[1]
Ada sebilangan pihak menyatakan
bahawa hudud tidak dikenakan kepada non Muslim. Tanpa menghilangkan rasa hormat
terhadap pendapat tersebut, aku merasakan pendapat tersebut perlu di kaji dari
sudut fiqh turats dan fiqh kontemporer.
Dari sudut fiqh turats, kita akan
dapati bahawa beberapa hukuman hudud terkena juga kepada non Muslim, seperti
ulama fiqh terdahulu boleh dikatakan sepakat mengatakan bahawa hukuman potong
tangan (hudud) dikenakan juga kepada pencuri non Muslim. Adapun dalam perkara
yang dibenarkan dalam agama mereka, tetapi dilarang dalam agama Islam, perkara
itu tidak dikenakan hukuman hudud kepada mereka, seperti hukuman minum arak.
Namun begitu, sekiranya dengan
minum arak tersebut, menyebabkan non Muslim itu melakukan kemudharatan kepada orang
ramai, seperti menyakini orang lain (termasuk : memandu dalam keadaan mabuk),
ketika itu non Muslim itu hendaklah dikenakan hukuman ta’zir.
[2]
Sebelum lebih lanjut kepada
perbahasan ini, perkara yang perlu difikirkan tentang perbincangan hudud ini
dalam beberapa kerangka. Iaitu;
Satu;
Fatwa-fatwa hudud yang
dikeluarkan oleh ulama-ulama terdahulu dalam kerangka monarki. Sedangkan di
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ekoran itu, perbincangan ini hendaklah
dalam kerangka demokrasi, bukan kerangka monarki.
Kedua;
Di zaman itu, pengamalan hukum
tidak tertakluk kepada undang-undang termaktub dalam satu buku khusus yang
dirujuk dan dibahas. Ia adalah hasil dari fatwa-fatwa ulama muktabar yang
menjadi rujukan kerajaan dalam mengenakan hukuman.
Apabila keadaan ini berlaku,
sudah pasti fatwa-fatwa tersebut tertakluk dengan tiga elemen penting, iaitu
faktor tempat yang diduduki oleh ulama mazhab, faktor zaman yang berada, dan
suasana dan keadaan dia berada pada ketika itu.
Keadaan ini berbeda dengan
Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, yang sudah pasti mempunyai zaman,
tempat dan suasana yang berbeda sama sekali. Disamping itu juga, di zaman kini,
sebarang undang-undang yang dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang yang
termaktub dan menjadi rujukan dalam sesuatu kes.
Ekoran itu, di zaman dahulu,
ulama-ulama sahaja yang berbicara tentang perkara ini. Sedangkan rakyat bawahan
sekadar mentaati. Jika ada yang berbicara, ia tidak luar dari kerangka yang
telah difatwakan oleh ulama. Adapun di Malaysia, hukuman itu bukan sekadar
dibincangkan dikalangan ilmuan, tetapi dibincangkan juga oleh mereka yang bukan
dalam ilmuan agama Islam, tetapi mempunyai kepakaran dari sudut undang-undang,
seperti peguam dan hakim.
[3]
Dari sudut hukum fiqh turast,
pembahagian non Muslim ini dilihat kepada dua, iaitu harbi dan zimmi (Pengistilahan
ini bukan perkara qatie, tetapi ia bersifat ijtihadi).
Kepada non Muslim zimmi, mereka
dikenakan hudud, sedangkan kepada harbi tidak termasuk dalam perbincangan
kerana mereka adalah golongan yang boleh diistilahkan sebagai muharabah, iaitu
golongan yang diserang oleh kerajaan Islam ekoran serangan merka terhadap
kerajaan Islam itu sendiri.
Memandangkan kedua-dua istilah
ini berasaskan kepada ijtihadi, dan perkara ijtihadi itu tertakluk dengan
konteks (masa, tempat dan suasana), makanya pengistilahan itu sudah tidak
relevan di zaman kini. Ekoran itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mencadangkan dua
istilah yang lain, iaitu Ummah Al-Ijabah dan Ummah al-Dakwah. Yang kedua-dua
golongan ini dibawah istilah “Al-Muwatinun” (melayu : warganegara).
Dengan maksud, sudah tidak wujud
lagi harbi dalam Negara, kerana mereka juga mempunyai hak dalam sesebuah Negara
setelah mendapat hak kerakyatan (dapat IC atau Kad pengenalan). Juga tidak
wujud lagi zimmi, kerana mereka bukan golongan kedua dalam sesebuah Negara, malahan
mereka sudah setara dengan umat Islam dalam Negara dalam usaha membangunkan Negara.
Jadi, perbincangan fiqh jinayah
syariah yang melibatkan kepada qisas, hudud dan ta’zir, faktor non Muslim juga
perlu diambil kira. Menyatakan bahawa mereka tidak terlibat langsung dalam
hukuman hudud yang dicadangkan adalah satu perkara yang cukup silap.
[4]
Mengatakan hudud hanya dikenakan
kepada muslim sahaja, melahirkan implikasi yang buruk terhadap hukum Allah
tersebut. Ia akan mempamerkan bahawa muslim sahaja yang terkena, sedangkan non
Muslim terselamat walhal kesalahan yang dilakukan dalam bentuk yang sama tidak
sekadar dilakukan oleh Muslim sahaja, malahan dilakukan juga oleh non Muslim.
Dan lagi, jika kesalahan itu
dikenakan hukuman kepada muslim sahaja, tanpa melibatkan kepada non Muslim,
maqasid disebalik pencegahan dari tersebar jenayah dalam Negara tidak dapat
tercapai. Ini kerana, “cacamarba” dalam masyarakat dengan jenayah, bukan
berfaktorkan penjenayah muslim sahaja, tetapi berfaktorkan juga kepada
penjenayah non Muslim juga. Jika ini dilihat, sudah pasti Islam akan dilihat
sebagai agama yang tidak adil, walhal Islam tidak begitu sama sekali.
Bersambung….
1 ulasan:
1.sepatutnya yang jawab ialah matsabu ka!nasharuddin ka!nik aziz ka!hadi awang ka!
2.yang hang pi jawab apa kisah bhaii!!
3.hang tu sapa dalam pas!!!!!
Catat Ulasan