Khamis, 2 Julai 2009

GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG?? (2)


GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG?? (2)

Setelah bertanyakan tentang tentang tujuan kebersamaan PKS dengan JK-Wiranto dan Muhammadiyyah dengan SBY-Boediong, ketua Pengarang majalah Sabili mengulas panjang.

“Politik ngak bisa dipisahkan dari Islam.. justeru, Islam itu ada politik, makanya, kita perlu terlibat dalam politik.. bukankah gitu pak?” soalnya sambil merenung wajahku yang sedang berpeluh keletihan kerana joging.

Dengan nada dan makhraj indonesia, ucapannya menarik minat untuk didengari. Lebih-lebih lagi, dikala ucapan itu terpancul dari mulutnya dalam keadaan dia sedang memerhatikan wajahku dengan pandangan serius.

“Pilihanraya menjadi alat perjuangan dalam politik kepartain.. tujuan masuk pilihanraya, untuk menang.” sambungnya lagi.

”benar itu pak!” itu sahaja jawapan yang aku berikan sebagai respon segala yang diungkapkan.

”justeru, di Indonesia.. JK-Wiranto agak mempunyai harapan untuk menang, makanya PKS menyokong JK-Wiranto..”

Aku mengerutkan dahi berfikir. Aku masih tidak mengerti perbedaan antara dua perjuangan politik; antara JK-Wiranto dan SBY-Boediong.

”mungkin itu semua jawapan bagi semua orang yang terlibat politik.. persoalannya Pak, bukankah kedua-dua calon Presiden dan Wakil presiden itu adalah sekular. Justeru, mengapa Muhammadiyyah dan PKS yang mempunyai asas perjuangan Islam, ngak boleh bersatu dalam memberikan sokongan?” soalku.

Dia menarik nafas panjang. Dilihat seakan-akan sedang berfikir untuk memberikan jawapan yang mudah untuk aku fahami.

”Ramai anak orang Muhammadiiyah terlibat PKS. Anak mereka terlibat dengan PKS, kerana program PKS itu amat sesuai dengan anak-anak muda. Muhamaddiyyah pula, cara berfikiran agak tua. Makanya tidak hairan, anak-anak muda ngak mahu bersama dengan Muhammadiyyah” jawabnya ringkas, tetapi terkandung seribu macam maksud.

Jika direnung balik kepada persoalan yang aku kemukakan itu, dirasakan ia tidak menjawabnya dengan tepat, tetapi ia boleh difahami dari ungkapan yang tersurat itu terkandung isi yang tersirat.

Secara peribadi aku beranggapan, pertembungan ini berlaku adalah disebabkan wujudnya dua aliran pemikiran gerakan Islam; iaitu golongan jumud dan golongan keterbukaan.

Jika dibaca balik tulisan-tulisan, sama ada di blog mahupun buku-buku, kita akan dapati kewujudan dua golongan ini sememannya wujud dalam mana-mana gerakan Islam. ekoran itulah, jika kita membaca buku ”Pergolakkan pemikiran islam” hasil karya penulis bernama Ahmad Wahib, pasti kita akan dapat menilai bagaimana pertembungan golongan kaum muda atas nama HMI (baca : himpunan Mahasiswa Indonesia) bisa bertembung dengan Masyumi; waimma mereka dari satu rumpun.

Pertembungan yang melahirkan ”pecat memecat”, yang semuanya bermula pertembungan cara berfikir ahli dan pimpinan gerakan Islam dalam mengharungi perjuangan Islam.

Persoalannya, mengapa keadaan ini berlaku??

Aku memikirkan persoalan ini agak lama. Tetapi, dalam beberapa perbualan dengan beberapa orang kawan di kedai-kedai kopi, mereka memberikan jawapan yang agak pelbagai, tetapi secara kesimpulannya, aku menilai puncanya itu adalah disebabkan empat faktor penting, iaitu (a) bentuk bahan bacaan yang agak terbatas, (b) keterlibatan kepada golongan sasaran dakwah tidak difahami secara mendalam, (c) pemikiran mahukan parti/jemaah menang berbanding islam menang telah sebati dalam jiwa anggota gerakan Islam, (d) tidak berfikir secara rasional.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Julai 2009 * 3:18 pagi

Tiada ulasan: