Dalam satu majlis debat dengan Rakan-rakan
dari Hizbu Tahrir Malaysia, mereka ada menyatakan;
kaedah menyebut, "matlamat tidak boleh
menghalalkan cara". Pilihanraya di Malaysia, ada wang taruhan. Bukankah ia
merupakan satu judi yang diharamkan oleh Allah.
Jadi, tindakan PAS nak menangkan Islam di
Malaysia dengan cara demokrasi pilihanraya adalah tindakan matlamat
menghalalkan cara.
JAWAPAN
Dalam kaedah hukum dinyatakan bahawa;
الحكم
على شيء
فرع عن
تصوره
Maksudnya;
"hukum
terhadap sesuatu itu, sebahagiannya terletak pada memahami gambarannya"
Hakikat judi adalah pertaruhan. Iaitu dua pihak atau lebih yang bertembung menaruhkan wang masing-masing, kemudian pihak yang menang mendapat habuan dari taruhan wang tersebut.
Adapun dalam kes "wang taruhan" dalam pilihanraya di Malaysia, ia pada hakikatnya bukan taruhan. Ini kerana, bagi pihak yang menang, mereka tidak dapat habuan dari wang taruhan, sebaliknya mendapat wang mereka balik sahaja. Cuma, dari pihak yang kalah (mengikut kadar undi yang mereka dapat) pula, mereka tidak dapat wang itu.
Memandangkan kaedah menyebut;
الحكم
يدور على
المسمى لا
على الإسم
Maksudnya;
"hukum berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada
nama".
Dengan itu, kita akan dapati bahawa hakikat bayaran itu bukan wang taruhan, tetapi dikenali sebagai wang bayaran deposit hangus.
Deposit hangus ini, dikenali dalam fiqh Islam sebagai 'Urboun. ‘Urboun adalah sebahagian harga yang diberikan oleh pelanggan selepas kontrak dimeterai. Ia juga adalah sebahagian daripada harga keseluruhan barang yang ingin dibeli. Cuma sekiranya pelanggan membatalkan hasrat untuk membeli dan sekaligus membatalkan kontrak.
Para ulama menyebut bahawa SEMUA jumlah deposit yang dibayar AKAN HANGUS. Sama ada ia dari kerugian sebenar penjual atau tidak. Namun adalah digalakkan jika penjual mampu memulangkan sebahagian wang tersebut atas ihsannya.
Dari sudut dalil, hanya terdapat dua dalil
dari bab ‘Arboun, iaitu yang menolak ‘Urboun dan mengharuskannya, namun
kedua-dua hadis terbabit adalah lemah.
Konsep ‘Urboun hanya dibenarkan di dalam
mazhab Hanbali berdasarkan ijma' para sahabat disamping tidak dinafikan bahawa
Imam Malik tidak mengharuskannya[1].
Umar al-Khattab dikatakan pernah digunapakai oleh Khalifah Umar al-Khattab dan dipersetujui oleh semua sahabat Nabi yang hidup ketika itu. Gabenor Mekkah di zaman Khalifah Umar pernah membeli sebuah penjara dari Safwan Ibn Umayyah dengan harga empat ribu dirham, dan beliau memberi syarat bahawa jika Umar meluluskan pembelian itu, kontrak akan dimeterai namun jika Umar tidak bersetuju membelinya, Safwan akan diberi empat ratus dirham[2].
Jadi, tentang wang pertaruhan dalam pilihanraya, bukanlah dibawah maksud judi. Tetapi ia dalam rangka perbincangan deposit hangus yang ulama berselisih pendapat dalam menentukan status hukumnya. Perselisihan itu dibawah perkara yang boleh dihormati.
Wallahu ‘Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan