Jumaat, 19 Disember 2008

KITA KURANG DIALOG, KENAPA???

KITA KURANG DIALOG, KENAPA???

Secara peribadi, aku tetap berkeras menyatakan bahawa Islam adalah agama yang baik dan indah. Manusia menolak Islam, sebab mereka tidak memahami Islam. jika mereka mengenali Islam, pasti mereka akan mengatakan islam adalah yang terbaik.

Ekoran dari itulah, satu article dalam Utusan Malaysia pada hari ini menarik minatku untuk menukilkan dalam blog ini. Iaitu satu article yang bertajuk “Islam kurang penceramah untuk berdialog dengan Barat
[1]

Article ini menukilkan satu kebimbangan yang telah diluahkan oleh seorang Profesor Pengajian Islam di Jabatan Falsafah dan Pengajian Agama, Universiti Virginia Commonwealth, Dr. Ibrahim Abu- Rabi'.

Sebenarnya, kebimbangan yang diluahkan oleh Dr Ibrahim itu, bukan sekadar berlaku di dunia barat, bahkan di seluruh dunia Islam, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Aku tidak mengetahui, mengapa umat Islam kini agak penakut untuk berforum dalam isu-isu agama. Sedangkan, Islam menyeru manusia agar berani menyatakan kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran.

Firman Allah:

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“katakanlah. Datangkan bukti-bukti kamu, sekiranya kamu orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)

Aku dapat merasakan, Islam di zaman Nabi dan para sahabat adalah Islam yang hebat. Kehebatan itu amat terserlah adalah keberanian mereka menyatakan kebenaran, disamping berani berdepan dalam berdialog dengan mereka yang beragama selain Islam.

Sekadar kita membantah, tanpa kita berdialog secara terbuka, tindakan sebegitu diumpamakan kita berani bersilat seorang diri, lalu kita mendakwa kita hebat dalam bersilat. Tetapi, jika kita sanggup berdebat, ketika itu kita mampu meyakinkan kepada manusia lain bahawa Islam adalah agama yang hebat.

Keadaan ini agak tidak berlaku kepada Umat Islam kini. Mereka amat suka menutup lubang-lubang dialog, walaupun cadangan dialog itu mahu dianjurkan oleh mereka yang tidak sealiran dengan islam dengan menjemput agar wakil Islam hadir sama.

Padaku, apabila pihak agama lain mengajak kita berdialog, selayaknya kita kehadapan, demi menyatakan kebenaran islam melalui debat secara ilmiyyah.

Tetapi menyedihkan, umat Islam kini, bahkan pejuang-pejuang islam kini, lebih suka menyerang majlis-majlis dialog agama berbanding turut berhujjah sama dalam dialog tersebut.

Sebab itu, kadang-kadang aku amat tertarik dengan ungkapan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sering kali menyebut;

“tolong sebut dimana tak betulnya Islam ini”.

Ungkapan ini, sebenarnya sedikit sebanyak adalah mencabar minda orang-orang beragama selain islam, begitujuga mencabar UMNO yang mendakwa Islam tidak mampu memerintah.

Ungkapan sebegini, tidak selayaknya dilihat dari sudut keuntungan politik sahaja, bahkan hendaklah dilihat dari sudut keberkesanan dalam menyerapkan dakwah islamiyyah kepada non Muslim.

Pun begitu, dilihat kita agak tidak bersedia untuk berdialog dan berdebat dalam isu-isu agama, bahkan lebih seronok berdebat tentang isu-isu politik yang boleh luput selepas luputnya isu-isu tersebut.

Persoalannya, mengapa kita tidak suka berdialog???

Mungkin kita kekurangan orang yang berkepakaran dalam bidang agama, walaupun kita mempunyai ulama-ulama hebat…

Mengapa pula kita kekurangan pakar???

mungkin kita tidak mendidik pejuang-pejuang islam yang hebat dari sudut keilmuan. Menunjukkan, kita berjaya melahirkan pejuang-pejuang islam yang hanya berani ”menyedekahkan rohnya” kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama, kita amat lemah menyediakan pejuang-pejuang Islam yang hebat dari sudut keilmuan dalam mematahkan hujjah-hujjah dari pihak musuh Islam yang sedang menyerang dari sudut keilmuan.

Yang menyedihkan lagi, mana-mana pemikir-pemikir Islam yang dilihat agak kedepan, kita hapuskannya agar ia tidak lagi kelihatan lagi.

Benarkah itu berlaku??? Fikir-fikirkanlah !!!!


Sekian

P/S; Tahniah kepada Khalid Samad yang berani menjadi salah seorang penalis dalam dialog antara agama dalam mengatasi masalah kemiskinan, yang akan dianjurkan pada hari ini, di Klang.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://4-g-bakistani.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com








[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

Tiada ulasan: