Sabtu, 7 Februari 2009

SIAPA YANG DERHAKA RAJA MELAYU???

SIAPA YANG DERHAKA RAJA MELAYU???

Isu perak berlanjutan. Perlantikan menteri besar yang angkat sumpah dihadapan Sultan perak baru-baru ini amat meragukan dari sudut perlembagaan dan undang-undang.

Macam mana seorang menteri besar baru dilantik, sedangkan dalam masa yang sama, dari sudut perundangan, menteri besar yang sedia ada masih sah lagi status MBnya.

Tapi apa yang pelik dari kerjabuat UMNO. sebab, pada UMNO, semuanya tidak mustahil.

Tindakan melantik MB baru dikala MB lama masih sah lagi seperti seorang bapa yang mendesak menantunya menceraikan anak perempuannya. Menantu itu tidak mentalakkan isterinya lagi, tetapi si bapa telah menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang lain.

Bukankah tindakan itu adalah tindakan yang kurang bijak. Yang pastinya, manusia itu tidak semuanya bijak, bahkan sebijak-bijak mana pun manusia itu, pasti ada masanya dia tidak bijak, walaupun ia dikenali sebagai orang yang bijak.

Isu menderhaka kepada sultan menjadi perbincangan. Pelik gak. Kenapa isu menderhaka sultan yang diisukan kini, sedangkan masa mahathir jadi PM dulu, beliau ”cabut taring” raja-raja melayu (seperti British ”cabut taring” raja-raja melayu dalam sejarah Malayan Union). masa tu, seorang pun pemimpin UMNO tak membantah. Bukankah masa tu, Najib sudah jadi kabinet Mahathir???

Mengikut ”Aqidah” orang melayu, Raja tidak boleh diderhakai. Tapi itu aqidah melayu dulu; iaitu dikala raja mempunyai kuasa mutlak. Tapi kini, malaysia sudah merdeka. Bukankah Tengku Abdur Rahman sendiri bersetuju dengan perlembagaan Malaysia yang digubal UMNO bersama dengan Bristish, menyatakan raja yang wujud di Malaysia adalah raja berpelembagaan..

Apabila sebut raja berpelembagaan, bermakna, bukan rakyat sahaja boleh derhaka dengan rajanya, tapi raja juga boleh menderhaka.

Menderhaka??? Menderhaka dengan siapa???

Menderhaka dengan perlembagaan yang UMNO buat bersama British dulu. Bersama lord Red. Menderhaka dengan undang-undang yang dipersetujui oleh pihak raja juga.

Raja berpelembagaan bukanlah seperti raja yang mempunyai kuasa mutlak. Ia terikat dengan undang-undang. Bila raja langgar undang-undang, bermakna raja telah menderhaka dengan ”kedaulatan undang-undang”.

Ingat!!! taring raja melayu sudah dicabut oleh UMNO.

Oleh itu, dalam hal ini, UMNO wajib dipersalahkan. Sebab, agama islam di Malaysia jadi rosak, semuanya kerana UMNO. Raja melayu tidak direspek lagi, semuanya kerana UMNO. Bangsa melayu jadi bangsat, semuanya kerana UMNO. Bangsa lain dilihat jijik, semuanya kerana UMNO.

UMNO wajib dipersalahkan. Kalau aku seorang diri pun, aku akan lawan UMNO. Sebab, UMNOlah pemunah Islam, agamaku; pemunah raja melayu, rajaku; pemunah bangsa melayu, bangsaku; pemunah bangsa-bangsa lain, saudaraku.

UMNO.. ia adalah jijik dan kotor !!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Febuari 2009 * 12:39 tengahari.


Jumaat, 6 Februari 2009

APA YANG AKU BOLEH BUAT???

Muhammad Eh Jun Guan, masuk Islam 2 tahun yang lalu
Aku menerima Sms pertama:

“ari ini saya tidur di rumah paderi. Dia nak tlg saya daftar kat Kolej TAR (Tengku Abdur Rahman) untuk sambung belajar lepas murtad. Kolej ni separuh kerajaan. Lagi murah drpd kolej KUIS. Sy dah buang masa 2 tahun x belajar. Mk ck srh sy cpt sbung belajar. Sy akn blk ari ahad lps gi gereja. Trm ksh.”

Sms kedua:

“itu bukan syaitan. Itu paderi. Td paderi bw sy gi gereja. Sy nmpk byk melayu msk kristian. Bru sy fhm kristian ada sifat tlg menolong. Jujur. X makan duit derma. Bkn mcm islam mkn duit zakat. Bru sy fhm brsn Nasional otak bodoh nakal. BN babi najis. Telan duit zakat. Jgn salah fhm. Sy Cuma nk smbung bljar. Sya bkn nk duit”

Ini sms yang aku dapat dari seorang budak cina yang telah peluk islam di tangan aku sendiri sejak 2 tahun yang lalu. Terima sms ini, aku terkamam. Aku cuba menelefonnya, tapi dia tidak angkat.

Aku kebingungan. Lalu, sampai satu sms lagi;

”mta Maaf. Skrg Paderi ada. Sy x blh angkat. Bsk 7 pg dia blum bgn. Nti bsk 7 pg ust cal x? Trm ksh”

Dan sms lagi;

”klu ust nak tahu. Sy rsa sy plg sabar. Sy dh sbr 2 tahun. Sy ada kwn msk islam lps 3 bln dh murtad. Byk kwn yg umur sama dgn sy dh hbs diploma. Sy msh spm. Ayh kndung tahu mesti kecewa. X kan lembaga zakat x fhm latar blkg keluarga sy. Klau sy msk Islam nk harta. Apa yg ayh sy bg 3 kali ganda drpd zakat sblum sy msk Islam. St bkn nk duit. Sy Cuma nk sbng bljar je. Sy kena dpt sijil ijazah untuk cr kerja yg senang”

Aku dah tak tahu nak buat macam mana malam ini. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Sebab tu, aku meluahkan perasaan ini melalui blog ini.

Sedih memikirkan kerajaan Selangor pada hari ini. budak ini, telah diusahakan untuk mendapatkan zakat, tapi permohonannya hampir setahun tidak mendapat layanan yang baik. Masakan duit, telefon balas pun tidak kedengaran.

Sekadar hantar borang permohonan, lalu senyap seribu bahasa.

Aku secara peribadi, sudah jaga budak ini semenjak dia masuk islam lagi. Sekadar makan minumnya, aku sekeluarga sediakan untuknya. Duit poket pun, aku yang sediakan.

Baru-baru ini, aku secara peribadi telah memberinya sebanyak RM 1 ribu sebagai duit poket. Tapi pemintaannya untuk belajar di kolej tengku Abdur Rahman tidak dapat aku sediakan, memandangkan aku bukan dari kalangan orang yang berada.

Dia sentiasa ditekan oleh mak ciknya yang beragama Kristian agar belajar di kolej tengku Abdur Rahman. Tapi apakan daya, mak ciknya tekannya belajar, tapi tidak menyediakan dia belanja.

Akhirnya, aku menerima SMS sebegini.

Aku sedih dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor, lebih-lebih lagi PAS menghantar wakil sebagai exco agama, yang mempunyai sedikit bidang kuasa dalam urusan zakat.

Bukankah zakat dalam Lembaga Zakat Selangor ada lebih RM 200 juta???? Rasanya, RM 200 juta ni tak bernilai sangat jika dibandingkan dengan aqidah seorang anak muda yang baru memeluk Islam...

Ya !!! Lembaga Zakat Selangor amat mesra pelanggan, tapi tidak mesra asnaf. Yang penting masuk, tapi keluar kena berhati-hati. Takut itu la, takut inilah....

Muhammad eh Jun Guan masih lagi meletakkan kesalahan ini kepada kerajaan Barisan Nasional, sedangkan dia tidak sedar, bahawa kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin kerana dia baru berumur 19 tahun, dia tidak mengerti erti dunia politik pada hari ini.

Aku tidak tahu lagi macam mana nak luahkan perasaan ini. Entahlah.. aku tak kisah kalau ada orang marah dengan aku pasal artikle ini. Kalau ada orang nak kata aku ulama bengong pun, aku tak kisah. Yang pastinya, aku sudah kebingungan pada malam ini. Tidak tahu bagaimana hendak menyempurnakan kehendaknya untuk sambung belajar di Kolej tengku Abdur Rahman.

Yang pastinya, exco agama pun tak serius nak selesaikan masalah ini. Padaku, ramai orang politik adalah PENIPU. Mereka pandai bercakap, tapi tak pandai nak buktikan apa yang dorang cakap... sama ada mereka UMNO, PKR, DAP mahupun PAS.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Febuari 2009 * 12:55 pagi

Khamis, 5 Februari 2009

GEMBIRA BUKAN MENANG, SEDIH BUKAN KALAH…

GEMBIRA BUKAN MENANG, SEDIH BUKAN KALAH…

Apabila sultan perak mengarahkan Ir Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar, maka bergembiralah UMNO/BN dan sekutu bersama “kutu-kutunya”.

Di Selangor, ada pemuda UMNO (baca : melayu harbi) yang bakar merecun merayakan kegembiraan yang dianggap gilang gemilang itu.

Kesedihan menyelubungi penyokong dan pendokong Pakatan rakyat; sama ada dari PAS, mahupun PKR dan DAP. Sedih bercampur marah dengan kejahatan Najib si lembaga botak; pengebom berani mati, yang kini perompak dari pintu belakang.

Ir Nizar pun hantar surat kepada pihak sultan, maklumkan bahawa dari sudut undang-undang, arahan sultan itu tidak bertepatan dengan perlembagaan negeri perak. Kerana, MB hanya boleh meletakkan jawatan kerana tiga perkara; (a) bubar DUN dengan perkenan sultan; (b) MB suka rela letak jawatan; (c) undi tidak percaya terhadap MB dalam sidang DUN.

Bermakna, arahan tersebut tidak semestinya ditaati. Kalau Ir Nizar dianggap menderhaka, bagaimana pula arahan yang dibuat tidak berasaskan kepada undang-undang yang diluluskan sendiri????

Bermakna, ada yang menderhaka disebalik yang diderhakai.. ke bagaimana??
Parti Melayu Harbi dan ”kutu-kutunya” sedang bermain isu; perang massa demi mempengaruhi minda rakyat. Mungkin dorang rasa, rakyat bodoh kot???

Tak per.. game sudah bermula. Ketika game sedang dimainkan, Kuli dan Mahathir cakap, Parti Melayu harbi buat kerja bodoh. Ada ke patut, dia tuduh orang itu rasuah, pastu dia ambil orang rasuah tu pula.

Bagus la tu.. UMNO parti rasuah diketahui ramai. Kini, ia adalah parti yang mempertahankan orang rasuah yang dia sendiri dakwa.

Rasuah dan UMNO semakin sinonim. Sebut UMNO, nampak rasuah. Sebut rasuah, nampak UMNO. Maklumlah, parti harbi kan???

Tok guru pernah sebut;

”kalau orang nak bagi nampak dadah itu jijik, orang sebut NAJIS DADAH. Hari ini, Hambo nak bagi nampak rasuah tu jijik, hamba sebut TAHI RASUAH.. bermakna, kalau beli kereta dengan duit rasuah, KERETA TAHI. Kalau beli rumah dengan duit rasuah, RUMAH TAHI. Kalau menang pilihanraya dengan rasuah, YB TAHI”

Hari ini kita dapat tahu satu lagi jenis TAHI; iaitu UMNO TAHI yang didokong oleh puak melayu yang sering terpalit dengan tahi-tahi yang merosakan agama dan bangsa melayu di Malaysia.

