Sabtu, 18 September 2010

TAK ADA PENGARUH, TAPI ADA 'OTAK'

Satu petang, berbual-bual dengan seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu lori. Tugasnya menghantar besi-besi yang beratnya bertan-tan.

Dia bercerita, bahawa satu hari, dia telah menghantar besi yang besar dan berat ke satu tempat. Sesampai pad destinasi yang dimaksudkan, didapati tidak ada siapa pun yang dapat membantunya menurunkan besi-besi yang besar itu. Ketika itu pula, dia sendirian yang tidak termampu seorang diri mengangkat besi yang besar dan berat itu.

"Besi yang berat itu, terpaksa diturunkan juga" Ujarnya dalam perbualan kami

"pastu, abang buat macam mana?" soalku.

"nak turunkan besi yang berat dari lori ni ada dua kaedah. Dengan tenaga atau dengan otak" dia berceloteh

Menarik juga ungkapannya itu. Aku mengambil perhatian terhadap apa yang hendak dinyatakan.

"Kalau dengan tenaga tu, tau la. dengan otak tu macam mana?" Soalku

"Kita buka pagar lori dulu. lepas tu kita gostankan lori laju-laju, lepas tu brek terkejut. Mesti besi semua tu jatuh" Dia berhujjah. logik dan menarik cara yang disebutkan itu.

"memang boleh jatuhlah besi tu, tapi terukkan lori tu" Aku menyampuk.

sambil tersenyum dia menjawab, "nak buat macam mana. Kalau tidak, besi tak leh diturunkan la"

Aku tersenyum mendengar dia cakap sebegitu. mengingatkan aku kepada orang yang tidak ada pengaruh di kalangan rakyat, tetapi mempunyai minda dan bersedia bertanding untuk mengetuai sesuatu parti politik.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 September 2010 * 12:30 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Aku tersenyum mendengar dia cakap sebegitu. mengingatkan aku kepada orang yang tidak ada pengaruh di kalangan rakyat, tetapi mempunyai minda dan bersedia bertanding untuk mengetuai sesuatu parti politik."

1.Pengaruh untuk tarik pengundi!!tak berpengaruh!tak dak undi la!!!!
2.Otak saja tanpa pengaruh!!tak menang la !!
3.Senab tu kita tenguk puak "otak" tak dak seperti mahfuz!mat sabu!boleh menang dalam pemilihan pas noo!!
4.Politik tak perlu sangat yang ada "otak"!!lagipun puak yang ada "otak" selalunya tak berminat dalam politik!!sebab politik malaysia !!kotorrrrr!!!!
5.tak laghaatttt nanti jawab "disana" noo!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

mendalam dan ada isi