Isnin, 15 Jun 2009

ISU SIS : DIALOG LEBIH BAIK DARI HARAMKAN

Fasl Al-maqal atau dalam bahasa melayunya diterjemah dengan "makalah penentu tentang Syariah dengan falsafah" karya Ibnu Rushd; seorang tokoh ulama falsafah Islam yang menjadi rujukan ahli falsafah barat dan islam

DIALOG LEBIH BAIK DARI HARAMKAN

SIS mahu diharamkan. Ramai yang memberi pandangan antara relevan atau tidak relevan dengan tindakan tersebut.

Padaku, Islam bukan agama menghukum, tetapi Ia adalah agama hujjah. Justeru, mengharamkan SIS tidak menyelesaikan masalah, tetapi tidnakan yang betul adalah, berhujjah dengan mereka dengan sebaik-baiknya.

Jika kita merujuk kepada nas-nas syarak, sama ada dari Al-Quran dan As-Sunnah, kita akan dapati, yang wujudnya adalah arahan dilakukan dialog dengan golongan yang disifatkan sebagai sesat tersebut, bukannya terus mengharamkan mereka.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah !! datangkan bukti-bukti kamu, jika kamu orang-orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)


MENGHARAMKAN GERAKAN SESAT??

Jika kita membaca kitab yang bertajuk ”Al-Imamah Al-’Uzma ’Ind Ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah”, kita akan dapati As-Syaikh Abdullah bin Omar Ad-Damiji mengulas tentang berhadapan dengan puak-puak yang disifatkan sebagai sesat, atau ahli bidaah.

Dalam perbahasan dibawah tajuk “menjaga agama”, beliau menyifatkan antara tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut; (a) menyebarkan dakwah, sama ada dengan tulisan dan lidah. (b) menolak sebarang kesamaran, Bidaah dan segala amalan-amalan batil. (c) menjaga keamanan Negara dengan penubuhan angkatan tentera dan sebagainya
[1].

Dalam membahaskan isu menolak sebarang kesamaran, bidaah dan segala amalan-amalan batil, dinyatakan bahawa antara tindakan yang perlu dilakukan adalah (a) mengajar, (b) mengemukakan hujjah terhadap mereka (c) dikenakan hukuman ta’zir terhadap mereka jika mereka berdegil
[2].

Apabila kita perhatikan kepada huraian As-Syaikh Abdullah Ad-Damiji, kita akan didapati, nukilan dalil yang dikemukakan oleh beliau lebih kepada merujuk terhadap tindakan para sahabat, bukannya merujuk kepada Nas secara qatii, mahupun zanni.

Apabila ini disandarkan kepada amalan para sahabat, bermakna, tindakan tersebut perlu dilihat dari sudut siyasah Syariiyyah, iaitu apakah tindakan tersebut melahirkan maslahah atau mudharat.

BAGAIMANA PULA SIS??

Jika kita perhatikan kepada pergerakan SIS, golongan ini ramai terdiri dari kalangan orang yang disifatkan sebagai golongan cerdik pandai. Program-program anjuran mereka selalunya bersifat intelek, dan dihadiri ramai golongan pemikir-pemikir.

Apabila mereka berhujjah, mereka akan kemukakan logic, disamping kadang-kala merujuk juga kepada nas dan perkataan sebilangan ulama yang boleh menyokong hujjah ‘aqli mereka.

Secara peribadi, aku ada juga menghadiri majlis anjuran mereka. aku dapati, banyak program-program anjuran mereka tidak ada dari wakil PAS yang hadir melainkan beberapa kali sahaja.

Apabila keadaan ini berlaku, nyatanya tindakan mahu mengharamkan SIS ini adalah tindakan yang tidak bijak, malah tindakan yang tepat adalah, pihak PAS perlu menghantar wakil untuk bersama-sama berdialog dengan mereka, dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang bernas, sama ada dari hujjah Naqli, hujjah ‘Aqli dan Hujjah ‘Atifi.

Di zaman para sahabat dahulu, di kala berhadapan dengan golongan sesat, para sahabat tidak terus menyerang dan mengharamkan pergerakan mereka. Bahkan, tindakan para sahabat adalah menghantar orang-orang yang bijak berpidato, berhujjah dan pandai mengemukakan argument dalam menghadapi mereka.

