Sabtu, 4 Julai 2009

BERSATU DENGAN ISLAM, BUKAN DENGAN MELAYU

BERSATU DENGAN ISLAM, BUKAN DENGAN MELAYU

Utusan meroyan melaporkan
[1];

“SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka”

KOMEN:

Umat Islam khususnya melayu hilang ketuanan bukan kerana berpecah, tetapi kerana hilang identity diri yang sudah mula meninggalkan ajaran Islam.

Sejak Malaysia merdeka, sebarang usaha memahamkan rakyat dengan Islam, seterusnya melaksanakan Islam di abaikan dengan sedemikian rupa. Jika islam dilaksanakan, sudah pasti kekalutan dalam Negara seperti yang berlaku pada hari ini tidak akan berlaku sama sekali. Bahkan, sudah pasti ketika ini kita akan melihat Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang penganut Islamnya bukan sahaja dari kalangan orang melayu, malah sudah menjangkaui orang berbangsa cina dan India, kerana telah melihat keadilan Islam.

Apa yang pasti, keadaan ini tidak berlaku. Yang wujudnya adalah, UMNO dan kebanyakkan mufti menjadi candu untuk mensangsikan rakyat terhadap Islam itu sendiri.

BIMBANG BERPECAH?

Apakah benar mufti bimbang hilangnya ketuanan melayu islam di Malaysia, atau mufti sebenarnya bimbang hilangnya ketuanan UMNO yang semakin hari semakin hilang?? Ekoran itulah, mufti mula berbicara tentang perpecahan umat melayu??

Sewajibnya, mufti berbicara tentang hilangnya pengamalan Islam dalam sistem negara yang diperintah oleh UMNO. ini kerana, dalam Islam, penyatuan hanya berlaku dengan berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Maksudnya;
”Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah seluruhnya, dan jangan kamu berpecah belah”

(Surah Al-Imran : 103)

Apabila manusia tidak berpegang teguh dengan tali Allah, tidak ada kesatuan atau perpaduan. Perpaduan hendaklah atas asas keadilan sejagat yang merupakan asas ajaran al-Quran dan As-Sunnah.

Dan sesungguhnya, perpecahan pasti akan berlaku. Iaitu perpecahan antara manusia yang mahukan kebenaran dan manusia yang benci kepada kebenaran dan mahukan kesesatan.

UMNO mahukan kesesatan. PAS mahukan kebenaran. Sudah pasti keadaan ini tidak boleh disatukan dan kecampurkan.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
”Jangan kamu pakaikan kebenaran dengan kebatilan dan kamu sembunyikan kebenaran dalam keadaan kamu mengetahuinya”

(Surah Al-Baqarah : 42)

Justeru, mufti perak tidak perlu mengulas soal perpecahan umat melayu setelah tidak berjaya mahu menyatukan PAS – UMNO dengan alasan mahu menubuhkan negara Islam melayu, tetapi yang seharusnya dilakukan oleh mufti adalah, mendesak agar UMNO menukar dasar parti mereka dengan menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, barulah soal perpecahan umat melayu bisa dibicarakan.

Sekian

Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Julai 2009 * 11:54 pagi



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

CADANGAN BACAAN PIMPINAN PEMUDA PAS PUSAT


CADANGAN BACAAN PEMUDA PAS PUSAT

Pergolakan pemikiran islam, sebuah buku karya seorang penulis muda yang meninggal dunia di usia muda bernama Ahmad wahib dari Negara seberang, Indonesia.

Pada asalnya, semua tulisan-tulisan beliau itu berada dalam simpanan, tetapi setelah dia meninggal dunia disebabkan digilis oleh sepeda (baca : motorsikal), kawannya telah membukukan tulisan tersebut.

Jika kita membaca tulisan-tulisan yang dibukukan atas tajuk "pergolakkan pemikiran islam", pasti kita akan berfikir dan merenung disebalik persoalan, ulasan dan pandangan yang dikemukakan tersebut.

Ia amat bagus untuk dijadikan wacana bagi pejuang-pejuang Islam yang berjuang di Negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang-bilang kaum.

Dan dilihat, keadaan pemuda PAS pusat yang agak mundur dari sudut pemikiran dibawah kepimpinan Nasaruddin tantawi, maka dengan ini dicadangkan agar dibaca buku ini.

Sekian

Sila rujuk;
http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=830&osCsid=eb39e08cb851ea856bd11ada55f6c06a
dan:
kalau ada kelapangan, jangan lupa baca juga tulisan kritikan terhadap tulisan ahmad wajib oleh adian husaini.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kopitiam jejantas Sg buloh
4 Julai 2009 * 6:57 petang





ARTIKLE UMNO DALAM SIASAH ??

(klik gambar untuk besarkan)
ini adalah keratan artikle dari akhbar siasah keluaran baru (bil 0156 : 5 julai hingga 11 julai 2009) muka surat 45
Siapa penulis artikle ini??

kenapa dia menulis artikle sebegini di kala hampir dengan Pemilu Manik Urai??

Siapakah orang dari Siasah membenarkan artikle ini masuk dalam akhbar siasah??

kenapa artikle sebegini dibenarkan masuk dalam akhbar siasah??

Apakah UMNO sudah menguasai Siasah, atau UMNO sudah menguasai minda "orang-orang siasah" atau "dadah UMNO" sudah meresap ke dalam minda sebilangan orang PAS, menyebabkan ketagihan melampau tidak bisa dibendung lagi??

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 Julai 2009 * 5:15 petang

Jumaat, 3 Julai 2009

KEGAGAHAN TUHANKU MENGATASI KEGAGAHAN TUANKU


KEGAGAHAN TUHANKU MENGATASI KEGAGAHAN TUANKU

Dikisahkan bahawa Khalifah Al-Ma’mun yang merupakan salah seorang khalifah dari keluarga Abbasiyyah amat murka dengan salah seorang rakyatnya. Kemarahan tersebut sehingga sampai satu tahap, dia mahu memenggalkan kepalanya.

Setelah usaha menangkap terhadap rakyat yang dia murkakan itu berjaya, dan dipenjarakan. Menyebabkan Khalifah Al-Ma’mun telah menulis surat arahan agar dijatuhkan hukuman bunuh terhadap rakyat tersebut.

Surat itu diserahkan kepada ketua keselamatan negara. Ketika menerima surat arahan tersebut, ketua keselamatan terus ke penjara, tetapi beliau tidak membunuh rakyat tersebut, malah dibebaskan.

Berita itu sampai kepada pengetahuan khalifah al- Ma’mun, menyebabkan baginda menjadi marah dan memanggil ketua keselamatan negara datang mengadap.

”mengapa kamu membebaskan sang penderhaka itu, sedangkan aku telah mengeluarkan surat rasmi untuk membunuhnya?” tanya Khalifah Al-Ma’mun dengan tegas dan berwajah marah.

Ketua keselamatan negara menjadi pelik dengan soalan baginda Khalifah, menyebabkan beliau mengkerutkan dahinya.

”Wahai tuanku yang mulia, bukankah saya telah melaksanakan perintah tuanku seperti yang termaktub?” kata ketua keselamatan negara seraya menghulurkan surat rasmi arahan dari baginda khalifah.

Baginda Khalifah Al-Ma’mun pun mengambil surat tersebut. Apabila dia melihat kandungan surat tersebut, dia kaget terkejut. Ini kerana, kalimah “yutlaq” (baca : dibebaskan) termaktub, padahal asalnya, baginda menulis kalimah “yuslab” (baca : disalibkan).

Baginda Khalifah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, lalu menulis surat kedua kalinya. Keadaan yang sama juga berlaku. Dilakukan buat kali ketiganya pula, tetapi keadaan yang sama juga berlaku.

Melihat keadaan itu berlaku, menyebabkan ketua keselamatan negara berkata kepada Baginda Khalifah Al-Ma’mun.

“wahai Amir Al-Mu’minin, rupanya kamu selalu salah dalam menulis surat tersebut. Ini kerana, surat itu tetap juga termaktub “yutlaq” (baca : dibebaskan), bukannya “yuslab” (baca : disalibkan)”

Khalifah Al-Ma’mun diam seribu bahasa buat seketika. Kemudiannya terdengar baginda beristighfar kepada Allah seraya berkata;

“benar, dibebaskan. Siapa yang dikehendaki Allah SWT untuk “Yutlaq” (baca: dibebaskan), pasti ia dibebaskan waimma Al-Ma’mun mahukan dia “yuslab” (baca :disalib) sekalipun”.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota Damansara
3 Julai 2009 * 5:09 petang

Khamis, 2 Julai 2009

DEBAT : PAS vs UMNO


>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG?? (2)


GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG?? (2)

Setelah bertanyakan tentang tentang tujuan kebersamaan PKS dengan JK-Wiranto dan Muhammadiyyah dengan SBY-Boediong, ketua Pengarang majalah Sabili mengulas panjang.

“Politik ngak bisa dipisahkan dari Islam.. justeru, Islam itu ada politik, makanya, kita perlu terlibat dalam politik.. bukankah gitu pak?” soalnya sambil merenung wajahku yang sedang berpeluh keletihan kerana joging.

Dengan nada dan makhraj indonesia, ucapannya menarik minat untuk didengari. Lebih-lebih lagi, dikala ucapan itu terpancul dari mulutnya dalam keadaan dia sedang memerhatikan wajahku dengan pandangan serius.

“Pilihanraya menjadi alat perjuangan dalam politik kepartain.. tujuan masuk pilihanraya, untuk menang.” sambungnya lagi.

”benar itu pak!” itu sahaja jawapan yang aku berikan sebagai respon segala yang diungkapkan.

”justeru, di Indonesia.. JK-Wiranto agak mempunyai harapan untuk menang, makanya PKS menyokong JK-Wiranto..”

Aku mengerutkan dahi berfikir. Aku masih tidak mengerti perbedaan antara dua perjuangan politik; antara JK-Wiranto dan SBY-Boediong.

”mungkin itu semua jawapan bagi semua orang yang terlibat politik.. persoalannya Pak, bukankah kedua-dua calon Presiden dan Wakil presiden itu adalah sekular. Justeru, mengapa Muhammadiyyah dan PKS yang mempunyai asas perjuangan Islam, ngak boleh bersatu dalam memberikan sokongan?” soalku.

Dia menarik nafas panjang. Dilihat seakan-akan sedang berfikir untuk memberikan jawapan yang mudah untuk aku fahami.

”Ramai anak orang Muhammadiiyah terlibat PKS. Anak mereka terlibat dengan PKS, kerana program PKS itu amat sesuai dengan anak-anak muda. Muhamaddiyyah pula, cara berfikiran agak tua. Makanya tidak hairan, anak-anak muda ngak mahu bersama dengan Muhammadiyyah” jawabnya ringkas, tetapi terkandung seribu macam maksud.

Jika direnung balik kepada persoalan yang aku kemukakan itu, dirasakan ia tidak menjawabnya dengan tepat, tetapi ia boleh difahami dari ungkapan yang tersurat itu terkandung isi yang tersirat.

Secara peribadi aku beranggapan, pertembungan ini berlaku adalah disebabkan wujudnya dua aliran pemikiran gerakan Islam; iaitu golongan jumud dan golongan keterbukaan.

