Jumaat, 9 Julai 2010

AGEN YAHUDI SERANG PAS

Misi bantuan kewangan dihantar kepada rakyat palestine. Dalam perjalanan, aktivis misi bantuan dapat serangan mengejut dari Israel yahudi, menyebabkan ada yang syahid, dan ada juga yang terselamat pulang, termasuk Aktivis dari Malaysia.

Serangan yahudi kepada umat Islam, bukan perkara baru. Di Zaman Nabi, ada orang yahudi berusaha hendak membunuh Nabi SAW.

Di Malaysia tidak ada yahudi, tetapi ada anak beranak yahudi yang bernama APCO. Usaha yahudi di palestine adalah menghapuskan umat islam di palestine, tetapi usaha anak beranak yahudi [apco] di malaysia adalah menghapuskan perti islam.

Syafie Apdal kata parti islam Se-Malaysia [PAS] sesat? Tak payah gelabah.. Memang yahudi sentiasa bekerja untuk serang Islam.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- sri Indah [b] Sg Buloh
10 Julai 2010 * 2:52 pagi

KARPAL PERLU HORMATI DEMOKRASI

[1]

Semasa nabi SAW sampai di Madinah, nabi dilantik menjadi 'ketua kerajaan', waima sebelum itu, Abdullah bin Ubai sudah 'lobi' untuk jawatan tersebut.

Mengapa Nabi SAW diterima, sedangkan Abdullah bin Ubai sudah bekerja kuat untuk mendapat jawatan itu? Jawabnya, kerana sokongan rakyat.

Pendokong Abdullah bin Ubai adalah golongan minority, menyebabkan rakyat tidak sepakat melantik Abdullah sebagai ketua kerajaan, tetapi apabila datang nabi Muhammad SAW, mereka sepakat melantik nabi SAW menjadi ketua kerajaan.

[2]

Malaysia adalah Negara yang mengamalkan system demokrasi. Dalam demokrasi, parti yang memerintah adalah parti yang mendapat sokongan secara majority.

BN masih lagi memerintah di Malaysia, sebab Ahli Parlimen BN masih lagi majority dalam parlimen. PR masih tidak memerintah Malaysia, sebab ahli Parlimen PR masih minority dalam parlimen.

Di kelantan, terbentuk kerajaan PAS kerana ADUN-ADUN PAS lebih majority berbanding ADUN-ADUN BN. Begitujuga di negeri PR yang lain, seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

[3]

PAS mahu laksanakan Islam di Malaysia. Memandangkan Malaysia mengamalkan system demokrasi, maka keterlibatan PAS dalam politik, tidak dapat tidak terpaksa terlibat dalam demokrasi. Demokrasi bukan matlamat, sebaliknya ia sekadar sebagai alat sahaja.

Dengan demokrasi, PAS terbukti berjaya mengambil beberapa buah kerajaan, seperti Kelantan dan kedah. Sebelum ini, berjaya mengambil Terengganu. semua kejayaan itu, dibawah lingkungan demokrasi.

[4]

Karpal dari parti Democratic Action party [DAP]. Parti yang didokong oleh karpal itu, adalah parti yang menghormati demokrasi. Justeru, jika PAS mendapat sokongan majority dari rakyat, maka karpal wajib kena hormat keputusan rakyat itu.

Apabila rakyat secara majority mendesak perlaksanaan islam dalam Negara, maka keputusan rakyat itu wajib dihormati oleh DAP. Jika tidak, tidak ada faedah DAP menamakan parti mereka sebagai parti demokrasi.

Adapun PAS pula, perlaksanaan Islam di Malaysia tidak dapat tidak perlu dibawah lingkungan demokrasi. Ia tidak boleh disamakan cara perlaksanaan islam di Saudi Arabia, Afghanistan dan Iran.

Justeru, jika PAS mahu melaksanakan Islam di Malaysia, PAS perlu bekerja keras untuk memahamkan rakyat tentang islam agar rakyat sendiri mendesak kerajaan melaksanakan islam dalam Negara [Negara islam].

Jika PAS mahu melaksanakan Negara islam, tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha keras memahamkan rakyat tentang Negara islam, ataupun bertindak sehingga menyebabkan rakyat tidak menyokong Negara islam, maka cita-cita perlaksanaan itu akan menjadi sekadar cita-cita sahaja.

Itulah hakikat demokrasi. Apa boleh buat, sebab kita berjuang di Malaysia, bukan di Afganistan, Iran dan Saudi Arabia.

Sekian
wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
9 Julai 2010 * 3:10 Petang

Rabu, 7 Julai 2010

HARUSSANI KATA MALAYSIA NEGARA ISLAM !!

KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara. [utusan Meloya : sila klik]

KOMEN;

Di sini dipaparkan beberapa fakta sejarah;

pertama;

Tunku Abdur rahman berkata pada tahun 1958 dalam Dewan rakyat; "Saya suka menjelaskan bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita Cuma memperuntukan islam hendaklah menjadi agama rasmi" [official Report of Legislative Council Debate, 1958]

kedua;

"Bekas ketua hakim negara, Tun Mohammed Suffian Hashim, Tujuan Islam (menjadi Agama persekutuan) dimasukkan pada awalnya adalah semata-mata untuk upacara misalnya untuk membolehkan doa dibaca diupacara-upacara rasmi, seperti pertabalan yang dipertuan agong, hari kemerdekaan dan lain-lain" [Al-Ahkam : 4/18]

GALERI GAMBAR:

Hadharah Islamiyyah bukan islam hadhari : m.s, 35

Al-Ahkam : 4/18

Al-Ahkam : 4/18




Sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 2:38 Petang

BERITA BERGAMBAR

Bancian sudah bermula, menandakan PRU sudah hampir tiba

mula-mula sumpit, lepas tu guna C4 pula. Kalau dah guna C4, baru ada harapan jadi PM Malaysia


ISTERI PM [ROSMAH MANSOOR] BUKA RESTORAN !!!

(klik untuk besarkan)

NEGARA ISLAM : ANTARA NILAI DAN HUKUM

[1]
Dalam perlembagaan PAS fasal 5 [1] ada menyebut bahawa tujuan PAS adalah, "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" (sila klik)

Dalam perlembagaan PAS ini, disebut "nilai-nilai hidup Islam" dahulu berbanding menyebut "hukum-hukumnya".

secara falsafahnya, Hukum terlahir dari nilai. Hukum wajib terlahir, daripada nilai kebaikan. Hukum haram terlahir, daripada keburukan dan kemudharatan.

Seseorang yang tidak rasuah dan tidak melakukan penyelewengan terhadap harta rakyat, bermakna dia telah mengakui nilai kebaikan yang wujud disebalik larangan Allah dari memakan harta manusia secara batil [lihat surah Al-Baqarah : 188] . Walau lidahnya tidak menyebut "rasuah adalah haram", tetapi tindakannya sudah membuktikan bahawa hati kecilnya sudah mengakui hukum haram rasuah.

Tindakan ini, lebih baik daripada tindakan orang yang menyebut dengan lidahnya bahawa rasuah itu haram, tetapi dalam masa yang sama dia sendiri makan rasuah. Namun, jika dilidahnya mengatakan haram, disamping dia juga tidak mendekati rasuah, maka itu lebih baik lagi.

Jika dibaca Al-Quran, kita akan dapati Allah SWT lebih banyak mendatangkan nilai berbanding menyatakan hukum. Sesuatu itu dinyatakan hukum begitu dan begini adalah dari kaedah usul fiqh yang telah disusun oleh ulama-ulama yang muktabar.

Ulama menyebut bahawa Zina itu haram. Tetapi, jika dibaca dalam Al-Quran, yang disebut oleh Allah adalah "jangan kamu hampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan sejahat-jahat jalan" [surah Al-Isra' : 32]

Bermakna, Allah SWT mengemukakan nilai [unsur keburukan yang wujud dalam zina]. Adapun hukum haram zina, diungkap oleh ulama berdasarkan kepada kaedah usul fiqh.

[2]

kita menyeru manusia kepada Islam. kadang-kadang dengan cara mengemukakan hukum, menyebabkan mereka lari meninggalkan kita. tetapi, jika dikemukakan nilai, ia dapat menghampirkan diri mereka kepada kita, malahan mereka boleh mengikuti apa yang kita dakwahkan itu.

Yang paling penting bagi pendakwah adalah, dapat menjauhkan sasaran dari perkara yang haram, dan sasaran dakwah itu dapat menunaikan perkara yang wajib. Walau mereka tidak menyebut "perkara itu haram" dan "perkara ini wajib" sekalipun, tetapi hati kecil mereka sudah akui keburukan yang ada pada benda haram, dan akui kebaikan yang wujud dalam benda wajib, maka itu sudah cukup dii'tiraf sebagai kejayaan dalam dakwah.

[3]

Istilah negara islam merupakan satu slogan. ia mengandungi nilai-nilainya. Yang paling penting adalah, bagaimana nilai-nilai negara islam itu terlaksana. Walau tidak disebut 'negara islam' sekalipun, tetapi rakyat dalam negara itu mengecapi nilai-nilai islam, maka itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa negara itu adalah negara islam.

Unsur kasih sayang, tidak rasuah, tidak ada penyelewengan, rakyat hidup dalam harmoni, rakyat dapat mengecapi keadilan dan terhindar dari kezaliman merupakan nilai-nilai bagi sesebuah kerajaan Islam. Apakah mesti menggunakan "Negara islam" atau tidak, maka sekadar slogan sahaja.

jika difahami ini, sudah pasti kita tidak akan menolak kaedah yang menyebut;

الحكم يدور على المسمى لا على الإسم

maksudnya;
"Hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama"

[4]

Jika difahami ini, pasti kita tidak akan terkejut apabila Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab 'Daur Al-Qiyam wa Al-Akhlak fi Al-Iqtisad Al-islami" [m.s : 355] adalah seperti berikut;

Firman Allah;

Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]

[surah hud : 118]

Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi, "makna kezaliman dalam ayat ini adalah syirik, kerana firman Allah dalam surah luqman 13 yg bermaksud, "sesungguhnya syirik adalah kezaliman yg besar".. Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata rakyatnya musyrik. tetapi, rakyat itu akan mendapat keamanan, waima mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka"

Justeru, secara falfasahnya, "dahulukan nilai berbanding hukum. Apabila wujud nilai, maka secara automatik hukum pasti akan dipatuhi".

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 3:22 pagi

Selasa, 6 Julai 2010

TOLONG ROYAK GAK ??

"kalau saya buat dialog, saya nak cadangkan tajuk, 'dimana salahnya Islam?'. kalau orang tidak dapat kemukakan Islam ini salah, saya pun tak boleh la nak tinggalkan Islam.. dan kalau awak tinggalkan islam pun tidak betul, kerana awak sendiri tidak dapat kemukakan dimanakah salahnya islam" – Tok guru Nik Abdul Aziz

Isnin, 5 Julai 2010

BUDAYA ANEH ORANG INDIA

HATI-HATI DENGAN HARUSSANI


Teori "pecah perintah" ini memang berkesan untuk menjatuhkan PAS, PKR dan DAP di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dalam PRU ke-11 yang lalu [2004], dilihat Barisan Alternatif menghadapi kekalahan teruk, sehingga PAS terlepas kerajaan terengganu, dan hampir sangat terlepas kerajaan negeri Kelantan yang diperintah sejak 1990 yang lalu. Antara punca pentingnya adalah, apabila DAP 'bertengkar' dengan PAS dalam beberapa isu, sehingga DAP keluar dari Barisan Alternatif [BA].

Justeru, Usaha "pecah perintah" ini, dilakukan oleh UMNO begitu serius sekali. Dilihat, fokus serangan itu tertumpu kepada PKR [khususnya Anwar Ibrahim] dan PAS [khususnya isu melayu].

Tindakan serangan 'pecah perintah' ini, bukan sekadar dilakukan oleh orang-orang UMNO sahaja, malahan digunakan juga golongan-golongan agamawan.

Antara yang dilakukan adalah, menarik pengaruh orang melayu dengan meng'isu'kan golongan ulama terlibat dengan UMNO. Malahan, dimaklumkan bahawa Mufti harussani juga terlibat dalam usaha 'pecah perintah' antara parti-parti pakatan rakyat ini.

Mufti harussani, dilihat agak serius dalam berusaha memecah belahkan kesepakatan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat. Antara tindakan beliau adalah, melakukan fitnah terhadap PAS, agar PAS diragui rakan-rakan dalam PR.

Baru-baru ini, seorang kawan [bekas pimpinan PAS di peringkat kawasan] yang bekerja di Australia telefon. Dia maklumkan, di awal bulan jun lepas, Mufti harussani telah datang ke sana dalam salah satu sessi lawatan beliau.

Di sana, berlaku satu pertemuan antara beliau dengan orang Malaysia yang tinggal di sana dalam satu majlis dialog. Kawan terbabit pun turut hadir.

Dalam sessi majlis dialog itu, dimaklumkan bahawa Mufti Harussani ada menyebut bahawa kononnya beliau didatangi oleh seorang pimpinan PAS bersama seorang peguam di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk berbincang isu perpaduan melayu.

Kelihatan benar sikap jahat Mufti harussani, kerana Kawan itu menyatakan juga bahawa Mufti harussani tidak menyebut nama pimpinan PAS terbabit.

Ada menyatakan, pertemuan itu tidak berlaku langsung, tetapi ia sengaja dicipta oleh Mufti Harussani untuk melakukan "pecah perintah" antara PAS, PKR dan DAP dengan cara melahirkan perasaan ragu antara PKR dan DAP terhadap PAS.

Apabila PAS, PKR dan DAP berpecah, ini memberi ruang besar bagi UMNO/BN untuk menang balik dalam PRU yang tidak lama lagi berkunjung tiba, terutama merampas kerajaan yang diperintah oleh PR, khususnya kedah dan Selangor, dan berusaha mempertahankan kekuasaan kudeta BN di Perak.

Atas alasan itu, tidak hairan Mufti Harussani sengaja melontar isu ini di bulan jun yang baru sahaja lepas, yang ia amat rapat dengan lahirnya beberapa tanda-tanda besar akan berlakunya PRU.

Nampaknya, Mufti Harussani sekarang bukan sekadar seorang yang bergelar mufti, sebaliknya beliau seorang tokoh propagandis UMNO yang cukup hebat, dalam melahirkan pandangan buruk PKR dan DAP terhadap PAS.

Ini tidak hairan, kerana sebelum ini pun, Mufti harussani pernah bekerja sebagai cawangan Khas kementerian dalam negeri [SB : special branch] dari tahun 1964 hingga 1967. [Sila klik]

Kalau ini kerja Mufti harussani, dicadangkan agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Mufti, dan terlibat terus dalam politik sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Jika menang di Dun Perak, beliau ada harapan dilantik sultan, bukan sebagai Mufti lagi, tetapi menteri besar.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
6 julai 2010 * 1:48 pagi

Ahad, 4 Julai 2010

KATA ISLAM, KENAPA UMNO TAK LAKSANA ISLAM?

[1]

UMNO marah kat PAS. Katanya, PAS tak laksana Islam.

Sebenarnya, melaksanakan islam ini bukan tanggungjawab PAS sahaja. Ia tanggungjawab semua orang islam.

UMNO dakwa beragama Islam, bermakna mereka juga wajib laksanakan Islam. tetapi, sejak merdeka, apa yang UMNO lakukan untuk perlaksanaan islam di Malaysia?

Apakah UMNO ini bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA?

[2]

Islam wajib dilaksanakan di Malaysia. Tetapi, reality Malaysia mengamalkan system demokrasi. Justeru, usaha PAS melaksanakan Islam di Malaysia, masih berada dalam kerangka demokrasi.

Demokrasi menekankan suara rakyat. Kalau rakyat mahukan Islam, maka sebagai kerajaan, wajib melaksanakan kehendak rakyat itu.

Makanya, memahamkan rakyat tentang islam adalah perlu. supaya, rakyat mendesak kita supaya melaksanakan islam.

Soalnya, apa yang UMNO buat untuk memahamkan rakyat tentang Islam?

[3]

UMNO desak PAS laksana Islam, walhal dalam parlimen, MP PAS tidak majority. Adapun MP UMNO, lebih majority.

Di Malaysia yang mengamalkan demokrasi, gubal sesuatu undang-undang tertakluk persetujuan majority MP-MP dalam parlimen.

UMNO pula kata, semua MP mereka beragama Islam. kalau betul beragama islam, kenapa MP-MP UMNO tidak gubal undang-undang untuk perlaksanaan islam?

[4]

Islam ini mengajar manusia bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tetapi, di sana wujud beberapa perkara yang ditekankan oleh islam, seperti jauhi rasuah, kezaliman (seperti ISA), penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi.

PAS berusaha perlaksanaan islam yang dilihat ada kesamaan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, seperti menolak rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi.

Soalnya, kenapa UMNO yang mendakwa beragama Islam tidak menghapuskan budaya tidak islam ini? yang adanya, mereka sendiri yang mengamalkan rasuah, kezaliman dan kezaliman ini.

Apakah benar, UMNO itu Islam?

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (b) Sg buloh
5 Julai 2010 * 1:47 Petang