Sabtu, 17 Januari 2009

SYUKUR ISLAM MENANG !!!

SYUKUR ISLAM MENANG !!!

Segala kemenangan ini, diserahkan kepada Allah SWT. Sebab, kemenangan atau kekalahan, semuanya tertakluk kepada Allah.

Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

(Surah Al-Imran : 26)

Berita kemenangan yang dinanti-nanti dengan debaran, melahirkan kegembiraan yang amat bermakna. Susah untuk menjangka cara politik orang terengganu yang unik ini, disebabkan itulah cara politik mereka tidak boleh disamakan dengan politik rakyat di negeri-negeri yang lain.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul ‘Am dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS; dua tokoh kerohanian dalam PAS ini banyak memberi kesan politik dalam kemenangan PAS di Parlimen Kuala terengganu.

Tahniah diucapkan kepada pejuang-pejuang Islam (baca : petugas) yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, semata-mata mahu melihat Islam menang di Kuala Terengganu. Apakah kemenangan akan terhasil tanpa kehadiran anda semua…

Disamping itu juga, tidak lupa diucapkan terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat; PKR yang diwakili Pak Syaikh Anwar Ibrahim bersama sahabat-sahabat.

Walaupun ada “sindiran pedih” dari mulut orang no 2 dalam PAS terhadap sebilangan pimpinan PKR, pun begitu tidak dihiraukan dan tidak menjadikannya sesuatu yang terbuku dalam hati, bahkan terus membantu untuk memenangkan PAS di Parlimen Kuala Terenganu.

Begitujuga, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada DAP yang diwakili Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang amat consistent dalam memberi bantuan tenaga dalam usaha hendak memenangkan PAS di Parlimen Kuala Terengganu.

Tahniah bercampur takziah diucapkan kepada YB Abdul Wahid Endut, yang berjaya mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya kecil kali ini. Tahniah kerana mendapat kemenangan; takziah pula kerana terpaksa memikul beban yang amat berat dalam usaha “berdakwah” dalam dewan rakyat yang lebih mencabar.

Tidak dilupakan, ucapan takziah yang bersangatan ditujukan kepada Mat Ezam yang bercadang nak buat gempak, tetapi gempaknya tidak segempak mana itu telah melahirkan lagi kebencian rakyat Kuala Terengganu terhadap Barisan Nasional; membawa kekalahan yang memalukan.

Pada pandangan peribadiku, kegempakan Ezam setahap gempaknya “majalah Gempak” antara factor penting kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil bagi parlimen Kuala Terengganu.

Oleh itu, dicadangkan kepada ezam agar hebatkan permainan politik anda, kerana permainan politik anda merupakan jalan pintas dalam mengkuburkan politik UMNO/BN di Malaysia..


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 Januari 2009 * 11:46 malam









Jumaat, 16 Januari 2009

BERTEMANKAN SAHABAT NABI : SIRI 2

ABDULLAH BIN MASU’UD

Beliau adalah salah seorang sahabat Nabi yang hebat. Beliau antara orang yang terlibat dalam peperangan Badar bersama dengan nabi SAW. juga terlibat dua kali hijrah; hijrah dari Makkah ke Habshah dan hijrah dari Makkah ke Madinah.

Dalam peperangan Uhud, beliau juga terlibat dalam peperangan tersebut. di kala para sahabat turun dari bukit uhud, untuk mendapatkan habuan harta ghanimah, hanya 4 orang sahaja yang bertahan dibukit uhud bersama dengan nabi SAW; antaranya adalah Abdullah bin Mas’ud.

***********

Dalam sahih Al-Bukhari, hadis yang diriwayatkan oleh beliau sebanyak 21 hadis. Dan dalam sahih Muslim pula, hadis yang diriwayatkan oleh beliau sebanyak 35 hadis. Adapun hadis yang diriwayatkan secara bersama; Al-Bukhari dan Muslim (baca : muttafaqun alaih) sebanyak 64 hadis.

Ditanya, mengapa hadis yang diriwayatkan oleh beliau tidak banyak; tidak seperti Abu Hurairah R.A yang hanya sempat bersama dengan nabi hanya 2 tahun sahaja, tetapi meriwayatkan hadis Nabi beribu-ribu hadis ???

Jawapannya adalah; Abdullah bin Mas’ud mempunyai watak yang terlalu warak. Kewarakan itu sehingga tidak sanggup mengungkap sebarang ungkapan Nabi SAW melainkan beliau pasti akan gementar; kadangkala menitiskan air mata.

Ammar bin Maimun bercerita; bahawa beliau sering berulang alik ke rumah Abdullah bin Mas’ud selama setahun. Dalam jangka masa itu, beliau tidak pernah mendengar beliau mengungkap sepatah hadis pun melainkan sekali sahaja. Itupun, dikala Abdullah menyebutnya “bersabda Nabi SAW”, dahinya berpeluh dan gementar. Lalu beliau pasti akan menyebut “lebih kurang macam inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW”.

Alqamah bin Qais juga ada bercerita; bahawa beliau sering mendengar kuliah yang disampai oleh Abdullah bin mas’ud pada setiap hari khamis. Dalam mendengar kuliah itu, beliau tidak pernah mendengar Abdullah menyebut “bersabda Nabi SAW” melainkan sekali. Itupun, dalam keadaan beliau terpaksa bertelekan pada tongkat; kelihatan tongkat itu bergeletar.

***************************

Beliau adalah manusia yang keenam masuk Islam; sebelum Nabi SAW sempat masuk buat usrah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.

Beliau memeluk Islam, sewaktu beliau masih remaja; yang mana beliau telah bekerja dengan seorang tokoh kafir Quraish yang bernama Aqabah bin Abi Mu’ayyit sebagai pengembala kambing.

Di suatu hari, ketika beliau sebuk dengan urusan menjaga kambing, lalu datang nabi Muhammad SAW bersama dengan Abu Bakar As-Siddiq. Melihat beliau, Baginda Nabi SAW bertanya kepada beliau, apakah beliau mempunyai susu kambing yang boleh diminum Nabi dan Abu Bakar.

Mendengar itu, Abdullah bin Mas’ud menyatakan bahawa beliau adalah pekerja yang diberikan amanah; tidak dapat memberikan kepada baginda dan abu bakar susu kambing. Mendengar itu, Baginda SAW bertanya lagi, apakah kambing dalam jagaannya itu ada yang mandul. Lalu, ditunjukkan oleh Abdullah bin mas’ud seekor kambing yang mandul.

Melihat kambing itu, terus baginda SAW berdoa kepada Allah sambil memegang labu susu kambing tersebut, menyebabkan susu kambing itu melimpah keluar begitu banyak, sehingga baginda SAW, Abu Bakar dan beliau pun minum air susu itu sehingga puas.

Selesai minum, baginda SAW pun menitahkan agar labu susu kambing itu berkempis; lalu labu susu itu kempis.

Melihat kejadian itu, menyebabkan Abdullah bin Mas’ud merasa kagum. Beliau berjumpa dengan nabi SAW dan menyatakan hasratnya untuk memeluk islam.

*********

Abdullah bin Mas’ud mempunyai suara yang sangat merdu, lebih-lebih lagi dikala membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Abdullah bin Mas’ud banyak memberi kesan yang mendalam kepada bangsawan-bangsawan arab yang amat minat dengan sastera. Pun begitu, disebabkan kesombongan kafir quraish terhadap kebenaran, walaupun hati kecil mereka menyatakan kehebatan mukjizat Al-Quran dari sudut sastera itu, mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah, walaupun Al-Quran itu dibaca dengan suara yang merdu; yang dibacakan oleh Abdullah bin Mas’ud.

Diceritakan oleh Zubair bin Awwam R.A; bahawa para sahabat berpendapat, antara sebab pembesar-pembesar Quraish tidak memeluk islam adalah kerana, mereka tidak pernah mendengar ayat-ayat Al-Quran. Maka setelah bermesyuarat, Abdullah bin Mas’ud menawarkan diri agar beliau sendiri yang pergi membaca Al-Quran di depan pembesar-pembesar Quraish tersebut.

Tawaran diri dari Abdullah bin Mas’ud dibimbangi oleh ramai para sahabat; kerana dibimbangi para pembesar itu akan memukul beliau. Kebimbangan yang dinyatakan oleh para sahabat itu tidak diendahkan oleh Abdullah, disamping menyatakan bahawa Allah pasti akan membela tindakan beliau.

Beliau terus pergi di Balai pertemuan quraish dalam waktu dhuha. Di sana, beliau terus membacakan surah Ar-Rahman dengan suara yang kuat; agar ianya didengari oleh pembesar-pembesar Quraish itu.

Mendengar bacaan Abdullah bin Mas’ud itu, menyebabkan ramai dari kalangan pembesar Quraish marah, kerana bimbang ada dari kalangan mereka terpengaruh dengan bacaan Al-Quran dari Abdullah bin Mas’ud; lalu Abdullah pun dipukul sehingga menerima luka yang amat berat.

***********

Kemerduan beliau dalam mengalunkan bacaan Al-Quran, pernah disebut oleh Nabi agar dicontohi. Sehinggakan baginda Nabi SAW pernah berkata:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآَنَ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ فَلْيَقْرَأْ قِرَاءَةَ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang suka membaca Al-Quran secara tepat sepertimana diturunkan, maka hendaklah dia membaca seperti bacaan Ibni Ummi ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)
[1]

Bahkan, jika dibaca dalam hadis. Pernah suatu hari Nabi SAW memanggil Abdullah bin Mas’ud agar membacakan ayat Al-Quran untuk diperdengarkan kepada Nabi SAW.

Pada awalnya, Abdullah bin Mas’ud berasa malu, tetapi diminta juga oleh Nabi SAW.

Lalu, apabila Abdullah bin Mas’ud membaca kepada Nabi dari ayat 41 hingga 42 dari surah an-nisa’, menyebabkan Baginda SAW menangis, sehingga Baginda Nabi SAW mengisyaratkan dengan tangan baginda kepada Abdullah agar berhenti dari membacanya.

**********

Keilmuan juga agak tinggi, jika mahu dibandingkan dengan para sahabat nabi yang lain. ketinggian beliau dalam ilmu, pernah dinyatakan oleh beliau pernah menyebut;

ما نزلت آية من كتاب الله إلا وأنا أعلم أين نزلت وفيما نزلت

Maksudnya;
“Tidak diturunkan satu ayat pun daripada Kitabullah, melainkan aku mengetahui dimana ayat itu diturunkan, dan kerana apa ianya diturunkan
[2]

Ilmu yang diperolehi oleh beliau, banyak diperolehi terus dari mulut Nabi SAW. beliau pernah berkata:

لقد قرأت من في رسول الله صلى الله عليه وسلم سبعين سورة

Maksudnya;
“Sesungguhnya aku belajar daripada mulut Rasulullah SAW sendiri sebanyak 70 surah
[3]

Dalam riwayat lain, Abdullah bin Mas’ud ada berkata:

لقد قرأت على رسول الله صلى الله عليه وسلم سبعين سورة، ولقد علم أصحاب محمد أني أعلمهم بكتاب الله، ولو أعلم أحدا أعلم بكتاب الله مني، لرحلت إليه

Maksudnya;
“Aku mempelajari terus dari Rasulullah SAW sebanyak 70 surah. Sesungguhnya para sahabat menyetahui bahawa aku adalah manusia yang banyak mengetahui berkenaan dengan kitabullah. Sekiranya aku mengetahui ada seorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah melebihiku, pasti aku akan pergi kepadanya
[4]

***************

Beliau hidup sehingga pada zaman para sahabat menjadi Khalifah. Pada Zaman Omar bin Al-Khattab jadi Khalifah, beliau dilantik menjadi menteri kewangan di Kufah. Jawatan itu diberikan kepada beliau, kerana omar melihat kewarakan yang wujud pada diri beliau.

Jawatan itu dipegang beliau sehingga zaman pemerintahan Osman bin Affan. Dikala itu, penduduk kufah amat berminat dengan Abdullah bin Ma’sud sehingga mereka pernah mendesak agar Osman diletakkan jawatan khalifah lalu digantikan oleh Abdullah bin mas’ud, tetapi desakan itu dibantah sendiri oleh Abdullah.

***************

Beliau mempunyai perut kurus dan betisnya kecil. Beliau adalah antara manusia rendah sehinggakan pernah diceritakan bahawa tinggi beliau sama tinggi dengan orang yang sedang duduk.

Pernah suatu ketika, para sahabat tertawa dengan bentuk betisnya yang kecil jika dibandingkan dengan tubuhnya itu, menyebabkan baginda nabi SAW terus berkata:

ما تضحكون ؟ لرجل عبد الله أثقل في الميزان يوم القيامة من أحد

Maksudnya;
“apa yang kamu tertawakan itu?? sesungguhnya betis abdullah lebih berat timbangannya pada hari kiamat nanti daripada bukit uhud
[5]

Beliau adalah antara para sahabat yang suka kepada wangi-wangian, juga suka berpakaian berwarna putih.

Beliau meninggal dunia pada tahun di Madinah. Dikebumikan di kubur Baqi’ pada tahun 32 hijriyyah, iaitu 3 tahun sebelum kematian Osman bin Affan.

Beliau wafat, sewaktu umur beliau 63 tahun.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 Januari 2009 * 5:28 pagi.




[1] Mukjam Al-Kabir li At-Tibrani : 8335.
[2] Siyar Al-‘Alam Wa An-Nubala’ : 1/472.
[3] Ar-Rijal Haul Ar-Rasul : m.s 221
[4] Siyar Al-‘Alam wa An-Nubala’ : 1/473.
[5] Siyar Al-‘Alam wa An-Nubala’ : 1/478.

Khamis, 15 Januari 2009

SURAT DAMAI” : NYATA EZAM MAT GEMPAK TAHAP GABAN

“SURAT DAMAI” : NYATA EZAM MAT GEMPAK TAHAP GABAN

Ezam, Klon malahan scan Pak Syaikh Anwar Ibrahim yang berbangsa jawa mahu mendedahkan, kononnya ada satu surat damai antara Pak Syaikh Anwar Ibrahim dengan Dr Mahathir semasa pemecatan Pak Syaikh dahulu.

