Sabtu, 31 Januari 2009

“PANAS” ?? KENAPA “PANAS”???

“PANAS” ?? KENAPA “PANAS”???

Empat negeri “panas” di pantau. Itulah salah satu tajuk berita dalam utusan Malaysia hari ini. negeri yang didakwa itu adalah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Panas dengan konflik perkauman. Persoalannya, mengapa isu perkauman yang jadi konflik??? Banyak-banyak isu dalam negara, tahu-tahu perkauman pula yang konfliknya.

Kalau berlaku konflik, sapa yang mencetuskan konflik itu???

Ianya mestilah bermula sentimen perkauman. Orang melayu mendakwa bangsa mereka paling bagus, bangsa lain dianggap bangsat. Orang cina pun macam tu. Orang india pun sama juga.

Kalau macam tulah, bermakna parti-parti yang berasaskan kepada kaum ini amat bahaya. Bahaya kerana akan melahirkan pertembungan perkauman yang tidak selesai. Oleh itu, penyelesaiannya adalah, parti-parti berasaskan kaum ini perlu dibubarkan.

Sebab itu, islam letak asas yang cukup indah dan menawan. Kau bangsa apa pun; arab ke, india ke, cina ke, melayu ke, kadazan ke, amerika ke dan bla bla.. semuanya tidak ada nilai satu sen pun, melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

Maksudnya;
“Wahai manusia !! sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling disisi Allah adalah orang paling taqwa di kalangan kamu”

(Surah Al-Hujurat : 13)

Oleh itu, Penyatuan mesti dengan keadilan. Penyatuan mesti dengan semangat Malaysia, bukan semangat melayu atau semangat cina atau semangat India. Yang semuanya ini, wujud dalam Islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Febuari 2009 * 8:39 pagi.

JIHAD ILMIYYYAH DEMI KEMENANGAN ISLAM

JIHAD ILMIYYYAH DEMI KEMENANGAN ISLAM

Dalam utusan Malaysia hari ini, melaporkan bahawa Rajab Taib Erdogan nampaknya mula dinobatkan sebagai “Suara Baru dunia arab” kerana berani menghentam Israel dalam majlis dialog terbuka. (sepatutnya bukan suara baru dunia arab, tapi suara baru dunia Islam)

Tindakan Erdogan itu mendapat liputan seluruh dunia, tidak ketinggalan juga mendapat pujian dari dunia Islam, mahupun pemimpin umat Islam di Negara kita ini.

Inilah satu perkembangan baik. Kita ganggu emosi musuh Islam. kita tunjuk keberanian kita berhadapan dengan musuh Islam secara ilmiyyah. Kita sanggup berdebat menyatakan pendirian kita terhadap kezaliman yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Jihad ilmiyyah ini, pernah di tekankan oleh Dr YUsuf Al-Qaradhawi dalam 4 bulan terdahulu (kalau tak salah ingat), menerusi kenyataan beliau dalam lamanweb beliau.

Alangkah cantiknya, jika jihad ilmiyyah ini berlaku di Malaysia. jihad ilmiyyah yang dimaksudkan, bukan dengan mewujudkan pertembungan, tetapi diadakan perbincangan terbuka antara fahaman-fahaman agama; semuanya dengan tujuan untuk mencari kebenaran dan titik persamaan.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah “datangkan hujjah kamu jika kamu orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)

Dalam kerajaan pakatan Rakyat, jihad ilmiyyah ini perlu disuburkan. Dengannya, kita akan dapat melihat kebenaran Islam yang dicanang oleh Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Jika ini berjaya dilakukan – Insya Allah – di suatu masa yang terdekat nanti, pasti Malaysia akan membawa satu suasana baru; Malaysia akan menjadi sebuah Negara Islam yang paling unik di dunia, kerana rakyatnya menerima Islam dikala lebih 30 peratus rakyatnya bukan beragama Islam.

Sekian

p/s : selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, sudah berlaku jihad ilmiyyah ini (baca : dialog antara agama) di beberapa gereja dan kuil. Walaupun ianya dilakukan oleh individu-individu tertentu dari PAS, tapi sayang, ia tidak mewakili parti. Bahkan, baru-baru ini berlaku satu debat oleh seorang pimpinan PAS dengan seorang paderi dari Negara barat. Debat itu berlaku di Klang. Debat itu menyentuh tentang piagam Madinah. Menariknya, pimpinan PAS tersebut adalah seorang yang dilebelkan sebagai erdogan juga. (waduh.. waduh.. erdogan juga)

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Febuari 2009 * 8:00 pagi.

MENGAPA MENGKRITIK ???

MENGAPA MENGKRITIK ???

Sambil-sambil ambil isteri di Kampung, sempat juga menyampaikan satu ceramah jemputan di salah sebuah “balaisah” di Pasir Mas. Dalam perjalanan pulang, aku ditelefon oleh seorang pengarah di salah satu jabatan dalam kerajaan negeri Selangor. (rasanya tidak penting diberitahu dari jabatan mana)

Aku tidak mengenali pengarah tersebut, tetapi beliau memperkenalkan namanya, juga menyatakan sokongan beliau terhadap pendedahan yang aku lakukan dalam blog baru-baru ini.

Aku menyatakan, ramai pembaca yang tidak bersetuju dengan tindakan aku itu, tetapi beliau memaklumkan, tindakanku itu adalah wajar, kerana banyak kelemahan yang sedang berlaku selepas PR pegang kerajaan Negeri Selangor, lebih-lebih lagi dari sudut kedaulatan undang-undang.

Kami berbual panjang; walaupun ketika itu aku sedang memandu kereta. Banyaklah yang diceritakan oleh beliau tentang apa yang telah terjadi dalam jabatan beliau sejak PR pegang kerajaan. Dan beliau beranggapan, jika kelemahan ini tidak dibaiki dari sekarang, pasti kerajaan Pakatan Rakyat akan jatuh dalam pilihanraya akan datang.

Aku pun menyatakan, sengaja aku mendedahkan sekarang, agar segala kelemahan; lebih-lebih lagi melibatkan rakyat tidak menjadi “barah yang akan membarah lebih parah” dalam pilihanraya akan datang.

“biar kita bergaduh sekarang, jangan kita bergaduh masa dekat ngan pilihanraya nanti” kataku.

Dia membenarkan sahaja apa yang aku sebutkan itu.

Aku menyatakan kepadanya, bahawa dalam sejarah Islam, pemerintahan yang hebat adalah pemerintahan Omar bin Al-Khattab, walaupun pada masa itu, pemerintahan beliau bukan sekadar di tanah arab sahaja, bahkan sudah menjangkaui dunia yang bukan arab.

”kritik mengkritik antara rakyat dengan kerajaan secara terbuka menyebabkan pemerintahan Omar di puja dan dipuji sehingga hari ini” kataku ringkas.

Aku mendatangkan kisah Omar di kritik oleh seorang perempuan tua; Dikiritik seorang anak muda dalam majlis terbuka; juga kisah Ubadah bin As-Somit yang mengkritik Muawiyyah yang jadi Gabenor di Syam, yang dilantik oleh Omar bin Al-Khattab.

Dalam celoteh aku itu, beliau hanya menyebut ”ye.. ye.. ye” yang kedengaran.

Aku merasakan, lebih 20 minit juga kami saling bertukar tukar pandangan dalam telefon. Dan aku tidak pasti, berapa bil yang perlu dibayar oleh beliau yang nampaknya begitu minat berbual-bual denganku. Dan beliau bercadang nak berjumpa denganku di suatu masa nanti. Aku hanya menjawab, Insya Allah....

Padaku, walaupun ramai yang tidak suka dan tidak bersetuju dengan tindakanku itu, tetapi padaku, apa yang aku lakukan adalah supaya kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini berhati-hati; bersegera dengan masalah rakyat, agar ianya tidak diabaikan. Jika ini tidak diselesaikan dari sekarang, dibimbangi ianya menjadi ”senjata tajam” oleh BN dalam menjatuhkan kerajaan PR dalam pilihanraya akan datang.

Memang tidak dinafikan, kerajaan PR sekarang lebih baik dari kerajaan BN lalu. Pun begitu, isu rakyat miskin; duduk dalam khemah bukan isu untuk kita lakukan bandingan antara Kerajaan dulu dengan kerajaan kini, tetapi ianya adalah isu kewajipan yang wajib kerajaan selesaikan dengan segara, tanpa dilengah-lengahkan lagi.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Januari 2009 * 8:52 malam.



Jumaat, 30 Januari 2009

JANGAN SOKONG MEMBUTA TULI

Ini adalah tulisan seorang kawan yang bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan negeri selangor; beliau telah menghantar article ini melalui e mail. Diminta untuk disiarkan. Ana menyiarkan article ini, tetapi tidak semestinya ana menerima ulasan ini 100 %, bahkan dalam 20% kandungan article ini yang ana kurang bersetuju. pun begitu, atas permintaan, ana siarkan juga artikle ini sebagai muhasabah orang bawahan kepada orang atasan.

Ianya adalah seperti berikut;

Oleh: Dr Hasan al-Turabi

Kenapa marah-marah? Sampai melabelkan orang dengan pelbagai tuduhan? Inilah sikap manusia yang suka melabel. Inilah pun punca PAS kalah memanjang dari dulu-dulu…kerana sikap segelintir ahlinya yang suka melabel. Sikit je buat silap…dah kena label, munafiklah, kafirlah…nau’zubillah.

Mujur PAS sekarang dah berubah…dah makin ‘matang’…dah tak ramai suka label-melabel. Terus-teranglah, sesetengah daripada kita bukanlah kenal sangat dengan Hasan Ali pun. Entah-entah, ada yang tak pernah berkerja pun dengan dia. Lihat dari jauh sahaja. Dengar cerita sahaja. Pengkagum dari kejauhan sahaja. Masih nostalgik dengan Forum Perdana Ehwal Islam zaman 1990-an! .

Dari awal saya nyatakan, teguran yang sedikit ‘panas’ memang sukar disiarkan oleh mana-mana wadah, baik harakahdaily, suara KeAdilan atau mana-mana blog yang dimiliki pimpinan. Mujurlah ada blog ‘indipendent’ seperti PerakExpress ini. Mujurlah MSK nak siarkan. At least, adalah jalan untuk memberikan pandangan..

Bagi saya, antara Dr Hasan Ali dan jamaah atau parti, Hasan Ali no 2. Jamaah atau parti nombor satu. Hasan Ali boleh ada boleh pergi. Tapi PAS tetap perlu dipertahankan. Ia adalah wadah ramai orang. Ia milik kita semua ahli-ahli PAS. Bukan milik peribadi sesiapa…

Menerusi perantaraan dengan kawan-kawan di MAIS dan JAIS, kami secara personal sudah menghubungi Dr Hasan Ali.. Bukan sekali…baaaanyak kali. Jumpa sudah. Telefon sudah. Surat pun sudah. SMS bertalu-talu. Bukan baru-baru ni…tapi sejak dia mula menjawat jawatan Exco agama. Saya tahu, ramai yang akan ambil peluang dan kesempatan.

Jadi, saya dan sahabat-sahabat sejamaah cuba memberikan ‘jalan’ kepada beliau. Agar Hasan Ali tidak sesat atau tersalah pilih penunjuk jalan. Harus diingat, saya mempunyai ‘channel’ yang baik di MAIS. Oleh itu, saya sentiasa memantau apa-apa yang berlaku di sana. Saya tak kisah sangat exco lain, exco pertanian ke, exco kesihatan ke, exco pendidikan ke.

Saya bukan tak nak ambik kisah, tapi bagi saya, exco agama lagi penting. Kebetulan ia dipegang oleh Dr Hasan Ali…Pesuruh Jaya PAS Selangor.

Ia perlu menjadi cerminan kepada semua pihak, khususnya kepada PKR dan DAP. Jika anda ingat lagi, dulu dalam blog MSK sudah ada orang yang komen kenapa Hasan Ali tak ambil action dengan ‘kutu-kutu’ dalam JAIS yang dulu zaman BN, merekalah ‘hero’ yang menangkap penceramah-penceramah PAS, menahan imam-imam PAS dan PKR, menyita dan mengunci masjid dan surau. Haron Din ke, Badrul Amin ke, Nik Aziz ke, Hj Hadi ke…jangan harap nak bagi khutbah atau berceramah di masjid surau di Selangor.

Dan untuk makluman anda, orang ini masih kekal di JAIS. So…apa jawapan daripada Hasan Ali? Adakah cukup dengan memberikan alasan, “Kita kena hormati pandangan tuanku sultan…jangan bertindak melulu…nanti makan diri.” Saya tidak boleh menerima alasan tuanku sultan selama-lamanya. Bagi saya, Dr Hasan Ali kena ’stick’ dan ‘iltizam’ dengan apa yang dia sendiri pernah laung-laungkan dahulu. Apa yang saya ingat, Hasan Ali berjanji dan berazam akan membuat perubahan yang ‘mendasar’ dan ’signifikan’ dalam MAIS, JAIS dan Zakat di Selangor.

Kini…sudah lebih 100 hari dan sudah berubah tahun…mana perubahannya? Terkini, ‘Datuk Azib and the geng’ dilantik kembali menjadi Pengerusi dan Ahli MAIS. Apakah ini perubahannya? Kenapa ia tidak diubah? Adakah alasannya…sultan yang pilih… Saya tahu…inilah pun alasannya…jangan terbitkan murka sultan.

Hai…come on, kita bicara soal politik…dalam Malaysia atau Selangor, sultan hanyalah simbol…raja berperlembagaan…mereka bukan ada kuasa eksekutif mutlak. Takkan kita masih nak beretorik soal sultan dan kuasa…Jika dalam DUN dah buat ketetapan, sultan kena follow…ini bukan zaman feudal lagi.

Terpulanglah kepada anda membuat penilaian. Tapi saya tetap berpendirian, Hasan Ali kena merubah ‘laluannya’ segera. Jika tidak, sukar menentukan hala tuju PAS nanti…jika YB Khalid Samad yang sudah terbukti kewibawaannya pun ‘dipecat’ Hasan Ali…bayangkan jika beliau berhadapan dengan orang lain…bayangkanlah jika hanya Ketua Cawangan atau Ketua Kawasan…apatah lagi ahli biasa seperti saya!


p/s : jadikan artikle ini sebagai muhasabah dari orang bawahan kepada orang atasan.


Khamis, 29 Januari 2009

ANTARA ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN


ANTARA ORANG BAWAHAN DAN ORANG ATASAN

Orang mula memperkatakan tentang wala’ dalam jemaah. Tapi dilihat, perbincangannya masih meragukan, kerana dilihat perbncanganya itu dari satu sudut sahaja, iaitu “orang bawahan wajib memberi wala’ kepada orang atasan”.

Secara peribadi, aku menilai, ianya adalah berat sebelah dan tidak adil, kerana perbincangan tersebut
tidak membicarakan tentang “apa yang orang atasan perlu wala’ pula?????”

Dalam Islam, ianya tidak boleh dinilai dari satu sudut sahaja, bahkan Islam turut mengakui semua hak-hak yang berkaitan dengan sudut tersebut.

Ini diumpamakan seperti; memang islam melarang isteri keluar rumah jika keluar itu tanpa kebenaran suami; tetapi dalam masa yang sama, adalah satu larangan dalam Islam jika suami terlalu mengongkong Isteri sehingga tidak membenarkan langsung isteri keluar dari rumah.

Memahami ini, jelas kepada kita, Islam tidak sahaja memberikan hak kepada pihak suami sahaja, tetapi dalam masa yang sama, hak pihak isteri juga diberikan keadilan sama.

Begitujuga dalam isu memberi wala’ kepada orang atasan. Memang ianya adalah satu kewajipan, tetapi jangan dilupa, bahawa orang atasan pun perlu menjaga beberapa tindakannya agar wala’ itu tidak disalah ertikan, sehingga melahirkan “taqlid buta” yang diharamkan oleh islam.

Jangan dilihat wala’ dari pihak orang bawahan terhadap orang atasan sahaja, tetapi perlu dilihat juga, apa yang orang atasan perlu wala’ sama.

Wala’ bermaksud taat setia yang disertai kecintaan. Ekoran dari itu, lahirnya kasih sayang dan respek, juga ingin membantu.

Banyak masalah timbul, ada orang atasan melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan orang bawahan hilang respek kepadanya, lalu disuruh agar taat setia dan sayang kepada pemimpin itu. itu merupakan tindakan yang songsang.

Kecintaan hendaklah berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ekoran dari itu, wala’ itu terbahagi kepada dua sudut; (a) kepada perkara yang sabit dalam nas secara qatii; (b) kepada perkara yang sabit dalam nas secara zanni.

Apabila seorang pemimpin itu memberi arahan yang tidak menyamai dengan nas yang qatii, maka hendaklah arahan pemimpin itu ditolak, malah wajib diberikan wala’ kepada nas yang qatii tersebut.

Adapun dalam perkara nas yang zanni, kadangkala melahirkan berbagai-bagai tafsiran terhadap nas tersebut. Ekoran dari itu, pemimpin perlu berijtihad dengan segala kebijaksanaan yang wujud, tanpa sentimen dan kejumudan dalam menilai nas dalam merealisasikan kepada sesuatu tempat dan masa.

(termasuk dalam perkara zanni adalah, sesuatu nas itu merujuk sesuatu yang qatii atas perlaksanaannya, pun begitu, cara perlaksanaannya tidak boleh disifatkan sebagai qatii, tetapi bersifat sebagai zanni. Ianya selalu berlaku dalam perkara yang melibatkan kepada strategi)

Memahami ini, menunjukkan bahawa, sebagai pemimpin, mereka perlu memahami satu bentuk ijtihad; disebut sebagai ”al-ijtihad at-tanzili” atau dengan sebutan lain ”Al-Ijtihad At-Tatbiqi” (melayu : ijtihad dalam merealisasikan hukum berdasarkan konsep siyasah Syariiyyah).

Sebagai pemimpin, mereka perlu mempunyai syarat-syarat yang sewajarnya dipenuhi. Iaitu; (a) Siddiq; (b) Amanah; (c) Tabligh, dan; (d) fatonah.

Memang kesemua syarat-syarat ini merupakan cirri-ciri kenabian, tetapi itulah hakikat cirri-ciri pemimpin yang seharusnya diberikan wala’.

Sebagai gerakan Islam, memang mudah dan ramai pemimpin boleh mendapat 3 ciri awal (iaitu : siddiq, amanah dan Tabligh), tetapi amat susah untuk mendapat cirri yang keempat (iaitu : fatonah).

Ekoran dari itulah, seorang pemimpin itu perlu orang yang mampu berijtihad (arab : mujtahid). Pun begitu, memandangkan pada zaman kini, amat susah hendak mencari seseorang itu mempunyai cirri mujtahid, maka dengan itu lahirnya satu istilah yang disebut sebagai “al-ijtihad Al-Jamai” (arab : ijtihad secara berjemaah); yang kini boleh diertikan sebagai “muktamar” dan mesyuarat.

Dalam mesyuarat tersebut, hendaklah dibahas semua perbezaan-perbezaan pendapat yang dikemukakan. Lalu, apabila melihat dan meneliti segala pendapat-pendapat itu, maka hendaklah dilihat pula, apakah wujud dari segala pandangan-pandangan itu bersesuain dengan reality yang sedang berlaku mengikut konsep Siyasah Syariiyah atau tidak???

Maka, apabila sudah diputuskan secara bersama, maka sewajarnya keputusan itu diberikan wala’ oleh orang atasan, mahupun orang bawahan.

Jelas kepada kita, wala’ itu bukan sekadar dari orang bawahan kepada orang atasan sahaja, bahkan orang atasan juga wajib memberikan wala’ terhadap keputusan yang telah dimesyuaratkan.

Permasalahan yang sedang menimpa kini, keputusan muktamarnya lain, tapi tindakan yang sedang berlakunya lain. sebab itu, semakin kucar kacir berlaku.

Alangkah baiknya, jika kita “muktamarkan” balik ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar baru-baru ini. Mungkin disitu kita akan dapat berjumpa punca kucar kacir yang sedang berlaku kini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Januari 2009 * 9:13 pagi

BAIKNYA EXCO KERAJAAN SELANGOR...!! : SIRI 3

Inilah rumahtangga salah seorang rakyat Selangor. Rumah mereka di robohkan dalam bulan september, dua tahun yang lalu. sehingga hari ini, mereka masih lagi duduk dalam Khemah ini.

Atas dendam mereka terhadap tindakan Kerajaan BN, mereka bekerja keras menjatuhkan BN dalam pilihanraya yang lepas. tapi sayang, walaupun PR dah menang di Selangor, mereka tetap tinggal dalam khemah, walaupun PR sudah memerintah Selangor lebih setahun.


ini juga mangsa kekejaman BN. Nampaknya macam diteruskan oleh PR negeri Selangor

ini keratan akhbar berita dua tahun lepas. ianya menjadi berita azimat yang sukar untuk dilupakan oleh keluarga malang yang semakin dimalangkan oleh kerajaan Selangor kini.


tengok jer la ..!!!



inilah dia abang jamal. Orang islam berbangsa melayu dan bermazhab PAS. anak kelahiran Selangor yang tidak pernah mendapat apa-apa pembelaan pun dari Kerajaan Negeri Selangor, sama ada kerajaan BN, mahupun kerajaan Berkebajikan yang sedang menipu ini.
masa pilihanraya, dia adalah "raja" yang dirajakan oleh pemimpin PAS. rumah beliau di robohkan dijadikan isu berharga untuk kempen pilihanraya. Tetapi, dia dijadikan raja, hanya dalam pilihanraya sahaja. selepas dari pilihanraya sampai kini, beliau dianggap "penyusah" kepada para ahli politik

ini pula, pondok khemah buruk seorang warga emas dan cacat pula. beliau tidak bersedia untuk diambil gambar; sekadar pondok buruk beliau sahaja bersedia digambarkan dalam blog ini.

tengok je la ..!!!

ini pun sama. Rumah Setinggan rakyat selangor yang tidak mendapat pembelaan dari Kerajaan Negeri Selangor sehingga hari ini. Rumah setinggan ini benar-benar berada bersebelahan dengan lebuhraya. cuba perhatikan pemandangan sebelah pokok kelapa sawit.....


inilah dia exco Setinggan, kerajaan Negeri Selangor.. parti apa ntah ????....


itu semua tidak penting.. yang penting, camry.....
hidup camry !!!
hidup Camry !!!
hidup Camry !!!!
hancur rakyat !!!
hancur rakyat !!!
hancur rakyat !!!
"biar mati rakyat, jangan mati kemewangan exco".





Rabu, 28 Januari 2009

PERNAHKAH KITA FIKIR ..???? : SIRI 1


PERNAHKAH KITA FIKIR ..???? : SIRI 1

Masalah kebajikan rakyat banyak masih lagi yang tak selesai, tahu-tahu camry dengan segera berjaya diselesaikan.

Pernahkah kita fikir, apa yang hendak kita kempenkan dalam pilihanraya akan datang????? Negara berkebajikan lagi ker????

Banyak manifesto; janji pilihanraya yang kita tidak tunaikan, pernahkan kita fikir, apa yang hendak kita kempenkan dalam pilihanraya akan datang????

Kalau rakyat kata, parti kita pandai berjanji, tapi tidak pandai tunaikan janji (baca : munafiq), apa yang perlu kita jawab dalam kempen pilihanraya nanti?? pernahkan kita fikir ????

Rakyat miskin tidak terbela ; pastu, kita nak kempen bahawa kita menjaga hak rakyat dengan sebaik-baiknya. Tengah sedap ; semangat dok ceramah, tiba-tiba seorang rakyat miskin bangun bercakap, dia kata ; kita tipu. Agak-agaklah, apa jawapan yang harus kita bagi ; dan jika kita tak leh jawab, di mana kita nak letak muka pada masa tu ????

Kita dok kata, UMNO jahat, tahu-tahu ada dari kalangan rakyat itu bangun bercakap, dia kata ;

« yang korang gi buat pertemuan sulit dengan ketua pembangkang UMNO sampai tiga kali, lepas hari raya haji, kat Sharaton hotel tu buat apa ?? macam ada apa-apa jer ??? »

apa yang kita nak jawab masa tu ?????

Ish !!! aku dah tak tahu macam mana nak jawab dalam pilihanraya akan datang. Isu ”munafiq” sahaja dimainkan oleh UMNO/BN, pada masa tu, susah kita nak jawab.

Idak la teman...

Masa tu, aku bersedia jadi pengundi sahaja, tapi tidak bersedia hendak menjadi tukang kempen. Sebab, jadi tukang kempen, sama seperti mempertahankan janji yang tidak tertunai (baca : pendokong pembohongan)

Sebab tu, aku nak pesan kepada semua pimpinan PAS di negeri yang kita dah menang. Bersedialah dengan dua keadaan sebelum pilihanraya akan datang berkunjung, iaitu : (a) tunaikan janji manifesto; (b) bersedia ”jawapan putar belit” anda untuk menjawab depan rakyat nanti.

Adapun aku; aku tidak bersedia dan tidak sanggup menipu rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 Januari 2009 * 5:10 petang.





Selasa, 27 Januari 2009

PAK SUBKY LATIF MIMPI JUMPA NABI SAW.. !!!

PAK SUBKY LATIF MIMPI JUMPA NABI SAW.. !!!

Ruangan ”Min aina ila aina” dalam harakah cetak, dan kini ”mens Sana in Corpore Sono” merupakan satu ruang yang tidak pernah lupa dalam ingatan pembaca akhbar lidah rasmi PAS, harakah. Penulisnya adalah tidak asing bagi kita, iaitu Pak Subky Abdul Latif.

Pak Subky Latif adalah seorang penulis yang berjuang dengan perjuangan Islam berwadah PAS ini, sejak sekian lama. Walaupun beliau tidak petah dalam menyampaikan ceramah, tetapi adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan, tulisan beliau amat banyak memberi kesan perjuangan islam di Malaysia ini.

Walaupun beliau seorang yang hebat, beliau tidak pernah menyimpan perasaan segan atau malu untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah di Markaz Taman Melewar, walaupun penceramah-penceramah itu kadangkala bertahap anak, malahan bertahap cucu beliau.

Aku pula, dijadulkan menyampaikan kuliah maghrib di Markaz Taman Melewar pada setiap hari jumaat malam sabtu; setiap bulan. Semasa aku berkuliah, aku dapati Pak Subki Latif sentiasa meluangkan masa untuk hadir.

Semasa aku menyampaikan kuliah maghrib; membaca kitab Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam, karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi, aku ada mengupas sedikit tentang sirah nabi dan sedikit diselit dengan perjalanan hidup dua tiga orang sahabat-sahabat nabi yang hebat-hebat.

Rupa-rupanya, disebalik kupasanku tentang sirah dan perjalanan hidup sebilangan sahabat nabi itu, telah menyebabkan Pak Subki tersentuh, lalu berbual-bual denganku selepas selesai menunaikan solat isya’ berjemaah; diimamkan oleh aku sendiri.

Dalam perbualan tersebut, beliau bertanya tentang nama-nama tokoh yang aku sebut dalam meriwayatkan kisah Nabi dan para sahabat. Aku hanya menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang aku ada sahaja.

Yang menyentuh perasaanku, apabila beliau menyatakan bahawa baru-baru ini, beliau bermimpi berjumpa dengan Nabi SAW. beliau menyatakan, beliau berjaya melihat wajah dan pakaian Nabi SAW, tetapi tidak dapat mendengar suara Nabi SAW.

Beliau bertanya kepadaku, mengapa selepas bermimpi berjumpa dengan nabi SAW; amalan dan tindak tanduk beliau dirasakan tetap seperti dulu; tidak ada penambahan.

Sambil berseloroh, aku menjawab ”Pak Subki memang orang baik”.

Aku bertanya, apakah amalan Pak Subki sehingga kerinduan Pak Subki kepada rasulullah SAW sehingga Baginda SAW boleh berkunjung tiba dalam mimpi Pak Subki?

Beliau berfikir sejenak, lalu berkata bahawa beliau sekarang sedang menulis Sirah Nabi SAW.

Aku mengangguk. Mungkin penulisan beliau itulah yang menyebabkan beliau boleh bermimpi; berjumpa dengan Nabi SAW.

Aku berkata kepada beliau, agar sentiasa berdoa untuk kebaikanku; agar istiqamah dalam perjuangan Islam; istiqamah dalam perjuangan mendaulatkan Islam; tidak putus asa menyatakan kebenaran.

Beliau hanya mengangguk senyum, sambil berkata;

”kalau ada kelapangan, ana nak berjumpa dengan anta. Ana nak bersembang panjang dengan anta”

Aku membalas pelawaan beliau itu dengan senyuman.

Nah !!! ini dia seorang pejuang Islam yang namanya agak kurang disebut-sebut, pun begitu beliau seorang yang hebat, serta istiqamah dalam perjuangan mahu memenangkan islam di malaysia.

Padaku, Pak Subki adalah seorang pejuang tulin. Banyak perkara yang wajar kita belajar dari beliau, lebih-lebih lagi untuk mengetahui perjuangan membangkitkan setelah kelumpuhan PAS setelah PAS ditendang keluar dari BN di Zaman Dato’ Asri dahulu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
28 Januari 2009 * 7:57 pagi.

BAIKNYA EXCO KERAJAAN SELANGOR...!! : SIRI 2

Dia adalah antara remaja cacat berada di Selangor. Dia tinggal di satu kampung yang tidak bergeran sehingga hari ini, iaitu kampung bukit lagong, dalam DUN Paya Jaras.

Ibu dan Bapanya bukan orang kaya. Bapanya bekerja sebagai buruh di Kuari batu; maknya bekerja sebagai peminta upah.

Memandangkan kemiskinan, dia terpaksa berhenti sekolah; lebih-lebih lagi dalam keadaan yang terlalu cacat sebegini.

Di khabarkan, LZS; Lembaga Zakat Selangor sedang menyimpan lebih RM 200 juta. Tapi sayang, sebanyak wang zakat itu, tidak dapat untuk menampung perbelanjaan remaja malang ini, malahan keluarganya yang miskin, walaupun usaha untuk mendapatkan bantuan zakat itu telah diusahakan.

Aku tak kisah sangat, kalau keadaan ini berlaku dalam kerajaan BN; kerajaan Kapitalis. Tapi, aku amat kesah sangat, apabila keadaan ini berlaku dalam kerajaan yang mendakwa Berkebajikan, dan zakat ini berada dibawah MAIS; sudah pasti exco Agama mempunyai suara dalam MAIS tersebut.

aku yakin, kemiskinan sebegini bukan sekadar berlaku di kawasan aku sahaja, bahkan jika dicari di semua DUN, pasti kita akan jumpa masalah kemiskinan sebegini.

Aku yakin, kalau kita berada dalam pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, pasti keadaan sebegini tidak akan wujud, sebab Omar Abdul Aziz sentiasa berjalan; melihat dan mendengar sendiri rintihan rakyat, walaupun beliau tak pakai kereta camry pun.

Beliau tauladan dalam perlaksanaan islam secara beransur-ansur, tapi jangan dilupa, beliau tauladan dalam perlaksanaan berkebajikan secara gopoh. Dengan kebajikan, beliau berjaya memahamkan rakyatnya dengan Islam. itulah kejayaan beliau, sehingga beliau disayangi rakyat dulu, kini dan insya Allah selama-lamanya.

Tapi apakan daya, hanya Lim Guan Eng sahaja nak contohi Omar Abdul Aziz dari sudut kebajikan ini, sebab tu, beliau tak pakai Camry; malahan naik kereta sendiri, walaupun dalam urusan rasmi kerajaan.

Apa boleh buat, di Selangor ini, kebajikan exco lebih penting berbanding kebajikan rakyat. Maklumlah, kitakan berpegang dengan slogan;

”biar mati rakyat, jangan mati kemewahan exco”

Hidup.. hidup... hidup.. !! hidup exco !!!

Hancur... hancur... hancur... !!! hancur rakyat !!!!

Hidup… hidup… hidup…. !! hidup Camry…


Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com





Ahad, 25 Januari 2009

مقاصد الشريعة وسبل تحقيقها في المجتمعات المعاصرة


على مدى 3 أيام (8-10/8/2006) اجتمع العديد من الباحثين والمختصين في الفقه وأصوله، في الندوة العالمية عن الفقه الإسلامي وأصوله وتحديات القرن الحادي والعشرين، والتي حملت عنوانًا دالاً هو "مقاصد الشريعة وسبل تحقيقها في المجتمعات المعاصرة"، نظمها قسم الفقه وأصول الفقه بالتعاون مع المعهد العالمي لوحدة الأمة الإسلامية في الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا. قُدِّم في الندوة التي حضرها باحثون من دول عديدة، 57 بحثًا باللغة العربية، و36 بحثًا باللغتين الإنجليزية والمالاوية. وكان هناك حضور جيد من تونس البلد الذي أعيد فيه اكتشاف المقاصد من جديد حيث صدرت فيه الطبعة الأولى من كتاب الموافقات للشاطبي سنة 1884م، وبتعليق ثلاثة من علماء الزيتونة. وكذلك من المغرب العربي البلد الذي شهد في العقدين الأخيرين من السنين نهضة في البحوث المقاصدية، وفيه ظهرت ثلاثة كتب من أبرز الدراسات المقاصدية: للعبيدي والريسوني والحسني. غير أن الندوة شهدت مساهمة للأخير فقط الذي اكتفى بإرسال بحثه دون الحضور.


توزعت محاور الندوة على ثلاثة عشر محورًا، يمكن حصرها -عمليًّا - في أربعة، الأول حول القضايا النظرية والمنهجية في دراسة المقاصد، والثاني حول قضايا الإصلاح والتجديد والوحدة والحضارة في ضوء المقاصد الشرعية، والثالث حول مقاصد الشريعة والقرآن والسنة، وإن كانت البحوث فيه تقتصر على ثلاثة.

ولأن الخوض في المسائل التطبيقية يطول، فضلاً عن أنه لا يمكن استيفاء كل هذه المحاور في هذه العجالة، فسنقتصر على معالجة أبرز أفكار المحور الأول وهو محور تأسيسي أبستمولوجي، مع إيراد بعض المناقشات التي تمت.

أولاً: جدل المقاصد والواقع

1- التفاعل مع الواقع:


بحث إسماعيل الحسني مسألة التمايز والتفاعل مع الواقع في الفكر المقاصدي، منطلقًا من سؤال مركزي حول الجفاء الذي يحكم العلاقة بين أحكام الفقه وما تجري عليه حياة معظم المسلمين من الاحتكام لقوانين وضعية، والتساؤل الذي طرحه تركز على كيفية الخروج من ذلك الجفاء؟ وفي الإجابة يرى أن التفاعل الإيجابي مقصد شرعي، وأصل من الأصول النقدية في الإسلام، الواجب توفرها في المستخلف، وعليه فإن المقصد المطلوب دائمًا هو أن نقبل على الاندماج في واقعنا والتفاعل مع معطياته على رغم ما فيه من انحرافات وتناقضات.

واستلهام التفاعل الإيجابي لا يتحقق، ولا يمكن تشغيله بالنسبة لواقعنا الراهن دون ممارسة اجتهاد متحرر، والتحرر من الجفاء لا يتأتى فحسب بمنطق الفعل السياسي وحده، ولا بمنطق الوعظ الإرشادي، بل لا بد أن يُسند كلُّ ذلك باجتهاد فكري وفقهي يعتمد آليات ثلاثة: آلية الاحتكام إلى مقاصد الشريعة، وآلية الوعي المنهجي بالتمايز، وآلية الجمع بين ما هو كائن وما ينبغي أن يكون، وكلها آليات متساندة ومتلازمة.

فالمقاصد هنا تعني المعاني والدلالات المقصودة من خطاب الشريعة، والغايات المصلحية المقصودة من تشريع أحكامها. ومن أبرز المقاصد التي نحتاج لاستلهامها في معالجة واقع الجفاء بالإضافة إلى مقصد التفاعل الإيجابي: مقصد التحرر من الفلسفة العملية التي تنطوي عليها الترسانة القانونية الوضعية، أما الوعي بالتمايز فيستلزم الجمع المتآلف بين ما ينبغي أن تجري عليه حياة الناس حتى تتسق مع الشريعة، وبين ما تجري عليه حياتهم المعاصرة من الاحتكام إلى قوانين وضعية.

ومراعاة الواقع هي منشأ الوعي بالتمايز، وذلك في صورتين: التمايز في الأمكنة والأزمنة كما يبدو في مباحث المكي والمدني من القرآن وأسباب النزول وغيرها، والتمايز في أساليب البيان، كما يبدو في مباحث الدلالات المقصودة من الخطاب الشرعي. وعلى أساس هذا الوعي ندرك مغزى نزول أحكام القرآن منجمة في زمن الرسالة. ومن شأن الوعي بالتمايز أن يمكّن الفقيه من أن يضع أي تطبيق للأحكام الشرعية الضابطة للسلوك المجتمعي في حجمه الحقيقي وإطاره الموضوعي.

وبناء على هذا الوعي -بحسب الحسني- يمكن إدراك حدود ما اصطُلح عليه بتطبيق الشريعة، ويعنون به تطبيق الجانب القانوني منها. فهذا الجانب لا يمثل كل الشريعة وليس عمودها وذروة سنامها. بل إن الإلحاح عليه في السياق الدولي المعاصر يرجع على صورة المجتمع والفكر الإسلامي في الآن والمآل بكثير من المفاسد الراجحة أضعاف ما يثمره من المصالح الممكنة. وليس في هذا تعطيل للأحكام الشرعية؛ لأنه لو لوحظ أن تطبيق الحدود الأربعة أصبح متعذرًا في زمان ومكان، فمن الواجب تطبيق عقوبة أخرى. والجانب الجنائي بطبيعته الإجرائية ثمرة سابقة للإعداد الأخلاقي، فهو مسبوق بأخلاقيات الشورى والتضامن واحترام العلم والعلماء والكفاءات.
أحمد بوعود (المغرب) حاول التنبيه إلى سبيل الانتقال بمقاصد الشريعة من كونها أداة اجتهادية يمتلكها العلماء إلى سلوك يطبع تصرفات كل متدين يصبو نحو غايتين: تمتين الصلة بالخالق عز وجل (غاية إحسانية) والمشاركة الجماعية في البناء الاستخلافي الذي نُدب إليه الإنسان بتكليف الشرع (غاية عدلية). وقريب من هذا تأكيد محمد رفيع (المغرب) على أن صياغة التكاليف الشرعية وفق كليتي الإحسان والاستخلاف يمكننا من تقديم الشريعة في صيغة مشروع تربوي حضاري إنساني يستجيب لحاجات الفرد ومتطلبات الأمة.

2- أثر الواقع في استقراء المقاصد:

أما جاسر عودة (مصر) فقد ركز في ورقته على تحليل أثر تصورات الفقيه المقاصدي على استقرائه للمقاصد ونحته لمصطلحاتها، وهو بهذا يعبر عن تفاعل بين نصوص الشريعة ورؤيته هو للواقع، فمثلاً فيما يتعلق بمقصد حفظ المال، تكلم عليه العامري (381هـ) تحت مسمى (مزجرة أخذ المال) التي شُرع لها حدّا السرقة والحرابة، وتحدث إمام الحرمين عن (عصمة الأموال) وتحدث الغزالي والشاطبي عن (حفظ المال). أما في العصر الحديث مع نشأة ما سمي بالاقتصاد الإسلامي فقد حدث تطور نوعي لهذا المقصد فاتسع مع هادي خسروشاهي إلى ما يُلزم الدولة بتحقيق التكافل والتعادل والتقريب بين الطبقات، ووسّعه المرزوقي ليعني تحقيق شروط المكافأة العادلة التي هي شرط من شروط الازدهار الاقتصادي. بينما اعتبر سيف الدين عبد الفتاح المقاصد الكلية ليست إلا صياغة لمفهوم متكامل للتنمية من منظور حضاري.

ثانيًا: المنحى الأبستمولوجي

والحديث فيما سبق كان حول العلاقة بين الواقع والمقاصد، انطلاقًا من الواقع إلى المقاصد، وبالعكس، أما على مستوى التحليل الأبستمولوجي للمشروع المقاصدي، فإن نشأته تحيل إلى وجود مآزق منهجية أو قصور في علم أصول الفقه عن أداء وظيفته ودوره من طلب اليقين وتضييق الخلاف، بحيث تحول إلى علم أصول مذهبي يشرح أسباب الاختلاف بين الفقهاء، وطرق تركيب أدلة كل فريق

1- الحاجة المنهجية:

وهنا تحدث معتز الخطيب (سوريا) عن أسباب المشروعية التأسيسية للوظيفة المقاصدية والتي حصرها في أربعة: جمود الفقه الإسلامي مع تعاظم التحديات والانحطاط السياسي والاجتماعي؛ وهو ما أدى إلى قصور آلية القياس الفقهي الجزئي الذي لم يفِ بمتطلبات ذلك التطور، والتحديات الماثلة، ومن هنا شكلت الفكرة المقاصدية -برأيه- تجاوزًا لفكرة فرض الكفاية الفقهي إلى بناء مسائل الشأن العام بناءً تأسيسيًّا، لا يتم اختزاله في حدود رفع الإثم كما هو في التصور الفقهي. والسبب الثالث: هو العلاقة بين المقاصد وعلم الأصول من حيث وظيفة كل منهما. والرابع هو البحث عن اليقين وتضييق الخلاف الذي لم يحققه علم الأصول

إلا أن محمد علي التسخيري (إيران) قال لي: إن المقاصد والأصول كلاهما لم يحققا اليقين والقطع. وقد اتفقت معه في هذا، بخلاف قوله: إنه لم يكن الهدف من أصول الفقه تحقيق اليقين. وإن الأصول إنما نشأ في أحضان الفقه. وذلك أنهما سعيا لذلك أصلاً، وكان هدف الأصول من لحظته التأسيسية مع الشافعي ضبط فهم النص خوفًا من تشظي الفهم حرصًا على ضبطه من الاستغلال والاختلاف، وهو بهذا سابق على الفقه، لدى مدرسة الشافعي التي اصطُلح عليها فيما بعد بمدرسة المتكلمين، بخلاف مدرسة الفقهاء (الحنفية) التي تأخرت فيها نشأة الأصول عن الفقه.

2- المقاصد والأصول:

والعلاقة بين الأصول والمقاصد، مسألة جوهرية في مشروعية القول بالمقاصد، وقد بحث نعمان جغيم (ماليزيا) واقع وآفاق تلك العلاقة، وعرض لاتجاهات ثلاثة: الأول يقول بجعلها قسمًا من أقسام الأصول، ورأى فيه طه عبد الرحمن خللاً منهجيًّا؛ لأن ما تناوله علم المقاصد هو جملة ما يختص بالنظر فيه علم الأصول بحسب وضعه الاصطلاحي، وهذا الخيار يُبقي على فقر الأصول إلى البعد القيمي والخلقي. الثاني: إعادة صياغة علم الأصول ليستوعب المقاصد بوصفها جزءًا من نسيجه. الثالث: فصل المقاصد عن الأصول، بوصفها علمًا مستقلاً، وأول من صرح بهذا ابن عاشور، وإن كان عبد المجيد الصغير نسبه للجويني قبلاً.

ومع هذا فلا يمكن أن يكون علم المقاصد بديلاً عن علمي الفقه والأصول؛ فوظيفة الأصول تزويد الفقيه بطرق تركيب الأدلة الفقهية، ووظيفة المقاصد التفقه في الدين والفصل بين الفقهاء في اختلافاتهم والتقريب بين أنظارهم.
غالية بوهدة عرضت لإمكانات استقلال المقاصد عن الأصول في ضوء عدد من الاعتبارات، لتخلص إلى أن كلا العلمين صنوان لا يفترقان في المنهجية الاجتهادية على المستويين: النظري المفاهيمي، والتطبيقي التنزيلي.

3- المنهجية المقاصدية:

لكن إلى أي مدى يمكن اعتبار المنهجية المقاصدية منهجية تستطيع أن تنقذ الاجتهاد الأصولي وتطبيقاته في المجتمع الإسلامي المعاصر؟ هذا ما بحثه بدران بن الحسن (الجزائر) من خلال نظرية الشاطبي، وخلص إلى أن تشكل المقاصد يكمن في عامل التطور الداخلي للفكر الأصولي، والعامل الاجتماعي الذي شكل محفزًا من خلال المشكلات التي طرحها في وجه المنهج الأصولي، واضطره للبحث عن آليات جديدة. وهذا ما يقضي بضرورة ومشروعية تطوير كثير من المناهج والأدوات التي نستعملها لفهم خطاب الوحي
والواقع.
تاريخية الفكر المقاصدي تقضي -في رأيه- بالقول إنها مشروع معرفي جزئي مرتبط بإشكاليات ظهرت في مرحلة معينة قد تكون غير مستمرة؛ لهذا فإن اعتبارها منهجية كلية عامة يمكن العمل بها في العلوم الأخرى فيه نوع من المغالطة.

لكن قد ألح عدد من أعضاء لجنة صياغة توصيات الندوة (وقد كنت أحد أعضائها) على ضرورة ربط المقاصد بالمعارف المختلفة، وكان محمد بن نصر (تونس) حريصًا على عدم قصرها على العلوم الإسلامية وكليات الشريعة والعلوم الإسلامية في نص التوصيات، وهذا ما كان.

وقد اقترح عبد المجيد النجار (تونس) إدراج توصية تفيد بضرورة تحديد أننا نحذر من استعمال المقاصد؛ بهدف إلغاء كليات الشريعة وثوابتها. فعلقت عليه بأن هذا الخوف كان سببًا في تهميش المقاصد تاريخيًّا وحديثًا؛ بحجة الخوف من الخروج على النصوص، فضلاً عن أنه كلام يوقع في تناقض؛ إذ كيف نقول: إن المقاصد وظيفتها صيانة كليات الشريعة، ونحذر من استعمالها لهدم تلك الكليات؟!.
إلا أن الذي استقر عليه الأمر صياغة العبارة بشكل إيجابي، من حيث توجيه الاهتمام لدراسة المقاصد بما يؤدي إلى حفظ كليات الشريعة وثوابتها. ولا بد من القول: إن ذلك الخوف والهاجس سكن عقول الكثيرين حتى المنادين بالمقاصد نفسها، وهو من الأهداف المدونة لمركز مقاصد الشريعة الذي تم تأسيسه في لندن، وقدمت رقية العلواني بحثًا للرد على التوظيف العلماني للمقاصد.

وقد ذكرتُ في بحثي أنه وقعت بعض المحاولات في هذا السياق كمحاولة بورقيبة قديمًا حينما اعتبر أن الكفاح القومي ضد التخلف الاقتصادي هو "جهاد في سبيل الله" يستتبع الإعفاء من الصوم؛ إذا وجد المسلم أن الصوم يقلل من طاقته؛ استنادًا إلى مبدأ المصالح، وقد صرّح رشيد رضا بأن الذين فروا من تقرير أصل (لا ضرر ولا ضرار) خوفًا من اتخاذ أئمة الجور إياه حجة لاتباع أهوائهم وإرضاء استبدادهم.

ومع علمي بهذا كله وإيرادي له، فلست من أنصار ذلك التخوف، لأن الفعل المعرفي يفترق عن الفعل الأيديولوجي، والمشكلة الجوهرية تكمن في توهم التناقض بين النصوص والمقاصد وتصور العلاقة بينهما علاقة تهديد من أحدهما للآخر، وقد استراب النصوصيون منذ البداية من دعوة المقاصد؛ لأنهم رأوا فيها سبيلاً للتملص من النصوص، وفي هذا السياق يأتي قول البعض: إن البحث في المقاصد يحيل إلى الانقسامات بين الحرفية والغائية، فهذا يدعم التباس العلاقة بين المقاصد والنصوص، ولا تزال حادثة عمر وإيقاف حد السرقة عام الرمادة موضع جدل ونقاش لأجل هذا. وحينما قلت: إن الحرفية تُلصق -عادة- بالتوجه الظاهري تاريخيًّا، وبالتوجه السلفي الكلاسيكي حاليًّا، قال عبد المجيد النجار: إن التوجه الظاهري يقول بالمقاصد، إلا أنه يعتبر أن المقصد هو الالتزام بالنص نفسه.

وقد طرح محمد بن نصر تساؤلاً مهمًّا وهو ما الحدود التي تفصل مقاصد الشريعة الكلية عن مبادئ الفكر الإنساني العامة، بمعنى كيف نميز ما هو من كليات الشريعة عما هو من مبادئ الفكر الإنساني، حتى لا نقع في جعل فكرة المقاصد الشرعية: أرضية للتماهي مع ما هو سائد في الفكر الإنساني. ومن ثم حاول في ورقته تحرير الفكرة المقاصدية من ملابساتها الأيديولوجية.

ثالثًا: تفعيل مقاصد الشريعة

ولئن وقع الاهتمام بالمقاصد علمًا نظريًّا فقد نادى بعض المعاصرين بضرورة تفعيلها في النظر الفقهي؛ لأن حضورها في النظر الفقهي خفيف، وفعلها في الاجتهاد ضعيف، وحول تفعيل مقاصد الشريعة قدم عبد المجيد النجار ورقته، ورأى أن هذا التفعيل فعل مركب لا يتحقق إلا بجملة من العناصر، وذلك لأن النظر الفقهي لكي يكون نظرًا مقاصديًّا ينبغي أن يُبنى على العلم بمقاصد الشريعة وأنواعها ومراتبها بصفة نظرية، وعلى العلم بأولوياتها بحسب ما تتطلبه مقتضيات الواقع وملابساته، وعلى التحقيق في درجات المقاصد ليحدد لكل حكم مقصده المناسب له في القوة أو في العموم أو في الكلية، ويميز بين ما هو مقصد حقيقي وما قد يكون موهومًا، وعلى العلم بمآلات المقاصد فيما إذا كانت تتحقق من الأحكام الموضوعة لها أو تحول ظروف وملابسات واقعية دون ذلك.

وعلى هذا عرض النجار لعنصرين أساسيين رأى أنهما من أهم العناصر التي يتوقف تفعيل المقاصد عليها، وهما: التحقيق في ذات المقاصد لتُعلم درجاتها وأولوياتها، وثانيهما التحقيق في مآلات المقاصد ليُعلم تحققها في الواقع من عدمه عند تطبيق أحكامها. وهذا التحقيق بفرعيه يتبين به للفقيه الحكم الشرعي المناسب لمعالجة ما يتصدى له بالنظر، فيقرره بحيث يكون محققًا لمقصده المراد منه.

وليس هذا التفعيل على هذا الوصف، بمقصور على النُّظار من الفقهاء المجتهدين، وإنما هو عامّ في المسلمين على قدر طاقاتهم فيه؛ فكل مسلم مطلوب منه أن يكون تصرفه في الحياة تفكيرًا نظريًّا، وسلوكًا عمليًّا موافقًا لأحكام الشريعة محققًا لمقاصدها التي يجب أن تكون حاضرة في ذهنه عند ذلك التصرف ليكيفه بحسبها في حدود قدرته.

وحين تداولنا في لجنة صياغة التوصيات توجيه العناية للبحث المقاصدي قال وائل حلاق: إنه خرج بأهمية عمل سيمينار في جامعة ميغل (كندة) عن المقاصد للطلبة.

كلمة أخيرة

إن هذا المؤتمر حول المقاصد يحيل إلى إشكالية مركزية، وهي تحديد مصطلح المقاصد نفسه والذي يكمن حوله كثير من الخلاف، ومن خلاله يمكن حسم العديد من الخلافات الناشئة. وحين قلت هذا، علق وائل حلاق بالقول: إن مفهوم المقاصد وحده يستحق عقد ندوة خاصة لبحثه.

واتفقنا في لجنة الصياغة على الربط بين أحداث العراق ولبنان وفكرة مقاصد الشريعة التي جاءت لصيانة الضرورات الخمس وأولها حفظ النفس، ومن ثم دعم المقاومة التي تستهدف الدفاع عن تلك الضرورات في وجه العدوان.
صحيح أن المقاصد تشهد اهتمامًا كبيرًا في العقدين الأخيرين إلا أن وجه الاهتمام بها ما عاد قاصرًا على المنحى الفقهي، بل تعداه إلى أن فكرة المقاصد تمد الجميع -تقليديين وإصلاحيين- بمادة جيدة لمنافسة الغرب في امتلاك نظرية عامة، وكذلك في الرد على الشبهات حول الفقه وأحكامه، من حيث إنها تزودهم بتعليلات وحكم تفيد بأن تلك الأحكام باقية ومستمرة.

المرجع

RAMAI LAGI ADUN DAN MP BN NAK BUAT KEJUTAN

RAMAI LAGI ADUN DAN MP BN NAK BUAT KEJUTAN

Utusan Malaysia hari ini, pada jam 1:08 petang melaporkan;

”KUALA LUMPUR 26 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau agak terkejut dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam
[1]

Pada jam 1:15 petang pula, utusan Malaysia melaporkan;

”KUALA LUMPUR 26 Jan. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat
[2]

KOMEN:

Bila baca dua berita ini, rasa nak tergelak. Nampaknya, TPM kita buat lawak antarabangsa, lebih hebat dan lebih canggih dari lawak antarabangsa dalam majalah Ujang. Mesti lepas ni, Datuk MOY akan ambil lawak ni bubuh dalam majalah Ujang.

Takkan TPM tak leh nak beza antara terkejut dengan keputusan ADUN Bota yang menyertai PKR dengan menafikan bahawa ada wakil rakyat BN lain nak lompat parti.

Bukankah, Wakil rakyat-wakil rakyat BN yang lain pun boleh buat kejutan juga, sepertimana ADUN Bota buat kejutan sehingga TPM terkejut???

Harapannya, lepas ni, biarlah TPM terkejut beruk pula dengan keputusan ADUN dan MP BN yang mahu buat kejutan itu....

Cayalah Pak Syaikh Anwar, kerana strategi you berjaya "menterkejutberukkan" TPM.. hahaha

Sekian


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Januari 2009 * 2:20 petang.



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
[2]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

SELANGOR : BERKUASA YANG TAK BERFUNGSI

SELANGOR : BERKUASA YANG TAK BERFUNGSI

Aduka Taruna menulis
[1];

“Berbalik kepada penyapu tadi, PAS kan dapat Majlis Agama Islam kat Selangor. Hassan Ali yang pegang. So, memula korang bentangkan undang-undang maksiat orang Islam dulu. Masukkan sesi kaunseling dulu sebelum penjara bagi kesalahan seterusnya.

Dah undang-undang untuk orang Islam (bukan hudud yang masih trauma tu), takan DAP nak bantah plak. PKR muslim kompom terpaksa sokong.

Bila dah termaktub, kena pergi kepada penguatkuasaan pulak. Undang-undang melambak, tapi penguatkuasa mati pucuk ala tak guna gak. Hangat-hangat tahi Melayu.

So, tangkap sapa-sapa muslim yang beli arak, beli tiket ekor. Buat betul-betul. Jangan hot2 Malay shit beb. Lepas bicarakan, jatuhkan sessi kaunseling pada kesalahan pertama.

Bila dah ada penguatkuasaan, walaupun tak berat, barulah ada respek. Yang jahil kuti pun ada respek, ada takut, ada segan. Lu buat camni jer dulu. Mana Hassan Ali ni? Dengar ke tak ni?.

Kalau penguatkuasaan kekal macam zaman UMNO, baik tak payah muslim undi lu orang. Orang undi bukan suh tawar-menawar secara sulit. Tapi suh jaga muslim guna apa jua kaedah yang lu dapat”

KOMEN;

Kalau kita pergi Taman Tun Dr Ismail; bersebelahan jalan dari rumah Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor, ada pusat beli belah, disco dan macam-macam lagi. orang panggil tempat tu, OU (One Utama)

Berhampiran dengan IKEA, ada sebuah open disco.

Aku pernah pergi cari budak-budak rosak kat situ. Kalau malam sabtu dan malam ahad, disco disitu berjalan sampai hampir dengan subuh. Itu aku tidak hairan lagi, tapi yang lagi aku hairan, 80 peratus kehadiran di disco tu anak melayu. Dorang bukan sekadar hadir, tapi siap minum arak di khalayak ramai lagi. (aku tak paksa korang percaya dengan aku, tapi baik korang pergi tengok sendiri)

Bila anak melayu, secara umumnya kita kata dorang orang islam, tapi masalahnya, pernah ke exco agama tu fikir masalah anak-anak muda yang rosak yang berhampiran dengan rumah dia tu????

Kalau dia fikir, kenapa sampai hari ini, disco tu masih dipenuhi dengan anak-anak melayu lagi??? Itu sebab orang dah kata, dia ni bukan buat kerja pun. Dia ni cakap banyak jer....... seluruhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pakatan Rakyat wadah yang terbaik untuk PAS memperjuangkan islam lebih berkesan, tapi ianya tidak akan berjaya kalau ada orang macam exco agama.....

Dia suruh kaji balik konsep Tahaluf Siyasi di Selangor sampai pecat TPJ Selangor. Sebenarnya, yang kena kaji bukan konsep tahaluf siyasi di Selangor, tapi kedudukan exco agama dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor; apakah perlu dipecat atau tidak dari sudut konsep tahaluf siyasi....

Tapi susah lah, sebab isu sebenar, dia bukan nak jawatan exco agama sebenarnya. Dia nak jadi MB Selangor.. sebab tu rajin dok buat pertemuan disebalik tabir. Masuk rumah melalui tingkap.....

Tak payah nak jadi MB Selangor la…. Hukum pegang jawatan ini ada lima hukum; boleh jadi haram; boleh jadi harus; boleh jadi makruh; boleh jadi wajib; boleh jadi sunat.

Sekadar pandangan aku setelah jawatan exco agama yang dipegang, aku secara peribadi berpendapat dia pegang jawatan ini dah jadi haram, bukan harus dah; jauh sekali wajib, mahupun sunat.

Kalau korang nak, aku boleh tulis hukum pegang jawatan beserta dengan dalil-dalil sekali, dan rujukan kitab-kitab muktabar lagi..

Sekian
p/s : aku pun sedang menunggu berita; bila agaknya Dewan Pemuda PAS Selangor atau Dewan Pemuda PAS Pusat nak hantar memorandum kepada Exco agama agar ambil serius masalah remaja dan anak-anak muda melayu Islam yang minum arak secara terbuka di disco-disco di sekitar selangor, sepertimana dorang buat bantahan I-Dance di Pulau Pinang baru-baru ini.

Wallahu 'Alam