Selasa, 22 September 2009

SELCAT : KEBEBASAN BERSUARA? WALA’? SIQAH?


SELCAT : KEBEBASAN BERSUARA? WALA’? SIQAH?

Dua orang pendokong Dato’ Hasan Ali sudah bersuara dalam isu Selcat yang menjadi kecaman Dato’ Hasan Ali. Iskandar Samad dan Roslan SMS bertindak mempertahankan Dato’ Hasan Ali dalam isu Selcat ini, waimma ramai pendokong Pakatan Rakyat mengkritik balik terhadap tindakan Dato’ Hasan Ali tersebut.

Iskandar Samad mengemukakan dua isu; iaitu isu ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kekesempurnaan selcat’. Adapun Roslan SMS pula mengemukakan isu lama; isu yang mampu menumpulkan daya intelek ramai ahli-ahli PAS, iaitu ‘wala’’ dan ‘siqah’ tanpa merujuk kepada perbahasannya yang sebenar.

KEBEBASAN BERSUARA

Secara peribadi, aku beranggapan kritikan balas yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Hasan Ali bukanlah menyekat kebebasan bersuara, tetapi ia merupakan membuka ruang untuk kebebasan bersuara.

Mengapa dianggap itu sebagai menutup kebebasan bersuara, sedangkan jika dihayati balik, Dato’ Hasan Ali sendiri mengamalkan dasar menutup kebebasan bersuara itu.

Apakah kita sudah lupa dengan sejarah pemecatan dua tokoh dalam PAS; Khalid Samad dan Syaari Sungip disebabkan kritikan mereka berdua terhadap Dato’ Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS disebabkan tindakan Dato’ Hasan Ali memburukkan Pakatan RAkyat diselangor; dengan dakwaan bahawa kononnya PAS ‘dianaktirikan’ dalam PR di Selangor, waimma dakwaan itu adalah purba sangka semata-mata.

Jika benar Dato’ hasan Ali mengamalkan kebebasan bersuara, sudah pasti kritikan dua tokoh ini tidak berakhir dengan pemecatan, sepertimana Tan Sri Khalid tidak memecat Dato’ Hasan Ali sebagai exco setelah beberapa kali melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

Adapun dalam isu selcat, Dato’ hasan Ali dikritik balas setelah kritikan terbuka yang dilakukan oleh Dato’ hasan Ali terhadap perjalanan selcat. Jika kita mengamalkan dasar kebebasan bersuara, maka berilah jawapan balas yang bersifat ilmiyyah terhadap kritikan mereka itu.

Jika tidak mengkritik balas, tetapi sekadar mendakwa bahawa sudah tidak wujud lagi kebebasan bersuara, itu merupakan kedangkalan kita berfikir, malah kedangkalan dalam memahami konsep kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh islam itu sendiri.

Dalam Islam, kritikan amat dialu-alukan, tetapi kritikan yang diterima adalah kritikan yang mengandungi unsure ilmu. Kritikan dengan tidak disertakan hujjah ilmu, itu bukan kritikan yang diizinkan dalam Islam.

Ditambah lagi, sebagai exco, Dato’ hasan Ali boleh melakukan kritikan terhadap selcat dalam mesyuarat exco, bukannya menerusi media. Lainlah kalau Dato’ hasan Ali bukan exco. Jika beliau tidak exco, lalu melakukan kritikan tersebut, maka itu tidak menjadi sebarang masalah.

Jika mahu mengkritik juga menerusi media, dicadangkan Dato’ Hasan Ali meletakkan jawatan exco serta merta. Malah, jika beliau mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat dikala beliau tidak menjadi exco, aku sendiri bersedia menjadi pembantu. Tapi syarat, biarlah ada nilai hujjah dan rasional.

SUDAH BANYAK MASALAH

Sebelum ini, sudah banyak kenyataan Dato’ hasan Ali dilihat seperti 'menganaktirikan' pakatan Rakyat, disamping 'memberikan susu berkhasiat’ kepada UMNO/Barisan Nasional.

Mungkin kita sudah lupa dengan kenyataan Dato’ hasan Ali dalam isu Lembu yang melibatkan Tan Sri Khalid, isu arak yang melibatkan Ronnie Liu dan sebagainya.

Memelikkan lagi, banyak kenyataan Dato’ hasan Ali memperlihatkan bahawa khir Toyo seperti ‘kawan’, sedangkan Pakatan Rakyat adalah ‘lawan’. Disebabkan itulah, tidak hairanlah dengan isu kuil yang melahirkan penghinaan UMNO terhadap Khalid Samad, Dato’ hasan Ali tidak bersuara membela. Sebaliknya, dalam isu selcat, cepat-cepat Hasan Ali bersuara senada dan seirama dengan Khir Toyo.

Tidak dinafikan, selcat tidak sempurna. Tetapi, perlu diingat, tindakan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat kebelakangan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau ‘lebih tidak sempurna’ berbanding selcat.

WALA’

Mengeluarkan kenyataan berbeda dengan pimpinan atasan, itu dikatakan sebagai tidak wala’? tafsiran wala’ yang merujuk kitab mana yang mengatakan sedemikian?

Wala’ ditafsirkan sebagai taat yang diberikan kepada pimpinan. Pimpinan yang diberikan wala’ adalah pimpinan yang mempunyai kesiqahan. Tanpa siqah, wala’ tidak akan hadir.

Seseorang pemimpin, perlu menjaga siqah terlebih dahulu. Apabila siqah sudah wujud dalam diri seseorang pemimpin, secara automatik, pimpinan itu diberikan wala’.

Ada sebilangan perkara yang disuruh wala’ kepada pemimpin yang mempunyai kesiqahan, tetapi perkara yang disuruh wala’ itu tidak disukai, kerana tidak bersesuaian dengan kehendak nafsu, maka ketika itu, wala’ memang wajib diberikan kepada pimpinan tersebut.

Adapun wala’, tidak boleh diberikan kepada pimpinan yang mengikut kehendak nafsunya. Mana mungkin mengikut kehendak nafsu pimpinan. Masakan nafsu pimpinan perlu dituruti, nafsu sendiri pun tidak boleh diikuti sesuka hati.

Inilah yang dimaksudkan dengan maksud hadis, daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu
[1]

Ketaatan juga berlaku dalam perkara yang tidak melahirkan mudharat kepada sesuatu jemaah dan parti. Jika tetap melakukan ketaatan yang boleh melahirkan mudharat, maka ketaatan itu tidak syarie.

Justeru itu, dilihat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja
[2]

Hadis ini jelas menunjukkan, ketaatan yang hendak diberikan hendaklah dalam perkara ma’ruf. Adapun ketaatan dalam perkara yang tidak ma’ruf, seperti perkara yang boleh melahirkan mudharat, maka itu tidak wajar diberikan ketaatan.

Justeru, tindakan Dato’ Hasan Ali yang memegang jawatan exco, tetapi tidak mengkritik dalam mesyuarat exco, tetapi menerusi media merupakan tindakan yang boleh melahirkan kemudharatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Makanya, wala’ kepada beliau disaat ini adalah tidak syarie.

Sekian

p/s : Jangan sekali-kali mencandukan wala’ demi perut sang rakus dan PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 september 2009 * 12:46 tengahari.





[1] Musnad Ahmad : 8596.
[2] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.

PAS JANGAN JADI SEPERTI NEGARA YU


PAS JANGAN JADI SEPERTI NEGARA YU

Negara Jin merancang untuk menguasai dua buah Negara; Negara Yu dan Negara Guo. Dalam perancangan tersebut, diletakkan Negara Guo sebagai sasaran utama.

Pun begitu, sasaran utama untuk menguasai Negara Guo agak terkendala sedikit, kerana Tentera Negara Jin perlu melewati Negara Yu. Tanpa melewati Negara Yu, usaha hendak mendapat Negara Gua tidak akan berjaya.

Raja Negara Jin berbincang bersama-sama penasihat strategi perang. Setelah berhari-hari memerah pemikiran, menyebabkan mereka mendapat satu keputusan, iaitu hendaklah negara Jin berpura-pura berbaik dengan negara Yu, sehingga dapat bertapak dalam Negara Yu.

Dengan keputusan tersebut, Raja Jin telah menghantar menteri luar Negaranya berjumpa dengan Raja Yu. Kehadiran menteri Luar Negara Jin itu disertai dengan berbagai-bagai harta yang mewah-mewah untuk diberikan kepada Raja Yu.

“apakah gerangan kalian hadir ke Negara beta?” Raja Yu bertanya.

”ini adalah harta sebagai hadiah dari raja kami kepada tuanku. Kami ingin mengadakan hubungan diplomasi dengan negara tuanku” Menteri Luar negara Jin menjawab.

Di sebalik raut wajah Raja Yu kelihatan kegembiraan apabila diberikan harta-harta yang mewah ini. Dengan segala kebijaksanaan, Menteri Luar negara Jin berkata, ”Wahai Tuanku, negara kami sedang merancang untuk menguasai Negara Guo yang berada disebelah negara Tuanku. Kami menghadapi masalah tanpa mendapat dokongan tuanku. Kami memerlukan negara tuanku sebagai tempat untuk tentera kami bertapak dalam misi menyerang negara Guo”

Raja Yu mengerutkan dahinya. Tidak sempat dia membalas, Menteri Luar negara Jin berkata lagi, ”Tuanku tidak perlu bimbang. Apabila kita berjaya menguasai negara Guo, sudah pasti Tuanku akan mendapat habuan yang besar. Malah, sebahagian dari negara Guo akan menjadi milik tuanku juga”

Raja Yu diam sejenak. Wajahnya tergambar seperti sedang berfikir.

”mungkin beta perlu berbincang terlebih dahulu dengan para penasihat beta” Raja Yu bersuara.

”silakan wahai tuanku. Tetapi, tuanku jangan sekali-kali melepaskan peluang ini” menteri itu bersuara memberi ingatan.

Dalam mesyuarat antara Raja Yu dan para penasihatnya, didapati majoriti penasihatnya menghalang dari memberikan tapak kepada Negara Jin untuk menyerang Negara Gou. Ini kerana, hubungan antara negara Yu dan Negara Gou sudah sedia baik sejak sekian lama, disamping dibimbangi Negara Jin akan menjadikan negara Yu pula sebagai sasaran selepas kejayaan mereka menguasai negara Guo.

”beta tidak peduli. Beta tidak beranggapan seperti yang kalian sangka. Beta yakin dengan janji mereka bahawa negara yu akan diberikan sebahagian dari negara Guo apabila berjaya ditakluki oleh Negara Jin nanti” Kata Raja Yu berang dihadapan para penasihatnya.

Raja Yu berkata sedemikian, kerana sudah tidak melihat lagi kesan buruk yang akan menimpa beliau dan negara beliau. Tetapi disebabakn tamak telah menguasai dirinya telah menyebabkannya tetap mahu memberikan tapak kepada tentera negara Jin untuk menyerang negara Guo.

Penasihat Raja Yu tidak mampu berkata apa-apa, malah terpaksa akur dengan keputusan Raja Yu yang mahu membenarkan kepada negara Jin untuk bertapak dalam negara Yu dalam misi menyerang negara Guo.

Ternyata, setelah Raja Yu memberikan tapak kepada negara Jin dalam misi menyerang negara Guo, menyebabkan negara Guo telah berjaya dikuasai oleh oleh negara Jin. Setelah berjaya menguasai negara Guo, maka banyaklah pangkalan tentera dan kekuatan negara Yu diketahui oleh tentera negara Jin, seterusnya mereka merancang sekali lagi untuk mendapatkan negara Yu pula.

Makanya, apa yang dibimbangi oleh para penasihat raja Yu terbukti benar. Menyebabkan, negara Yu pula ditawan oleh Negara Jin. Malah, Raja Yu sendiri telah ditangkap dan ditawan, bahkan segala harta-harta yang diberikan dahulu dirampas.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

Kejayaan PAS, PKR dan DAP menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya ke 12 tidak dapat dinafikan lagi. Lantaran itu, kita dapat melihat UMNO/BN kini berada dalam keadaan yang terlalu teruk.

Mereka terpaksa mencari ’tenaga baru’ dalam usaha hendak menaikkan pengaruh mereka di mata-mata rakyat. Tetapi, semua tindakan mereka tidak menghasilkan keuntungan, malah kerugian semata-mata.

Di semua pilihanraya kecil, UMNO/BN pasti mengalami kekalahan. Tidak kira, kerusi yang dipertandingkan itu, mereka berhadapan dengan PAS, PKR ataupun DAP.

Tidak ada cara lain yang paling baik bagi UMNO/BN kini, melainkan mereka terpaksa mencari ’kambing hitam’ dalam menguatkan balik pengaruh mereka. Tidak lain dan tidak bukan, PAS yang disinonimkan dengan politik orang melayu perlu dijadikan kawan.

Tawaran ’Islam dan melayu’ menjadi modal penting, sepertimana tawaran separuh negara Guo yang ditawarkan oleh Menteri Luar negara Jin kepada Raja Yu dalam usaha mengajak PAS bersama dengan UMNO. Pada mereka, PAS yang memperjuangkan Islam, disamping ahlinya majoriti berbangsa melayu tidak akan menolak tawaran lumayan ini.

Jika mereka berjaya mempengaruhi PAS untuk bersama dengan UMNO, sudah pasti Pakatan Rakyat akan menjadi lemah dan rapuh. Justeru, menjatuhkan PR sudah pasti akan kelihatan, disamping UMNO pasti akan berjaya membina kekuatan parti mereka balik.

Inilah strategi yang pernah digunakan dalam sejarah peperangan china terdahulu. Dibimbangi, sejarah china ini menimpa Malaysia dengan menjadikan PAS sebagai kambing hitamnya.

Justeru, sebarang tindakan dari sebilangan pimpinan PAS yang cenderung kepada UMNO, atau dilihat seperti Pro-UMNO, wajib diserang habis-habisan, supaya sejarah kejatuhan negara Guo dan Negara Yu tidak akan berulang lagi dalam negara kita.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 september 2009 * 2:01 pagi

KHALID BIN AL-WALID : “ORANG BIJAK TIDAK AKAN TOLAK ISLAM”

KHALID BIN AL-WALID : “ORANG BIJAK TIDAK AKAN TOLAK ISLAM”

Khalid bin Al-Walid seorang panglima perang yang hebat. Keislaman beliau, menambah kuatkan lagi pengaruh Islam, malah menggerunkan setiap musuh-musuh Allah, sama ada mereka bernama Musyrikin, ataupun munafiqin.

Nabi SAW pernah bersabda;

خالد بن الوليد سيف من سيوف الله سله الله على الكفار والمنافقين

Maksudnya;
“Khalid bin Al-Walid adalah pedang dari pedang-pedang Allah. Allah telah hunuskannya terhadap orang kafir dan munafiqin”

Nama penuh beliau adalah, Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Omar bin Makhzum bin Yaqazhah bin Kaab. Beliau merupakan anak saudara kepada Maimunah binti Al-Haris; salah seorang isteri nabi SAW.

Sebarang Peperangan yang dipanglimakan oleh beliau, ternyata memberikan kemenangan. Justeru, tidak hairan di zaman kufur, beliaulah orang yang bertanggungjawab mengalahkan tentera Islam dalam peperangan Uhud.

Kehebatan beliau itu, tidak sekadar di zaman kufur, malah setelah keislaman, beliau ternyata menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memenangkan Islam. Hal ini terbukti dengan banyak siri peperangan yang dihadiri beliau setelah beliau telah memeluk islam.

Di zaman kekufuran, beliau selalu dimomokkan bahawa Muhammad SAW adalah seorang yang terlalu jahat. Menyebabkan, kebencian beliau terhadap nabi SAW agak susah hendak dibendung. Pun begitu, adiknya yang bernama Al-Walid bin Al-Walid telah lama memeluk islam.

Selepas berlaku perjanjian Al-Hudaibiyyah, Nabi SAW dan para sahabat sudah berjaya memasuki Makkah untuk menunaikan haji. Kehadiran nabi SAW ke Makkah untuk menunaikan haji, menyebabkan hatinya terlalu kemarahan.

“Di situ muhammad berada, pasti aku tidak akan berada di situ” sumpah Khalid bin Al-Walid lantaran kebencian terhadap Nabi Muhammad SAW.

Pun begitu, kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Makkah, bukan berseorang, tetapi bersama ratusan sahabat dari Madinah. Antara yang hadir bersama dengan Nabi adalah, adik beliau sendiri, Al-Walid bin Al-Walid.

Kehadiran Al-Walid ke Makkah, bukan sekadar untuk menunaikan haji, tetapi berniat untuk berjumpa dengan abang tersayang. Menyedihkan, disebabkan kebencian abang terhadap nabi, menyebabkan Khalid tinggalkan Makkah, seterusnya Al-Walid tidak dapat berjumpa dengan abangnya.

Sebelum meninggalkan Makkah, Al-Walid telah menulis surat untuk ditinggalkan kepada abang. Al-Walid bertanya kepada Rasulullah, apakah baginda mahu meninggalkan sebarang pesanan kepada abangnya itu.

Nabi mengarahkan Al-Walid agar menulis dalam surat itu bahawa baginda kirim salam kepada Khalid. Begitujuga, Nabi SAW menyuruh Al-Walid menulis bahawa khalid adalah seorang yang bijak. Sedangkan orang yang bijak, sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam.

Al-walid menulis seperti yang diarahkan oleh nabi SAW. dikepilkan sama kain serban nabi SAW sebagai hadiah untuk dihadiah kepada Khalid bin Al-Walid.

Setelah Nabi dan para sahabat bertolak kembali ke Madinah, maka Khalid pun kembali ke Makkah. sesampai di Makkah, beliau membaca kandungan surat yang ditinggalkan oleh adiknya, beserta menerima hadiah sehelai kain serban Nabi SAW.

Membaca kandungan surat tersebut, dia mula berfikir momokkan orang-orang makkah terhadap nabi SAW.

“Mereka mengatakan bahawa Muhammad adalah orang jahat, tetapi bagaimana dia boleh kirim salam kepadaku?” hati Khalid tertanya-tanya.

“mereka mengatakan muhammad orang jahat, sedangkan Muhammad boleh memberi hadiah kepadaku?”

Persoalan demi persoalan terpancar dalam pemikiran Khalid, menyebabkan hatinya mula terbuka untuk menerima Islam sebagai agama pegangan hidupnya.

Dia berjumpa dengan Osman bin Talhah, mengajak beliau ke Madinah untuk berjumpa dengan Rasulullah dan menyatakan keislaman. Ternyata, Osman juga sudah lama menaruh harapan untuk memeluk islam, tetapi tidak kesampaian kerana tidak mempunyai teman untuk bersama-sama memeluk agama tauhid.

Dalam perjalanan, mereka berjumpa pula dengan Amru bin Al-As. Mereka bertanya kepada Amru, kemanakah yang mahu beliau mahu pergi?

“aku mahu berjumpa dengan Muhammad” jawab Amru ringkas.

Khalid bin Al-Walid dan Osman bin talhah melihat sesame mereka.

“untuk apa kamu hendak berjumpa dengan Muhammad?” Osman bertanya.

“aku ingin masuk Islam” jawab Amru ringkas tetapi memberikan seribu kegembiraan dalam hati Khalid bin Al-Walid dan Osman bin talhah.

Ketiga-tiga mereka berjumpa dengan nabi SAW di Madinah, menyatakan keislaman masing-masing. Kehadiran tiga orang tokoh besar ini bersedia memeluk islam, ia memberikan kegembiraan kepada Nabi SAW, juga para sahabat.

“sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa kalian semua mempunyai kebijaksanaan. Aku pasti kebijaksanaan akan menuntun kalian kepada jalan kebenaran” tegas Nabi SAW.

Sekian


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
22 september 2009 * 3:27 petang





Isnin, 21 September 2009

APA KHABAR POLITIK TERENGGANU?


APA KHABAR POLITIK TERENGGANU?
Waimma tak sampai seminggu berada di Terengganu, kerana menyambut aidulfitri di sana, tetapi dengan berjumpa ‘orang politik tertentu’ (yang pastinya, bukan Pimpinan PAS) selepas selesai menunaikan solat hari raya di Jerteh, memperlihatkan kepadaku suasana baru dalam politik di Terengganu yang akan berlaku.
”lagu mana Ganu le ning?” soalku dengan loghat terengganu.
”susoh gok. bunyi khabarnya, ada yang nak masuk PAS” jawabnya ringkas, tetapi menyebabkan aku sedikit tersenyum.
Di masa yang lain, kedengaran berita sayup-sayup, kononnya team DJ (deris Jusoh) sedang berada dalam kemaruk yang teramat sangat. Ini kerana, dikhabarkan bahawa peruntukan DUN tidak diberikan kepada mereka yang menjadi YB, tetapi diberikan melalui penyelaras DUN yang dilantik dari team MB. Tidak diketahui kebenaran cerita itu, tetapi senario Terengganu dilihat seakan-akan begitu.

Mengikut cerita, UMNO Terengganu sudah berpecah kepada tiga puak; Team DJ, Team MB dan Team Kerismudin.

Team DJ dan team MB ’berperang’ di Terengganu. Adapun Team Kerismudin, sudah mula tidak menghiraukan Terengganu, tetapi mengharapkan habuan dari kerajaan Pusat sahaja.

Apabila keadaan ini berlaku, pelbagai strategi yang sedang mereka rancang. Antaranya adalah, dengan cara, team DJ beramai-ramai hendak melompat masuk PKR. Ternyata, strategi itu tidak berhasil kerana ramai juga dari orang PKR yang tidak bersetuju, malah mengikut dakwaan tidak berfakta bahawa Ketua Umum PKR pun tidak memberikan respon positif terhadap mereka, sebaliknya buat acuh tak acuh sahaja.

Antara lain lagi, mereka merangka untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap MB dalam sidang DUN, tetapi mendapat tentangan dari UMNO diperingkat Malaysia.

Diberitakan juga, ada sebilangan dari team MB pula sedang menghampirkan diri dengan PAS, kerana mereka menjangkakan PAS akan memegang tampuk pemerintahan Terengganu dalam pilihanraya akan datang. Makanya, mereka beranggapan bahawa sudah tidak ada faedah lagi mereka ’mengampu’ MB.

Berita-berita ini yang aku dengar sekitar keberadaanku di Jerteh. Tidak diketahui benar atau tidak, tetapi 'masakan pokok bergoyang tanpa orang utan bergayut'. itu baru di jerteh, tidak diketahui lagi di tempat yang lain.

Walau apa pun, Aku sedang tunggu dan lihat dengan penuh minat !!.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 september 2009 * 1:24 petang

KENAPA UMNO DAN PRO-UMNO GELABAH DENGAN SELCAT?

cuba teka, mana satu orang UMNO?


KENAPA UMNO DAN PRO-UMNO GELABAH DENGAN SELCAT?

Penyamun no 1 Selangor, Khir Toyo bersuara lagi berkenaan dengan isu selcat. Kali ini, bukan sekadar mengkritik, malah mendesak agak dirombak pula.

Khir Toyo mendesak agar rombakan tersebut tidak lagi melibatkan ahli-ahli politik semata-mata, malah katanya, melibatkan juga ”orang yang berpengalaman”. (sila Klik)

Dengan kenyataan Khir Toyo pada hari ini, membuktikan bahawa beliau sedang berada dalam ’gelabah’ yang teramat sangat. Ini kerana, beliau adalah antara ADUN yang banyak terpalit dengan banyak skandal rasuah dan penyelewengan duit rakyat di selangor semasa beliau menjadi Menteri besar dahulu.

Lihatlah isu Balkis, jam tangan nilaian ratusan ribu, kenderaan naikan beliau, mahligai 24 juta dan banyak lagi. Semua ini terpalit kepada beliau. Tidak ketinggalan juga terpalit dengan banyak penyelewengan adalah para YB-YB BN yang lain; yang sudah pasti mempunyai kaitan dengan pihak pegawai daerah, kerana mereka yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pengeluaran duit di sesuatu DUN.

Justeru, berita yang terpampang di media pada hari ini; yang menyatakan bahawa Khir Toyo minta di rombak selcat adalah keterbuktian kegelabahan Khir Toyo. Lebih-lebih lagi, semua kandungan siasatan selcat ini dirakam. Lantaran, sudah ada rakaman yang mendedahkan banyak kes-kes penyelewengan melibatkan dengan beberapa bekas-bekas YB BN, malah mereka yang masih lagi menjadi ADUN (dari BN) di selangor.

