Jumaat, 15 Jun 2012

HAJI, PILIHANRAYA : JAWAB MUFTI SELANGOR


pertama :

orang yang tak dapat pergi haji, ia boleh lakukan niyabah haji (ganti) pada hari lain... ia diterima oleh jumhur ulama kecuali hanafi.. Mufti ni kena baca Fiqh islami wa adillatuh dulu... 

kedua :

sebelum keluarkan fatwa haram batal haji, sewajibnya Mufti kena nyatakan haram najib isytihar bubar parlimen pada musim haji....

Khamis, 14 Jun 2012

PRU MUSIM HAJI : SUDUT PANDANG USUL FIQH


Didalam ilmu usul fiqh, hukum wajib itu terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah, wajib itu dibahagikan kepada wajib mudhayyaq (sempit) seperti menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan juga wajib muwassa’ (luas), seperti menunaikan solat.

Dikatakan berpuasa di bulan ramadhan sebagai wajib mudhayyaq (sempit) adalah kerana, berpuasa itu tidak boleh dilakukan dibulan-bulan yang lain. maka dengan sebab itulah, berpuasa di bulan ramadhan dikira sebagai wajib mudhayyaq (sempit).

Adapun solat, dikatakan sebagai wajib muwassa’ (luas) adalah kerana, solat itu tidak semestinya di tunaikan diawal waktu, bahkan selagi waktu bagi solat belum habis, maka selagi itulah solat boleh di tunaikan[Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh : m/s 7].

Maka dengan demikian, sekiranya berlaku pilihanraya di musim haji, maka hendaklah dihimpunkan kedua-dua kewajipan tersebut, iaitu kewajipan mengundi dan kewajipan melakukan haji.

Kewajipan mengundi untuk memenangkan parti islam adalah satu kewajipan yang mudhayyaq (sempit), ini adalah kerana, di sebabkan kekalahan parti islam dalam sesuatu pilihanraya akan menatijahkan kekuasaan pemerintahan zalim, rasuah dan sebagainya.

Adapun kewajipan haji merupakan wajib yang muwassa’ (luas). Ini adalah bersebab, dibenarkan kepada kita menunaikan ibadat haji di tahun yang mendatang.

Oleh yang demikian, apabila berhimpun dua wajib ini, maka ketika itu, wajib kepada pengundi yang pergi haji bahawa tidak pergi ke Mekkah untuk buat haji pada hari berlakunya pilihanraya, bahkan wajib kepada pengundi mengundi parti islam untuk memastikan kezaliman, rasuah dan sebagainya berjaya dihapuskan.

MUDHARAT YANG LEBIH BESAR

Mudharat tidak ke makkah untuk melakukan ibadat haji tidaklah sebesar mudharat kalah parti islam dalam pilihanraya.

Jika seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat melakukan ibadat haji, dibenarkan kepada waris untuk menunaikan haji niyabah untuk dirinya

Menurut Jumhur ulama melainkan hanafi, dibenarkan melakukan niyabah (ganti) haji ketika tidak mempu menunaikannya (al-fiqh al-Islami Wa adillatuh : 3/38)

Adapun membiarkan kezaliman, rasuah dan sebagainya merupakan mudharat yang besar jika dibandingkan dengan mudharat tidak mengerjakan haji ketika itu. Antara cara untuk menjadikan Islam di hina adalah dengan membiarkan pihak Barisan nasional memerintah.

Maka dengan demikian, apabila berhimpun dua mudharat ini, maka hendaklah diambil mudharat yang paling ringan antara dua mudharat, iaitu tidak melakukan haji pada tahun tersebut, bahkan mengambil tindakan menunggu pilihanraya dan mengundi parti islam pada tahun tersebut.

Ini didasarkan kepada kaedah fiqh yang berbunyi;

إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بإرتكاب أخفهما

Maksudnya;
“Apabila bertembung dua mafsadah, maka diraikan mudharat yang paling besar dari kedua-duanya dengan melakukan yang paling ringan daripada kedua-duanya [ Al-Aqmar Al-Mudiah : m/s 123 ]

Selasa, 12 Jun 2012

TARJIH DALAM FIQH

Seseroang mufti atau seseorang faqih, tidak boleh memilih sesuatu pandangan fiqh yang dikhilafi dikalangan fuqaha' dengan merujuk kepada hawa nafsu, tetapi hendaklah dilihat kepada tarjih.

Dalam mentarjih itu, kena tengok pula dlm perkara yang bagaimana;


1- Berkait dengan politik, maka ia mesti berdasarkan kepada kemaslahatan terhadap rakyat.



2- Jika berkait dengan sesuatu benda, seperti penentuan dadah antara manfaat atau tidak, maka hendaklah dirujuk kepada pakar dalam hal ini, seperti merujuk kepada ahli sains yang mahir menentukan keadaan dadah...

(sila rujuk : al-Ijtihad wa Dhawabituh 'Ind al-Imam al-Syatibi, hlmn 145)

wallahu 'Alam..

TAHAP HATI YANG TAAT


Tahap-tahap hati manusia dalam melakukan taat perintah tuhan;

tahap 1: semata-mata dengar nama Allah, hati mereka gementar, menitik air mata mereka. firman Allah, "sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka. apabila dibaca ayat-ayat Allah kepada mereka, bertambah iman mereka".

tahap 2 : rasa bersalah dengan Allah apabila disebut segala budi dan kebaikan yang telah Allah berikan kepada mereka, makanya mereka melakukan taat. dalam al-Quran, banyak Allah SWT sebut tentang nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka, seperti ciptaan langii dan bumi untuk kemudahan manusia.

tahap 3 : disebut balasan syurga di akhirat nanti, menyebabkan dia merasa kerinduan untuk kesyurga.. ekoran itu, dia melakukan taat kepada Allah.

tahap 4 : disebut pasal syurga, hatinya tidak merasa keinginan pun untuk buat taat, tetapi bila disebut tentang azab yang dahsyat di akhiart kelak, menyebabkan dia gerun dan takut dengan azab tersebut. . makanya dia pun melakukan taat kepada tuhan.

ada manusia, sampai tahap ke 4 pun tak terkesan pada dirinya, makanya dia terus dengan tidak melakukan taat... firman Allah, "Orang kafir itu, sama ada diberi khabar ketakutan kepada mereka atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman" (surah al-Baqarah, ayat 6).. 

Wallahu 'Alam...