Menangani fenomena literalis agama — Dr Mohd Asri Zainul Abidin
13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.
Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.
Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.
DIPUKUL DAN DIRAMPAS
Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran, sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan.
Di Malaysia, kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat. Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan.
Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?
Di manakah sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggahan.
Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan, adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina, dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara.
Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).
Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat!
HURAIAN
Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.
Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya. Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa.
Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.
Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawad berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?” Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.
Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat! Alangkah dangkalnya penghujahan seperti itu. Ini boleh membawa kepada menolong kezaliman penguasa.
Sedangkan Nabi s.a.w “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
ERTI PEMERINTAH
Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebab itu, sehingga dalam bab bughah iaitu mereka yang keluar memerangi pemerintah dengan senjata, al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi menyebut: “ ... jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendakhlah kamu damaikan keduanya ... ” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).
Bahkan kitab-kitab fiqh menyebut bahawa harta bugha itu tidak boleh dirampas, yang cedera tidak boleh ditangkap dan yang lari tidak boleh diburu. Ini disebut dalam pelbagai kitab fekah seperti al-Majmu’ dalam Mazhab al-Syafii, al-Mughni dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain. Demikian, bughah yang bersenjata, diberikan hak dalam politik islami, bagaimana mungkin rakyat yang tidak bersenjata dibiarkan dipukul dan dirampas harta mereka tanpa boleh membantah?! Fenomena literalis boleh mengelirukan!
* Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.
Demontrasi BERSIH telah berlaku. Tindakan polis dengan menembak gas pemedih mata meragut nyawa seorang demonstran, iaitu Saudara Baharuddin Ahmad. Ramai yang mempersoalkan status kematiannya; Apakah dikira syahid atau tidak?
Malahan tidak ketinggalan, ada juga dari kalangan orang UMNO (UMNO : Laknat Allah terhadap orang-orang zalim) yang agak biadap sehingga melebelkan kematiannya sebagai mati katak.
Secara peribadi, tanpa aku memaksa orang lain menerimanya bahawa Aku menyatakan, kematian Saudara Baharuddin Ahmad boleh dikira sebagai MATI SYAHID.
Pendapatku ini didokong Hujjah-hujjah seperti berikut;
Kandungan tuntutan BERSIH adalah perkara yang boleh disifatkan sebagai hak keadilan. Hak keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam.
Sabda Nabi SAW;
فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Maksudnya;
“Berikanlah hak kepada setiap orang yang mempunyai hak ”
Sebagai kerajaan, tuntutan bersih itu wajib ditunaikan. Tidak menunaikan tuntutan bersih itu, bermaksud menafikan hak rakyat. Menafikan hak itu merupakan tindakan zalim. Apabila ada pihak yang terbunuh dalam usaha mendapatkan hak mereka, maka mereka dikira sebagai syahid.
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”
Dalam hadis ini, Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya juga sudah dikira syahid. Makanya, terlebihlah dikira sebagai syahid bagi mereka yang terbunuh mempertahankan hak kebebasan yang merupakan unsur keadilan yang dituntut dalam Islam.
KALAU BEGITU, TIDAK PERLU DIMANDIKAN?
syahid itu ada dua jenis; syahid dunia dan syahid akhirat. Ada sebilangan ulama, menambahkanya menjadi tiga, iaitu syahid dunia dan akhirat. Dalam menafsirkan maksud syahid-syahid ini, ulama ada perbincangan panjang.
Secara umumnya, makna bagi tiga jenis syahid ini adalah seperti berikut;
Pertama: Syahid dunia
Syahid dunia adalah syahid bagi orang yang mati berperang, dalam keadaan hatinya berjihad bukan kerana Allah, seperti kerana riya’, sum’ah dan seumpamanya. Hukum bagi jenazahnya adalah tidak dikenakan mandi dan tidak disolatkan. Dengan erti kata lain, jenazahnya diurus seperti orang mati dalam berjihad.
“Sesungguhnya kamu menilai kamu sekarang berdasarkan apa yang zahir bagi kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kepada kamu kebaikan, kami akan akuinya dan hampirinya. Tidaklah kami mempunyai hak terhadap perkara yang tersembunyi. Allah SWT akan menilai pada perkara yang tersembunyi itu. Barangsiapa yang menzahirkan kepada kami perkara yang jahat, kami tidak akan akuinya dan tidak membenarkannya ”
Kedua: Syahid Dunia dan Akhirat
Syahid dunia dan akhirat adalah orang yang mati dalam peperangan untuk menegakkan kalimah Allah. Hatinya ikhlas dengan mahu menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi.
“Barangsiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan Allah ”
Jenazahnya diuruskan sebagai orang yang mati berjihad, iaitu tidak dimandikan, tidak disembahyangkan dan seumpamanya.
Ketiga; Syahid Akhirat
Syahid akhirat adalah orang yang mati dan mendapat ganjaran pahala seperti ganjaran syahid. Namun, jenazahnya tidak diurus sebagai orang yang berperang, tetapi diurus sepertimana orang ramai, iaitu dimandikan dan disembahyangkan.
Antara jenis syahid ini, disebut oleh Nabi SAW dalam hadis;
الْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ
Maksudnya;
“Orang yang sakit perut (sehingga cirit beret yang mati) dikira sebagai syahid; orang yang tertimpa penyakit Taun (yang mati) dikira sebagai syahid ”
Dalam hadis yang lain, banyak lagi perkara yang mati dikira sebagai syahid. Seperti mati lemah dikira syahid, mati kebakaran dikira syahid, perempuan mati melahirkan anak dikira syahid dan seumpamanya.
Jadi, dalam isu kematian Baharuddin bin Ahmad ekoran mempertahankan hak keadilan rakyat yang telah dinodai kerajaan memerintah pada hari ini, tidak salah dikira sebagai syahid pada jenis yang ketiga ini. Iaitu jenazahnya dimandikan dan disolatkan, tetapi ia tetap dikira sebagai syahid.
BERSIH DIKETUAI ORANG BUKAN ISLAM?
Namun begitu, ada pihak yang menafikan syahid atas kematian Saudara Baharuddin dengan alasan himpunan Bersih ini diketuai oleh Ambiga yang tidak beragama Islam. Bagi menjawab alasan ini, dikemukakan hujjah seperti berikut;
Pertama;
Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”
Malahan, Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”
(Hud : 117)
Jadi, tidak menjadi salah dikira sebagai syahid kepada orang Islam yang mati bersama dengan orang bukan Islam dalam perjuangan mempertahankan keadilan dan usaha menuntut hak. Ini kerana, Allah SWT tidak menolak keadilan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, malahan mengakuinya.
Kedua:
Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”
Dalam hadis ini, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri berbelah pihak kepada non Muslim yang dizalimi berbanding Muslim yang menzalimi. Jadi, jika tidak ada salahnya jika Saudara Baharuddin dikira sebagai syahid ekoran kematiannya dalam usaha menuntut hak keadilan rakyat agar ditunaikan oleh pihak kerajaan.
PENUTUP
Sesuatu kematian itu dikira syahid atau tidak, perkara utama yang perlu dipastikan bahawa si mati itu adalah seorang yang beragama Islam. Orang yang tidak beragama Islam yang mati, tidak dikira sebagai syahid, waima dia bersungguh-sungguh untuk memenangkan Islam sekalipun. Jadi, jika dia mahu dikira syahid juga, hendaklah dia mengucap syahadah dan mati dalam keadaan islam.
“Wahai orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Jangan kamu mati kecuali kamu dalam keadaan beragama Islam”
(Al-Imran : 102)
Dan lagi, kelebihan orang yang mati syahid ini, dinyatakan oleh nabi SAW bahawa mereka mendapat ganjaran yang cukup besar. Antaranya disabdakan oleh nabi SAW;
“bagi syahid itu disisi Allah enam kelebihan; diampunkan baginya pada pancutan darah yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, diselamatkan dirinya dari azab kubur, diamankan dari kesusahan mati yang besar, dipakaikan di kepalanya tengkolok wiqar dari yaqut yang ia lebih baik dari dunia dan kandungannya, dikahwinkan dengan 72 orang bidadari syurga dan dia diberikan peluang untuk memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya ”
Dalam menafsirkan makna kaum kerabat ini, ulama berbeda-beda pendapat. Ada memaksudkannya sebagai anak beranak, sepupu sepapat dan seumpamanya. Tetapi di sana, terdapat tafsiran bahawa maksud bagi kaum kerabat itu adalah saudara seislam.
Aku berharap agar aku termasuk dari 70 kalangan orang yang mendapat syafaat yang bakal disyafaatkan oleh Saudara Baharuddin bin Ahmad di akhirat kelak. Amin Ya Rabb Al-‘Alamin. Kalau orang UMNO (laknat Allah terhadap orang-orang Zalim) tak nak, itu dorang punya pasal.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.
-
Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad
Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate...
