Satu hari jumaat. Aku dijadualkan berkhutbah di salah sebuah masjid di Petaling Jaya. Dalam perjalanan, telifon bimbitku berbunyi. Di screen termaktub nama "khalid Al-Haj".
"apa hal pak aji khalid samad ni tel pula.. mesti ada hadis-hadis yang dia nak confirmkan" bisik hati kecilku.
Aku angkat telefon. Tidak sempat memberi salam, Khalid samad sudah memberi salam. Aku menjawabnya.
"anta apa khabar?" soalan awal kedengaran dalam sesawang telifon bimbitku.
"alhamdulillah, khair" balasku dalam bahasa arab.
"eh.. Hadis yang sebut, barangsiapa menyakiti non Muslim, maka dia telah menyakiti hatiku juga.. Bunyi arabnya macam mana?"
Aku pun membaca matan hadis tu dalam bahasa arab. aku pasti, khalid menulis hadis itu, kerana dia bertanya beberapa huruf untuk dapat kepastian.
Aku menghurai lebih kurang tentang hadis itu. kerana, dari sudut pengajian hadis, hadis tersebut banyak berlaku pertikaian. Ada ulama menyatakan bahawa ia bukan perkataan Nabi Muhammad SAW, tetapi ia perkataan Umar bin Abdul Aziz.
Namun begitu, aku mencadangkan satu hadis lain yang saheh. Iaitu hadis yang bermaksud, "barangsiapa menzalimi non muslim, atau mengambil hak mereka tanpa jalan yang betul, mengurangkan hak mereka, maka hari akhirat nanti, aku akan menjadi penghujah terhadap mereka [non Muslim]"
Aku menyebutnya dalam matan arab. Dan aku yakin, ketika itu Khalid Samad menulis hadis tersebut.
Aku bertanya, mengapa dia bertanyakan tentang hadis itu. Diberitahu bahawa dia telah dijemput untuk hadir dalam satu forum bersama paderi dan penganut kristian di salah sebuah gereja di PJ.
Aku bertanya, bila forum itu berlaku? Dia menjawab, "selepas selesai solat jumaat".
mengenangkan pada hari tersebut aku berkhutbah di PJ, aku meminta izin beliau untuk hadir. Ternyata Khalid samad tidak menghampakan aku.
***
Setelah selesai solat jumaat, aku terus ke gereja yang dimaksudkan bersama dengan seorang pelajar Medic UM. memang menarik melihat dan mendengar ahli-ahli penal yang dijemput menyatakan pandangan masing-masing.
Boleh dikatakan, disebelah kristian, semuanya dari kalangan ilmuan-ilmuan kristian, tetapi di pihak Islam, yang hadir adalah seorang yang tidak bergelar ulama, tapi sekadar seorang profesional muslim yang merupakan seorang ahli politik dari parti Islam.
Dalam forum terbabit, berbagai-bagai lagi ulasan yang kedengaran. Dari pihak Khalid Samad pula, beliau berjaya mengemukakan hujjah yang menarik dalam menggambarkan keadilan Islam yang wujud dalam Al-Quran dan as-Sunnah. Yang lebih aku berbangga, apabila khalid telah membaca hadis yang aku maklumkan kepadanya, didapati bahawa boleh dikatakan paderi dan orang kristian yang hadir menepuk tangan, tanda sokong terhadap kandungan hadis yang dibaca oleh Khalid Samad.
***
Sebagai orang Islam, sudah pasti keadaan ini amat membanggakan aku. Perkara yang aku fikirkan adalah, bagaimana Islam yang sering dilihat dengan prejudis oleh non Muslim sudah mula diterima mereka. Walaupun mereka tidak memeluk Islam, tetapi dengan sikap mereka menyatakan Islam adalah agama adil adalah satu kebanggaan yang cukup besar bagi diriku.
Lebih aku bangga, apabila ada seorang teman berbangsa cina dan beragama kristian tadi berkata kepadaku, "Saya kenal Islam, melalui politik... kalau tidak kerana politik, mungkin saya tidak nampak Islam sebagai agama yang baik".
Sekian
Sg Buloh
4 april 2011 * 2:25 pagi.

10 ulasan:
InilAh hujah yg selalu ku baca dari ustaz ustaz pas..kader kader pas...semuanya berbentuk syok sendiri...angkut bakul sendiri....mereka tidak pernah berfikir diluar dari kotak pemikiran biasa.......bak kata perpatah...yg diperjuangkan tak dapat...yg dipegang pulak terlepas...
Bravo!
Anta baik dengan Khalid Samad rupanya. Baguslah.
Tak nak ulas pemilihan kwsn di Sgor. Ada pertembungan geng adun gombak setia dan mp shah alam?
salam
benar kata tok guru nik politik ada dalam agama islam
Salam
cerita khalid samad syiah oleh
Ust Ismail Omar
http://www.youtube.com/watch?v=ujKo5_LzxE4
KURSUS AQIDAH-SYIAH-5
rujuk minit 8:31 (mat sabu syiah)
8:45 (khalid samad)
http://www.youtube.com/watch?v=ujKo5_LzxE4
usaha yang wajar digalakkan terus ...
golongan yg bergelar ustaz cam ni lah yg kristian suka .... tak yah kerja teruk2 nak dakwah .... orang Islam sendiri tolong buat ... wa ka ka mua mua ha ...
islam is the best!!
as long as the real facts about islam are given, everybody will agree about the beauty of islam..alhamdulillah
salam semua
ni gambar2 khalid di sibu masa prn sarawak ... untuk koleksi OneG ..
http://www.isuhot.com/?p=3384
Catat Ulasan