Isu kematian Teoh Beng Hock masih lagi menjadi perbincangan media, sama ada di akhbar bercetak, mahupun alam maya. tidak diketahui kisah sebenar disebalik kematian Teoh beng Hock itu, apakah dibunuh, ataupun terbunuh dengan cara yang tidak sengaja.
Aliran Be End dan umNO, mereka lebih menganggap Teoh terjun dari bangunan SPRM itu dengan tujuan bunuh diri. Adapun dari aliran Pakatan Rakyat, rata-rata mendakwa, ia ada kaitan dengan pembunuhan.
Bukti-bukti kukuh atas dakwaan dari dua belah pihak masih lagi tidak ketemui. Pun begitu, qarinah-qarinah yang wujud atas dakwaan kedua-dua pihak, masih lagi boleh dinilai, apakah ia kuat atau lemah.
Dakwaan yang mengatakan teoh bunuh diri, ia agak dangkal. Pun begitu, dakwaan Teoh dibunuh atau terbunuh agak kuat dengan dokongan qarinah-qarinah.
Dalam Islam, Qarinah tidak boleh menjadi bahan bukti dalam menentukan sesuatu kes, tetapi tugas qarinah adalah mengkuatkan bukti yang sedia wujud.
Pun begitu, ia bukan bermaksud, sesuatu qarinah yang wujud perlu diketepikan, malah ia wajib juga di ambil kira, terutama dalam usaha untuk mengkuatkan sesuatu bukti, atau qarinah itu sebagai lontaran awal untuk melahirkan bukti.
NABI SULAIMAN DAN DUA ORANG IBU
Jika diperhatikan kepada hadis, kita akan dapati bagaimana kepentingan qarinah dalam menghasilkan bukti. Antaranya adalah seperti sebuah hadis yang diceritakan oleh nabi SAW berkenaan dengan kisah Nabi Sulaiman A.S dan Nabi Daud AS.
Maksudnya; “Dua orang perempuan yang kedua-duanya mempunyai anak. Salah seorang dari anak mereka telah dilarikan oleh serigala. Berkata salah seorang dari kedua-duanya, serigala itu melarikan anak kamu. Berkata satu lagi, serigala itu melarikan anak kamu. Lalu mereka berjumpa dengan Nabi Daud untuk dijatuhkan hukuman tersebut. Nabi Daud berhukum agar anak itu adalah kepunyaan perempuan yang tua. Kedua-dua perempuan itu keluar kepada Nabi Sulaiman bin Daud dan memberitahu kepada baginda (tentang hukuman Nabi Daud tersebut). Nabi Sulaiman berkata, datangkan kepadaku sebilah pisau, aku ingin belah anak ini untuk diberikan bahagian masing-masing. Lalu berkata perempuan yang muda, tolong jangan lakukan, mudah-mudahan Allah merahmatikan. Anak itu adalah anak (perempuan tua itu). lalu Nabi Sulaiman berhukum bahawa anak itu adalah kepunyaan anak perempuan muda[1].
Jika kita renung dari kisah ini, pasti kita akan dapat membayangkan bagaimana kaedah “provokasi” yang digunakan oleh Nabi Sulaiman dalam mencari bukti untuk memastikan ibu sebenar terhadap anak tersebut.
Hadis ini membuktikan bahawa, kaedah qarinah iaitu dengan menilik antara dua ibu; ibu yang manakah mempunyai perasaan kasihan belas terhadap anak tersebut. Ini kerana, jika benar seseorang itu adalah ibu kepada anak tersebut, sudah pasti dia tidak akan sanggup melihat anaknya itu dibunuh.
Adapun perempuan tua pula, didapati tidak sensitive ketika mendengar bahawa anak tersebut akan dibelah dua, menunjukkan bahawa ianya bukan ibu kepada anak tersebut. ini kerana, mana mungkin seorang ibu redha anaknya dibunuh.
Justeru, hadis ini membuktikan bahawa kaedah qarinah ini digunakan dalam Islam dalam “memprovoke” bagi mendapatkan bukti yang kukuh dalam mengendalikan sesuatu kes.
NABI YUSUF DAN ZULAIKHA
Begitujuga, kaedah qarinah ini digunakan pakai dalam Islam dengan merujuk kepada kisah Nabi Yusuf yang dituduh berzina dengan isteri pembesar Mesir yang bernama Zulaikha.
Maksudnya; “Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. * Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar." * Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."”
(Surah Yusuf : 26-28)
Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang kehadiran dua orang saksi yang menyatakan bahawa, sekiranya qamis atau baju yang dipakai Yusuf itu koyak di hadapan, menunjukkan yusuf memang bersalah. Adapun jika baju yusuf itu koyak di belakang menunjukkan bahawa Isteri pemerintah yang bersalah.
Ini kerana, jika benar isteri pemerintah mendakwa bahawa yusuf ingin merogolnya, sudah pasti baju yusuf akan koyak di hadapan, disebabkan isteri pemerintah akan menghalang jika yusuf mahu merogolnya. Tetapi, hakikat sebenar adalah, baju yusuf terkoyak dibelakang, menunjukkan, Yusuf ketika itu mahu lari dari godaan isteri pemerintah, tetapi ditarik oleh isteri pemerintah sehingga baju yusuf terkoyak dari pihak belakang.
Dari kisah Nabi Yusuf ini, kita akan dapati bagaimana kaedah qarinah dapat memberikan suatu bukti dalam pengendalian sesuatu kes.
KISAH OMAR DAN SEORANG PEREMPUAN MUDA
Begitujuga, qarinah tersebut boleh dirujuk melalui firasat. Ini disandarkan kepada kisah yang berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab menjadi Khalifah.
Menurut Ibnu Quddamah dalam kitab Mughni, diceritakan seorang perempuan muda telah datang berjumpa dengan Omar yang ketika itu, Kaab bin Sur sedang duduk bersama dengan Omar.
Maksudnya; “Wahai Amirul Mu’minin, aku tidak melihat seorang pun lelaki yang lebih baik daripada suamiku. Demi Allah, malamnya sentiasa qiyamullail, dan siangnya sentiasa berpuasa.
Mendengar perkataan perempuan itu, Omar memuji suaminya itu. Perempuan itu merasa malu dan terus pulang dengan wajah yang hampa.
Maksudnya; ”Wahai Amirul Mu’minin, apakah tuan tidak mengira masalah perempuan itu terhadap suaminya? Omar berkata : apa sebenarnya? Lalu berkata (kaab), sesungguhnya perempuan itu datang untuk membuat laporan kepada kamu. Apabila suaminya sentiasa dengan ibadat, bilakah masanya suaminya meluangkan masa untuknya (dengan jimak)?”
Mendengar kata-kata kaab, Omar menyuruh suami perempuan itu dipanggil. Ketika suami itu berada di hadapan Omar, Kaab diminta agar menjatuhkan hukuman terhadap suami tersebut.
Maksudnya; ”Sesungguhnya aku melihat, seakan-akan lelaki ini mempunyai tiga orang isteri. Dan isterinya (yang datang) itu adalah isteri yang keempat. Maka aku hukumkan kepadanya, tiga hari dan tiga malam merupakan hari dia beribadat (puasa dan qiyamullail), dan bagi isterinya adalah hari yang keempat pada siang dan malamnya”
Omar bertanya, bagaimana kamu berhukum ini? Kaab menjawab, aku berdalilkan firman Allah SWT;
Maksudnya; ”Demi Allah, pandangan kamu dalam perkara pertama adalah bersangatan aku kagum berbanding satu lagi. Pergilah kamu menjadi qadi kepada penduduk Basrah[2]”
Dari kisah ini, membuktikan kepada kita bahawa qarinah juga merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan bukti yang boleh diguna pakai, bahkan ianya telah diterima oleh golongan salaf terdahulu.
KESIMPULAN
Dari ulasan-ulasan yang dikemukakan ini, menjelaskan kepada kita bahawa islam mempunyai kaedah yang tersendiri dalam mencari sesuatu bukti dalam mengendali sesuatu kes dengan menggunakan kaedah qarinah.
Justeru, dalam kes kematian Teoh beng Hock, qarinah seperti penyelak tingkap bangunan SPRM, seluarnya terkoyak di punggung, keadaan baringan mayat teoh dan banyak lagi, sekali-kali tidak boleh diabaikan, malah ia hendaklah diambil kira bagi memastikan hak teoh mendapat keadilan.
Jangan dipedulikan tentang teoh yang berbangsa cina. Sebab, Islam sekali-kali tidak melihat kepada bangsa seseorang, tetapi yang dilihat oleh Islam adalah hak seseorang itu hendaklah diletakkan pada tempatnya. Yang penting kita kena fikirkan, teoh beng hock adalah manusia, yang wajib diberikan penghormatan atas kemanusiaan itu, waimma dia berbeda agama dengan kita sekalipun.
Ini adalah isu hak kemanusiaan yang Islam mewajibkan kepada kita menghormatinya.
Kematian teoh Beng hock menjadi isu. Pihak Pakatan Rakyat mendesak agar kerajaan tubuh badan bebas untuk diadakan siasatan. Mana mungkin polis menyiasat polis. Kerana itu adalah perkara mustahil untuk melahirkan keputusan yang adil.
Dibimbangi berlaku ”bios”, ekoran itulah islam menghalang anak menjadi saksi untuk bapanya dalam sesuatu kes. Lihatlah bagaimana kes tuduhan yang dilakukan oleh Ali terhadap seorang yahudi atas tuduhan mencuri. Syuraih Al-Qadi tidak mahu menerima saksi yang dikemukakan oleh Ali, kerana saksi itu adalah Husain, anak lelaki Ali. Disebabkan tiada saksi lain yang dapat dikemukakan, menyebabkan kes itu diberikan kemenangannya kepada si Yahudi.
Ini undang-undang dunia yang telah ditetapkan oleh Islam. tujuannya adalah, supaya keputusan itu tidak berpihak kepada yang tidak sepatutnya.
Asas inilah, tindakan pihak Pakatan Rakyat mendesak agar ditubuhkan suruhanjaya bebas, dalam menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.
Menariknya dalam isu kes kematian Teoh beng Hock ini, didapati pihak UMNO/BN agak gelabah dengan desakan Pakatan Rakyat atas penubuhan badan bebas itu.
Jika merujuk kepada blog-blog UMNO/BN, mereka tidak habis-habis menyalahkah DAP dalam kes ini dengan dakwaan Teoh Beng Hock ada kaitan dengan samseng dan mafia.
Jika wujud pun kaitan Teoh Beng Hock dengan mafia atau samseng, apakah tindakan yang hendak dikenakan kepada Teoh Beng Hock itu sampai membawa kepada kematian. Bukankah tindakan itu sudah dikategorikan sebagai zalim??
Dalam islam pun, jika seseorang yang dikenakan hukuman sebat seratus kali lantaran zina, hukuman itu hendaklah sebat seratus kali sahaja, tidak boleh dilebihkan. Jika dilebihkan juga, itu sudah mengandungi maksud zalim.
Justeru, tidak perlu UMNO/BN takut untuk menubuhkan badan Bebas dalam kes kematian teoh Beng Hock. Malah, hendaklah mereka sokong terhadap desakan Pakatan Rakyat itu.
Sekian
p/s : mungkin ada beda antara RM 2,400 dengan RM 24 Juta?? Ataukah, kedua-duanya ada kaitan satu sama lain??
Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.
Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah.
ADAT ATAU IBADAT?
Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa.
Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.
Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar.
ADAT ADALAH HARUS
Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.
Kaedah fiqh menyebut;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya; “Asal sesuatu perkara adalah harus”
Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;
Maksudnya; ”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”
(Surah Al-Baqarah : 25)
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.
Sensory Overload dan ADHD Dewasa
-
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a
career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally
rooted,...
Lawak bodoh Hamzah Zainuddin
-
*ULASAN LEWAT *
TIBA TIBA sahaja timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainuddin buat lawak
bodoh dalam *podcast* Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin...
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...
LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.
-
Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad
Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate...
Mengapa Hanya Surah Yusuf
-
Salah satu kritikan yang saya terima daripada beberapa penulis fiksyen yang
skeptikal tentang kelebihan-kelebihan teori dan teknik surah Yusuf dan
aplikasi...
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno
-
Tahun 80an dulu , Ketua Cawangan Pas tempat aku pesan, "Kita orang Pas kena
sebut Pas satu hari satu kali". Yakinnya Arwah kerana masa tu zaman lawan
Umno....
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
The Mistakes Muslims Make.
-
*THE MISTAKES THAT MUSLIMS MAKE*
By: Kassim Ahmad
Email add: darul_hikmah333@yahoo.com
20 August 2017
It amazes me no end to see Mus...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
Anwar: Gagal di luar, menang di dalam.
-
oleh : RONASINA
Ini bukan lagi 1998. Tiada lautan manusia beri respon spontan memprotes di
jalanraya apabila Timbalan Perdana Menteri dipecat dengan...
Malang
-
Kota Malang, Jawa Timur.
7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama
Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Facebook patut disekat atau tidak?
-
Terkadang aku terfikir, elok juga kita tak main Facebook (FB). Aku dapati
Facebook merubah seseorang 360 darjah apabila online. Orang yang kita kenal
di ...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Bicara Jumaat 2
-
Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga
bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar
mengenal b...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Menghargai keUNIKan
-
*"Kenapalah budak ni tak berjaya-berjaya juga. Akoo dah bagi motivasi, dah
bagi sokongan sepenuhnya sebagai seorang ayah."* keluh seorang ayah melihat
pr...
Rohingya
-
Nama ini sangat asing pada kita berbanding Palestin.Tanyalah pada
sesiapapun waimma yang bertaraf Profesor juga akan berkerut dahi bila
ditanya tentang "...
MIMPI ITU
-
Dia datang menyatakan kerinduan. Amat berat mengambil keputusan berpisah.
Sukar untuk dia membuat keputusan. Tidak tahu ke kanan atau ke kiri.
Dilemanya...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Al ikhlas
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
UIAM: Janganlah begini
-
Isu penggantungan Prof Dr Abd Aziz Bari bukan sahaja menggemparkan dunia
akademik tetapi juga menimbulkan polemik politik yang bukan sedikit.
Semuanya ber...
LEMBU TAK LEH JAGA LEMBU
-
"Masalah rasuah, penyelewengan, khianat hanya boleh selesai kalau manusia
kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia
kerana po...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
Vaksin untuk kaki botol berhenti minum arak
-
Para penyelidik telah menemui satu penyelesaian untuk membantu penagih arak
(kaki botol) agar berhenti daripada meminum arak, dengan memberikan satu
rasa p...
RAYUAN DERMA ramadhan untuk famili tahanan ISA
-
oleh ali :
Previously on Pembebasan Abg Sudin dari Kem Kamunting :
http://www.facebook.com/#!/photo.php?pid
=527282&id=100000105053006&ref=fbx_album
Sem...
JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN
-
*JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN*
*”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain
makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana ki...
"Saya ingin menjadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.” - Ahmad wahib.
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan" - Al-Bakistani
PENJELASAN
"Ingin saya tegaskan, kesedian saya hadir dalam debat bersama Fathul Bari, Ulama Muda UMNO dalam isu "menegur pimpinan negara mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama" bukan sebagai mewakili PAS. Tetapi, saya hadir sebagai orang yang mempertahankan "ijtihad PAS" yang membenarkan menegur pimpinan Negara secara terbuka sepertimana yang sedang dilakukan PAS kini"
Al-Bakistani
debat : Wan Ji vs Fathul Bari [klik gambar]
BERHUBUNG?
E-MAIL : ustaz_bakistani@yahoo.com
KENYATAAN QARADHAWI
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010
Al-Bakistani; "apakah perlu mempunyai kaedah dalam berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "Kaedah kalam terbatas, kaedah falsafah tak terbatas" Al-Bakistani; "maksudnya?" Pak Khalid Jaafar; "Kalam ikut kaedah pembelaan. membela kebenaran dengan menggunakan akal. falsafah mencari kebenaran dengan akal. bagi kalam kebenaran telah ditemui. bagi falsafah, kebenaran belum ditemui sepenuhnya. kebenaran itu lebih besar dari apa yang telah ditemui sebelumnya" Al-Bakistani; "bukankah berkaedah berfikir menyebabkan ketiadaan kebebasan berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "sebab itu, ada ahli falsafah menulis buku yang mengkritik kaedah berfikir" sekian Al-Bakistani
UMNO : JIJIK & KOTOR
"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu; Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua; Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak; bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"
"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka" (Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946 dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)
"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"
"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"