Ahad, 20 September 2009

SELCAT : KEDENGARAN SUARA MUSANG BERBULU AYAM?

Musang yang berbulu ayam sedang berduet dengan musang yang tidak berbulu ayam

SELCAT : KEDENGARAN SUARA MUSANG BERBULU AYAM?

Kalau musang masuk ke dalam reban untuk mencuri ayam. Itu adalah perkara lumrah. Apabila musang itu tidak mengenakan 'pakaian' seperti ayam, agak senang untuk ditangkap musang tersebut.

Pun begitu, jika musang itu berpakaian dengan bulu ayam, agak susah untuk mengenal pasti musang yang mahu mencuri ayam.

Tetapi, jika musang yang berbulu ayam itu bersuara, walau tidak kelihatan musang, tetapi dalam pemikiran kita sudah tertanam satu ramalan, bahawa dalam reban ayam itu terdapat musang yang sedang mahu mencuri ayam.

Seperti yang aku dimaklumkan, siasatan selcat di selangor terhadap para DO-DO sudah berlaku dalam 25 peratus. Lagi 75 peratus belum selesai. Pun begitu, sudah kedengaran suara-suara sumbang yang tidak bersetuju dengan tindakan selcat tersebut.

Sebelum ini, kedengaran suara-suara sumbang dari pegawai Daerah Klang dan Khir Toyo. Mereka mempertikaikan kaedah siasatan yang kononnya dilihat seperti menjatuhkan maruah. Persoalannya sekarang, apakah ada maruah yang jatuh, atau sudah ada yang terkantoi dalam siasatan selcat tersebut?

Yang peliknya, ada pula seorang YB dari PR yang melatah tak tentu pasal. Mengapa melatah dalam perkara yang melibatkan pembongkaran terhadap salah laku yang melibatkan UMNO/BN?

Yang peliknya lagi, latahan sang YB PR itu, seiring dan sejalan dengan latahan khir Toyo. Apa hubungan antara dua insan berjawatan ADUN ini?

Kalau ditanya kepadaku tentang selcat ini, aku secara peribadi sedang menunggu cerita-cerita tentang siasatan selcat terhadap Pengarah JPA dan pengarah Alam Flora sahaja (itupun kalau ada siasatan la). Adapun yang lain, aku beranggapan, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk diketahui lagi, tetapi dirasakan ia tidak berapa menyengat.

Walau apa pun, Kita tunggu dan lihat !!


Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Jerteh, Terengganu
21 september 2009 * 2:03 pagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hasan ali masih ada hubungan dgn khir toyo? bertindak untuk jaga khir toyo? Adun wajar usul bawa Hasan Ali ngadap jawatankuasa terpilih DUN kerana hina SELCAT yang ditubuh di bawah DUN...Pas wajar ambil tindakan displin ke atas Hasan Ali...