakan Ubbadah itu dilihat semua jemaah dalam masjid menyebabkan muawiyyah agak marah dengan tindakan Ubbadah itu. Melihat Muawiyyah begitu marah, Ubbadah terus berkata di atas mimbar itu;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في أفواههم التراب

Maksudnya;
“Bersabda Rasulullah SAW, apabila kamu tengok pengampu, maka campakkan tanah pada mulut mereka
[4]

Ini contoh yang dilakukan oleh para sahabat; yang tidak ada berlaku pada zaman kini. Agak susah hendak mencari orang seperti Ubbadah bin As-somid ini.

Sekian

p/s : bawa kereta laju di jalan kawasan kampung adalah tidak beradab. Tetapi, jika terpaksa bawa laju kerana isteri hampir-hampir nak bersalin, apakah tindakan itu dikatakan tidak beradab lagi? Tetapi, yang lebih parah apabila ada orang kata bahawa bawa kereta laju di lebuhraya tidak beradab, dengan merujuk hujjah bawa kereta di jalan kampung. Parah.. parah..


Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (b) Sg Buloh
26 Mei 2010 * 11:40 pagi




[1] Sunan Ibni Majah : 1026.
[2] At-tarmizi : 2185.
[3] Siyar Al-‘Alam wa An-Nubala’ : 2/6.
[4] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 2/7.

Isnin, 24 Mei 2010

BEDA AL-KHAIR DAN AL-MA’RUF?



Kalimah Ma’ruf [معروف] berasal dari kalimah “Ma’rifah” [معرفة] bermakna tahu. Adapun kalimah Al-Khair [الخير] berasal dari kalimah “Al-Khiyar” [الخيار] bermakna pilih.

Dari sudut terjemahan bahasa melayu, kedua-dua kalimah ini diterjemah sebagai “kebaikan, kebajikan”.

Apabila disebut ma’ruf, bermakna sesuatu kebaikan itu perlu diberi kefahaman. Ia agak susah hendak difahami, melainkan perlu ada pemberitahu.

Adapun Al-Khair, ia bermakna mengetahui kebaikan dengan iktiyar atau pilihan manusia, tanpa diajar oleh sesiapa pun. Ia boleh difahami dengan fitrah semulajadi yang Allah berikan kepada manusia.

Semua manusia secara fitrah suka kepada bersedekah, berkasih sayang, tolong menolong dan benci kepada mencuri, rogol, dikhianati dan sebagainya. Tetapi, manusia agak sukar mengakui kebaikan hukum hudud tanpa mereka diberi kefahaman terlebih dahulu.

Justeru itu, tidak hairan Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran;

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“Hendaklah daripada kalangan kamu ada umat yang menyeru kepada “khair” dan menyuruh kepada “ma’ruf””

(Surah Al-Imran : 104)

Ayat ini, Allah SWT menyebut “menyeru kepada Al-Khair”, tetapi dalam perkara Ma’ruf, perlu disuruh. Persoalannya, apa bedanya?

Kebaikan yang difahami secara fitrah [al-khair], tidak perlu disuruh, sebaliknya diajak, manusia pasti akan menerimanya. Benci kepada dicuri, tidak perlu diberi kefahaman, malahan sekadar ajak pun manusia sudah memahaminya.

Adapun kebaikan yang perlu diberitahu [ma’ruf], perlu kepada pemberi kefahaman terlebih dahulu. Ekoran itu, Allah menggunakan perkataan “menyuruh”, bukan “menyeru” dalam perkara yang ma’ruf. Dengan perkataan lain, setelah diberi kefahaman, baru boleh menyuruh mereka agar melaksanakannya. Tanpa memberi kefahaman, sukar untuk mereka menerimanya.

Apabila disebut “Al-Khair” mesti terkandung maksud “Ma’ruf”. Tetapi, apabila disebut “Ma’ruf” tidak semestinya “Al-Khair”, sebab termasuk juga dibawah maksud Al-Khair adalah mencegah dari kemungkaran [ينهون عن المنكر].

Bermakna, lafaz “Al-Khair” itu bersifat Umum. Dan lafaz “Ma’ruf” bersifat Khusus.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 Mei 2010 * 3:44 pagi

PR TERPAKSA BASUH BERAK UMNO/BN

Dato' Mahfoz Omar, cucu pengarang Kitab Tafsir Nurul Ihsan, Tuan Guru Haji Muhammad Said bin Omar. Walau dilihat tenang dan bersahaja, tetapi bidasan politiknya mampu mengugat musuh


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

***

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah ‘najis’ peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.


Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.

Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.

sumber : malaysiakini

JANGAN TAAT KEMUDHARATAN



[1]

Dalam kitab Al-Asbah Wa An-Nazair, didatangkan lima kaedah besar. Pada kaedah keempat, dinyatakan oleh Imam As-sayuti adalah kaedah;

الضَّرَرُ يُزَالُ

Maksudnya;
“Mudharat dihilangkan
[1]

Kaedah ini berasaskan kepada beberapa dalil, antaranya adalah sabda Nabi SAW;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya;
“tidak ada kemudharatan kepada diri sendiri, dan tidak ada kemudharatan kepada orang lain
[2]” [merujuk kepada tafsiran makna oleh Ibnu habib][3].

Juga beberapa firman Allah, antaranya adalah;

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya;
“Jangan kamu campakkan dengan tangan kamu kepada kebinasaan”

(Surah Al-Baqarah : 195)

[2]

Menolak kemudharat merupakan perkara penting dalam syariah. Islam hadir untuk memberi manfaat dan keselesaan hidup bagi manusia, dan menafikan segala kemudharatan bagi kehidupan mereka.

Justeru, segala kandungan syariat adalah, memberi kemaslahatan dan manfaat kepada manusia, dan menolak segala kemudharatan dan mafsadah daripada berlaku kepada manusia.

Setiap suruhan Allah menerusi nas secara qat’i, mengandungi maslahat, dan setiap perkara yang diharamkan oleh Allah SWT secara Qatie, maka itu adalah kemudharatan.

Imam Al-Baidhawi menyebut;

ما نهي عنه شرعا فقبيح و إلا فحسن

Maksudnya;
“perkara yang ditegah syarak, maka itu adalah buruk. Sekiranya tidak (iaitu tidak ditegah, iaitu dibenarkan untuk dilakukan), maka itu adalah baik
[4]

Imam As-Syatibi kata;

المعلوم من الشريعة، أنها شرعت لمصالح العباد، فالتكليف كله، إما لدرء مفسدة، وإما لجلب مصلحة

Maksudnya;
“Perkara yang diketahui dalam syariat bahawa perkara yang disyariatkan, adalah maslahah bagi hamba. Maka, taklif itu, semuanya sama ada menolak mafsadah, ataupun menarik maslahah
[5]

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut;

فلم يحل سبحانه إلا طيبا , و لم يحرم إلا خبثا

Maksudnya;
“Allah tidak akan halalkan, melainkan mesti ada kebaikan. Tidak haramkan sesuatu, melainkan mesti ada keburukan
[6]

[3]

Dalam perkara yang tidak ada nas pula, akal manusia [kepakaran] diberi peluang dalam menilai sesuatu perkara itu mendatangkan mudharat atau maslahah. Sekiranya mendatangkan maslahah, maka ia adalah halal, dan sekiranya mendatangkan mudharat, maka ia adalah haram.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab Al-Halal Wa Al-Haram fi Al-Islam;

فما كان خالص الضرر فهو حرام , وما كان خالص النفع فهو حلال

Maksudnya;
“apa sahaja yang sepenuhnya mudharat, maka hukumnya adalah haram. Dan apa sahaja yang sepenuhnya memberi manfaat, maka hukumnya adalah halal”