Game tetap diteruskan. Tapi, kena ingat, game belum over lagi. Najib mula senyum meleret, tapi dia lupa bahawa orang yang menangis adalah orang yang boleh senyum.

Hari ini dia dabik dada; dia kita ”kita menang mudah”, tapi dia lupa, apa yang dia lakukan itu dilihat oleh rakyat.

Nampaknya najib tidak serik dengan protes rakyat 18 mac 2008 baru-baru ini, dan kini dia sedang bermain “game NEGERI”, sedangkan rakyat mahu NEGARA ini di”game”kan oleh Pakatan rakyat.

Mungkin dia kurang minat filem hindi. Hero hindi selalunya kalah dulu, tapi akhirnya menang besar. Siap boleh kawin dengan heroin lagi.

Sejarah pun membuktikan macam tu. Nabi SAW pernah tidak menang dalam peperangan uhud. Tapi, walaupun tidak menang di medan uhud, moral nabi semakin menaik, ramai pula orang islam mula kenal Islam dan terima islam.

Akhirnya, bermula ketidak menangnya islam dalam peperangan uhud, menghasilkan kemenangan besar dengan menguasai Makkah, seterusnya menguasai dunia sehingga tahun 1924.

Yang nyatanya, Allah SWT berkata;

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan”

(Surah Alam Nasyrah : 5-6)

Kalau orang belajar ilmu bahasa arab; kalimah ”العسر” disebut sebagai Ma’rifah. Bermaksud, kesusahan itu hanya satu. Adapun kalimah “يسرا” disebut sebagai Nakirah. Bermaksud, kesenangan itu banyak.

Fahamnya, janji dari Allah. Biar kita susah sedikit demi mencapai kejayaan yang lebih besar. Biar kita pening menghadapi sebuah negeri, tapi hakikatnya kita sudah hampir menguasai sebuah negara.

Oleh itu, tunggu dan lihat, mungkin ada sesuatu yang lebih besar pasti akan berlaku; ianya dapat menggembirakan Pakatan Rakyat, dan menangiskan BN buat selama-lamanya.

Sekian

p/s : agama Islam rosak di Malaysia kerana UMNO. Bangsa melayu jadi bangsat kerana UMNO. Bangsa lain jadi jijik kerana UMNO. Oleh itu, walaupun apa pun terjadi, UMNO adalah parti jijik dan kotor. Ya !!! UMNO adalah jijik dan kotor !!!.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Febuari 2009 * 5:58 pagi.










Rabu, 4 Februari 2009

LOMPAT PARTI?? KENAPA???

LOMPAT PARTI?? KENAPA???

Aku tidak layak mengulas isu lompat parti. Aku bukan seorang ahli politik, tetapi minat ikuti politik kerana ia adalah kuasa. Aku minat dengan politik kerana kuasa itu mahu dijadikan sebagai jalan utama dalam perlaksanaan islam, seterusnya keadilan sejagat.

Pun begitu, apabila mula dibincangkan tentang ”lompat parti”. Berbagai-bagai ulasan yang kedengaran. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada pula, bersetuju dikala ADUN BN lompat kepada PR, tapi apabila ADUN PR lompat kepada BN, dilihat tidak bersetuju pula.

Entahlah... inilah dunia politik... tapi, pada pernilaianku secara peribadi. Mungkin ada sesuatu yang aku sendiri terfikir.

Lompat parti, padaku bukan isu utama. Isu yang patut dibangkitkan, kenapa mahu lompat parti???

Apakah lompat parti itu semata-mata mahu mencari keuntungan dunia; ataupun mahu mencari keredhaan Allah.

Kalau melompat dengan tujuan mahukan keadilan. Mahukan pembelaan terhadap rakyat. Mahukan islam terbela. Apa salahnya melompat parti???

Tetapi, kalau lompat itu disebabkan keuntungan dunia; ditawarkan berjuta-juta ringgit. Mahukan kezaliman terus berlaku. ISA diteruskan. SPR diselewengkan. Badan Kehakiman kekal dengan ”badan kehukuman flintstones”, maka padaku, lompat itu adalah pengkhianatan terhadap diri keadilan itu sendiri.

Ekoran dari itulah, kalau ADUN BN atau MP BN nak melompat kepada PR, aku amat bersetuju. Ini kerana, lompat itu merujuk kepada membantu usaha PR dalam usaha hendak mencorak pemerintahan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah.

Tetapi, jika ADUN PR atau MP PR nak melompat kepada BN, itu aku amat tidak bersetuju, kerana lompat itu adalah merujuk kepada melemahkan usaha PR dalam mencorak pemerintahan Malaysia yang lebih adil dan bermaruah, bahkan tindakan itu menggambarkan bersetuju dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh BN semenjak memerintah Malaysia; bersetuju kewujudan ISA; bersetuju badan kehakiman setahap ”flintstones” dan sebagainya.

Mungkin kita akan berbicara dari sudut prinsip demokrasi.. padaku, hal itu wajar diberikan penghormatan sebagai menghormati sistem yang diamalkan di Malaysia.

Pun begitu, demokrasi pun ada undang-undangnya. Apabila seorang YB itu melompat, lalu tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada YB tersebut, maka apakah itu bermakna YB melanggar demokrasi. Jika langgar, mengapa tidak boleh dikenakan hukuman terhadap YB tersebut. Dengan itu, apa kah itu dikira sebagai tidak menghormati demokrasi???

Yang pastinya, demokrasi bukan sistem tuhan, tapi sistem manusia. Kalau sistem Allah pun orang sanggup langgar, mengapa kita tidak berani langgar sistem demokrasi ciptaan manusia???

Keadilan sejagat; peluang berdakwah; hapuskan ISA; baiki sistem kehakiman; membaik pulih SPR adalah tuntutan Allah. Mempertahankan demokrasi adalah tuntutan manusia. Apabila bertembung antara tuntutan Allah dan tuntutan manusia. Mana yang mahu didahulukan???