Keadaan ini pernah dilakukan oleh ‘Ali bin Abi Talib di kala menjadi Khalifah. Yang mana, beliau telah menghantar Abdullah bin Abbas supaya berhujjah dan berdebat dengan puak-puak khawarij.

Sekiranya mereka masih tetap bertahan dengan kesesatan mereka dalam keadaan mereka sememangnya tidak mempunyai hujjah, bahkan terus mempertahakan sentiment kesesatan mereka, barulah tindakan keras akan digunakan.

Keadaan ini tidak pernah berlaku oleh PAS dalam menghadapi SIS, tetapi yang sering kedengaran adalah, serangan berbentuk ”output” dari kalangan penceramah PAS di masjid dan surau.

Jika keadaan ini berlaku, ia tidak menyelesaikan masalah. Malah, dengan tindakan mengharamkan SIS ini bisa melahirkan mudharat yang lebih besar, iaitu mereka akan mendapat simpati dari kalangan rakyat, juga mereka yang asalnya tidak dikenali, mula dikenali disebabkan serangan yang PAS lakukan terhadap mereka. Bahkan, jika mereka berjaya juga diharamkan, menyebabkan mereka bertindak lebih agrasif dengan menggunakan atas nama badan-badan yang lain pula.

KESIMPULAN

Padaku, tindakan PAS mahu mendesak untuk mengharamkan SIS adalah tindakan yang kurang tepat, tetapi tindakan yang paling baik adalah PAS perlu menghantar wakilnya untuk sama terlibat dengan majlis dan program mereka dalam mengemukakan hujjah.

Tindakan sebegini adalah tindakan yang bersesuaian dengan Nas Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 111, juga tindakan ini merujuk kepada amalan Ali bin Abi Talib yang menghantar Abdullah bin Abbas untuk berdebat dengan Khawarij di zaman beliau.

Secara peribadi, aku menyeru agar ulama-ulama PAS perlu berani dalam menghadapi golongan ini dengan bersedia mengemukakan hujjah-hujjah bernas, bukannya melakukan desakan untuk diharamkan SIS ini, atau menghentam mereka sekadar di masjid dan surau sahaja.

Tidak ada gunanya ulama kita menyebut ”kepimpinan Ulama”, sedangkan perkara sebegini pun ulama PAS tidak mampu berhadapan.

Kita tidak perlu bertindak seperti UMNO yang akan meng”ISA”kan sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka, dikala tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan.

Sekian

p/s : Roslan SMS menulis dalam blog beliau tentang beberapa buku yang dipandang sinis oleh beliau, seperti buku ”makalah penentu tentang hubungan antara syariah dengan falsafah”. Dicadangkan, Saudara Roslan tidak terus ”menghentam” buku-buku yang disebut beliau melainkan setelah beliau membaca, memahami dan mendalami maksud buku-buku tersebut. Secara peribadi, aku sudah membaca buku ”Makalah penentu hubungan antara syariah dengan Falsafah” ini dari versi melayu, juga dari versi arab karangan Ibnu Rushd yang bertajuk ”Fasl Al-Maqal”. Jika mereka yang tidak memahami falsafah Ibnu Rushd, pasti akan mengatakan buku itu sesat, tetapi jika mereka memahami maksud Ibnu Rushd, pasti mereka akan mengatakan buku itu mempunyai nilai yang berharga dalam dunia keilmuan.... justeru, kita tidak perlu jadi jumud dalam menilai sesuatu buku tanpa dibaca dan difahami terlebih dahulu...

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 Jun 2009 * 2:00 pagi




[1] Al-Imamah Al-‘Uzma : m.s 80-89.
[2] Ibid : m.s 82.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salamustaz.

so, kes ayah pin macam mana? rasul melayu?kita perlu tarik balik dakwaan ke atas mereka dan berhujah? nk kata sesat, sama2 sesat. level sesat je la lain kot...

apa pndpt ustaz?

Tanpa Nama berkata...

Selain daripada nta membaca buku fasl al-maqal tu, rasanya nta juga Nta kena baca tahafut falasifah karangan imam ghazali untuk mendapatkan pandangan yang adil. Kenapa beliau mengkafirkan sebahagian ahli falsafah. Imam al-Ghazali telah mengarang beberapa buah buku berkaitan mantiq dan falsafah sebelum beliau menkafirkan sebahagian ahli fasafah.


Abu irfan

Tanpa Nama berkata...

ustaz wan G,

saya tak memahami apa matlamat ustaz. semacam memenuhi keperluan atau kepentingan orang tertentu.

sewajarnya ustaz perlu berpendapat sebagaimana pendapat Ustaz terhadap UMNO.

apapun saya meraikan pendapat ustaz.

wan ziarahsufi

Iecothinker berkata...

assalamualaikum,
Ustaz..

Di mana ana boleh dptkan salinan terjemahan bahasa melayu ya..

ana berminat untuk dalami pemikiran inbu Rusyd..

Syukran...

iecothinker@gmail.com

Al-Bakistani berkata...

pertama:

ayah pin ni lain, sebab dia tidak melibatkan kepada ahli politik. SIS ini melibatkan kepada ahli politik... lagi, Ayah pin ini ajaran yang tidak melahirkan perdebatan intelek. SIS pula melibatkan perdebatan intelektual..

justeru, mudharat kita mengharamkan SIS tidak sama dengan kita haramkan Ayah Pin...

bahkan, maslahah yang lebih besar dalam kes SIS ini adalah, berdialog dengan mereka.

SIS ini dilihat jaguh kerana mereka berpencak silat sendirian, disaat ulama kita hanya melihat, tidak menjawab.

apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan "penonton" kagum dengan mereka...

justeru, ulama PAS perlu kehadapan untuk menjawab hujjah mereka, bukannya berdiam diri. kerana, tindakan itu akan menggambarkan kita ini "bodoh" dimata mereka.

kedua :

Yap ana sudah membaca juga tulisan Imam Al-Ghazali itu. dan ana melihat perbdebatan antara Ibnu Rushd dan Imam Al-Ghazali adalah sihat.

pada ana, tidak cukup sekadar membaca Imam Al-Ghazali sahaja, malah perlu juga membaca Ibnu Rushd dalam memahami konsep falsafah yang dikemukakan dua2 belah pihak, terutama dalam isu "tiga perinsip agama"..

ketiga:

ana tidak memenuhi kepentingan sesiapa pun, cumanya ana nak Islam didebatkan secara ilmu, bukan secara berhukum semata-mata.. sebab, itulah anjuran Al-Quran dan As-Sunnah...

berhukum perlu, tetapi setelah diberi faham.. kita bimbang, apabila diharamkan terus, akan melahirkan mudharat yang lebih besar....

Islam adalah agama hujjah.. jika PAS terus mengambil sikap haramkan mereka, tanpa berdialog dngan mereka, dibimbangi PAS dilebelkan parti Taliban. malah lebel ini sudah mula kedengaran...

sekian

Al-bakistani

Al-Bakistani berkata...

salinan "Fasl Al-Maqal" dalam bahasa melayu boleh didapati di MPH, juga di kedai buku Gerakbudaya, Seksyen 11, PJ...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ini hujah tipikal PAS, berdolak dalih sana-sini, haramkan ayah pin kemudian double-standard tak nak haramkan SIS.

Kenapa bukan alasan atau hujah syarak tapi semata-mata hujah rekaan. Setelah dikritik oleh DAP dan rakan sekutu PKR. Barulah PAS berdolak-dalih dengan ulasan keterbukaan dan ayat Al-Quran yg patut supaya sekular dapat didalihkan oleh nas.

Selamat berfikir dan jangan takut untuk keluarkan tulisan saya ini.

Bekas Pejuang PAS

Al-Bakistani berkata...

senang saja... kalau anta nak faham konsep SIS ini dan Ayah Pin.. sila baca kitab Al-Muwafaqat, Imam As-Syatibi...

bukan isu dolak dalih, tetapi isu apakah maslahah dakwah menguntungkan atau tidak...

sekian

Al-Bakistani