
KEMPEN BAHAYA ARAK !!
Sejak dilantik balik sebagai Ketua penerangan PAS negeri selangor, waimma tidak pernah buat apa pun semasa jadi ketua penerangan dahulu, baru hari ini nampak kenyataan Roslan SMS untuk mengadakan kempen bahaya arak di selangor. Agak lama juga menunggu “injen kereta sorento” itu panas, sehingga hari ini, baru nak masuk “gear satu”. Mungkin disebabkan driver baru. Al-maklumlah lepas menang PR di Selangor baru Driver itu start kerja.
Padaku, kempen bahaya arak amat relevan untuk dilaksanakan. Pun begitu, kempen itu hendaklah ikhlas untuk meluputkan penggunaan arak di Selangor. Jangan sekali-kali, kempen yang hendak dilakukan itu mempunyai agenda tersembunyi.
Dalam kuliah Ustaz Ahmad Awang semasa beliau terlibat dengan PUM lagi, aku pernah mendengar beliau menyebut bahawa di Amerika pernah melaksanakan hukuman rotan seratus kali kepada peminum arak, tetapi perlaksanaan hukuman itu tidak memberi kesan kepada rakyat amerika. Alasan yang dikemukakan oleh Ustaz Ahmad Awang adalah, kerana perlaksanaan itu tidak ikhlas, atau dalam isitilah al-qurannya, ”nakalan minallah”
Dibimbangi, kempen yang hendak dilancarkan oleh Ketua Penerangan PAS yang baru ”masuk gear” ini juga menerima nasib yang sama. Kempen yang menyebabkan habis duit, tetapi tidak mempunyai kesan.
KEMPEN KEPADA NON MUSLIM
Kempen bahaya arak ini, jangan sekadar difokuskan kepada orang islam sahaja. Sebaliknya, kepada non Muslim adalah tersangat perlu. Tidak dinafikan, ada sebilangan orang Islam yang minum arak, tetapi dalam masa yang sama, kewujudan arak amat sinonim dengan rakyat yang tidak beragama Islam.
Kempen yang hendak dilakukan, tidak cukup sekadar di masjid dan surau sahaja, atau dengan sekadar mengangkat banner, tetapi hendaklah diadakan seminar dan wacana ilmu, serta edaran risalah yang menceritakan tentang bahaya arak dari semua sudut, sama ada dari sudut sosial, kesihatan dan juga kemasyarakatan, disamping diungkapkan sama hujjah-hujjah dan dalil-dalil Islam terhadap pengharaman tersebut. Apabila ini berlaku, kita telah berjaya membawa mesej dakwah dalam isu pengharaman arak.
Padaku, jika ini berjaya dilakukan, akan melahirkan kefahaman rakyat terhadap bahaya arak, lantaran itu, pasti mereka akan menolak arak, sepertimana mereka menolak UMNO/BN dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini.
Apabila rakyat mula menolak arak, kita amat berbangga, kerana sejarah ”tempayan arak” dipecah seperti pada zaman Nabi SAW dikala turun ayat pengharaman arak akan berulang kembali.
PENUTUP
Kalaulah kempen ”bahaya arak” ini dilakukan semenjak PAS mula-mula bersama-sama menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu, sudah pasti krisis sebegini tidak akan berlaku.
Masalahnya sekarang, perebutan nak jadi ”Menteri Besar” lebih diutamakan berbanding usaha hendak menerangkan Islam kepada rakyat.
Yang lebih menggeli gelemankan, ijtimak PAS selangor pun, masih ada lagi sebilangan ustaz-ustaz yang berbicara tentang GLC berbanding dakwah Islamiyyah kepada sahabat-sahabat dalam pakatan rakyat, malah terhadap rakyat itu sendiri.
Akibatnya, tidak hairan kita dapat melihat dilema dalam menghadkan penjualan arak menjadi sesuatu polimik yang mempunyai seribu satu agenda yang tersembunyi.
Sekian
Baca sama:
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 ogos 2009 * 11:58 pagi