Demontrasi BERSIH telah berlaku. Tindakan polis dengan menembak gas pemedih mata meragut nyawa seorang demonstran, iaitu Saudara Baharuddin Ahmad. Ramai yang mempersoalkan status kematiannya; Apakah dikira syahid atau tidak?
Malahan tidak ketinggalan, ada juga dari kalangan orang UMNO (UMNO : Laknat Allah terhadap orang-orang zalim) yang agak biadap sehingga melebelkan kematiannya sebagai mati katak.
Secara peribadi, tanpa aku memaksa orang lain menerimanya bahawa Aku menyatakan, kematian Saudara Baharuddin Ahmad boleh dikira sebagai MATI SYAHID.
Pendapatku ini didokong Hujjah-hujjah seperti berikut;
Kandungan tuntutan BERSIH adalah perkara yang boleh disifatkan sebagai hak keadilan. Hak keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam.
Sabda Nabi SAW;
فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Maksudnya;
“Berikanlah hak kepada setiap orang yang mempunyai hak ”
Sebagai kerajaan, tuntutan bersih itu wajib ditunaikan. Tidak menunaikan tuntutan bersih itu, bermaksud menafikan hak rakyat. Menafikan hak itu merupakan tindakan zalim. Apabila ada pihak yang terbunuh dalam usaha mendapatkan hak mereka, maka mereka dikira sebagai syahid.
Ini kerana, Nabi SAW ada bersabda;
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Maksudnya;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”
Dalam hadis ini, Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya juga sudah dikira syahid. Makanya, terlebihlah dikira sebagai syahid bagi mereka yang terbunuh mempertahankan hak kebebasan yang merupakan unsur keadilan yang dituntut dalam Islam.
KALAU BEGITU, TIDAK PERLU DIMANDIKAN?
syahid itu ada dua jenis; syahid dunia dan syahid akhirat. Ada sebilangan ulama, menambahkanya menjadi tiga, iaitu syahid dunia dan akhirat. Dalam menafsirkan maksud syahid-syahid ini, ulama ada perbincangan panjang.
Secara umumnya, makna bagi tiga jenis syahid ini adalah seperti berikut;
Pertama: Syahid dunia
Syahid dunia adalah syahid bagi orang yang mati berperang, dalam keadaan hatinya berjihad bukan kerana Allah, seperti kerana riya’, sum’ah dan seumpamanya. Hukum bagi jenazahnya adalah tidak dikenakan mandi dan tidak disolatkan. Dengan erti kata lain, jenazahnya diurus seperti orang mati dalam berjihad.
Sabda Nabi SAW;
إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Maksudnya;
“Sesungguhnya aku tidak disuruh untuk mengorek apa yang ada dalam hati manusia, dan tidak disuruh untuk mengoyak perut-perut mereka ”
Saidina Umar bin Al-Khattab juga pernah berkata;
وَإِنَّمَا نَأْخُذُكُمْ الْآنَ بِمَا ظَهَرَ لَنَا مِنْ أَعْمَالِكُمْ فَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا خَيْرًا أَمِنَّاهُ وَقَرَّبْنَاهُ وَلَيْسَ إِلَيْنَا مِنْ سَرِيرَتِهِ شَيْءٌ اللَّهُ يُحَاسِبُهُ فِي سَرِيرَتِهِ وَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا سُوءًا لَمْ نَأْمَنْهُ وَلَمْ نُصَدِّقْهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu menilai kamu sekarang berdasarkan apa yang zahir bagi kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kepada kamu kebaikan, kami akan akuinya dan hampirinya. Tidaklah kami mempunyai hak terhadap perkara yang tersembunyi. Allah SWT akan menilai pada perkara yang tersembunyi itu. Barangsiapa yang menzahirkan kepada kami perkara yang jahat, kami tidak akan akuinya dan tidak membenarkannya ”
Kedua: Syahid Dunia dan Akhirat
Syahid dunia dan akhirat adalah orang yang mati dalam peperangan untuk menegakkan kalimah Allah. Hatinya ikhlas dengan mahu menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan Allah ”
Jenazahnya diuruskan sebagai orang yang mati berjihad, iaitu tidak dimandikan, tidak disembahyangkan dan seumpamanya.
Ketiga; Syahid Akhirat
Syahid akhirat adalah orang yang mati dan mendapat ganjaran pahala seperti ganjaran syahid. Namun, jenazahnya tidak diurus sebagai orang yang berperang, tetapi diurus sepertimana orang ramai, iaitu dimandikan dan disembahyangkan.
Antara jenis syahid ini, disebut oleh Nabi SAW dalam hadis;
الْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ
Maksudnya;
“Orang yang sakit perut (sehingga cirit beret yang mati) dikira sebagai syahid; orang yang tertimpa penyakit Taun (yang mati) dikira sebagai syahid ”
Dalam hadis yang lain, banyak lagi perkara yang mati dikira sebagai syahid. Seperti mati lemah dikira syahid, mati kebakaran dikira syahid, perempuan mati melahirkan anak dikira syahid dan seumpamanya.
Jadi, dalam isu kematian Baharuddin bin Ahmad ekoran mempertahankan hak keadilan rakyat yang telah dinodai kerajaan memerintah pada hari ini, tidak salah dikira sebagai syahid pada jenis yang ketiga ini. Iaitu jenazahnya dimandikan dan disolatkan, tetapi ia tetap dikira sebagai syahid.
BERSIH DIKETUAI ORANG BUKAN ISLAM?
Namun begitu, ada pihak yang menafikan syahid atas kematian Saudara Baharuddin dengan alasan himpunan Bersih ini diketuai oleh Ambiga yang tidak beragama Islam. Bagi menjawab alasan ini, dikemukakan hujjah seperti berikut;
Pertama;
Orang kafir yang adil lebih dihormati berbanding orang islam yang zalim. Ibnu Taimiyyah ada berkata;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah tolong Negara yang adil walau ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, walau ia mukmin sekalipun ”
Malahan, Allah SWT tidak akan mendatangkan azab kebinasaan kepada Negara yang diperintah oleh orang kafir yang Negara itu mengamalkan dasar pembaik pulih, keadilan, kebajikan dan muslihin.
Firman Allah;
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya;
“Tidaklah tuhan kamu (Allah) membinasakan negeri secara zalim dalam keadaan ahli negeri itu melakukan Muslih (pembaik pulih, keadilan dan kebajikan)”
(Hud : 117)
Jadi, tidak menjadi salah dikira sebagai syahid kepada orang Islam yang mati bersama dengan orang bukan Islam dalam perjuangan mempertahankan keadilan dan usaha menuntut hak. Ini kerana, Allah SWT tidak menolak keadilan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, malahan mengakuinya.
Kedua:
Nabi SAW sendiri mempertahankan orang kafir yang dizalimi. Malahan menolak orang mukmin yang melakukan kezaliman.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا
Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh Non Muslim, maka dia tidak akan mendapat bauan Syurga, walhal baunya boleh didapati dengan perjalanan selama 40 tahun sekalipun ”
Juga sabda Nabi SAW;
أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang bukan Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankan kepadanya luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan menjadi penghujjah (untuk non Muslim) itu pada hari akhirat kelak ”
Dalam hadis ini, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri berbelah pihak kepada non Muslim yang dizalimi berbanding Muslim yang menzalimi. Jadi, jika tidak ada salahnya jika Saudara Baharuddin dikira sebagai syahid ekoran kematiannya dalam usaha menuntut hak keadilan rakyat agar ditunaikan oleh pihak kerajaan.
PENUTUP
Sesuatu kematian itu dikira syahid atau tidak, perkara utama yang perlu dipastikan bahawa si mati itu adalah seorang yang beragama Islam. Orang yang tidak beragama Islam yang mati, tidak dikira sebagai syahid, waima dia bersungguh-sungguh untuk memenangkan Islam sekalipun. Jadi, jika dia mahu dikira syahid juga, hendaklah dia mengucap syahadah dan mati dalam keadaan islam.
Firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya;
“Wahai orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Jangan kamu mati kecuali kamu dalam keadaan beragama Islam”
(Al-Imran : 102)
Dan lagi, kelebihan orang yang mati syahid ini, dinyatakan oleh nabi SAW bahawa mereka mendapat ganjaran yang cukup besar. Antaranya disabdakan oleh nabi SAW;
لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَيَأْمَنُ مِنْ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ الْيَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنْ الْحُورِ الْعِينِ وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ
Maksudnya;
“bagi syahid itu disisi Allah enam kelebihan; diampunkan baginya pada pancutan darah yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, diselamatkan dirinya dari azab kubur, diamankan dari kesusahan mati yang besar, dipakaikan di kepalanya tengkolok wiqar dari yaqut yang ia lebih baik dari dunia dan kandungannya, dikahwinkan dengan 72 orang bidadari syurga dan dia diberikan peluang untuk memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya ”
Dalam menafsirkan makna kaum kerabat ini, ulama berbeda-beda pendapat. Ada memaksudkannya sebagai anak beranak, sepupu sepapat dan seumpamanya. Tetapi di sana, terdapat tafsiran bahawa maksud bagi kaum kerabat itu adalah saudara seislam.
Aku berharap agar aku termasuk dari 70 kalangan orang yang mendapat syafaat yang bakal disyafaatkan oleh Saudara Baharuddin bin Ahmad di akhirat kelak. Amin Ya Rabb Al-‘Alamin. Kalau orang UMNO (laknat Allah terhadap orang-orang Zalim) tak nak, itu dorang punya pasal.
Sekian
Wallahu ‘Alam
17 ulasan:
kepala hotak hang shahid... kalau kena kat orang hang, hang kata shahid, cuba polis menjalakan tugasnya yang kena hangpa dok kata apa? padan muka la..balasan tuhan la dan macam-macam... berkata benar la we buka ikut tekak hangpa aje... org pas boleh la hang tipu.. dah memang tertutup mindanya...
ya,lepas ni sebutlah nama arwah dengan sebutan As-Syahid,aku cadangkan sume blog PR wat satu poster pasal arwah dan tampalkan diblog masing2 dan tuliskan dengan terang perkataan "As-Syahid" kat situ.Takbir!!!
Semoga Allah SWT menerima amal nya sebagai amal solih dalam menentang pemerintah yang zalim, INSYALLAH
senang2 bagi syahid .... hang belajaq mana ni .... polis tu lagi mulia ... ... bila dah aman macam ni korang senang2 nak buat kecoh .... tak sabaq2 nak memerintah .... hang pa semua nanti dapat laknat Allah s.w.t terutamanya puak2 agama yg memutar belitkan AlQuran untuk kepentingan puak hang ....
seolah2 Al Quran tu turun untuk beri peringatan kat puak UMNO bukannya PAS (dah sempurna dan jamin syorga)
assalamualaikum wbr,
ustaz wan ji,
anda mempunyai hujah anda, tp jgn lah berlebihan2. kita semua manusia biasa, yg tahu urusan dan bahagian seseorang itu adalah ALLAH sahaja dan orang2 yg dikehendakiNYA. yang lebih afdal kita doakan supaya arwah itu ditempatkan bersama orang2 yang syahid dan diampunkan dosanya.
jgnlah terbabit dgn ulama' akhir zaman yg menyebabkan fitnah terjadi. caranya untuk elak ialah dengan berhati2 bila berkata2 (atau berblog).
zaki
Bro..Tamsilaan ana mudah sahaja.Baca Quran wajib,tapi apa hukumnya kita baca quran dalam jamban?
Menghadiri majlis ilmu dituntut,apa hukum majlis ilmu bercampur gaul bukan mahram?
Memuji muji ALLAH (zikir) itu wajib untuk bina sifat tawadduk,apa kata kita goreng gitar sambil iringi zikir?
Begitulah bila kita tafsirkan hadis dan Quran...Sanad,sirah dll semua kena tertib dan cukup.USUL kena faham..Bukan kata pertahan harta cukup kata syhid..harta apa,hak apa,usulnya apa..bukan tengok tajuk dan tau isi bro..Jangan cerita pasal HAK jika ada hak orang lain Terganggu.itu bukan sifat orang beriman..Tak caya..?belajar lagi..