Jika dibaca balik tulisan-tulisan, sama ada di blog mahupun buku-buku, kita akan dapati kewujudan dua golongan ini sememannya wujud dalam mana-mana gerakan Islam. ekoran itulah, jika kita membaca buku ”Pergolakkan pemikiran islam” hasil karya penulis bernama Ahmad Wahib, pasti kita akan dapat menilai bagaimana pertembungan golongan kaum muda atas nama HMI (baca : himpunan Mahasiswa Indonesia) bisa bertembung dengan Masyumi; waimma mereka dari satu rumpun.

Pertembungan yang melahirkan ”pecat memecat”, yang semuanya bermula pertembungan cara berfikir ahli dan pimpinan gerakan Islam dalam mengharungi perjuangan Islam.

Persoalannya, mengapa keadaan ini berlaku??

Aku memikirkan persoalan ini agak lama. Tetapi, dalam beberapa perbualan dengan beberapa orang kawan di kedai-kedai kopi, mereka memberikan jawapan yang agak pelbagai, tetapi secara kesimpulannya, aku menilai puncanya itu adalah disebabkan empat faktor penting, iaitu (a) bentuk bahan bacaan yang agak terbatas, (b) keterlibatan kepada golongan sasaran dakwah tidak difahami secara mendalam, (c) pemikiran mahukan parti/jemaah menang berbanding islam menang telah sebati dalam jiwa anggota gerakan Islam, (d) tidak berfikir secara rasional.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Julai 2009 * 3:18 pagi

TIDAK PERLU BERDEBAT DENGAN DAP


TIDAK PERLU BERDEBAT DENGAN DAP

Isu debat yang dicabar oleh tok guru nik abdul Aziz terhadap UMNO semakin hari semakin panas di media perdana, juga media alam maya. Kehangatannya semakin terasa dengan tindakan berani pemuda PAS Pusat yang mengajak Pemuda UMNO sama berdebat.

Media-media yang berbau UMNO juga tidak lepas dari bermain dengan isu ini, terutama dalam mencari publisi murahan dalam menaikkan balik imej buruk mereka yang sudah tergambar di hadapan mata-mata rakyat.

Antara ulasan dan kupasan dalam media UMNO, mereka mendakwa bahawa tok guru nik abdul aziz hanya berani berdebat dengan UMNO, tetapi tidak berani berdebat dengan DAP.

Kenyataan dangkal ini, memperlihatkan bagaimana UMNO sudah kehabisan modal, disamping tergambar wajah gerun mereka dalam memperkatakan islam yang melibatkan kepada dasar perjuangan mereka.

MENGAPA DEBAT DENGAN UMNO??

Persoalan yang ditimbulkan adalah, mengapa debat yang hendak dilakukan itu adalah debat dengan UMNO, tidak pula DAP.

Apa yang pasti, debat diwujudkan berasaskan untuk mencari kebenaran antara dua pihak yang mendakwa meereka mewakili kepada kebenaran. Bagi untuk memastikan, antara kedua belah pihak itu benar atau tidak, maka anjuran debat perlu di kehadapankan.

Adapun antara dua pihak yang tidak pernah mendakwa bahawa mereka adalah yang paling benar dalam sesuatu perkara, tidak perlu diadakan debat. Jika diadakan juga, nyata itu adalah tindakan yang kurang bijaksana.

Dalam isu UMNO sesat atau tidak, ia perlu diperdebatkan kerana, UMNO mendakwa bahawa mereka tidak sesat, sedangkan dalam masa yang sama PAS melihat UMNO tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar parti. Makanya itulah, UMNO itu ditempelkan sebagai antara firqah-firqah yang sesat.

Adapun dengan DAP, tidak timbul sama ada perlu diadakan debat dengan mereka atau tidak. Ini kerana, DAP sudah sedia maklum adalah sebuah parti yang memang tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru, mengadakan debat dengan mereka tidak mempunyai sebarang "point" yang perlu diperdebatkan.

Sekian

p/s : dirasakan, melihat debat olok-olok di zaman ustaz fadzil noor masih hidup pun sudah cukup membuktikan UMNO itu sesat atau tidak.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- kota damansara
2 julai 2009 * 4;46 petang

Rabu, 1 Julai 2009

GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG??


GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG??

4 hari aku berada di Bandar Jakarta. Tujuanku kesana, untuk menghadiri pameran buku yang dianjurkan oleh pihak kerajan Indonesia. Aku kesana, bersama-sama dengan beberapa orang kawan, termasuk seorang penulis dalam harakah yang terkenal; Pak Syukur harun.

Melihat buku-buku di Indonesia, menyebabkan aku merasa kagum. Keilmuan di sana, lebih menjangkaui zaman berbanding malaysia. Aku berfikir, mengapa keadaan ini berlaku?

Secara peribadi, aku beranggapan. Dunia penulisan mereka amat hebat disebabkan ketiadaan akta mesin cetak, disamping sistem pendidikan mereka yang amat memandang penting mata pelajaran falsafah, waimma dari peringkat bawahan lagi.

Kehadiran kami di sana, sedikit sebanyak memberikan pengalaman baru. Ini kerana, di kala ini, Indonesia sedang berhadapan dengan pemilu untuk pemilihan jawatan Presiden dan Wakil Presiden (timbalan presiden).

Hari selasa, di waktu paginya, aku bersama 3 orang kawan telah berjoging di sekitar rumah-rumah bapak menteri. Kami melalui rumah Bapak Sukarno dan beberapa rumah bapak-bapak menteri yang lain.

Dalam masa kami berjoging, terlihat banner yang tercatit tulisan dan gambar kempen pilihanraya yang terdiri dari tiga “geng”, iaitu (a) SBY (sisolo bambang) – boediong, (b) Mega – prabowo, dan (c) Jk (yusuf Kala) – Wiranto.

Sesampai di hadapan “markaz” Besar PKS di Jakarta, aku ternampak banner yang diangkat termaktub tulisan yang menyatakan sokongan PKS terhadap JK-Wiranto. Dan dikala sampai di hadapan “Markaz” Muhammadiyyah pula, termaktub tulisan yang menyatakan sokongan terhadap SBY- Boediong.

Adapun dari mega- prabowo, tidak kelihatan satu banner pun yang menyatakan sokongan mana-mana gerakan islam terhadap mereka. Mungkin kerana, megawati ini adalah pejuang tegar semangat Pancasila menyebabkan sebuah gerakan Islam pun tidak menyokong mereka.

Walau bagaimanapun, aku tetap kebingungan terhadap dua badan gerakan islam; PKS dan Muhammadiyyah yang dilihat memberikan sokongan kepada calon-calon presiden dan Wakil presiden yang berbeda.

Aku bertanya kepada “pemandu pelancong” kami yang berbangsa Indonesia tentang berbedaan antara kedua-dua calon Presiden dan Wakil presiden; SBY-Boediong dan JK- Wiranto sehingga menyebabkan dua badan gerakan Islam memberikan sokongan yang berbeda??

Beliau menjawab, kedua-dua calon presiden dan Wakil presiden itu adalah sekular; kedua-dua mereka menolak islam. Cumanya, ada sedikit pertembungan antara kedua-dua badan gerakan Islam dalam mengharungi ujian dakwah di Indonesia.

Jawapan itu tidak memberikanku ketenangan. Menyebabkan, sepanjang ”joging” kami itu, fikiranku terus berfikir dan terus berfikir.

Sesampai kami di hotel, kami ditunggu ketua pengarang majalah Sabili; sebuah majalah dakwah yang terkenal di Indonesia. pertemuan itu, diambil kesempatan untuk aku bertanyakan tentang perbedaaan sokongan antara dua badan gerakan Islam itu.

Zainal menjawab.....

Bersambung......

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
1 Julai 2009 * 4:25 petang