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan juga;

وما ضرره أكبر من نفعه فهو حرام , ما كان نفعه أكبر فهو حلال

Maksudnya;
“Jika mudharatnya lebih besar daripada manfaatnya, maka ia adalah haram; jika manfaatnya lagi besar, maka ia adalah halal
[7]

Dengan erti-kata lain, setiap perkara halal, mesti ada maslahah dan mudharat. Tetapi, mudharatnya lebih kecil berbanding maslahah. Dan Setiap perkara haram, mesti ada mudharat dan maslahah. Tetapi, maslahahnya lebih kecil berbanding mudharat.

Dalilnya adalah, dilihat pada firman Allah;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepada kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya merupakan dosa yang besar, dan memberi manfaat kepada manusia. tetapi, dosanya lebih besar berbanding manfaatnya”

(Surah Al-Baqarah : 219)

[4]

Dalam siyasah Syariiyyah, imbangan antara maslahah dan mafsadah ini amat perlu dalam mendapatkan keputusan yang jitu. Penilaian terhadap sesuatu itu, apakah mendatangkan kemudharatan atau kemaslahatan itu, hendaklah untuk mendapat keuntungan kepada Islam; bukan kepada individu tertentu.

Sesuatu keputusan yang tidak berasaskan kepada keuntungan kepada Islam, atau dengan erti kata lain, kemaslahatan itu menguntungkan individu tertentu, maka cara berfikir ini hendaklah tertolak sama sekali. Keuntungan dan kemaslahatan yang perlu dibincangkan adalah, terhadap Islam itu sendiri.

Atas kerangka keuntungan Islam ini, lahirnya beberapa perkara penting, seperti menjaga agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Dengan perkataan lain, kelima-lima perkara penting [dharuriyyat] ini dibawah kerangka memberi keuntungan Islam.

Ada manusia mengeluarkan satu keputusan yang memberi keuntungan kepada harta, tetapi bukan bawah kerangka memberi keuntungan kepada Islam, seperti dengan alasan harta yang mereka pertahankan sehingga Islam mendapat imej yang buruk. Tindakan ini, bercanggah dengan cara yang dikehendaki dalam kaedah maqasid syariah. [sila baca dalam kitab ‘Al-Maqasid As-Syariiyyah, Wa Asaruha Fi Al-Fiqh Ak-Islami’, karangan Dr Muhammad Abdul Ati Muhammad Ali].

[5]

Tidak dinafikan, kadangkala dalam menilai sesuatu terdapat kemudharatan. Namun begitu, jangan terus mengatakan sesuatu itu sebagai haram. Sebaliknya, hendaklah dilihat dahulu dari sudut manfaatnya pula.

Sekiranya didapati manfaat lebih besar berbanding mudharat, ketika itu, hendaklah diletakkan hukumnya adalah halal. Adapun sekiranya didapati bahawa kemudharatannya lebih besar berbanding kemaslahatan, maka hukumnya adalah haram.

Sesuatu keputusan yang terbukti mendatangkan kemudharatan kepada Islam, maka hukumnya adalah haram, malahan dilarang ditaati.

Ini berasaskan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad [dll], daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja
[8]

Waima ketua itu dilantik oleh Nabi SAW, ternyata arahannya itu tidak memberi keuntungan kepada Islam, malahan terbukti ia mendatangkan kemudharatan, menyebabkan nabi SAW menyatakan azab terhadap mereka yang taat dengan arahan lelaki ansar terbabit.

Dalam kaedah UsulFiqh, sesuatu penetapan haram itu tidak semestinya dengan larangan, bahkan dengan janji azab pun sudah memadai untuk menyatakan hukumnya adalah haram. [lihat kitab ’Mahabis usuliyyah Fi Taqsimat Al-Alfaz’ karangan Dr Muhammad Abdul Ati Muhammad Ali]

[6]

Dalam kitab fi Al-Ijtihad At-Tanzili karangan Dr Bashir bin Maulud Jahish; dalam bab ”Syura Baina al-Ilzam Wa Al-i’Lam” dinyatakan bahawa syarat sesuatu keputusan yang hendak dikeluarkan itu hendaklah ”tidak menyalahi Nas syarak dan tidak [menyalahi] maqasid secara kulli
[9]

Dengan kata lain, sesuatu keputusan yang hendak dibuat, bukan sekadar perlu dilihat, apakah ia bercanggah dengan nas sahaja, malahan hendaklah diperhatikan, apakah ia mendatangkan kemudharatan atau kemanfaatan.

Dengan perkataan lain, sekiranya keputusan itu terbukti mendatangkan manfaat kepada Islam [bukan kepada individu tertentu], maka wajib diberi ketaatan. Tetapi, sekiranya ia terbukti mendatangkan kemudharatan kepada Islam [bukan kepada individu tertentu], maka haram diberikan ketaatan.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (b) Sg Buloh
25 Mei 2010 * 2:05 pagi





[1] Al-Ashbah Wa An-Nazair : 1/154.
[2] Muwatta’ : 1234.
[3] Al-Muntaqa : 4/41.
[4] At-Tahqiq Al-Ma’mul li Minhaj Al-Usul ‘Ala Al-Minhaj : m.s : 92.
[5] Al-Muwafakat : 1/199.
[6] Al-Halal Wa Al-Haram fi Al-Islam : 28.
[7] Ibid : 29.
[8] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.
[9] M.s : 149.

Ahad, 23 Mei 2010

SIYASAH KE ARAH PERLAKSANAAN ISLAM

satu lagi ijtihad baru PAS yang bersifat berani. ia merupakan bukti bahawa benar slogan "PAS For All"


[1]

Dalam usaha melaksanakan Islam, ia memerlukan kepada siyasah. Setelah berjaya menubuhkan kerajaan Islam, pun memerlukan kepada siyasah.

Dalam bahasa Melayu, Siyasah diterjemah sebagai politik. Apabila disebut siyasah, ia tidak lepas daripada menimbang antara mudharat dan maslahah.

Perlaksanaan Hudud adalah wajib, tetapi perlu difikirkan mudharat jika segera dilaksanakan; Apakah mendatangkan mudharat atau maslahah?

Tidak dinafikan, semua ketetapan Allah adalah memberi kemaslahatan kepada manusia. Namun, jika dilaksanakan hudud dalam keadaan rakyat tidak faham, apakah ia akan mendatangkan mudharat atau tidak? Itu wajar diberi perhatian.

Jadi, melaksanakan hudud adalah wajib, tetapi cara perlaksanaannya memerlukan kepada siyasah. Apakah perlu dilaksanakan dengan segera atau tidak? Apakah dengan segera melaksanakan itu, akan menghasilkan kemudharatan pada hukum itu sendiri, seperti penolakan terhadap hukum itu secara total atau tidak? Itu yang wajib diberi perhatian.

Tidak hairan, Umar bin Abdul Aziz ada menyebut setelah ditanya oleh anaknya bernama Abdul Malik, tentang beliau tidak melaksanakan Islam secara total setelah mengambil tampuk pemerintahan.

Umar berkata;

لا تعجل يا بني , إن الله ذم الخمر في القرءان مرتين , وحرمه في ثالثة , و الله إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدفعواه جملة

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali, lalu diharamkan pada kali ketiga. Demi Allah, Aku bimbang melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total”

Sebab itu, hudud perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum dilaksanakan, didahulukan usaha pemahaman hukum hudud kepada rakyat adalah perlu. Agar, dengan perlaksanaan hudud itu tidak mendatangkan mudharat besar, seperti pemberontakan dan penolakan terhadap hukum Allah secara besar-besaran. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan melahirkan kemudharatan dalam pentadbiran, walhal kemudharatan itu dilarang oleh Allah SWT.

[2]

Jika kita membaca kitab ”As-Siyasah As-Syariiyyah” karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kita akan dapati bahawa Dr Yusuf Al-Qaradhawi mendatangkan satu kisah yang berlaku di zaman Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah.

Zaman Umar, terdapat satu kabilah arab yang beragama Nasrani yang berlindung dibawah kerajaan Umar. Bangsa tersebut dikenali sebagai bani Tughlub [ada baca : Bani Taghlab].

Memandangkan Umar tahu bahawa bani Tughlub ini tidak dapat menerima sekiranya mereka merasakan mereka sebagai bangsa ‘kelas kedua’ dalam kerajaan, malahan boleh mengakibatkan pemberontakan, menyebabkan Umar bin Al-Khattab menukar penggunaan kalimah jizyah yang wajib mereka bayar kepada kerajaan dengan nama bayaran zakat.

Hakikat bahasa, zakat hanya dikenakan kepada orang Islam. orang tidak islam tidak dikenakan bayaran zakat, tetapi membayar jizyah. Namun bimbang kemudharatan yang lebih besar akan menimpa, menyebabkan Umar bin Al-Khattab menukar daripada kalimah jizyah kepada zakat, waima terhadap Bani Tughlub yang tidak beragama Islam
[1].

Dari politik Umar ini, kita dapati bahawa umar tidak mementingkan Nama, sebaliknya mementingan benda yang diberi nama.

Maka begitujuga dengan istilah negara Islam. Dari sudut sejarah, istilah negara Islam bukannya datang dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, malahan dari mulut salaf soleh. Sebaliknya, ia adalah istilah yang dicipta oleh Rashid redha.

Asal istilah itu adalah, untuk menyekat serangan yahudi yang berusaha menjatuhkan khalifah Osminiyyah, tetapi kurang berjaya kerana pergerakan yahudi ketika itu sudah berada ditahap yang sudah hampir kepada penguasan kerajaan.

Istilah ini diguna pakai sehingga hari ini. Malahan, berjaya diburukkan maksudnya oleh sebilangan tokoh-tokoh sekular, seperti Mustafa Kamal Art-tarturk.

Di Malaysia, istilah ini diburukkan oleh UMNO. Menyebabkan, dengan istilah ini Islam yang diperjuangkan oleh PAS ditolak oleh rakyat; khususnya mereka yang tidak beragama Islam.

Jadi, tidak perlu diperbesarkan istilah negara Islam, tetapi yang paling penting adalah usaha perlsakanaan islam itu sendiri. Antara mempertahankan istilah dengan perlaksanaan Islam, sudah pasti dari sudut awlawiyyatnya [keutamaan], perlaksanaan itu adalah lebih penting.

Ini kerana, kaedah ada menyebut;

الحكم يدور على المسمى , لا على الإسم

Maksudnya;
“hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama”

[3]

Dari sudut siyasah juga, kita perlu mempunyai plan tindakan dalam usaha perlaksanaan Islam. ia memerlukan target dalam jangka masa pendek, dan target untuk jangka masa yang panjang.

Penubuhan Negara Islam adalah satu kewajipan. Perlaksanaan hukum hudud juga adalah satu kewajipan. Tidak boleh menafikan kewajipan ini, malahan menafikannya boleh menggugatkan aqidah.

Namun, sudah berkurun dan berabad Negara Islam telah diruntuhkan, maka membangunkannya semula satu kesusahan; memerlukan berbagai-bagai strategi yang cukup licik. Keadaan ini lebih menjadi rumit, apabila Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya.

Justeru, dalam usaha menubuhkan kerajaan Islam, kita memerlukan plan jangka masa pendek; seperti kita tidak terus mengemuakan idea negara Islam terlebih dahulu, sebaliknya mengemukakan dahulu idea kerajaan berkebajikan, kerajaan yang adil, kerajaan yang demokratik dan sebagainya.

Target jangka masa pendek ini adalah bertujuan, untuk mendapat ruang gerakan Islam untuk menghampirkan diri dengan rakyat; dalam usaha memahamkan mereka tentang Islam. apabila semakin hari, semakin rakyat memahami Islam, barulah kita kemukakan idea negara Islam yang merupakan cita-cita kita sejak sekian lama.

Jika ini yang kita lihat, pasti kita akan menilai bahawa kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dikenali sebagai ”Amanat Pemangku presiden” sebagai satu ucapan yang cukup mempunyai wawasan dan masa depan. (sila Klik)

Secara analoginya, jika kita dapat bayi pun, kita tidak terus paksa dia naik basikal, sebaliknya kita mulakan dengan bercakap, kemudian berjalan dan seterusnya naik basikal.

[4]

Tindakan gopoh melaksanakan islam tanpa memberi penerangan kepada rakyat terlebih dahulu merupakan cara berpolitik taliban. Ekoran itu, undang-undang islam tidak berjaya dilihat indah disisi rakyat Afghanistan.

Justeru itu kita melihat, apabila Taliban diserang, rakyat taliban sendiri tidak mendokong taliban. Akhirnya, taliban jatuh disamping undang-undang Islam juga dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Di Malaysia, dengan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat merupakan satu ruang yang terbuka kepada PAS memberi penerangan dan penerapan terhadap keindahan Islam dari sudut pemerintahan. Apabila ini berjaya dilakukan, tidak mustahil dalam dua atau tiga PRU umum akan datang, Islam akan memerintah di Malaysia.

Hasilnya semakin kelihatan, apabila kita dapati DAP sendiri sudah mula tidak marah kepada istilah negara Islam dan tidak takut kepada hudud, waima sering diratib secara propaganda oleh UMNO – Laknatullah Alaih.

Ya, kejayaan ini dicemburui dan didengki oleh UMNO. ekoran itu, berbagai-bagai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS, tetapi ternyata PAS semakin hari semakin diterima, dan UMNO semakin hari semakin dibenci rakyat.

Takbir...

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 Mei 2010 * 9:31 pagi



[1] Sila baca dari muka surat : 146 – 148.

ARKIB : “AMANAT PEMANGKU PRESIDEN PAS”

kandungan Ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dikenali "Amanat Pemangku Presiden"
(klik Untuk Besarkan)

Dalam ucapan Presiden di Kongres ke-36 Parti Rakyat Malaysia [PRM], Dr Sayed Husin Ali telah berhujjah bahawa isu negara Islam dan hudud yang dibawa oleh PAS membuka peluang kepada UMNO-BN menggunakannya sebagai senjata bagi memburukkan PAS serta melemahkan BA [Barisan Alternatif], dan sebagai alat mendapat sokongan masyarakat bukan islam serta golongan melayu – Islam yang sederhana dan secular[1].

Perkara ini, diakui sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang ketika itu belum lagi menjadi presiden PAS, sebaliknya masih menjadi pemangku Presiden.

Justeru, bertempat di Auditorium Angkasa, Kuala Lumpur, Tuan Guru Haji Abdul Hadi ada memberi ucapan yang dikenali sebagai “amanat Pemangku Presiden”, yang mana beliau berkata;

“Justeru itu, isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud di peringkat Federal. Peruntukan mengenai islam adala mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamal kini diperingkat Federal.

“seandainya menang dalam Pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat federal atau pusat yang mendukung perlembagaan Persekutuan yang ada
[2]

Sekian

P/S : benarlah pepatah ada menyebut, “sejarah tidak pernah menipu”

Wallahu ‘Alam


[1] Sejarah sebagai hakim muktamad : 122.
[2] Sejarah sebagai hakim muktamad : 122