-malas nak letak nama-
Tanpa membaca apa hujah hang , aku kira setuju sbb setiap perjuangan ada harganya ... orang lain yang tak setuju jangan marah , kalau depa nak kata polis pun mati syahid , ok la mati syahid juga ...
Sobri Hj Said. Akan terpahat dalam sejarah bahawa kematian beliau akan di ingati oleh generasi akan datang. Sudah jelas kekejaman dan kebiadaban telah digunakan ke atas rakyat yang memperjuangkan hak mereka. Juga hak generasi akan datang. Gunalah akal fikiran yang di kurniakan oleh Allah dengan sewarasnya dan letaklah ia di tempat yang sewajarnya.Jagalah perkataan anda agar kita tidak di katakan tidak berakal.
slm..apa pndgn ust mngenai hadith ini
Drpd Abu Hurairah r.a drpd Nabi sallallahu`alaihiwasallam,beliau bersabda:
اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُجَاهِدُ فِي سَبِيلِهِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِهِ
Allah lebih mengetahui akan sesiapa yang(benar-benar) berjihad di jalanNya,dan Allah lebih mengetahui akan sesiapa yg (benar2) tercedera di jalanNya..
bolhkh kite mngtakan seseorng itu syahid
Drpd Abu Hurairah r.a drpd Nabi sallallahu`alaihiwasallam,beliau bersabda:
اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُجَاهِدُ فِي سَبِيلِهِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِهِ
Allah lebih mengetahui akan sesiapa yang(benar-benar) berjihad di jalanNya,dan Allah lebih mengetahui akan sesiapa yg (benar2) tercedera di jalanNya..
apa pndgn ust mngenai hadith ini
Bila Pas menang kat Kedah, judi arak,patung helang di Langkawi, pusat karokae,pusat masiak masih kekal. Kata MB tau dosa pahala, tapi kekal dosa. Anak yatim/balu Memali di zalimi oleh pimpinan Pas. Sapa ahli Pas berani tegutr Azizan Razak @ Hj Hadi isu ni. Kalau tak berani, ngape dgn BN/Umno terlalu berani hingga sanggup mati. Sedarlah diri kamu belum bersih, mengekalkan dosa2 besar di Kedah, tiba2 mahu menuntut kjaan bersih. Tidakkah sikap kamu ini tidak assobiyyah. Sedangkan ada hadis yg kata Nabi tak ngaku umat kpd golongan yg pertahan assobiyyah. Dgn mendiamkan dosa atau zalim puak sendiri, itu tandanya assobiyyah. Apakah perjuangan begini bila mati boleh syahid??????? Hati2 bila berfakwa.
1.kih!kih!kih!berjuang untuk puak komunis!puak hindu paria yang dok murtadkan puak islam!!
2.betuilah tanda-tanda kiamat dah makin hampir!!puak-puak yang rasanya dirinya pandai agama dok gadai agama islam!!
3.kih!kihkih!dok gelak ambiga dan kit siang!!ada juga puak islam boddoooo macam hang nii!!
4.gena!!hang tak mauka hurai perjanjian Rasulullah dengan puak kapiaq semasa di mekah dulu!!ala untuk halaikan kerjasama puak pas dengan puak kapiaq dap sekarang!!ludah hadi awang dengan amanat keramatnya telah jatuh pada batang hidung hang noo!!
49:11
ayat ni turun kat siapa kalau bukan kepada kita?
As Salam Ustaz,
Alhamdullilah walaupun tak diberi peluang buat pencerahan di kaca TV tapi ana rasa banyak juga yang membaca blog ustaz..termasuklah Ulamak SUK U.M.N.O.
Teruskan usaha Ustaz mudah-mudah mereka-mereka ini akan di BERSIH kan hatinya oleh Allah SWT. Insyallah
Kesian Wan Ji. Mu dah jd macam hj hadi jugak. Burubah perangai. Amanat yg dia gantung dulu, la ni dia pulak yg turunkan. Gitu juga mu, dulu hj hadi tu tak betul belaka. La ni, bukan saja hj hadi,betul bagimu, tapi si paria ambiga tu pun mu dah kata betul. Hebat sungguhmu deh
Catat Ulasan