Pendedahan tersebut, bukan keluar dari mulut para YB PR, tetapi keluar dari mulut pegawai-pegawai daerah sendiri, setelah mereka diprovoke dalam majlis siasatan selcat baru-baru ini. Menariknya, dari apa yang dikhabarkan bahawa mereka menyebut nama-nama para YB-YB BN itu secara terang dalam siasatan tersebut. Jika tidak disebutkan nama pun, mereka menyebut DUN sang YB.

Berdasarkan kepada jangkaan, didapati banyak lagi penyelewengan akan terbongkar dalam siasatan selcat ini. Malah, dikhabarkan bahawa berkemungkinan penyelewengan harta rakyat ini, bukan sekadar nama-nama YB-YB BN dan bekas-bekas YB BN sahaja akan terkeluar, bahkan nama-nama ”Sang Pro-UMNO” pun dijangka akan terpancul dalam siasatan tersebut.

Bahkan, kedengaran juga berita (entah angin atau tidak) bahawa dalam satu siasatan selcat, seorang pegawai daerah telah menyebut bahawa mereka berada dalam keadaan serba salah, kerana ada ’orang-orang besar’ tertentu telah menelefon mereka agar tidak mendedahkan ’perkara-perkara sulit’.

Makanya, tidak hairanlah jika kita akan dapat melibat pelbagai reaksi-reaksi negatif datang dari pelbagai pihak terhadap selcat ini.

Walau bagaimana pun, reaksi dari banyak pihak terhadap selcat ini semakin menarik minat rakyat Malaysia mengetahuinya. Lebih menarik lagi, apabila yang banyak bersuara secara negatif ini adalah YB UMNO dan ’orang yang Pro-UMNO’.

Sekian

p/s : dalam surah Al-Baqarah ayat 159 menyebut, “sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan perkara yang kami (Allah) turunkan dari keterangan dan petunjuk (hidayah) selepas kami nyatakan kepada manusia akan al-kitab, mereka adalah orang dilaknat oleh Allah dan oleh para pelaknat”. UMNO adalah parti orang melayu yang ramai terdiri dari kalangan yang mengucap shahadah. Tetapi, kebenaran islam tidak mahu dijelaskan, sebaliknya dipergunakan untuk kepentingan perut mereka. Justeru, mereka memang wajar mendapat laknat Allah menerusi firman Allah ini, sehingga mereka bertaubat; iaitu tukar dasar, dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 september 2009 * 12:31 Tengahari

Ahad, 20 September 2009

JADIKAN ANAK MUDA SEBAHAGIAN DARI PEMUDA PAS


JADIKAN ANAK MUDA SEBAHAGIAN DARI PEMUDA PAS

Secara peribadi, aku menyokong tindakan pemuda PAS yang membantah tindakan kerajaan Barisan Nasional yang membenarkan kehadiran penyanyi dari barat yang akan mengadakan konsert yang dijadualkan pada bulan depan. Ditambah lagi, Tantawi menyebut tidak ada demonstrasi yang mahu diadakan. Ini juga aku sokong.

Cumanya, perlu difikirkan juga bahawa anak muda ini adalah eset yang besar bagi Pemuda PAS. Makanya, semata-mata membantah kehadiran penyanyi, disamping tidak mengadakan demonstrasi dan sebagainya, tidak memadai untuk kita menyelamatkan anak-anak muda tersebut dari terlibat dengan gejala buruk.

Konsep mencadangkan bentuk hiburan dengan bentuk penganjuran adalah perlu. sekadar mencadangkan bentuk hiburan dengan bermodalkan "air liur" tidak memadai, malah tidak dapat menghilangkan persepsi anak muda terhadap PAS yang dimomokkan dengan anti-hiburan.

Mengapa pemuda PAS pusat tidak manfaatkan kerajaan-kerajaan yang dimenangi oleh PAS atau Pakatan Rakyat untuk memberikan alternative hiburan kepada anak-anak muda ini, agar persepsi buruk terhadap PAS tentang hiburan dapat dihakiskan sama sekali.

Sebelum ini, kita dapat melihat team GAMIS telah mengadakan konsert antara dunia di stadium shah Alam yang memberikan seribu satu kesan positif kepada dunia hiburan yang berteraskan kepada islam. Waimma GAMIS pimpinan Zulkhairi sering dipandang dengan pandangan sinis oleh 'pengkagum-pengkagum' Pemuda PAS pusat, tetapi kemampuan berfikir mereka ternyata lebih kehadapan berbanding pemuda PAS pusat dari sudut memberikan alternative kepada anak-anak muda terhadap kerelevanan islam dalam pemerintahan.

GAMIS bukan sebuah badan politik, malah sekadar badan kecil yang tidak pernah menaruh seribu satu pengharapan keuntungan politik, tetapi kehadiran mereka ternyata berjaya memberikan mesej jelas disebalik kemampuan islam dalam memberikan alternative dari sudut hiburan.

Pemuda PAS pusat sememangnya wajib belajar dari GAMIS ketika berhadapan dengan anak-anak muda di Malaysia. Ini kerana, mereka telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia bukan Negara yang sesuai untuk dilaksanakan pemerintahan berasaskan fikrah Taliban.

Perlu diingat, persepsi pemuda PAS sebagai kelompok anti-hiburan masih lagi kekal, waimma sudah berkali-kali tantawi menyebut bahawa PAS bukan anti-hiburan. Justeru, penafian terhadap tuduhan itu tidak boleh lagi dilakukan dengan bermodalkan 'air liur', tetapi sudah sampai masanya Pemuda PAS pusat membuktikannya dengan bentul tindakan dan penganjuran.

Justeru, kalau GAMIS berjaya menganjurkan konsert berteras Islam di Selangor, tidak ada salahnya Pemuda PAS pusat menganjurkan program yang sama di Selangor, atau di negeri-negeri pimpinan Pakatan rakyat yang lain. Alangkah cantiknya, kalau ia berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang, agar terbuka minda sedikit pemikiran jumud yang sedang didokong oleh sebilangan ustaz-ustaz dari dewan pemuda PAS di sana.

Sekian
(patik mohon sembah derhaka)

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Jerteh, Terengganu
21 september 2009 * 2:28 petang

SELCAT : KEDENGARAN SUARA MUSANG BERBULU AYAM?

Musang yang berbulu ayam sedang berduet dengan musang yang tidak berbulu ayam

SELCAT : KEDENGARAN SUARA MUSANG BERBULU AYAM?

Kalau musang masuk ke dalam reban untuk mencuri ayam. Itu adalah perkara lumrah. Apabila musang itu tidak mengenakan 'pakaian' seperti ayam, agak senang untuk ditangkap musang tersebut.

Pun begitu, jika musang itu berpakaian dengan bulu ayam, agak susah untuk mengenal pasti musang yang mahu mencuri ayam.

Tetapi, jika musang yang berbulu ayam itu bersuara, walau tidak kelihatan musang, tetapi dalam pemikiran kita sudah tertanam satu ramalan, bahawa dalam reban ayam itu terdapat musang yang sedang mahu mencuri ayam.

Seperti yang aku dimaklumkan, siasatan selcat di selangor terhadap para DO-DO sudah berlaku dalam 25 peratus. Lagi 75 peratus belum selesai. Pun begitu, sudah kedengaran suara-suara sumbang yang tidak bersetuju dengan tindakan selcat tersebut.

Sebelum ini, kedengaran suara-suara sumbang dari pegawai Daerah Klang dan Khir Toyo. Mereka mempertikaikan kaedah siasatan yang kononnya dilihat seperti menjatuhkan maruah. Persoalannya sekarang, apakah ada maruah yang jatuh, atau sudah ada yang terkantoi dalam siasatan selcat tersebut?

Yang peliknya, ada pula seorang YB dari PR yang melatah tak tentu pasal. Mengapa melatah dalam perkara yang melibatkan pembongkaran terhadap salah laku yang melibatkan UMNO/BN?

Yang peliknya lagi, latahan sang YB PR itu, seiring dan sejalan dengan latahan khir Toyo. Apa hubungan antara dua insan berjawatan ADUN ini?

Kalau ditanya kepadaku tentang selcat ini, aku secara peribadi sedang menunggu cerita-cerita tentang siasatan selcat terhadap Pengarah JPA dan pengarah Alam Flora sahaja (itupun kalau ada siasatan la). Adapun yang lain, aku beranggapan, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk diketahui lagi, tetapi dirasakan ia tidak berapa menyengat.

Walau apa pun, Kita tunggu dan lihat !!


Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Jerteh, Terengganu
21 september 2009 * 2:03 pagi