Selasa, 5 Julai 2011

KOMEN DR ASRI TERHADAP ULAMA MUDA UMNO

..ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..

menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj 'salafi' dan saya antara yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..

mereka seakan aliran 'zahiri' atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai 'wahabi'..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai 'wahabi' ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..

pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman 'konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..

apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua..

sumber : sila klik

Pemandu Teksi Pasir Puteh: PKINK Tidak Bersalah

Laporan Sinar Harian, 5 Julai, sebagaimana keratan di bawah adalah amat jelas menunjukkan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri Kelantan merampas dan menjual tapak teksi Pasir Puteh kepada pihak swasta adalah tidak benar sama sekali dan terbukti bahawa PM menggunakan fakta salah.

Keghairahan UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas Kelantan dengan cara ini mengakibatkan tercalarnya kredibiliti Perdana Menteri dengan mempersembahkan sumber-sumber palsu yang tidak berasas.

Sebagaimana kehendak Kickdefella yang amat berminat dalam isu ini "masa akan mentukannya, segala-galanya akan terdedah juga", justeru, keyakinan kepada Tuhan Yang Maha Adil akan menentukan serta mendedahkan segala-galanya.

Tidak ada siapa-siapa yang boleh menutup Bohong dengan Berbohong. [sumber : klik]

*** 

Kickdefella & Perdana Menteri Satu Kategori

Kickdefella dan Perdana Menteri adalah dalam satu kategori, apabila sudah berbohong, menuduh orang lain pula berbohong.

Disini disertakan attachment (klik sini) cabutan Hak-milik Tanah Tapak Stesen Kereta Sewa Pasir Puteh yang dimiliki Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang didakwa telah dijual kepada Syarikat Swasta bukan Melayu oleh Perdana Menteri dalam satu program di Pasir Putih ketika Lawatan Kerja Sehari Perdana Menteri di Kelantan.

Tidak seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kepada orang ramai di Pasir Putih, dengan bukti hitam putih, terbukti tuan-punya yang sah kepada tanah tersebut, masih lagi milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) seperti yang direkod.

Tidak ada siapa-siapa yang boleh menutup Bohong dengan Berbohong. [Sumber : sila klik]


Isnin, 4 Julai 2011

HUSAM JAWAB NAJIB

Kenyataan Akhbar
YB Dato Hj Husam Musa

2 Julai 2011

TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: 
KENYATAAN PM SALAH MAKLUMAT

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.

Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata.

Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau.

Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal. 

Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan.

Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'.

Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu. 

Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau.

Sekian, terima kasih.


Dato’ Haji Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Sya'aban 1432
2 Julai 2011