Lama dah
tak menulis. Mood menulis tak ada. Ini pun gagah menulis. Nak bina balik mood
menulis.
Isu
yang mahu dibincangkan disini adalah berkenaan cadangan hudud dikenakan kepada
orang yang berumur 18 tahun keatas, walhal hudud dikenakan kepada orang yang
sudah baligh.
Dalam
fiqh syafie, umur paling tinggi bagi baligh adalah 15 tahun, bukan 18 tahun. Tetapan
kepada 18 tahun adalah had yang paling tinggi bagi baligh mengikut mazhab
Hanafi.
Jika
diperhatikan betul-betul, tetapan umur 15 atau 18 tahun adalah had yang paling
tinggi sahaja. Ia terhasil dari kaedah Istiqra’, iaitu kajian induktif. Itu pun,
bukan dilihat pada seluruh manusia pada zaman itu, tetapi diambil berdasarkan
bilangan tertentu sahaja. Ia dinamakan sebagai Istiqra’ Naqis.
Secara
pastinya, semua sepakat bahawa umur baligh apabila kanak-kanak itu sudah keluar
air mani, sama ada dengan mimpi ataupun tidak. Keluar air mani ini,
kadang-kadang tak sampai pun umur 15 tahun atau 18 tahun. Malahan tidak
mustahil, keluar air mani ini berlaku pada umur 10 tahun atau 8 tahun dan
seumpamanya.
Namun
begitu, problem berlaku apabila mahu digezet atau diwartakan sebagai undang2. Dalam
bahasa undang2 Islam disebut sebagai “Taqnin”, atau diqanunkan.
Dalam
Negara monarki, keputusan yang hendak dikenakan itu tidak perlu merujuk kepada
satu perlembagaan atau buku undang2 tertentu, tetapi cukup sekadar merujuk
kepada Syaikh al-Islam yang dilantik di sesebuah Negara atau daerah. Keadaan ini
berbeda dengan Negara yang mengamalkan demokrasi, malahan berlaku dalam Negara monarki
moden.
Mengqanunkan
atau menjadikannya sebagai buku undang2 yang boleh dirujuk bertujuan, mudah
untuk dijadikan rujukan apabila berlaku sebarang kekalutan. Terutama dari pihak
peguam yang mahu mempertahankan anak guamannya. Disebalik membukukan sesuatu
undang2 itu, ia lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan melantik seorang
Syaikh al-Islam yang menjadi rujukan. Ini kerana, buku undang yang telah
disepakati, tidak boleh dipengaruhi ketika hukuman mahu dikenakan, berbanding
jika dirujuk kepada seseorang Syaikh al-Islam.
Kembali
kepada isu ketetapan umur dalam mengenakan hukuman Hudud. Jika diandaikan,
seorang kanak-kanak berumur 14 tahun melakukan kesalahan jenayah, lalu
dihadapkan di hadapan hakim (atau Qadhi), kemudian penjenayah kanak-kanak itu
bersumpah bahawa dia belum baligh lagi, sudah pasti kanak-kanak itu terlepas
dari hukuman. Ini kerana, ia sudah melahirkan syubhat.
Keadaan
ini akan jadi masalah lagi, apabila seseorang yang telah melakukan jenayah yang
berumur 20 tahun yang bersumpah bahawa dia belum baligh lagi. Ia juga akan jadi
syubhat yang tidak boleh dikenakan hukuman terhadap pesalah tersebut. Begitjuga
juga yang bersumpah itu sudah berumur 30 tahun sekalipun, walaupun secara
logiknya mana mungkin sudah berumur 20 atau 30 tahun belum baligh lagi.
Ekoran
itu, bagi memastikan ia tidak menjadi masalah dalam perlaksanaan di masa akan
datang, makanya merujuk kepada penentuan had umur 18 tahun yang merupakan had
umur baligh mengikut pandangan Imam Hanafi. Ini dengan maksud, mengelak dari sebarang
masalah di masa akan datang, apabila seseorang penjenayah yang berumur lebih 18
tahun bersumpah bahawa dia belum baligh lagi. Makanya, sumpahnya automatic boleh
ditolak.
Wallahu ‘Alam
4 ulasan:
dulu 15 dah besor panjang , fizikal dan otak dan sikap dll , sekarang 18 rasa ok kut boleh pakai
Catat Ulasan