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Febuari 2009 * 8:04 pagi

PR PERAK : TELUR HUJUNG TANDUK

PR PERAK : TELUR HUJUNG TANDUK

Gempar di seluruh Malaysia, mungkin satu dunia merasakan bahang berita berkenaan dengan “tragedy” yang menimpa kerajaan perak. ADUN yang lompat dari BN ke PKR, lalu kembali balik ke lubuknya kembali. Ditambahi pula, dua ADUN PKR yang baru-baru ini “main sorok-sorok”, tiba-tiba keluar muka mereka dalam berita bersama “boss baru”; sang lembaga botak. Serupa juga timbalan Speaker PR Perak dari parti DAP.

Mengikuti berita “tragedy Perak” ini memperlihatkan betapa uniknya perang politik. Peperangan yang melibatkan undang-undang dan akal pemikiran dalam berstrategi, terutama berhadapan dengan satu kuasa yang tidak pernah adil dengan mangsanya.

Keputusan Sultan Perak pada esok hari, sedang dinanti-nantikan dengan seluruh cabaran, debaran dan kegelisahan. Apa agaknya yang diilham Allah kepada Tuanku Sultan. Harapannya, memberi laluan yang lebih menguntungkan islam dan rakyat perak.

Sebagai muslim, dalam keadaan yang gentir ini, selayaknya kita tidak mengabaikan dua perkara, iaitu; (a) menyusun segala strategi yang mungkin; (b) tidak lupa juga penyerahan diri setiap anggota gerakan Islam kepada Allah; tuhan yang maha berkuasa, agar memberikan keputusan yang terbaik.

Dibimbangi, ramai dari kalangan anggota gerakan islam yang kadangkala bersikap seperti qadariyyah; memfokuskan strategi, tanpa mengikatnya dengan pertolongan Allah.

Begitujuga, wujud dari kalangan mereka yang bersikap Jabariyyah; menyerahkan buta tuli kepada Allah, tanpa merancang sebarang strategi dalam mencapai keputusan yang baik.

Tindakan ini amat salah, bahkan sebagai muslim, kedua-dua unsure; strategi dan penyerahan diri kepada Allah selayaknya digabung sekali.

Ini berasaskan kepada firman Allah;

إِنَّ الله اصطفاه عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي العلم والجسم

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah memilih dia (Talut) untuk menjadi raja untuk kamu, di tambahi lagi (baca : kelayakan), dia mempunyai keluasan dari sudut ilmu dan kekuatan jisim”

(Surah Al-Baqarah : 247)

Dari ayat ini, jelas Allah menyatakan bahawa, seseorang pemimpin yang terlantik itu, tidak seharusnya ada unsure penyerahan bulat-bulat kepada Allah, bahkan hendaklah pemimpin tersebut memenuhi cirri-ciri kepimpinan, iaitu mempunyai ilmu dalam memimpin, sama ada dari sudut strategi kepimpinan atau sebagainya, juga mempunyai kekuatan jisim dalam menguruskan pemerintahan.

Walaupun ayat ini memfokuskan cirri-ciri kepimpinan, pun begitu, kepimpinan dan kerajaan adalah dua perkara yang amat sinonim; tidak dapat dipisahkan. Apa ertinya kepimpinan tanpa kerajaan; juga apa gunanya kerajaan tanpa kepimpinan.

Dari sini, jelas kepada kita bahawa Allah menggambarkan, betapa pembentukan kerajaaan itu memang ketentuan Allah, tapi dalam masa yang sama, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan sudut strategi dalam mendapatkan kerajaan.

Walaubagaimanapun, sehebat mana pun strategi yang digarap, keputusan yang baik atau tidak diserahkan kepada Allah SWT.

Firman Allah;

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

(Surah Al-Imran : 26)

Oleh itu, sebelum sultan perak mengeluarkan keputusannya berkenaan dengan status kerajaan negeri perak, bermula pada malam ini, marilah kita semunya bermunajat; berdoa dengan Allah agar diberikan satu keputusan yang terbaik dalam menentukan kemelut ini...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com.



- Sri indah (B), Sg Buloh
5 Febuari 2009 * 12:24 pagi.

Selasa, 3 Februari 2009

KESTABILAN DISEBALIK “PEMBANGKANG”

KESTABILAN DISEBALIK “PEMBANGKANG”

Tok Guru Nik Abdul Aziz, walaupun beliau berwatak “ulama pondok”, tapi cara beliau berfikir setara ahli falsafah, malahan lebih jauh dari pandangan ahli politik-ahli politik yang lain. ekoran itulah, seorang ahli politik yang terkenal dengan kaedah berstrategi menyebut;

“kita kena berhati-hati dengan Nik Aziz, sebab cara dia berpolitik terlalu unik, sebab itu begitulama dia boleh jaga kelantan dari dirampas mahathir”.

Dirasakan, belum wujud dalam sejarah Malaysia, seorang pemimpin dari parti pembangkang dalam kerajaan pusat, berjaya menjaga sebuah kerajaan negeri begitu lama. Inilah keunikkan cara pemerintahan tok guru nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Tok guru nik Abdul Aziz pernah menyebut;

“kalau kita menang semua pun, biar BN ni ada lagi. Sebab, kalau kita menang semua, tak ada BN, nanti negeri tidak ada kestabilan, sebab tak ada pembangkang”.

Nyata disini, pembangkang merupakan satu faktor yang kuat dalam menstabilkan keadaan sesebuah kerajaan, mahupun sesebuah organisasi, jemaah dan persatuan.

Memang ramai yang tidak suka kepada ’bangkang”, kerana pada mereka, bangkang adalah sesuatu yang boleh melemahkan pergerakan, padahal ”bangkang” merupakan antara sebab akal kita akan bergerak, sama ada untuk menjawab balik hujjah si pembangkang, ataupun kita akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang lebih baik demi untuk menutup mulut si pembangkang.

