Rabu, 21 Disember 2011

ULAMA WAHABI & ULAMA PONDOK TOLAK UMNO



DIALOG

ULAMA WAHABI :
Tahlil Bidaah.. Masuk Neraka….

ULAMA PONDOK :
eh, takkan ko nak kata, tahlil arwah tu haram.. masuk neraka… Yang tok guru pondok dok buat tu, takkan kot ko nak kata masuk neraka?

ULAMA WAHABI ;
Apa.. Ko ingat, Api neraka tu kenal ke yang dorang tok guru ke bukan tok guru????

ULAMA PONDOK;
Kurang ajar kan mulut ko ni…..

APA KES??
PENING.. PENING.. PENING…
BILA MAU SELESAI DAH??

ULAMA WAHABI;
Padaku, tahlil arwah ni haram, sebab ia Bidaah…
Setiap amalan ibadat yang tidak diamalkan oleh rasulullah SAW, maka itu bidaah.. jadi tidak boleh buat.. haram..
Nabi SAW kata;
كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Setiap bidaah itu sesat…

ULAMA PONDOK;
Eh, tak semua la perkara yang tidak diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, maka dengan mudah kita nak kata benda tu haram..

ULAMA WAHABI;
Apa hujjah ko?

ULAMA PONDOK;
Nabi SAW pada waktu itu, solat jemaah dengan sahabat… tiba-tiba ada seorang sahabat, lepas baca;
سمع الله لمن حمده
Dia pegi tambah baca;
حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه

Nabi Muhammad SAW tak marah tindakan itu, bahkan Nabi Muhammad SAW mengakui bahawa tindakan sahabat tadi betul..
Bermakna, apa yang sahabat itu buat, walaupun tidak dimulai oleh Nabi Muhammad SAW, benda itu boleh buat..

ULAMA WAHABI;
Doa kepada orang mati ni tak sampai…
Nabi Muhammad SAW kan dah kata, apabila mati anak-anak adam, terputus segala amalan kecuali tiga perkara; Sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh mendoakannya… Tahlil mana ada dalam hadis tu..

ULAMA PONDOK;
Doa kepada si mati, tetap sampai. Sebab apa? Sebab ada satu hadis Nabi SAW. Yang Nabi SAW ni ajar doa kepada si mati.
Nabi kata;
اللهم اغفرله و ارحمه وعافه واعف عنه

Doa ini dibaca untuk orang mati, bukan untuk orang hidup. Kalaulah doa kepada si mati tidak sampai, takkan kot Nabi Muhammad SAW ajar doa ini.

ULAMA WAHABI;
Kalaulah doa boleh sampai kepada si mati.. kenapa nak buat tahlil.. terus doa je la…

ULAMA PONDOK;
Eh, kita berdoa ni nak bagi mustajab. Macam mana doa kita nak bagi mustajab. Antara caranya adalah bertawassul. Dan ulama pula sepakat.. ijmak ulama mengatakan tawassul dibenarkan tiga perkara. Antaranya bertawassul dengan amalan baik (yang kita lakukan). Antara yang dikatakan bertawassul dengan amalan baik yang mudah sekali kita nak buat adalah membaca “la ilaha Illa Allah”. Jadi disebabkan itulah, orang itu membaca tahlil arwah. Lepas tu dia berdoa..tujuannya nak bagi doanya mustajab.

ULAMA WAHABI;
Ooo… maknanya, ko pun ada hujjah…

ULAMA PONDOK;
Aku hormat pandangan ko yang kata tak boleh.. tp aku tak sependapatlah dengan ko..
Eh, jom kita pegi makan..
Tak pe la ko kata tahlil tu bidaah. Tp takkan makan pun ko nak kata bidaah.. jom la…

ULAMA WAHABI;
Emmm… boleh gak….

MAKAN TIME….

ULAMA WAHABI;
Daripada kita dok bergaduh khilafiah tu, main kita makan.. sedap kan?..

ULAMA PONDOK;
Eeem… betul ko cakap.. makan tak bidaah.. yang bidaah ni, sokong UMNO..
Lawan UMNO… Ooooo.. Lawan Bidaah tu…

ASAL BUKAN UMNO…









Isnin, 12 Disember 2011

UMUR BALIGH KENA HUDUD?


Lama dah tak menulis. Mood menulis tak ada. Ini pun gagah menulis. Nak bina balik mood menulis.
        Isu yang mahu dibincangkan disini adalah berkenaan cadangan hudud dikenakan kepada orang yang berumur 18 tahun keatas, walhal hudud dikenakan kepada orang yang sudah baligh.
Dalam fiqh syafie, umur paling tinggi bagi baligh adalah 15 tahun, bukan 18 tahun. Tetapan kepada 18 tahun adalah had yang paling tinggi bagi baligh mengikut mazhab Hanafi.
        Jika diperhatikan betul-betul, tetapan umur 15 atau 18 tahun adalah had yang paling tinggi sahaja. Ia terhasil dari kaedah Istiqra’, iaitu kajian induktif. Itu pun, bukan dilihat pada seluruh manusia pada zaman itu, tetapi diambil berdasarkan bilangan tertentu sahaja. Ia dinamakan sebagai Istiqra’ Naqis.
        Secara pastinya, semua sepakat bahawa umur baligh apabila kanak-kanak itu sudah keluar air mani, sama ada dengan mimpi ataupun tidak. Keluar air mani ini, kadang-kadang tak sampai pun umur 15 tahun atau 18 tahun. Malahan tidak mustahil, keluar air mani ini berlaku pada umur 10 tahun atau 8 tahun dan seumpamanya.
        Namun begitu, problem berlaku apabila mahu digezet atau diwartakan sebagai undang2. Dalam bahasa undang2 Islam disebut sebagai “Taqnin”, atau diqanunkan.
        Dalam Negara monarki, keputusan yang hendak dikenakan itu tidak perlu merujuk kepada satu perlembagaan atau buku undang2 tertentu, tetapi cukup sekadar merujuk kepada Syaikh al-Islam yang dilantik di sesebuah Negara atau daerah. Keadaan ini berbeda dengan Negara yang mengamalkan demokrasi, malahan berlaku dalam Negara monarki moden.
        Mengqanunkan atau menjadikannya sebagai buku undang2 yang boleh dirujuk bertujuan, mudah untuk dijadikan rujukan apabila berlaku sebarang kekalutan. Terutama dari pihak peguam yang mahu mempertahankan anak guamannya. Disebalik membukukan sesuatu undang2 itu, ia lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan melantik seorang Syaikh al-Islam yang menjadi rujukan. Ini kerana, buku undang yang telah disepakati, tidak boleh dipengaruhi ketika hukuman mahu dikenakan, berbanding jika dirujuk kepada seseorang Syaikh al-Islam.
        Kembali kepada isu ketetapan umur dalam mengenakan hukuman Hudud. Jika diandaikan, seorang kanak-kanak berumur 14 tahun melakukan kesalahan jenayah, lalu dihadapkan di hadapan hakim (atau Qadhi), kemudian penjenayah kanak-kanak itu bersumpah bahawa dia belum baligh lagi, sudah pasti kanak-kanak itu terlepas dari hukuman. Ini kerana, ia sudah melahirkan syubhat.
        Keadaan ini akan jadi masalah lagi, apabila seseorang yang telah melakukan jenayah yang berumur 20 tahun yang bersumpah bahawa dia belum baligh lagi. Ia juga akan jadi syubhat yang tidak boleh dikenakan hukuman terhadap pesalah tersebut. Begitjuga juga yang bersumpah itu sudah berumur 30 tahun sekalipun, walaupun secara logiknya mana mungkin sudah berumur 20 atau 30 tahun belum baligh lagi.
        Ekoran itu, bagi memastikan ia tidak menjadi masalah dalam perlaksanaan di masa akan datang, makanya merujuk kepada penentuan had umur 18 tahun yang merupakan had umur baligh mengikut pandangan Imam Hanafi.  Ini dengan maksud, mengelak dari sebarang masalah di masa akan datang, apabila seseorang penjenayah yang berumur lebih 18 tahun bersumpah bahawa dia belum baligh lagi. Makanya, sumpahnya automatic boleh ditolak.
       
Wallahu ‘Alam
       
       

Rabu, 23 November 2011

GAJI ARTIS TIDAK HARAM


Ada seseorang bertanya soalan dalam Facebook tentang status gaji para artis yang berlakon atau menjadi model; apakah hasil gaji mereka itu halal atau haram. Mendapat persoalan sebegitu, terasa agak pelik. Mengapa persoalan sebegini dibangkitkan.

Diberitahu bahawa dalam TV 3 baru-baru ini, kononnya berlaku sedikit perkelahian antara seorang ustaz dengan dua  orang artis tentang status gaji itu. Ustaz terbabit tetap berkeras menyatakan bahawa gaji artis atau model adalah haram, jika dalam lakonan mereka itu ada unsur yang haram, seperti membuka aurat dan seumpama dengannya.

Secara peribadi, aku menganggap bahawa tindakan menyatakan hasil atau gaji artis yang bekerja dalam bidang lakonan atau nyanyian atau model yang membuka aurat sebagai haram secara mutlak adalah satu tindakan yang gopoh, dan tidak sepatutnya berlaku.

Mengapa aku menyatakan demikian? Mari kita perhatikan dari sudut penghujahannya.

Pertama;

Hukum haram itu, tidak boleh dilihat dari satu bentuk sahaja. Ini kerana, dalam pengajian ilmu usul fiqh dan maqasid syariah, hukum haram itu hendaklah dilihat kepada dua bentuk, iaitu haram mutlak dan haram liwasfih (melayu : haram berfaktorkan sifat). Lalu, haram liwasfih ini terbahagi pula kepada dua pula, iaitu haram liwasfih al-mujawir  dan haram liwasfih al-lazim.

Maksud haram mutlak adalah sesuatu itu adalah haram yang tidak ada ruang untuk menyatakannya sebagai halal. Ia seperti Allah SWT mengharamkan makan daging babi yang termasuk juga tulang dan segala-gala yang berkaitan dengan babi. Dengan erti kata lain, pengharaman makan daging babi itu adalah haram mutlak.

Adapun maksud dengan haram liwasif al-mujawir adalah pengharaman terhadap sesuatu berfaktorkan sifat. Dan sifat tersebut pula, boleh direnggangkan. Contohnya adalah pengharaman solat dengan memakai pakaian curi atau berpuasa nazar pada satu syawal.

Hukum solat dalam keadaan pakaian curi adalah haram, tetapi perbuatan solat itu adalah sah. Serupa juga hukum menunaikan puasa nazar pada satu syawal, yang mana hukum puasa itu adalah sah, tetapi perbuatan berpuasa pada satu syawal itu adalah haram.

Berpuasa dan solat itu adalah amalan yang baik. Tetapi, memandangkan ada sifat yang tidak baik (haram) berdempek dengan amalan tersebut, maka ia dikira sebagai haram juga. Dengan erti kata yang lain, hukum solat itu adalah halal; hukum berpuasa itu adalah halal, ekoran itu puasa dan solat itu adalah sah. Tetapi, solat itu dilakukan dalam keadaan memakai pakaian curi, maka haramnya pada sifat curi itu. Begitujuga pada puasa yang dilakukan pada satu syawal. Dengan maksud, puasa itu adalah halal, ekoran itu ia adalah sah. Tetapi, puasa itu dilakukan pada satu syawal, maka haramnya itu pada satu syawal tersebut.

Adapun hukum haram liwasfih al-lazim pula adalah haram pada sifat. Sifat tersebut pula, tidak boleh berenggang langsung, tidak sepertimana pada haram liwasfih al-mujawir. Ia diumpamakan seperti hukum haram riba.

Riba merupakan sifat kepada jual beli. Tetapi, apabila disebut riba, mesti ia berkaitan dengan jual beli, sedangkan tidak semua jual beli itu adalah riba.

Kedua;

Memahami perkara ini, cuba kita perhatikan pula kepada hukum hasil kewangan yang terhasil oleh para artis yang berlakon yang mempunyai unsur yang tidak sepatutnya seperti buka aurat dan seumpamanya, seperti filem Tahajud Cinta, ayat-ayat cinta dan banyak lagi filem-filem yang lain.

Hukum berlakon tidak haram. Tetapi, dalam lakonan tersebut ada unsur maksiat seperti buka aurat dan seumpama dengannya. Ini dapat difahami bahawa haram yang dimaksudkan disini adalah haram liwasfih al-mujawir, bukan haram mutlak.

Dengan erti kata yang lain, duit yang terhasil dari lakonan itu adalah halal, tetapi perbuatan membuka aurat itu adalah haram. Makanya, unsur buka aurat itu wajib diberikan teguran dan ia tidak memberi kesan kepada penghasilan dari lakonannya, sepertimana sahnya puasa nazar, waima dilakukan pada satu syawal sekalipun.

Ia berbeda dengan lakonan bagi filem lucah. Ia adalah haram liwasih al-lazim. Dengan maksud, pengharaman tersebut memang dilihat pada sifat, tetapi sifat (lakonan lucah) itu tidak boleh berenggang dengan filem terbabit. Dalam bentuk ini, barulah duit yang terhasil dari lakonan itu adalah haram.

Dari penghujahan ini, aku mengira tindakan Ustaz terbabit yang amat mudah mengatakan duit gaji artis itu sebagai haram tanpa mengklasifikasikan bentuk-bentuk haram ini terlebih dahulu  merupakan tindakan yang tidak cermat, dan sepatutnya ia tidak berlaku langsung.

Sekian

Wallahu ‘Alam.

Isnin, 14 November 2011

EMPAT KAEDAH ISTINBAT HUKUM DARI HADIS

 
Empat perkara yang perlu diperhatikan sebelum membuat kesimpulan dari hadis 
salah satu cara untuk selesaikan pertembungan hadis atau hukum menggunakan kaedah al-jam' wa at-tawfiq (himpun dan selaraskan)
 kaedah wasail dan maqasid dalam nas al-Quran atau hadis