Rabu, 16 Februari 2011

TARIKH LAHIR NABI : ULAMA TIDAK SEPAKAT

Ulama-ulama tarikh tidak pernah sepakat dalam menentukan tarikh kelahiran nabi SAW. Ada ulama menyatakan bahawa tarikh lahir nabi SAW adalah pada 9 Rabiul awal, iaitu bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 masihi. Pendapat ini dinukilkan oleh Al-Mubarakpuri dalam kitab Rahiq Al-Makhtum daripada pakar ilmu Falak yang bernama Mahmud Basha.

Ada ulama tarikh lain pula berpendapat, tarikh lahir nabi Saw adalah antara 9 hingga 12 Rabiul awal, iaitu sama ada pada 10, atau 11 rabiul awal. Namun begitu, kebanyakkan ahli sirah menyatakan tarikh kelahiran nabi SAW pada 12 rabiul Awal.

Ulama juga khilaf dalam menentukan tarikh kewafatan nabi SAW. Pun begitu, kebanyakkan ulama tarikh berpendapat, tarikh kewafatan nabi SAW pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 hijriyyah. Imam Ibnu Hajar pula berpendapat, bahawa kewafatan nabi Saw pada 12 rabiul awal adalah perkara yang hampir kepada ijmak ulama. Bahkan tidak dinafikan juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat pada 11 Ramadhan.

Adapun kelahiran Nabi SAW pada hari isnin di tahun gajah, maka itu disepakati oleh seluruh ulama tarikh. Juga ulama sepakat mengatakan, kewafatan Nabi SAW pada hari isnin.

Secara kesimpulannya, dengan menentukan kemestian menyambut Maulid Nabi SAW dengan menceritakan tentang perjuangan dan pengorbanan nabi SAW pada 12 Rabiul awal sahaja adalah tindakan yang tidak tepat, bahkan hendaklah memperingati perjuangan nabi SAW ini dilakukan pada setiap hari.

Jika ditentukan kemestian pada 12 rabiul awal sahaja menyambut mauled Nabi, maka perlu diingat juga bahawa nabi Saw wafat juga pada 12 rabiul awal berdasarkan pendapat sebilangan ulama tarikh.

Sekian

Rujukan

1- Rahiq Al-Makhtum
2- Fath Al-bari Syarh Al-Bukhari
3- Al-bidayah wa An-nihayah.
4- Al-Kamil Fi At-tarikh

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani









3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Bro aku nasihat supaya blog kau ni tukar nama lain, sebab Bakistani ni macam menghina orang Arab dan/atau Pakistan. Setahu aku orang Arab tak boleh sebut 'P' bunyi macam 'B', kau orang Arab ke? Lepas tu kalau Pakistan, Pakistan lah bukan Bakistan.

Tak elok lah babe dok hina bangsa orang, bangsa melayu lagi lah kau tak respect, kau bangsa apa agaknya.

Aku nasihat agar orang yang menunjol kan keislaman macam kau tak harus ada niat sedikit pun untuk menghina manusia lain. Malu lah babe, dah lah N. Ajis tak tau malu, kau pun sama.

Harap bertaubat, nasihat dari saudara seislam.

Tanpa Nama berkata...

maulid - bidaah , tapi mengingati dan mencontohi dan selawat sangat sangat perlu

Tanpa Nama berkata...

salam..
harap sahut la anjuran dialog atau debat atau apa2 saja dengan u.din..
jangan berani dalam blog jah.
dah 2 x buat perangai,jangan jadi pengecut dan jangan jadi musuh dalam selimut perjuangan Islam..
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3311