Bunyi macam gempak, tapi rupa-rupanya tak gempak mana. Sebab, surat itu, bukan sahaja berada didalam tangan Ezam sahaja, bahkan ada kat tangan ramai kenalan rapat Pak Syaikh Anwar Ibrahim.

Aku mengenali beberapa kenalan rapat Pak Syaikh Anwar Ibrahim, seperti Saudara Eikmal Ahmad dan Saudara Eddieputra. Saudara Eikmal seorang yang berwatak intelek, lantaran dulunya beliau seorang budak dari badan kajian “IKD” dan Eddieputra pula seorang yang berwatak bersahaja lantaran beliau seorang aktivis reformasi yang sentiasa dengan masyarakat.

Antara kedua-dua teman itu, aku amat rapat dengan Eddieputra.

Eddieputra menyatakan bahawa beliau juga ada menyimpan surat yang didakwa damai itu; dan beliau sendiri menunjukkan kepadaku surat tersebut sebelum Ezam pergi kempen pilihanraya Kuala Terengganu lagi.

Membaca kandungan surat tu, aku nak tergelak dengan berita gempak yang dimainkan oleh Ezam. Apabila membaca kandungan surat itu, disamping mengetahui kronologi disebalik keluarnya surat itu, ianya tidak segempak mana, cumanya sengaja digempakkan oleh Ezam seperti hendak melariskan majalah gempak yang tersebar di pasaran.

Eddieputra menyatakan, surat itu diambil oleh beliau ketika Pak Syaikh Anwar Ibrahim hendak pindah rumah dari Bukit Damansara ke bukit segambut. Semasa pemindahan sedang berlaku, Eddieputra meminta izin dari Pak Syaikh Anwar Ibrahim untuk menyimpan surat itu, untuk dijadikan koleksi.

Pak Syaikh tidak kisah Eddieputra ambil surat itu, kerana pada beliau, surat itu adalah sampah yang tidak bernilai lagi.

Semasa Ezam hendak mendedahkan kandungan surat damai tersebut, aku tidak menyangka, surat itu yang dimaksudkan. Tiba-tiba, apabila surat itu didedahkan, aku rasa nak tergelak dengan sikap ezam yang suka menggempakkan orang dengan sesuatu yang tak gempak langsung.

Eddieputra pada awalnya pun menyangka, bahawa mungkin ada sesuatu yang lebih gempak yang mahu didedahkan oleh Ezam, rupa-rupanya surat yang sama; bermakna, bukan sesuatu yang gempak, tetapi kegempakannya itu sekadar gempaknya ”majalah gempak” yang tersebar di pasaran sahaja.

Oleh itu, tolong bagi pesanan kat Mat ezam tu, tak payah buat kerja gempak sangat. Sebab, orang yang suka gempak-gempak ni selalunya orang yang gila nak masyhur...

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Januari 2009 * 3:41petang.

Rabu, 14 Januari 2009

AL-KISAH MAKA TERSEBUTLAH KISAH

AL-KISAH MAKA TERSEBUTLAH KISAH

Kehadiran Presiden Amerika, Bill Clinton ke Negara Pakistan dalam akhir tahun 1999; menyebabkan pihak kerajaan Pakistan yang di Perdana Menterikan Nawaz Syarif ketika itu menyiapkan kelengkapan yang cukup hebat.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Pakistan hingga pejabat Nawaz Syarif dipenuhi dengan Askar Pakistan yang mengawal keselamatan Bill Clinton.

Dalam perjalanan tersebut, Bill Clinton terlihat beberapa kali sebilangan rakyat Pakistan yang kencing di tepi dinding, menyebabkan, setelah sampai di Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Bill Clinton telah “sound” Nawaz Syarif mendakwa bahawa Nawaz Syarif tidak pandai menjaga kebersihan Negara, disamping tidak pandai mendisiplinkan rakyatnya.

Tindakan Bill Clinton itu menyebabkan Nawaz Syarif bengang serta berazam untuk mencari kelemahan pemerintahan Bill Clinton di Amerika nanti.

Dalam tahun berikutnya, Nawaf Syarif telah pergi ke Amerika. Dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Amerika menuju pejabat Presiden Bill Clinton, Nawaz Syarif bagaikan seekor kucing kehilangan anaknya; memerhati ke kanan dan ke kiri untuk mencari modal untuk nak “sound” Bill Clinton nanti.

Dalam perjalanan itu, Nawaz Syarif terperasan seorang lelaki kencing di dinding, menyebabkan ketika berjumpa dengan Bill Clinton, beliau pun “sound” Bill Clinton bahawa beliau juga tidak pandai jaga Negara, juga tidak pandai mendisiplinkan rakyatnya.

Tindakan Nawaz Syarif itu menyebabkan Bill Clinton marah, lalu mengarahkan tentera dan polis Amerika agar mencari lelaki yang kencing di dinding yang dimaksudkan oleh Nawaz Syarif itu.

Setelah seminggu menjalankan siasatan, lelaki yang kencing di dinding yang dilihat oleh Nawaf Syarif itu diketemui. Siasatan lanjut dilakukan, tiba-tiba didapati, lelaki yang kencing di dinding tersebut adalah seorang rakyat Pakistan juga, tetapi bekerja di Amerika.
kua... kua.. kua... :=))

Sekian……………

Al-Bakistani
- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Januari 2009 * 6:35 pagi

Selasa, 13 Januari 2009

BETUL KE PROJEK KEBAJIKAN TAK TERJEJAS : TIPU !!!!

BETUL KE PROJEK KEBAJIKAN TAK TERJEJAS : TIPU !!!!

Malaysiakini melaporkan bahawa Nik Nazmi berkata;

"Pembelian kereta Toyota Camry ini sebenarnya tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan "merakyatkan ekonomi Selangor" yang telah dirancang kerana kerajaan negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan,
[1]"

ULASAN

Aku tidak tahu apa definisi kebajikan yang dimaksudkan oleh si Setiusaha Politik Menteri Besar Negeri Selangor ini. terpulanglah kepada sesiapa yang mahu menafsirkannya.

Padaku, bukan isu terjejas atau tidak projek kebajikan yang telah dibajetkan, tetapi persoalannya, mengapa gopoh sangat nak tukar kereta baru??????

Disaat rakyat dalam kesusahan, di saat itu para exco menjadi ”mangkuk hayun”.

Wahai para exco kerajaan negeri selangor yang mangkuk hayun sekelian!!!

Korang tau tak, kampung aku sampai hari ini tidak bergeran tau?????

Aku dan Eddieputra dah hantar surat kat Menteri Besar Selangor, buat laporan pasal keadaan tanah kami yang tidak bergeran. Jawapan balas pun sudah diberikan. Tetapi, kami bukan sekadar nak jawapan balas sahaja, kami mahu geran tanah....sekali lagi.. kami nak bergerankan tanah kami niiiiii.... korang faham tak???????

Kami dah tak larat nak menjawab dengan orang kampung, tahu-tahu korang pakai kereta baru.... apa penting sangat ke kereta camry tu??? Kalau nak berjimat pun, kenapa tak pakai kereta korang sendiri dulu, claim minyak sudah la.. baru lah berkebajikan namanya..... ini tidak, kononnya nak jimat kos, beli kereta baru... mangkuk punya exco....

Masa tak jadi exco dulu, senang jer nampak naik kereta sendiri, tahu-tahu sekarang, jadi susah pulak nak naik kereta sendiri. Apasal ni????

Itu satu, yang keduanya pula.

Kat kampung aku ni, ada seorang budak berumur 2 tahun; ditimpa penyakit jantung berlubang. Aku dah buat surat permohonan zakat; dan surat permohonan zakat itu, telah ditandatangan oleh exco agama sendiri.. korang tak kenal ke sapa exco agama kerajaan negeri selangor ni,, tapi kenapa sampai hari ini, satu berita pasal zakat itu pun tak sampai-sampai kat kami.

Korang tau tak, bapa budak tu dah habis sangat dah duit dia, sebab dok biaya anaknya yang jantung berlubang tu... budak tu, kalau kena asap api goreng ikan pun, mukanya dah biru tau....
korang ada fikir ker benda-benda macam ni?? ke asyik dok fikir nak naik kereta baru jer????

Kat IJN yang nak diswastakan oleh UMNO si Babi tunggal tu, bapa budak tu dah berhutang dengan IJN tu sebanyak 30 ribu ringgit tau... dan hari ini, IJN sudah tidak mahu memberi sebarang rawatan kepada anak malang itu, disebabkan kemiskinan yang menimpa keluarga malang tu....

korang ada fikir ker benda-benda macam ni?? ke asyik dok fikir nak naik kereta baru jer????

Kalau korang nak tau, kalau jumpa ngan bapa budak tu, kau akan kata, bapa budak tu macam orang gila; kesana macam tak kena, ke sini pun rasa macam tak kena. Hidup tak senang, sebab asyik dok fikir hal anaknya yang sakit jantung berlubang tau....
korang ada fikir ker benda-benda macam ni?? ke asyik dok fikir nak naik kereta baru jer????

Aku dah berusaha hantar surat permohonan bantuan zakat melalui exco Agama kerajaan negeri selangor dah lebih 4 bulan tau, tapi apasal sampai hari ini, masakan duit bantuan, berita pasal status permohonan kami tak dengar langsung.... hapa, korang bantai ke duit zakat tu?? Ke korang malas nak buat kerja??? Kalau malas buat kerja, korang boleh Blah.. !!!!.. bagi orang lain yang lebih layak pegang jawatan tu... ramai lagi yang lebih bagus dari kau tau ....

Kalau mati budak tu, aku akan menyalahkan Hasan Ali sebagai exco agama, dan aku akan dakwa beliau dan semua exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor di akhirat nanti....

Sekian

P/s : apa-apa hal, sila hubungi di e mail aku yang termaktub.

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh

14 Januari 2009 * 3:00 pagi.

[1] http://malaysiakini.com/news/96384

Isnin, 12 Januari 2009

HEBATKAN BOIKOT, SAMPAI YAHUDI “BUNGKUS” !!!!

HEBATKAN BOIKOT, SAMPAI YAHUDI “BUNGKUS” !!!!

Aku tidak mengetahui sekadar mana kesan disebalik boikot terhadap yahudi yang telah dilancarkan. Selepas boikot dilancarkan, aku dan eddieputra ada juga buat sedikit kaji selidik terhadap KFC dan McDonald di sekitar Kuala Lumpur. Didapati, kehadiran pengunjungnya tidak ada bezanya dengan sebelum ini.

Mungkin boikot ini agak berjaya di negeri-negeri disebelah timur dan utara, tetapi mungkin tidak berjaya di sebelah selatan dan ditengah-tengah Malaysia.

Padaku, tindakan boikot itu adalah suatu tindakan yang bijak, ini kerana, kekuatan yahudi pada hari ini pun bermula dengan kekuatan kewangan mereka yang semuanya terhasil dari syarikat-syarikat yang bersahamkan dengan mereka; yang wujud di dunia-dunia Islam juga.

Ekoran dari itulah, cadangan Tun Dr Mahathir yang minta memboikot barang dagangan yang melibatkan yahudi, disamping mencadangkan wujudkan sistem kewangan dinar, merupakan tindakan yang bijak bagi menghadapi yahudi di masa akan datang.

Boikot memang boikot, tapi kadang-kadang kejayaannya agak kurang memuaskan. Oleh itu, perlu difikirkan cara yang paling berkesan bagi melancarkan boikot ini.

Padaku, dalam keadaan usaha boikot dilancarkan, inilah ruang yang paling luas untuk kita mencadangkan produk-produk yang diideakan oleh Umat Islam.

Bukannya tidak ada, bahkan wujud, seperti Radix Fread Chicken sebagai alternative, tetapi sedihnya, pasarannya tidak diluaskan.

Mencari maklumat dari internet, didapati Radix Fread Chicken yang mampu menyaingi KFC dan Mcdonald itu hanya berjalan secara rasmi di Sg Petani sahaja. Menunjukkan, walaupun kewujudan Radix FC ini agak lama, tetapi pemerintah di Malaysia lebih menyayangi produk berasaskan yahudi berbanding produk tempatan.

Sekarang, sudah tiba masanya produk orang islam perlu diperluaskan secara rasmi dan secara serius; ianya bertujuan untuk melawan produk yang berasaskan kepada yahudi yang membunuh umat Islam di Palestine.

Pihak kerajaan perlu memandang serius perkara ini. jika kerajaan BN lebih sayangkan Yahudi juga, maka sudah sampai masanya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan rakyat, bahkan kerajaan yang dimenangi solid oleh PAS perlu memberi ruang bahkan memberi bantuan kepada syarikat-syarikat makanan orang Islam dalam menyaingi syarikat makanan berasaskan kepada yahudi.

Kalau ini berjaya dilakukan, boikot yang dilancarkan terhadap yahudi insya Allah akan berkekalan, dan pasti syarikat-syarikat yahudi ini akan bungkus dan tidak akan bertapak lagi di Negara kita.

Persoalannya, apakah kita serius?????

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Januari 2009 * 6:39 pagi




TADABBUR AL-QURAN : SIRI 4

TERBAIK UNTUK ALLAH

Ramai manusia yang mahu menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah. Pun begitu, tujuan mereka menginfaqkan harta itu pelbagai. Ada yang infaq sememangnya mencari redha Allah; bahkan wujud juga bukan kerana Allah, tetapi mempunyai tujuan-tujuan dunia.

Infaq dengan tujuan dunia adalah infaq yang ditolak oleh Allah SWT, menyebabkan segala harta yang diinfaqkan itu tidak ada nilai ketika mengadap Allah SWT di akhirat nanti.

Antara sebab infaq itu ditolak oleh Allah SWT adalah, apabila infaq yang dilakukan itu dengan mengeluarkan harta yang penginfaq itu tidak berkeinginan kepada harta tersebut.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Maksudnya;
” Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”

(Surah Al-Baqarah : 267)

Menurut mufassirin yang muktabar seperti Imam ibnu Kathir dan Imam Fakhr Ar-Razi; ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang ansar yang mempunyai kebun kurma. Apabila datang musim menuai, banyak hasil tuaian yang berjaya dijual, bahkan terdapat juga sedikit hasil tuaian yang tidak laku dalam jualan.

Memandangkan di masjid Nabawi terdapat satu golongan manusia yang disebut sebagai Ahli Suffah; yang sering berzikir dan bermunajat kepada Allah. Mereka ini adalah manusia yang miskin, sehinggakan makan dan minum mereka benar-benar tertakluk kepada tawakkal mereka terhadap Allah.

Melihat keadaan itu, ada sebilangan orang-orang ansar yang mempunyai kebun kurma, membawa setandan kurma yang tidak laku dalam jualan. Mereka menggantungkan kurma yang bertandan itu di masjid Nabi SAW.

Tindakan mereka ini tidak bertepatan dengan kehendak Allah, menyebabkan mereka ditegur oleh Allah dengan menurunkan ayat 267 dari surah Al-Baqarah.

..........

Dalam ayat ini, Allah memulakan bicaranya dengan menyebut ”wahai orang-orang yang beriman”, menunjukkan bahawa infaq yang mempunyai nilai disisi Allah hanyalah infaq dari orang yang beriman sahaja.

Adapun orang kafir, sebarang infaq mereka tidak akan bernilai disisi Allah SWT, melainkan setelah mereka mengucapkan dua kalimah Syahadah; sebagai penyaksian jelas atas keislaman mereka.

Daripada Abu Said Al-Khudri, Sabda Nabi SAW;

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا

Maksudnya;
”apabila sesoerang hamba itu telah masuk Islam, lalu dia mencantikkan islamnya itu, nescaya Allah akan menulis baginya (memberi pahala) semua kebajikan yang telah lalu, dan menghapuskan segala kejahatan yang telah lalu
[1]

...............

Ulama berselisih dalam menafsirkan maksud ”infaqlah”. Ada ulama menyatakan, suruhan tersebut adalah difokuskan kepada infaq yang wajib (baca : Zakat). Alasan mereka adalah, kalimah ”انفقوا” itu dalam bahasa arab disebut sebagai “فعل الأمر” atau disebut “suruhan”

Dalam pengajian ilmu Usul Fiqh, semua nas dari Al-Quran dan hadis, apabila wujud suruhan, menunjukkan amalan tersebut adalah wajib, selagimana tidak wujud qarinah yang menukarkannya kepada yang lainnya.

Ada ulama lain pula menyatakan, suruhan dalam nas ini bukanlah merujuk kepada infaq yang wajib, tetapi merujuk kepada infaq yang sunat. Alasan yang dikemukakan adalah merujuk kepada sebab turun ayat ini yang telah disebut di atas.

Alasan lain yang dikemukakan adalah hadis Ibnu Abbas; yang mana, seorang lelaki telah datang membawa setandan kurma yang sudah busuk untuk dijadikan sebagai sedekah. Apabila melihat kejadian itu, menyebabkan baginda SAW terus menyebut;

بئس ما صنع صاحب هذا

Maksudnya;
“alangkah buruknya kelakuan tuan kurma ini”

Memandangkan Baginda SAW menyatakan sedemikian, menyebabkan ulama menafsirkan bahawa kenyataan Nabi itu sebagai mencela perbuatan lelaki tersebut adalah celaan yang makruh. Ekoran dari itu, suruhan dalam ayat ini adalah suruhan yang sunat; bukan suruhan wajib.

.............

Harta yang hendak diinfaqkan itu hendaklah dipastikan baik. Maksud dengan harta tersebut baik adalah, hendaklah harta tersebut halal. Bermaksud; Memandangkan sedekah merupakan sesuatu yang mulia disisi Allah, maka adalah sesuatu yang amat tidak wajar, apabila infaq yang dilakukan itu dengan menggunakan harta haram.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلَا يَقْبَلُ اللَّهُ إِلَّا طَيِّبًا

Maksudnya;
“tidaklah seseorang itu bersedekah dengan sesuatu sedekah daripada usahanya yang baik melainkan Allah tidak akan terima itu kecuali daripada yang baik juga
[2]

Jika mahu diajukan analogi; kita memberi infaq ini merupakan kita memberikan harta kita kepada Allah, walaupun dilihat pada reality alamnya yang menerima itu adalah orang miskin dan sebagainya. memberi harta kepada Allah adalah dengan tujuan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Ekoran dari itu, pasti kita akan memberikan yang terbaik.

Hal ini seperti kita mahu berdampingan dengan raja yang hebat, pasti kita memberikan sesuatu kepada raja tersebut dengan sesuatu yang kita paling baik; yang paling kita sayang.

Disisi Allah, sesuatu yang baik itu bukanlah penilaian kita yang mengatakan baik, tetapi hendaklah dinilai baik dari pandangan Allah SWT.

Oleh itu, Maksud dengan harta yang baik adalah, harta yang memberikan kecenderungan baik kepada pemilik harta daripada sudut akal, agama dan syahwatnya.

Bermaksud; harta-harta yang dimiliki itu tidak difikirkan untuk dihabiskan melainkan kepada tempat-tempat yang diredhai Allah SWT sahaja.

Ekoran dari itulah, apabila mereka melihat orang-orang yang miskin (baca : memerlukan), jiwa mereka akan terkesan, seterusnya mereka akan melakukan infaq.

Hal ini merujuk kepada sabdaan Nabi SAW ketika mengutuskan Muaz bin Jabal dengan kata Baginda SAW:

أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم وإياك وكرائم أموالهم

Maksudnya;
“Ajarlah kepada mereka, bahawa wajib ke atas mereka sedekah diambil daripada orang kaya dari kalangan mereka, lalu diberikan harta itu kepada orang-orang fakir dikalangan mereka. hindarkanlah diri kamu daripada kemuliaan harta mereka”

Juga, harta yang baik itu adalah harta yang terhasil dari usaha kita sendiri. Bermaksud; harta yang terhasil dari usaha orang lain, lalu diberikan kepada kita, seperti harta suami yang dijadikan infaq oleh isteri, maka harta itu adalah harta yang baik, tetapi kualiti baiknya tidak sama seperti harta yang terhasil dari usaha dia sendiri.

Oleh itu, jika si isteri ingin melakukan infaq, tetapi dengan menggunakan harta si suami, pahalanya tidak sama seperti si isteri itu menginfaqkan harta dari hasil tangannya sendiri.

……………….

Adalah suatu larangan dari Allah (baca : makruh) jika kita menginfaqkan harta kita dari harta-harta yang tidak elok; yang kita sendiri tidak meminatinya.

Sebab itulah, Allah menyatakan;

وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya”

(Surah Al-Baqarah : 267)

Ulama tafsir membahaskan maksud dengan harta yang dilihat dengan memincingkan mata adalah harta yang kamu sendiri “meluat” hendak melihatnya; harta yang dirasakan meluat jika ada ditangan kita.

Seperti, kita mempunyai pakaian yang banyak dalam almari, lalu dirasakan almari kita terlalu penuh, menyebabkan kita memilih pakaian yang kita tidak berminat lagi, lalu diberikan kepada orang lain.

Bahkan, jika dilihat kepada perbuatan Nabi SAW, kita akan dapati, baginda tidak akan memberikan sebarang infaq sekiranya harta yang hendak diberikan itu adalah harta yang baginda SAW sendiri tidak suka.

Hal ini merujuk kepada hadis, daripada Aisyah R.Ha berkata;

أُتِي رسول الله صلى الله عليه وسلم بضب فلم يأكله ولم ينه عنه. قلت: يا رسول الله، نطعمه المساكين؟ قال: "لا تطعموهم مما لا تأكلون"

Maksudnya;
“diberikan kepada nabi SAW seorang dhob, menyebabkan baginda SAW tidak memakannya dan juga tidak mencegah daripadanya. Aku berkata; Wahai Rasulullah, apakah tidak kita memberikannya (dhob) kepada orang-orang Miskin. Bersabda Nabi SAW: jangan kamu memberi makan kepada mereka daripada makanan yang kamu sendiri tidak memakannya”

…………..

Memandangkan segala harta ini bukan milik kita secara mutlak, tetapi hakikat pemilikan itu adalah dari Allah, maka kita terpaksa mengakui bahawa Allah itu tuhan yang maha kaya.

Apabila kita sedar bahawa harta itu adalah milik Allah seluruhnya, maka adalah satu tindakan yang tidak wajar kita menjadi kedekut, juga memilih harta yang tidak elok untuk dijadikan sebagai infaq.

Apabila kita telah memberi infaq dari harta yang terbaik, maka kitalah manusia yang selayaknya diberikan pujian. pujian yang itu, tidak semestinya dari manusia, tetapi berharap kepada pujian Allah SWT.

Pujian yang Allah berikan kepada orang yang infaq ini sebagai isyarat dari Allah atas pengiktirafan Allah bahawa ia adalah manusia yang bersyukur terhadap rezki yang Allah berikan kepadanya.

Firman Allah:

فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا

Maksudnya;
“mereka adalah golongan yang diterima kasih oleh Allah atas usaha mereka”

(surah Al-Isra’ : 19)

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri indah (B), Sg Buloh
13 Januari 2009 * 4:51 pagi.





[1] Sunan An-Nasai : 4912.
[2] Muwatta’ : 1581.

AKU, PEMIKIR ISLAM DAN ….. !!! : SIRI 2

AKU, PEMIKIR ISLAM DAN ….. !!! : SIRI 2

Aku memang terlalu baru dalam dunia pemikiran Islam. ekoran dari itu, aku menanam minat untuk membaca buku-buku tentang pemikiran-pemikiran Islam, disamping buku tokoh pemikiran yang lain pun menjadi bahan bacaanku.

Pun begitu, aku mempunyai pendidikan agama; aku mempunyai sijil pengajian Syariah islamiyyah, disamping pernah mendalami pengajian Hadis dan tafsir secara bertalaqqi semasa belajar di luar Negara dahulu.

Dengan asas pengajian ilmu Hadis, Tafsir dan Syariah ini menjadi panduan aku menilai sesuatu pemikiran Islam. lebih-lebih lagi, antara mata pelajaran yang aku terlalu amat minati adalah ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah.

Padaku, tidak perlu kita membataskan pegangan pemikiran Islam kepada satu Madrasah sahaja, bahkan tidak ada salahnya kita menerima pemikiran Islam dari madrasah lain.

Padaku, sesuatu madrasah pemikiran islam, tidak akan terlahir melainkan semuanya ada asbabnya tersendiri. Keadaan ini, amat sama berlaku kepada imam-imam Mazhab dalam mengasaskan mazhab masing-masing.

Sebagai contoh, kita akan dapat melihat perbezaan fatwa Imam Hanafi dan Imam Syafie dalam menyatakan hukum meneroka tanah; yang mana, menurut Syafie, penekora tanah akan memiliki tanah yang diterokainya itu, tanpa mendapat keizinan pihak kerajaan, tetapi dalam mazhab Hanafi pula, peneroka tanah tidak boleh memiliki tanah yang diteroka melainkan mendapat keizinan terlebih dahulu dari pihak kerajaan.

Setelah difikirkan, apa sebab fatwa kedua-dua imam besar ini boleh berbeza, sedangkan kedua-duanya berpegang dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi;

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيِّتَةً فَهِيَ لَهُ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang meneroka bumi yang mati, maka bumi itu adalah miliknya
[1]

Setelah kita membaca kitab “Tarikh At-Tasyrik”, baru kita fahami, bahawa suasana setempat itu kadangkala mempengaruhi imam-imam mazhab ini mengeluarkan fatwa.

Imam Hanafi berfatwa sedemikian kerana Imam Hanafi tinggal di Baghdad; sebuah Bandar besar dan maju. Yang mana, jika kita mahu teroka tanah, dibimbangi tanah itu telah kepunyaan orang. Ekoran dari itulah, diletakkan syarat mesti mendapat keizinan dari pihak kerajaan.

Adapun Imam As-Syafie berfatwa sedemikian pula adalah kerana, Imam Syafie sewaktu mengeluarkan fatwa itu berada di Mesir, yang mesir ketika itu bukan sebuah bandar besar, tetapi buminya banyak terdapat padang pasir.

Jelas kepada kita, antara sebab perbezaan fatwa itu berlaku adalah terkesan dari keadaan sesuatu tempat. Padaku, keadaan yang sama juga berlaku kepada pemikir-pemikir Islam.

Pemikir-pemikir Islam di Malaysia, tidak mempunyai kesamaan bagi pemikir-pemikir Islam di pakistan.

Pada tahun 40 an hingga 60 an, dikala itu kita dapat melihat bagaimana perbezaan ketara dalam pemikiran dua tokoh pejuang islam; Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Abu ’Ala Al-Maududi.

Ketika itu, kita dapat melihat bagaimana Dr Burhanuddin Al-Helmi meletakkan asas perjuangan Islamnya dengan berjaya mengetengahkan pemikiran yang menggabungkan aliran Islamis dan nasionalis, bertujuan mengetengahkan suatu pemahaman yang luas dan sejagat tentang nasionalis dengan tidak memfokuskan kepada sesuatu bangsa sahaja, disamping menjangkau pemikiran politik perkauman.

Dr Burhanuddin Al-Helmi tidak menumpukan perhatiannya kepada perbezaan antara pendirian idelogi golongan Islamis, nasionalis dan sayap kiri. Sebaliknya, beliau bertindak berusaha membangkitkan titik persamaan antara parti-parti yang lain.

Cara pemikiran sebegini amat bercanggah dengan pemikiran politik Islam di Pakistan yang diasaskan oleh Abu ’Ala Al-Maududi ketika itu; yang mana, Abu ’Ala Al-Maududi ketika itu pernah mengungkapkan bahawa orang yang bercakap tentang fahaman sosialis wajar dicabut keluar lidahnya.

Melihat cara pemikiran kedua-dua tokoh ini, kita akan dapat mengambil satu kesimpulan, bahawa mereka berdua ini berbeza pendapat adalah disebabkan suasana tempat mereka berada adalah berbeza. Ini kerana, di Pakistan ketika itu, fahaman sosialis adalah fahaman yang belum wujud lagi, yang jika disebut tentang fahaman tersebut dihadapan rakyat Pakistan, dibimbangi rakyat terpengaruh dan seterusnya usaha hendak meresapkan fikrah Islamiyyah dalam pemikiran rakyat pakistan akan terbantut.

Keadaan sebegini berlainan dengan Tanah melayu ketika itu. ini kerana, kehadiran pejuang Islam yang bernama Dr Burhanuddin Al-Helmi, dikala itu, semua fahaman-fahaman selain islam ini sudah wujud, pun begitu, mereka ini adalah golongan penentang penjajah atau boleh diertikan sebagai gerakan anti-kolonialis dan anti-imperialis.

Padaku, inilah yang mahu disebut oleh Prof Sayed Nuqib Al-Attas dalam buku beliau yang bertajuk ”risalah untuk kaum muslimin” ketika mengulas tentang keadilan dan kezaliman dalam bermasyarakat. (sila baca buku tersebut dari muka surat 22 hingga 26 dalam ”perenggan” ke 10)

Bersambung ................

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Januari 2009 * 6:00 petang.









[1] Muwatta’ : 1229.


ARAB PERLU BERSATU ATAU ….????

ARAB PERLU BERSATU ATAU ….????

Utusan Malaysia hari ini, melaporkan;

”ALGIERS 11 Jan. _ Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyeru negara-negara Islam supaya bersatu bagi menamatkan pembunuhan kaum yang sedang giat dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza”

KOMEN:

Nampaknya Ahmadinejad yang syiah itu lebih sedar berbanding pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang lain; yang mendakwa bermazhab sunni.

Seruan tokoh syiah agar negara-negara umat Islam bersatu untuk lakukan serangan Israel terhadap umat Islam palestine. Tak pe lah, kalau nak bersatu. Kalau tak nak bersatu juga, apa plan B pula????

Baca berita macam ni, aku teringat kisah Salahuddin Al-Ayyubi dalam menakluki Jerusalem seterusnya berjaya mengambil Baitul Muqaddis yang dikuasai oleh musuh-musuh islam. kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi sehingga nama beliau amat sinonim dengan gelaran ”muharrir Al-Quds” iaitu orang yang memerdekakan Baitul Muqaddis.

Kalau dilihat pada bangsa arab, memang arab tidak boleh diharap. Sebab itu, mesir yang berjenamakan ”republik arab” pun tidak ada peri kemanusiaan; tidak ada perasaan pun untuk membantu jirannya, Palestine yang sama bangsa dengan mereka.

Kalau nak harap pada agama, lagi-lagi la tidak boleh diharapkan. Maklumlah, mereka ini, namanya bangsa arab beragama Islam, tetapi kepala otak mereka lebih israel dari yahudi israel. Melayu harbi pun sama juga.

Sebab itulah kita lihat, Salahuddin Al-Ayyubi yang bukan berbangsa arab sendiri yang bangun untuk menguasai Baitul Muqaddis. Jelas kepada kita, bangsa bukan kekuatan untuk kita mahu kuasai Baitul Muqaddis.

Islam sahaja kekuatan yang sebenar bagi menghadapi israel. Dengan agama, pasti umat Islam akan jadi umat yang kuat dalam menghadapi Israel Laknatullah alaih.

Kalau dibaca sejarah Salahuddin Al-Ayyubi, kita dapat lihat bagaimana tindakan Salahuddin Al-Ayyubi dalam usaha hendak menguasai baitul Muqaddis. Pada peringkat awalnya, beliau akan seru agar semua pemimpin-pemimpin negara umat Islam bersatu. Jika tidak dilayan seruan beliau, beliau tidak akan menghabiskan masanya untuk melayan lagi pemimpin-pemimpin bangang itu.

Adapun jika ada pemimpin-pemimpin negara umat Islam itu berusaha hendak melambatkan serangan beliau terhadap musuh-musuh islam di baitul Muqaddis, beliau tanpa rasa bersalah lagi akan bersedia untuk menyerang balik terhadap pemimpin-pemimpin negara Islam itu pula.

Hal ini terbukti dengan tindakan Salahuddin Al-Ayyubi yang terpaksa membunuh Najah seorang penasihat khalifah Al-Adhid yang nampaknya agak mempertahankan kerajaan Fatimiyyah di mesir. Sebenarnya, Najah itu mempertahankan kerajaan Fatimiyyah, bukan kerana dia bermazhab Syiah, tetapi dia ada kepentingan harta yang nampaknya dia tidak berapa nak boleh ”sapu” dari hasil kerajaan selepas salahuddin Al-Ayyubi dilantik jadi perdana Menteri Mesir ketika itu.

Begitujuga, tindakan Salahuddin Al-Ayyubi menyerang Basir yang bermazhab Syiah; yang selalu sangat menganggu usaha tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menguasai Baitul Muqaddis.

Dari ini, kita akan nampak tindakan Salahuddin Al-Ayyubi dalam usaha hendak menguasai Baitul Muqaddis adalah menyeru dunia umat Islam bersatu; bersama-sama menyerang tentera salib. Jika mereka tidak mahu; bahkan menyusahkan lagi pergerakan tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi sendiri akan bertindak menyerang balik pemimpin negara Umat Islam tersebut.

mungkin, kekejaman tentera Israel terhadap umat Islam Palestine tidak dapat diselesaikan, melainkan kita perlu bertindak seperti tindakan yang telah dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi????

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Januari 2009 * 4:47 petang.

Ahad, 11 Januari 2009

BAGAIMANA SELEPAS LIANG LAHAD??

BAGAIMANA SELEPAS LIANG LAHAD??

Utusan Malaysia hari ini melaporkan:

”KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan semua lapisan rakyat sejak 'lahir hingga ke liang lahad', namun tidak perlu menggunakan label negara kebajikan untuk berbuat demikian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak
[1]

KOMEN:

Macam mana pula kebajikan selepas dari liang lahad????

Kan orang dah kata dah, undi PAS dapat pahala. Bila dapat pahala, masuk syurga la.. tapi kalau undi BN, dapat dosa. Bila dapat dosa, kat mana agak-agak tempat yang depa ni nak pegi???

Hari ini terbukti apa yang orang dok sebut-sebut sebelum ini. Sebab, TPM sendiri sebut, BN jaga kebajikan sampai di Liang lahad sahaja. Bermakna, lepas liang lahad, kebajikan mereka tidak terjaga lagi.

Bermakna, Kalau PAS memerintah, kebajikan terjaga sejak di dunia hingga ke alam syurga... tak percaya, pergilah tengok kelantan pimpinan tok guru nik abdul aziz....

mana pilihan korang???????

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, SEKALI-KALI TIDAK AKAN DIBUKAKAN BAGI MEREKA PINTU-PINTU LANGIT dan TIDAK PULA MEREKA MASUK SYURGA, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

Umno/BN lawan Islam. UMNO/BN dusta ayat Allah. Mereka juga, bertakabbur dengan ayat Allah. Bila dorang mati, roh dorang tidak akan dapat naik ke langit. Sebab, pintu langit telah di tutup.

Oleh sebab itu, bila dorang mati, dorang akan jadi hantu kubur....Oiiii jangan undi BN tau, takut mati jadi hantu kubur...... korang tak takut ker?????

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Januari 2009 * 4:28 pagi.



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

AKU, PEMIKIR ISLAM DAN …… !!!! : siri 1

AKU, PEMIKIR ISLAM DAN …… !!!! : siri 1

Sebelum ini, aku menganggap Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik. Ekoran dari itu, penulisanku berkenaan beliau lebih menafsirkan beliau sebagai seorang ahli politik.

Pun begitu, selepas aku mengenali Eddieputra, merupakan seorang “kenalan rapat” beliau, menyebabkan tanggapanku agak berubah. Lebih-lebih lagi, apabila aku dimaklumkan bahawa Anwar adalah seorang yang suka membaca buku-buku yang berbentuk “pemikiran”, seperti membaca tentang pemikiran Islam, pemikiran barat bahkan didapati beliau ada juga membaca buku pemikiran marxisme. Dengan ini, aku merasakan, ada sesuatu yang perlu diketahui disebalik susuk tubuh seorang ahli politik yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Eddieputra mencadangkan agar aku membaca sebuah buku yang bertajuk “pergolakan pemikiran Islam”, yang mana, menurutnya, buku itu merupakan antara buku yang dibaca oleh Anwar Ibrahim. Buku “pergolakan pemikiran Islam” adalah sebuah catatan harian seorang tokoh pemikir Islam dari Indonesia bernama Ahmad Wahib, yang mana, menurut seorang “murid istac” keluaran pemikiran Sayed Nuqib Al-Attas bernama Adian Husaini, beliau melebelkan Ahmad Wahib sebagai salah seorang pembawa bendera Islam liberal di Indonesia.

Aku membaca buku “pergolakan pemikiran Islam” setebal 335 muka surat itu sehingga habis. Pada pandangan peribadiku, aku merasakan, dakwaan Adian Husaini itu adalah tersasar, memandangkan tulisan itu mengandungi unsure falsafah dan sastera.

Selepas membaca buku itu, aku sendiri terus menanam satu hasrat, iaitu aku perlu belajar banyak perkara tentang pemikiran Islam.

Aku mula membaca buku-buku yang berbentuk pemikiran islam, seperti membaca buku-buku tentang sejarah perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmi dalam memahami pemikiran beliau, pemikiran Sayed Nuqib Al-Attas, pemikiran Ismail Farooqi, lebih-lebih lagi aku mula bekerja sebagai editor syariah dalam syarikat buku Anbakri Publika Sdn Bhd, merupakan satu ruang yang amat luas untuk aku mendalami pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Dari keadaan itu pula, aku mula berminat untuk mengetahui pemikiran-pemikiran tokoh dalam ABIM, seperti Dr Siddiq Fadhil. Lebih-lebih lagi selepas mendengar kupasan Dr Siddiq Fadhil berkenaan ulama dan umara’ dalam program pertemuan NGO-NGO Islam Malaysia yang diadakan di Kelantan yang lalu.

Pemikiran sebegini, menarik minatku untuk mendalami pemikiran tokoh-tokoh islam, lebih-lebih lagi ilmu ini berkait rapat dengan ilmu falsafah, sedangkan ilmu falsafah merupakan antara ilmu yang aku amat minati, disamping aku sendiri berjaya menguasai ilmu asas bagi mantiq sehingga aku pernah mengajar ilmu mantiq kepada pelajar Malaysia di mesir ketika menuntut disana.

Selepas membaca buku-buku dan mendengar kupasan tokoh-tokoh pemikir Islam ini, menyebabkan aku bertambah minat untuk mengetahui tentang kehidupan manusia, bahkan kehidupan aku sendiri.

Aku mula membaca buku tulisan Kasim Ahmad dan Farish A Nor, juga berkawan dengan “manusia-manusia pelik”, seperti budak-budak metal, budak-budak BMX dan budak-budak Skatebord. Tujuannya adalah, aku ingin mendalami kehidupan mereka yang seakan-akan hidup bagaikan ketiadaan tuhan.

Selepas mengharungi kehidupan sebegini, aku mengambil satu kesimpulan bahawa rakyat Malaysia mempunyai cara pemikiran mereka tersendiri, yang agak berbeza dengan pemikiran rakyat di luar Malaysia. bahkan aku beranggapan, cara berfikir orang melayu pun amat berbeza dengan cara berfikir orang cina dan India.

Sefaham aku, orang melayu adalah satu bangsa yang agak kurang minat berfikir, ekoran dari itu mereka bukanlah bangsa yang suka membaca buku-buku ilmiyyah, melainkan membaca buku-buku yang bersifat ringkas, mudah difahami, dan bersifat “jiwang” dan kelakar.

Ekoran dari itulah, aku berpendapat, jika mahu mengetahui cara berfikir orang melayu, kita hanya perlu membaca Majalah Ujang dan Majalah Gila-gila, kerana tahap pemikiran mereka adalah mahukan kepada hiburan dan kelakar. Jika mahu berubah pun, mereka boleh berubah dengan tegur-teguran yang bersifat santai yang tidak kritis dan dinamik.

pemikiran kebanyakkan anak-anak melayu juga dilihat agak tidak jauh, bahkan lebih suka bersifat “taqlid” tanpa berani mengemukakan idea sendiri. Aku memahami ini, apabila aku sendiri banyak menghadiri majlis-majlis anjuran pelajar-pelajar Islam, dan dari situ aku agak faham cara pemikiran mereka.

bersambung…………..

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 januari 2009 * 3:06 pagi.

KHIR TOYO BAGAI PENCURI SEDANG “COVER LINE”

KHIR TOYO BAGAI PENCURI SEDANG “COVER LINE”

Seorang pencuri yang sedang asyik mencungkil kunci pintu sebuah kereta. Sedang asyik mencungkil kunci kereta itu, dia tidak sedar ada seorang lelaki sedang memerhatikan gelagatnya.

Apabila si lelaki tersebut pergi menghampiri kepadanya, menyebabkan dia terperasan kehadiran lelaki itu. Dengan segera, dia mengambil kain penyapu tangan dalam poketnya, menyapu-nyapu dan mengosok-gosok kereta yang hendak dicungkilkan itu, dengan harapan tindakannya yang mencungkil itu tidak diperasakan oleh si lelaki tersebut dan orang yang sedang lalu lalang.

Begitulah juga tindakan Khir Toyo yang tidak mampu menjawab hujjah tok guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa undi PAS dapat pahala.

Semua rakyat Malaysia sendiri sedar, bahkan ahli UMNO sendiri sedar bahawa pemimpin-pemimpin UMNO adalah perompak merangkap pencuri harta rakyat Malaysia. dengan kuasa, mereka lupa halal dan haram, sehingga sampai satu tahap mereka menafikan kewajipan perlaksanaan hukum Allah.

Memandangkan kenyataan tok guru nik Abdul Aziz yang mengatakan undi PAS dapat pahala, menyebabkan puak-puak melayu harbi ini gelabah, yang akhirnya terpaksa “cover line”, mereka pun mengeluarkan satu “fatwa baru”, kononnya mengundi itu tidak melibatkan dosa dan pahala.

Sekian

Sila baca article:
http://g-82.blogspot.com/2009/01/undi-pas-dapat-pahala.html


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Januari 2009 * 12:50 pagi.