Pun begitu, disebalik yang lebih baik kita lakukan tersebut, ianya tidak lepas dari bangkangan lagi, bahkan itu adalah sesuatu yang sihat demi melahirkan satu pemikiran yang kreatif demi menghadapi masa mendatang dengan lebih maju.

Begitujuga, kewujudan ”pembangkang” akan menyebabkan kita akan berhati-hati dalam bertindak, lebih-lebih lagi melibatkan kepada penyelewengan.

Ekoran dari itulah, bangkang adalah sesuatu yang penting, bahkan ia merupakan alat untuk melahirkan sesuatu yang sempurna.

Melahirkan kesempurnaan melalui membangkang ini adalah sesuatu yang sudah wujud dalam Al-Quran, malahan dari penciptaan bumi ini sendiri.

Pernahkah kita berfikir, bahawa hidup di bumi ini lebih selesa berbanding hidup di bulan.....

Di bulan, kita susah mahu bergerak; makan, minum, berjalan dll kerana di sana tidak wujud satu kuasa yang bernama graviti. Kita berjalan di atas permukaan yang tidak ada graviti, menyebabkan kita terhuyung hayang; tidak dapat berpijak di ”bumi yang nyata” dan macam-macam lagi yang kita dapat gambarkan.

Tapi, di atas bumi ini, kita dapat rasakan kehidupannya agak selesa. Jika kita berjalan, kita berpijak di bumi nyata. Semua ini dirasakan begitu kerana wujud di bumi ini tidak sepertimana wujud di bulan; iaitu graviti.

Graviti merupakan satu kuasa ghaib, ia menolak dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan. Apabila wujud tolak menolak ini, maka kita pun dapat merasakaan keselesaaan dikala hidup di atas bumi.

Begitujuga dalam kehidupan kita dalam persatuan, jemaah, kerajaan mahupun organisasi. Tolak menolak (baca : bangkang-membangkang) adalah sesuatu yang perlu, barulah persatuan, jemaah, kerajaan dan organisasi tersebut berada dalam kestabilan, sepertimana kestabilan kita berada di bumi berbanding kita hidup di bulan.

Hakikat ini, sebenarnya telah dinyatakan oleh Allah, iaitu firman Allah;

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ

Maksudnya;
”Sekiranya tidak ada tolak Allah terhadap manusia antara setengah dengan setengahnya yang lain, pasti bumi akan ditimpa kerosakan”

(Surah Al-Baqarah : 251)

Juga firman Allah dalam ayat lain;

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

Maksudnya;
“sekiranya tidak tolak Allah terhadap manusia antara setengah dengan setengah yang lain, pasti telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

(Surah Al-Haj : 40)

Persoalannya, apakah kita suka dibangkang??

Memang ramai yang tidak suka dibangkang, hatta dalam jiwa orang membangkang pun tidak suka dibangkang.

Pun begitu, demi mahu mencari kesempurnaan, mengapa marah kepada orang yang membangkang, bahkan diberikan lebel dengan pelbagai lebel, sedangkan kita yang tidak membangkang sebenarnya dibimbangi sebagai pemula kepada kerosakan sesuatu organisasi, persatuan mahupun kerajaan.

Sekian

p/s : Kedengaran “khabar-khabar yang dibawa oleh angin”, kemungkinan besar Perak nak bubar DUN; pilihanraya di peringkat negeri perak akan berlaku. kalau ini berlaku di malaysia dalam masa terdekat… atas kemungkinan ini, kita kena fikir, bagaimana untuk mempertahankan kerajaan kita yang ada hari ini. Jangan sampai kita tidak tahu menjawab didepan rakyat disebalik kelemahan kita dalam kerajaan pada hari ini…. itupun, kalau kita rasa kerajaan kita ini lemah.. kalau kita rasa kerajaan kita hari ini kuat, tak payah fikir pun tak per.....

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
4 Febuari 2009 * 8:30 pagi.

Isnin, 2 Februari 2009

HANCUR PALESTINE BARU NAK FATWA HARAM

HANCUR PALESTINE BARU NAK FATWA HARAM

Utusan Malaysia hari ini melaporkan;

”JAKARTA 2 Feb. - Ulama Indonesia hari ini mahu pertubuhan antarabangsa seperti Kelab Rotari dan Kelab Lions diharamkan atas dakwaan ia adalah sebahagian daripada konspirasi Zionis”

KOMEN:

Kelab Lions ni, ditubuhkan oleh seorang peguam muda bernama Mulfin John pada tahun 1915M di Bandar Saint Antonio, Texas, Amerika Syarikat.

Selepas penubuhannya, kelab ini mengadakan kongresnya yang pertama, dengan dihadiri 22 orang yahudi Freemason.

Kelab ini bermatlamat untuk bercampur antara bangsa yahudi dengan bangsa lain; kononnya bangsa yahudi ini bangsa kasih sayang. Sebenarnya, mereka nak masuk Negara umat Islam, nak ambil maklumat untuk disimpan, disamping dapat mengukuhkan ekonomi mereka melalui Negara-negara umat Islam.

Kelab Lions ini pula, salah satu daripada gerakan Freemason dalam usaha hendak menyerang umat Islam di dunia, lebih-lebih lagi di Palestine.

Kelab Rotary pula ditubuhkan pada antara tahun 1903M-1908M di Wilayah Illionis, Chicago, Amerika Syarikat. Ditubuhkan hasil dari seruan pemimpin Yahudi yang bernama Theodore hertzal; yang dia adalah salah seorang ahli Freemason.

Dibimbangi gerakan ini diketahui ramai sebagai gerakan Freemason, maka pada peringkat awalnya, ahli mereka hanya terdiri dari anggota Freemason sahaja.

Pada tahun 1912M, kelab rotary ini mula membuka penyertaannya kepada masyarakat luar sehingga ketika itu berjaya menarik seramai 5000 orang penyertaan di Britain, Canada dan Irlanda.

Mengikut maklumat, pada tahun 1998M, keahliah gerakan Freemason sudah bertambah sehingga menjangkau lebih 22 juta orang. Mungkin sekarang lebih ramai lagi. sebab, gerakan mereka telah menembusi dunia Islam.

Kelab ini bertujuan untuk menyebar luaskan fikrah freemason, juga mengintip segala maklumat di seluruh dunia, terutama maklumat berkenaan serangan terhadap Israel.

Cara mereka bergerak, berjaya mengelabui mata, ini kerana, antara bentuk pergerakan mereka adalah seperti menyediakan peluang pekerjaan, mengadakan konsert amal atas nama khidmat social dan menanam semangat persahabatan, kerjasama dan cinta keamaan.

Mereka diterima ramai, hatta dari kalangan umat Islam sendiri kerana antara sebab mereka mempunyai bantuan kewangan dan kabel yang kuat. mereka bersatu dalam mengukuhkan perancangan mereka.

Umat Islam pula berjaya menerima mereka kerana, orang islam yang berkuasa sendiri tidak berjaya menyediakan bantuan yang kukuh kepada umat Islam yang memerlukan, bahkan kalau wujud pun, seperti pusat zakat dan sebagainya, ianya tidak lebih sekadar retorik untuk menampakkan kehebatan dari sudut angka.

Pusat zakat seperti contoh, kepentingan yang diusahakan hanya “mesra pelanggan”, tapi “mesra asnaf” tidak ditekankan sangat. Kalau nak usahakan pun, macam tak serius sahaja..

Malangnya umat Islam di dunia Islam kini…..

Kembali cerita kita balik…

Yang pastinya, kedua-dua gerakan ini; Kelab Rotary dan Kelab Lions ini adalah gerakan yahudi Freemason untuk merosakan umat Islam..

Susah faham…???

Cara mudah nak faham, macam pergerakan Putera dan Puteri UMNO, dengan kerjasama Pemuda UMNO dalam menarik pengaruh politik… lebih kurang macam tu la …..

Ulama di Indonesia ini didapati mempunyai pendedahan ilmu lebih jauh dari ulama di Malaysia. Pun begitu, baru sekarang mereka hendak fatwakan keterlibatan dengan dua kelab ini adalah haram.

Ulama Malaysia nak haramkan??? Entah lah... ramai dari kalangan mereka ini, bukan nak jaga Islam, tapi nak jaga orang-orang besar tertentu... itu pasal lembab tahap gaban tu.....

biar hancur dulu umat Islam di Palestine. Biar lingkup dulu negara palestine. Biar mati beribu-ribu dulu umat islam di Palestine, baru ulama-ulama ni nak ”bangun tidur”....

maklumlah, ramai ulama sekarang bukan sebut palestine, tapi ”Fulus tin”

sekian

p/s : kalau nak bagi derma Palestine, kena berhati-hati sikit. Dibimbangi derma itu disalurkan melalui puak-puak “UMNO Palestine” (sebenarnya : fulus tin); mahmoud Abbas. Derma palestine melalui TV (macam iklan kutip derma oleh big mama), melalui tabung-tabung derma di pondok-pondok Tol tu, jangan dipercayai sangat. Kalau nak bagi derma, pastikan derma itu diberikan kepada pengutip yang menghantarnya ke tangan Hamas.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri indah (B), Sg Buloh
3 Januari 2009 * 8:01pagi









PENGUMUMAN

Pada pukul 4:50 petang tadi, Ustaz Ismail Mahmood, iaitu adik kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya telah kembali ke rahmatullah.

Insya Allah, solat jenazah akan ditunaikan pada esok hari (3 Febuari 2009) di masjid Islahiyyah, Kuang pada pukul 9 pagi.

Mudah-mudahan beliau di golongkan dari kalangan mereka yang berjuang di jalan Allah, dan tergolong dari kalangan orang yang soleh.

Amin !!!

Ikuti ceramah ustaz Ismail Mahmood berkenaan dengan kejadian memali semasa beliau masih hidup lagi.

siri 1


siri 2


TADABBUR AL-QURAN : SIRI 6

ORANG MUNAFIQ MENIPU

Dalam kehidupan manusia, Islam menggariskan ada golongan manusia, iaitu (a) beriman; (b) kafir; dan (c) munafiq.

Dalam surah Al-Baqarah, dari ayat 1 hingga ayat 5, Allah menggariskan cirri-ciri orang beriman. Ayat 6 dan ayat 7, Allah menggaris satu bentuk orang kafir; kafir yang degil dengan hidayah. Adapun berkenaan dengan orang munafiq, Allah menggariskan dari ayat 8 hingga ayat 20.

Persoalannya, mengapa Allah menggariskan ciri-ciri orang munafiq ini dengan sebegitu banyak sekali, berbanding orang beriman dan orang kafir???

Bagi menjawab persoalan ini, Imam Mujahid menyatakan bahawa, dari sinilah menjadi bukti bahawa besarnya dosa munafiq berbanding dosa menjadi kafir.

Begitujuga, menunjukkan bahaya yang wujud pada munafiq ini lebih memberi mudharat berbanding bahaya yang wujud pada kafir.

Ini diumpamakan, orang munafiq seperti pijat yang duduk dalam kain selimut; orang kafir seperti nyamuk yang berada di luar kain selimut.

Mahu menyelamatkan diri dari nyamuk ketika tidur, hanya perlu menyelubungkan tubuh badan dengan selimut, tetapi kalau mahu menyelamatkan diri dari pijat, selimut tersebut wajar di buang.

Justeru itu, dalam ayat 8 dari surah Al-Baqarah, Allah bercerita kepada kita cirri-ciri orang munafiq ini, agar kita ambil jalan berhati-hati dalam menjalani kehidupan beragama.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
“Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman”

(Surah Al-Baqarah : 8)

Menurut Imam Ibni Abbas, ayat ini diturunkan rentetan kejadian yang menimpa kepada sebilangan sahabat nabi SAW yang dikunjungi oleh beberapa orang tokoh munafiq dari kalangan musyrikin dan munafiq Ahli kitab, seperti Abdullah bin Ibai bin Salul, Ma’tab bin Qusyair dan wajdi bin Qais. Mereka menunjukkan kesetiaan mereka kepada Islam diharapan para sahabat.

Selepas dari mereka berpaling, Allah menurunkan ayat ini kepada Nabi SAW; memberi peringatan bahawa kehadiran mereka yang menggambarkan keimanan itu bukanlah sebenar-benarnya mereka beriman, tetapi sekadar berlakon dihadapan orang beriman sahaja.

*****
Imam Ibni Kathir mendefinisikan nifaq (tatabahasa arab : masdar) sebagai;

إظهار الخير وإسرار الشر

Maksudnya;
“Menzahirkan kebaikan, menyembunyikan kejahatan”

Adapun Imam Ibnu Juraij pula mendefinisikan nifaq sebagai;

المنافق يخالف قَوْلُه فِعْلَهُ، وسِرّه علانيته، ومدخله مخرجه، ومشهده مَغِيبه

Maksudnya;
“Munafiq adalah orang yang menyalahi perkataannya dari perbuatannya; rahsianya daripada yang nyatanya; dalamannya daripada luarannya; yang nampak tengok dengan yang tersembunyi”

Imam Ibni Kathir juga menyatakan, munafiq itu terbahagi kepada dua, iaitu ; (a) munafiq dari sudut aqidah; (b) munafiq dari sudut amalan.

Orang munafiq dari sudut aqidah ini, tidak boleh dikategorikan sebagai masih beriman, bahkan mereka adalah kufur; kekal dalam neraka sampai bila-bila.

Adapun orang munafiq dari sudut amalan (sebutan lain : mukmin yang melakukan maksiat), adalah orang yang diertikan sebagai orang yang mengekali dosa besar. Mereka akan dimasukkan kedalam neraka, dibakar kadar dosa mereka sahaja. Selepas dari itu, mereka akan dimasukkan juga ke dalam syurga Allah SWT.

Inilah bentuk munafiq yang disebut oleh Nabi SAW;

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya;
“tanda orang munafiq itu ada tiga; apabila bercakap, dia menipu; apabila dia berjanji, ia menyalahinya; apabila dia diberi amanah, dia khianat
[1]

Penyakit munafiq itu sebenarnya berpunca daripada hati. Ini kerana, hati manusia itu terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu seperti berikut; (a) orang yang beriktiqad dengan sesuatu dalam keadaan tepat dengan dalil. Orang ini disebut sebagai orang yang berilmu; (b) orang yang beriktiqad dalam sesuatu dalam keadaan tidak tepat dengan dalil, bahkan sekadar mengikut orang lain sahaja. Orang ini disebut sebagai orang yang taqlid; (c) orang yang beriktiqad tidak tepat dengan dalil. Orang ini adalah orang yang jahil; (d) orang yang tidak mempunyai iktiqad langsung.

Orang munafiq adalah golongan manusia yang mempunyai iktiqad, tetapi dalam masa yang sama, iktiqad mereka tidak bersesuaian dengan kehendak dalil yang sebenar. Bahkan, jika wujud pun, mereka berdegil untuk tidak mahu menerima dalil yang sebenar itu.

Adapun jika ada manusia yang dipaksa menyebut kalimah kufur, lalu ia menyebutnya, tetapi hati mereka masih tetap dengan iman. Orang sebegini adalah orang yang masih beriman dengan Allah.

Firman Allah;

إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بالإيمان

Maksudnya;
”Melainkan mereka yang dipaksa, padahal hati mereka masih tenang dengan iman”.

(surah An-Nahl : 106)

Pada zaman Nabi SAW, orang munafiq ini datang dari dua jenis manusia, iaitu (a) orang kafir musyrikin; (b) ahli kitab.

Musyirikin menjadi nifaq adalah dengan mereka masuk islam, tapi sebenarnya mereka tidak menerima Islam sebagai aqidah, malahan mereka bertindak sedemikian dengan tujuan untuk mencari keuntungan dunia yang sedikit. Mereka tidak mempercayai Allah, juga tidak mempercayai kenabian Nabi Muhammad SAW.

Adapun munafiq dari kalangan ahli kitab, mereka asalnya mempercayai Allah, tetapi kepercayaan mereka terhadap Allah itu telah diselewengkan dengan mengatakan bahawa Allah itu berjisim seperti manusia. Ekoran itulah mereka mendakwa Allah mempunyai anak, seperti yahudi mendakwa Uzair sebagai anak Allah; nasrani mendawak Isa sebagai anak Allah.

Firman Allah;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ

Maksudnya;
”Berkata Yahudi, Uzair anak Allah. Berkata Nasrani, Al-Masih (isa) adalah anak Allah”

(Surah At-Taubah : 30)

Ahli kitab pada zaman Nabi Saw pun ada yang meninggalkan agama mereka, pun begitu, tindakan mereka pada masa itu bukan untuk sebenarnya mereka mahukan islam dengan sebenar, tetapi mahu merosakan Islam dari dalam.

Keadaan ini berlaku, ekoran Nabi SAW mendapat tempat disisi Orang madinah, iaitu dikala Islam sudah mempunyai negara; mempunyai pemerintahan.

Sesungguhnya di Makkah, istilah munafiq ini tidak wujud sama sekali. Ini kerana, di marhalah Makkiyyah, umat Islam tidak mendapat sebarang kesenangan. Keadaan ini berbeza selepas Nabi SAW berada di Madinah; baginda di lantik menjadi perdana Menteri; sudah pasti banyak kemudahan yang didapati oleh orang islam.

Justeru itulah, lahirnya orang munafiq di Madinah. Sedangkan di Madinah, rakyatnya tidak terbatas dikalangan orang arab sahaja, bahkan di Madinah sudah wujud masyarakat Majmuk, terdiri dari kalangan arab, malahan yahudi dan nasrani pun wujud di sana.

******

Dalam ayat 8, surah Al-Baqarah ini, Allah menyebut ”sebilangan Manusia”.

Setiap penggunaan kalimah, mesti mempunyai sebab. Oleh itu, apa sebab Allah menggunakan kalimah ”Manusia” dalam ayat ini???

Manusia dalam sebutan arabnya adalah ”Al-Insan” atau ”An-Nas”. Ianya berasal dari kalimah ”Na Si Ya” yang bermaksud ’lupa”.

Oleh itu, manusia itu boleh jadi munafiq atau kafir, semuanya berpunca dari lupa. Lupa kepada maha pencipta. Lupa kepada pembimbing manusia. Apabila mereka lupa, ekoran itulah mereka menjadi degil, lantaran jadi munafiq.

**************

Dalam ayat ini juga, Allah menyebut ”mereka berkata (baca : mendakwa) kami beriman dengan Allah dan hari Akhirat”.

Persoalannya, mengapa difokuskan kepada dua perkara; beriman dengan Allah dan hari akhirat???

Jawapannya adalah;

Kedua-dua ini merupakan asas bagi keimanan. Apabila manusia itu beriman dengan Allah dan hari akhirat, pasti yang lainnya mereka akan beriman juga.

Hari Akhirat bermaksud, waktu yang wujud selepas alam dunia. Ianya adalah waktu yang berkekalan sehingga tidak ada waktu penghujungnya, melainkan dengan kehendak Allah SWT.

*******

Antara munafiq dan kafir, manakah yang paling kotor disisi Allah???

Ada ulama menyatakan, orang kafir adalah lebih kotor berbanding orang munafiq. Ini kerana, orang jahil dari sudut hati mereka, tetapi lidah mereka adalah benar, dan orang munafiq pula adalah orang yang benar pada lidahnya, dusta pada hatinya.

Pendapat ini tidak tepat, dijawab oleh Imam Fakhru razi dengan katanya, orang munafiq lagi kotor daripada orang kafir, ini kerana, orang munafiq ini dusta pada hatinya dan lidahnya, sedangkan orang kafir ini benar pada lidahnya, dusta pada hatinya.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Febuari 2009 * 4:00 petang.





[1] Sahih Al-Bukhari : 32.

Ahad, 1 Februari 2009

ANTARA POLITIK DAN DAKWAH..???

ANTARA POLITIK DAN DAKWAH..???

Kampong aku sudah tidak bergeran sejak sekian lama. Orang kampong aku duduk dalam khemah sudah lebih dua tahun. Kanak-kanak jantung berlubang juga duduk dalam kampong aku; dua tahun sudah bapanya bagaikan orang gila.

Berselisih, berjumpa dengan mereka, aku ditanya keadaan mereka. Aku hanya menjawab;

"ana tidak ada kuasa. Sekadar memaklumkan kepada pihak yang ada kuasa sahaja".

Makluman telah dibuat, tapi malang, masakan rakyat mendapat pembelaan, khabar berita pun tak dapat.

Hal tanah, ada gak beritanya. Tapi kaedah dan mekanisma penyelesaian ntah ada atau tidak, wallahu 'alam.

Padaku, kuasa politik merupakan sesuatu yang amat penting. Kerana, dengan kuasa politiklah aku mahu berjuang dalam Parti politik.

Islam berjaya dilaksanakan dengan kuasa politik. Rakyat terbela dengan kuasa politik. Tapi, kalau sudah ada kuasa politik, islam masih tidak terbela. Dakwah masih tidak berjalan secara berkesan. Isu rakyat juga tidak berjaya diselesaikan. Buat apa berpolitik???

Kalau berusaha hendak membela, lalu dimaklumkan kepada pihak berkenaan, tanpa kabel yang baik, mesti kita akan mendapat pandangan sinis; pandangan yang menggambarkan kita adalah pihak yang menyusahkan.

Rakyat dengan keadaannya yang asal juga. Mereka sentiasa menelefon, bertanya masalah mereka. Bercerita tentang masalah mereka. Aku masih lagi membela pihak politik. Berbagai-bagai alasan yang aku kemukakan dihadapan orang-orang miskin, demi mempertahankan orang politik; bahkan parti yang aku dokong ini.

Aku semakin tidak tahan dengan "tekanan" ini. Aku berfikir, mungkin dengan ruang blog dapat memberikan mereka pembelaan. Tetapi, apa yang aku dapat adalah seperti yang tidak dikehendaki, bahkan lebel negative yang diterima.

Aku semakin fedup dengan politik. Ramai orang "bermain politik" berbanding orang "berpolitik".

Lebih baik aku menyokong gerakan islam berbanding menjadi penggerak dan lebih baik menyokong kerajaan yang lebih baik dari BN, berbanding menjadi penggerak.

Lebih baik aku menjadi pendakwah. Berceramah di masjid dan surau. Dan hari minggu mencari budak-budak rosak, yang tidak haluan dengan islam. mengajak mereka kepada Islam.

Kalau ada orang miskin bertanya kepadaku tentang mereka, aku hanya perlu maklumkan, bahawa sila hubungi pihak yang ada kuasa. Sila ambil no telefon YDP, setiausaha, Exco, YB itu dan YB ini. kerana, mereka sahaja yang berkuasa.

Hidup Group Pemikir Muda !!!!...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- kopitiam Jejantas Sg Buloh
1 febuari 2009 * 5:00 petang.