Kalau aku ditanya tentang cadangan pembinaan kuil di kawasan penempatan orang Islam, secara prinsipnya akan bersetuju. Tetapi, keizinan pembinaan tersebut perlu mempunyai syarat. Tujuan syarat diwujudkan, agar semua pihak akan mengambil sikap menghormati hak masing-masing, sepertimana yang ditekankan oleh islam.
Isu cadangan pemindahan kuil di seksyen 19 ke seksyen 23 menjadi isu orang melayu di selangor, malah sedang diperhatikan seluruh rakyat Malaysia. Isu mereka, adalah sensitif.
Dari sudut Islam, pembinaan rumah ibadat dikawasan penempatan orang Islam tidak menjadi perkara sensitif. Yang menjadi sensitifnya, apabila orang islam tidak memahami Islam, malah mempunyai tahap keyakinan terhadap Allah (aqidah) terlalu lemah. Lantaran itu, tidak hairan mereka akan mengaggapnya sebagai sensitif.
Mengapa ”takut murtad” yang dijadikan punca larangan pembinaan kuil di kawasan penempatan orang Islam? orang tidak akan jadi murtad kalau Iman mereka kuat, waimma kuil berada disebelah rumah sekalipun. Bermaksud, mereka akan mudah menjadi murtad, jika iman mereka lemah. Apabila iman mereka lemah, menandakan orang Islam yang ada, bukanlah orang Islam yang kuat.
Mengapa iman mereka lemah? Ini semua jasa UMNO yang memerintah Malaysia sejak sekian lama.
Justeru, apabila isu sensitif ditimbulkan dalam pembinaan kuil di seksyen 23, hakikatnya ia bukanlah isu sensitif agama, tetapi ia adalah sensitif yang melibat kepada perkauman.
Orang melayu ditanam sekian lama membenci orang india yang kebetulannya beragama hindu. Begitujuga terhadap orang cina yang kebetulannya dengan pegangan agama mereka.
Ini semua kerja UMNO laknatullah alaihim ajmain. Sejak merdeka, UMNO menanam doktrin perkauman kepada orang melayu. walaupun dilihat seperti mereka bersama dengan komponen BN, yang terdiri dari MCA yang mewakili cina dan MIC yang mewakili india, ternyata kewujudan mereka dalam konponen tersebut, dilihat bertoleransi pada padangan zahir sahaja, tetapi hakikatnya terkandung seribu satu api kebencian perkauman dalam sekam masyarakat malaysia.
Diluar dilihat mereka bersatu, tetapi dalam hati-hati mereka ternanam seribu satu kebencian terhadap antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Percayalah, sampai satu masa, sekam masyarakat malaysia ini akan terbakar dengan api perkauman juga, yang akan dapat dilihat dengan mata kepala sesiapa sahaja. Malah, hari ini kita sudah dapat melihat keadaan tersebut.
Konsep pemikiran inilah yang disebut sebagai asobiyyah jahiliyyah. Pemikiran ini pasti akan melahirkan permusuhan, waimma dilihat diperingat awalnya seperti wujud keamanan. Ekoran itu ia ditentang hebat oleh Nabi SAW.
Maksudnya ; ”bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar asobiyyah[1]”
Benarkah ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatan terhadap ibu bapa?
JAWAPAN:
Seseorang isteri, tidak dinafikan mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibubapa. Melakukan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa merupakan tuntutan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Maksudnya; “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Surah Al-Isra’ : 23)
Pun begitu, setelah ijab dan kabul antara dua lelaki dan perempuan, maka sah antara kedua-dua itu sebagai suami isteri. Apabila seseorang perempuan sudah menjadi isteri, maka ketika itu, ketaatan terhadap suaminya perlu didahulukan berbanding terhadap ibubapanya.
Maksudnya; “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka”
Maksudnya; “Tidak halal bagi seseorang perempuan itu berpuasa dalam keadaan suaminya tidak ke mana-mana, melainkan dengan izinnya. Tidak boleh seseorang perempuan mengizinkan orang masuk ke dalam rumahnya, melainkan mendapat keizinan dari suaminya[1]”
ISTIDLAL:
Dari kedua-dua dalil yang dikemukakan, menunjukkan kepada kita bahawa dalam perkara yang melibatkan kepada syahwat suami pun, isteri perlu memberikan ketaatan, maka terlebih utama isteri memberi ketaatan selain dari perkara yang melibatkan syahwat.
Justeru, ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatannya terhadap ibubapanya sendiri. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Imam ahmad dalam kitab Syarh Muntaha Al-Iradah[2].
Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis yang telah meriwayatkannya oleh Al-Hakem, lalu disahehkannya. Begitujuga, riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang hasan bahawa Aisyah R.Ha bertanya kepada Rasulullah SAW;
أي الناس أعظم حقا على المرأة قال زوجها قلت فأي الناس أعظم حقا على الرجل قال أمه
Maksudnya; “Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. Berkata Aisyah; “manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi SAW; “ibunya[3]”
Malah, seseorang perempuan yang mentaati suaminya menyebabkan dia mendapat ruang yang cukup untuk masuk ke syurga Allah SWT.
Sabda Nabi SAW;
إذا صلت المرأة خمسها و صامت شهرها و حصنت فرجها و أطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
Maksudnya; “Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka katakanlah kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu mahu[4]”
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Adalah baik jika isteri tersebut bersekali dalam melakukan ketaatan terhadap suami dan ibubapanya. Jika cara ini diambil, sudah pasti ia tidak melahirkan sebarang kemusykilan dan masalah.
Tidak dinafikan, antara tuntutan Allah SWT terhadap suami dan isteri adalah melakukan kebaikan dan hubungan silaturahim dengan keluarga dan mertua masing-masing. Pun begitu, melakukan kebaikan terhadap ibubapa dan mertua, tidak semestinya dengan menziarahi mereka, malah sudah dikatakan melakukan kebaikan dan mengadakan hubungan silaturahim kepada mereka dengan berhubung menerusi telefon, berutusan surat, e-mail dan sebagainya.
Adapun sekiranya berlaku masalah dalam hubungan kekeluargaan, seperti dengan campur tangan mertua dan ibu bapa akan melahirkan masalah pada keselamatan dan keamanan rumah tangga, maka ketika itu, si isteri hendaklah mentaati perintah suaminya. Apabila suami melarang dari menziarahi keluarganya, maka hendaklah perintah suami itu dipatuhi. Melanggari perintah suami, maka si isteri tersebut sudah boleh dikira sebagai perempuan yang derhaka.
ISYKAL
PERTAMA:
Apakah dikira sebagai dosa, jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami?
JAWAPAN:
Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;
كان رجل قد خرج إلى سفر وعهد إلى امرأته أن لا تنزل من العلو إلى السفل وكان أبوها في الأسفل فمرض فأرسلت المرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تستأذن في النزول إلى أبيها ، فقال صلى الله عليه وسلم " أطيعي زوجك " فمات فاستأمرته فقال " أطيعي زوجك " فدفن أبوها فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إليها يخبرها أن الله قد غفر لأبيها بطاعتها لزوجها
Maksudnya; “seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; ”taatilah suami kamu”. Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda : ”taatilah suami kamu”. Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]”
KEDUA:
Jika suami tidak membenarkan juga menziarahi ibu bapa, sedangkan ibu bapa tidak pernah pun menjadi punca berlaku masalah rumah tangga. Apakah boleh si isteri pergi ziarah juga, tanpa mendapat keizinan dari suami?
JAWAPAN;
Sepertimana yang telah dimaklumkan di atas, ketaatan terhadap suami perlu didahulukan berbanding ketaatan terhadap ibu bapa. Justeru, apabila seseorang isteri telah menziarahi ibubapanya tanpa keizinan suami, tindakan tersebut boleh mengakibatkan isteri tersebut diisytihar sebagai isteri yang derhaka.
Isteri yang derhaka, susah untuk masuk ke syurga, kerana Nabi SAW ada bersabda;
Maksudnya; “Mana-mana perempuan yang mati, dalam keadaan suaminya sentiasa reda dengannya. Makanya, dia akan masuk syurga[6]”
Dari hadis ini, Nabi SAW menyatakan isteri yang mati dalam keadaan suaminya reda dengan kehidupannya semasa hidup bersama, isteri tersebut ditentukan syurga oleh Allah. Sebaliknya, jika isteri tersebut mati dalam keadaan suaminya tidak reda dengannya, disebabkan beberapa tindak tanduk, dan perangainya yang tidak menyenangkan hati suami, maka isteri tersebut ditentukan neraka oleh Allah SWT.
toleransi sesama manusia yang berbeda agama dan bangsa merupakan tuntutan Islam
RUMAH IBADAH NON MUSLIM DALAM PENEMPATAN MUSLIM??
Apabila terbentuk kerajaan, banyak perkara yang perlu difikirkan. Sebagai orang islam yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan kerajaan, hak yang hendak diberikan tidak sekadar diberikan kepada muslim sahaja, malah kepada non muslim juga wajib diberi.
Dalam islam, memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja adalah tuntutan agama. Bermakna, jika melakukan kezaliman, ia merupakan satu dosa yang besar, hatta terhadap non Muslim sekalipun.
Maksudnya; ”Allah tidak melarang kamu melakukan kebaikan dan keadilan terhadap mereka yang tidak menyerang kamu pada agama dan tidak mengeluarkan kamu daripada negara kamu. Sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan keadilan”
(Surah Al-Mumtahanah : 8)
Dari ayat ini, kita dapat melihat bagaimana Allah amat mementingkan keadilan yang perlu dilakukan terhadap sesiapa sahaja, waimma terhadap non Muslim.
RUMAH IBADAT
Antara hak keadilan yang diberikan oleh islam adalah, hak rakyat dari kalangan non Muslim beribadat. bermaksud, apabila non Muslim memohon untuk membina rumah ibadat mereka, sebagai kerajaan islam, permohonan mereka perlu dilayan.
Pun begitu, dalam memberikan layanan terhadap permohonan mereka terdapat beberapa perbahasan, iaitu seperti berikut;
Pertama : PENEMPATAN NON MUSLIM
Menurut Malikiyyah, dibenarkan mereka membina tempat peribadatan mereka, sekiranya di situ bukan penempatan orang islam.
Pendapat ini disokong oleh Imam Al-Kasani dalam kitabnya yang bertajuk “Badai As-Sanai” dan sebilangan lagi dikalangan ulama bermazhab hanafi.
Justeru, apabila non Muslim memohon sesuatu tapak yang hendak dijadikan rumah ibadat mereka. Tapak tersebut adalah penempatan non Muslim, maka pihak kerajaan hendaklah memberikan keizinan terhadap permohonan tersebut.
Tindakan tidak memberikan keizinan kepada mereka tanpa sebab-sebab yang munasabah merupakan tindakan yang zalim yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Kedua : PENEMPATAN ORANG ISLAM
Sekiranya didapati di suatu tempat itu adalah kawasan orang islam, tetapi didapati juga manoriti orang non muslim yang memohon untuk membina tempat ibadat mereka di situ. Dalam hal ini, Imam Ibnu Qasim yang bermazhab Maliki membenarkannya, tetapi bersyarat, iaitu hendaklah mendapat keizinan dari pihak pemerintah terlebih dahulu[1].
ZAHIRKAN SYIAR AGAMA
Apabila diberikan hak mereka membina rumah-rumah ibadat, maka lahir pula perbincangan, iaitu berkenaan dengan menzahirkan syiar agama mereka.
Ulama sepakat menyatakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja syiar agama mereka dalam tempat ibadat mereka. Adapun di luar tempat ibadat, ulama berselisih dalam hal ini. Sebilangan ulama membenarkan mereka menzahirkan syiar mereka di luar tempat ibadat. Ulama yang membenarkan itu adalah Al-Kasani dengan katanya;
Maksudnya; “Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi[2]”
Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan orang non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan oleh Al-Qurafi.
Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah zimmi menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam.
Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja.
Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl ’Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka.
Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah aman dan terselamat dari fitnah[3].
Hal ini diakui oleh kebanyakan ulama fiqh, yang mereka menyebut;
حريتهم فى اللباس و الطعام و الشراب بشرط عدم استثارة شعور المسلمين أو أشعارهم بالتحدي أو أن يكون ذلك مؤديا إلي الفتنة و الفساد
Maksudnya; “Kebebasan mereka (non muslim) pada pakaian, makanan dan minuman dengan syarat tidak terkesan pada syiar orang islam, ataupun syiar mereka tidak mencabar syiar Islam atau kebebasan mereka itu tidak membawa kepada fitnah dan kebinasaan[4]”
ISYKAL
PERTAMA:
Pembinaan rumah ibadat di kawasan muslim merupakan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti orang islam?
JAWAPAN
Jika dipegang betul-betul dengan ajaran islam, soal sensitiviti dalam isu rumah ibadat non Muslim dikawasan muslim tidak menjadi isu yang penting. Semua ini akan berjaya diselesaikan, jika berpegang dengan prinsip toleransi dan hormat menghormati yang sememangnya diajar dalam ajaran islam.
Ketika melakukan ibadat, pihak non Muslim pula perlu menghormati hak penduduk muslim. begitujuga pihak muslim perlu menghormati hak penganut-penganut agama lain ketika melakukan ibadat.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, sebelum pihak kerajaan memberi izin pembinaan rumah ibadat non Muslim dikawasan muslim, pihak kerajaan perlu meletakkan syarat-syarat yang ketat agar ia tidak melahirkan masalah di masa akan datang.
