Sabtu, 13 November 2010

JAMBAN MENGADAP QIBLAT

Telefon bimbitku berbunyi. Termaktub nama “Haji Osman”. Beliau seorang yang amat dikenali seorang dermawan. Jika ada sebarang kutipan derma di masjid, derma yang dikeluarkan, kebiasaannya adalah Rm 50. Kalau derma yang melibatkan pembinaan masjid, atau maahad tahfiz, atau orang nak belajar agama, mesti dia akan minta nombor akaun Bank, dan dibank-Innkan wang.

”Assalamualaikum..” aku memberi salam sejurus menyambut talian telefon Haji osman.

”waalaikumsalam ustaz.. apa Khabar?” balas Haji Osman mesra.

”sihat.. Haji apa khabar?.. lama tak dengar berita?” tanyaku.

”tu yang telefon ustaz ni.. kebelakangan ni, sebuk sikit la ustaz.. tu yang saya jarang sangat telefon ustaz tu” ujar Haji Osman yang amat terkenal dengan peramah dalam perbualan.

Dalam masyarakat kampung Paya Jaras, Haji Osman amat dikenali sebagai seorang yang mudah berkawan, disamping mudah memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang berhajat. ekoran itu, tidak hairan apabila dia berbual, dapat dirasakan betapa beliau seorang yang agak sesuai untuk dijadikan kawan rapat.

”eh ustaz.. saya nak tanya sesuatu ni?” kata Haji Osman.

”nak tanya apa? Haji nak kawin lagi ker?” aku bergurau.

”eh ustaz ni.. jangan gurau macam tu ustaz.. bimbang jadi jer” balas Haji Osman dalam nada gurauan juga, sambil dia ketawa besar.

Aku ketawa dengan gurauannya itu.

”sebenarnya ustaz.. saya ada buat sebuah rumah baru” Haji Osman mulakan bicaranya.

”eh haji.. diam diam, dah nak buat rumah dah.. ooo. Lama tak dengar berita, rupa-rupanya dah kawin lagi, sampai tak bagitau?” aku bergurau lagi.

”kah kah kah.. bukanlah ustaz.. ini rumah untuk saya.. rumah lama tu, cadang nak bagi kat anak sulung”

”ooo yer ker... ingat buat rumah untuk isteri kedua tadi” kataku sambil ketawa kecil. ”ok.. pastu, apa masalahnya sekarang?” soalku menyambung bicara.

”macam ni, ikut plan rumah yang saya nak buat ni. Jamban tu, seakan-akan membelakangkan qiblat. Soalnya, boleh ke buat jamban macam tu?” Haji Osman bertanya.

”emm.. kalau ikut kitab fiqh, qada’ hajat dalam keadaan mengadap qiblat dan membelakangkan qiblat, bukan perkara haram” jawabku ringkas.

”kalau macam tu, macam mana pula yang saya dengar ada ustaz-ustaz yang mengajar kat surau. Mereka baca hadis yang Nabi SAW larang dari qada’ hajat dalam keadaan mengadap dan membelakangkan qiblat?” Haji Osman kekeliruan, mahu kepastian.

”memang ada hadis pun. Hadis tu berbunyi;

إِذَا جَلَسَ أَحَدُكُمْ عَلَى حَاجَتِهِ فَلَا يَسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ وَلَا يَسْتَدْبِرْهَا

Yang bermaksud, ‘apabila seseorang kamu duduk untuk qada hajat, maka jangan dia mengadap qiblat atau membelakangkannya’

[Muslim : 389].

Tetapi, larang dalam hadis ini, bukan larangan yang mengandungi maksud haram, tetapi membawa maksud makruh’’ aku memberi penjelasan terperinci sedikit.

‘’ooo yer ker… baru saya faham’’ ringkas haji Osman.

‘’Pun begitu, larangan dalam hadis yang jadi makruh tu, kena ingat, ketika qada’ hajat di tengah padang lapang. Kalau qada’ hajat dalam bangunan, seperti jamban, tandas atau apa-apa nama sekalipun, maka ia tidak jadi makruh’’ sambung penjelasanku lagi.

‘’macam mana tu ustaz ?’’ soal haji Osman yang nampak seperti keliru

‘’macam ni haji. Zaman nabi SAW dulu, Abdullah bin Omar pergi ziarah rumah kakak dia. Nama kakak dia tu, Hafsah. Hafsah ni pula, salah seorang isteri Nabi” aku memulakan pencerahan terhadap kekeliruan Haji Osman.

”masa Abdullah Bin Omar pergi rumah Hafsah, nabi SAW ada kat rumah. Masa tu, Nabi SAW nak qada’ hajat. Abdullah bin Omar perasan Nabi SAW qada’ hajat dalam keadaan mengadap syam, dan membelakangkan qiblat

[At-tarmizi : 11].

Jadinya, ulama-ulama fiqh terus debat tentang maksud hadis ini. majoriti ulama fiqh kata, hadis ini menjadi dalil bahawa tidak haram qada’ hajat dalam keadaan membelakangkan qiblat ketika qada’ hajat dalam bangunan, seperti jamban dan sebagainya” penjelasan yang agak terperinci aku berikan.

Kedengaran suara Haji Osman merespon ulasanku. Cumanya, dia tidak bercakap, malahan sekadar menyebut, ”ye ye”.

”ini dikuatkan lagi dengan satu kisah yang disebut oleh Imam ibnu hajar Al-Asqalani dalam kitab Fath Al-Bari, bahawa berlaku pada Abdullah bin Omar sendiri, iaitu dalam satu permusafiran, Abdullah bin Omar qada’ hajat dalam keadaan mengadap qiblat.

Kawan Abdullah bernama Safwan bertanya, “bukankah tindakan itu ditegah?”. lalu Abdullah menjawab, "sememangnya ia ditegah, tetapi tegahan itu dikala qada hajat di tengah padang lapang. Adapun jika ada di antara kamu dan antara qiblat itu sesuatu penghalang, maka itu tidak ada apa-apa[Fatawa min Ahsan Al-Kalam : 464]" aku mengakhiri penjelasanku.

”emm.. baru saya faham.. jadinya ustaz.. macam mana pula dengan jamban yang saya nak buat kat rumah saya ni?” soal Haji Osman untuk kepastian dengan masalah yang menimpa dirinya.

”macam ni la haji. Lebih baik, buat tidak mengadap ke arah qiblat, atau membelakangkannya. Tetapi, kalau dah terbuat, nak buat macam mana. Lagipun, ia bukan haram” aku memberi jawapan kesimpulan.

”emm.. betul juga.. terima kasih ustaz, sebab bagi penjelasan tadi”

”tak ada apa haji.. biasa sahaja. Memang tugas ana bagi jawapan kepada orang yang bertanya.. kalau tidak, baik tak payah jadi ustaz” jawabku.

“hehehehe.. ok la ustaz.. terima kasih sekali lagi” nampak seperti Haji Osman mahu mengakhiri perbualan.
”sama-sama haji.. Assalamualaikum”

”waalaikumsalam” jawab Haji Osman.

”eh eh.. jangan lupa tau jemput, kalau haji nak kawin lagi” gurauku sebelum meletak telefon.

”heheh.. pandai la ustaz ni” haji Osman membalas gurauan..

Aku terus mematikan telefon bimbitku, dan meletakkan di sebelah laptop di meja yang selalu aku menulis.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani

KOMENTAR DALAM "SEMINAR PAS SEDIA GANTI UMNO"

Secara peribadi, aku tidak berapa tertarik dengan ayat "PAS sedia ganti UMNO". Ayatnya kurang power, malahan jika dilihat dari ilmu propaganda, ia boleh melahirkan 'double perspektif'.

Dari sudut yang lain pula, program ini lebih menarik pada sessi forum yang membariskan dua tokoh akademi, iaitu Dr Ghazali Muhyiddin dan Dr Shaharuddin. Adapun dari sudut yang lain, ia agak kurang menarik.

Walaubagaimana pun, Di sini, dipaparkan beberapa point yang aku dapat dari forum itu, disamping beberapa komen-komenku ketika sedang mendengar ulasan dua tokoh akademi dari forum terbabit.

antaranya adalah;

"asas politik malaysia adalah ras dan kaum.. Bukan agama"... Kata Ghazali muhyiddin..

"pas lebih dilihat reaktif, tp tidak proaktif dlm politik"... Ghazali muhyiddin

"kenapa pas dilihat tidak dominan dlm PR?" Soal suhaizat kayat kepada ahli forum... komentarku, "transformasi fikrah dan kepimpinan perlu berlaku"

"pas perlu buktikan kpd rakyat bhw pas lebih baik dari UMNO"... Ghazali Muhyiddin

"kesan proaktif yg pas lakukan adalah tekanan pas kpd UMNO agar buat SPRM".. kata wan hasrina {Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Selangor]... komentarku, "perlu dibedakan antara Proaktif sbgi pembangkang dan proaktif sbgi bakal memerintah"

hati kecilku berkata, "padaku, pas menang bukan krn pas kuat, tp krn dikala UMNO lemah..."

"pas diterima oleh rakyat krn pas dilihat lebih demokrasi berbanding UMNO.." kata Shaharuddin. Komentarku, "Klu UMNO dilihat lebih demokrasi berbanding PAS, ini bahaya bg PAS.."

"pas menang disebabkan kelemahan UMNO.. Bukan kerana kekuatan PAS.." kata Ghazali Muhyiddin. Komentarku, "dlm keadaan UMNO lemah pun, PAS tak leh jadi dominan dlm PR... Apa kata klu UMNO kuat??"

"PR perlu mewar warkan bhw PR yg kuat mempertahankan perlembagaan berbanding BN.." kata Ghazali Muhyiddin. Komentarku, "BN mendakwa PR tak dokong adalah propaganda, krn mereka yg tak pertahan perlembagaan"

"kelebihan PR berbanding BN adalah dlm perkara sensitif diselesaikan dgn perbincangan. Adapun BN, isu sensitif byk dibawah karpetkan.." Kata Shaharuddin.

"umno selalu bersifat liberal, terutama dlm perkara yg berkaitan kaum cina dan india. Tp, kini, UMNO mainkan isu perkauman melayu.. minta komen" soal Suhaizat kayat kepada penalis. hati kecilku terus menjawab, "Ini membuktikan, UMNO terpaksa kejar undi melayu, krn mereka bmbang melayu terlepas dari tgn mereka. UMNO terdesak.."

"pas tidak perlu ckp nak jaga org melayu.. Tp pas perlu ckp nak jaga org miskin, nak selesaikan isu rempit dll.." kata Ghazali Muhyiddin.

komentarku, "mendengar dua pensyarah; ghazali muhyiddin dan shaharuddin, ttg PAS.. Pas perlu amalkan politik nilai berbanding politik hukum"

komentarku lagi, "isu PPSMI ia bukan isu kuat untuk memperngaruho rakyat kpd PAS.. Tp, isu yg dpt menarik perhatian pengundi adalah isu touch perasaan dan jiwa pengundi... Nabi SAW bawa politik ekonomi untuk kuasai Makkah [fath makkah].."

"SPR tipu atau tidak, klu majriti rakyat nak kpd PAS, SPR pun tak leh buat apa.. Mengapa khomaini berjaya buat revolosi?" bisik hatiku, apabila ada hadirin mempersoalkan keberadaan SPR dalam mengurus pilihanraya.

setelah mendengar forum yang membariskan dua orang ahli akademi ini, kesimpulanku adalah, " padaku, pas perlu ada 3 transformasi. 1, fikrah, 2, bertindak, dan 3, kepimpinan.."

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
14 November 2010 * 1:16 petang

Jumaat, 12 November 2010

TEORI “FATH AZ-ZARAI’” DAN ALIRAN SEKULAR [2]

[1]

Teori Fath Az-Zarai, terlalu kurang dibincangkan di malaysia. Malahan, ilmuan-ilmuan islam di Malaysia seakan-akan tidak ada seorang pun yang memperkatakan teori fiqh yang bernilai ini. Namun begitu, di dunia arab, ia hangat dibicarakan. Antara tokoh yang sudah berbicara teori ini adalah, Dr Ahmad Raisuni, Dr Jasir Audah dan sebagainya.

Pun begitu, sebenarnya, Teori fath Az-Zarai ini, jika dilihat dalam kitab-kitab maqasid, boleh dikatakan semua diperbincangan oleh ulama-ulama muktabar dalam bidang ilmu maqasid dan usul fiqh. Tetapi, perbincangan itu tidak dibincangkan atas nama “Fath Az-Zarai”, tetapi digunakan dengan istilah-istilah yang lain.

Contohnya, dalam kitab Qawaid Al-Ahkam, Imam Izzuddin Abdus Salam menamakan teori Fath Az-Zarai’ dengan nama “Al-Maqasid Al-Masalih Al-Majaziyyah”. Kerana, menurut beliau setiap maslahah dan mafsadah itu terbahagi kepada dua; hakiki dan majazi. [sila rujuk kitab Qawaid Al-Ahkam : 1/12]

[2]

Menurut sebilangan ulama maqasid moden, seperti Dr Ahmad Abdul Karim, Dr Khalifah Abu Bakar, Dr Jasir Audah dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa teori Fath Az-Zarai ini adalah satu perbincangan dibawah maksud Fiqh Muwazanah, Irtikab Akhaf Ad-Daraian dan kaedah fiqh yang berbunyi;

إذَا ضَاقَ الْأَمْرُ اتَّسَعَ

Maksudnya;
“Apabila sempit sesuatu, maka ia menjadi luas” [Menurut kitab Al-Mansur Fi Al-Qawaid, ibarat kaedah ini adalah datang dari Imam As-Syafie. : rujuk kitab, m.s 58]

Dengan maksud, teori fath Az-Zarai ini adalah digunakan ketika bertembung antara dua kemudharatan [atau : antara dua perkara yang haram], maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Atau dalam perkataan lain, melakukan satu perkara yang haram, demi mengelak berlaku perkara haram yang lebih besar [haram yang mempunyai maalat al-af’al, atau kesan perbuatan yang mempunyai kemudharatan yang lebih besar dan berpanjangan]

Untuk mengetahui timbangan antara perkara mudharat tersebut, hendaklah memerlukan imbangan neraca syariah, yang dibincangkan dalam ilmu Fiqh Muwazanat.

Kemudian, apabila nyata mudharat kecil dan besar, ketika itu perkara yang mengandungi mudharat [atau: haram] yang kecil, terpaksa dilakukan demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar [atau : perkara haram yang mempunyai maalat al-af’al yang lebih besar atau berpanjangan].

[3]

Perlu dijelaskan, terpaksa melakukan perkara yang haram itu, bukan bermakna perkara yang haram itu sudah menjadi halal. Tetapi, dilakukan itu dibawah maksud ‘Muaqqat’, iaitu sementara waktu sahaja. Dalam perkataan lain, selama mana wujud penghalang, maka selagi itu perkara haram itu dibenarkan untuk dilakukan. Adapun jika penghalang sudah hilang, maka hukum melakukannya menjadi haram semula, atau kembali kepada hukum muabbad.

Ia seperti, dibenarkan makan babi untuk menjaga nyawa dikala tiada makanan kecuali babi sahaja. Adapun setelah makan, kegawatan nyawa sudah tidak berlaku, maka menambah lagi makan babi adalah haram.

Bersambung…..

Khamis, 11 November 2010

TEORI ‘FATH AZ-ZARAI’’ DAN ALIRAN SEKULAR [1]

[1]

Dari segi bahasa arab, kalimah ‘Zari’ah’ boleh diterjemah sebagai ‘penghubung kepada sesuatu’. Dengan maksud, ia sama maksud dengan wasilah. [Mukhtar As-Sahah : 221]

Adapun maknanya dari segi istilah, Imam As-Syatibi mendefinisikannya sebagai, “penghubung daripada maslahah kepada mafsadah” [ Al-Muwafaqat : 4/199]

Dalam perbincangan maqasid Syariah, Wasilah dibincangkan pada perkara yang boleh membawa kepada maslahah. Adapun Zarai’, ia adalah perbincangan pada perkara yang membawa kepada mafsadah.

Kaedah fiqh ada menyebut;

ما أدى الى الحرام فهو حرام

Maksudnya;
“perkara yang membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram”

[Al-Halal wa Al-haram Fi Al-Islam : 31]

[2]

Mengikut kebiasaan, kita pernah mendengar dengan istilah ‘Sad Az-Zarai’, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Setiap tindakan yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga dikira haram, berasaskan kepada maksud ‘Sad Az-Zarai’.

Perlu difahami, menutup pintu haram ini bukan dengan menutupkannya terus, tetapi hendaklah penutupan itu selama tidak melakukan kezaliman. Dengan maksud, ia tidak menafikan hak manusia lain. Ekoran itu, dikatakan

Namun begitu, jika dibaca dalam kitab Al-Furuq karangan Imam Al-Qurafi, didapati bahawa Zarai’ ini tidak sekadar larangan melakukan perkara yang diharamkan. Malahan, dalam keadaan tertentu, di sana wujud satu istilah yang disebut dengan nama ‘Fath Al-Zarai’, iaitu membuka pintu haram.

Istilah Fath Az-Zarai’ adalah satu istilah yang dilontarkan oleh Imam Al-Qurafi. Dalam kitab beliau [Al-Furuq], beliau ada menyatakan;

اعْلَمْ أَنَّ الذَّرِيعَةَ كَمَا يَجِبُ سَدُّهَا يَجِبُ فَتْحُهَا وَتُكْرَهُ وَتُنْدَبُ وَتُبَاحُ

Maksudnya;
“Ketahuilah. Sesungguhnya, Zari’ah [pintu-pintu haram] adalah wajib ditutup, dan [ada kalanya] wajib dibuka, dimakruhkan, disunatkan dan diharuskan [dibuka]”

[Anwar Al-Buruq Fi Anwa’ Al-Furuq : 3/46]

Difahami dari perkataan beliau ini, dalam beberapa keadaan tertentu, perkara mudharat itu terpaksa dilakukan [walau pada asalnya perkara mudharat itu haram dilakukan]. Malahan, melakukannya itu sehingga menjadi wajib.

Perkataan Imam Al-Qurafi ini, tidak bercanggah dengan sebilangan besar ulama-ulama Usul Fiqh yang muktabar. Ini kerana, Ibnu Qayyim juga ada berkata dalam kitab beliau;

ثُمَّ هَذَا الْقِسْمُ مِنْ الذَّرَائِعِ نَوْعَانِ ؛ أَحَدُهُمَا : أَنْ تَكُونَ مَصْلَحَةُ الْفِعْلِ أَرْجَحَ مِنْ مَفْسَدَتِهِ ، وَالثَّانِي : أَنْ تَكُونَ مَفْسَدَتُهُ رَاجِحَةً عَلَى مَصْلَحَتِهِ

Maksudnya;
“Kemudian pada bahagian ini bahawa zarai’ itu ada dua jenis; [1] bahawa maslahah perbuatan itu lebih rajih daripada mafsadahnya, [2] bahawa mafsadahnya lebih rajih terhadap maslahahnya”

Beliau menyatakan lagi;

وَسِيلَةٌ مَوْضُوعَةٌ لِلْمُبَاحِ وَقَدْ تُفْضِي إلَى الْمَفْسَدَةِ وَمَصْلَحَتُهَا أَرْجَحُ مِنْ مَفْسَدَتِهَا

Maksudnya;
“Penghubung yang harus, kadangkala kepada mafsadah. Namun, maslahahnya lebih rajah berbanding mafsadahnya”

[Al-‘Ilam Al-Muwaqiin : 3/344]

Imam Al-Qurafi menyatakan juga;

قَدْ تَكُونُ وَسِيلَةُ الْمُحَرَّمِ غَيْرَ مُحَرَّمَةٍ إذَا أَفَضْت إلَى مَصْلَحَةٍ رَاجِحَةٍ كَدَفْعِ مَالٍ لِرَجُلٍ يَأْكُلُهُ حَرَامًا حَتَّى لَا يَزْنِيَ بِامْرَأَةٍ إذَا عَجَزَ عَنْ دَفْعِهِ عَنْهَا إلَّا بِذَلِكَ

Maksudnya;
“kadangkala penghubung kepada perkara haram, ia tidak menjadi haram; iaitu sekiranya membawa kepada maslahah yang rajah. Contohnya, seperti memberi duit kepada lelaki supaya dia makan benda haram sehingga dia tidak berzina dengan perempuan. Itupun, sekiranya ia tidak mampu untuk mencegah lelaki itu dari berzina dengan perempuan terbabit kecuali dengan cara itu sahaja.

[Anwar Al-Buruq Fi Anwa’ Al-Furuq : 3/47]

Bersambung…..




Rabu, 10 November 2010

MAHATMA GANDI DAN NASIONALIS

Di India dahulu, mahatma Ghandi membawa konsep Satyagraha [bahasa hindi]. Dalam bahasa arab, satyagraha ini diterjemah sebagai "Muwajahah Silmiyyah". Dengan maksud, sebarang pertembungan hendaklah diselesaikan dengan kedamaian, bukan pertumpahan darah.

Di india dahulu, pertembungan antara orang islam dan orang hindu sering terjadi. Dengan konsep Satyagraha, Mahatma Ghandi mendesak agar rakyat India tidak melakukan pertumpahan darah atas slogan kebangsaan India, atau nasionalis india. Sengaja slogan ini digunakan, kerana kedua-dua belah pihak [islam dan hindu] adalah saling berbangsa India.

Memang wajar di India dipamerkan perjuangan nasionalis, kerana jika Mahatma Ghandi mempamerkan perjuangan semangat agama hindu, sudah pasti ia akan mendapat tentangan dari pihak islam. begitujuga, jika dipamerkan perjuangan semangat agama Islam, ia akan mendatangkan penentangan dari pihak hindu [Walaupun perkara ini mustahil dilakukan oleh Mahatma Ghandi kerana beliau beragama hindu].

ternyata, Mahatma Ghandi berjaya meredakan pertembungan agama; antara hindu dan islam di India dengan slogan tersebut. Kejayaan itu mendapat tentangan hebat dari sebilangan puak-puak hindu fanatik, menyebabkan mahatma Ghandi dibunuh oleh mereka. Pembunuh tersebut bernama naturam Vinayak Godse.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
11 November 2010 * 2:24 pagi

Selasa, 9 November 2010

INI BUKAN SARIP DOL, TP SAMSENG NEGERI SELANGOR

ini sharif Dol, samseng kampun Dusun

ini Noh Omar pengerusi perhubungan UMNO selangor, merangkap samseng dari negeri selangor.




sila baca;
Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?

Isnin, 8 November 2010

UMNO TIDAK BOLEH PERCAYA

seorang kawan dari kedah telefon. Dia memaklumkan tentang beberapa perkara yang dia tidak puas hati tentang kejadian banjir yang menimpa di sana.

Dia menyatakan, Kerajaan Negeri Kedah terlalu baik, sehingga memberikan kepada UMNO menggunakan Stadium untuk membantu mangsa banjir, walhal Stadium di bawah kekuasaan kerajan negeri.

Jika difikirkan balik, sepatutnya UMNO patut berterima kasih dengan Kerajaan kedah pimpinan PAS, tetapi sebaliknya berlaku. Mereka hadir membantu mangsa banjir, adalah perkara yang wajar diberikan pujian, tetapi mereka melakukan penyelewengan fakta adalah perbuatan yang cukup menjijikkan, iaitu dengan menyatakan bahawa kerajaan negeri kedah tidak menunaikan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan masalah banjir rakyat kedah.

Kerajaan Negeri kedah telah menghabiskan jutaan ringgit untuk menyelesaikan masalah banjir di Kedah, tetapi sengaja UMNO membutakan mata mereka, dengan mendakwa bahawa kerajaan PAS itu seakan-akan tidak melakukan apa-apa tindak pun dalam menyelesaikan masalah banjir di kedah.

Memang UMNO ini sejenis parti bangsa yang mempunyai kebangsatan yang amat dahsyat. Sepatutnya, Parti ini tidak perlu dibantu langsung, kerana membantu mereka sama seperti membantu anjing yang tersepit. Semasa mereka susah, berbagai-bagai alasan dikemukakan untuk mendapatkan bantuan, tetapi setelah terlepas, kaki orang yang melepaskannya juga pula digigit.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
9 November 2010 * 6:47 pagi

Ahad, 7 November 2010

ANJING ITU TIDAK TAHU

Satu perkampungan orang asli telah masuk pendakwah Islam, menyebabkan mereka sudah masuk Islam. memandangkan mereka baru memeluk Islam, ramai dari kalangan mereka tidak mengetahui tentang pantang larang dalam Islam.

Satu hari, satu lawatan dilakukan di kampung orang asli tersebut. Dalam lawatan itu, seorang pelawat merasa pelik melihat kehidupan orang asli di kampung yang didakwa bahawa semua mereka sudah memeluk islam, tetapi masih lagi berpelukkan dengan anjing dan ada anjing menjilat kaki dan tangan mereka.

“anda sudah memeluk islam kan?” soalnya kepada salah seorang orang asli disitu.

“benar….”

“Kalau kamu sudah memeluk islam, mengapa awak biarkan anjing itu jilat kaki awak?”

“anjing itu bukan tau pun saya susah memeluk islam”.

Sekian