Khamis, 28 April 2011

Selamatkan moral politik-Dato Dr Siddiq Fadzil

Kehidupan politik umat harus segera diselamatkan sebelum terlambat, sebelum timbulnya keyakinan bahawa “politik” itu benar-benar “kotor” dan kerananya semua orang politik juga kotor, sebelum meluasnya rasa jijik terhadap politik yang nanti akan menyebabkan umat yang inginkan kemurnian membenci politik lalu menyerahkannya kepada orang-orang “kotor”. Kita perlu mendaulatkan moral politik bagi mewujudkan politik yang bermoral sebagaimana yang pernah dibincangkan oleh al-GhÉzÉli dalam pembicaraannya tentang SiyÉsatu ‘l-akhlÉq. 

Usaha menyelamatkan kehidupan politik ini meminta penyertaan seluruh kalangan umat terutama ahli-ahli politik Islam sendiri. Mereka harus punya rasa tanggungjawab bukan sahaja memperjuangkan aspirasi politik Islam tetapi juga menghayati etika politik Islam dalam tindak-tanduk politik mereka. Prinsip penyatuan agama dan negara dalam Islam seharusnya membawa implikasi bahawa politik dan kehidupan berpolitik harus diatur dan dikendalikan menurut agama dan secara agama. Malang sekalilah andainya ahli-ahli politik Islam sendiri ikut hanyut dalam arus budaya dan amalan politik Machiavelli yang menghalalkan segala cara demi mencapai cita-cita.


Kaum cendekiawan – intelektual dan ulamanya – juga harus ikut berperanan menegakkan moral dalam kehidupan berpolitik. Hendaknya para cendekiawan kita tidak mengulangi skandal intelektual yang pernah dilakukan oleh generasi intelektual Perancis tahun 1920-an yang telah melakukan apa yang disebut oleh Julien Benda sebagai The Betrayal of the Intellecruals – Pengkhianatan Kaum Intelektual. 

Menurut Benda, Plato telah menganjurkan bahawa moral yang harus menentukan politik. Machiaveli merubahnya dengan tesis bahawa moral tidak punya hubungan apa pun dengan politik. Kaum Intelektual Peranchis merubahnya lagi dengan tesis bahawa politiklah yang menentukan moral. Itulah betrayal yang telah dilakukan oleh kaum intelektual Perancis itu apabila mereka mengkhianati tanggungjawab moral mereka sebagai intelektual dalam mengejar keuntungan-keuntungan politik.

Sejarah dan tradisi politik kita di zaman kegemilangan kesultanan Melayu memperlihatkan peranan dan partisipasi positif para ilmuan dalam menegakkan politik bermoral. Kerjasama dan persefahaman terjalin erat di antara ilmuan dan sultan dalam menegakkan keadilan. Para ilmuan Melayu telah menghasilkan kitab-kitab ketatanegaraan untuk panduan sultan-sultan dalam menegakkan keadilan. Para ilmuan Melayi telah menghasilkan kitab Bustanu ‘s Salatin dan Raja Ali Haji yang menulis kitab al-ThamarÉt al-Muhimmah (mengandungi persamaan-persamaan dengan NasÊhatu‘il-Muluk oleh al-GhÉzÉli) dan kitab Intizamu WazÉ‘ifi ‘l-Malik (mengenai tugas-tugas raja).

Sementara itu ramai pula dari kalangan sultan-sultan Melayu yang meminati ilmu seperti Sultan Maliku ‘z-Zahir (Samudera-Pasai), Sultan Mansur Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Aceh). Malah ramai pula dari kalangan raja-raja Melayu yang mengamalkan Tasawwuf atau didampingi oleh guru-guru tasawwuf. Mereka termasuklah Sultan Muhammad Yusuf al-Khalidi al-Naqshabandiy (Riau), Sultan Musa al-Mu’azzam Shah dan puteranya Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah (Langkat) dan Sultan Ageng Tirtayasa (Banten) yang didampinginya oleh menantunya yang sufi Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makassary.

Potret raja-raja Melayu yang sering ditampilkan sebagai raja-raja zalim sebenarnya bukanlah gambaran yang representative. Dalam hubungan ini Prof Taib Osman, sarjana yang banyak menekuni pengkajian tentang peradaban Melayu menyatakan, “ Gambaran raja-raja yang zalim yang terbit daripada tulisan orang-orang putih pada abad kesembilan belas sebenarnya bukanlah satu gambaran yang mewakili peradaban Melayu, tetapi mungkin dalam masa manusia Melayu sedang mengalami transisi, kerana kalau mengikut kitab-kitab tatanegara itu, pemerintahan tidak boleh yang lain daripada bersifat adil.” (Rampaian pengajian Melayu, hlm. 246).

Demikianlah sepintas sorotan sejarah dan budaya politik moral umat Melayu. Politik bermoral yang terhasil dari komitmen bersama raja dan ilmuan. Sehubungan ini kami ungkapkan satu dokumen wasiat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam kepada zuriatnya:

“…dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan lapan perkara. Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekelian pegawai dan dengan sekalian rakyat. Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim ulama dan yang ahli akal bijaksana.Ketiga, segala yang datang pada pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang. Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. 

Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama al-Quran, Kedua al-Hadith, Ketiga Ijma’, Keempat Qiyas, maka…keluar daripada itu pun empat perkara: pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam. Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. 

Kedelapan, hendaklah Raja-raja itu memelihara hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada Raja. Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut qanun kerajaan. Maka tiap-tiap yang salah itu hendaklah di hukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri daripada bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzulkan dia dan mengharap minta keredhaan raja. Maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat seperti dajal…...(Petikan dari Qanun Aceh Daru ‘s-Salam)

Memang sejarah Islam keseluruhannya banyak memaparkan komitmen para ilmuan dalam menegakkan politik moral ini. Ketika diminta oleh Khalifah HÉrËn al-RashÊd untuk menulis kitab tentang cukai, QÉÌi AbË YËsuf tidak menolak, lalu dihasilkannya kitab al-KharÉj yang terkenal itu. Tetapi dalam mukaddimah kitab tersebut AbË YËsuf memuatkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatannya kepada khalifah agar beliau bertaqwa, adil, cekap dan sebagainya.

Ketika ‘Abdu ‘r-RaÍmÉn an-NÉÎir membangun projek mewah bandar al-ZahrÉ’ di Sepanyol, beliau dibantah oleh qÉÌinya, Mundhir ibn Sa ‘id yang menganggapnya sebagai suatu pembaziran yang menjolok. Khalifah ‘Abdu ‘r-RahmÉn an-NÉÎir menerimanya dengan baik lalu menyederhanakan projeknya dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih murah. Demikianlah sekadar contoh ilmuan yang sedia bekerjasama dengan pemerintah tetapi tidak pernah lupa kepada misi besar menegakkan kebenaran, keadilan dan nilai-nilai murni lainnya.

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [6]

"meeting dah buat keputusan dah..kelas maqasid dah lulus" kata Diana dalam telefon.

"alhamdulillah..." Aku mengucapkan syukur.

"bila kita start?" soalku

"Ustaz rasa hari apa yang ustaz free?" Soal Diana.

"macam ni.. Ana chek jadual dulu.. Nanti ana sms bagi jawapan" aku memberi cadangan.

"ok ustaz, tapi jangan lambat sangat tau"

"jap ustaz.. Bila ustaz boleh datang pejabat?.. Kita nak bincang pasal kelas tu nanti" tiba-tiba Diana bersuara sebelum sempat kami menamatkan perbualan.

"emm... nanti ana bagitau la.. Lagipun ana tengah bawa kereta ni.." balasku.

"ok ustaz.. Jangan lambat tau" pesan Diana lagi bimbang aku lupa.

setelah meletakkan Handphone, aku terus memandu menuju ke Sungai Buloh. 

sesampai di rumah, aku terus buka telefon nokia E71 yang aku gunakan untuk main facebook dan menulis makalah. dalam handphone itu, terdapat jadual harianku.

Pada peringkat awal, aku bercadang untuk menjadikan hari sabtu atau hari ahad sebagai hari perbincangan maqasid. Tetapi Diana tidak bersetuju memandangkan pada hari tersebut, kebiasaanya ramai yang sibuk. 

Kemudiannya, aku meletakkan hari khamis sebagai jadual kelas maqasid yang hendak dianjurkan oleh Ummah Centre itu. Tetapi setelah meneliti kepada jadual, aku menukar kepada hari selasa. 

Sebelum ini, aku menjadikan hari selasa sebagai hari tafsir. Hari itu, aku akan fokus pembacaan tentang ilmu tafsir. Ini kerana, pada malamnya aku ada menyampaikan satu kuliah tafsir di satu surau berhampiran Sungai Buloh. Aku mengajar di situ sudah hampir 7 tahun. Aku mengajar disitu pada setiap minggu yang tidak pernah aku memberi jadual ini kepada tempat lain.

Pengajian tafsir itu, bermula dari surah al-fatihah sehingga sampai ke surah al-imran, ayat ke 62. Boleh dikatakan, kuliah tafsirku di situ habis tinggi pun, aku akan mengulas dalam 3 ayat sahaja. Yang selalunya, aku hanya mengupas satu ayat dalam satu kali kuliah.

Aku mengajar tafsir di situ, bermula dari kehadiran jemaah tidak sampai 10 orang, tetapi telah diberhentikan dari mengajar di situ setelah kehadiran jemaah itu hampir mencecah bilangan melebihi 70 orang. Semuanya berpunca dari perbalahan politik yang aku tidak mengambil port dalam kupasan tafsir dalam kuliahku di situ.

namun kini, aku menjadikan hari selasa hari maqasid syariah. Hari itu, aku akan memfokus pembacaanku tentang maqasid, dan malamnya aku akan menyampaikan syarahan tentang maqasid.

Bersambung...

Selasa, 26 April 2011

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [5]

Setelah habis mengulas tentang serba ringkas berkenaan dengan maqasid syariah, kami minum teh yang telah dihidangkan oleh Ani itu.

Sambil berbual-bual, ternyata Encik Isma memberi respon yang positif. Beliau berjanji akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat Ummah Centre.

"kalau macam tu, ana buat modul la.." 

"..ya.. Ustaz buat modul.." 

*** 

Dalam perjalanan pulang dari Ummah Centre, aku telefon Badri. Bertanya tentang modul yang sedang dibuat berasaskan kepada nota yang aku berikan kepadanya. 

"dok tengah buat.. nak siap dah" Respon Badri.

"ok.. Apa-apa hal, bagitau ana"

"ok ustaz..."

Aku dan pakaq terus meluru ke Sungai Buloh. Sesampai di Jejantas Sungai Buloh, kami berhenti untuk menunaikan solat zohor di situ.

Setelah selesai solat, kami makan tengahari di situ, kemudiannya kami lepak di Kopitiam di Jejantas itu untuk berblogging.

Pakaq terus membuka laptopnya, dan aku pula membuka kitab maqasid syariah islamiah, tesis Phd Dr Ziyad.

Memang menarik jika dibaca tesis Phd berbanding buku-buku lain, kerana tulisan Phd ini telah dibandingkan dengan beberapa pandangan-pandangan ilmuan Islam tentang Maqasid syariah. secara tidak langsung, kita sudah terdedah dengan banyak perbedaan pendapat mereka yang berkeahlian tentang maqasid syariah.

*** 

Setelah hampir 3 jam kami lepak di Kopitiam Jejantas Sungai buloh, kami pun beredar. Pulang ke rumah untuk bersiap-siap untuk menyampaikan kuliah maghrib. Pada malam itu, kuliah maghribku di masjid Saujana Utama.

Di Masjid Saujana Utama, aku sudah mempunyai jadual kuliah tetap. Di sana aku mengajar kitab Fiqh Manhaji, di bawah tajuk taharah.

Apabila mengajar kitab, tidak terlalu banyak merujuk kitab-kitab lain. Jika dibaca juga pun, sekadar merujuk kitab al-Fiqh Al-Islami Wa adillatuh karangan Dr Wahbah az-Zuhaili.

Sedang memandu dalam perjalanan ke Masjid, aku berfikir banyak perkara. Antaranya adalah satu teori maqasid, iaitu fath az-zaraie dan sad az-zaraie..

Bersambung....

Ahad, 24 April 2011

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [3]

"Ustaz, jgn lupa kuliah maghrib malam ni kat tempat ana" satu sms dari seorang rakan.

"Ok. Insya Allah" balasku.

Setelah membalas sms itu, aku terus telefon Badri, tapi tidak diangkat. Beberapa kali aku telefon, tetap tidak diangkat.

"Mungkin Badri sedang mengajar" bisik hatiku.

Memang Badri sedang belajar di UM, tetapi secara sambilan beliau menjadi pensyarah tutor di UM. Selalunya, jadual kuliah beliau di UM dalam pukul 3 petang.

*** 

Dalam perjalanan ke Kuliah maghrib, tiba-tiba handphone nokiaku berbunyi. Menandakan satu SMS telah masuk dalam inbox.

Apabila dibuka, termaktub ayat, "yap ust.. Ada apa? tadi ana ada kelas" 

Rupa-rupanya SMS dari Badri. Mungkin beliau sahaja habis kelas. 

Aku terus mendail nombor badri. Setelah memberi salam, aku memulakan bicara.

"eh.. Ana ada cadang kat Ummah Centre untuk buat kelas maqasid. Dorang suruh kita buat modul. Nanti dorang buat proposal" 

Kedengaran suara badri mengiakan apa yang aku bagitahu, tanpa membantah dan juga mengatakan setuju.

"Anta buat modul untuk maqasid.. Malam ni lepas kuliah, kita jumpa kat tempat biasa. Ana nak bagi nota ana untuk modul"

"ok ustaz.." balas Badri.

***

Setelah menyampaikan kuliah, aku terus meluru ke Damansara Utama. Di sana ada sebuah oldtown yang agak santai kami berwacana. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu kami berwacan di situ. 

Selain tajuk maqasid dan usul fiqh, isu politik juga menjadi bahan perbualan kami. Namun, tajuk maqasid dan usul fiqh adalah tajuk yang cukup kami suka wacanakan.

Aku sampai lebih awal berbanding Badri. Aku minta segelas air teh limau panas, dan duduk membuka kitab bertajuk Maqasid As-syariah al-islamiyyah, iaitu sebuah tesis Phd yang ditulis oleh Dr Ziyad Mohd Ihmidan.

Sedang meneliti bab istihsan, badri pun sampai. Aku terus serahkan nota maqasid yang telah aku tulis dengan tangan itu kepada Badri. Badri pun mengambilnya dan membelek-belek nota tersebut.

"anta buat slide untuk jadikan modul, dah siap nanti anta bagitau ana.."

"ok... " balas badri.

Sedang kami berbual, tidak seorang pun pekerja di oldtown itu datang kepada kami untuk mengambil order. Mataku melilau melihat ke kanan dan ke kiri untuk mencari pekerja untuk diambil order.

Lalu......

Bersambung...

Khamis, 21 April 2011

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [2]

Hari selasa minggu pertama, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah zohor di surau Bank Simpanan Nasional, Jalan Ampang. Dalam kuliah pada hari itu, perbincanganku banyak tentang penjagaan maruah yang ditekankan oleh Islam.Sengaja aku mengupas isu itu, kerana ketika itu isu yang sedang dibincangkan dalam negara adalah video seks. Ia rentetan tuduhan pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, ketua pembangkang parlimen Malaysia.

