Sabtu, 31 Januari 2009

JIHAD ILMIYYYAH DEMI KEMENANGAN ISLAM

JIHAD ILMIYYYAH DEMI KEMENANGAN ISLAM

Dalam utusan Malaysia hari ini, melaporkan bahawa Rajab Taib Erdogan nampaknya mula dinobatkan sebagai “Suara Baru dunia arab” kerana berani menghentam Israel dalam majlis dialog terbuka. (sepatutnya bukan suara baru dunia arab, tapi suara baru dunia Islam)

Tindakan Erdogan itu mendapat liputan seluruh dunia, tidak ketinggalan juga mendapat pujian dari dunia Islam, mahupun pemimpin umat Islam di Negara kita ini.

Inilah satu perkembangan baik. Kita ganggu emosi musuh Islam. kita tunjuk keberanian kita berhadapan dengan musuh Islam secara ilmiyyah. Kita sanggup berdebat menyatakan pendirian kita terhadap kezaliman yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Jihad ilmiyyah ini, pernah di tekankan oleh Dr YUsuf Al-Qaradhawi dalam 4 bulan terdahulu (kalau tak salah ingat), menerusi kenyataan beliau dalam lamanweb beliau.

Alangkah cantiknya, jika jihad ilmiyyah ini berlaku di Malaysia. jihad ilmiyyah yang dimaksudkan, bukan dengan mewujudkan pertembungan, tetapi diadakan perbincangan terbuka antara fahaman-fahaman agama; semuanya dengan tujuan untuk mencari kebenaran dan titik persamaan.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah “datangkan hujjah kamu jika kamu orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)

Dalam kerajaan pakatan Rakyat, jihad ilmiyyah ini perlu disuburkan. Dengannya, kita akan dapat melihat kebenaran Islam yang dicanang oleh Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Jika ini berjaya dilakukan – Insya Allah – di suatu masa yang terdekat nanti, pasti Malaysia akan membawa satu suasana baru; Malaysia akan menjadi sebuah Negara Islam yang paling unik di dunia, kerana rakyatnya menerima Islam dikala lebih 30 peratus rakyatnya bukan beragama Islam.

Sekian

p/s : selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, sudah berlaku jihad ilmiyyah ini (baca : dialog antara agama) di beberapa gereja dan kuil. Walaupun ianya dilakukan oleh individu-individu tertentu dari PAS, tapi sayang, ia tidak mewakili parti. Bahkan, baru-baru ini berlaku satu debat oleh seorang pimpinan PAS dengan seorang paderi dari Negara barat. Debat itu berlaku di Klang. Debat itu menyentuh tentang piagam Madinah. Menariknya, pimpinan PAS tersebut adalah seorang yang dilebelkan sebagai erdogan juga. (waduh.. waduh.. erdogan juga)

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Febuari 2009 * 8:00 pagi.

Tiada ulasan: