Sabtu, 12 Februari 2011

KEBEBASAN UMAT DAN PERLAKSANAAN SYARIAH


Dalam Kitab Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah karangan Syaikh Mohd Tahir Ibni Asyur, beliau menjelaskan bahawa suruhan ALlah SWT terhadap Nabi Musa AS supaya "lawan" Firaun, asasnya adalah kerana Firuan melakukan kerosakan atas muka bumi [kezaliman]. Alasan yang dikemukakan oleh beliau adalah, Nabi Musa datang menyelamatkan kaum Bani Israel dari cengkaman Firaun, bukan kerana kekufuran Firaun, sebaliknya kerana menyelamatkan Bani Israel dari kezaliman Firuan. Ini kerana, Bani Israel tidak mengakui bahawa Firuan itu sebagai tuhan. [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 273]

jelas, bahawa fokus utama dalam dakwah Nabi Musa adalah menjatuhkan kezaliman. Selepas itu, melakukan usaha dakwah, iaitu mengajak manusia kepada Islam. dan lagi, jika kita berhadapan dengan orang zalim, maka kita perlu lawan, tetapi jika berhadapan dengan orang yang tidak zalim, tetapi tidak beragama islam, maka tugas kita adalah dakwah.

ulasan Ibni Asyur ini, amat selari dengan kenyataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi seperti berikut;

"Mempertahankan kebebasan rakyat lebih penting daripada membentuk sistem Syariah (hukum Islam), meskipun kebebasan tetap bahagian dari Syariah. Kata Shaikh Yusuf al-Qardhawi pada Jumaat malam dalam sebuah wawancara dengan jaringan tv Al Jazeera"

sila klik

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Presiden PAS mesti tegas - YB Iskandar Samad

Dari Blog YB Iskandar Samad;


Percanggahan pendapat secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS akan hanya menyebabkan PAS kurang dihormati oleh rakan-rakan Pakatan. Lebih parah lagi jika berlaku hentam menghentam. PAS akan dianggap sebagai parti yg berpecah belah dan tidak bersatu. Presiden PAS perlu bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti sekarang. Disiplin dalam parti saudah seperti tidak wujud lagi. Kami amat merindui akan Ustaz Hadi yang tegas dan berkarisma pada tahun-tahun 80'an dan 90'an. PAS perlu menjadi jurubicara ummah tetapi sekarang ini dilihat hanya sebagai pelakon tambahan. Sekadar untuk membekalkan tenaga-tenaga kerja bila ada demonstrasi atau pilihan raya kecil.


sumber : sila klik

Jumaat, 11 Februari 2011

PENGUMUMAN....

Wacana..

Kepimpinan Jemaah; sejauh mana boleh dikritik mengikut Islam?

Wan Ji bin Wan Hussin

Zaharuddin bin Muhammad.

Tempat ;
Masjid UIA PJ.

Tarikh;
12 Feb 2011.

Masa;
8.30 malam.

CUBA KURANG TEKA..

Selasa, 8 Februari 2011

TAKFIR ADALAH USAHA MENGHALALKAN DARAH MUSLIM

MUQADDIMAH
Imbang Penuh
Budaya takfir, ternyata memberi banyak kemudharatan pada masyarakat Islam. di zaman Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ulama bernama Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzaie telah dibunuh oleh pemerintah, semata-mata beliau telah dikafirkan ulama kerajaan di zaman itu. Kejadian itu berpunca, sikap ketegasan imam Al-Khuzaie terhadap beberapa dasar kerajaan.

Setelah kematian Imam Al-Khuzaie tersebut, Imam Ahmad bin Hanbal secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap beliau [La Ikrah Fi Ad-Din [terjemahan IKD: 175]

Dari kisah ini, ternyata budaya takfir adalah satu budaya yang cukup tidak sihat. Lebih-lebih lagi, takfir itu dilakukan dalam perkara yang disifatkan khilafiyyah yang sepatutnya ditoleransikan. Ini kerana, ia memungkinkan berlaku pertumpahan darah dalam keadaan yang tidak dibenarkan. Ia sudah pasti diharamkan oleh Allah SWT.

ANTARA KEROSAKAN TAKFIR

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, antara bahaya budaya takfir ini adalah seperti berikut;

Satu, apabila salah seorang telah kafir, maka terfasakh antara suami dan isteri.

Dua, anak yang islam tidak diletakkan dibawah kekuasaan seseorang yang kafir [mengikut sebilangan ulama]

Tiga, dikenakan hukum murtad, iaitu bunuh.

Empat, dia dianggap sebagai orang yang dilaknati Allah dan dianggap sebagai kekal dalam neraka sampai bila-bila.

TAKFIR

Takfir bermaksud menghukumi seseorang muslim yang lain dengan kekufuran. Ia merupakan satu perkara yang cukup bahaya. Ekoran itu, tidak selayaknya bermudah-mudah dalam pentakfiran ini kecuali ternyata beberapa tindakan-tindakan yang jelas dalam kekafiran tersebut.

Antara dalil-dalilnya adalah seperti berikut;

PERTAMA;

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوا إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan "salam" kepadamu: "Kamu bukan seorang mukmin" (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"

[An-Nisa' : 94]

Dari ayat ini, Allah SWT melarang kita mengkafirkan orang sesuka hati. Lebih parah, jika ia disertakan dengan tindakan membunuh kepada orang tersebut.

KEDUA;

Dalam hadis riwayat Muslim daripada Ibni Abi Syaibah. Diceritakan dalam satu peperangan [di Juhainah], bahawa Ibnu Abi Syaibah telah berjumpa dengan seorang lelaki [musuh]. Semasa hampir dia hendak membunuh lelaki terbabit, lelaki tersebut mengucap syahadah. Tetapi tidak diendahkan, lalu tetap dibunuh lelaki terbabit.

Perkara itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan Nabi SAW telah memanggil Ibnu Abi Syaibah tersebut.

"Apakah tidak dia telah mengucap "tiada tuhan melainkan Allah", lalu kamu membunuhnya?" soal nabi SAW.

Soalan itu dijawab oleh Ibni Abi Syaibah dengan katanya, "Wahai Rasulullah SAW, lelaki itu mengucapkan perkataan tersebut kerana takut dengan pedang".

Ia menyebabkan nabi SAW marah, lalu berkata;

أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا

Maksudnya;
"Apakah kamu telah membedah dadanya hingga kamu mengetahui apakah ia berkata atau tidak?" [Muslim : 140]

Dalam hadis yang lain pula, Nabi SAW bersabda;

إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Maksudnya;
"Sesungguhnya aku tidak disuruh bahawa membongkar berkenaan hati-hati manusia, dan tidak [disuruh] untuk membelah perut-perut mereka [untuk mengetahui isi hati mereka, kufur atau tidak]" [Al-Bukhari :4004]

Dari hadis ini, kita dapat lihat betapa Rasulullah SAW amat marah dengan sikap seorang sahabat yang bertindak membunuh terhadap seorang yang mengucap syahadah.

KETIGA;

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Maksudnya;
"Apabila seseorang lelaki itu mengkafirkan saudaranya [yang islam], maka sesungguhnya telah terkena [kekufuran itu] kepada salah satu dari kedua-duanya" [Muslim : 91]

Dalam hadis ini, amat nyata larangan dari Allah SWT terhadap orang mukmin bahawa mengkafirkan saudaranya yang beragama islam. Larangan itu sehingga dinyatakan bahawa kekafiran tersebut akan terkena kepada pihak yang mentakfirkan itu [Fath Al-bari : 1/153]

LARANGAN TAKFIR TERHADAP PELAKU DOSA BESAR

Mengikut ajaran Khawarij, pelaku dosa besar boleh dikafirkan. Namun, ada sebilangan manusia yang mendakwa mengikut ajaran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, mereka mudah mentakfirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar, sepertimana yang dilakukan oleh golongan khawarij ini.

Larangan mentakfirkan orang dalam melakukan dosa-dosa besar itu adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Zar Al-Ghiffari bahawa Rasulullah SAW bersabda;

لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ

Maksudnya;
"Seseorang itu tidak boleh melontarkan fasiq terhadap lelaki yang lain, begitujuga tidak boleh melontarkannya dengan kekafiran [takfir]" [Al-Bukhari : 5585]

KEDUA;

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Zar bahawa Rasululllah Saw bercerita;

أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَبَشَّرَنِي أَنَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِكَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ قُلْتُ وَإِنْ زَنَى وَإِنْ سَرَقَ قَالَ وَإِنْ زَنَى وَإِنْ سَرَقَ

Maksudnya;
"Jibril telah datang dan memberi khabar gembira kepadaku. Sesungguhnya barangsiapa yang mati dari kalangan umat kamu dalam keadaan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, pasti ia akan masuk syurga.

Aku bertanya, "Walaupun dia berzina?"

Jawab nabi SAW, "Walaupun dia berzina sekalipun" [Muslim : 157]

Dari hadis-hadis yang dikemukakan di atas, ternyata bagi orang yang melakukan dosa besar pun tidak boleh ditakfirkan, masakan boleh pula mentakfirkan manusia dalam perkara khilafiyyah? Sudah pasti, ia dilarang dan amalan tersebut bercanggah dengan ajaran nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Dalam mengukuhkan ini, Imam Al-Qurtubi berkata;

حَيْثُ جَاءَ الْكُفْر فِي لِسَان الشَّرْع فَهُوَ جَحْد الْمَعْلُوم مِنْ دِين الْإِسْلَام بِالضَّرُورَةِ الشَّرْعِيَّة

Maksudnya;
"dari pihak datang kufur dari lidah syarak adalah penafian terhadap perkara yang diketahui dalam syariah islam secara pasti" [Fath Al-bari : 17/199]

PENUTUP

Budaya takfir ini, sudah menjadi kebiasaan bagi orang yang bertaassub dalam perkara yang tidak haq. Lantaran itu, jika dibaca dari sejarah, kita akan dapati banyak kejadiaan takfir ini berlaku.

Antaranya adalah, seperti tuduhan ulama-ulama tertentu kepada Ibnu taimiyyah sebagai kafir, malahan menggambarkan Imam Ibnu taimiyyah itu lebih kafir berbanding yahudi dan nasrani.

Sudah pasti, tindakan ini adalah cukup tercela, bahkan memungkinkan malahan boleh mengundang kefasadan di atas muka bumi Allah, iaitu pertumpahan darah yang tidak sepatutnya.

Firman Allah;

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ

Maksudnya;
"jangan kamu bunuh nyawa yang Allah haramkan kecuali dengan kebenaran"

[Al-'An'am : 151]

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


NON MUSLIM DALAM WIZARAH TAFWIDH [WACANA]

Menurut Imam Al-Mawardi, Wizarah itu terbahagi kepada dua, iaitu Wizarah tafwidh dan Wizarah tanfiz. Dalam bahasa arab, Tafwidh bererti menyerahkan. wizarah tafwidh ialah satu jawatan tinggi dalam Negara Islam, di mana imam atau khalifah boleh menyerahkan tugas-tugasnya kepada penjawatnya. Maka wazir dalam wizarah tafwidh ini syarat dan tugasnya sama seperti imam atau khalifah, kecuali dalam beberapa perkara. Dia juga boleh berijtihad dan memutuskan urusan dalam pentadbiran negara, termasuk dalam hal-hal jihad. [Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 36]

Tanfiz pula bermaksud perlaksanaan. Wizarah tanfiz adalah jawatan dalam Negara Islam, di mana imam mewakilkan kepadanya untuk melaksanakan urusan-urusan yang telah ditetapkan oleh imam. Wazir ini tidak boleh membuat ijtihad sendiri dalam urusannya. Dia cuma perantara antara pemimpin teringgi dengan rakyat jelata.Imbang Penuh

WIZARAH TANFIZ DAN NON MUSLIM

Menurut Imam Al-Mawardi lagi, tidak menjadi kesalahan bagi ahli Zimmah [non Muslim] memegang jawatan dalam Wizarah Tanfiz. [Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 43]

Antara dalil-dalil yang dipegang mereka adalah;

Firman Allah;

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin"

[Al-Imran : 28]

Menurut mereka, ayat ini menggambarkan larangan jika menguasai orang islam. adapun dalam Wizarah Tanfiz, ia tidak menguasai Islam, sebaliknya tugas Wizarah tanfiz adalah melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Khalifah kepada non muslim tersebut.

Juga firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآَيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya"

[Al-Imran : 118]

Jika dilihat pada ayat ini, ia melarang dari menjadikan teman kepada mereka yang tidak henti-henti melakukan kemudharatan kepada Islam. ekoran itu, tidak hairan Imam Ibnu kathir menafsirkan ayat ini dengan merujuk kepada orang munafiq. [Tafsir Al-Quran Al-Azim : 2/106]

Adapun wizarah tanfiz, mereka tidak layak dilantik kecuali memenuhi syarat-syaratnya. Antaranya adalah, hendaklah orang yang dipercayai, iaitu ia adalah orang yang amanah, benar, memungkinkan tidak rasuah, selamat dari berlaku permusuhan, cerdik, bijak dan tidak mengikut kehendak hawa nafsu atau desakan sesiapa pun.

Lantaran itu, larangan yang merujuk kepada ayat ini adalah dikala berlaku peperangan. Perkara ini ditegaskan oleh Imam Ibnu kathir dalam kitab tafsir beliau [2/107]

Adapun non Muslim yang ditugaskan untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan oleh Khalifah, maka ia tidak termasuk dalam larangan dalam ayat ini. Malahan, nabi SAW ada bersabda;

مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ وَلَا اسْتَخْلَفَ مِنْ خَلِيفَةٍ إِلَّا كَانَتْ لَهُ بِطَانَتَانِ بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ فَالْمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ اللَّهُ تَعَالَى

Maksudnya;
"tidaklah Allah SWT membangkitkan dari mana-mana nabi, dan tidak melantik dari mana-mana khalifah kecuali baginya adalah dua teman kepercayaan, iaitu, teman kepercayaan yang menyuruhnya dengan kebaikan dan menggalakkannya melakukan [kebaikan tersebut] dan teman kepercayaan yang menyuruhnya melakukan kejahatan dan menggalakkannya melakukan [kejahatan tersebut. Orang yang ma'sum adalah orang yang mendapat penjagaan Allah SWT"

[Al-Bukhari : 6659]

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa pendapat Al-Mawardi itu dilihat tidak sehaluan oleh sebilangan ulama yang lain, seperti Al-Imam Al-Juwaini dan seumpamanya. Tetapi, setelah diperhatikan kepada penghujahan mereka didapati mereka melarang itu beralasan bahawa non Muslim itu tidak mempunyai 'kesiqahan' atau kepercayaan pada perkataan, perbuatan dan seluruh urusan hidup mereka.

Dengan itu, larangan mereka itu lebih kepada larangan dari sudut lighairih, bukan lizatih. Lagi pula, jika diperhatikan kepada pendapat yang mengatakan boleh non Muslim memegang Wizarah tanfiz, itu pun mengenakan syarat-syarat yang agak ketat.

WIZARAH TAFWIDH DAN NON MUSLIM

Tidak dibenarkan wizarah tafwidh kepada non Muslim. Ini kerana, tugas wizarah tafwihd adalah sama seperti tugasan Khalifah.

Imam Al-Mawardi berkata;


وَيَجُوزُ لِهَذَا الْوَزِيرِ أَنْ يَحْكُمَ بِنَفْسِهِ وَأَنْ يُقَلِّدَ الْحُكَّامَ كَمَا يَجُوزُ ذَلِكَ لِلْإِمَام

Maksudnya;
"harus bagi Wazir ini [Wizarah tafwidh] bahawa dia berhukum dengan dirinya sendiri, dan mentaqlidkan para hukkam, sepertimana harus itu kepada Imam [khalifah]"

[Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 41]

Apabila tugasan wizarah tafwidh, saling tidak tumpah sepertimana tugasan Khalifah, maka sudah pasti non Muslim tidak boleh memegang jawatan tersebut.

AHLI PARLIMEN DAN WIZARAH TAFWIDH

Antara keistimewaan Ahli parlimen adalah mereka mempunyai hak dan mempunyai suara dalam membahas sesuatu undang-undang, seterusnya dalam menentukan penggubalan sesuatu undang-undang dalam negara. Lantaran itu, ada pihak yang menafikan keizinan non Muslim menjadi ahli parlimen.

Dalam membahaskan perkara ini, perlu diperhatikan beberapa perkara berikut;

Pertama;

Apakah betul, wizarah tafwidh boleh diqiaskan dengan ahli parlimen?

Ada berpendapat mengatakan tidak boleh. Ini kerana, kuasa wizarah tafwidh adalah saling tidak tumpah sepertimana kuasa khalifah. Jadi, tidak dapat tidak, mesti disyaratkan mesti % dari kalangan orang islam.

Ada pihak yang lain pula mengatakan boleh, tetapi dengan mensyaratkan mesti 100% orang islam. Lalu, jika tidak dapat mencapai 100 % muslim, maka diguna pakai majoriti.

Ini menggunakan kaedah yang berbunyi;

ما لا يدرك الكل لا يترك الكل

Maksudnya;
"tidak dapat semua, tidak tinggalkan semua".

Kedua;

Dalam kes Malaysia, tidak dapat tidak, non Muslim terpaksa diberikan hak menjadi ahli parlimen. Perkara ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Iaitu selama mereka adalah warganegara malaysia. Keizinan mereka itu tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Namun begitu, jika diperhatikan kepada asal Wizarah tafwidh yang dibahas oleh Imam Al-Mawardi dalam kitab beliau. Ia adalah pengganti kepada khalifah berbentuk menyendiri, tanpa secara kolektif. Adapun parlimen Malaysia, ia bukan bersifat penggubal undang-undang secara mutlak, tetapi ia sebagai tempat perbahasan undang-undang sehingga keputusan menggubal atau tidak sesuatu undang-undang itu tertakkluk kepada persetujuan demokrasi, iaitu secara kolektif.

Dari hal ini, tidak dapat tidak, perlunya majoriti dalam parlimen dari kalangan orang islam. Namun begitu, jika sebalik keadaannya [non muslim lebih majoriti berbanding orang islam], maka ia adalah terlarang.

Namun begitu, dalam isu pengadaptasian dari sudut politik kepartian di Malaysia pula, kita akan dapati seperti berikut;

Satu; sudah pasti PAS bergabung dengan UMNO adalah satu ketetapan yang dilihat sebagai sesuai dengan perbincangan ini, berbanding PAS bersama dengan Pakatan Rakyat.

Dua; jika PAS tidak bergabung dengan UMNO pun, maka ia dilihat sesuai sekiranya PAS bergabung dengan semua parti-parti yang ada di malaysia, iaitu kerajaan tanpa pembangkang yang dinamakan sebagia "Kerajaan perpaduan".

Melihat kepada keadaan ini, perlu dianalisa seperti berikut;

Satu; Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya. Setiap lima tahun sekali, wajib dari segi perlembagaan bahawa diadakan satu pilihanraya dalam menentukan sesuatu parti itu menjadi kerajaan atau tidak.

Dua; penentuan kejayaan perlaksanaan negara Islam dalam negara demokrasi tertakluk kepada sokongan rakyat. Tanpa sokongan rakyat, maka perlaksanaan negara Islam tidak akan tercapai.

Jadi, apabila dilihat kepada keadaan ini. Dengan cadangan pergabungan antara PAS – UMNO atau gabung antara PAS bersama-sama parti-parti yang ada di malaysia atas nama kerajaan Perpaduan memungkinkan berlaku kemudharatan seperti berikut;

Satu; PAS akan ditolak oleh rakyat dalam PRU akan datang. Dengan terjadinya keadaan ini, cita-cita penubuhan negara Islam akan terluput begitu sahaja.

Ini kerana, dengan penubuhan kerajaan perpaduan atau gabung PAS – UMNO, melahirkan keraguan dikalangan rakyat [muslim dan non Muslim] tentang perjuangan islam. Lebih-lebih lagi, penentuan kemenangan sesuatu parti bukan tertakluk kepada bilangan majoiriti orang islam sahaja, tetapi amat perlu kepada sokongan dan undi dari rakyat yang tidak beragama islam.

Dua; apabila berlaku PRU akan datang, ia melahirkan kecelaruan dalam pembahagian kerusi parlimen dan DUN. Mana mungkin UMNO memberikan kerusi majoriti kepada PAS dalam PRU akan datang. Malahan tidak mustahil, kerusi-kerusi yang memungkinkan PAS kalah akan diberikan, disamping dibolot habis kerusi-kerusi yang mungkin menang oleh UMNO.

Lebih parah lagi, idea kerajaan perpaduan ini tidak pernah disokong oleh rakan-rakan dalam PR, iaitu dari PKR dan DAP, tetapi disambut hebat oleh pimpinan tertinggi UMNO, disamping sebilangan yang terlalu kecil dalam kepimpinan PAS yang menerimanya.

Justeru, dalam perkara ini, amat jelas bahawa keberadaan PAS bersama PR [Pakatan Rakyat] adalah lebih melahirkan kemaslahatan kepada agama berbanding penubuhan kerajaan Perpaduan, waima sekalipun bilangan non Muslim dalam parlimen.

Pun begitu, kebersamaan PAS bersama Pakatan Rakyat dalam keadaan bilangan Non Muslim majoriti tersebut tidak secara mutlak, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, iaitu seperti berikut;

Pertama;

Hendaklah pergabungan itu dikenakan syarat bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan islam tidak diganggu gugat.

Firman Allah;

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
"Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman"

[An-Nisa' : 141]

Kedua;

Hendaklah pergabungan itu membawa maksud, untuk melaksanakan islah antara satu dengan yang lain. Tanpa menzalimi dan menafikan hak sesama rakyat Malaysia.

Syarat-syarat yang dikenakan ini, hendaklah mendapat persetujuan di semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Dengan syarat-syarat ini, ia amat bersesuaian dengan firman Allah SWT;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu membinasakan sesuatu bandar secara zalim, walhal ahlinya melakukan islah"

[Hud ; 117]

Dalam menafsirkan ayat ini, Dr Yusuf Qaradhawi berkata, "Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata2 musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka" [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al islami : 355].

Dengan konsisten PAS bersama Pakatan rakyat dalam melaksanakan keadilan sekadar kemampuan, memungkinkan berlaku penubuhan negara islam di masa akan datang. Ini kerana, kejayaan penubuhan itu tertakluk kepada bantuan dan pertolongan oleh Allah SWT. Pertolongan tersebut, tidak akan tercapai kecuali bermula dengan usaha melaksanakan keadilan, menolak dari berlaku kezaliman dalam negara.

Imam ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة .

Maksudnya;
"Allah SWT akan menolong negara yang adil, walau ia adalah kafir. Dan tidak akan menolong negara zalim, walau ia adalah mukmin"

[Al-Hisbah : 4]

Cara ini, amat bertepatan dengan maqasid syariah yang meletakkan asas utama penubuhan kerajaan adalah keadilan terlaksana, dan tertolaknya kezaliman dari tersebar di bumi Allah SWT sepertimana diutuskan para Rasul dan penurunan Kitab.

Ibnu Qayyim menyatakan;

فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ أَرْسَلَ رُسُلَهُ ، وَأَنْزَلَ كُتُبَهُ ، لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ، وَهُوَ الْعَدْلُ الَّذِي قَامَتْ بِهِ الْأَرْضُ وَالسَّمَوَاتُ .
فَإِذَا ظَهَرَتْ أَمَارَاتُ الْعَدْلِ وَأَسْفَرَ وَجْهُهُ بِأَيْ طَرِيقٍ كَانَ ، فَثَمَّ شَرْعُ اللَّهِ وَدِينُهُ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan para rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya supaya manusia dapat kecapi keadilan. Iaitu keadilan yang terlaksana di bumi dan langit. Apabila nyata tanda-tanda keadilan dengan apa cara sekalipun, maka di sana adalah syariat Allah dan agama-Nya"

[At-Turuq Al-Hukmiyyah : 17]

Apa gunanya mendapat pemerintahan yang diberi nama "pemerintahan Islam", tetapi unsur keadilan tidak tercapai, perkauman semakin menebal, jurang antara muslim dan non Muslim semakin menjengkal dan sebagainya, walhal Islam adalah agama rahmat sekelian alam, tidak hanya kepada Muslim, bahkan meliputi muslim dan non Muslim dan seluruh makhluk yang ada di muka bumi Allah SWT ini.

Wallahu 'Alam

baca sama:
الدولة الإسلامية وحقوق الأقليات


Al-bakistani






Ahad, 6 Februari 2011

UNDI DAP ATAU UMNO?

Selesai menyampaikan kuliah maghrib tadi, seorang anak muda mendekatiku. Dia minta masaku sekitar 3 minit sahaja kerana ingin bertanya satu soalan. Aku memberi masa sedikit waima ada urusan yang segera perlu aku lakukan.

soalannya berkisar tentang pembacaannya dari satu lamanweb yang mengatakan bahawa jika wujud antara calon orang kafir dari PR dan calon BN yang beragama islam, maka wajib diundi calon BN yang beragama Islam, waima calon PR yang tidak beragama Islam itu melakukan keadilan sekalipun.

mendengar soalan itu, aku terus membaca perkataan Ibnu taimiyyah yang menyatakan seperti berikut;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

maksudnya;
"Allah SWT akan tolong negara yang adil, waima ia kafir. Dan tidak akan menolong negara zalim, waima ia mukmin [islam]" [Al-Hisbah : 4]

dan juga firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sbb kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]"

[surah hud : 117]

Ulasan dr yusuf qaradhawi, "maksud ayat ini adalah, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata2 musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka" [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al islami : 355].

dia angguk, kelihatan faham dengan ulasanku itu, waima sempat aku nyatakan kesimpulannya.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani