SIAPA YANG DAPAT SELESAIKAN KEMELUT INI?
Kickdafella sudah menyerang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan begitu dahsyat lagi. Tuan Guru sudah menafikan, tetapi diserang dengan serangan yang menakut dan menggerunkan. Susah hendak merungkai kekusutan ini, terutama bagi mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar disebalik apa yang terjadi.
Secara teorinya, kemelut ini berlaku semenjak pemecatan Syed Azidi dari PMBK; iaitu perbalahan terbuka ditunjukkan oleh penulis blog terbabit dengan menantu Tuan Guru, Ariffahmi yang memecatnya dengan begitu kontroversi sekali. Lebih-lebih lagi, segala dokumen yang didedahkan oleh Kickdefella itu adalah dokumen yang mempunyai tarikh ketika Ariffahmi masih lagi menjadi 'orang besar' dalam PMBK. Dirasakan, sebarang penulisan blog-blog dalam mempertahankan Tuan Guru ini tidak memberi sebarang kesan. Jika ada pun, mungkin kesannya amat kecil.
Justeru, dirasakan empunya diri yang mempunyai 'problem' dengan Syed Azidi sendiri perlu bersuara dalam menyelesaikan kemelut ini. jika tidak, ia tetap akan berlanjutan sehingga tidak berkesudahan.
Padaku, Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz diserang, semua ahli-ahli PAS rungsing. Beliau sudah dianggap seperti bapa kepada semua ahli-ahli PAS. jika Ahli-Ahli PAS rasa runsing, apakah anak dan menantu Tuan Guru merasa tenang sahaja?
Tolong selesai kemelut ini!!
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Kopitiam Pak Li, Danau Kota
6 April 2010 * 1:29 pagi
8 ulasan:
Derma itu tak jadi isu jika ia dijanjikan selepas tender projek diperolehi, siapa yg dapat projek dermalah sebanyak manapon. Tapi jika dijanjikan sebelum keputusan tender dan ia beri kesan (langsung or tidak langsung)terhadap keputusan tender, ia adalah gejala buruk yg mesi dibanteras... kebenaran gejala ini belum lagi disentuh oleh mana2 pimpinan Pas kelantan. Tg Nik Aziz sekadar menafikan bahawa keputusan tender ditimbang berdasarkan amalan spt itu, tetapi rakyat nakkan kepastian bhw amalan itu tidak berlaku dan jika berlaku mesti dibanteras segera, dan pihak2 dlm kerajaan yg terbukti terlibat dgn gejala itu diambil tindakan.
Ust jangan la sokong kickdefalla. Kasi kick dia sikit, jangan pula kita menyokong kebatilan pula. Ustaz perlu selesaikan kemelut ini , kalau tidak ustaz di pandang selective bila menyokong Tn Guru. Seperti dalam kes UG ustaz menyokong Tn Guru Nik Aziz habis habisan sehingga banyak ayat2 Quran di gunakan. Tapi bila TGNA di serang, ustaz mcm berdiam diri. Rasanya kalau ustaz bediam diri betulkan spekulasi batu Api ie... serang TGHH , sokong TGNA, bila TGHH dah di rasai lemah, serang TGNA... mungkin Ustaz tak tunggu sekarang, mungkin Ustaz menunggu masa yang sesuai bila TGHH dah betul2 lemah.... Fahamlah kami siapa didi ustaz sebenarnya
ana tidak sokong Kick. tetapi, sebarang usaha hendak mempertahankan Tok Guru biar dilihat memberi saham yang besar kepada tok guru, bukannya menaikkan lagi nama Kick.
kita mengulas tanpa bukti, bermakna kita telah memberi saham percuma kepada kick. pada ana, Ini satu tindakan yang tidak bijak.
sebab itu, ana minta agar ariffahmi perlu bersuara untuk menjatuhkan kick dengan tuduhannya yang disertakan dengan dokumen itu.
bila ada dokumen, ia susah hendak dibalas. cumanya, kita tidak tahu, sekadar mana benar atau tidak dokumen yang didedah tersebut. Jadinya, orang yang lebih tahu adalah Ariffahmi.
minta la arif terbuka hati nak tolong pertahankan tok guru yang kita sayangi..
Wallahu 'Alam
Al-bakistani
puak2 UMnongok memang sgt gembira kalau dpt tengok kerajaan kelantan terpalit dgn najis mcm ni, sbb diorg dah lama jadi budaya makan "najis" (rasuah) bahkan biasa makan "bangkai biawak" (mcm komisen kapal taklehselam) pon... apapun, kita menyokong kebenaran walaupon mungkin pahit, dan ia dibersihkan dgn cara yg benar juga. Walllahul musta'aan.
Tolong Ustaz selamatkan tn Guru Nik Aziz dan halang kezaliman dari kickdefella. Serangan kepada keluarga Tuan Guru di anggap menyerang Tuan Guru. Ustaz di pihak mana?
kickdefella dedah dokumen. tidak diketahui kebenaran dokumen tersebut; apakah direka cipta atau ia adalah sebenar.
kalau dia bagi bukti, kita kena serang dia dengan bukti juga. kalau kita serang kickdefella yang ada bukti dengan kita tidak kemukakan bukti, bermakna kita telah memberi kredit kepada kickdefella.
orang yang lebih mengetahui perlu bersuara, supaya selesaikan masalah ini.. jangan sampai tok guru parah... harapan ana..
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Ust. Melihatkan komen Ustaz semacam Ustaz takut kpd kickdefella. Jangan takut Ustaz, Allah bersama kamu, bantulah TGNA dengan mata pena Ustaz. Persetankan kickdefella
Kita tidak perlu takut kepada Kickdefella.. tetapi, kita perlu takut adalah sebarang serangan kita bukan memberi kebaikan kepada tok guru, bahkan mencalarkan lagi Tuan Guru.
lihat, apabila tok guru bagi komen, menyebabkan kick lebih agresif menyerang tok guru sehingga masuk dalam TV..
lebih bimbang, apabila serangan Kick itu ada dokumen, sedangkan kita menyerang kick tak disertakan sebarang dokumen.. jika kita menyerang kick dalam keadaan kita tidak ada dokumen, dan kick ada dokumen, ini memberi imej yang lebih baik kepada Kick.
sebab itu, kalau sesuatu polimik itu, ia boleh jadi reda, apabila kita berdiam diri. Jika kita terus juga menjawab tanpa bukti, ia akan menjadi sesuatu yang kontroversi yang tidak menguntungkan kita, sebaliknya memberi keuntungan kepada Kick.
pepatah ada berkata, "Walau Doktor gigi itu pakar, tetapi ia tetap dikira salah jika dia mencabut gigi yang salah".
nak serang Kick, biar dengan gaya dan cara yang tepat, agar serangan itu tidak memberi imej yang lebih bak kepada kick.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Catat Ulasan