Isnin, 6 Jun 2011

Khamis, 2 Jun 2011

KENANGAN 1 : USTAZ ISMAIL MAHMOOD

"Assalamualaikum" suara kedengaran dari corong handphoneku. Suara agak tua tetapi masih bersemangat.

"Waalaikumsalam" balasku ringkas.

"ini ustaz Wan Ji ker??" soalnya ringkas.

"Ya, ana bercakap. Siapa ni?" soalanku terpancul selepas menjawab.

"ana ni, Ustaz Ismail Mahmood..."

"ustaz ismail yang mana tu?" aku menyoal soalan itu kerana orang yang bernama ismail mahmood ini ramai. 

"ismail mahmood, Adik Ustaz Ibrahim libya" balasnya ringkas.

Mendengar pengenalan diri itu, pemikiranku terus terbayang wajah seorang ustaz yang kelihatan tua. berjalan perlahan di masjid islahiyyah, Kuang setiap kali aku menunaikan solat jumaat di situ.

Sering kali kami bersua dan bertegur sapa, tetapi tidak pernah pula berbual mesra dan berbual panjang. 

Dengan kehadiran panggilan telefon dari Ustaz Ismail itu, sudah pasti mengejutkan aku. 

"ustaz wan ji, bila kita boleh berbual.. Ana rasa nak berbual dengan Anta la.." 

"eh.. Boleh.. Tak ada masalah punye.. Ana pergi kat rumah ustaz pun tak per..." aku membalas mesra. 

"kalau macam tu.. Kalau anta nak datang rumah ana, anta telefon ana dulu... Ok?"

"Insya Allah Ustaz... "

Perbualan berakhir selepas salam diberi dan dibalas.

Dengan kesebukan pada masa itu, aku terlupa hendak hadir ke rumah Ustaz Ismail Mahmood. Selang seminggu kemudian, sekali lagi Ustaz Ismail Mahmood telefon lagi.

Melihat namanya tertera pada screen Handphone, aku mula gelabah. ternyata dia bertanya bilakah kami dapat bertemu. Keadaan seakan-akan mendesak, seperti ada sesuatu yang penting hendak berbual.

"macam ni ustaz, ana rasa dalam dua hari lagi, ana ada waktu free.. Dalam selepas kuliah ke, boleh ana pergi ziarah ustaz..." aku memberi cadangan.

"ok... " dia menyatakan persetujuan.

aku pun melihat jadual kuliah maghribku. Dalam pemikiranku sering tertanya-tanya, apa yang Ustaz ismail nak ceritakan kepadaku, sehingga begitu ingin berbual denganku, walhal sebelum ini, kami tidak pernah mengenali secara rapat.

Dalam rancangan hendak berjumpa dengan Ustaz Ismail, sehari sebelum jadual pertemuan ditunaikan, aku ditelefon oleh seseorang kawan, memaklumkan bahawa Ustaz Ismail telah meninggal dunia.

Aku terkejut bertambah terkilan. Ini kerana, hasrat Ustaz Ismail nak berjumpa denganku tidak termakbul sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bersambung....

CADANGAN USUL : HANYA ULAMA UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN


Di cadangkan kepada muktamar pada kali ini mengusulkan digubalkan perlembagaan PAS dengan menyatakan seperti berikut;

"SEMUA TIDAK BOLEH MENJADI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS, KECUALI MEREKA YANG BERGELAR ULAMA. ADAPUN JIKA BERLAKU PERLANTIKAN SECARA MAJORITI TERHADAP SELAIN MEREKA YANG BERGELAR ULAMA SEBAGAI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN, MAKA PERLANTIKAN ITU TERTOLAK SERTA MERTA".

Penggubalan perlembagaan ini adalah satu perkara yang penting, kerana bagi mengelak dari berlaku kecelaruan dan persengketaan isu "ulama - professional" yang berlaku selama hari ini. Dengan penggubalan ini, PAS ada jawapan yang jelas untuk menjawab mainan media UMNO dan tidak UMNO tentang isu ini. Disamping itu juga, golongan professional tidak perlu lagi dicalonkan lagi dalam pemilihan di masa akan datang.

sekian


KENAPA UTUSAN TIDAK KEMPEN ORANG LAIN?