Mengapa Hanya Surah Yusuf
-
Salah satu kritikan yang saya terima daripada beberapa penulis fiksyen yang
skeptikal tentang kelebihan-kelebihan teori dan teknik surah Yusuf dan
aplikasi...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno
-
Tahun 80an dulu , Ketua Cawangan Pas tempat aku pesan, "Kita orang Pas kena
sebut Pas satu hari satu kali". Yakinnya Arwah kerana masa tu zaman lawan
Umno....
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
The Mistakes Muslims Make.
-
*THE MISTAKES THAT MUSLIMS MAKE*
By: Kassim Ahmad
Email add: darul_hikmah333@yahoo.com
20 August 2017
It amazes me no end to see Mus...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
Anwar: Gagal di luar, menang di dalam.
-
oleh : RONASINA
Ini bukan lagi 1998. Tiada lautan manusia beri respon spontan memprotes di
jalanraya apabila Timbalan Perdana Menteri dipecat dengan...
Malang
-
Kota Malang, Jawa Timur.
7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama
Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Facebook patut disekat atau tidak?
-
Terkadang aku terfikir, elok juga kita tak main Facebook (FB). Aku dapati
Facebook merubah seseorang 360 darjah apabila online. Orang yang kita kenal
di ...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Bicara Jumaat 2
-
Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga
bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar
mengenal b...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Menghargai keUNIKan
-
*"Kenapalah budak ni tak berjaya-berjaya juga. Akoo dah bagi motivasi, dah
bagi sokongan sepenuhnya sebagai seorang ayah."* keluh seorang ayah melihat
pr...
Rohingya
-
Nama ini sangat asing pada kita berbanding Palestin.Tanyalah pada
sesiapapun waimma yang bertaraf Profesor juga akan berkerut dahi bila
ditanya tentang "...
MIMPI ITU
-
Dia datang menyatakan kerinduan. Amat berat mengambil keputusan berpisah.
Sukar untuk dia membuat keputusan. Tidak tahu ke kanan atau ke kiri.
Dilemanya...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Al ikhlas
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
UIAM: Janganlah begini
-
Isu penggantungan Prof Dr Abd Aziz Bari bukan sahaja menggemparkan dunia
akademik tetapi juga menimbulkan polemik politik yang bukan sedikit.
Semuanya ber...
LEMBU TAK LEH JAGA LEMBU
-
"Masalah rasuah, penyelewengan, khianat hanya boleh selesai kalau manusia
kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia
kerana po...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
Vaksin untuk kaki botol berhenti minum arak
-
Para penyelidik telah menemui satu penyelesaian untuk membantu penagih arak
(kaki botol) agar berhenti daripada meminum arak, dengan memberikan satu
rasa p...
RAYUAN DERMA ramadhan untuk famili tahanan ISA
-
oleh ali :
Previously on Pembebasan Abg Sudin dari Kem Kamunting :
http://www.facebook.com/#!/photo.php?pid
=527282&id=100000105053006&ref=fbx_album
Sem...
JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN
-
*JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN*
*”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain
makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana ki...
"Saya ingin menjadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.” - Ahmad wahib.
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan" - Al-Bakistani
PENJELASAN
"Ingin saya tegaskan, kesedian saya hadir dalam debat bersama Fathul Bari, Ulama Muda UMNO dalam isu "menegur pimpinan negara mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama" bukan sebagai mewakili PAS. Tetapi, saya hadir sebagai orang yang mempertahankan "ijtihad PAS" yang membenarkan menegur pimpinan Negara secara terbuka sepertimana yang sedang dilakukan PAS kini"
Al-Bakistani
debat : Wan Ji vs Fathul Bari [klik gambar]
BERHUBUNG?
E-MAIL : ustaz_bakistani@yahoo.com
KENYATAAN QARADHAWI
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010
Al-Bakistani; "apakah perlu mempunyai kaedah dalam berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "Kaedah kalam terbatas, kaedah falsafah tak terbatas" Al-Bakistani; "maksudnya?" Pak Khalid Jaafar; "Kalam ikut kaedah pembelaan. membela kebenaran dengan menggunakan akal. falsafah mencari kebenaran dengan akal. bagi kalam kebenaran telah ditemui. bagi falsafah, kebenaran belum ditemui sepenuhnya. kebenaran itu lebih besar dari apa yang telah ditemui sebelumnya" Al-Bakistani; "bukankah berkaedah berfikir menyebabkan ketiadaan kebebasan berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "sebab itu, ada ahli falsafah menulis buku yang mengkritik kaedah berfikir" sekian Al-Bakistani
UMNO : JIJIK & KOTOR
"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu; Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua; Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak; bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"
"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka" (Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946 dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)
"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"
"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"