2 september bersamaan dengan 4 syawal baru-baru ini, aku hadir dalam majlis pertemuan blogger dan facebooker anjuran kerajaan Negeri Kelantan bertempat di Lundang, Kota Bharu Kelantan. Dalam program tersebut, aku mencadangkan agar Tuan Guru Nik Abdul Aziz ROUND MALAYSIA untuk menjatuhkan UMNO/BN, sepertimana perubahan yang berjaya dilakukan oleh Mahatma Ghandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia. Ekoran itu, Tuan Guru tidak seharusnya bertanding lagi dalam PRU akan datang untuk focus ROUND MALAYSIA itu.
Pendapat aku itu dijawab oleh Datuk Husam Musa. Beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan agar Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus Round Malaysia, tetapi kekal juga bertanding dalam PRU. Padaku, program malam itu sudah selesai.
Tidak disangka-sangka, dua hari kemudiannya, iaitu pada 4 september, ia menjadi satu berita hangat di Kelantan. Iaitu, apabila ia dijadikan berita di muka surat utama dalam sinar harian versi Kelantan. Makanya, aku dihujani dengan pelbagai komentar dari rakan-rakan, sama ada melalui email, facebook dan juga melalui telefon.
“anta mencadangkan tuan guru letak jawatan?” antara soalan yang banyak kedengaran.
“Ana tidak cadangkan tuan Guru letak jawatan.. yang ana cadangkan adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia untuk jatuhkan UMNO/BN di Malaysia, sepertimana yang dilakukan oleh Mahatma Ghandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia.. Cuma, bimbang kesihatan Tuan Guru yang sudah tua, dicadangkan Tuan Guru tidak bertanding dalam PRU pada kali ini, tetapi focus untuk round Malaysia untuk jatuhkan UMNO/BN” jawabku panjang lebar bimbang orang keliru.
Rakan-rakan yang berhubung terus denganku berpuas hati dengan peneranganku. Tetapi, mengenangkan akhbar mementingkan duit, wang dan kemasukan berbanding melaporkan yang sepatutnya, menyebabkan tajuk berita mereka diolah sedemikian rupa bagi memburukkan lagi keadaan.
Pada hari ini, keluar pula berita dalam utusan Malaysia melaporkan berita tersebut, waima program yang telah berlalu itu berlanjutan sehingga seminggu yang lepas. Seperti yang kita tahu, Utusan melaporkan perkara yang mereka mahu sahaja, tanpa mereka melaporkan banyak lagi perkara yang aku nyatakan dalam program tersebut.
MEREKA BUANG POINT PENTING, dan membesarkan perkara yang tidak penting dalam ucapan cadanganku itu.
Antara perkara yang tidak aku sebutkan dalam ucapanku, tetapi ditambah-tambah oleh Utusan tersebut adalah pada ayat berikut;
“Pada 3 September lalu, Wan Ji dilaporkan berkata: "Tuan Guru tidak perlu bertanding pilihan raya, tidak perlu jadi Menteri Besar lagi, tumpu sahaja kepada ceramah. Tugas itu boleh diserah kepada ramai lagi ulama muda lain”
Ungkapan “tumpu pada sahaja kepada ceramah. Tugas itu boleh diserahkan ramai lagi ulama muda lain” adalah penambahan dari Utusan yang disandarkan kepadaku, walhal aku tidak pernah menyebut seperti yang dilaporkan. Dan lagi, forum itu berlaku pada 2 september, bukan 3 september seperti yang dilaporkan.
Apakah harus aku lakukan terhadap utusan?
Mungkin aku tidak perlu pening lagi nak cari duit untuk membayar yuran untuk aku sambung pengajianku….
Sekian
baca sama :
tok guru nik Abdul Aziz perlu round Malaysia untuk hapuskan BN.
Wallahu ‘Alam

8 ulasan:
Alah ustaz antara abdullah bin ubai dgn utusan ialah nama je berbeza tapi belit, belot, bebal, bengap, bengong semuanya sama.
Pasal Utuan tgk gambar lu masuk UMNO, bro. hahaha
Kalau tak spin/tipu/putar alam, itu bukanlah Utusan Malaysia, nama akhbar itu sebenarnya dah kena tukar kpd Utusan UMNO, tapi yg hairannya, ramai lagi org Melayu ni yang masih percaya kpd akhbar ini. Bertambah malang lagi bila org Melayu ini kurang percaya kpd Ustaz. Itulah bangsaku.
Lain kali bagitau pengajur jangan izin Utusan Malaysia buat liputan program2 kita.
Dato Husam menjawab bahawa dalam keadaan Tuan Guru bertanding pun, beliau boleh round Malaysia. Aku agak kurang bersetuju dengan pandangan Dato Husam tersebut, waima aku hormati pandangan terbabit-mamat bakistani.
1.samala maknanya ayat utusan dengan ayat hang diatas!!nik aziz tak payah bertanding pada pru 13nanti!!ungkapan hang yang berbunyi "aku agak kurang bersetuju"..jelas menunjukkan hang tak setuju jika nik aziz bertanding!!!tak payah main bahasa la bhaiii oiii!!!
2.apa yang ganjilnya bhaiii!!!kalau hang saman pun!!hang akan kalah!!budak-budak tadika pun boleh tahu maksud ungkapan hangpa tentang nik aziz tu!!
3.puak macam hang ni selalu main dan tafsir ayat Al-quran dan Hadis ikut kepentingan hangpa jee!!pakat-pakat dah ngaji tinggi bab-bab agama!!pakat-pakat dah tau bahawa puak macam hangpa ni puak cari makan dengan guna agama jee!!
4.bila ayat diatas pun hangpa nak pusing!!nak main ikut sedap hangpa jee!!nampak sangat kebodohan hangpa dalam bahasa melayu nii!!
5.kalau berani!!hangpa samanla utusan!!kot-kot cakap je bedegaq-degaq!!!
nak round malaysia cam mana ... jln pun dah bertongkat .... bagi lah can kat dia mengajar kat dekat2 rumah ... kesian kat orang tua tu .... dia pun bukan sihat sangat dah ... tak macam waktu muda2 dulu ... nak peguna dia sampai mati ka ???
biaq lah dia bermuhasabah dan berkhalwat ... ingat balik ketelanjuran, kesilapan, ketidakadilan pada rakyat2 kelantan ... nanti kat padang masyar susah nak kena tuntut sorang2 ...
ooo abdullah bin ubai tu = pas la yer?
salam bro... dah saman utusan ke... jgn cakap je bro... takut kalah ke... takut duit habis bayar lawyer fee saja... cakap lebih la lu bro...
Catat Ulasan