KITA LEMAH MENCADANG???
Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata, kalau tidak silap di kala menang dalam pilihanraya tahun 1990 ;
"PAS menang bukan kerana PAS kuat, tapi kerana UMNO lemah"
Ungkapan berhikmat ini, mungkin menyebabkan kita berfikir panjang untuk memahaminya. Pun begitu, kalau kita fikirkannya secara tertib, mungkin kita akan memahaminya.
PAS tidak kuat, bermaksud PAS lemah. Dalam keadaan lemah pun, PAS boleh mengalahkan UMNO, menunjukkan bahawa UMNO terlalu lemah.
Keadaan yang sama juga, aku dapat rasakan keadaan yang berlaku kepada kita sebagai dai' kini dalam menguasai hati rakyat. Sering kita berkata, kalau rakyat memahami Islam, pasti rakyat akan menerima Islam.
Tetapi kini, rakyat masih tidak suka kepada islam.. mengapa???
Kalau rakyat menolak islam, kita mengandaikan beberapa keadaan, iaitu seperti berikut;
a. kerana kejahilan mereka terhadap islam.
b. kerana degil terhadap agama.
c. Kerana kebangangan dalam memahami islam
Padaku, jika usaha dakwah dilakukan dengan serius, kejahilan akan berjaya dihapuskan dikalangan rakyat. Jika lahir juga manusia yang menentang islam, itu hanyalah manusia yang degil dan bangang dalam memahami agama.
Berdasarkan kepada sirah, jika cara penerangan Islam berjaya dilaksanakan dengan cara yang baik, pasti ramai rakyat akan menerima Islam. jika wujud juga manusia yang ingkar terhadap agama, ianya adalah golongan yang sedikit.
Ini telah terbukti kejayaannya adalah dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran, berjaya disampaikan dengan cara yang bijaksana, menyebabkan dalam masa yang tidak sampai 30 tahun pun, Baginda SAW berjaya mengislamkan dua buah Negara, iaitu Makkah dan madinah.
Dilihat, cara dakwah nabi SAW adalah dengan sentiasa mencadangkan alternative. Selagimana ada cara yang boleh mengedit sesuatu perkara yang haram itu, pasti dilakukan oleh nabi, melainkan perkara itu adalah perkara yang diharamkan secara qati'i.
Lihatlah hiburan di zaman Rasulullah SAW. Dikala Aisyah sedang bermain kompang bersama dua orang jariah dalam satu majlis hari raya, asalnya dilarang oleh bapanya, iaitu Abu bakar As-Siddiq dengan katanya:
مزمارة الشيطان عند النبي صلى الله عليه وسلم
Maksudnya;
"seruling syaitan disisi Nabi SAW"
Mendengar itu, Baginda SAW menghalang tindakan Abu bakar itu seraya berkata:
يا أبا بكر إن لكل قوم عيدا وإن اليوم عيدنا
Maksudnya;
"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada rayanya sendiri. Sesungguhnya hari ini adalah hari raya kami"
Dari hadis ini, membuktikan kepada kita bahawa Islam tidak terus mengharamkan hiburan, tetapi ada bentuk hiburan yang haram, tetapi dalam masa yang sama, ada hiburan yang halal. Itulah yang merupakan alternative yang Islam berikan kepada manusia. Tujuannya adalah, untuk tidak menafikan fitrah manusia yang suka berhibur.
Persoalannya, pernahkah kita memberikan alternative seperti itu???
Ya !!! mungkin kita akan sebut, kita sudah sediakan. Persoalannya, mengapa sampai kini kita tidak nampak bentuk hiburan alternative yang kita cadangkan tersebut???
Mungkin kita mendakwa, orang kita sahaja yang layak memerintah, tetapi dalam masa yang sama, kita desak agar orang lain memberi alternative????
Ntah la… mungkin kita sebuk dengan kejahatan musuh, tetapi kita sudah lupa kelemahan kita dalam mencadangkan alternative??
Mungkin itulah maksud yang disebut oleh Tok Guru dalam kenyataannya yang dinukilkan di awal penulisan ini.
Sekian
Al-Bakistani
http://4-g-bakistani.blogspot.com/
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
- Kota Damansara
20 Disember 2008 * 12:58 pagi.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
14 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan