Jumaat, 12 Mac 2010

SAKIT JANTUNG DISALAHKAN, BAGAIMANA PULA HISAP ROKOK?

SAKIT JANTUNG DISALAHKAN, BAGAIMANA PULA HISAP ROKOK?

Seorang lelaki meninggal dunia. Ditanya kepada Tuan Doktor, di jawab, dia meninggal dunia kerana sakit jantung. Maka, kendengaran seluruh kampung, juga orang yang mengenali si mati, bahawa dia meninggal dunia kerana sakit jantung. Sakit jantung diratib, sehingga ramai yang lupa, apa punca si mati itu boleh menimpa sakit jantung?

Orang yang sakit jantung ini, banyak punca-puncanya. Ada disebabkan pemakanan yang tidak terkawal, kolestrol tinggi, hisap rokok dan banyak lagi. Segala punca-punca ini, amat kurang dibincangkan.

Pun begitu, tulisan ini ingin fokuskan kepada punca hisap rokok. Yang lain, dibincang dalam waktu yang lain.

Cuba bayangkan, apabila berlaku satu kematian, tidak disebut punca kematiannya kerana jantung, sebaliknya disebut berpunca hisap rokok. Mungkin ramai yang akan berhenti dari menghisap rokok, tanpa dihabiskan beribu-ribu ringgit, malahan jutaan ringgit untuk diadakan kempen cegah rokok.

Pun begitu, apabila sebab kematian disebut kerana sakit jantung, maka hadirlah kawan-kawan dan kaum kerabat untuk berziarah, yang kadangkala mulut mereka berkepul-kepul asap keluar. Sambil berbincang tentang si mati, sambil asap rokok kelihatan keluar dari tiupan bibir.

Inilah yang dimaksudkan dengan sebab dan punca. Ramai yang suka berbicara tentang sebab, tetapi amat kurang berfikir tentang punca. Dalam kes yang diceritakan di atas, sebab kematian adalah sakit jantung, punca kematian adalah menghisap rokok.

Tanpa punca, mungkin sebab tidak akan wujud. Tanpa hisap rokok, mungkin sakit jantung tidak berlaku. Ini merujuk kepada cerita yang di atas.

Begitujuga dalam isu politik di Malaysia pada hari ini. Ramai yang menuduh blogger yang mendedah pertemuan sulit sebilangan pimpinan PAS sebagai pemecah belah parti, walhal mereka lupa “hukum” pertemuan sulit yang dilakukan oleh pimpinan PAS terbabit.

Sepertimana, sakit jantung tidak berlaku jika tidak hisap rokok, begitujuga tidak akan wujud pendedahan blogger, jika pertemuan sulit tidak berlaku.

Keadaan ini semakin kalut, apabila pertemuan sulit itu telah dinafikan diperingkat awal, kemudian terbukti berlaku pertemuan sulit tersebut sehingga si penafi terpaksa mengakui penafiannya di peringkat awal itu wajib dinafikan. Pun begitu, mereka kekal tidak mahu menafikannya, walau terbukti mereka sudah bersalah.

UBAT

Sesuatu penyakit, perlu diberi ubat yang sesuai dengan penyakitnya. Sakit jantung, lalu diberi ubat darah tinggi, tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menambah lagi masalah. Sakit kaki, tetapi diberi ubat tangan, sampai bila-bila pun kaki tidak akan baik dari sakit.

Diceritakan, seorang anak muda sedang berjalan. Kelihatan pak pandir sedang mencari sesuatu di bawah sinaran lampu jalan raya.

”cari apa tu Pak pandir?” anak muda memulakan bicara.

“cari duit syiling aku yang jatuh” Pak Pandir menjawab. Kepalanya tertunduk-tunduk mencari sesuatu, sambil tangannya memegang kepala seakan-akan menggaru.

“hampir sejam aku dok cari kat sini, tak jumpa-jumpa juga dua syiling aku ni” sambung pak pandir lagi.

Anak muda itu datang, untuk memberi pertolongan.

Sambil dia mencari-cari sama duit itu, dia bertanya, “jatuh kat mana duit tu Pak Pandir?”

“kat sana” Jawab Pak pandir sambil tangannya mengisyaratkan ke arah sesuatu tempat yang gelap.

Anak muda itu berkerut dahi.

”kalau jatuh kat sana, kenapa dicari di sini?” soalnya.

”kat sini cerah, kat sana gelap. Sebab tu, aku cari kat sini” jawab pak pandir ringkas.

Kisah Pak Pandir ini, menampakkan satu tindakan bodoh lagi bangang dalam menyelesaikan masalah. Duit hilang di satu tempat, dicarinya ditempat lain. kalau begini, sampai kiamat pun duit itu tidak akan jumpa. Itulah hukum akal dan hukum alamnya.

Begitujuga dalam isu menyelesaikan masalah pertemuan sulit, baiah ta’liq talak tiga, pertemuan blogger UMNO dan sebagainya. lain yang sakit, lain ubat yang diberi. Lain punca masalah berlaku, lain masalah yang ditimbulkan.

Yang lebih parah, apabila wujud penipuan terhadap rakyat. Di dakwa tidak ada, sebenarnya ada. Di katakan ada, sebenarnya tiada. Apa mahu jadi?

Bimbangnya, kita menjadi beban dalam kemenangan di masa akan datang. Sebagai musuh, sudah pasti mereka akan berfikir untuk mengalahkan kita. Antara cara mereka, cipta keadaan agar kita terbeban, agar tidak berjaya melawan mereka dalam PRU akan datang.

Maka wujudlah ‘manusia beban’. Sama ada manusia beban itu, sememangnya wujud, ataupun sengaja diwujudkan. Beban ini, wajib dibuang. Jika tidak, kita lawan musuh nanti dalam keadaan kita terbeban, yang sudah pasti kita akan lemah.

Apabila kita lemah, kita kena pastikan musuh lagi lemah. Jika tidak, kekalahan pasti akan menimpa. Itulah hukum karma.

Sekian

Wallahu ’Alam

baca sama:
Rokok sebabkan produksi sperma kurang

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com








- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 November 2009 * 2:22 petang

PAS tolak kerajaan perpaduan sebab Umno ‘sesat-sesesatnya’, kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz


KUALA LUMPUR — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menggariskan lima sebab mengapa partinya menolak kerajaan perpaduan dengan Umno, termasuk kerana perjuangan parti utama Barisan Nasional (BN) itu “sebenarnya amat dhalalah atau sesat sesesatnya”.

Nik Aziz berkata, Umno menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama, yang sekali gus menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan-rakan daripada kalangan bukan Islam.

Beliau membangkitkan pendirian membantah syor kerajaan perpaduan sejurus selepas 8 Mac 2008 dan juga ketika Muktamar PAS 2008 di Ipoh.

Kerajaan perpaduan PAS-Umno memfokus negeri Kedah, Perak dan Selangor.

Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak turut dibangkitkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu, yang kemudiannya dikritik Nik Aziz sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Nik Aziz, antara pemimpin dalam PAS yang menentang keras sebarang usaha ke arah kerajaan perpaduan PAS-Umno turut menyenaraikan satu alasan lama yang beliau sering membangkitkannya.

Selain alasan Umno “sesat”, kata Menteri Besar Kelantan, tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS.

“Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS.

“Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977.

“Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno,” katanya.

Namun menurut beliau, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno dengan PAS telah ditendang keluar.

“Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN,” katanya.

Oleh itu Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1999 memberitahu PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Begitu pula sejak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, katanya, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP.

Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti tetapi pemimpin Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan Gerakan.

“Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN,” katanya.

Nik Aziz menambah, kini PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkannya sebagai satu perkembangan baik memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam.

“Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam.

“Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

“Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam,” katanya.

sumber : sila klik

KENAPA NAK GABUNG DENGAN UmnGok?


KENAPA NAK GABUNG DENGAN UmnGok?

Betapa indahnya sebelum PRU ke-12 berlaku. Semua blogger-blogger mempunyai satu cita-cita, iaitu mahu mengalahkan UMNO dalam PRU. Ketika itu, aku masih ingat, pihak UMNO banyak mengemukakan keraguan terhadap PAS, terutama apabila PAS membenarkan ahli-ahlinya mengundi DAP dalam PRU.

Segala keraguan yang dikemukakan oleh UMNO ketika itu, aku cuba untuk merungkai. Lalu, blog ini digunakan untuk mengemukakan hujjah-hujjah agama, sekadar pembacaanku bagi mematahkan hujjah dari pihak UMNO.

“Ana sokong anta syaikh.. anta teruskan lagi lawan UMNO ni..” kata salah seorang pimpinan PAS diperingkat pusat ketika itu; dan kini menjadi Dewan Harian PAS Pusat. Namun, kini beliau membenciku kerana tindakanku yang menyerang UG, bahkan melobi banyak tempat untuk memburukkanku ekoran seranganku terhadap UG itu.

Kesungguhanku menjawab hujjah-hujjah UMNO itu, menyebabkan semua artikle-artikle itu aku simpan dan susun sehingga berjaya dibukukan. Makanya, sebuah buku telah diterbitkan bertajuk ”kerajaan Pakatan Rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyyah”, dan ’dilancarkan’ pada muktamar PAS di Ipoh.

Namun, keadaan sekarang sudah berubah, iaitu setelah didapati wujud usaha mahu gabungkan antara PAS – UMNO atas alasan islam – melayu yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan tertinggi PAS sendiri.

Dua hari selepas kejayaan PAS, PKR dan DAP merampas beberapa kerajaan dari tangan Barisan Nasional, aku ditelefon oleh seorang kepimpinan Muslimat PAS Selangor. Dimaklumkan, bahawa Dato’ PJ telah berjumpa dengan Khir Toyo secara senyap-senyap.

Aku terkejut dengan berita itu. lalu, aku terus menghantar SMS kepada Dato’ PJ, dan menyatakan tidak bersetuju dengan tindakannya itu, bahkan menyatakan pandanganbahawa tindakan Dato’ PJ itu tidak tepat, kerana akan melahirkan masalah kepada kawan-kawan dari PKR dan DAP sekiranya mereka tahu.

Dato’ PJ tidak membalas SMSku, tidak seperti sebelum-sebelum ini. aku juga terus menghantar sms lagi, dan menyatakan bahawa secara peribadi aku tidak berpuas hati dengan tindakan Dato’ PJ itu, dan berjanji akan menyerangnya jika dia bertindak yang boleh menggugat hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Tidak diketahui, apakah Dato' PJ baca SmS itu atau tidak??

Tidak lama kemudian, aku mendapat jemputan untuk menyampaikan kuliah di salah sebuah hotel di Subang Jaya. Setelah selesai menyampaikan ceramah, seorang kawan yang aku kenal, kerana beliau memegang jawatan AJK PAS di salah satu cawangan di Subang, yang bekerja di hotel tersebut menyatakan kepadaku bahawa dia berkali-kali nampak bahawa Dato’ PJ selalu datang ke hotel tersebut untuk bertemu dengan Khir Toyo.

Sekali lagi aku terkejut dengan berita itu. padaku, kawan yang memberi maklumat itu ikhlas, dan seorang yang aku kenalinya. Padaku, riwayatnya adalah sahih dan boleh dipercayai, berdasarkan pengenalanku dengannya.

Segala maklumat ini, aku maklumkan kepada seorang pemimpin yang berjawatan dalam Dewan Ulama PAS. Bahkan, apabila Pak Bakaq Haq menulis dalam blognya bahawa wujud pertemuan sulit antara pimpinan tertinggi PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO, aku tetap masih lagi bertanya kepada pemimpin yang berjawatan dalam Dewan Ulama itu demi mencari kepastian.

Jawapan yang sering aku dengar ketika itu adalah, semua tuduhan itu adalah ”Fitnah”.. ”Fitnah”.. dan ”Fitnah”. Bahkan, aku semakin yakin bahawa dakwaan Pak Bakaq haq itu adalah fitnah, apabila Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah mengugut untuk saman terhadap penulis Blog yang menuduh bahawa wujudnya pertemuan antara beliau dengan pimpinan tertinggi dalam UMNO secara sulit.

”padan muka Bakaq Haq” tidak pasal-pasal mulutku terungkap perkataan itu ketika membaca berita ugutan saman Nasharuddin Mat Isa.

Berita wujudnya pertemuan sulit itu tetap dibincangkan secara hangat di dalam dunia blog. Penafian dari pimpinan PAS tertinggi juga berlaku, terutama penafian itu datang dari Dato’ Mahfuz Omar sendiri, juga Saudara Hanifa Maidin.

Tiba-tiba mengejutkan, apabila Perdana Menteri ketika itu, iaitu Pak Lah Badawi sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada tiga kali pertemuan sulit berlaku. Ketika itu, aku tetap tidak percaya dengan dakwaan Pak Lah tersebut, kerana menganggap bahawa dakwaan itu secara psyWar terhadap PAS demi melahirkan kesangsian rakan-rakan dalam PR terhadap PAS. Namun, aku amat terkejut apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri selaku Presiden PAS mengakui bahawa sememangnya wujud pertemuan sulit, sepertimana yang didakwa oleh Pak Lah.

Sejak dari itu, segala kepercayaanku kepada pemimpin-pemimpin tertentu luput. Aku tidak sangka, aku telah ditipu oleh pemimpin yang aku hormati sejak sekian lama. Ternafi segala kepercayaanku kepada pimpinan-pimpinan PAS yang menafikan pertemuan sulit tersebut. Padaku, mereka telah berusaha hendak menipu ahli bawahan sepertiku.

Tidak lama kemudian, Saudara Hanifa Maidin dan Dato’ Mahfuz telah menulis dalam blog mereka, meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutama ahli-ahli PAS terhadap penafian mereka sebelum ini. Bahkan, mereka mengakui bahawa mereka juga tidak mengetahui tentang pertemuan sulit terbabit.

Makanya, berlakulah kekecohan PAS tentang isu gabung PAS-UMNO. kemudiannya, lahirlah perbincangan yang disebut sebagia muzakarah, kemudian Muqabalah, seterusnya Kerajaan perpaduan (UG) sehingga banyak melahirkan kekacauan di kalangan ahli bawahan PAS, juga perlu diingatkan bahawa kekacauan ini berlaku juga dikalangan pimpinan tertinggi PAS.

Sejak dari itu, dapat dilihat tentang perubahan serangan yang dilakukan oleh para blogger yang dahulunya menulis menyerang UMNO, kepada serangan terhadap usaha gabung PAS - UMNO. keadaan itu berlanjutan sehingga hari ini.

KENAPA NAK GABUNG?

Sejurus kemenangan PR dalam PRU ke 12, aku dapat melihat bagaimana perubahan sikap rakyat Malaysia terhadap PAS, terutama dari mereka yang tidak beragama Islam. jika dahulu, agak mustahil PAS diterima oleh DAP, tetapi setelah perubahan politik 8 mac 2008 itu, kita dapat melihat bagaimana keterbukaan pimpinan DAP dalam beberapa isu Islam, sehingga Lim Guan Eng sendiri berkali-kali menyebut nama Umar bin Abdul Aziz.

Padaku, ini satu peluang yang cukup besar dan luas dalam menyerapkan kefahaman islam yang diperjuangkan oleh PAS kepada kepimpinan DAP. Bahkan, aku mula teringatkan kisah perjanjian Al-Hudaibiyyah yang dilakukan oleh Nabi SAW sehinggakan dalam jangka masa yang terlalu singkat, Nabi SAW berjaya mengislamkan rakyat makkah, ekoran penerimaan mereka terhadap dakwah Nabi SAW setelah berlaku dalam sejarah Fath Makkah (pembukaan Kota Makkah).

Sirah Nabi menerusi kisah Sulh Al-Hudaibiyyah ini, tersemat dalam pemikiranku ketika melihat PAS berhadapan dengan DAP dan PKR dalam usaha menjayakan perlaksaaan islam di Malaysia. Bermula dengan Kerajaan Pakatan Rakyat, kepada kerajaan Islam.

Padaku, jika PAS konsisten dalam Kerajaan Pakatan Rakyat, dan terus berdakwah dalam kerangka politik ini, dengan menganjurkan banyak wacana-wacana, seminar-seminar dan sebagainya bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP, tidak mustahil dalam dua penggal PRU sahaja lagi, PAS akan berjaya melaksanakan islam di Malaysia. Itu yang aku khayalkan sejurus kejayaan mengugatkan UMNO dalam PRU ke 12 yang lalu.

Pun begitu, segala tanggapanku itu terkubur begitu sahaja, apabila diakui wujudnya hubungan sulit antara PAS – UMNO atas alasan melayu – Islam. aku membayangkan, apa perasaan DAP dan PKR terhadap PAS terhadap pertemuan sulit terbabit. Aku bimbang, tindakan ini bukan sekadar merosakan PAS, bahkan akan menampakkan gambaran buruk terhadap islam itu sendiri.

Secara peribadi, aku amat pelik dengan teori yang mahu menggabungkan PAS dengan UMNO. padaku, tindakan dan usaha ke arah pergabungan PAS dan UMNO, sememangnya nampak seperti menguntungkan, tetapi ia bakal melahirkan kemudharatan yang cukup berpanjangan kepada PAS, iaitu ketika berhadapan dalam PRU akan datang.

Mana mungkin setelah pergabungan, UMNO akan memberikan lebihan kerusi untuk dipertandingkan oleh PAS dalam PRU akan datang. Setidak-tidaknya pun, UMNO akan memberikan kerusi yang memungkin PAS kalah. Bermakna, PAS pasti akan kalah teruk dalam PRU akan datang, seterusnya tidak hairan PAS akan ditendang seperti Anjing kurap sepertimana dalam sejarah PAS tahun 1978 dahulu.

”Mengapa diwujudkan usaha pergabungan antara PAS dengan UMNO, bukankah lebih baik di ajak kepada semua ahli-ahli UMNO agar semuanya melibatkan diri dengan PAS. apabila ini berlaku, sudah pasti UMNO akan kehilangan ahli dan tidak hairan UMNO akan jadi parti yang paling teruk dan seterusnya tidak mustahil UMNO akan ditalkinkan” bisik hatiku.

SERANG UMNO DENGAN KEADILAN ISLAM

Padaku, jika kita berjaya kemukakan konsep keadilan Islam, pasti rakyat akan menerima PAS, tidak kira mereka itu beragama Islam, mahupun yang tidak beragama Islam.

Jika ini berjaya, tidak hairan ahli-ahli UMNO akan menyertai PAS. seterusnya, PAS akan mampu mencipta kekuatannya tersendiri dalam usaha hendak mendominasi dalam pemerintahan kerajaan di masa akan datang.

Di samping itu juga, jika PAS bersungguh-sungguh mewujudkan perdebatan dan wacana terbuka dengan UMNO, dalam menerangkan dasar PAS, lalu dibandingkan dengan dasar UMNO, aku berkeyakinan PAS akan berjaya mencipta sejarah kejayaannya tersendiri. Seperti, diadakan debat atau forum terbuka dalam isu perkembangan islam di Malaysia, buat bandingan sistem ekonomi Islam yang PAS mahu lakukan dengan sistem ekonomi yang dilakukan oleh UMNO sejak sekian lama, kaedah berpolitik Islam dengan politik UMNO dan sebagianya. Jika ini berjaya dilakukan, pasti PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang hebat, menyebabkan rakyat akan melihat kelayakkan PAS menjadi pemerintah di Malaysia untuk masa akan datang.