KEDUA:
Ditempat tersebut sudah terdapat banyak rumah-rumah ibadat yang mewakili agama masing-masing. Jika dilihat dari rumah ibadat yang ada, ia sudah memadai. Bagaimana pula jika diberi tambah lagi?
JAWAPAN
Keizinan pihak kerajaan membina rumah-rumah ibadat hendaklah dengan tujuan keperluan, bukanlah untuk berlebih-lebihan.
Sekiranya ada permohonan dari pihak non Muslim untuk membina sesuatu rumah ibadat mereka. Permohonan itu bukanlah satu keperluan, tetapi untuk penambahan lagi rumah-rumah ibadat, maka ketika itu, pihak kerajaan adalah dilarang sama sekali meluluskan permohonan tersebut.
Larangan ini, bukan sekadar terhadap permohonan non Muslim untuk pembinaan rumah-rumah ibadat mereka, malah permohonan untuk pembinaan masjid dan surau dengan tujuan berlebih-lebihan pun dilarang.
Maksudnya; ”Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu haramkan perkara yang baik, yang Allah halalkan kepada kamu. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”
(Surah Al-Maidah : 87)
Nabi SAW ada menyebut sebanyak tiga kali;
هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ
Maksudnya; ”kebinasaan bagi orang yang berlebih-lebihan[5]”
PENUTUP
Islam tidak menafikan hak manusia. Menafikan hak merupakan tindakan zalim, sedangkan kezaliman adalah perkara yang ditentang hebat oleh Islam.
Justeru, lihatlah islam dari sudut keadilannya, bukan dilihat dari sudut sentimen dan persepsi golongan tertentu. Jika islam dilihat dari sudut persepsi atau sentimen manusia tertentu, sudah pasti islam tidak dapat dinilai sebagai adil di mata dan hati manusia.
Seorang kenalan rapat Imam Hassan Al-Banna bernama Abbas Assisi. Beliau mula menjadi kenalan rapat Imam hasan Al-banna sejak dia berumur 17 tahun lagi.
Suatu hari, Imam Hasan Al-Banna telah dijadualkan untuk berceramah di Rashid, satu daerah yang merupakan tempat tinggal Abbas. Mendengar khabar bahawa Imam Hasan Al-banna akan berceramah di daerah mereka, menyebabkan Abbas amat girang tidak terkata. Ini kerana, inilah pertama kali baginya bersua muka dengan Imam Hasan Al-Banna. Selama ini, beliau hanya mengenali Imam hasan Al-banna menerusi keset ceramah dan foto sahaja.
Sesampai sahaja di Rashid, Imam hasan Al-Banna disambut oleh sebilangan ikhwah dari Ikhwan Muslimin dari cabang Rashid.
Ketika sebilangan besar dari yang menyambut Imam hasan Al-Banna di perhentian kereta api Rashid, mereka mahu mencium tangan Imam Hasan, tetapi ditarik tangannya, tidak membenarkan sesiapa pun mencium tangannya.
Apabila sampai di markaz, Imam hasan Al-Banna melihat suasana dalam markaz tersebut, lalu terpaku melihat satu gambar yang melekat di satu sudut di dinding markaz. Gambar itu adalah gambar beliau, yang dibawahnya tertulis sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Ahzab, ayat 23.
Melihat gambar tersebut, Imam Hasan Al-Banna memanggil Abbas As-Sisi sambil berkata, “Wahai anak muda, gambar siapakah ini?”
“itu adalah gambar kamu, As-Syaikh Hasan Al-Banna” jawab Abbas ringkas.
“mengapa kamu menggantungkan gambarku didinding?” soal Imam Hasan Al-Banna lagi.
Abbas diam sejenak, seakan-akan berfikir jawapan yang hendak diberi.
“kami amat menyayangi kamu wahai tuan Syaikh.” jawapan yang diberikan oleh Abbas.
“bukankah kamu sudah berada dihadapan Hasan Al-banna?” soal Imam Hasan Al-Banna lagi.
“benar wahai tuan Syaikh.” Abbas tersenyum sambil menggarukan kepala menjawab.
“alangkah baiknya kalau gambar itu diturunkan, kerana kamu sudah berjumpa dengan tuan yang ada dalam gambar itu” Imam hasan berkata lembut sambil melemparkan senyuman.
Sensory Overload dan ADHD Dewasa
-
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a
career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally
rooted,...
Lawak bodoh Hamzah Zainuddin
-
*ULASAN LEWAT *
TIBA TIBA sahaja timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainuddin buat lawak
bodoh dalam *podcast* Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin...
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...
LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.
-
Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad
Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate...
Mengapa Hanya Surah Yusuf
-
Salah satu kritikan yang saya terima daripada beberapa penulis fiksyen yang
skeptikal tentang kelebihan-kelebihan teori dan teknik surah Yusuf dan
aplikasi...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno
-
Tahun 80an dulu , Ketua Cawangan Pas tempat aku pesan, "Kita orang Pas kena
sebut Pas satu hari satu kali". Yakinnya Arwah kerana masa tu zaman lawan
Umno....
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
The Mistakes Muslims Make.
-
*THE MISTAKES THAT MUSLIMS MAKE*
By: Kassim Ahmad
Email add: darul_hikmah333@yahoo.com
20 August 2017
It amazes me no end to see Mus...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
Anwar: Gagal di luar, menang di dalam.
-
oleh : RONASINA
Ini bukan lagi 1998. Tiada lautan manusia beri respon spontan memprotes di
jalanraya apabila Timbalan Perdana Menteri dipecat dengan...
Malang
-
Kota Malang, Jawa Timur.
7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama
Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Facebook patut disekat atau tidak?
-
Terkadang aku terfikir, elok juga kita tak main Facebook (FB). Aku dapati
Facebook merubah seseorang 360 darjah apabila online. Orang yang kita kenal
di ...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Bicara Jumaat 2
-
Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga
bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar
mengenal b...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Menghargai keUNIKan
-
*"Kenapalah budak ni tak berjaya-berjaya juga. Akoo dah bagi motivasi, dah
bagi sokongan sepenuhnya sebagai seorang ayah."* keluh seorang ayah melihat
pr...
Rohingya
-
Nama ini sangat asing pada kita berbanding Palestin.Tanyalah pada
sesiapapun waimma yang bertaraf Profesor juga akan berkerut dahi bila
ditanya tentang "...
MIMPI ITU
-
Dia datang menyatakan kerinduan. Amat berat mengambil keputusan berpisah.
Sukar untuk dia membuat keputusan. Tidak tahu ke kanan atau ke kiri.
Dilemanya...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Al ikhlas
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
UIAM: Janganlah begini
-
Isu penggantungan Prof Dr Abd Aziz Bari bukan sahaja menggemparkan dunia
akademik tetapi juga menimbulkan polemik politik yang bukan sedikit.
Semuanya ber...
LEMBU TAK LEH JAGA LEMBU
-
"Masalah rasuah, penyelewengan, khianat hanya boleh selesai kalau manusia
kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia
kerana po...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
Vaksin untuk kaki botol berhenti minum arak
-
Para penyelidik telah menemui satu penyelesaian untuk membantu penagih arak
(kaki botol) agar berhenti daripada meminum arak, dengan memberikan satu
rasa p...
RAYUAN DERMA ramadhan untuk famili tahanan ISA
-
oleh ali :
Previously on Pembebasan Abg Sudin dari Kem Kamunting :
http://www.facebook.com/#!/photo.php?pid
=527282&id=100000105053006&ref=fbx_album
Sem...
JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN
-
*JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN*
*”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain
makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana ki...
"Saya ingin menjadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.” - Ahmad wahib.
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan" - Al-Bakistani
PENJELASAN
"Ingin saya tegaskan, kesedian saya hadir dalam debat bersama Fathul Bari, Ulama Muda UMNO dalam isu "menegur pimpinan negara mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama" bukan sebagai mewakili PAS. Tetapi, saya hadir sebagai orang yang mempertahankan "ijtihad PAS" yang membenarkan menegur pimpinan Negara secara terbuka sepertimana yang sedang dilakukan PAS kini"
Al-Bakistani
debat : Wan Ji vs Fathul Bari [klik gambar]
BERHUBUNG?
E-MAIL : ustaz_bakistani@yahoo.com
KENYATAAN QARADHAWI
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010
Al-Bakistani; "apakah perlu mempunyai kaedah dalam berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "Kaedah kalam terbatas, kaedah falsafah tak terbatas" Al-Bakistani; "maksudnya?" Pak Khalid Jaafar; "Kalam ikut kaedah pembelaan. membela kebenaran dengan menggunakan akal. falsafah mencari kebenaran dengan akal. bagi kalam kebenaran telah ditemui. bagi falsafah, kebenaran belum ditemui sepenuhnya. kebenaran itu lebih besar dari apa yang telah ditemui sebelumnya" Al-Bakistani; "bukankah berkaedah berfikir menyebabkan ketiadaan kebebasan berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "sebab itu, ada ahli falsafah menulis buku yang mengkritik kaedah berfikir" sekian Al-Bakistani
UMNO : JIJIK & KOTOR
"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu; Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua; Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak; bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"
"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka" (Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946 dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)
"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"
"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"