Rabu, 5 Ogos 2009

UMNO BERJAYA CIPTA PERANGKAP???

aaahhh.. bila boleh kawin ngan laila ni... aaaahhhh
UMNO BERJAYA CIPTA PERANGKAP???

Utusan meroyan hari ini melaporkan;

“KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu”

KOMEN:

Aku sudah mengagak, bagaimana kenyataan Hasan Ali akan dimanipulasi oleh UMNO. kenyataan Pemuda UMNO ini, sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran betapa UMNO boleh ‘bermain’ untuk melahirkan sangsi dalam hati rakyat, la-siyama di kalangan kawan-kawan dari Pakatan rakyat terhadap PAS.

Disebabkan itulah, aku menulis article yang menggambarkan tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali mengeluarkan kenyataan, kerana ia dilihat dapat menjadi ‘anak kunci’ UMNO untuk pekena PAS balik, malah dapat menggugatkan keyakinan kawan-kawan PKR dan DAP terhadap PAS itu sendiri.

Walau bagaimanapun, pada kenyataan Pemuda UMNO ini, salah seorang YB PAS di Selangor menyatakan kepadaku, tindakan pemuda UMNO itu membenarkan kenyataan Tok Guru Nik abdul Aziz yang menyebut, “UMNO dah jadi Majnun yang gilakan Laila”.. hahaha…

Laila anak raja, Majnun pula seorang pengembala kambing. UMNO sudah menjadi Majnun yang tergila-gila nak kawin dengan anak raja, iaitu PAS. Harapannya, laila tidak hingin pun, sebab Majnun menjadi gila kepada laila, bukan kerana dia tergilakan laila, tetapi sememangnya majnun sudah gila sejak dilahirkan lagi..isy isy.. UMNO memang gilaaa....

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
6 ogos 2009 * 12:26 tengahari




6 ulasan:

wak-labu berkata...

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang kita saksikan pula bagaimana PAS dianjing kurapkan oleh DAP dan PKR di Selangor. Sebarang cadangan dan pendapat yang keluar dari mulut PAS jadi angin sahaja - tidak pernah di dengar jauh sekali di terima oleh DAP/PKR.

Bagaimana sekarang, mahu kah PAS terus dianjingkurap kan oleh DAP/PKR dalam Pakatan Rakyat? Jika jawapan nya 'MAHU' teruskan bersama Pakatan Rakyat.

Al-Bakistani berkata...

UMNO memang selalu cakap macam tu...

masa dorang memerintah dulu, orang melayu Islam sendiri yang jual babi. orang Islam sendiri jadi tokey ekor, tokey arak dll..

PAS akan melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

bermula dengan dakwah secara berstrategi, sehingga sampai satu tahap, DAP sendiri yang nak tutup kedai arak, kedai judi.. sepertimana nabi SAW berjaya meyakinkan orang di awal Islam atas pengharaman arak, sehingga samapai satu tahap, ereka sendiri yang memecahkan tempayan arak...

sejarah akan berulang kembali...

sekian

Wallahu 'alam

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

umno tu dah memang umno, tapi tolong tengok2 sikit DAP tu, hari ni dah tuduh JIM xtremist, kat selangor dah besar kpala tentnag isu arak. apa komen kamu pasal jeff ooi. nak bela DAP lagi ke, nak kutuk melayu lagi ke macma kamu tu bukan org melayu, pakistani kut?

Al-Bakistani berkata...

lama dah orang PAS dakwa JIM ini extremee

Ampun Tuanku berkata...

apa kata ajak UMNO demo kat seremban bantah banyak kedai arak kat seremban

Tanpa Nama berkata...

DAP ni golongan yang tak paham Islam..mana boleh sama dengan PAS yang paham Islam..kalo dia kata JIM extreme,tanya dia apa hujah nyer..DAP kalau kita boleh berhujah ana yakin seperti mana ustaz jugak...Dap boleh terima Islam yang kita perjuangkan..Islam itu tinggi dan semua hujah2 pasti mati bila berdepan dengan hujah Islam...Kalau diorg tak boleh berhujah lagi,maka pasti dia lihat kebaikan Islam dan tentu dia akan sokong Islam...Umno tak payah nak wat hujah kat diorg,memang tak paham2...lama dah kita dok nasihat diorg nih...