Tetapi, semua ini hampa, disebabkan wujudnya pertemuan sulit yang dilakukan oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri. Yang pastinya, sudah ada kini sebilangan ahli-ahli PAS berkata, ”PAS dan UMNO, sama sahaja”

Alangkah ruginya PAS tidak dapat mengambil kesempatan dakwah ini.

Sekian


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Rabiul Awal 1431 – 12 Mac 2010 * 4:31 petang

Khamis, 11 Mac 2010

Zul Nordin yang saya kenal - Zul Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.



Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.


Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

GOLONGAN 'MU'ATTILAH' MODEN.

GOLONGAN 'MU'ATTILAH' MODEN.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menulis dalam kitabnya yang bertajuk "Fiqh Al-Awlawiyyat". Beliau membahagikan manusia yang mengikut nas ini ada tiga jenis, iaitu (1) Zahiri moden, (2) Mu'attilah, dan (3) Al-Wasati.

Zahiri moden adalah golongan yang mengambil nas dalam bentuk yang terlalu jumud, sepertimana yang berlaku pada banyak fatwa-fatwa Ibnu hazm. Antara contoh fatwa jumud dari ibnu Hazm adalah, boleh minum air yang dituang air kencing, kerana dalam hadis, bahawa larangan nabi SAW itu adalah larangan daripada berwudu' dan mandi jinabah dengan air tersebut.

Di zaman moden kini, terdapat juga golongan yang jumud dalam fatwa seperti Ibnu Hazm, seperti ada fatwa sebilangan yang mendakwa bahawa tidak berlaku riba pada wang kertas dengan alasan, di zaman nabi SAW, wang yang diguna pakai adalah wang emas dan perak. Begitujuga dakwaan bahawa tidak berlaku zakat pada wang kertas dengan alasan yang sama.

Ada satu pihak lagi, disebut sebagai golongan Mu'attilah, iaitu golongan yang membatalkan beberapa hokum-hukum syarak dengan alasan bercanggah dengan maslahah aqliyyah. Mereka mendahulukan maslahah aqliyyah berbanding maslahah ilahiyyah menerusi wahyu, seperti mereka menghalalkan riba dengan alasan menghalang kemajuan dan sebagainya.

Di zaman moden ini, terdapat golongan Mu'attilah ini. Seperti apabila kita menyeru mereka agar berpegang dengan semua kandungan Al-Quran, tanpa mengambil separuh-separuh dengan merujuk kepada firman Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 85;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ

Maksudnya;
"Apakah patut kamu beriman sebahagian dari kitab, dan kufurkan setengah yang lain. Maka tiada pembalasan terhadap apa yang mereka lakukan, melainkan kehinaan dalam kehidupan di dunia, dan hari kiamat nanti mereka akan ditolak kepada azab yang hebat"

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, golongan Mu'attilah ini, pasti akan mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada Ahli kitab, justeru ia tidak boleh diulas dengan merujuk kepada orang islam kini.

Keadaan ini amat sama berlaku apabila ada golongan yang mengatakan bahawa tidak boleh mengkiaskan hadis nabi SAW dijemput seorang farsi untuk makan, lalu tidak menerima jemputan melainkan dijemput sama Aisyah yang merupakan isteri nabi SAW.

"Aisyah adalah isteri nabi, adapun PAS dalam PKR dan DAP bukan berkahwin" ujar mereka.

Perlu diingat, setiap hadis ada maqasidnya tersendiri, sama ada berbentuk "Asliyyah", mahupun secara "tab'iyyah". Nabi SAW tidak menerima jemputan seorang lelaki farsi agar makan tanpa dijemput Aisyah sama, adalah kerana factor menjaga hati isterinya itu; terutama apabila boleh melahirkan kekacauan dan kemudharatan di masa akan datang.

Jika dalam isu rumah tangga pun, Nabi SAW amat menjaga perasaan isteri, masakan pula dalam urusan antara parti-parti yang berpakat dalam politik. Dalam usul dalam mazhab As-Syafie, inilah yang disebut sebagai "Fahw Al-khitab".

Justeru, tindakan hadir program musuh, disamping membicarakan soal yang boleh melahirkan keraguan rakan-rakan dalam pakatan terhadap kita merupakan perkara yang dilihat seperti halal, tetapi ia adalah terlarang.

Ini dikuatkan lagi dengan hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ

Maksudnya;
"jika kamu bertiga, maka jangan dua darinya berbisik-bisik tanpa seorang lagi. ini kerana, ia akan melahirkan kesedihan pada dirinya
[1]

Hadis ini amat jelas, Nabi SAW melarang dari kalangan tiga orang yang bersama, tiba-tiba dua orang dari tiga itu berbisik-bisik, maka tindakan tersebut amat terlarang dalam Islam. maqasid disebalik larangan itu adalah kerana, bimbang hati orang yang ketiga itu boleh terganggu, sama ada akan melahirkan kemarahan, kebencian, keraguan ataupun kesedihan seperti yang termaktub menerusi hadis riwayat muslim ini.

Pun begitu, ada pihak menafikan bahkan mengatakan hadis ini tidak boleh dibahas dalam keadaan sedemikian, maka fahamilah tindakan menafikan itu adalah sama seperti golongan "mu'attilah" yang disebut oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Awlawiyyat.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Jalan Pahang.
26 Rabiul Awal 1431 – 12 mac 2010 * 1:58 pagi




[1] Sahih Muslim : 4054.

Rabu, 10 Mac 2010

SEMAKIN BERJAYA

(klik untuk besarkan)


SEMAKIN BERJAYA

Keadaan politik semakin panas. UMNO semakin dibenci rakyat. Sebarang tindakan positif yang dilakukan oleh Najib, tidak termakan oleh rakyat. Kalimah ”Meluat” lebih banyak kendengaran.

”kita tidak boleh sekadar mengemukakan imej presiden kita yang baik sahaja, tetapi usaha pecah belahkan kekuatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga perlu dilakukan” salah seorang exco pemuda UMNO memberikan idea dalam satu perbualan mereka.

”teori jadikan kawan musuh sebagai kawan kita, adalah salah satu strategi yang cukup menjadi. Apabila kawan musuh sudah jadi kawan kita, mesti musuh akan ragu-ragu sesama mereka. Teori ini pernah digunakan oleh Sun Tzu”

”tapi kita kena ingat, usaha lumpuhkan sumber kekuatan musuh juga perlu. Faktor Anwar Ibrahim kena perkemas juga. Kita rosakan moral peribadinya”

”yes.. dengan isu moral sahaja, sudah cukup kita lobi PAS supaya keluar dari PR. Masa tu, PR dah tak kuat, dan kita boleh tabus maruah kekalahan kita dalam 8 mac dulu dalam PRU akan datang” kata seorang pemuda yang banyak lakukan lobi dalaman parti dalam sebarang pemilihan parti mereka.

PERLAKSANAAN

PKR berhadapan dengan kemelut yang amat merunsingkan. Bermula dengan isu kalimah Allah, menyebabkan ramai dari kalangan ahli-ahli parlimennya yang keluar parti. Dibimbangi juga, kedengaran ada ramai lagi yang akan melompat parti.

”hoi firaun-firaun kecil, korang akan lingkup” kata seorang ahli Parlimen yang baru sahaja dipecat dari parti ekoran ’kepala batunya’ sehingga menolak Nas Al-Quran dan As-Sunnah dalam isu kalimah Allah.

”saya pejuang Islam.. Saya mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan kepada non Muslim. Orang Islam yang izin orang kafir guna kalimah Allah, maka mereka akan jadi kafir” ujar ahli parlimen itu lagi.

”Islam ikut Quran dan Sunnah. Quran dan sunnah kata boleh orang kafir guna kalimah Allah.. hang nampak macam mana ? » tanya seorang kampung dalam parlimen beliau dalam satu sessi dialog.

« ko diam. Ko tu orang kampung biasa. Takkan ko faham maksud Quran dan Sunnah. Dia mesti ada kaedah, ada kemahiran dan sebagainya” ujar ahli parlimen itu mengherdik.

”dah tu. Macam mana pula yang Qaradhawi kata boleh guna kalimah Allah bagi orang bukan Islam.. takkan hang nak kata Qaradhawi kafir kot” soal orang kampung itu lagi.

Ahli Parlmen terbabit diam tidak terkata. Hatinya berkata, ”ahhh.. aku adalah aku” ungkapan dari lagu Wings diucapkan dalam benak hatinya.

TUDUHAN LIWAT

Bukan sekadar berhadapan dengan kemelut lompat parti, tetapi yang paling sadis bagi PKR apabila parti itu berhadapan dengan kemelut tuduhan liwat terhadap ketua umum mereka sendiri.

”saya diliwat. Saya ada bukti bahawa saya diliwat” kata mangsa yang mendakwa bahawa dia diliwat.

”losyen ini berada dalam simpanan saya” ujarnya sambil menunjukkan lonsyen pelincir kepada hakim.

”bagaimana losyen berada di tangan awak.. apakah awak sudah menyediakan losyen dengan tujuan untuk memudahkan peliwat hendak meliwat awak?” soal seorang peguam.

Mangsa yang mendakwa diliwat tidak berkata. Hatinya berbisik, ”alamak terkantoi..”

”selepas saya diliwat, selama dua hari saya tidak boleh buang air besar” dakwa mangsa didakwa diliwat.

”eh bukankah kalau dah kena liwat, mesti lagi senang buang air besar” salah seorang hadirin yang datang ke Mahkamah terbersuara dengan kuat. Menyebabkan semua hadirin ketawa, termasuk hakim. Cumanya, hakim masih nak cover lagi.

”selepas dua hari, saya berjumpa dengan Doktor di hospital. Hospital maklumkan, bahawa dalam dubur saya masih ada air mani” ujar mangsa didakwa diliwat itu lagi.

”hoi... nak bagi bukti pun, biar la logik.. takkan hang tak kentut kot?” Seorang lagi hadirin menyampuk dengan kuat. Semua hadirin ketawa. Hakim pun memukul meja dengan pemukul mahkamah beberapa kali. Isyarat agar hadirin diam.

”awak berumur 26 tahun, walhal peliwat berumur 63 tahun. Awak yakin tak, bahawa peliwat mempunyai masalah ketegangan, malahan mungkin tidak hidup lagi pada anggota sulitnya. Bertambah-tambah lagi, dia pernah dipukul begitu hebat, sehingga dia mengalami masalah pada pinggangnya, yang sudah pasti ia ada kaitan rapat dengan alat sulitnya yang merupakan alat penting berlakunya liwat” soal peguam kepada mangsa yang didakwa diliwat.

Mangsa didakwa diliwat itu dilihat gelabah.

”saya dipanggil masuk satu bilik di salah satu hotel di ibu kota. Peliwat berkata kepada saya, ’can i fuck u’” jawab mangsa yang didakwa diliwat.

”kucing nak main pun ada cium-cium dulu. Dia bukan pakai redah ja. Takkan orang yang pernah menjadi Timbalan perdana Menteri tak goda hang dulu kot.. tau-tau terus nak main ja..” ulas seorang blogger di salah sebuah kedai mamak di sekitar gombak.

Tiba-tiba pihak hospital mengeluarkan report. Dalam report itu menyatakan bahawa tiada kesan sesuatu pun masuk ke dalam dubur mangsa yang didakwa diliwat.

”dah tu.. hang kata hang kena liwat. Ke hang yang nak suruh dia liwat hang, tapi bila dia tak nak, hang merajuk. Frush. Pastu, pergi jumpa polis kata hang kena liwat” sambung ulas blogger itu lagi.

Semua yang hadir dalam parlimen kedai kopi itu tergelak besar.

”eh.. mengalahkan orang bercinta ye” seorang blogger lain menyampuk.

PERPADUANG

”kita perlu kepada penyatuan dan perpaduan. Perpaduan adalah dituntut, kerana itu merupakan tuntutan ilahi. Terutama demi Islam - melayu” seorang pimpinan PAS berceramah di salah satu parlimen di Kelantan.

Semua rakyat yang hadir, berkerut dahi. Seperti sedang berfikir. Di pihak UMNO pula, pimpinan mereka semakin seronok. Nampaknya, agenda mereka semakin berjaya.

”sunnah alam, mana ada bayi yang baru dilahirkan pandai berjalan terus. Kita nak laksanakan perpaduan pun, mesti ada susahnya. Sampai saya disuruh keluar parti..” ucap pimpinan PAS itu lagi.

”Oi perpaduang dan UmnGok.. takkan mentega campur dengan tahi pun tuntutan ilahi kot?” balas seorang blogger dengan memaksudkan Mentega sebagai PAS dan Tahi sebagai UMNO.

Melihat segala reaksi-reaksi yang berlaku ini, menyebabkan ramai pimpinan UMNO gembira.

”nampaknya, kita sudah semakin berjaya hancurkan moral Anwar Ibrahim. Dia pillar besar yang perlu dihapuskan. Wujudnya Anwar Ibrahim, susah kita nak tebus maruah kita dalam PRU akan datang. Sebab itu, fitnah terhadapnya perlu dilakukan secara konsisten” ujar seorang pimpinan UMNO berjawatan menteri.

“nampaknya, PAS pun dah nampak macam nak bergabung dengan kita. Kalau berjaya gabung sebelum PRU akan datang, kita jangan bagi majority kerusi dalam PRU akan datang. Sebab, kita kena ingat, kerusi PAS adalah tempat mereka lawan kita. Bila pembahagian kerusi dalam PRU akan datang nanti, kita bagi mereka bertanding di tempat DAP dan tempat bangsa Cina dan India dari PKR bertanding. Tengoklah nanti, mesti PRU akan datang PAS akan lingkup, pasti kita akan kuat. Masa tu, kita sepak-sepak je PAS ni macam tahun 1978 dulu. ” ujar seorang menteri yang lain pula.

Semua menteri-menteri itu gelak besar. Gelak mereka, tidak ubah seperti gelak firaun yang berjaya membina piramid besar yang merupakan tonggak kekuasaan Firuan.

Sekian

P/s : kisah ini, tiada kaitan dengan mereka yang mati dan hidup. Jika ada kesamaan, itu kebetulan sahaja.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 Rabiul Awal 1431 – 11 Mac 2010 * 2:56 petang

SOLAT ISTISQA' DI KELATE

Klik gambar untuk besarkan

FORUM PERDANA

FORUM PERDANA

TAJUK;

"PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM ABAD – 21"

AHLI PANEL ;

Dato' Ustaz Nakhaie Haji Ahmad

Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin

TEMPAT :

Masjid As-Salam, Puchong Perdana

TARIKH ;

10 April 2010 (selepas solat maghrib)

(ini bukan muqabalah dan muzakarah dibelakang tabir dan secara sulit, =)) (^ , ^) sesiapa pun boleh hadir)



Sila layari : Masjid As-Salam.

Selasa, 9 Mac 2010

WAHAI PIMPINAN PAS, TOLONG NAFIKAN BERITA INI

Bukankah berita ini "provokasi" yang dilancarkan utusan Meloya, agar wujud konflik dalaman antara rakan-rakan Pakatan Rakyat? sudah pasti, ia merupakan fitnah yang dilakukan oleh Utusan Meloya terhadap kepimpinan PAS.

Wahai pimpinan PAS, tolonglah nafikan berita dibawah ini.

Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai – Nasharudin

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Buku setebal 474 muka surat itu ditulis karyawan tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.

Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya, Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat berlaku perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda sehingga mengakibatkan rusuhan.

Nasharudin yang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu berkata, kisah Natrah seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak bahawa perlunya perpaduan di kalangan parti politik umat Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara, agama dan bangsa.

“Dalam kes Natrah, tiga parti politik berbeza bersatu atas satu isu yang cukup serius bagi menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah.

“Saya juga mengharapkan peristiwa Natrah ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita. Sepatutnya kita mengurangkan perbezaan pandangan dan pendapat.

“Tumpuan haruslah dibuat untuk mara bagi memastikan kita dapat membangunkan negara ini dalam keadaan yang harmoni, aman dan selamat,” katanya.

sila Klik.

KENAPA WAKIL PAS PERGI?


KENAPA WAKIL PAS PERGI?

Dalam satu hadis riwayat imam Muslimm, daripada Anas bin Malik berkata;

أَنَّ جَارًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَارِسِيًّا كَانَ طَيِّبَ الْمَرَقِ فَصَنَعَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جَاءَ يَدْعُوهُ فَقَالَ وَهَذِهِ لِعَائِشَةَ فَقَالَ لَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا فَعَادَ يَدْعُوهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهَذِهِ قَالَ لَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا ثُمَّ عَادَ يَدْعُوهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهَذِهِ قَالَ نَعَمْ فِي الثَّالِثَةِ فَقَامَا يَتَدَافَعَانِ حَتَّى أَتَيَا مَنْزِلَهُ

Maksudnya;
"”Sesungguhnya Rasulullah SAW mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan bersama Rasulullah SAW. kemudian Dia menjemput Nabi. Nabi berkata : ”Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia menjawab: ”tidak”. Nabi berkata : ”kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu”. Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata : ”apakah Aisyah dijemput sama?” dia berkata : ”tidak”. Nabi SAW berkata : ”kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan ini” Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : ”apakah Aisyah dijemput?” Dia menjawab : ”Ya” pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan sama-sama ke rumahnya
[1]"

Dalam utusan maloya pula, dilaporkan;

KUALA LUMPUR 9 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan politik seperti itu adalah amat penting bagi mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam daripada dipandang rendah oleh mana-mana pihak.

‘‘Dalam hal persefahaman politik, kisah Natrah membuktikan bahawa umat Islam daripada latar ideologi politik yang berbeza mampu untuk bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam.

‘‘Tokoh-tokoh seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tun Sardon Jubir, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tun Hussein Onn telah mengetepikan perbezaan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian Islam yang dipandang rendah oleh penjajah.

‘‘Perpaduan ini terakam dalam lipatan sejarah sebagai perpaduan yang amat bermakna kerana tiga parti politik yang berbeza ideologi dan pendekatan ketika itu iaitu UMNO, Hizbul Muslimin dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) boleh bersatu demi mempertahankan kesucian Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang ditulis oleh Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. (sila Klik)


PERSOALANNYA

Hadis yang dinukilkan ini, memperlihatkan betapa nabi SAW menghormati perasaan Aisyah ketika dijemput makan di rumah seorang yang berbangsa farsi.

Dalam utusan Malaysia pula, dilaporkan dua orang pimpinan PAS telah hadir dalam majlis pelancaran buku natrah.

Persoalannya adalah;

1- Kenapa PKR dan DAP yang berbangsa melayu – beragama islam tidak dijemput dalam majlis pelancaran buku tersebut?
2- Kenapa ada pimpinan PAS yang hadir dalam majlis ini, tanpa melihat kesan kehadiran mereka dalam majlis terbabit?
3- Kenapa pimpinan PAS yang hadir adalah pimpinan yang sedia diragui oleh ramai rakyat stand mereka terhadap PR?

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Seksyen 14, PJ
24 Rabiul awal 1431 – 10 Mac 2010 * 5:49 pagi

[1] Muslim : 3798.

KELANTAN UNIVERSITI POLITIK


KELANTAN UNIVERSITI POLITIK

Sebelum ini, aku dijemput oleh kerajaan negeri kelantan untuk membentang kertas kerja dalam isu polimik penggunaan kalimah Allah di kalangan Non Muslim di Malaysia.

Pertemuan dengan tiga orang tokoh agamawan dalam Negara; Dr Mohd Nur Manuti, Dr Siddiq Fadzil dan Dr Johari Mat benar-benar menyebabkan aku gementar sedikit untuk membentang isu ini. almaklumlah, mereka mempunyai PhD yang melayakkan mereka mendapat gelaran "Doktor", walhal aku sekadar PhD yang tidak melayakkan untuk mendapat gelaran tersebut, kerana PhD aku adalah "Pondok Haji Dolah", Lubuk Tapah Pasir Mas.

Namun begitu, bersyukur kapada Allah kerana aku berjaya membentangkan kertas dalam isu ini sehingga menyebabkan majority hadirin bersetuju, bahkan mendapat sokongan penuh oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, menteri besar kelantan sehingga mencadangkan aku menulis isu ini dalam bentuk buku yang bercetak. Segala puji bagi Allah, aku sudah melaksanakan cadangan Tuan Guru tersebut, dan kemungkinan dalam dua minggu lagi, buku tersebut akan terbit.

Ekoran pembentangan kertas kerja tersebut, sekali lagi pihak kelantan telah menjemputku hadir di kelantan untuk berceramah atas pentas politik PAS dalam menerangkan isu mauled Nabi; terutama apabila wujud polimik dalam isu perarakan mauled nabi.

Ini adalah pengalaman pertama dalam hidupku berceramah di atas pentas politik di sebuah negeri yang mempunyai kekuatan kefahaman islam. negeri yang diperintah oleh seorang tokoh politik bertitle Ulama yang disegani kawan dan lawan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

TUMPAT

Di tumpat, berlaku satu polimik yang agak susah untuk dirungkai, iaitu melibatkan kepada seorang "Tuan Guru" di salah sebuah pondok di situ yang telah 'mengkafirkan' Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkenaan dengan kenyataan Tuan Guru yang tidak mengadakan perarakan Maulid nabi SAW.

Isu ini menjadi polimik di Tumpat; ramai dari rakyat di tumpat yang mengikut ceramah "Tuan Guru" yang berdiri atas pentas UMNO tersebut. Tidak dinafikan, ada juga agamawan yang menjawab isu ini, tetapi pihak PAS di Tumpat memilih untuk menjemput aku dan ustaz Hamid Derani untuk memberi penerangan isu ini dalam bentuk yang ilmiyyah.

Waima ditawarkan tiket kapal terbang, tetapi aku lebih memilih ke kelantan dengan menaiki kereta Avanza hijau yang merupakan 'buraq' harianku. Sesampai di Kelantan, aku ditempatkan di Pantai Tujuh dan bermalam di situ.

Pada waktu Maghrib, aku dijadualkan menyampaikan ceramah di Masjid Geting. Mengejutkan, kehadiran jemaah begitu ramai, agak susah dilihat berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam ceramah, Aku banyak bercerita tentang Sirah Nabi, waima asalnya bercadang untuk mengulas ayat ke 26 dari surah Al-Imran. Segala puji bagi Allah, aku mendapat penghargaan dari pihak qaryah, dan mereka menjemputku untuk hadir beberapa kali lagi ke tempat mereka di masa akan datang.

Setelah makan malam bersama Pegawai Khas Ahli parlimen Tumpat, aku dibawa ke tapak ceramah. Aku berceramah bersama YB Che Lah, exco kerajaan kelantan dan ustaz Ahmad Derani, seorang penceramah yang amat dikenali ramai di kelantan.

Setelah ucapan alu-aluan dari ketua Pemuda PAS tumpat, aku berceramah. Dalam ceramah, aku mengulas isu perarakan mauled ini dari sudut perbahasan ilmiyyah, disamping dikupas juga beberapa isu-isu politik dalam Negara dengan mengemukakan hujjah dari sudut perbahasan agama.

Keesokkannya, pula aku dijadual berceramah di Kota Bharu bersama Dato' Cikgu Rahim, Ahli parlimen kota Bharu dan Dr Fadzli Hasan, Exco kerajaan Negeri kelantan. Ustaz Nor Azariza yang merupakan naqib usrahku semasa di Pakistan dahulu, dan kini merupakan ketua penerangan PAS Kota Bharu menjadi pengerusi majlis.

Dirasakan seperti tidak layak berceramah, walhal naqibku dahulu menjadi pengerusi majlis. Malahan dirasakan lebih layak aku menjadi pengerusi majlis, dan naqibku menjadi penceramah.

Namun, aku didatangkan khas untuk berceramah, maka aku menyampaikan pandanganku dalam beberapa isu yang sedang dibincangkan di Malaysia.

Selepas ucapan alu-aluan dari Dato' Cikgu Rahim, aku pun menyampaikan pandangan-pandanganku menerusi ceramah tersebut. Dimulakan dengan olahan kisah penafian nabi Muhammad sebagai nabi akhir zamani yang dilakukan oleh orang yahudi dan nasrani menerusi kisah dari ayat 26 dari surah Al-Imran, lalu aku mengulas beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan dalam Negara.

Antara isu yang aku bawa pada malam itu adalah, isu lompat parti, tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, GST dari sudut Islam, doa kecelakaan yang disuarakan oleh Jamil Khair (Jason king – kata YB Amiruddin sari) dan sebagainya.

POLITIK KELANTAN

Padaku, politik kelantan amat menarik. Aku mengatakan demikian, kerana jemputan agar aku menyampaikan pandangan dalam isu perarakan mauled nabi SAW bersama Ustaz Hamid Derani dan YB Che Lah mendapat perhatian oleh UMNO tumpat.

Aku diberitahu bahawa, dua hari selepas ceramah itu, pihak UMNO Tumpat mengadakan ceramah lagi untuk menjawab balik segala hujjah-hujjah yang telah kami lontarkan. Padaku, politik sebegini amat sihat, bahkan agak tidak berlaku di negeri selain kelantan.

Apabila berfikir sedemikian, aku mula agak memahami mengapa politik Kelantan selalu berbelah pihak kepada PAS. Dilihat bahawa rakyat kelantan berpolitik, lebih kepada pemikiran dan kefahaman, bukannya 'wala' membuta-tuli' kepada sesuatu parti.

Aku berkeyakinan, jika budaya berpolitik seperti kelantan ini disuburkan, tidak hairan PAS akan dapat mendominasi kepimpinan dalam Negara. ia tidak sekadar emosi dan sentiment, tetapi ia lebih bersifat kefahaman dan pemikiran.

Sekian

p/s : aku berharap, bukan aku sahaja dapat memberi sumbangan dengan berada dalam gelangang politik sihat ini di kelantan, malahan berharap agar teman-teman yang memusuhiku juga dapat memberi sumbangan yang sama di suatu masa nanti – Insya Allah..

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Seksyen 14, PJ
24 Rabiul Awal 1431 – 10 Mac 2010 * 3:24 pagi




Ahad, 7 Mac 2010

PERJUANGAN UMNO SESAT - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

sumber : klik sini

QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Beliau adalah ulama, ahli politik dan pemikir Islam yang mempunyai paradigma


QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Qunut Subuh adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama-ulama fiqh; ada dari kalangan mereka memandang ia sebagai sunnah, dan ada sebahagian yang lain tidak mengatakan sedemikian.

Jika dirujuk pada hadis, didapati nabi SAW ada melakukan amalan qunut pada solat subuh. Namun begitu, ketika nabi SAW membaca qunut subuh itu, baginda memohon dari Allah agar mendatangkan tekanan terhadap orang-orang musyrikin yang melakukan penindasan terhadap orang Islam; baginda berdoa agar memberikan bantuan terhadap golongan lemah dari kalangan orang islam. Qunut tersebut disebut oleh kebanyakkan fuqaha' sebagai Qunut Nazilah.

Dalam mazhab As-Syafie, qunut subuh adalah sunat, dan digalakan melakukannya dalam bentuk sentiasa. Namun, didapati dalam riwayat mengatakan bahawa Imam As-Syafie telah pergi ke Baghdad, dan di sana beliau tidak membaca qunut dalam solat subuh kerana memberi penghormatan dan meraikan pengikut-pengikut orang yang bermazhab hanafi. Ini menandakan, bahawa qunut subuh dalam mazhab As-Syafie, bukanlah sesuatu yang perkara yang ketat, bahkan ia merupakan gambaran betapa fleksiblenya fatwa As-Syafie tentang Qunut subuh.

Sekian

Baca sama:
القنوت في صلاة الفجر

Wallahu 'Alam


- Pantai Tujuh, Tumpat
22 Rabiul Awal 1431 - 8 Mac 2010 * 8:00 pagi

BAIK SAMPAI IZIN ORANG 'ROGOL'

BAIK SAMPAI IZIN ORANG 'ROGOL'

ZulKulim telah banyak buat masalah kepada Pakatan Rakyat, bukan sekadar PKR. Lantaran, tidak hairan PKR terus pecat ZulKulim. Pemikiran melayunya, kadangkala menolak kebenaran Al-Quran dan As-sunnah. Buktinya, dalam isu kalimah Allah.

Isu Kalimah Allah, telah diperjelaskan dengan begitu ilmiah, bahkan hujjah dari pihak yang mengatakan "tidak boleh" digunakan kalimah Allah kepada non Muslim adalah hujjah yang cukup lemah, malahan penghujahan mereka tidak menggunakan penghujahan yang betul; dengan tidak merujuk kepada manhaj istidlal yang dii'tiraf dalam islam.

Pun begitu, insan yang bernama ZulKulim tetap berkeras kepala, bahkan terus menerus menjadikan isu ini sebagai modal untuk membuat onar sehingga melahirkan perbincangan di kalangan rakyat. Makanya, PKR membuat keputusan agar dia dipecat.

Namun setelah PKR mengambil sikap memecat ZulKulim ini, tidak semena-mena salah seorang naib presiden PAS telah menjemput ZulKulim untuk menyertai PAS. Persoalannya, atas alasan apa sang naib Presiden mengatakan sedemikian?

Mungkin alasannya adalah dakwah, memandangkan Ustaz Tuan Ibrahim mempunyai master dalam bidang dakwah, lebih-lebih lagi dimaklumkan tajuk masternya adalah "dakwah di Pulau tioman".

Jika alasan dakwah yang diguna pakai, mungkin ia betul dari satu sudut, tetapi ia tidak tepat pada sudut yang lain.

Tidak dinafikan, keberadaan politik islam adalah untuk menarik manusia kepada islam, dan berusaha sekeras mungkin agar manusia tidak terjebak dengan kekufuran. Namun begitu, sekali-kali tidak boleh diabaikan konsep 'menolak kemudharatan lebih didahulukan berbanding menarik maslahah'.

Dari sudut demokrasi berpilihanraya, lebih-lebih lagi apabila PAS berkawan dengan PKR dan DAP, tidak dapat tidak konsep setia kawan perlu dijaga, waima mendatangkan mudharat yang kecil pada PAS. inilah yang dilakukan oleh nabi SAW dalam Sulh Al-hudaibiyyah, sekembalinya Nabi SAW dari Isra' dan mi'raj dan sebagainya.

Dalam sulh Al-Hudaibiyyah, seorang sahabat bernama Abu basher yang berasal dari makkah telah memeluk islam dan bersembunyi dibawah kerajaan madinah. Jika dirujuk kepada kandungan perjanjian antara Nabi dengan Quraish, keberadaan Abu basher dalam madinah adalah satu sikap melanggar perjanjian. Lantaran, apabila Al-Azhar dan Al-Akhnas telah meminta dari nabi SAW agar Abu Basher dihantar balik ke makkah, Nabi SAW menyuruh Abu Basher pergi, waima mendapat tentangan hebat dari para sahabat dengan dakwaan kemungkinan Abu basher di bunuh, atau dimurtadkan.

Ya.. nabi SAW menyerahkan Abu Basher kepada Makkah adalah mudharat pada diri Abu basher, tetapi memandangkan nabi SAW mempunyai minda dakwah yang terkandung seribu satu minda politik, menyebabkan nabi SAW menyuruhnya pergi juga, kerana demi menjaga imej Islam; sebagai sebuah agama yang menghormati perjanjian.

Jika melihat kepada kisah Abu Basher ini, kita akan dapat jawapan bahawa jemputan tuan Ibrahim terhadap ZulKulim itu, mungkin betul, tetapi ia tidak tepat kerana ia tidak sealiran dengan cara berfikir Nabi SAW.

"orang baik ni, bukan orang yang selalu angguk. Sampai orang nak pukul kepala pun dia angguk juga, itu bukan baik, tapi tak pandai guna kebaikan" bisik hatiku.

"Sudah terbukti orang 'rogol' parti dia, tiba-tiba kita nak bagi pula orang sama 'rogol' parti kita" sambung bisikan hatiku lagi

Sekian

p/s : agak-agaklah, jika Tuan Ibrahim mengambil Kes ZulKulim berdasarkan Jawatankuasa Disiplin PAS, apakah ZulKulim senasib Khalid Samad atau senasib Hasan Ali?

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan
22 rabiul Awal 1431 – 8 Mac 2010 * 2:24 pagi



KOMEN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ TERHADAP HARUSSANI

Dua tokoh politik yang terbukti berjaya mengegarkan politik Malaysia


Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010