Selasa, 5 Julai 2011

KOMEN DR ASRI TERHADAP ULAMA MUDA UMNO

..ramai yang bertanya saya tentang huraian-huraian siyasah Ulama Muda UMNO kebelakangan ini..

menurut pendapat saya yang kerdil, walaupun Ulama Muda UMNO itu pada asasnya bermanhaj 'salafi' dan saya antara yang menyetujui manhaj itu, namun kefahaman sebahagian mereka mengenai hadis-hadis politik menjurus kepada aliran Madkhali yang agak literal dalam menafsirkan nas-nas siyasi tanpa melihat teks dan konteks..

mereka seakan aliran 'zahiri' atau literalist dalam memahami dalil-dalil siyasi..di Barat, mereka melebelkan literalist ini sebagai 'wahabi'..itu label yang salah kerana mereka masukkan sekali sesiapa sahaja yang kuat berpegang dengan nas sebagai 'wahabi' ..namun fonomena literal dalam memahami nas-nas siyasi ini banyak datang dari Arab Saudi..

pada beberapa sudut mungkin ada kebaikannya, namun ia boleh menjumudkan banyak situasi umat dan negara..bak kata Fazlur Rahman 'konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya..

apapun ini masalah ijtihadiyyah atau perbezaan pendapat, seseorang memilih pandangan yang diyakininya..semoga Allah memberikan kita keikhlasan dan mengampunkan semua..

sumber : sila klik

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulamak tak ngaku diri ulamak mcm bakistani...itu ular dlm semak....mcm bakistani

Tanpa Nama berkata...

1.hang!asri !!puak "ulama" muda umno!!sama saja!!BURUNG TIONG jee!!
2.tak sak sumbangan pada islam!bagi umat islam berpecah ada la!!
3.oiii!!hangpa pila dakwah puak muda melayu islam yang makin teruk tu!!dok berteori dalam bilik jee!!
4.ada akai ka!!

sidiq berkata...

pandangan ringkas yg bagus. bakistani jgn layan manusia yang bebal dan tk bertamadun mcm mnusia diatas tu.sy suka pandangan dr asri yang menilai dari pelbagai sudut.

Tanpa Nama berkata...

wahabi...

Tanpa Nama berkata...

fathul bari n geng mengkaratkan otak mereka dengan cara madkhali yang bantut , kalau nak camtu di saudi , ok le kut (tu pun tak tau kalau rakyat saudi bangkit plak), fathul bari , tak pa nak mantain dalam umno , cuma buat benda yg lebih patut untuk umno , dari konon nak jawab dengan cakap hujah bantut otak ... dr.asri dia kadang bantai pakatan juga , kadang bantai umno tapi dgn otak yang rasional ...

Tanpa Nama berkata...

".bak kata Fazlur Rahman 'konsep kefahman al-Imam Ibn Taimiyyah itu menjadi sempit jika dilihat dari huraian al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, jika kita membacanya secara langsung, kita akan dapat melihat keluasan kefahamannya." --
-- bukan dari syeikh muhammad tu tapi ulama2 saudi yang sekarang ni yang pastinya itu ada kena mengena nak cover raja mereka - -
(syeikh muhammad mungkin ada tegas dalam beberapa perkara tapi beliau adalah inspirasi kepada hassan albanna , rasyid ridha dan banyak lagi , tapi ulama2 saudi sekarang ni yang sebahagiannya jumud terutama madkhali mmg jomoDD (ada juga yang bagus sebahagian
satu lagi - kadang2 bukan pasai salafi sangat , kalau korang perhatikan betul2 , lebih kurang sama dan point itu juga seperti yang telah dibawa oleh ulama Umno sebelum ini , cuma spt fathul bari dia lebih pandai menggoreng dan sedap bercakap tapi the same tune as before , jadi tak dak kena mengena dengan salafi atau wahabi pun