Khamis, 2 Jun 2011

CADANGAN USUL : HANYA ULAMA UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN


Di cadangkan kepada muktamar pada kali ini mengusulkan digubalkan perlembagaan PAS dengan menyatakan seperti berikut;

"SEMUA TIDAK BOLEH MENJADI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS, KECUALI MEREKA YANG BERGELAR ULAMA. ADAPUN JIKA BERLAKU PERLANTIKAN SECARA MAJORITI TERHADAP SELAIN MEREKA YANG BERGELAR ULAMA SEBAGAI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN, MAKA PERLANTIKAN ITU TERTOLAK SERTA MERTA".

Penggubalan perlembagaan ini adalah satu perkara yang penting, kerana bagi mengelak dari berlaku kecelaruan dan persengketaan isu "ulama - professional" yang berlaku selama hari ini. Dengan penggubalan ini, PAS ada jawapan yang jelas untuk menjawab mainan media UMNO dan tidak UMNO tentang isu ini. Disamping itu juga, golongan professional tidak perlu lagi dicalonkan lagi dalam pemilihan di masa akan datang.

sekian


10 ulasan:

serirasahati berkata...

adakalanya kita kena hiburkan hati kita dgn ayat2 Allah, kerana kita ini terbatas ilmunya.Sesuatu tidak berlaku atas kehendak kita walau seberat mana kebenaran yg kita rasa ada dlm dada kita, ia berlaku dgn kehendak Allah yg hikmahnya lebih berat dari kebenaran yg kita rasa.

“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.

puakPas berkata...

kah kah kah!
lawak bodoh pula si Bakistani! usul paling tolol dan bahlol untuk dibincangkan dalam muktamar Parti Islam.
..... Ulamak itu nama-nama yang dipanggil oleh mereka yang zaman moden tapi otak zaman jepun ....
.... Tidak ulamak pula dipanggil oleh mereka yang hidup ketika Siam menyerang Kelantan, maka tidak ulamak menyarankan supaya dihantar ufti bunga emas .....
.... Umar al-Khatab ulamakkah? Ali Karamallah ulamakkah?, Muawiyyah tidak ulamakkah? .....
.... Hasan al-Banna ulamakkah?, bukankah beliau seorang guru ...
.... Hasan al-Hudaibi ulamakkah?, Mustafa Masyhur ulamakkah?, Abu Nars ulamakkah? Atif ulamakkah? .....
... Kenapa Hasan baqari, Muhd Ghazali, al-Qaradhawi tidak dilantik sebagai mursyid am al-ikhwan? ...
.... Kalau PAS menerima usul ini, maka PAS akan menjadi gerakan Islam pertama didunia mensyaratkan ulamak dalam kepimpinan ...
.... Guna kepala otak, jangan guna kepala lutut ....

Tanpa Nama berkata...

sinis

Tanpa Nama berkata...

dalam maksud pak ustad!

Tanpa Nama berkata...

Kena apa 2 jawatan aje.Sepatutnya semua jawatan,termasuk Naib Presiden dan AJK PAS Pusat.Dengan cara ini semua pemimpin PAS yang bukan ulamak,lebih senang meninggalkan PAS dan tubuh parti lain.Kita nak tengok nanti sama ada PAS boleh menang lebih banyak kerusi lagi atau akan hilang kesemuanya termasuk Kelantan dan Kedah.Satu cabaran terbuka kepada gulungan ulamak dalam PAS.Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Maka berduyun-duyunlah ahli PAS menyertai DAP.

Maka dengan sendirinya tertubuhlah Ikhwal Muslimin Malaysia.

Maka yang tinggal di dalam PAS hanyalah ular dalam semak, yang tulis surat rasmi macam janda gila talak, dan tak dapat bezakan mana satu pejabat pos dan yang mana pejabat tanah.

joe penang berkata...

Rasanya keputusan kali ni boleh dijangka. TITM akan jd timb Presiden. PAS x jadi big brother dlm PR utk 4 tahun lg. Nak buat camna g..

unanjaga berkata...

Adalah menjadi kewajaran yang patut dilaksanakan untuk memilih sesiapa sahaja mengikut suara perwakilan,sama ada ia ulama atau pun bukan ulama sebagai pemimpin,yang utama perlembagaan parti itu bertunjang pada perundangan islam.Dizaman Rasullah ada remaa yang berumur 19 tahun mengetuai gerakan tentera menawan negara Rom.Ulama itu kita letakan mereka pada tempat yang selayak nya dalam apa jua urusan negara,apa jua pandangan dan fatwa ulama perlu diambil kira dalam melakasanakan setiap pembangunan negara.Semuga apa sahaja pembangunan yang ingin dilaksanakan tidak lari dari pertunjuk Allah dan Rasul Nya.

serirasahati berkata...

KUALA LUMPUR – ‘Tiada Erdogan di dalam Pas’ itulah yang ditekankan oleh Naib Presiden Pas yang baru, Datuk Husam Musa.

Beliau menafikan kemenangan golongan profesional mengalahkan golongan pro-ulama sejurus selepas diumumkan menang dalam perebutan jawatan yang ditandinginya.

Husam berkata, beliau tidak menganggap kemenangannya sebagai kemenangan golongan ‘Erdogan’, namun melambangkan pengiktirafan parti kepada anak-anak Pas yang dididik oleh kepimpinan Pas sebelum ini.

“Tidak timbul soal profesional terpilih atau tidak, saya pun bukan (golongan) profesional, tapi kami berempat telah dididik oleh kepimpinan ulama sejak dari kecil lagi. Oleh itu tidak timbul soal kepimpinan ulama atau tidak,” katanya selepas keputusan penuh pemilihan Pas diumumkan, di sini hari ini.

Mengenai pucuk pimpinan Pas yang didominasi oleh golongan profesional, kecuali bagi jawatan Presiden, Husam berkata, keempat-empat pemimpin yang diumumkan sebagai Timbalan dan Naib-Naib Presiden membesar dalam Pas.

Menurutnya, keempat-empat mereka merupakan sebuah kumpulan yang sejak dari kecil diasuh dan dibesarkan dengan kepimpinan ulama, serta hanya merupakan badan eksekutif yang akan mentadbir mengenai sudut teknikal dan strategi parti.

Husam juga menerangkan bahawa masih ada lagi Mursyidul Am, Timbalannya, Dewan Ulama dan Majlis Syura yang dibarisi oleh ulama-ulama Pas yang akan menentukan dasar serta masa depan parti. Terutamanya bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, pukul 10 pagi tadi mengumumkan keputusan pemilihan parti itu yang menyaksikan kemenangan golongan profesional, yang lebih dikenali sebagai kumpulan ‘Erdogan’.

Jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu, mengalahkan penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharuddin Mat Isa, dan seorang lagi pencabar, bekas Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden menyaksikan Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar terpilih untuk jawatan itu.

Mereka mengalahkan tiga calon lain iaitu Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, dua AJK Pusat, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mendapat undian tercorot dalam perebutan jawatan itu.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

serirasahati berkata...

bacalah....macamana org yang 'jiwa besar' menerima kemenangan.....