Peliknya, tuduhan itu dilakukan dari Rahim Tamby chik dan dua orang temannya. Ia dirasakan pelik dan sukar dipercayai kerana Rahim Tamby Chik itu adalah seorang bekas pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang tidak habis-habis menyerang peribadi ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

***

Dalam perjalanan pulang dari kuliah, aku terasa agak boring. Sedang memandu aku hidupkan radio IKIM, dan mendengar celoteh-celoteh dari DJ radio islamic itu. Aku mula membelek handphone ketika lampu isyarat menyalakan lampu merah. Ketika sedang menunggu lampu hijau menyala, aku melihat satu persatu nombor telefon yang aku simpan dalam handphone nokia yang aku beli di lowyat itu.

Sedang melihat nama-nama yang tertera pada muka handphone, telihat nama Ani Ummah Centre, seorang pegawai yang bekerja di salah sebuah badan kajian yang dikenali sebagai "Ummah Centre". Ummah Centre adalah sebuah badan kajian yang aku juga turut terlibat pada penubuhannya. Ia diideakan oleh pengerusinya sendiri, iaitu Tuan Haji Izham, seorang korporat yang berjaya di Shah Alam.

Aku terus menelefon Ani. kami berbual-bual perkara yang pada peringkat awalnya tidak begitu penting.

"eh ustaz.. Ustaz tak ada idea ke untuk kita adakan program untuk UC.. UC lama dah tak buat program.." tiba-tiba Ani melontarkan satu pandangan.

Ya.. Aku masih ingat, program yang julung-julung kami adakan adalah seminar pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmi. Ternyata, itulah program ilmiyyah yang terakhir kami lakukan.

Soalan Ani itu, menyebabkan aku terfikir sejenak.

"Ani... Ana rasa, kalau kita buat kelas maqasid syariah.. Ok gak" aku mula memberi cadangan.

"maqasid syariah??? Apa benda tu ustaz?"

"ala.. Maqasid ni ilmu kita nak tahu rahsia-rahsia pensyariatan.. Dalam maqasid, ada teori-teori memahami syariah secara rasional, dan boleh mematahkan hujjah golongan yang mahu melihat hidup ini dengan logik jer.." penerangan ringkas yang aku berikan.

"kalau macam tu, ustaz buat la proposal.. Nanti ana bentangkan kepada Haji Izham.. "Aku bersetuju dengan cadangan itu.

***

Setelah meletakkan telefon, aku terus mencari nama Badri dalam handphone nokiaku. Sedang mencari-cari, satu sms telah masuk dalam Inbox.

Aku buka sms itu, tiba-tiba...

Bersambung.....

Rabu, 20 April 2011

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [1]

Kitab al-maqasid as-syariiyyah wa asaruha fi al-Fiqh al-Islami tulisan Abdul Ati muhammad Ali, ternyata memberi inspirasi baru. Tulisan pakar usul fiqh dari universiti al-azhar itu memudahkan kepada kita memahami maqasid syariah secara umum.

Sebarang kitab yang aku baca, amat jarang aku membuat nota ringkas untuk menjadi bahan hafalan. Tetapi, kitab maqasid syariah tulisan Dr Abdul Ati tersebut, sememangnya membuatkan keinginanku untuk membuat nota, lalu dihafal sepertimana belajar di Al-Azhar dahulu.

Kitab setebal 286 muka surat itu, berjaya aku notakan setebal 12 muka surat sahaja. Nota yang aku buat itu berbentuk peta minda, disertakan footnote yang menghurai sesuatu teori.

Dalam masa 2 bulan, aku berjaya menyiapkan nota tersebut. Walau dengan tulisan tangan sahaja, tetapi ia amat berharga bagiku untuk dijadikan sebagai bahan rujukan saat aku lupa tentang sesuatu perbahasan tentang maqasid syariah.

***

"malam ni nak berjumpa di mana?" soalku kepada Badri.

Badri seorang pelajar di Universiti Malaya. Beliau dalam proses menyiapkan tesis Phdnya yang berkaitan dengan Maqasid Syariah.

Tesis Master beliau juga tentang maqasid syariah, cuma agak terfokus kepada pengamalan maqasid yang diamalkan geng Islam Liberal di Indonesia (JIL).

"kita jumpa kat tempat biasa la ustaz.. Kat Uptown" balas badri.

Kami berjumpa untuk berkongsi bahan bacaan, terutama tentang maqasid syariah. Kami menjadi teman rapat diawal cadangan badri untuk menulis tesis Phd beliau tentang maqasid syariah. Beliau meminta cadangan dariku tentang fokus yang terbaik untuk beliau siapkan tesis Phd.

Pada peringkat awal, aku mencadangkan kepada beliau agar menulis tesis tentang ijtihad tanzili, kerana tajuk sebegitu tidak dibincang lagi di Malaysia. Malahan di negara arab pun, ia merupakan tajuk yang agak terpencil dalam fiqh maqasid syariah.

Namun begitu, tajuk cadangan aku itu, dijadikan sebagai panduan badri, tetapi beliau sendiri bercadang hendak menulis tajuk yang agak mencabar lagi, iaitu "maqasid syariah dalam teori sosialogi", tetapi sedih tajuk itu ditolak oleh penyelia Phd beliau.

***

Ketika kami sedang lepak dan minum-minum di uptown, aku berkata kepada badri, "anta tengok ni nota yang ana buat"

Badri melihat nota aku itu. Dia membelek-belek nota itu. Sambil-sambil beliau menyelak helaian kertas kitab maqasid syariah wa asaruha fi al-fiqh al-islami tulisan Dr Abdul Ati.

"bagus kitab ni ustaz..." badri bersuara sambil membelek-belekkan kitab tersebut.

"ana pun rasa, kitab ni baik. Ia kupas secara ringkas, tapi cukup berkesan untuk memahami maqasid syariah" aku memberi ulasan.

"ustaz beli kat mana kitab ni?"

"kat kedai kitab arab kat setapak. Fajar Ulung" jawabku.

"kalau kita boleh buat kelas maqasid syariah guna kitab ni, bagus gak" sambungku lagi.

"betui juga tu...kita jadikan nota ni sebagai panduan" sambut badri dengan lahjah penang sambil meletakkan di atas meja minum.

Bersambung....

Selasa, 19 April 2011

[VIDEO] DEBAT TENTANG DEMOKRASI DENGAN HIZBUT TAHRIR

Debat antara Wan Ji bin Wan Hussin dengan Ustaz Abu Hamzah, iaitu seorang yang berjawatan dalam Hizbut Tahrir Malaysia [HTM]. Perdebatan kami berkenaan dengan isu kedudukan demokrasi dari segi hukum, yang menjadi penerimaan oleh sebilangan gerakan Islam di dunia, seperti Ikhwan Muslimin, hamas, juga di PAS di Malaysia yang tidak disetujui oleh rakan-rakan dari Hizbut Tahrir.

Berdebatan kami ini, pada asalnya ada perdebatan melalui Facebook, dan seterunya membawa ke pentas. Alhamdulillah, perdebatan kami yang bermula dari pukul 9:30 pagi dan berakhir pada pukul 2:30 petang itu membuahkan perbincangan yang cukup ilmiah.

Kehadiran Saya dalam perdebatan ini, tidak mewakili mana-mana parti, seperti yang ditulis oleh pihak yang mengupload rakaman ini melalui Youtube seperti saya mewakili PAS. Walau bagaiaman pun, kehadiran saya dalam debat tersebut sebagai orang yang mempertahankan ijtihad PAS yang menggunakan demokasi sebagai alat dan mekanisma dalam usaha perlaksanaan islam di malaysia.

Di sini dipaparkan sedikit dari kandungan debat tersebut seperti berikut;

pertama:



kedua:



ketiga:



keempat: