Ramai yang keraguan tentang status puasa bagi
mereka yang terus makan ketika azan subuh sudah kemundang dalam bulan ramadhan.
Ada sebilangan mereka menyatakan, ketika sedang sahur, lalu kedengaran azan,
maka teruskan makan sahur selesai makan. Pada mereka, hukum puasa itu adalah
sah.
Alasan mereka adalah kepada satu hadis yang
dirawayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang dinilai saheh mengikut syarat Imam
Muslim, iaitu hadis yang bermaksud;
"Seandainya
seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu,
maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah
kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)"
Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara
ini adalah perbahasan seperti berikut;
Satu : Firman
Allah yang bermaksud;
"makan dan minumlah hingga nyata benang putih hingga benang
hitang dari fajar" (surah al-baqarah, ayat 187)
Ayat ini
menjadi dalil qatie subut bahawa tahap waktu sahur adalah sebelum azan fajar..
apabila sudah fajar, tidak boleh makan lagi. jika makan juga, maka puasanya
tidak sah, wajib diqadha' pada hari lain...
Kedua : adapun
hadis riwayat al-Baihaqi pula bersifat ahad dan sudah pasti sifatnya Zanni
al-Subut dan Zanni al-Dilalah. apabila ia bercanggah dengan maksud al-quran
yang mengatakan sekadar fajar sahaja boleh makan, maka sudah pasti hadis ini
perlu diihtimalkan.
ketiga : Dilihat kepada beberapa hadis, didapati ada hadis lain bahawa Nabi SAw pernah berkata yang bermaksud;
ketiga : Dilihat kepada beberapa hadis, didapati ada hadis lain bahawa Nabi SAw pernah berkata yang bermaksud;
"Sesunggunya bilal bin rabah melaungkan azan pada waktu
malam.. maka makan dan minumlah sehingga azan dilaungkan pula oleh Abdullah
Ummi Maktum" (Muwatta')..
Makanya,
hadis di atas diihtimalkan pada azan pertama yang berlaku sebelum subuh, iaitu
azan mengejutkan orang bangun tahajud. Adapun bila azan subuh kemundang, maka
tidak boleh lagi makan sahur.
Sekian
Wallahu 'Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan