KEDUA:
KETIGA :
Ini bukan program bersama Dr Jagus, tapi program bersama Dr Agus.
DEBAT BERSAMA DR JAGUS : Kelantan antara dua persimpangan Wang
“Assalamualaikum dan selamat malam dalam rancangan ‘muzakarah wa muqabalah’ bersama saya, Dr Jagus di television anda, TV 90” Dr Jagus memulakan rancangannya.
“pada malam ini, kita akan membincangankan satu tajuk yang agak sedang hangat dibincangkan di Malaysia, iaitu minyak kelantan, apakah ia royalty, atau Ehsan.. bersama kita, Dato Stooper Mutu dari parti UG atau nama penuhnya Parti UMNO Goblok”
“Apa khabar dato’.. ada sihat? Selamat datang ke rancangan kami pada malam ni” soal Dr Jagus
“Alhamdulillah... sihat... terima kasih” jawab Dato’ Stooper Mutu tersenyum.
“dato’.. kebelakangan ini, isu royalty semakin hangat dibincangkan.. apa pandangan dato’ tentang tajuk yang kita mahu bincangkan ini?” soal Dr Jagus.
Sebelum menjawab, Dato’ Stooper Mutu memulakan dengan salam dan membaca ‘Alhamdulillah’ dan ucapan terima kasih atas jemputan.
“isu minyak, sama ada royalty atau wang ehsan ini tidak sepatutnya timbul. Sewajarnya, kerajaan PAS di Kelantan kena terima sahaja wang Ehsan itu. daripada tak ada, lagi baik dapat” jawab Dato’ Stooper skema.
“dah tu dato’, macam mana pula tandatangan perjanjian antara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975 dahulu?” Dr Jagus menyoal.
“perjanjian itu tidak sah dengan sebab-sebab tertentu” jawab Dato’ Stooper Mutu ringkas.
“tidak sah?? Dah tu, bagaimana pula Sabah dan Sarawak terus dibayar, walhal mereka juga menandatangani perjanjian yang sama.” soalan semakin panas.
“Sabah dan Sarawak lain…. sebab, kedua-dua negeri itu tidak berada di semenanjung Malaysia”
Penonton yang hadir gelak terbahak-bahak. Ada sampai keluar air mata.
”bagaimana pula Terengganu yang dibayar Royalti semasa UG memerintah selama 19 tahun?” Dr Jagus menyoal..
”kelantan dan Terengganu tidak boleh disamakan... sebab, Terengganu ada penyu.. mana boleh samakan dengan Kelantan yang tak ada penyu... mereka ada budu.. mana boleh sama” jawab Dr Stooper Mutu sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
”kah kah kah... hahahhaha...kui kui kui...” penonton gelak besar. Suara penonton itu kedengaran sehingga dalam TV.
”Ssshhh...” Dr Jagus menyuruh penonton diam, sambil jarinya diletakkan di bibirnya.
”kita bersambung selepas ini” Dr Jagus tiba-tiba bersuara.
Sesi seterusnya tidak bersambung-sambung.. pada pagi esoknya, dalam akhbar Utusan Meroyan melaporkan bahawa ada sebilangan penonton meninggal dunia, kerana tidak mampu menahan ketawa.
Sekian
Baca sama:
Tok Pa Yang Cerdik
Al-Bakistani
- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Rabiul Awal 1431 - 23 Febuari 2010 * 4:18 pagi