Isnin, 15 November 2010

UMNO/BN BAKAL REBAH DARI PUTRAJAYA : MAMPUKAH?

Susah menganggarkan keadaan politik sejak dua menjak ini. Jika kejatuhan barisan Nasional pada 5 buah negeri pada PRU lepas, kelihatan pertembungan dan masalah sering berlaku dalam parti BN. Kelihatan dari pihak PAS, PKR dan DAP amat bersatu padu dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN ketika itu.

Ternyata, kesatuan antara ketiga-tiga parti itu berjaya membina beberapa buah kerajaan. Kekusutan UMNO/BN melahirkan kejatuhan yang sungguh memalukan parti itu.

Ramai mendakwa, kejatuhan kerajaan UMNO/BN dalam PRU ke 12 yang lalu, adalah berpunca serangan Mahathir terhadap Pak Lah. Ada pihak lain mendakwa, ia adalah wave yang menimpa politik Malaysia, disamping kepandaian dan kesenian tokoh politik yang bernama Anwar Ibrahim yang dilepaskan dari sejak sekian lama berada dalam penjara.

Yang pastinya, kesemua unsur-unsur ini merupakan penyebab atau merupakan faktor penting kelemahan UMNO, disamping kejayaan parti PAS, PKR dan DAP yang mengemukakan tawaran negara berkebajikan menyebabkan rakyat tertarik, seterusnya mereka melakukan protes terhadap UMNO/BN.

Jika direnung keadaan politik pada hari ini tidak sepertimana sebelum berlaku sejarah 8 mac 2008. Ini kerana, sebelum PRU ke 12, kelihatan pertembungan dalaman UMNO/BN, tetapi pada kali ini, kelihatan pertembungan dalaman Pakatan Rakyat.

Dari pihak PAS, kelihatan sebilangan kecil pimpinan mereka masih menaruh kesangsian terhadap rakan-rakan dari PKR dan DAP. Dari pihak PKR pula, pertembungan dalaman mereka agak ketara juga kelihatan. Lebih-lebih lagi, sudah kelihatan serangan saraf [sindir dan berkinayah] yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Zaid Ibrahim yang menyebabkan Zaib Ibrahim mengisytiharkan untuk keluar parti, seterusnya meletakkan cita-cita menubuhkan parti baru. Juga kelihatan, Raja Petra Kamaruddin [RPK] yang sejak sekian lama mempertahankan Anwar Ibrahim, tetapi kini sudah mula melakukan serangan terhadap Anwar Ibrahim.

Jika keadaan ini berterusan sehingga PRU akan datang, ia tidak dapat dipastikan apakah cita-cita mahu melihat Putrajaya tidak kuasai lagi oleh UMNO/BN akan berjaya atau tidak?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biase la tu...hang pun same gak balon...tiru perangai us 1 g la 2 kut.jgn org balon tak boleh kite takper dah ler

Tanpa Nama berkata...

pr akan kalah teruk dan semua negeri dapat ditawan bn semula

Ibnu Ali berkata...

"Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat." -Sun Tzu